KALAIARASI_DHEVASEELAN

20
HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK NAMA : KALAIARASI A/P DHEVASEELAN NO.MATRIK : A145675 SET : 24 NAMA PENSYARAH : DR. HAMDZUN BIN HARON TAJUK : MASALAH BULI DALAM KALANGAN REMAJA DI MALAYSIA TARIKH : 22 NOVEMBER 2014

description

utfuftuiy

Transcript of KALAIARASI_DHEVASEELAN

Page 1: KALAIARASI_DHEVASEELAN

HHHC 9501

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL,

PENYELESAIAN MASALAH DAN

PENDEKATAN SAINTIFIK

NAMA : KALAIARASI A/P DHEVASEELAN

NO.MATRIK : A145675

SET : 24

NAMA PENSYARAH : DR. HAMDZUN BIN HARON

TAJUK : MASALAH BULI DALAM KALANGAN REMAJA DI

MALAYSIA

TARIKH : 22 NOVEMBER 2014

Page 2: KALAIARASI_DHEVASEELAN

PENGENALAN

Negara Malaysia merupakan sebuah segara yang aman dan damai dengan rakyat yang

berbilang kaum. Dalam era globalisasi ini, pelbagai masalah bangkit dan menganggu

ketenteraman rakyat jelata. Salah satu daripadanya ialah masalah buli. Buli bermaksud

perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan

kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah

mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Selain itu, buli juga bermaksud tingkah laku

agresif samaada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali

ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan

harmoni. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, buli bermaksud perbuatan mendera

dan mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Terdapat beberapa jenis buli yang sering berlaku di Malaysia iaitu buli fizikal, buli

mental, buli mental, buli siber, buli jalanan dan buli pekerjaan. Buli fizikal ialah memukul

dengan menggunakan tangan,kaki  atau objek secara terus  kepada mangsa yang dilakukan

secara beramai-ramai,   mengugut iaitu memaksa mangsa membuat sesuatu perkara seperti

membasuh baju, membelikan makanan ataupun mengutip wang secara berkala dan mencabul

iaitu menyentuh bahagian sulit mangsa apabila mangsa enggan menurut arahan.

Manakala buli mental membabitkan emosi pelajar seperti mengejek atau mencerca di

mana pekara ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan berlainan umur tetapi juga turut

berlaku dalam kalangan rakan sebaya dan diejek biasanya disebabkan kelainan pada nama,

fizikal, dan rupa paras. Selain itu, memaki hamun dengan menghamburkan kata-kata nista

dan cercaan yang kesat kepada mangsa sehingga menimbulkan rasa tertekan akibat

terpengaruh dengan cercaan yang dihamburkan juga merupakan buli mental. Pada masa yang

sama, buli mental juga melibatkan gangguan seksual iaitu menunjukkan isyarat lucah kepada

mangsa sehingga mengakibatkan mangsa mengalami masalah dan tekanan.

Jenis buli yang seterusnya ialah buli siber. Pembuli memperdayakan mangsa di alam

siber dan juga menjatuhkan maruah mangsa secara terang-terangan. Mangsa juga dihina

dengan kata-kata kesat yang boleh di baca oleh semua orang. Seterusnya, buli jalanan yang

biasanya terdiri daripada pemandu yang tidak beretika. Mereka memandu dalam keadaan

yang berbahaya dan mengganggu pemandu lain dengan membunyikan hon atau dengan

menekan-nekan minyak atau menunjukkan isyarat untuk menimbulkan pergaduhan. Buli

pekerjaan pula dilakukan dengan memeberikan mangsa kerja yang bukan dalam bidang tugas

Page 3: KALAIARASI_DHEVASEELAN

mangsa oleh orang atasan mahupun rakan sejawat. Mangsa di minta untuk menyelesaikan

kerja-kerja tersebut dengan segera walaupun mangsa masih mempunyai kerja untuk

diselesaikan. Biasanya mangsa terdiri daripada pekerja-pekerja baru dan pekerja yang bersifat

lurus bendul.     

