Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

52

Click here to load reader

description

Garis Panduan Penubuhan Taska dan Tadika

Transcript of Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

Page 1: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

PANDUAN PERNIAGAANPERKHIDMATAN TADIKA

HAKCIPTA TERPELIHARA

Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripadapenerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentukyang boleh diperolehi semula atau disiar dalam sebarang bentukdengan apa cara, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atausebaliknya tanpa mendapat izin daripada Kementerian PembangunanUsahawan dan Koperasi.

Penerbitan Oleh

INSTITUT KEUSAHAWANAN NEGARA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

DAN KOPERASI

©

Page 2: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

KANDUNGAN

1. Pengenalan 1

2. Proses Penubuhan Tadika 3

3. Kajian Pasaran 7

4. Pendaftaran Tadika 14

5. Strategi Operasi Perniagaan Tadika 25

6. Strategi Pemasaran Perniagaan Tadika 30

7. Strategi Pentadbiran Perniagaan Tadika 37

8. Implikasi Kewangan Perniagaan Tadika 39

9. Faktor-Faktor Kejayaan 47

Page 3: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

1

1 PENGENALAN INDUSTRI

1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaanialah untuk memastikan perkembangan murid yangmenyeluruh, bersepaduan seimbang. Bagi mencapaitujuan ini, Kementerian Pelajaran memberi tumpuanterhadap dua pertimbangan utama dalam menggubalkurikulum prasekolah untuk kanak-kanak berumurantara empat hingga enam tahun, iaitu:

• Melengkapkan golongan kanak-kanak denganpengalaman kehidupan harian yang selarasdengan tahap sperkembangan mereka.

• Membekalkan asas persediaan untuk menjalanipendidikan formal kelak.

1.2 Senario Pendidikan Pra Sekolah

Program pendidikan prasekolah memberipendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai murnikepada kanak-kanak secara praktikal dan tidak formalserta dalam suasana yang menyeronokkan melaluipendekatan bermain sambil belajar. Pendekatan inimerupakan satu kaedah yang fleksibel, dinamik,komprehensif, interaktif dan pembabitan dalam aktivitibilik darjah yang mementingkan penerokaan sertayang menggalakkan naluri ingin tahu di kalangankanak-kanak.

1.3 Definisi Pendidikan Pra Sekolah

Terdapat dua bentuk pengurusan pendidikanprasekolah dalam negara, iaitu:

Page 4: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

2

1.3.1 Pengurusan TASKA

Taska merupakan singkatan daripada “Taman AsuhanKanak-Kanak”. Mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 seksyen 2 mentakrifkan Pengurusan TASKAsebagai mana-mana premis yang menerima masuk 4orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, lebihdari satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Di bawahSeksyen 5 akta yang sama membahagikan taska kepada2 kategori iaitu TASKA rumah yang menerima kurang dari10 orang kanak-kanak dan TASKA institusi pula menerimalebih dari 10 orang kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

1.3.2 Pengurusan Tadika

Tadika merupakan singkatan daripada Taman DidikanKanak-Kanak. Takrif tadika tidak dinyatakan dengan jelasdalam Akta Pendidikan 1961. Bagaimana pun pengurusantadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yangmenerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan denganupah. Matlamat utama pendidikan di peringkat tadika ialahsebagai persediaan awal ke alam persekolahan formalapabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun.

1.4 Kandungan Program Prasekolah

Berdasarkan statistik Kementerian Pelajaran, bilanganTaman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) sehingga Jun 1999ialah 2,380 buah dengan seramai 286,900 murid-murid.Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untukmewajibkan pendidikan prasekolah di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun untuk membolehkan merekamenamatkan alam persekolahan pada usia 18 tahunberasaskan kepada sistem pendidikan yangdiamalkan di Amerika Syarikat (Berita Harian, 2 Januari2000).

Page 5: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

Ada pasaran

Tidak Lulus

Tidak Lulus

Lulus

Lulus

Bab 5 - 8

Bab 4

Bab 3

3

2 PROSES PENUBUHAN TADIKA

2.1 PROSES PENUBUHANProses penubuhan perkhidmatan tadika adalahseperti berikut:

Usahawan

Melakukan Kajian Pasaran

Penetapan Premis/Lokasi(Sewa/Beli/Dirikan)

Pendaftaran Perniagaan(ROB/ROC)

Memohon Lesen Perniagaan(Kerajaan Tempatan)

Memohon Kelulusan(Pendaftaran Dengan Jabatan

Pendidikan)

Pelaksanaan

Page 6: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

4

Terdapat lima langkah dalam proses penubuhan sebuahtadika. Langkah pertama, setiap usahawan perlumempersiapkan diri dari segi pengetahuan, kemahiran dantingkahlaku yang sesuai dengan ciri-ciri perniagaanperkhidmatan tadika. Sila rujuk kepada faktor-faktor kejayaanbagi sesebuah perniagaan tadika dalam bab 8.

