Halangan Mental Dan Teori Berkaitan
Transcript of Halangan Mental Dan Teori Berkaitan
PENGENALAN
Pada zaman globalisasi, bagaimanakah seseorang individu itu dapat menonjolkan diri tanpa
dipengaruhi oleh halangan-halangan mental dalam dirinya sendiri.Jika ingin mencapai
potensi sebenar dalam diri, individu itu perlu membebaskan minda daripada sangkar yang
mengandungi pemikiran negatif dan tidak berfaedah sebagai contoh perasaan takut, fobia dan
sebagainya. Individu harus mencuba untuk menjauhi diri daripada perkara-perkara yang
menakutkan dan menghalang dirinya daripada mencapai sesuatu yang diinginkan. Setiap
manusia dilahirkan dengan ruang untuk membina dan membentuk. Manusia mampu untuk
mempelajari kemahiran yang baru jika dia mahu.
Selain itu,sikap seseorang individu juga penting dalam menentukan masalah mental
yang mungkin akan dihadapi oleh individu terbabit.Sikap ini sebenarnya terpengaruh oleh
persekitaran individu,keluarga dan sebagainya.Ini kerana sikap seseorang individu yang
boleh terjerumus kepada masalah mental seperti sikap suka meniru kerap kali timbul dalam
kalangan remaja dan masyarakat hari ini.Menurut Teori Hovland mengatakan seseorang
individu akan menukar sikap apabila diberi dorongan yang secukupnya untuk menerima
mengubah sikap individu itu.Maksudnya seseorang itu perlu diberi dorongan untuk menerima
maklumat atau alasan yang dapat mengubah sikap.Kerana dari sikap seseorang individu akan
menerima masalah mental.Tekanan yang terlampau daripada kalangan masyarakat yang
mendorong seseorang individu mengalami tekanan mental.
Oleh itu ,untuk mengubah atau menghalang daripada masalah mental berterusan .Ia
memerlukan cara untuk mengatasi daripada awal seperti sikap individu terhadap diri
sendiri,alam sekitar dan keluarga.Dengan mengamalkan sikap positif,masalah mental tidak
akan wujud dalam diri seseorang individu. Sikap yang menjadi punca segala masalah
samaada mental,fizikal mahupun pemikiran.
Page | 1
MAKSUD HALANGAN MENTAL
Mental berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud Kejiwaan.Kata mental
mempunyai persamaan makna dengan Pscyhe yang berasal dari dahasa Latin yang bermksud
Psikis atau jiwa.
Manakala, maksud halangan mental juga adalah menghalang individu daripada
mencapai matlamat tertentu. Halangan-halangan itu boleh menghalang individu daripada
mencuba sesuatu perkara yang berbeza seperti memulakan pekerjaan yang baru dan
sebagainya. Ia juga merupakan ketidakupayaan untuk mengingat atau berfikir tentang sesuatu
perkara yang biasanya individu boleh melakukannya, kerana disebabkan oleh ketegangan
emosi.
Halangan mental pada mulanya lebih dipengaruhi oleh pelbagai faktor, kemudian
menjadi satu pemahaman dan keyakinan pada diri individu itu sendiri. Halangan mental
menjadi salah satu penghambat kepada beberapa perkara yang berkaitan dengan dirinya yang
ingin menjadi seseorang yang mempunyai peribadi yang lebih baik daripada sebelumnya.
Perasaan tidak mampu, tidak boleh, takut dan perasaan-perasaan lain yang menghalang
perkembangan seseorang itulah yang dinamakan halangan mental.
Setiap perlakuan ,sikap dan pemikiran seseorang kebiasaannya menuju kearah
halangan mental.Jikalau seseorang dapat mengendalikan pemikiran dengan baik,maka tidak
akan wujud halangan mental dalam diri seseorang itu.Mengikut keadaan dan semua perkara
akan berlaku sekiranya seseorang dapat mengambil inisiatif dalam mengatasi masalah dan
permasalahan yang mereka hadapi.Seseorang yang mengalami permasalahan yang terlampau
itula yang boleh menyebabkan halangan mental dalam diri.Oleh itu,kawal sikap atau perasaan
dalam menentukan sesuatu keputusan samaada betul atau salah,baik atau buruk
Page | 2
CIRI-CIRI MASALAH HALANGAN MENTAL
PERASAAN TAKUT DAN PEMIKIRAN NEGATIF
Mengapakah ada diantara sesetengah individu yang masih belum mencapai matlamat
walaupun umur sudah bertambah lanjut? Jika difikirkan dengan mendalam, jawapannya
mungkin terdapat dalam perasaan takut dan keadaan negatif minda seseorang individu itu.
Perasaan takut dan pemikiran negatif berupaya untuk mengubah pandangan seseorang kepada
perkara yang sedang berlaku di sekelilingnya. Keadaan ini juga meletakkan batasan kepada
sesuatu perkara yang mampu dicapai oleh seseorang itu. Malangnya, perasaan takut tidak
perlu hadir dalam diri kerana ianya hanya membawa kerugian terhadap seseorang individu.
