Kajian Tindakan Jawi Thn 1
-
Upload
safuan-razali -
Category
Documents
-
view
124 -
download
7
description
Transcript of Kajian Tindakan Jawi Thn 1
Kajian Tindakan Jawi Tahun 1
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
ISI KANDUNGAN HALAMAN
Penghargaan 1
Abstrak 3
1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu 5
2.0 Fokus Kajian /Isu Keperihatinan 6
3.0 Objektif Kajian 7
4.0 Kumpulan Sasaran 8
5.0 Tindakan yang dicadangkan : 8
5.1 Tinjauan Masalah 8
5.2 Analisis Tinjauan Masalah 9
5.3 Melaksanakan Tindakan 9
5.4 Penilaian 10
5.5 Refleksi Kajian 11
6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya 11 – 1
7.0 Bibliografi 12
8.0 Lampiran 13
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.
Terlebih dahulu kami ingin melafazkan syukur ke hadrat ilahi kerana
dapat menyiapkan kajian tindakan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Semoga hasilan kajian tindakan ini menjadi titik tolak kepada kami untuk
melaksanakan lebih kajian tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi
sewaktu P&P khususnya.
Pendidikan adalah sebahagian agenda penting Negara. Khususnya dalam usaha
menjana pembangunan, meningkatkan martabat dan maruah Negara,
mewujudkan keadilan sosial serta menentukan hala tuju generasi akan datang.
Untuk merealisasikan objektif tersebut, sewajarnyalah guru bergerak cergas
dalam mencari maklumat dan menyelesaikan masalah sewaktu P&P dengan
mengadakan kajian tindakan .
Dalam menghadapi alaf baru dan merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara,
guru seharusnya sentiasa ingat tentang matlamat melahirkan pelajar yang
seimbang serta harmonis. Dalam hal ini, tujuan pendidikan di Malaysia juga
adalah untuk menerapkan nilai moral dan rohani kea rah pembentukan individu
yang menyeluruh. Oleh itu, guru perlu melibatkan murid secara aktif dan
memainkan peranan penting dalam semua aktiviti sekolah kearah melahirkan
1
modal insan cemerlang yang menjadi aspirasi Negara. Semoga dengan kajian
tindakan ini hala tuju pendidikan kea rah mencapai kegemilangan pendidikan
bertaraf dunia dapat dijayakan.
2
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF JAWI MELALUI KAEDAH
” DI MANAKAH SAYA? ”
Pn. Nor Azian Binti Badri
Pn Khuzaimah Binti Hairudin
Pn Siti Norasikin Binti Mohamed Yusof
Cik Nurul Ain Binti Rahman
En. Muhammad Safuan Bin Razali
SK Permas Jaya 4 , Pasir Gudang.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid tahun 1 Alfa 2 untuk
mengenal huruf jawi yang mempunyai bentuk yang sama ( ba, ta, tha, nun, ya ,
nya) . Seramai 5 orang pelajar tahun 1 Alfa 2 , SK Permas Jaya 4 , Pasir Gudang
dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan, peperiksaan penggal
dan latihan harian. Hasil tinjauan menunjukkan murid keliru dengan huruf yang
mempunyai bentuk yang sama. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik
mengecam huruf yang sama bentuk dan latih tubi menyebut huruf dengan
3
menggunakan flash card. Guru menggunakan teknik ‘ Di manakah saya?’ dengan
menunjukkan perbezaan tempat dan bilangan titik huruf jawi dan diberi soalan
ujian serta soal selidik. Kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu .
Keputusan ujian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal
selidik pula menunjukkan murid lebih mengingati dan dapat membezakan huruf
jawi yang sama bentuk dan seronok belajar jawi terutama di bawah tajuk
mengenal huruf jawi melalui teknik ‘Di manakah saya?’.
4
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.
Sepanjang menjadi guru matapelajaran Jawi , saya dapati masalah utama
pelajar tidak dapat markah penuh dalam mata pelajaran Jawi ialah
ketidakmahiran mereka mengecam dan mengaenal huruf jawi yang sama bentuk
dan keliru. Walaupun soalan ini hanya melibatkan 40 markah tetapi kebanyakan
pelajar tidak menjawab dengan lengkap soalan tersebut, malah terdapat pelajar
yang tidak menjawab langsung. Ramai pelajar yang menyalin semula soalan dan
huruf . Justeru itu pelajar sukar mendapat markah A dalam matapelajaran Jawi.