Langkah kedua ialah melakukan kajian pasaran di kawasansasaran yang telah ditentukan. Kajian pasaran dilakukandengan tujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapatnyapermintaan terhadap perkhidmatan tadika di kawasansasaran pasaran. Penerangan lanjut mengenai kajian pasarandi nyatakan dalam bab 3. Kajian pasaran menerangkantentang aspek-aspek penting yang perlu diambil kira semasamelakukan kajian pasaran.

Jika kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa wujudnyapasaran bagi perkhidmatan tadika, maka usahawan perlulahmenetapkan premis atau lokasi perniagaan. Mereka bolehmemilih sama ada untuk menyewa atau membeli bangunanpremis yang sesuai untuk dijadikan tadika. Jika usahawanmemilih untuk menyewa bangunan tersebut, satu ikatanperjanjian sewaan perlu dibuat bagi menjamin hak penyewaandalam tempoh yang dipersetujui bersama di antara penyewadan pemilik bangunan. Jika usahawan mengambil keputusanuntuk membeli bangunan berkaitan, mereka boleh sama adamenggunakan sumber kewangan sendiri atau mendapatkanpembiayaan dari mana-mana institusi kewangan berdekatan.Usahawan juga boleh mempertimbangkan untuk mendirikansendiri bangunan premis tadika. Bagi tujuan ini mereka perlumemastikan bahawa mereka telah mempunyai tapakbangunan yang sesuai.

Page 7: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

5

Sebaliknya jika kajian pasaran menunjukkan bahawa tiadapasaran terhadap perniagaan perkhidmatan tadika makausahawan perlu melakukan kajian pasaran di kawasan yanglain. Beberapa siri kajian pasaran terpaksa dilakukan bagikawasan berbeza sehingga hasil kajian memberi keputusanbahawa wujudnya pasaran bagi perniagaan perkhidmatantadika.

Langkah ketiga ialah memajukan permohonan pendaftaranperniagaan/syarikat kepada Pendaftar Perniagaan atauPendaftar Syarikat. Jika usahawan memilih untuk menubuhkansebuah entiti perniagaan perseorangan atau perkongsian,permohonan tersebut boleh dimajukan kepada pendaftarperniagaan. Jika mereka memilih untuk menubuhkan sebuahsyarikat sendirian berhad maka permohonan tersebut perludimajukan kepada Pendaftar Syarikat. Proses pendaftaranperniagaan diterangkan dalam Bab 4.

Langkah keempat ialah memohon lesen perniagaandengan pihak kerajaan tempatan (majlis perbandaran/daerah).Lesen perniagaan diperlukan bagi membolehkan sesebuahperkhidmatan dapat dijalankan secara sah di tapak premisyang ditetapkan.

Langkah ke lima ialah memohon surat kelulusanmenjalankan perkhidmatan tadika. Permohonan tersebuthendaklah dimajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Jikausahawan bercadang untuk menjalankan perkhidmatan tadikaberasaskan konsep pengurusan agama, maka permohonantambahan hendaklah dimajukan kepada pihak Jabatan AgamaIslam Negeri. Setiap pengurusan tadika adalah tertaklukkepada garis panduan pengendalian tadika yang dikeluarkanoleh Kementerian Pelajaran (sila lihat Lampiran I).

Page 8: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

6

Apabila semua lesen dan surat kelulusan telah diperolehi,barulah sesebuah perkhidmatan tadika dapat dijalankansecara sah. Pengiktirafan sebagai sebuah entiti perniagaanyang sah dari segi undang-undang mempunyai implikasipenting kepada usaha untuk mendapatkan sebarangpembiayaan dari institusi kewangan tempatan. Ini kerana pihakpembiaya hanya akan membiayai mana-mana operasiperniagaan yang sah dari segi undang-undang sahaja.

Dalam aspek pelaksanaan operasi perkhidmatan tadika,setiap usahawan perlu mengamalkan kaedah pengurusanyang sesuai. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk bab5 hingga bab 8 mengenai strategi operasi, pentadbiran,pemasaran dan kewangan.

Page 9: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

7

3 KAJIAN PASARAN

3.1 PENGENALAN

Sebelum usahawan menceburi perniagaanperkhidmatan tadika, kajian tentang kewujudanpasaran perlu dibuat terlebih dahulu. Kajian ini akandapat memberi gambaran menyeluruh mengenaipasaran di lokasi yang telah dipilih. Di samping itu,usahawan juga dapat membuat keputusan sama adaperniagaan perkhidmata tadika boleh dijalankandi lokasi berkenaan.

