Huatuan

download Huatuan

of 8

Transcript of Huatuan

  • 8/14/2019 Huatuan

    1/8

    Huatuan

    Dari kemerdekaan sehingga kini,walaupun masyarakat kita mengalami perubahan

    yang besar,namun tradisi orang Cina menubuhkan persatuan tidak pernah

    terputus.Kesemua Pendaftaran Pertubuhan Orang Cina (Ringkasan

    Huatuan1)membentukkan satu rangkaian yang unik untuk masyarakat Cina.Matlamat

    rangkaian Huatuan adalah untuk menyelesaikan cabaran yang dihadapai oleh masyarakat

    Cina.

    Dalam menjalankan pelbagai aktiviti,Huatuan telah mengatur semula untuk

    menyesuaikan tahap yang berbeza dalam masa yang berbeza.Hal ini adalah untuk

    memenuhi keperluan konkrit ahli dan persekitaran tempatan,termasuklah keperluan

    masyarakat,ekonomi,pendidikan dan agama.

    Realitinya,Huatuan merupakan satu persatuan yang tidak bertujuan untuk

    mengautkan keuntungan.Sifat yang dapat membolehkan Huatuan untuk mempergunakan

    peranan yang positif ialah sifat kerakyatan2.Huatuan ialah satu persatuan

    yang berdikari,berautonomi,dibuka untuk masyarakat Cina dan tidak dicampur tangan

    oleh persatuan politik.Jika Huatuan dapat membela sifat kerakyatannya,maka Huatuan

    dapat memperolehi kepercayaan dan sokongan daripada masyarakat Cina.Pada masa

    kini,tujuan orang Cina menyertai Huatuan bukan untuk mencari makan,malah bertujuan

    untuk memenuhi keperluan mereka seperti persetujuan kebudayaan,kebajikan

    ahli,perhubungan perniagaan dan lain-lain.Huatuan juga banyak mengadakan aktiviti

    kebajikan,tetapi kebanyakannya adalah berkhidmat untuk ahlinya dahulu.

    1 Huatuan:satu pertubuhan yang ditubuhkan oleh orang Cina di Malaysia.2 Sifat kerakyatan:sifat yang bercenderung terhadap rakyat

  • 8/14/2019 Huatuan

    2/8

    Walaupun matlamat dan pembentukan Huatuan adalah berbeza dengan parti

    politik,tidak menegaskan tema yang bersifat politik,atau mengambil bahagian dalam

    aktiviti yang berpolitik,tetapi,dalam sudut untuk memperolehi manfaat,Huatuan masih

    dapat memainkan peranan yang cuba mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh

    kerajaan.

    Persatuan Huatuan

    Setakat 28 Jun 2001,negara kita mempunyai 7276 buah persatuan

    Huatuan.Walaupun bilangan Huatuan mempunyai bilangan yang ramai,tetapi asasnya

    Huatuan boleh dibahagikan kepada 6 sistem,iaitu,pertama,Gabungan Pertubuhan Cina

    Malaysia3,ahlinya merangkumi dewan besar Zhong Hua bagi 13 negeri atau

    persatuan gabungan Huatuan.Kedua,Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Golongan

    Usahawan Cina4,ahlinya merangkumi pusat kesatuan perniagaan dan

    perindustrian Zhong Hua bagi Malaysia.Ketiga,Dongjiaozong,ahlinya merangkumi

    gabungan persatuan pengelola sekolah Cina dan gabungan persatuan guru-guru sekolah

    Cina.Keempat,Gabungan persatuan kekerabatan Cina,merangkumi gabungan persatuan

    yang bersifat geografidan gabungan persatuan yang bersifat perdarahan(

    ).Kelima,Gabungan persatuan yang bersifat pendidikan,termasuklah

    Gabungan Persatuan alumni di Taiwan,Persatuan alumni di Universiti Nan

    3 Gabungan Pertubuhab Cina Malaysia:diberi nama pada tahun 1997.Ditubuhkan daripada Dewan Besar

    Chung Hua dari 13 negeri di Malaysia.4 Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Golongan usahawan Cina:Ringkasannya ACCCIM,ditubuhkan

    pada tahun 2 July 1921.

  • 8/14/2019 Huatuan

    3/8

    Yang,Persatuan alumni Tionghoa di Universiti Malaya dan Gabungan Persatuan alumni

    sekolah Cina di Malaysia.Keenam,Persatuan kebudayaan dari Malaysia,termasuklah

    Persatuan Belia,Persatuan Keagamaan

    Walaupun Huatuan mempunyai sebanyak 12 jenis,namun dari sifat

    gerakannya,mereka mempunyai titik berat yang berbeza.Asasnya,mereka memainkan

    peranan yang banyak,iaitu menggabungkan ahli-ahli dan menyuarakan aspirasi

    mereka,mencocokkan Huatuan yang utama,bersama memperluaskan urusan perniagaan

    yang penting,memberi perhatian terhadap kebudayaan,pendidikan,kemasyarakatan serta

    ekonomi di kalangan orang Cina dan akhirnya ialah mengeratkan perhubungan antara

    suku bangsa

    Peranan Huatuan dalam menyokong kebudayaan Mahua

    Peranan Huatuan agak penting dalam mempertahankan dan mengembangkan warisan

    kebudayaan Cina.Dalam kajian ini,4 peranan sahaja diambil daripada pelbagai

    peranannya.Antarannya adalah penubuhan Pesta kebudayaan Mahua,memo

    kebudayaan Negara,peranan pendidikan,dan peranan Persatuan Kebudayaan Cina

    Malaysia.