Perasaan takut dan pemikiran negatif ialah halangan mental ( mental block ) yang
menghalang diri daripada mencapai potensi kearah mencapai kejayaan sepenuhnya dalam
kehidupan. Perkara ini juga akan menutup idea-idea yang membawa kepada pembinaan dan
pembesaran mental seseorang. Keadaan ini menghalang seseorang daripada mencapai potensi
yang terbaik dalam kehidupan seharian.
Salah satu halangan mental yang serius yang dihadapi oleh kebanyakan individu di
dunia ini ialah ialah perasaan takut akan kegagalan. Perasaan ini terdapat dalam berbagai-
bagai bentuk dan tahap. Jika seseorang individu itu mentafsirkan kegagalan untuk melakukan
sesuatu perkara itu sebagai tanda kekurangan dan kelemahan peribadi, sudah tentu perjalanan
hidup akan sentiasa dihalang atau ditutup dengan perasaan takut. Seseorang individu itu akan
berasa segan dan berhati-hati untuk mengambil sebarang risiko apabila hendak melakukan
sesuatu perkara.
Pada halangan mental perasaan takut ini,ia memerlukan perlindungan dan dorongan
supaya perasaan dan sikap takut dapat diubah.Mengikut Teori Rogers individu yang
Page | 3
mengalami perasaan takut perlu mengambil langkah perlindungan.Teori ini juga
menerangkan bagaimana seseorang itu mengambil tindakan yang akan dapat melindungi
mereka daripada kesan-kesan perasaan takut dan sikap negatif.Sebagai contoh seseorang
pelajar takut mengalami kegagalan dalam peperiksaan,pelajar ini akan menghilangkan
perasaan takut dengan melakukan perkara yang tidak boleh menyebabkan mereka
gagal.Pelajar ini akan cuba mencari alternatif lain supaya mereka tidak gagal seperti
mengulang atau (repeat) kembali mata pelajaran tersebut.Oleh itu,mereka akan mempelajari
setiap pelajaran dengan tekun dan bersungguh.
TRAUMA
Trauma berasal dari bahasa Yunani yang bererti ‘luka’. Kata tersebut digunakan untuk
menggambarkan situasi akibat peristiwa yang dialami oleh seseorang. Para psikologi
menyatakan trauma dalam istilah psikologi bermaksud suatu kejadian yang dialami seseorang
dan meninggalkan kesan keatas dirinya. Biasanya bersifat negatif, dalam istilah psikologi
juga disebut sebagai ‘post-traumatic syndrome disorder’.
Menurut G.C Davidson dkk, pada tahun 2000 dalam buku Psikologi Abnormal
menyatakan trauma ialah gangguan stress yang timbul berkaitan dengan peristiwa traumatis
luar biasa. Sebagai contoh, melihat orang dibunuh, diseksa secara sadis, korban kecelakaan,
bencana alam dan lain-lain. ‘Post Traumatic Stress Disorder’ ( PTSD ) merupakan gangguan
kejiwaan yang sangat berat kerana biasanya penderita mengalami gangguan jiwa yang
mengganggu kehidupannya.
Secara umum, gejala PTSD terbahagi kepada tiga jenis iaitu yang pertama
Reexperiencing. Individu seperti mengalami kembali kejadian traumatis yang pernah
dialaminya. Biasanya keadaan ini akan muncul ketika individu sedang mengelamun atau
melihat suasana yang sama dengan pengalaman traumatisnya. Individu akan berperilaku
Page | 4
mengejutkan seperti tiba-tiba menjerit, menangis atau berlari ketakutan. Fenomena lain juga
akan muncul seperti takut untuk tidur kerana biasanya peristiwa traumatis muncul kembali.
Seterusnya yang kedua ialah Hyperarousal iaitu suatu keadaan berwaspada
berlebihan seperti mudah terkejut, tegang, curiga mengahadapi gejala sesuatu, benda yang
jatuh dianggap seperti jatuhnya sebuah bom dan tidur sering terbangun-bangun.
Ketiga pula ialah Avoidance yang bermaksud individu akan selalu menghindari
situasi yang mengingatkan ia kepada kejadian traumatis. Seandai kejadiannya disaat suasana
orang ramai, individu itu akan menghindarinya. Begitu juga sebaliknya jika individu itu
mengalami pada waktu bersendirian, maka individu itu akan menghindari tempat-tempat
yang sunyi.
MALAS
Malas merupakan suatu perasaan di mana seseorang individu akan enggan melakukan
sesuatu perkara kerana dalam pemikirannya mempunyai pemikiran negatif atau tidak
mempunyai keinginan untuk melakukan perkara tersebut.
Selain itu, rasa malas juga merupakan sejenis penyakit mental. Mengapa disebut
penyakit mental? Disebut demikian kerana kesan buruk daripada rasa malas memang sangat
merugikan. Sesiapa yang dihinggapi rasa malas akan mengganggu sesuatu pekerjaan dan ini
jelas-jelas sangat merugikan diri sendiri dan juga masa hadapan seseorang individu.