3.2 Metodologi Kajian

3.2.1 Fasa Pertama : Data Asas

Dalam fasa pertama ini, usahawan perlu menelitibeberapa faktor asas yang kritikal bagi menjaminkedudukan perniagaan/syarikat pada jangka masapanjang. Sumber data yang dikaji boleh diperolehimelalui data sekunder (secondary data) yangdisimpan di Jabatan Statistik, pejabat perbandarandan majlis daerah. Sekiranya data tidak dapatdiperolehi, usahawan mestilah mengadakan kajiansendiri di lokasi yang dipilih Contoh format keperluandata dinyatakan pada muka surat 11.

Perkara-perkara yang mesti dikaji dalam fasa pertamaialah:• Profil isi rumah dalam lingkungan 10

kilometerAntara data yang mesti diperolehi ialah jumlahfamili, pecahan mengikut bangsa dan datapenduduk mengikut umur.

Page 10: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

8

• Profil PersainganDi samping itu, usahawan perlu juga mengkajitentang kemungkinan wujudnya tadika yang sediaada. Data yang dikaji mesti meliputi jumlahpersaingan (disenaraikan semuanya mengikutalamat), konsep pembelajaran setiaptadika yang ada dan jumlah pelajar. Kelebihan dankekurangan pesaing boleh dikaji denganmenemuduga pelanggan-pelanggan kepadaperkhidmatan tadika yang sedang beroperasi.

3.2.2 Fasa Kedua : Perincian Profil Pasaran

Sekiranya kajian fasa pertama mendapati bahawausahawan boleh membuka satu lagi perniagaanperkhidmatan tadika di lokasi berkenaan, maka kajianlebih terperinci hendaklah dibuat tentang profil pasaranyang ingin dimasuki. Kajian ini seharusnya memberimaklumat kepada usahawan untuk membuat keputusantentang strategi perniagaan yang akan dijalankan.Contoh, pendapatan isi rumah atau ketua keluarga akanmemberi input kepada usahawan tentang hargaperkhidmatan yang hendak ditawarkan. Contoh formatdan soalan bagi kajian profil pasaran fasa keduadinyatakan pada muka surat 14.

Dalam fasa kedua ini, usahawan harus mengkaji sendiridata yang diperlukan di lokasi yang telah dipilih, keranadata yang berkenaan amat sukar diperolehi melalui datasekunder. Sekiranya mampu, usahawan juga bolehmengupah syarikat perunding untuk menjalankan kajianberkenaan.

Page 11: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

9

3.3 ANTARA FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA BAGIMEMULAKAN PERNIAGAAN PERKHIDMATANTADIKA

• Populasi yang ramai berumur antara 4 tahun hingga6 tahun.

• Tiada persaingan langsung (belum ada perniagaantadika).

• Ada persaingan tetapi masih belum dapat memenuhipermintaan sepenuhnya.

• Terdapat persaingan, tetapi hanya menawarkankonsep pembelajaran yang t erhad. Misalnya, masihada ruang untuk menawarkan konsep pembelajaranMontessori yang belum diperkenalkan lagi.

• Ada persaingan, tetapi khusus untuk satu bangsasahaja.

Page 12: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

10

FORMAT KAJIAN PASARANFASA I

A. PROFIL PASARAN

1 Jumlah Kampung/Seksyen di Kawasan Lingkungan 10 km.

Nama Kampung/Seksyen Bilangan Isi Rumah

123.4.5.6.7.8.9.10.

Jumlah

2. Data Penduduk Mengikut Bangsa

Bangsa Jumlah1.2.3.4.5.

Jumlah

Page 13: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

11

3. Data Penduduk Mengikut Umur

Umur BilanganI tahun2 tahun3 tahun4 tahun5 tahun6 tahun7 - 12 tahun13 - 17 tahun18 tahun ke atas

4. Data Persaingan

Nama dan Alamat Tadika Konsep Bilangan Pelajar

1.

2.

3.

Page 14: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

5. Data Persaingan (Samb.)

Nama danlamat Tadika Kekuatan Kelemahan

1.

2.

3.

12

Page 15: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

13

FORMAT KAJIAN PASARANFASA 2

1 Pendapatan isi rumah

Kurang RM 1000RM 1001 - RM 1500RM 1501 - RM 2500RM 2501 - RM 5000Melebihi RM 5000