Implikasinya peratus pelajar yang mendapat A dalam PKSR Matapelajaran Jawi
masih kurang.
Berdasarkan perbualan dengan guru-guru yang terlibat mengajar mata
pelajaran Jawi tahun 1 ,mereka juga menghadapi masalah yang sama. Pelajar
akan meninggalkan soalan bahagian mengecam huruf jawi atau memberikan
jawapan yang tidak betul .Pelbagai alasan yang mereka berikan contohnya ,
“….susah la ustazah”, “tak tau la….!”, tak reti ustazah!” dan sebagainya .Ekoran
daripada masalah itu, kadang-kadang saya menjadi keliru dengan keberkesanan
Pengajaran dan Pembelajaran saya.
Selain dari itu, saya juga risau dengan pandangan sesetengah pihak
termasuk murid dan ibu bapa sendiri yang masih menganggap mata pelajaran
Jawi adalah senang sedangkan ada murid yang masih tidak dapat menguasai
menulisjawi kerana tidak mengenali huruf jawi dan masih keiru .
5
Berdasarkan beberapa faktor di atas, saya rasa terpanggil untuk membaiki
keadaan ini dengan melaksanakan Kajian Tindakan menggunakan Teknik yang
saya namakan “Dimanakah saya?”.
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
(a) Pelajar yang sering tidak menjawab langsung soalan jawi PKSR bahagian menulis
huruf jawi .
(b) Pelajar yang sering menjawab tetapi tidak betul.
(c) Pelajar yang kurang keyakinan diri semasa menjawab soalan ujian dan
peperiksaan.
Kajian tindakan yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada cara menjawab
soalan matapelajaran jawi bahagian menulis dan mengecam huruf jawi mengikut
jadual dan masa yang telah ditetapkan oleh guru. Kajian ini penting bagi
menggalakkan murid dari tahun 1 yang menjawab matapelajaran jawi agar
sentiasa berkeyakinan tinggi ketika menjawab soalan tersebut dan seterusnya
mendapat markah penuh dan melayakkan mereka mendapat gred A.
6
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum :
Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan pelajar tahun 1 Alfa 2 dapat
menjawab soalan matapeajaran Jawi dengan lengkap dan mendapat markah
maksimum atau 35 hingga 40.
3.2 Objektif Khusus :
(a) Mengelakkan pelajar yang tidak menjawab langsung soalan jawi bahagian
menulis huruf jawi .
(b) Mengurangkan bilangan pelajar yang menjawab dengan tidak lengkap soalan
tersebut.
(c) Membantu murid meningkatkan daya usaha untuk menjawab semua soalan
dengan betul.
(d) Meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas supaya lebih aktif semasa
sesi perbincangan atau P&P terutama aktiviti mengenal dan menebut huruf jawi .
(e) Mengubah sikap pelajar bahawa ejaan jawi adalah senang.
7
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 5 orang pelajar tahun 1 Alfa 2 . Sampel ini terdiri
daripada seorang pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki. Saya
mengambil keputusan untuk mengadakan kajian ke atas semua pelajar tahun 1
Alfa 2 bagi membolehkan semua murid menikmati insentif ini dan dapat
menunjukkan hasil sebagaimana yang diharapkan.
5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian
ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti akan dibuat bertujuan untuk
memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan
dengan mengutip data seperti yang berikut :
· Ujian khas membina soalan daripada jawapan yang disediakan.
· Latihtubi menjawab soalan 4, matapelajaran jawi.
· Ujian lisan berasaskan sekolah bagi mengesan sebutan huruf pelajar.
8
5.2 Analisa Tinjauan Masalah
Keputusan Ujian Diagnostik Jawi
1. Murid yang lulus menjawab soalan bahagian mengisi tempat kosong huruf jawi
adalah 10% sahaja dan markah yang diperolehi adalah rendah. Diandaikan
mereka hanya meneka jawapan yang diberi.
2. Jawapan murid pada soalan tersebut menunjukkan murid-murid lemah pada
mengenal huruf jawi bentuk yang sama dan masih kliru tersebut.
3. 10% murid pula tidak dapat menyambung huruf kerana tidak mengenal huruf
yang boleh disambung dan tidak boleh disambung sebelum dan selepas.
