Introtohockey

34
PENGENALAN PERMAINAN HOKI

Transcript of Introtohockey

PENGENALAN

PERMAINAN

HOKI

SEJARAH

• Hoki merupakan salah satu permainan popular di dunia. • Ia mula dikenali di peringkat antarabangsa pada tahun 1890-

an dan telah menjadi satu sukan demontrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 di Paris.

• Ia telah dipertandingkan di Sukan Olimpik secara terbuka pada tahun 1928 yang diadakan di Amsterdam.

• Selepas 100 tahun permainan hoki diperkenalkan sebagai satu permainan antarabangsa, banyak perubahan yang berlaku dalam peraturan, gaya bermain dan alatan tanpa menukar bentuk asal atau ciri-ciri permainan.

SEJARAH• Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang

panjang dan menarik iaitu bukti pertama menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 ribu tahun yang lalu.

• Salah satu dinding makam Bani Hasan di Mesir yang dibina sekitar 2000 tahun S.M, menunjukkan sebuah lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti dalam permainan hoki.

• Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M dipercayai bahawa hoki telah wujud di Paris , Greece dan Rome berdasarkan arca dinding yang telah ditemui.

SEJARAH

• Di Scotland, hoki dikenali sebagai shinty, di England dikenali dengan nama commock manakala di Wales hoki dikenali sebagai banty.

• Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa perkataan hoki diambil sempena daripada permainan yang digunakan di Perancis, iaitu hoquet.

• Pada pertengahan tahun 1800-an, hoki menjadi popular di sekolah-sekolah England dan pada waktu itu juga penubuhan beberapa kelab hoki seperti Kelab Hoki Wimbledon (1883) dan Blacheath (1861).

SEJARAH

• Pada tahun 1800-an, pemain menggunakan bola gabus atau getah yang dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis.

• Bola ini mula digantikan dengan bola kriket yang diwarnakan cat putih sekitar tahun 1875.

• Kayu hoki pula diperbuat daripada kayu ash atau oak yang mempunyai lengkung semula jadi di hujungnya.

• Gelanggang hoki yang digunakan pula adalah berukuran 150 meter panjang dan 180 meter lebar manakala pintu gol didirikan menggunakan dua tiang gol berjarak sembilan meter.

SEJARAH• Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British

Hockey Association (BHA)pada tahun 1886 dan telah diterima oleh beberapa negara seperti Scotland, Wales, Ireland, Belgium dan Perancis.

• Pada tahun 1894, perlawanan hoki antarabangsa pertama telah berlangsung antara England dengan Ireland dan seterusnya mula berkembang ke negara-negara lain.

• Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan dihentikan seketika disebabkan Perang Dunia Kedua.

• Di negara Asia, permainan hoki mula dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan Asia di Tokyo.

SEJARAH• Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu

di bawah pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura.

• Kini, pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan.

• Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa antaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja.

• Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956.

PERALATAN

Padang hoki• Padang berbentuk segi empat bujur dengan

ukuran 91.40 meter panjang dan 55 meter lebar. Garisan panjang dikenali garisan tepi dan garisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Pintu gol diletakkan di atas garisan belakang.

BULATAN GOL / Striking Circle

PERALATAN

Pintu gol• Gol diletakkan di tengah garisan belakang. Ia

dibuat dengan dua tiang gol tengah yang disambung dengan satu tiang mendatar (crossbar).

• Jarak di antara dua tiang tengah adalah 3.66 meter manakala ketinggiannya adalah 2.14 meter. Semua tiang di cat dengan warna putih.

TIANG GOL

PERALATAN

Jaring• Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan

tiang mendatar. Ia mempunyai “mesh” berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi.

PERALATAN

Tiang Bendera• Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar

sudut padang permainan dan dikenali sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20 meter hingga 1.50 meter. Tiang ini diperbuat daripada bahan lembut untuk menjamin keselamatan pemain.

BENDERA

PERALATAN

Bola• Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong

digunakan. Biasanya permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah di antara 156 g – 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 mm – 235 mm.

PERALATANKayu Hoki (Stick)• Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk

bulat di sebelah kanan. • Bahagian lengkuk kayu di panggil kepala kayu

yang berbentuk “J” atau “U”. • Kayu hoki hendaklah licin dan tidak tajam di

bahagian tepi. Tebal kayu dihadkan dan hanya boleh melalui satu gelung yang berdiameter 51 mm.

• Kayu hoki diperbuat daripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.

• Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of the stick) dan hanya boleh digunakan dalam permainan. • Bahagian bulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidak boleh digunakan semasa bermain.

1. Bagi semua kemahiran, tangan kiri memegang BAHAGIAN 1 kayu hoki.

2. Untuk memukul, tangan kiri dan tangan kanan memegang BAHAGIAN 1 kayu hoki.

3. Untuk menolak, mengelecek dan menguis bola, tangan kanan memegang BAHAGIAN 2 kayu hoki.

4. Untuk melakukan pukulan pantas, kedua-dua belah tangan memegang BAHAGIAN 2 kayu hoki.

• 5. Untuk menahan bola leret, tangan kanan memegang bahagian di antara 2 dan 3 kayu hoki.

PERALATANAlatan Penjaga Gol• Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti

memakai perlindungan badan yang sesuai. Seperti – Ped kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped

mestilah ringan untuk membantu pergerakan penjaga gol. – Sarung tangan penjaga gol diperbuat daripada kulit dan plastik.– Seluar berped supaya mudah menggelongsor– Pelindung kemola untuk penjaga gol lelaki. – Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan dan

dipakai di bawah jersi penjaga gol. – Pelindung mulut dan muka (wajib bagi penjaga gol kecuali

semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan kerongkong.)

PERALATAN

Kasut • Pemain memakai kasut yang

sesuai terutama yang mempunyai tetungku getah. Kasut khas digunakan untuk bermain di atas permukaan sintetik di mana membenarkan pemain mempunyai tempat berpijak yang baik.