2. Kenderaan yang dimilikiTiada kenderaan sendiriMotosikalKeretaLain-lain : Nyata

3. Adakah anda suami-isteri bekerja ?Ya Tidak

4. Sektor pekerjaan ketua keluargaKerajaanSwastaBerniaga

5. Adakah anda merancang untuk menghantar anak andake Sekolah

Tadika ?Ya Tidak

6. Nyatakan jenis atau konsep pembelajaran yang anda lebihminat untuk anak anda pelajar :

Konsep agama Montenssori KBSR

Konsep 3M Lain-lain, nyatakan

Page 16: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

4. PENDAFTARAN TADIKA

4.1 Proses Penubuhan dan Pendaftaran PerniagaanSyarikat

Terdapat tiga bentuk perniagaan yang bolehditubuhkan bagi mengendalikan perkhidmatan tadika,iaitu perniagaan perseorangan (sole proprietorship),perkongsian (partnership) dan syarikat sendirianberhad (private limited company). Mengikut AktaPendaftaran Perniagaan 1956, semua bentukperniagaan perseorangan dan perkongsiandikehendaki mendaftar dengan Pejabat PendaftarPerniagaan (Registrar of Business - ROB) sebelummemulakan perniagaan. Kaedah pendaftaran bagisetiap bentuk perniagaan adalah seperti berikut:

Perniagaan Perseorangan

Sebelum memulakan pendaftaran perniagaan,pengusaha dikehendaki mengisi borang carian namayang boleh diperoleh daripada ROB bagi memastikantiada pertindihan terhadap nama yang dipilih. Jikanama tersebut diluluskan, pengusaha bolehmeneruskan langkah-langkah berikut:

Dapatkan Borang A dari ROB

Lengkapkan Borang A

Borang Yang Telah Dipenuhi Hendaklah Disahkan OlehPesuruhjaya Sumpah

Serahkan Borang A Dengan Menyertakan Kad Pengenalan

14

Page 17: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

15

Pendaftaran perniagaan hanya sah untuk satu tahun sahajadan perlu diperbaharui setiap tahun. Jika terdapat sebarangperubahan terhadap maklumat perniagaan seperti alamat,rakan kongsi baru, cawangan baru dan sebagainya,pengusaha hendaklah mengisi Borang B. Jika pengusahaingin menamatkan operasi perniagaan, pengusaha perlumemenuhi Borang C yang boleh diperolehi daripada ROB.Pengusaha juga dikehendaki memulangkan sijil pendaftaranasal (Borang D).

Perkongsian

Lazimnya, kaedah pendaftaran perkongsian adalah serupadengan pendaftaran perniagaan perseorangan.Bagaimanapun, setiap rakan kongsi dikehendaki mengisiborang butir-butir ahli kongsi (Borang P.N.A. - 1A) secaraberasingan.

Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

Syarikat Sdn. Bhd. boleh ditubuhkan dan didaftarkan denganPejabat Pendaftaran Syarikat (Registrar of Company - ROC)berpandukan kepada langkah-langkah berikut :

Pilih Nama Syarikat

Dapatkan Kelulusan ROC Bagi Nama Yang Dipilih

Penuhkan Borang-Borang Yang Berkaitan

Penuhkan Lampiran A

Page 18: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

16

Pemilihan Nama Syarikat

Serahkan Borang 13 A bagi mendapatkan kebenaranmenggunakan nama yang dicadangkan. Penggunaannama hendaklah seratus peratus dalam bahasa Melayuatau seratus peratus Bahasa Inggeris dan tidak melebihi50 huruf termasuk perkataan Sendirian Berhad atau Sdn.Bhd.

Borang-Borang Yang Perlu Dikemukakan

Borang-borang berikut perlu dikemukakan semasamenubuhkan syarikat :

• Borang 6 : Surat akuan berkanun mengenaipematuhan segala peraturan.

• Borang 48 A : Akuan berkanun sebelum perlantikanmenjadI pengasas atau pengarah.

• Memorandum dan Artikel Persatuan.• Salinan surat kelulusan.

Jika pihak ROC berpuas hati dengan permohonan yangtelah dikemukakan, sijil perbadanan akan dikeluarkandan syarikat boleh memulakan beroperasi menggunakannama yang didaftarkan.

Lampiran ALampiran ini hendaklah diisi dalam tiga salinan dandikembalikan kepada ROC bersama dokumen-dokumensyarikat. Lampiran A memuatkan nama syarikat, objekpertama, modal dibenarkan, alamat pejabat yangdidaftarkan dan butir-butir pengarah.

4.2 PENDAFTARAN DENGAN JABATAN PENDIDIKAN

Pendaftaran tadika adalah melalui proses-proses berikut

Page 19: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

17

Mengemukakan Permohonan Penubuhan Kepada Jabatan

Pendidikan Negeri

Lawatan Kesesuaian Oleh Jabatan Pendidikan Negeri

Mengemukakan Borang Permohonan Pendaftaran

Kepada Jabatan Pendidikan Negeri

Jabatan Pendidikan Mendapatkan Pandangan dan Sokongan

Daripada Agensi-Agensi Berkaitan

Surat Kelulusan Dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan

Dengan Syarat-Syarat Tertentu

Jabatan Pendidikan Mengeluarkan

Sijil Pendaftaran Sekolah

Permohonan Kepada Jabatan Pendidikan Negeri

Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonankepada Unit Pendidikan Swasta, Pendaftar Sekolah-Sekolahdi Jabatan Pendidikan Negeri masng-masing. Pemohonhendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penubuhan,kaedah kursus ditawarkan dan alamat tetap lokasi yang dipilih.Permohonan hendaklah disertakan :

• Pelan lokasi lengkap (lakaran) kedudukan dan panduarah kawasan sekeliling.