Masalah buli ini bukanlah satu masalah yang baru diuar-uarkan, masalah ini sudah

wujud di Negara ini sejak bertahun-tahun yang lalu. Masalah ini bukan sahaja melanda

Negara Malaysia sahaja, malah Negara-negara lain juga seperti Jepun dan Amerika Syarikat.

Menurut kajian, kes buli ini semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar

terutamanya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi awam.Hampir setiap bulan, berita

tentang masalah buli dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan.“Kes empat tahun lalu,

budak singlet hitam telah dibuang sekolah” dan “Dua pelajar disingkir dari asrama anak

yatim Perlis” merupakan antara tajuk utama berita yang berkaitan dengan masalah buli.

Pelbagai jenis faktor yang telah dikaitan dengan kejadian masalah buli ini dan

seiringan dengan itu, pelbagai jenis langkah pun telah diambil. Namun, masalah buli ini

alang-alang seperti tiada penghujungnya kerana sampai ke saat ini masalah ini belum

dibendung sepenuhnya dari Negara Malaysia.

Page 4: KALAIARASI_DHEVASEELAN

FAKTOR-FAKTOR YANG

MENYUMBANGAKAN KEPADA MASALAH

BULI

Setiap masalah yang berlaku di dunia ini, pasti mempunyai sebab di sebaliknya. Bak

kata pepatah Melayu, “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Sekiranya,

seseorang itu dapat mengenalpasti punva tersebut, sudah pastinya dapat mencari jalan

untuk mengatasi masalah tersebut.

Berikut merupakan faktor-faktor berlakunya masalah buli di Negara Malaysia dan

penerangannya:

1. Pengaruh rakan sebaya

Para pelajar yang masih terlalu muda, dikatakan berumur setahun

jagung dan berdarah setampuk pinang di mana sebahagian besarnya masih belum

boleh berfikir dengan matang. Mereka lebih percaya dengan rakan yang seusia untuk

berkongsi masalah. Setiap tingkah laku rakannya akan menjadi ikutan pelajar tersebut

seperti span yang menyerap air. Contohnya, mereka amat mudah terpengaruh dengan

tindakan rakan sebaya dan tidak dapat berfikir tentang baik buruknya tindakan mereka

itu. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut

perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Kejadian

membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.

Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar terpengaruh untuk mengikut tingkah

laku rakan mereka yang suka membuli. Sebagai contoh, Mohammad Afiq Qusyairi

bin Baharuddin, seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Padang

Tengku, Kuala Lipis, Pahang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior

di sekolah tersebut. Pelajar berkenaan telah mengalami kecederaan parah dan

kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yang dialaminya berkait rapat dengan

saraf tunjang. 

Page 5: KALAIARASI_DHEVASEELAN

2. Kegagalan ibu bapa dalam memainkan peranan mereka.

Anak-anak ingin melakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian orang lain

terutamanya ibu bapa mereka yang selalu sibuk bekerja. Contohnya, terdapat segelintir

Ibu bapa yang keluar bekerja seawal 6.30 pagi dan pulang lewat malam. Mereka tidak ada

masa untuk mengambil tahu perkembangan anak-anak terutama yang remaja. Hal ini

menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga dan ini

menyebabkan mereka berasa kesunyian dan ingin mendapat kasih sayang daripada rakan-

rakan dan guru mereka. Akan tetapi, mereka tidak mengetahui cara yang betul untuk

meluahkan perasaan mereka. Keinginan untuk mendapat perhatian orang inilah yang

menyebabkan kejadian buli. Selain itu, terdapat pembuli yang menghadapi masalah

dalam keluarga mereka seperti pergaduhan ibu bapa dan penceraian ibu bapa yang akan

menyebabkan mereka berasa tertekan dan tidak mengetahui cara yang betul untuk

meluahkannya. Ini adalah kerana mereka takut sekiranya kelemahan dan masalah yang

mereka hadapi diketahui orang lain akan menjatuhkan maruah dan ego mereka

terutamanya kepada lelaki.