    1. Pesta kebudayaan Mahua

    Dicadangkan oleh Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia

    ,Dewan Besar

    Zhong Hua di seluruh negeri bergilir untuk mengadakan Pesta kebudayaan Mahua.Dari

    tahun 1984,Pesta kebudayaan Mahua telah diadakan sebanyak 15 tahun.Ini telah

    membuktikan Huatuan memang berusaha untuk mengembangkan kebudayaan orang

  • 8/14/2019 Huatuan

    4/8

    Cina.Pada tahun 1994,Dewan Besar Zhong Hua bagi negeri Selangor telah

    mengadakan satu seminar yang bernama Penyelidikan di jalan depan.Seminar ini

    telah membincangkan pelbagai cadangan yang berkaitan dengan pembangunan

    kebudayaan Orang Cina,dan bagaimana untuk menjalankan Pesta Kebudayaan Mahua

    dengan lebih baik.Antara cadangannya adalah memberi perhatian terhadap Pesta

    Nyanyian lagu Cina,Pesta Tarian Cina,Pesta Drama Cina,Pertandingan Lagu

    Cina,Tarian Singa,Tarian Naga dan Wushu mencocokkan semua daerah untuk

    mengadakan Pesta Tanglung,dan menyebarkan kebudayaan Cina ke dasar masyarakat

    seboleh-bolehnya mengundang orang India dan orang Melayu untuk menghadiri Pesta

    Kebudayaan Mahua,serta mengeratkan hubungan dengan mereka mengadakan

    perbincangan yang berkaitan dengan kebudayaan Cina,serta mencadangkan cadangan

    yang boleh mengembangkan kebudayaan Cina ,bekerjasama dengan suratkhabar

    Cina,mengemas serta menerbit bahan yang berkaitan sejarah orang Cina.

    2. Memo Kebudayaan Negara Pada tahun 1983,Persatuan kebudayaan telah menghantar satu Memo

    Kebudayaan Negara kepada kerajaan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Cina yang

    mempunyai lebih kurang 30000 patah kata.Isi kandungannya adalah pendahuluan

    ,pengetahuan asas dan pendirian yang kita perlu ada ,asas untuk pembangunan

    kebudayaan negara ,berusaha untuk mengerat hubungan antara kaum ,memecahkan

    pemisahan kebudayaan antara kaum ,tiga dasar untuk mesyuarat agung kebudayaan

    negara berusaha memainkan peranan masing-masing,tidak menentang tiga dasar

  • 8/14/2019 Huatuan

    5/8

    tersebut,menjalankan tanggungjawab masing-masing,bersedia untuk melakukan

    sumbangan yang berguna serta berusaha untuk membayangkan keunikan kebudayaan

    masing-masing ,nukleus kebudayaan negara adalah inti sari kebudayaan kaum masing-

    masing pandangan asas yang salah mesti dibetulkan ,peranan kerajaan dalam

    mendorong pertukaran kebudayaan antara kaum dan kesimpulan.

    Dalam memo ini juga melampirkan beberapa cadangan yang dibuat oleh persatuan

    kebudayaan,antaranya adalah cadangan dalam bidang pendidikan dan pembudayaan

    ,bahasa ,sejarah ,kesusasteraan ,media massa ,drama ,muzik ,tarian ,lain-lain seperti

    lukisan,kaligrafi,ukiran,rancang,industri kraf tangan,bangunan ,

    agama ,tabib dan ubat tradisi Cina

    Dalam memo ini,persatuan kebudayaan menegaskan bahawa kebudayaan Malaysia

    mestilah merupakan gabungan kebudayaan setiap kaum dalam Malaysia.Untuk

    menghormati perlembagaan Malaysia,pembangunan kebudayaan negara kita,mesti

    menjadikan inti sari setiap budaya kaum sebagai nukleus.Bagi mencapai maklamat

    ini,persatuan kebudayaan telah mencadangkan tiga dasar,iaitu mengakui dan menerima

    kenyataan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang didirikan daripada pelbagai

    kaum dan mempunyai kebudayaan yang berbeza setiap kaum mempunyai corak

    kebudayaan yang berbeza.Maka,kerajaan harus mengambil dasar yang buka minda

    supaya kebudayaan setiap kaum dapat berkembang dengan bebas kerajaan perlu

    mendorong pertukaran kebudayaan antara kaum untuk membayangkan keunikan

    kebudayaan Malaysia dengan lebih berkesan

  • 8/14/2019 Huatuan

    6/8

    Kesemua cadangan yang disebutkan di atas,telah mendapat kebenaran daripada

    kerajaan.Kemudian,kerajaan dalam melaksanakan dasar yang berkaitan dengan

    kebudayaan,mula mengalami pertukaran,iaitu melaksanakan dasar berkenaan dengan

    buka minda.