• Pelan tapak bilik-bilik lengkap berukuran (lakaran).

Page 20: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

18

• Nama tadika beralamat penuh 3 km sekeliling/300 buahrumah (bagi kawasan taman perumahan).

• Surat persetujuan jiran-jiran terdekat mengandungi nama,nombor kad pengenalan, alamat rumah dan tandatanganpenghuni/tuan punya rumah tidak kurang daripada sepuluhbuah rumah jiran.

• Surat perjanjian sewa bangunan (tenancy agreement).• Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF).• Kertas Kerja.

Lawatan Kesesuaian Oleh Jabatan Pendidikan

Satu surat jawapan penerimaan kertas kerja secara bertulisakan dikeluarkan dan meminta pemohon menghubungi pihakjabatan untuk menentukan tarikh lawatan..

Mengisi Borang Pendaftaran

Semua borang rasmi permohonan pendaftaran akan diberikankepada pemohon selepas lawatan.

Mendapatkan Sokongan Dari Agensi Berkaitan

Setelah borang permohonan disemak, bagi mendapatkanpandangan dan sokongan, Jabatan akan mengeluarkan suratkepada :

• Pihak Berkuasa Tempatan• Jabatan Bomba dan Penyelamat• Pendaftar Perniagaan (ROB/ROC)

Surat Kelulusan dan Tawaran Syarat

Setelah menerima sokongan dari agensi berkenaan di para5, surat kelulusan akan dikeluarkan kepada pemohon dengansyarat-syarat tertentu.

Sijil Pendaftaran

Sijil Pendaftaran Sekolah akan dikeluarkan setelah pemohonbersetuju dengan syarat yang dikenakan.

Page 21: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

19

Format kertas kerja permohonan penubuhan tadikadengan Jabatan Pelajaran dan permohonan pinjamandari institusi kewangan.

4.3 PERATURAN PIHAK BERKUASA TEMPATANPerancangan• Mengemukakan pelan-pelan clan clokumen-clokumen.• Pelan-pelan :

- Pelan tapak- Pelan lantai- Lukisan keratan- Lukisan tampak

• Urusan tanah/percukaian :- Salinan hakmilik tanah yang disahkan oleh

Pejabat Tanah Daerah.- Salinan cukai taksiran- Salinan cukai tanah

• Dokumen-dokumen lain :- Gambar-gambar tapak- Surat perjanjian/kebenaran dari pemilik bangunan

(jika disewa)- Surat sokongan dari pemilik/penghuni bangunan/

lot bersebelahan

Kesesuaian Tapak• Jenis bangunan yang sesuai.• Rumah sebuah (banglo).• Rumah berkembar.• Rumah teres (lot tepi dengan kawasan lapang dan

tidak menyebabkan kesesakan dan gangguanlalulintas).

• Rumah pangsa (tingkat bawah).• Bangunan pejabat (tingkat 1 hingga 2 kecuali dengan

sokongan Jabatan Perkhidmatan Bomba).• Bangunan komersil (mengikut sokongan Jabatan

Perkhidmatan Bomba).• Bangunan kilang (mengikut sokongan Jabatan

Kesihatan dan Jabatan Keselamatan dan KesihatanPekerja).

Page 22: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

20

Kesesuaian Tanah• Tidak terletak di hadapan jalan utama. Jalan keluar masuk

sekurang-kurangnya 10 meter dari simpang utama.• Mempunyai kawasan permainan yang secukupnya di luar

bangunan pusat.

Kehendak Pengiklanan• Ditulis dalam Bahasa Melayu.• Kedudukan di tempat yang sesuai.

Kehendak Bangunan• Kehendak tangga (sekiranya bangunan bertingkat) :

- Mempunyai dua tangga (laluan) bagi masa kecemasan.- Tangga kayu dan konkrit hendaklah di atas permaidani

atau bahan lembut.- Tangga hendaklah dipasang dengan pagar (railings)

dengan ketinggian sesuai denganketinggian kanak-kanak.

Kehendak Pengudaraan dan Pencahayaan• Pengudaraan boleh kawal hendaklah 20% daripada

keluasan lega lantai.• Pengudaraan bebas hendaklah 10% daripada keluasan

lega lantai.• Pencahayaan semulajadi hendaklah 20% daripada

keluasan lega lantai.

Kehendak Tingkap dan Pintu

• Semua pintu dan tingkap hendaklah dibuka dari bahagiandalam.