Masyarakat yang dipenuhi oleh individu-individu yang malas tidak akan pernah maju dalam
kehidupanya. Rasa malas juga menggambarkan hilangnya motivasi seseorang untuk
melakukan sesuatu perkara atau apa yang diinginkan.Jikalau berkeinginkan sesuatu tetapi
malas berusaha maka tidak tercapai sesuatu perkara yang ingin dicapainya.
Page | 5
Antara ciri individu yang mempunyai sikap malas ialah suka memberi alasan ketika
diminta melakukan sesuatu perkara. Individu yang hanya pandai memberi arahan kepada
orang lain, tetapi individu itu sendiri tidak melakukan perkara tersebut. Selain itu, ciri
individu yang malas juga sering menangguhkan sesuatu perkara disaat individu itu disuruh
untuk melakukan atau menyiapkan sesuatu perkara dengan cepat.
TAMAK
Dalam diri manusia terdapat 2 sifat iaitu baik dan buruk. Sifat yang baik dilandaskan
atas dasar rasa keimanan, ketakwaan dan kemanusian, manakala sifat buruk selalu didorong
nafsu seperti sifat kebinatangan, kejahilan dan ingkar akan perintah Allah. Kedua sifat ini
saling bertentangan antara satu sama lain. Jika iman dan takwa lebih berkuasa, maka hidup
seseorang akan aman daripada pengaruh sifat buruk yang didalangi syaitan.
Penyakit tamak ini adalah suatu sifat yang ingin menguasai atau mendapatkan
bahagian yang lebih banyak daripada orang lain. Pada umunya, sifat tamak itu berkenaan
dengan perkara kepuasan dan kemewahan hidup didunia. Tamak terhadap harta benda dengan
jalan mengumpulkan harta benda dan kekayaan dengan sebanyak mungkin.
CEMAS
Cemas adalah suatu keadaan emosi yang tidak menyenangkan yang disebabkan oleh
suatu situasi yang mengancam atau membahayakan. Dalam keadaan normal, cemas
merupakan mekanisme pertahanan tubuh terhadap dari ancaman luar. Gejala-gejala subjektif
antara lain berupa perasaan tegang, gelisah, panik, tertekan, disertai gejala-gejala fisiologi
seperti sakit kepala, ketegangan otot, dan sesak nafas dan lain-lain. Pada situasi kecemasan
dapat menimbulkan kepanikan contohnya serangan kepanikan ketika berada ditempat orang
Page | 6
ramai. Keadaan cemas yang muncul dalam waktu yang tidak diduga dan tidak terkawal perlu
berwaspada sebagai gangguan kecemasan.
Sebagai contoh, perkara tersebut sering muncul akibat bebanan kerja yang berat,
tempoh kerja yang cepat, tanggungjawab yang besar dan tuntutan persaingan yang ketat.
Perkara tersebut terjadi disebabkan oleh ketidakmampuan individu dalam mengadaptasi
terhadap lingkungan atau mengatasi konflik sehingga menimbulkan keadaan traumatik. Jika
perkara tersebut berlangsung secara berterusan dalam jangka masa yang panjang ataupun
sekali, namun extrem dapat mengakibatkan kelemahan pertumbuhan emosi.
FOBIA
Setiap orang pasti akan mempunyai rasa ketakutan atau fobia tertentu,ada yang
memudaratkan ,ada yang sekadar ketakutan biasa sahaja.Banyak istilah-istilah yang
digunakan untuk mengambarkan jenis-jenis fobia.Antara fobia yang paling selalu terjadi
adalah Fobia pada ketinggian (Acrophobia),Fobia pada gelap (Lygophobia),Fobia pada
tempat terbuka (Agoraphobia) dan sebagainya.
Maksud Fobia adalah rasa ketakutan yang berlebihan pada Sesutu objek atau keadaan
hingga dianggap tidak rasional.Kebiasaan fobia ini berlaku kepada seseorang yang pernah
mengalami sahaja.Contohnya seseorang perempuan pernah diragut ketika menaiki
motosikal,selepas kejadian seseorang itu tidak dapat menunggang motosikal lagi.Hal ini
berlaku kerana kesan daripada kejadian ragut,perkara sebegitu boleh menyebabkan seseorang
tidak dapat mengendalikan sesuatu keadaan dengan baik.
Terdapat dua blok yang paling besar dalam mengenal penyakit mental iaitu Murung
dan Keresahan.Fobia ini termasuk dalam kategori keresahan .Tanda-tanda atau simptom
utama mereka yang mengalaminya adalah berperasaan resah.Kebiasaannya fobia ini terjadi
Page | 7
apabila perasaan yang teramat takut dalam diri seseorang terhadap sesuatu benda atau
keadaaan.Seseorang yang menghadapi fobia akan mengalami ketakutan yang keterlaluan
sehinggan perasaan itu tidak dapat dilawan.Dan mula mengelak apabila berdepan dengan
masalah atau objek dan keadaan tersebut.
PEMALU DAN RASA GUGUP
Sifat pemalu berbeza dengan sifat malu atau rasa malu. Sifat malu adalah karekter
seseorang dengan sifat malu atau rasa malu yang berlebihan atau sering disebut ‘minder’.