Di samping itu, pengabaian ibu bapa terhadap tanggungjawab mendidik anak-anak

menyebabkan masalah desakan hidup yang sehinggakan mendorong mereka mencari

kebebasan di luar rumah. Keadaan ini menyebabkan anak-anak mudah memberontak,

menghadapi tekanan perasaan dan berasa kurang mendapat perhatian. Tekanan perasaan

yang dialami oleh remaja disebabkan oleh desakan hidup seperti masalah kewangan,

penderaan, kepincangan institusi keluarga dan kesunyian hidup menyebabkan mereka

melepaskan tekanan perasaan dengan pelbagai cara seperti membuli rakan yang lain

semata-mata dengan niat melepaskan kemarahan terhadap ibu bapa mereka. Pada 20 Mac

2005, Jeff Weise seorang pelajar di Red Lake High School, Minnesota, Amerika Syarikat

telah mengamuk dan menembak lima orang rakannya, seorang guru dan seorang

pengawal keselamatan. Persoalannya, adakah tindakan ini berpunca sama ada daripada

tekanan perasaan atau desakan hidup dalam keluarga yang bermasalah?. Sudah pasti,

jawapannya ya.

Page 6: KALAIARASI_DHEVASEELAN

3. Peranan media massa dan media cetak

.

Media massa menyiarkan drama atau filem yang memaparkan aksi

pergaduhan yang berbahaya lalu mendedahkan kepada pelajar yang menontonnya.

Sebahagian besar penonton terdiri dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Mereka

mudah terpengaruh oleh apa yang ditontoni oleh mereka dan meniru aksi-aksi yang

dipertontonkan tanpa menyedari akibat daripada perbuatan mereka. Tayangan filem-

filem aksi dan komik-komik yang dipasarkan mendapat sambutan dalam kalangan

masyarakat terutama golongan remaja yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.

Paparan aksi daripada filem-filem dan komik-komik ini sedikit sebanyak

mempengaruhi perilaku remaja ini. Ada  sesetengah remaja juga menjadikan pelakon

sebagai ‘role model’dan merasakan diri mereka hebat dan berlagak seperti pelakon

tersebut.

Sambutan yang hangat dalam kalangan penonton dan pembaca terhadap filem

atau cerita aksi ini menyebabkan stesen-stesen televisyen berlumba-lumba untuk

menyiar dan menerbitkan filem berkenaan. Paparan melalui media cetak dan

elektronik banyak memaparkan adegan buli. Walaupun pelbagai usaha dilakukan

pihak kerajaan melalui FINAS menyekat kebanjiran filem asing terutama dari Hong

Kong, Thailand, Indonesia, Singapura dan Hollywood masih ada lagi segelintir

masyarakat yang cuba membawa pengaruh filem berkenaan. Lambakan filem aksi

yang ada di pasaran mempengaruhi golongan remaja membeli dan menonton filem

ini. Antara contoh filem-filem tempatan seperti  filem ‘Buli’,’ ‘Gengster’ ‘KL

Menjerit’ dan dari luar negara seperti drama ‘Anak Metropolitan’, ‘Kiss Of The

Dragon’ ‘Gen X Cops’ dan lain-lain. Melalui media cetak pula, komik-komik

seperti ‘Pedang Setiawan’, ‘Juara Wira’ dan lain-lain banyak dipasarkan secara

berleluasa.