• Tingkap jenis bebilah (louvres) tidak dibenarkan.• Semua pintu dan tingkap di tingkat atas bangunan yang

dipasang dengan jeriji hendaklah dari jenis yang bolehdibuka.

• Semua jeriji yang digunakan di tingkat bawah hendaklahdari jenis yang tidak tajam dan merbahaya serta bolehdibuka.

• Menyediakan dua pintu yang berasingan (1 hadapan dan1belakang).

Page 23: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

21

Kehendak Kegunaan Ruang• Menyediakan ruang untuk kemudahan belajar dan

bermain.• Menyediakan ruang berasingan (sick bay).• Menyediakan ruang dapur.• Menyediakan ruang penyediaan makanan.• Mempunyai ruang penyimpanan makanan.• Pengasingan ruang antara bayi dengan kanak-kanak lain.

4.4 PERATURAN JABATAN PERKHIDMATAN BOMBADAN PENYELAMATBangunanKeadaan Bangunan Yang Dibenarkan• Mempunyai lebih daripada 1 tangga (bagi bangunan

bertingkat).• Tidak mengandungi bahan-bahan bahaya.• Kedudukan tadika tidak melebihi had kelengkapan

tangga jentera bomba (bandaraya 40 meter, bandar kecil10 meter).

• Bukan bangunan tingkat basement.

Ciri Keselamatan Bangunan• Berhampiran dengan tangga keselamatan bagi tadika

yang terletak dalam bangunan bertingkat.• Mematuhi jarak perjalanan maksimum (tiada sistem

sprinkler 30 meter, mempunyai sistem sprinkler 43 meter,had jalan mati 9 meter, jarak minimum antara dua pintu 5meter).

• Mematuhi had maksimum mengikut bilangan pintu keluar.

Kehendak Teknikal Dinding• Antara tadika dengan bahagian lain (dinaikkan ke paras

tingkat)- tempoh ketahanan api (TKA) 2 jam.

• Bilik penyediaan dengan tadika (dinaikkan ke paras lantaitingkat)- TKA 2 jam.

• Dinding pejabat (TKA 1/2 jam).

Page 24: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

22

Kehendak Kemudahan Keluar dan PengosonganPremis.• Mengadakan tanda keluar lampu kecemasan jenis kuasa

tersendiri.• Mengadakan trolley nisbah 1:6.• Mewujudkan refuge area:

- Ruang lobi.- Koridor.- Kawasan terlindung dalam tadika.

• Mengadakan alat pencegah kebakaran dari jenis yangdiluluskan:- 2 unit 4.5 kg. alat pemadam api mudah alih jenis debu

kering.- Alat pengesan asap jenis kuasa tersendiri.

OperasiKehendak Langkah Keselamatan• Tidak dibenarkan menggunakan lilin/pelita.• Tidak dibenarkan menggunakan ubat nyamuk.• Tidak dibenarkan merokok dalam premis.• Tidak dibenarkan pembakaran terbuka atau memasak.

Jika ada aktiviti, hendaklah dijalankan di kawasanberasingan yang mempunyai ketahanan api yangdibenarkan.

• Tidak dibenarkan membawa masuk kanak-kanak kedalam ruang penyediaan.

• Plug point yang rendah hendaklah ditutup dengankemas.

• Tidak dibenarkan menggunakan penyambungan wayar.

4.5 PERATURAN JABATAN KESIHATANPersekitaran (Operasi)Premis dan Kawasan Sekeliling Perlu Dalam KeadaanKemas dan Bersih.• Rumput dipotong dari semasa ke semasa.• Tiada bahan buangan serta botol/tin yang menakung air.

Page 25: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

23

BangunanKehendak Kemudahan Kebersihan• Menyediakan elbow tap.• Menyediakan susur tangan (handrails) untuk kanak-

kanak yang kurang upaya.• Mangkuk tandas tidak melebihi 150mm (6") tinggi dari

paras lantai.• Basin mencuci tangan dengan ketinggian tidak melebihi

600mm (2") hendaklah disediakan secukupnya.Bangunan (Operasi)Komponen Bangunan• Dinding di dalam dan di luar bangunan, siling dan lantai

hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih danmemuaskan setiap masa.

• Lantai bilik mandi, tandas dan tempat buang air kecilserta parit hendaklah sentiasa di dalam keadaan bersih,tidak licin dan air tidak bertakung.

• Mengadakan dapur, bilik mandi dan tandas yang sesuaidan memuaskan serta bersih pada setiap masa.

• Mempunyai ruang dengan kemudahan-kemudahanmembasuh yang lengkap.

• Mempunyai tempat membuang sampah ataumenggunakan tong sampah dan karung plastik sepertiyang ditetapkan.

• Mematuhi kehendak minimum keluasan lantai 3.5 meterpersegi.

• Longkang di dalam kawasan tadika hendaklah ditutupdenganpapan tetulang konkrit untuk keselamatan.