5.3 Tindakan yang dijalankan
5.3. 1 Membina model sekuntum bunga
Cara Pelaksanaan :
· Guru menyediakan sebuah model sekuntum bunga dan menunjukkan
kepada murid. Guru menerangkan tentang huruf jawi yang mempunyai bentuk
yang hampir sama iaitu huruf ba, ta, tha, nun, ya dan nya. Guru juga
mempamerkan model bunga dan mengarahkan murid menampal pelekat
berbentuk bulat ke kelopak bunga yang menunjukkan tanda titik huruf yang
dipelajari.
9
· Pelajar akan menyebut huruf tersebut secara latih tubi dan akan ditasmik
sebutannya oleh guru pada keesokan harinya. Sebelum itu pelajar dikehendaki
ditasmik terlebih dahulu oleh ibubapa mereka di rumah.
· Pelajar juga boleh juga meminta pelajar lain untuk mentasmik sebutan
mereka .
· Setiap kali ditasmik samada oleh ibubapa/rakan/guru tandatangan mestilah
di dapatkan apabila pelajar berjaya atau gagal ditasmik sebagai bahan bukti.
· Guru menguji ingatan dan pengetahuan pelajar sebelum memulakan kelas
dengan mengadakan tasmik / ‘spelling’ setiap kali waktu pelajaran jawi (satu
masa pada setiap minggu).
· Guru juga akan mengadakan permainan kuiz berpasangan , iaitu murid akan
menyoal ejaan yang telah dipelajari kepada rakan secara berpasangan dan
ditulis markah . Permainan ini boleh diadakan ketika P&P matapelajaran jawi
atau sebagai pengayaan dan aktiviti waktu terluang seperti waktu rehat dan
waktu balik.
5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian / penilaian
Saya merasa sungguh gembira apabila aktiviti ini mendapat sambutan
yang memberangsangkan oleh pelajar. Semua murid bersungguh-sungguh
untuk mengambil bahagian dan sokongan daripada pihak ibubapa juga
memberangsangkan dimana 3 daripada 5 pelajar telah disemak tulisan mereka
10
secara lengkap oleh ibubapa masing-masing. huruf yang diberi susah untuk
mereka mengingatinya pada peringkat permulaan, tetapi akhirnya mereka dapat
mengecam semua huruf jawi yang diberi.
5.5 Refleksi Kajian
Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah fokus
kajian iaitu telah membasmi E dalam ujian. Saya berasa gembira kerana 5 orang
murid telah lulus ujian itu dan tiada murid yang mendapat E . Keberangkalian
untuk penambahan lulus adalah tinggi.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kajian ini, fokus program ini adalah untuk membantu
peningkatan markah bagi matapelajaran Jawi . Aspek pemasalahan yang lain
adalah merangkumi kemahiran menyambung huruf menjadi perkataan.
Kemahiran ini harus ditekankan dan diberi masa yang lebih lama untuk
menjalankan aktiviti tersebut. Untuk menjalankan aktiviti ini dengan lebih
berkesan dicadangkan diadakan kelas tambahan seperti sebelah pagi (sebelum
P&P) atau waktu balik (selepas P&P).Ini kerana masa untuk matapelajaran Jawi
hanya 1 waktu seminggu. Masa yang tidak mencukupi menyebabkan proses
menjalankan aktiviti kurang lancar.
11
7.0 BIBLIOGRAFI
Othman Lebar., (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan,
Tanjong Malim: Penerbit UPSI
Lee Soon Guan et. Al (2006) Matra keluaran kedua , Jabatan Pendidikan Kedah.
Sektor Pengurusan Akademik. 2008. Koleksi Laporan Kajian
Tindakan 2008(TUNTAS).Kedah: Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.
12
8.0 LAMPIRAN
8.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
Bil. Aktiviti Tempoh / Tarikh
pelaksanaan
1. Mengenal pasti masalah dan mengumpul data
awal
28 Jun 2015
2. Menulis kertas cadangan / proposal kajian 04 Julai 2015
3. Merancang tindakan – (individu / panitia) 08 Julai 2015
4. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 14 Julai 2015
5. Membincangkan masalah yang timbul dalam
tindakan 1
22 Julai 2015
6. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data
awal
23 Julai 2015
7. Menulis Proposal Kajian 27 Julai 2015
13
8.2 Set soalan ujian
8.3 Gambar Murid Menjalankan aktiviti ‘ Di manakah saya?’
14