Sifat malu atau rasa malu harus dimiliki oleh setiap individu kerana itu menunjukkan bahawa
individu itu adalah manusia yang bermoral. Individu yang mempunyai sifat pemalu secara
naluri menyimpan kesedaran kalau diri mereka kurang daripada orang lain. Sifat pemalu
biasanya membuat individu kehilangan kesempatan, kurang mendapat kesenangan dan
tersisih daripada hubungan sosial. Sifat pemalu membawa banyak kerugian kepada individu.
Rasa malu adalah sebuah kombinasi dari kegugupan sosial dan pengkondisian sosial.
Selain itu, sifat pemalu dan gugup sebenarnya merupakan suatu perkara yang sangat
lumrah dan akan terjadi kepada sesiapa sahaja. Sifat seperti itu, dapat dimiliki seseorang
sejak kecil atau pada saat menjelang dewasa. Menjelang dewasa, sifat pemalu dan rasa gugup
muncul akibat daripada pengalaman memalukan yang pernah dilalui oleh individu tersebut
atau pada saat individu itu menghadapi keadaan baru yang masih asing baginya. Para pakar
menyebut sifat pemalu sebagai fobia sosial. Fobia seperti ini sudah sangat universal dan
hampir semua individu pernah mengalaminya. Menurut hasil penelitian satu daripada lapan
orang adalah seorang pemalu. Individu itu biasanya berpeluh, telapak tangannya berpeluh,
jantungnya berdebar kencang dan tidak mampu mengeluarkan satu perkataan daripada
mulutnya disaat menghadapi situasi-situasi tertentu.
Page | 8
Secara keseluruhannya ciri-ciri halangan mental seperti perasaan takut dan pemikiran
negatif, trauma, malas, tamak, cemas, serta pemalu dan rasa gugup harus dihapuskan dalam
diri setiap individu untuk menjadikan individu itu seorang yang berjaya dalam kehidupan.
Jika individu itu ingin menjadikan dirinya seorang yang berjaya, maka individu itu harus
merubah sikapnya dan menerima inovasi-inovasi luar dan mengetepikan halangan-halangan
mental dalam diri setiap individu.
PUNCA-PUNCA HALANGAN MENTAL DALAM DIRI INDIVIDU DAN
MASYARAKAT
Manusia sentiasa menghadapi pelbagai bentuk masalah yang melibatkan halangan
mental dalam diri sama ada di rumah,di sekolah,di tempat kerja juga di tempat-tempat
lain.Contoh halangan mental yang sering dialami dan dihadapi oleh individu termasuklah
perasaan takut,fobia atau trauma,sikap malas, tamak dan rasa gugup serta gementar.Individu
yang terlalu kerap mengalami halangan mental seumpamanya, akan mengalami
kemurungan ,kesedihan, kerunsingan dan beberapa masalah psikomatik.Terdapat beberapa
punca yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada halangan mental yang wujud dalam diri
individu dan masyarakat.
Keluarga
Punca utama ialah masalah kehidupan dari segi kekeluargaan, pekerjaan atau
pelajaran akan mendorong wujudnya halangan mental. Masalah keluarga dan kemiskinan
menyebabkan jiwa manusia sentiasa kecewa dan tertekan. Mereka berasa tekanan kerana
sukar mencari nafkah untuk keluarga. Kerja yang berat dan rumit menyebabkan tekanan
untuk mengekalkan prestasi di tempat kerja. Tekanan pelajaran pula berlaku kerana berusaha
mencapai kecemerlangan. Tekanan dalam kalangan pelajar biasanya berpunca daripada ibu
Page | 9
bapa yang ingin anak mereka berjaya dalam pelajaran atau pihak guru yang ingin memastikan
objektif pembelajaran dan pengajaran (P&P) mereka tercapai.
Pengalaman Lampau
Selain itu,pengalaman lampau dan ngeri juga merupakan salah satu punca kepada
halangan mental. Keadaan ini biasanya wujud pada mangsa yang mengalami tragedi ngeri
atau menakutkan seperti dirogol,buli,keganasan dan sebagainya. Kesan daripada tragedi
tersebut, mangsa sering dihantui perasaan takut yang terlampau sehingga takut untuk bertemu
dengan masyarakat disekeliling. Jika mangsa merupakan seseorang yang diam dan tidak suka
meluahkan perasaan, maka dia akan mengalami depresi dalam jangka panjang. Mereka akan
berasa fobia, takut dan boleh bertindak terburu-buru tanpa keupayaan untuk berfikir dengan
rasional.Dengan itu, pengalaman yang dashyat mungkin menjadi penyebab kepada halangan
mental yang terjadi kepada individu.
Di samping itu,perubahan emosi juga boleh menyebabkan berlakunya halangan
mental dalam diri individu dan masyarakat. Pengaruh emosi seperti menghadapi tekanan
hidup seringkali menjadi punca kepada permasalahan ini. Tekanan hidup seperti mempunyai
masalah kewangan, tekanan kerja, konflik di dalam keluarga dan masalah kesihatan jika tidak
diatasi juga akan menyebabkan individu akan berhadapan dengan halangan mental dalam
diri.Lazimnya,mereka yang sering menghadapi halangan mental hasil daripada punca emosi
ini suka bersendirian,tidak bercampur gaul,bosan dan tidak tahu untuk mengisi masa lapang
dengan aktiviti-aktiviti sosial .