Peralatan/Perabot/Kemudahan Dalam Bangunan• Semua perabot, alat-alat elektrik dan sebagainya

hendaklah berada dalam keadaan bersih danmemuaskan.

• Mengadakan katil/tempat tidur yang sesuai danmencukupi.

Page 26: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

24

• Menyediakan barang-barang permainan yang elok dantidak berbentuk tajam.

• Mengadakan kelengkapan permainan yang sesuai danselamat.

• Mengadakan telefon di bangunan pusat.• Mengadakan buku daftar kanak-kanak dengan butir-butir

ibu/bapa/penjaga.• Mengadakan buku pelawat.

Kehendak Perubatan dan Kesihatan

• Mengadakan peti kecemasan di tempat yang sesuai.• Mengadakan pegawai perubatan pelawat dan butir-butir

mengenai pegawai tersebut hendaklah dikemukakan.• Mengadakan seorang yang berkelayakan dan

berpengalaman untuk menjaga kanak-kanak.• Mengemukakan laporan pemeriksaan perubatan tahunan

(X-Ray dan T.Y.B) bagi pelesen dan pekerja.• Orang yang menghidap sebarang penyakit dilarang masuk

ke dalam bangunan pusat.• Binatang-binatang peliharaan seperti anjing, kucing, burung

dan sebagainya tidak dibenarkan berada di dalambangunan.

Penyediaan Makanan

• Menyediakan makanan yang seimbang untuk kanak-kanak.• Dilarang menyediakan makanan ringan kepada kanak-• Semua botol dan puting susu mesti dibasmi kuman.• Makanan halal hendaklah disediakan untuk kanak-kanak

yang beragama Islam.• Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan

hendaklah bersih.• Keadaan tempat menyediakan makanan hendaklah bersih.• Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih clan

selamat.

Kehendak Umum

• Mengadakan peraturan keselamatan yang memuaskan.

Page 27: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

25

5. STRATEGI OPERASI PERNIAGAAN TADIKA

5.1 PENGENALANAspek ini merumuskan penemuan tentang perkara-perkara seperti sumber pembekalan perkhidmatan,aspek pekerjaan, kelayakan tenaga kerja, keluasanruang perniagaan dan maklumat pelajar.

5.2 Keperluan Bahan dan SuberBagi membolehkan perkhidmatan tadika dijalankandengan berkesan, setiap usahawan perlumempertimbangkan untuk memiliki sumber bahan bagikeberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan. Diantara bahan-bahan yang perlu disediakan ialah :

Bahan Sumber PerbekalanPembelajaran Al-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd.(Buku/nota) No. 8, Ground Floor, Jalan AUIA/4F

Tmn. Keramat Permai,54200 Kuala Lumpur.Tel :03-4575139/140Fax : 03-4575132

Mahir Publications Sdn. Bhd.No. 39, Jalan Nilam 1/2Subang Square FTTSSubang Hi-Tech Industrial Park

Batu Tiga, 40000 Shah AlamSelangorTel : 03-7379044Fax : 03-7379043

Bookman Sdn. Bhd.No. 25, Jalan Maju 2/1Taman Lembah Maju68000 Ampang, SelangorTel : 03-4910200/012-3918715

Page 28: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

26

Peralatan/Kemudahan Power Price MarketingPembelajaran (Meja/ No. 17/1, Jalan Tiara 3kerusi/ papan putih dll.) Bandar Baru Klang

41150 Klang, SelangorTel : 03-3432909/012-2511324Fax : 03-3432909

Peralatan/Kemudahan Power Price MarketingRiadah (Play House/ No. 17/1, Jalan Tiara 3play side dll.) Bandar Baru Klang

41150 Klang, SelangorTel : 03-3432909/012-2511324Fax : 03-3432909

Pengangkutan Syarikat pengangkutanberhampiran

5.3 BILANGAN PEKERJA

Secara purata bilangan pekerja sektor perkhidmatantadika ialah 7 orang. Bilangan pekerja terendah ialah 2orang dan tertinggi ialah 21 orang. Pecahan bilanganpekerja mengikut kategori sepenuh masa dan separuhmasa adalah seperti berikut :

Tertinggi Purata Terendah

Sepenuh Masa (orang) 15 6 2

Separuh Masa (orang) 6 1 0

5.4 KATEGORI PEKERJA

Secara purata, setiap perniagaan perkhidmatan tadikamempunyai 7 orang pekerja. Pecahannya mengikutkategori adalah lima orang guru atau jurulatih, seorangpekerja pentadbiran clan seorang pekerja am.

Page 29: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

27

5.5 KELAYAKAN GURU

Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyaiguru atau tenaga pengajar yang kelayakan minima diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia. Bagaimana pun tenagapengajar yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggiseperti ijazah, diploma atau sijil tadika dapat membantukecemerlangan mutu perkhidmatan.