Page 7: KALAIARASI_DHEVASEELAN

4. Seseorang individu tersebut pernah menjadi mangsa buli

Pembuli seperti ini wujud adalah kerana mereka masih tidak dapat melepaskan

diri daripada trauma terdahulu, lalu menyebabkan mereka menjadi pembuli. Mereka

cuba melepaskan ketakutan dan keseksaan yang dialaminya terdahulu kepada mangsa

mereka. Akan tetapi, pada masa yang sama mereka juga akan terkenang masa lampau

mereka yang menyakitkan. Ini akan menyebabkan mereka berasa lebih menderita.

Keadaan inilah yang menyebabkan mereka menjadi lebih agresif dan seterusnya

menyebabkan mangsa buli mereka mengalami kecederaan yang lebih serius.

5. Pendidikan moral dan agama yang tidak kukuh.

Individu yang selalu bertindak sebagai pembuli selalunya tidak mempunyai

ajaran agama yang begitu kukuh. Hal ini menyebabkan seseorang individu tersebut

tidak mempunyai kepercayaan kepada Tuhan dan perasaan takut untuk melakukan

perkara tersebut. Dorongan agama yang kukuh dan betul merupakan satu aspek yang

amat penting dalam kehidupan seharian manusia. Pembuli tidak akan dapat

melepaskan dirinya daripada melalukan gejala ini sehingga dia sedar akan kuasa

Tuhan. Hampir separuh daripada remaja dalam era ini, tidak lagi rajin dalam

memepelajari didikan agama. Ibu bapa juga gagal dalam memastikan anak-anak

mereka mengikuti ajaran agama. Oleh hal yang demikian, seseorang individu tersebut

mudah menjadi pembuli.

6. Kawalan disiplin sekolah yang longgar.

Peranan pengawas sebagai polis sekolah sudah basi dan ketinggalan zaman.

Pengawas sekolah hanya melaksanakan tugas ‘seperti melepaskan batuk di tangga’.

Hal ini memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar nakal untuk terus bermaharajalela

sekaligus menyebabkan peningkatan masalah disiplin bagaikan ‘cendawan tumbuh

selepas hujan’. Salah satu masalah disiplin tersebut merupakan gejala buli.

Page 8: KALAIARASI_DHEVASEELAN

7. Faktor-faktor lain ialah:

-Seseorang itu hanya mahu berseronok.

- Seseorang itu berasa bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain

merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.

-Seseorang itu mempunyai perasaan marah dan benci pada mangsa atas sebab

disayangi guru atau sebab-sebab yang tertentu

Faktor-faktor yang dinyatakan di atas merupakan antara faktor yang menyebabkan

masalah buli ini berlaku di Malaysia terutama dalam kalangan remaja. Seperti dinyatakan

sebelum ini, setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya. Keberkesanan langkah

yang diambil hanya akan diketahui selepas pelaksanaanya.

Page 9: KALAIARASI_DHEVASEELAN

LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DIAMBIL

UNTUK MENGATASI MASALAH BULI

Berikut merupakan langkah-langkah yang telah diambil mengikut peranan yang harus

dimainkan oleh beberapa pihak:

1. Pihak sekolah

Sekolah merupakan tempat formal individu menimba ilmu. Hal ini dikatakan

demikian kerana pendidikan merupakan langkah yang paling berkesan untuk

mengekang masalah buli dan menjadi tunjang atau paksi utama yang dapat mengubati

penyakit sosial ini. Pendidikan sekular secara formal diberikan kepada pelajar-pelajar

agar mereka dapat melalui perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek secara

seimbang, iaitu sebagaimana yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara.

Pendidikan yang sempurna dapat membuka minda seseorang dan membentuk sikap

serta keperibadian yang lebih terbuka dan liberal. Pihak sekolah misalnya

melalui pendekatan disiplin asertif boleh menggariskan syarat kepada pelajar

sekiranya mereka melakukan tingkah laku yang tidak wajar akan dikenakan hukuman.

Tindakan fizikal kepada orang lain, bahasa yang menjatuhkan air muka orang lain,

isyarat tidak wajar, merosakkan harta sekolah, menentang pihak berkuasa atau terlibat

dengan dadah membolehkan individu terbabit disabitkan kesalahan.