Page | 10
Kecelaruan Personaliti
Kecelaruan personaliti individu juga turut menjadi punca kepada halangan
mental.Pada amnya, personaliti membawa makna corak pemikiran, perasaan dan tingkah laku
seseorang yang stabil yang boleh digunakan untuk membezakan seorang individu dengan
individu yang lain.Kecelaruan personaliti berlaku apabila trait-trait personaliti bertukar
daripada stabil menjadi tidak stabil, tidak fleksibel dan salah diadaptasi.Akibatnya individu
akan menghadapi halangan mental dan seterusnya menyebabkan masalah fungsi pada
sosial,peribadi dan kerja.Contohnya ialah kecelaruan personaliti mengelak.Individu yang
menghadapi kecelaruan personaliti ini ialah mereka yang sering mengelak daripada
mengadakan hubungan intim kerana takutkan dirinya tidak diterima oleh rakan yang
signifikan.Mereka mempunyai penghargaan kendiri yang rendah ,sentiasa perlukan jaminan
bahawa dirinya berkebolehan,takutkan kritikan daripada orang lain,selalu merasa bosan dan
sering memencilkan diri daripada interaksi sosial.
Punca lain yang menyebabkan halangan mental ialah faktor kekecewaan.Kekecewaan
akan berlaku apabila sesuatu motif atau kehendak tidak dapat dicapai atau tidak dapat
dipuaskan.Satu pengalaman yang mengecewakan individu mungkin tidak akan menyebabkan
dia merasa tekanan tetapi apabila kekecewaan itu berlaku berulang-ulang kali sudah tentu
akan menyebabkan tekanan hidup ataupun halangan mental.
Sikap Ibu Bapa
Sikap ibu bapa juga merupakan punca kepada terjadinya halangan mental.Ini kerana
sikap ibu bapa turut mempengaruhi perkembangan mental kanak-kanak khususnya.Ini
disebabkan keluarga merupakan sebuah institusi berlakunya proses sosialisasi awal bagi
kanak-kanak.Keluarga dapat memberi kemahiran sosial,menentukan perkembangan
fizikal,mental dan kerohanian di kalangan ahli-ahlinya (Muhd.Ridzuan,1990).Pengaruh
Page | 11
keluarga terhadap individu berterusan dari sejak dilahirkan sehinggalah mereka dewasa.Oleh
itu pengaruh keluarga terhadap perkembangan fizikal ,mental,kerohanian dan sosial adalah
sangat besar.
Taraf Sosioekonomi
Menurut Noorfizah (2001) kanak-kanak dari keluarga yang mempunyai taraf ekonomi
yang rendah selalunya mengalami gangguan mental.Ini mungkin kerana mereka selalu gagal
mendapat apa yang mereka inginkan seperti barang permainan.Contohnya sekiranya
disekolah mereka tidak dapat menyediakan buku latihan kerana tidak mempunyai duit untuk
membelinya.Hal sebegini boleh memberi gangguan mental kepada kanak-kanak dalam
meneruskan pembelajaran di sekolah.Disebabkan hal sebegitu kebanyakkan kanak-kanak ini
akan terus diganggu oleh pelajar-pelajar lain dalam kelas.Seperti merendah-rendah dirinya
dengan pelajar yang taraf ekonominya rendah,menghina dan sebagainya.Kebiasaannya punca
sebeginilah yang menyebabkan ramai kanak-kanak terasa terasing daripada masyarakat
sekeliling ,sekaligus menyepikan diri daripada orang luar.Jika hal ini berterusan ia boleh
menyebabkan gangguan mental akan mudah dialaminya.
Cara Mendidik Anak
Punca seterusnya adalah cara mendidik anak-anak.Asuhan dan didikan ibu bapa yang
sempurna akan membantu kanak-kanak berkembang dengan baik terutamanya dari segi
mental dan emosi.Kanak-kanak daripada keluarga yang stabil akan mendapat kasih sayang
dan perhatian yang mencukupi daripada ibu bapa.Cara didikan terdapat tiga iaitu
authoritarian,permisif dan autoritatif.Autoritarian adalah ibu bapa yang menentukan segala-
galanya bagi anak-anak mereka.Mereka lebih kepada mengokong kehidupan anak
mereka.Pesimif pula adalah ibu bapa memberi kebebasan kepada anak-anak tanpa
batasan.Mereka kurang kawalan dan larangan terhadap apa saja yang dituntu oleh anak-anak
Page | 12
mereka (Bagley,1986).Manakala autoritatif pula adalah ibu bapa memebri kebebasan tetapi
tetap mengawal segala tingkah laku anak-anak mereka.Jikalau asuhan yang bertentang
dengan prinsip anak-anak mereka boleh menyebabkan masalah mental terjadi kepada anak-
anak mereka.