    3.Pendidikan

    Dongjiaozong5(JAWATANKUASA KERJA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA)

    Sekolah kebangsaan Cina merupakan akar bagi pendidikan Cina.Untuk

    membolehkan anak-anak Cina dapat membelajari bahasa Cina dengan

    baik,Sekolah kebangsaan Cina mesti dipertahankan dengan

    sempurna.Maka,satu jawantankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kerja

    Sekolah Jenis Kebangsaan Cinatelah ditubuhkan.Matlamat jawatankuasa ini

    ditubuhkan adalah untuk memeliharakan pendidikan Cina,seta mengembangkan

    kebudayaan Tionghua ,memeliharakan dan mengembangkan Sekolah Kebangsaan

    Cina di seluruh Malaysia ,menuntut pihak kerajaan supaya mengistiharkan taraf

    pendidikan Cina dan mengakui tarafnya adalah samarata dengan bahasa lain di negara

    ini.

    Peranan Dongjiaozong

    Dongjiaozong mempunyai banyak peranan,antaranya ialah menuntut supaya bahasa

    Cina dijadikan bahasa pengantar dalam pengajaran Cina ,meningkatkan taraf pendidikan

    Cina,memperbaiki kemudahan sekolah,serta meninkatkan taraf pengajaran ,mendorong

    5 Dongjiaozong:ditubuhkan daripada Dongzong dengan Jiaozong

  • 8/14/2019 Huatuan

    7/8

    orang Cina memperhatikan undang-undang masa kini dan berhati-hati terhadap kepada

    tindakan yang tidak adil kepada masyarakat Cina ,memastikan kuailiti guru-guru sekolah

    Cina dalam tahap yang patut ,membentuk kumpulan untuk menjalankan kerja-kerja yang

    berkaitan ,mendirikan tadika,membentuk satu sistem yang baik dari peringkat tadika ke

    peringkat universiti ,menperkenalkan pendidikan kanak-kanak kepada masyarakat orang

    Cina

    4. Persatuan Kebudayaan Cina Malaysia

    Persatuan Kebudayaan Cina Malaysia ditubuhkan pada 3 Mei 1977.Pada masa

    itu,Tan Sri Lee San Chun telah mengumunkan pendirian persatuan ini.Matlamat untuk

    mendirikan persatuan ini adalah untuk menyediakan satu tempat kepada orang Cina

    untuk mengkaji dan menjalankan aktiviti yang berkaitan kepada kebudayaan.Selain

    itu,Persatuan ini juga memainkan peranan sebagai jambatan untuk menjalankan

    pertukaran kebudayaan antara kaum.

    Persatuan ini didirikan bukan bertujuan untuk mengautkan keuntungan dan tidak

    terlibat dalam politik.Ia bebas memainkan peranannya dalam mengembangkan

    kebudayaan Cina.

    Sehingga kini,persatuan ini telah diwujudkan sebanyak 41 tahun.Matlamatnya untuk

    menyokong dan mengembang kebudayaan Cina dan menggalakkan pertukaran

    kebudayaan antara kaum tidak pernah berubah.Antara objektif dan peranan persatuan ini

    adalah untuk menjalankan kajian terhadap warisan kebudayaan di Malaysia,mengadakan

  • 8/14/2019 Huatuan

    8/8

    aktiviti yang berkaitan dengan budaya,serta menerbitkan bahan seperti

    sajak,novel,buku,drama,tesis dan sebagainya yang berkaitan dengan budaya Cina.

    Sepanjang 41 tahun,persatuan initelah menganjurkan sekurang-kurangnya 300 aktiviti

    yang mengembangkan kebudayaan Cina.Pada keawalan,persatuan ini telah menganjurkan

    Pertandingan HuiChun6() ,Seminar kaligrafi ,membuka kelas kaligrafi ,mangajar

    melukis lukisan Cina,pameran buku dan majalah ,dan sebagainya.Kaum bukan Melayu

    juga menyokong dalam Pertandingan HuiChun pada masa itu.Justeru,persatuan ini telah

    mengadakan seminar untuk mengkaji persoalan kebudayaan dalam masyarakat

    kita,mengembangkan permikiran Konfusianisme ,mengeluarkan anugerah kebudayaan

    Cina

    6 Huichun:menulis kaligrafi di kertas yang berwarna merah.Biasanya ditulis semasa meraikan Tahun Baru

    Cina.