HFUWH
-
Upload
ensiklopedia -
Category
Documents
-
view
225 -
download
0
description
Transcript of HFUWH
7/18/2019 HFUWH
http://slidepdf.com/reader/full/hfuwh 1/2
CONTOH KARANGAN CEMERLANG
Jelaskan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan ole anak!anak
te"adap ibu bapa#
Memetik kata-kata daripada peribahasa Arab yang bermaksud , “Syurga itu
dibawah telapak kaki ibu” membuktikan keredaan hidup seseorang anak adalahdengan reda ibunya. Maksud yang sama juga dapat dipetik daripada maksud Hadith
Nabi SA yang bermaksud, “!eda Allah hendaklah dengan reda daripada ibu bapa”.
"leh hal yang demikian, hasrat seseorang anak yang mahu memperoleh keredaan
#uhan sama ada di dunia mahupun di akhirat hendaklah terlebih dahulu
memperoleh keredaan daripada ibu mereka. Namun demikian, situasi masa kini
memaparkan keadaan di sebaliknya apabila ramai warga emas yang terbiar
terlantar dengan jelas menunjukkan sikap lepas tangan dan tidak
bertanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa mereka semakin menjadi-jadi.
$nilah tempelakan seperti ka%ang melupakan kulit yang menunjukkan rasa
tanggungjawab dan sikap membalas budi anak-anak terhadap ibu bapa yang sudah
tua semakin memupus. Sewajarnya hal yang sedemikian tidak berlaku, malahan
anak-anak dituntut melaksanakan tanggungjawab yang sebaik mungkin terhadap
ibu dan bapa mereka.
&ipetik daripada sebuah ren%ana dalam akhbar 'tusan Melayu pada () Mei
(**+ bertajuk “&i mana Nilainya arga mas”, memaparkan suatu keadaan yang
sangat menyedihkan apabila ** *** warga emas yang hidup terpinggir dengan +/
*** daripadanya hidup se%ara bersendirian. $nilah 0enomena menjelang abad
milenium apabila induk semakin terpisah daripada generasinya. $mplikasi buruk
yang bakal berlaku ialah terpampang di hadapan mata kita anak-anak yang tidak
tahu membalas budi, sombong dan masyarakat yang porak peranda. $nilah ironi
kononnya rakyat Malaysia yang sangat kaya dengan budi bahasa dan sopan santun
tetapi induk darah daging sendiri terbiar.
Sebagai anak yang tahu harga diri, kita wajar menjaga maruah diri dan
maruah ibu bapa. 1angankan ibu bapa sudah sampai pada usia warga emas, namun
dalam setiap keadaan maruah mereka perlu dijaga. Sebaliknya pada hari ini
terdapat begitu ramai anak-anak yang menjadi samseng jalanan, penagih dadah,
dan gila seks sedang menular di tengah-tengah masyarakat. Anak-anak sewajarnya
kembali ke pangkal jalan. 2ilihlah jalan hidup yang diredai dengan berpegang
kepada pedoman agama, adat budaya dan pantang larang. Akibat meminggirkan
gaya hidup yang berteraskan nilai-nilai sejati insani akhirnya disiplin, akhlak dan
budi bahasa tidak dipedulikan. Han%urlah hati ibu bapa yang melahirkan dan
membesarkan. "leh itu, sebagai anak yang tahu akan nilai keinsanan tunjukkanlah
si0at berbudi bahasa yang mudah disenangi mata yang memandang dan menjadi
halwa telinga kepada ibu bapa kerana mengenal getah batang lihatlah kepada
daunnya.
Selagi ada hayat mereka di dunia penuhilah hasrat mereka yang ingin
melihat anak-anak berjaya di dunia dan memperoleh reda Allah di akhirat. 1alan
yang terbaik ialah setiap anak hendaklah menyimpan a3am untuk berjaya dalam
pelajaran, halus budi pekertinya dan menyerlah dalam kerjayanya. Setelah
7/18/2019 HFUWH
http://slidepdf.com/reader/full/hfuwh 2/2
meninggal dunia, ibu bapa sangat mengharapkan anak-anak seumpama ini yang
mendoakan kesejahteraan mereka. 1adilah anak-anak yang baik sesuai dengan
maksud Hadith !asulullah, “Apabila mati seseorang anak Adam itu, justeru
terputuslah segala amalnya di dunia ini melainkan tiga perkara. 4etiga-tiganya ialah
sedekah yang dijariahi, ilmu berman0aat yang disampaikan, dan anak-anak yang
soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya.
4asih sayang boleh diibaratkan seperti tali yang sentiasa bersambung dan
tidak pernah putus. "leh itu, sebagai anak yang memiliki pekerti mulia, jangan
sama sekali diputuskan silaturahim sesama adik beradik, kaum keluarga serta
handai dan taulan yang telah dijalinkan oleh ibu bapa. Sama ada ibu bapa masih
hidup atau sudah tiada, anak-anak amat dituntut untuk memperluas rangkaian
silaturahim. Amalan tersebut bukan sahaja untuk memperkukuh jalinan keluarga
malah dapat membentuk sebuah masyarakat yang damai dan harmonis. Sekiranya
ada jemputan seperti ke majlis kenduri kendara, menjenguk kesakitan dan
men3iarahi kematian, eloklah anak-anak turut bersama-sama ibu bapa atau pun
menjadi wakil kepada ibu bapa sekiranya mereka sudah u3ur. Sesungguhnya,
amalan seperti ini menepati 0alsa0ah hidup sandar-menyandar ibarat aur dengan
tebing.
Saat yang paling kritikal kepada ibu bapa apabila mereka sudah men%e%ah
usia emas dan mula dirundung sakit atau u3ur. !amai anak-anak yang memberi
alasan sibuk, keengganan ibu bapa tinggal bersama-sama, dan pelbagai lagi
dengan seribu satu alasan. Semuanya bertujuan untuk mengalih perhatian agar
dapat mengelak daripada menjaga ibu bapa. 2ada kala ini tepat sangatlah dengan
ungkapan di atas iaitu, “Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi
sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu”. Sebaliknya sebagai
anak yang tahu harga budi dan diri, inilah peluang terbaik untuk mereka membalas jasa ibu bapa. 5ertepatan dengan nasihat Nabi SA kepada seorang sahabatnya
yang telah mengendung ibunya kerana bertawa0 di sekeliling 4aabah, bahawa
jikalau sahabat tersebut memberikan nyawanya sekalipun dia belum boleh
menggantikan pengorbanan si ibu kepadanya. alau seberapa ramai sekalipun adik
beradik, seseorang itu hendaklah berasa dialah yang paling bertuah sekiranya
berpeluang menjaga ibu bapa terutama sekali pada saat-saat na3ak untuk
menyahut panggilan #uhan. $nsya-Allah segala pengorbanan anak pada waktu itu
akan diganjari Allah pahala yang amat besar dan segala dosanya terhadap kedua-
dua ibu bapa akan diampunkan.
&emikianlah maksud ungkapan, kasih ibu sepanjang hayat, kasih bapa
berkorban jiwa, dan kasih saudara sewaktu berada. 4asih sayang ibu bapa tiadatukar ganti walaupun nilainya segunung emas dan permata. "leh itu, berbuatlah
baiklah kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup dan kirimilah doa setelah
mereka pergi buat selama-lamanya.