Selain daripada punca-punca yang dinyatakan di atas, faktor biologi individu terbabit
juga boleh menjadi penyebab halangan mental. Antara faktor biologi tersebut ialah
ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak.Adalah dipercayai bahawa ketidakseimbangan
bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter serotonin di bahagian otak akan menyebabkan
seseorang itu mengalami halangan mental seperti kemurungan. Serotonin inilah yang terlibat
dalam proses pemikiran dan mengawal emosi. Oleh itu apabila berlaku ketidakseimbangan
bahan kimia tersebut, otak tidak lagi mampu menyelaraskan proses pemikiran dan emosi
dengan baik. Apabila perkara ini berlaku, ia akan menjejaskan proses pengeluaran kata-kata,
ingatan dan daya tindak seseorang manusia dan akhirnya akan wujudlah masalah mental.
CARA MENGATASI HALANGAN MENTAL DALAM DIRI INDIVIDU DAN
MASYARAKAT.
Bagi mencapai potensi yang sebenar,seseorang individu perlu membebaskan minda
dari sangkar yang mengandungi pemikiran negatif dan tidak berfaedah.Individu perlu
menjauhi diri daripada perkara-perkara yang menakutkan dan yang boleh menyebabkan
kegagalan.Setiap perlakuan akan menimbulkan kesan dan impak pada seseorang.Impak
samaada dari segi fizikal mahupun mental.Ini kerana kesan mental sangat pentinga kerana ia
akan mempengaruhi pemikiran individu terbabit.Antara kesan dari segi mental adalah
seseorang boleh menjadi gila,murung,bimbang yang keterlaluan dan sebagainya.Sebelum
terjadi perkara yang tidak diingini seseorang itu seharusnya mencari langkah-langkah dalam
Page | 13
mengatasinya supaya tidak memberi kesan yang berpanjangan kepada diri sendiri di masa
akan datang.
Oleh itu,dalam mengatasi masalah dan halangan mental dalam diri individu dan
masyarakat kita boleh mengambil berapa-berapa teori untuk mengetahui mengapa kita atau
kita sendiri akan mengalami masalah halangan mental. Dalam mengkaji tingkah laku manusia
yang sentiasa berkembang, pelbagai jenis pendekatan boleh digunakan. Antara pendekatan
yang utama ialah pendekatan behaviorisme, pendekatan kognitif, pendekatan humanis,
pendekatan psikoanalitik dan pendekatan neurobiologi. Kelima-lima prespektif ini digunakan
sebagai satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia daripada beberapa sudut yang
berlainan. Ia juga memberi satu jalan bagi para penyelidik mempelajari tingkah laku manusia
dari sudut yang difikirkan sesuai. Setiap prespektif mempunyai kebaikan masing-masing dan
ia juga dapat menyumbangkan aspek-aspek baru tentang tingkah laku manusia dari beberapa
sudut yang berlainan.
PENDEKATAN BEHAVIORISME
Menurut Pavlov (1962), setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas dan
berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas.
Pelaziman bermaksud pembelajaran yang berlaku apabila ada perkaitan antara rangsangan
dan gerak balas. Menurut Mahani Razali (2002), Pelaziman klasik pula adalah pembelajaran
yang berlaku akibat daripada dua rangsangan ini. B.F. Skinner (1904-1990) bersetuju dengan
pendapat Pavlov tetapi menyatakan bahawa tingkah laku dapat diperhatikan dalam jangka
panjang supaya dapat mengubah perlakuan yang mudah kepada perlakuan kompleks.
Menurut beliau, bimbingan, latihan, ganjaran, pengukuhan dan tunjuk ajar yang berterusan
adalah penting bagi menjamin perubahan tingkah laku yang berkesan.
Page | 14
Teori ini boleh mengatasi masalah rasa pemalu dan rasa gugup yang dialami oleh
seseorang. Individu yang mempunyai sifat pemalu secara naluri menyimpan kesedaran kalau
diri mereka kurang daripada orang lain. Oleh itu, untuk mengatasi masalah pemalu dan rasa
gugup ini seseorang itu harus belajar untuk mencari jalan penyelesaian dengan belajar untuk
tidak takut melakukan kesilapan dan malu dengan kesalahan yang kita lakukan. Jadikanlah
setiap kesalahan sebagai pengalaman dan belajar darpada kesalahan tersebut sebagai satu
pengajaran. Ternya masalah halangan mental daripada perasaan gugup dan pemalu ini datang
bukannya daripada pandangan orang lain tetapi daipada pemikiran dan perasaan dalaman kita
sendiri.
PENDEKATAN PSIKOANALITIK
Pendekatan ini dipelopori oleh Sigmund Freud (1856-1939) yang berpendapat bahawa
sebahagian besar tingkah laku dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar yang
merujuk kepada pemikiran, kebimbangan serta harapan yang tidak disedari oleh seseorang
termasuk perlakuan normal dan abnormal hasil daripada faktor ganetik dan persekitaran. Ahli
teori pendekatan psikoanalitik menekankan kepentingan zaman awal individu dan percaya
bahawa peristiwa masa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat pada keadaan psikologi
individu.