Sesetengah sekolah dengan masalah buli telah menanganinya dengan

memasang kamera CCTV. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-

sekolah secara tidak langsung dapat mengekang kejadian gangster. Pihak sekolah

mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing,

sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta

para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga

boleh digalakkan untuk menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk

mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah

dirahsiakan.

Page 10: KALAIARASI_DHEVASEELAN

Pihak sekolah mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini

bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster anti-buli di sekolah, tetapi juga

mengedarkan risalah anti-buli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu

bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, petua

mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes

buli, contohnya talian hotline buli 1-800-884774.

Antara hukuman yang pernah dijatuhkan ialah tindakan disiplin, merotan, dan

buang sekolah kepada pembuli. Satu jawatankuasa penyelaras anti-buli peringkat

sekolah telah diwujudkan di beberapa sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri

daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil

pelajar. Mereka berperanan mengurus program anti-buli dan menilai

keberkesanannya. Perbincangan tentang buli juga telah dimasukkan dalam agenda

mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Seterusnya, program yang

memberikan penekanan kepada pendekatan penyelesaian masalah dan program anti-

buli diterapkan di dalam kelas. Hal ini dikatakan demikian kerana di dalam kelas ialah

tempat yang paling banyak berlakunya tingkah laku buli. Sebuah sekolah di Kuala

Lumpur berjaya mengurangkan kejadian buli apabila guru besar sendiri menubuhkan

kumpulan petugas khas dalam kalangan murid untuk memberi laporan kejadian buli

di dalam kelas dan di dalam sekolah.

Ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga diadakan secara

berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedarkan para pelajar

agar menjauhi diri daripada gejala buli.   Pihak luar seperti NGO dipanggil untuk

mengadakan pameran dan ceramah tentang gejala buli ini.  Selain itu pihak sekolah

sendiri menganjurkan aktiviti seperti kuiz, pidato dan sebagainya tentang kes buli

dan juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah

di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak

pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi

pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang

diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

Page 11: KALAIARASI_DHEVASEELAN

2. Pihak ibu bapa

Kes buli dapat ditangani dengan keprihatinan ibu bapa dalam mendidik anak-

anak agar mereka tidak menconteng arang ke muka keluarga. Janganlah sebab nila

setitik, rosak susu sebelanga. Peranan ibu bapa penting dalam menangani masalah

buli. Penglibatan ibu bapa dalam menangani kes buli di sekolah kini menjadi semakin

penting. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapalah merupakan asas permulaan

pembentukan peribadi anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari

rebungnya. Malahan, ibu bapa juga insan yang paling hampir dengan anak-anak. Ibu

bapa harus memberikan pendidikan agama kepada individu sejak kecil merupakan

langkah berkesan untuk mengatasi masalah ini. Pendidikan agama penting kerana

boleh melahirkan manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti mulia. Di

samping itu, ibu bapa memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak

bergaul dengan rakan sebaya yang tidak bermoral. Sebagai contoh, ibu bapa kini

berbincang dengan guru jika didapati anak mereka bertukar sikap, menjadi pendiam

atau kurang selera untuk makan. Janganlah kita jadi seperti sudah terhantuk baru

tengadah.

Ibu bapa menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya

anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka. Ibu bapa juga menunjukkan tingkah

laku yang baik, contohnya  tidak bertengkar atau bergaduh di hadapan anak-anak,

bergaul dengan baik dan mesra ketika berurusan dengan jiran tetangga dan orang lain.

Bak kata bidalan, bagaimana acuan, begitulah kuihnya.  Ibu bapa yang baik akan

melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia.

