ISL-5

4
Mencari lima hasil karya dan menjelaskan unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan Unsur-unsur Seni Garisan Warna Jalinan Rupa Bentuk Ruang Prinsip-prinsip Rekaan Harmoni Penegasan Imbangan Kontra Pergerakan Kesatuan Kepelbagaian Artist: Ibrahim Hussein Title: Fighting cockerel Medium: oil on canvas Description: signed and dated 1971 lower left Terdiri daripada garisan-garisan yang tidak sekata Banyak menggunakan ton cerah, iaitu warna merah Warna merah banyak digunakan untuk menunjukkan sifat agresif ayam jantan yang sedang berlawan. Lukisan ini mempunyai unsur kontra kerana menggunakan warna merah dan hijau. Media yang digunakan ialah cat minyak Kombinasi warna yang harmoni dan kontra telah menghasilkan satu suasana yang tegang di mana dua ayam terlibat dalam satu pertarungan yang sengit.

description

sdp isl 5

Transcript of ISL-5

Mencari lima hasil karya dan menjelaskan unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan

Unsur-unsur Seni

Garisan Warna Jalinan Rupa Bentuk Ruang

Prinsip-prinsip Rekaan

Harmoni Penegasan Imbangan Kontra Pergerakan Kesatuan Kepelbagaian

Artist: Ibrahim Hussein

Title: Fighting cockerel

Medium: oil on canvas

Description: signed and dated 1971 lower left

Terdiri daripada garisan-garisan yang tidak sekata Banyak menggunakan ton cerah, iaitu warna merah Warna merah banyak digunakan untuk menunjukkan

sifat agresif ayam jantan yang sedang berlawan. Lukisan ini mempunyai unsur kontra kerana

menggunakan warna merah dan hijau. Media yang digunakan ialah cat minyak Kombinasi warna yang harmoni dan kontra telah

menghasilkan satu suasana yang tegang di mana dua ayam terlibat dalam satu pertarungan yang sengit.

Terdapat juga garisan yang jelas –menunjukkan bulu ayam yang berwarna-warni. Bentuk lukisan ini adalah bentuk ilusi iaitu hanya dapat dilihat di satah gambar dan apabila

disentuh, permukaan adalah datar. Rupa lukisan ini adalah rupa organik iaitu mempunyai garisan luaran yang pelbagai, tidak menentu

dan bersifat dominan.

Struktur rekaan adalah menggunakan garisan struktur yang terbentuk mengikut sifat objek yang dilukis.

“Di Pinggaran”

Pelukis banyak menggunakan warna sekunder dan tertier untuk menghasilkan suasana sawah padi desa yang aman damai dan harmoni.

Hal ini juga menggambarkan fikiran pelukis yang tenang pada ketika itu .

Garisan yang digunakan dalam lukisan ini adalah garisan dalam Alam Sekeliling danBuatan Manusia. Contohnya,pokok kelapa dan rumah Melayu.

Ruang dalam lukisan diagihkan dengan seimbangan.

Kedudukan rumah di tengah lukisan berada dalam keadaan yang stabil, sama

berat dan bersifat harmoni. Rupa lukisan ini adalah rupa organik yang mempunyai farisan luaran dan tidak menentu. Bentuk lukisan adalah ilusi iaitu hanya dapat dilihat dan tidak dapat disentuh.

Anassuwandi Ahmad

Medium: Acrylic on Canvas

Year: 2006

Tajuk:GLIMPSE INTO THE PATH No.4

Lukisan ini merupakan kenangan pelukis semasa beliau kecil.

Lukisan ini menggambarkan pemikiran dan perasaan pelukis yang telah dibesarkan di perkampungan nelayan di Kuala Kedah .

Di sinilah pelukis bermain di tepi sungai,bermain dengan lumpur,menangkap belangkas,membuat layang-layang dan menaiki .

Kesemua kenangan-kenangan di atas telah dicampurkan dan diluahkan melalui lukisan ini.

Pergerakan ditunjukkan melalui garisan-garisan gelap dimana pelukis menunjukkan perasaan yang seronok dan gembira semasa bermain pada zaman kanak-kanaknya.(contohnya,warna kuning-pelukis bermain lumpur.)

Garisan-garisan tersebut juga membentuk objek-objek seperti layang-layang,kapal .

Dr Zakaria Ali“Wind”1991 Lukisan yang dihasilkan oleh Dr Zakaria Ali pada

tahun 1991. Cat minyak menggambarkan bukit batu kapur di Perlis Catan – lambang realistik dan simbolik. Suasana – redup dan sejuk seolah-olah ada sesuatu

yang tersembunyi. Kombinasi yang gelap menggambarkan suasana

sunyi dan tempat yang terpinggir. Garisan menunjukkan objek yang agak jelas serta

kesan hakisan pada bentuk fizikal batu. Terdapat pergerakan tiupan pada daun-daun pokok .

( Tajuk lukisan ini dinamakan “wind”) Tema lukisan ini adalah menghayati dan menghargai

alam sekitar

Pembinaan Bukit Putus Aliran – bersandarkan realistik. Struktur – pokok-pokok kelihatan

di sebelah kiri ,kehadiran cahaya matahari menyinari lereng bukit.

Kombinasi yang gelap digunakan pada tumbuh-tumbuhan dan balak.(menggambarkan situasi sunyi dan terpinggir di atas bukit )

Penegasan – pandangan hadapan iaitu kayu balak dan bahan pembinaan manusia untuk mewujudkan kelainan.

Membawa maksud kesan pembangunan terhadap alam sekitar. Mengunakan ruang untuk menunjukkan kesan pembalakan dan menjadikan bukit putus.