Teori struktur personaliti Sigmund Freud membahagikan struktur psikik kepada tiga
tahap iaitu id, ego dan superego. Id merupakan sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi,
mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh kepada dunia realiti dan mempengaruhi
tingkah laku bayi apabila dorongan atau kemahuannya begitu kuat. Ego pula cuba perlahan-
lahan mengambil tanggungjawab mendorong id supaya mengikut kehendak moral dan etika
masyarakat sementara itu,superego pula berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral
yang berkembang daripada didikan agama kepada ego yang mengawal id. Mengikut
Page | 15
pendekatan ini, sekiranya id dan superego cukup kuat untuk menguasai ego biasanya konflik
dalaman akan berlaku dalam diri individu. Teori Freud menyarankan sekiranya konflik antara
id, ego dan superego tidak selesai ia akan membawa kepada kecelaruan mental.
Dalam pendekatan psikoanatik ini, kita boleh mengawal perasaan tamak dan malas.
Teori menjelaskan hawa seseorang itu harus mengawal Id dalam diri untuk memastikan nafsu
tamak dan malas tidak mengusai diri seseorang. Faktor genetik dalam diri seseorang jika
mewarisi nafsu malas dan tamak daripada pewarisnya boleh diubah dengan meningkatkan
Ego supaya mengikut kehendak moral dan etika masyarakat. Oleh itu, Superego seseorang
dapat berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral yang berkembang daripada didikan
agama kepada ego yang mengawal id. Seseorang harus mengawal nafsu tamak dan sikap
malas mereka dengan belajar nilai-nilai moral dan agama agar sikap bermoral dapaat
diamalkan dalam hidup dan tidak membiarkan nafsu dan sifat malas menguasai diri.
PENDEKATAN HUMANISTIK
Dalam mengatasi masalah halangan mental daripada masalah perasaan takut dan
pemikiran mental, pendekatan Abraham Maaslow boleh digunakan. Teori pendekatan
Humanistik memberi tumpuan kepada apa yang berlaku dalam diri seorang individu seperti
perasaan atau emosinya. Teori ini menyatakan bahawa individu terdorong bertindak
melakukan sesuatu kerana mempunyai satu kemahuan atau keperluan dan bertanggungjawab
di atas segala tindakkannya. Menurut pendekatan ini, kuasa motivasi seseorang individu
adalah kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai hasrat diri (self-actualization). Ini
bermakna setiap individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke tahap
maksimum.
Page | 16
Walaupun terdapat halangan, kecenderungan semulajadi adalah untuk mencapai
hasrat diri atau mengembangkan potensi ke tahap yang maksimum. Konsep ini (pencapaian
hasrat diri) sebenarnya dipelopori oleh Abraham Maslow yang juga merupakan ahli psikologi
humanis. Abraham Maslow (1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow
dengan andaian bahawa manusia tidak pernah berasa puas dengan apa yang telah dicapai.
Mengikut Maslow kehendak manusia terbahagi lima mengikut keutamaan iaitu keperluan
asas fisiologi, keselamatan, penghargaan dan kasih sayang, penghormatan kendiri seterusnya
keperluan sempurna kendiri.
Seseorang individu atau masyarakat harus mencipta motivasi dan suasana yang boleh
membangkitkan semangat kepada semua manusia. Sebagai contoh,, Karim murid tahun enam
yang tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya dan sentiasa dinafikan haknya dari
adik beradiknya yang lain telah menyebabkan ia suka menyendiri dan tidak yakin pada
dirinya sendiri sehingga menjejaskan pelajarannya. Perkara ini harus disedari oleh pihak
sekolah dan masyarakat boleh membantu Karim dalam menjalani kehidupan seharianya
sebagai insan yang normal dan tidak mempunyai sikap pemikiran negetif yang tinggi dalam
diri. Motivasi harus diberikan kepada Karim untuk menyuntik semangat dia belajar dengan
bersungguh-sungguh dan mengubah nasib diri. Perkara ini secara tidak lansung akan merubah
pemikiran Karim untuk mencapai hasarat diri atau mengembangkan potesi ke tahap yang
maksimum.
Menurut Rogers (1956) pula mengatakan bahawa manusia sentiasa berusaha
memahami diri sendiri, mempengaruhi dan mengawal perlakuan dirinya dan orang lain.
Rogers berpendapat bahawa manusia lahir dengan kecenderungan untuk kesempurnaan yang
akan memandunya menjadi insan yang matang dan sihat. Jelas di sini bahawa pendekatan ini
lebih memberi tumpuan kepada kemahuan seseorang dan menekankan keunikan manusia
serta kebebasan mereka untuk memilih matlamat hidup. Pearasaan takut dan pemikiran
Page | 17
negetif boleh diselesaikan dan diatasi jika seseorang mempunyai motivasi dalam persekitaran
yang harmoni dan berdaya saing. Oleh itu, kemajuan sesebuah negara amat penting untuk
memastikan masyarakat sesebuah negara itu mempunyai motovasi yang tinggi untuk berdaya
saing dalam mencapai kejayaan dalam hidup.