Ibu bapa juga meluangkan masa dengan anak-anak dan sentiasa mengambil

berat tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah. Contohnya, pada hujung

minggu atau cuti, ibu bapa membawa anak-anak bercuti untuk mempererat kemesraan

keluarga.  Perhatian dan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka

menyebabkan mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus

memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari anak-anak mereka sejak kecil lagi seperti

pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Dengan ini anak-anak akan

menyayangi ibu bapa dan sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi

kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Page 12: KALAIARASI_DHEVASEELAN

3. Pihak kerajaan

Pihak kerajaan merupakan badan yang bertanggungjawab dalam memastikan

keselamatan rakyat terpelihara terutamanya bagi insan yang kerdil lagi lemah iaitu

golongan pelajar. Pihak kerajaan memastikan undang-undang sedia ada dipatuhi dan

dilaksanakan. Mendengar sahaja perkataan hukuman, naluri semula jadi seorang

pelajar akan menjadi gerun ditambah dengan hukuman yang berat. Mereka akan

mencuba sedaya upaya membendung niat mereka dan lama-kelamaan gejala buli ini

akan pudar ditelan masa.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah berusaha lebih efektif dalam

menerapkan subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Pendidikan Islam ke

dalam kurikulum sekolah. Pengajaran subjek ini dipercayai akan melahirkan pelajar

yang mempunyai sahsiah dan moral yang tinggi dan menggalakkan suasana yang

aman dan harmoni dalam masyarakat.

Hukuman yang dilaksanakan ialah sebatan mandatori, penjara, dihantar ke

pusat pemulihan dan dibuang sekolah. Hukuman-hukuman berat seperti ini akan

menjadi penahan dan penghalang terbaik kepada pelajar yang suka membuli. Di

samping itu, pihak–pihak berwajib juga menggembleng tenaga mengatasi gejala ini.

Sebagai contoh, Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Disiplin di sekolah

ditubuhkan ekoran kematian Muhammad Farid Ibrahim, pelajar tingkatan empat yang

dipercayai dibuli oleh sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah

Agama Dato’ Klana Petra Maamor, Ampangan, Seremban pada 28 Mac 2004. Oleh

itu, sebagai institusi yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah, kerajaan berusaha

menjamin keamanan dan keselamatan dengan mengambil langkah berkesan bagi

membanteras gejala ini agar tidak menjadi barah dalam masyarakat dan

menjadi seperti api dalam sekam.

Page 13: KALAIARASI_DHEVASEELAN

4. Peranan individi

Para pelajar juga berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung

gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli yang berlaku atau menjadi mangsa pembuli

memberanikan diri untuk membuat laporan kepada pihak sekolah dengan segera agar

masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan semua. Manakala,

pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha

mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup

kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan

semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang

disyaki terlibat dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang

dihadapi oleh pelajar tersebut dan mencari jalan keluarnya.

Peranan-peranan yang telah dimainkan oleh pelbagai pihak telah memberi impak

dalam pencegahan gejala buli. Langkah-langkah yang telah diambil oleh setiap pihak seperti

yang dinyatakan sememangnya proaktif. Namun, akibat kegagalan dalam memainkan

peranan oleh sesetengah pihak, menyebabkan masalah buli ini sukar dibendung.

Page 14: KALAIARASI_DHEVASEELAN

KESIMPULAN

Setiap masalah termasuklah kes buli pasti ada sebabnya yang tertentu dan jalan

penyelesaiannya. Namun begitu, selagi masalah buli di negara kita masih berleluasa, impian

negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju

akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada kejadian

masalah buli ini. Seiringan dengan itu juga, langkah-langkah telah diambil. Kegagalan

langkah yang diambil mempunyai banyak sebab seperti sikap tidak endah-mengendah dan

sikap tidak bertanggungjawab.

Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 akan tinggal sebagai angan-angan

Mat Jenin semata-mata. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan

akan menerajui negara ini pada masa depan bak kata peribahasa Melayu, pemuda harapan

bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati

sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi

liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat

melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat

bangsa di persada dunia.