PENDEKATAN BIOLOGI
Pendekatan Biologi cuba mengaitkan tingkah laku manusia dengan kejadian dalam
otak dan sistem saraf manusia. Kajian-kajian baru menunjukkan adanya pertalian rapat antara
aktiviti otak dengan tingkah laku dan pengalaman. Pendekatan ini juga dikenali sebagai
pendekatan biomedik dan dikenali juga sebagai Model Penyakit (Disesease Model) atau
Model Perubatan yang berpandangan bahawa masalah yang dihadapi adalah hasil kecacatan
tubuh badan, kecederaan atau penyakit yang selalunya mempunyai kesan ke atas otak.
Masalah halangan mental daripada trauma dan cemas boleh dikaitkan dengan pendekatan ini.
Seseorang itu akan mengalami trauma jika suatu kejadian yang dialami seseorang dan
meninggalkan kesan ke atas dirinya yang biasanya bersifat negatif, dalam istilah psikologi
juga disebut sebagai ‘post-traumatic syndrome disorder’.
Reaksi emosi seperti ketakutan dan kemaharan telah ditonjolkan oleh haiwan dan
manusia ketika dilakukan rangsangan elektrik di kawasan-kawasan tertentu di dalam otak
seperti eksperimen yang telah dijalankan oleh Edward Hitzig (1893-1927) dan Gustav Fritsch
(1839-1907) terhadap anjing yang dimasukkan dua batang dawai ke permukaan kortikal
otaknya. Eksperimen ini jelas menunjukkan tindak balas akan berlaku apabila rangsangan
elektrik diberikan dan seterusnya memberi kesan ke atas tingkah lakunya. Oleh yang
demikian, salah satu fokus dalam pendekatan ini adalah peranan sistem saraf pusat yang
bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan pergerakan manusia.
Page | 18
Perkara ini telah membuktikan bahawa seorang pengidap trauma mempunyai masalah
mental yang serius kerana sebahagian daripada saraf otak mereka telah rosak dan perlu
diubati dengan mendapat nasihat daripada doktor psikolagi. Dalam pendekatan ini, seseorang
itu harus memperbaiki diri mereka dengan mendapat rawatan membetulkan sistem saraf pusat
yang bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan pergerakan manusia. Selain itu,
seseorang itu harus berfikiran terbuka dan positif seperti yang diterangkan oleh Rodgers
(1956) untuk mengelak masalah dan cemas daripada terus menghalang potensi diri daripada
terus maju kehadapan. Mereka yang mengalami masalah ini harus diberi semangat oleh
masyarakat sekeliling supaya seseorang itu dapat melupakan pengalaman buruk yang telah
dialami.
PENDEKATAN KOGNITIVISME
Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul,
menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Pendekatan
Kognitivisme merupakan pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses
pemikiran individu seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar dan
motivasi yang dipelopori oleh ahli psikologi Gestalt, Pieget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan
Ausubel. Menurut mereka dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognatif
dalam ingatannya. Setiap kali seseorang individu itu belajar, dia akan menyusun pengalaman
yang dipelajari dan menyimpannya dalam ingatan. Mereka juga berpendapat bahawa setiap
manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola, menyusun, menyimpan dan
menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan untuk membolehkan ia
menghubungkaitkan pengalaman tersebut dengan masalah yang dihadapi. Kebolehan ini
dikenali sebagai ‘celik akal’.
Page | 19
Pendekatan ini mampu meyelesaikan masalah halangan mental daripada segi
pemikiran negatif dan rasa gugup. Proses pembelajaran yang komplek daripada awal akan
mengurangkan pemikiran negatif dan rasa gugup seseorang itu daripada mengusai diri.
Tenyata pengalaman daipada masa lalu akan menjadikan seseorang itu celik akal dan dapat
menyesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh itu, seseorang itu harus berani
mencuba dan tidak takut untuk melakukan kesalahan kerana kesalahan itulah yang memberi
pengajaran berguna untuk kita lakukan sesuatu perbuatan itu dengan lebih baik.
Page | 20
KESIMPULAN
Halangan mental terbentuk daripada perasaan,sikap dan perlakuan seseorang dalam
memahami dan mengubah perasaan diri sendiri.Setiap individu mempunyai masalah dan
permasalahan dalam kehidupan seharian.Justeru itu,orang yang tidak mempunyai masalah
adalah tidak normal.Setiap manusia mempunyai masalah tetapi berbeza-beza mengikut
keadaan dan objek sesuatu perkara.
Pendekatan-pendekatan yang telah diambil dalam mengatasi permasalahan halangan
mental ini.Seseorang itu akan dapat menaakul,menilai dan membentuk imej kearah positif
dalam menghalang perasaan atau sikap yang boleh menyebabkan seseorang berfikiran negatif
terhadap diri sendiri.Ini kerana pemikiran yang negatif boleh menyebabkan perasaan tidak
puas hati terhadap sesuatu perkara akan timbul dalam diri seseorang.
Oleh itu,seseorang seharusnya mengenal pasti punca-punca berlakunya halangan
mental supaya ia dapat mencari jalan penyelesaiannya.Seperti memotivasi diri,seseorang
akan bertindak kearah mencapai matlamatnya.Motivasi ini kebiasaanya berkaitan dengan
perlakuan yang berarahkan matlamat.Ini menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada
penyelesaiannya.Ia merujuk kepada individu dalam menangani setiap permasalahan tersebut.
Page | 21