5.6 INSTITUSI LATIHAN PENGURUSAN TADIKA

Terdapat beberapa institusi yang terlibat dalammemberikan latihan pengurusan tadika kepada merekayang berminat dalam bidang ini. Latihan tersebut terbukakepada pemilik perniagaan atau bakal pengusaha tadikadan tenaga pengajar/pendidik perniagaan perkhidmatantadika. Di antara institusi latihan yang ada ialah :

1. Persatuan Tadika MalaysiaNo. 58, Jalan SS 2/72, 47300 Petaling JayaTel : 03-79574610 Fax : 03-79544610

2. Al-Ameen Serve Holding Sdn. Bhd.No. 8, Tingkat Bawah, Jalan AU 1A/4FTaman Keramat Permai 54200 Kuala LumpurTel : 03-42575132 Fax : 03-42575132

3. Institut Pengajian Ilmu-Ilmu IslamKg. Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang,Selangor Tel : 03-89265853 Fax : 03-89263213u/p : Tn. Hj. Kamaruddin Musa

4. Tadika Sri Montessori Sdn. Bhd.No. 91, Jalan Gasing, 46000 Petaling Jaya, SelangorTel : 03-79575755 Fax : 03-79563580e-mail : [email protected]

5. Persatuan Taska Negeri SelangorNo.1, Jalan SS 18/2A, Subang Jaya47500 SelangorTel/Fax : 03-7382735u/p : Pn. Ismaliza Ismail

Page 30: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

28

5.7 RUANG

Dari segi keluasan ruang, ia boleh dibahagikan kepadadua aspek iaitu keluasan keseluruhan tapak perniagaandan keluasan ruang perniagaan. Keluasan keseluruhantapak perniagaan merujuk kepada keluasan ruang pejabat,bilik darjah, ruang stor, ruang dapur dan kawasan riadah.Manakala ruang perniagaan merujuk kepada keluasanruang pejabat, bilik darjah, ruang stor dan ruang dapursahaja.

Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyaikeluasan purata tapak perniagaan sekitar 1,020 meterpersegi atau 10,979 kaki persegi. Keluasan terendahadalah 500 meter persegi dan keluasan tertinggi ialah2,000 meter persegi.

Dari segi keluasan ruang perniagaan pula, kebanyakanperniagaa perkhidmatan tadika mempunyai keluasanpurata sekitar 285 meter persegi atau 3,068 kaki persegi.Keluasan terendah ialah 200 meter persegi dan keluasantertinggi ialah 800 meter persegi.

5.8 BILANGAN BILIK DARJAH

Dari segi keperluan bilangan bilik darjah, didapatikebanyakan perniagaan perkhidmatan tadika mempunyaipurata lima (5) buah. Bilangan bilik darjah terendah ialahsatu dan yang tertinggi ialah sepuluh buah.

5.9 PELAJAR

Bilangan purata pelajar bagi sesebuah perniagaanperkhidmatan tadika ialah 88 orang. Jumlah ini secaraumumya bermaksud bahawa setiap bilik darjah diisidengan 16 orang pelajar untuk tujuan memberi keselesaandan perhatian kepada pelajar. Angka ini juga menunjukkan

Page 31: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

29

bahawa purata 5 kelas adalah kadar minima jika tadikaini dibuat secara komersil.

5.10 MASA OPERASI

Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadikamenawarkan perkhidmatan pada hari-hari berkerjasahaja. Masa beroperasi ialah dari jam 7.45 pagi hingga5.30 petang.

Hari : Isnin hingga Jumaat sahaja(Tiada kelas pada cuti umum dan cutimingguan)

Masa :Sesi Pagi 7.45 pagi hingga 10.30 pagiPetang 2.45 petang hingga 5.30 petang

Page 32: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

30

6. STRATEGI PEMASARAn PERNIAGAAN TADIKA

6.1 PENGENALAN

Aspek ini menerangkan tentang rangkaian produkatau perkhidmatan yang ditawarkan, peratuskeuntungan yang diperolehi oleh industri, isu tentangsegmen pasaran, konsep perkhidmatan, penetapanharga produk, strategi edaran lan promosi.

6.2 Rangkaian Produk atau Perkhidmatan

Senarai rangkaian produk atau perkhidmatan yangmelengkapi keperluan pasaran adalah antara isupenting dalam menentukan keuntungan dankesinambungan sesebuah perniagaan perkhidmatantadika. Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadikamempunyai senarai produk atau perkhidmatan tadikameliputi perkhidmatan tadika, penjagaan kanak-kanak, kelas bahasa, senilukis,muzik, agama danperkhidmatan pengangkutan.

Dalam industri ini, terdapat usahawan yang hanyamenawarkan produk tadika sepenuhnya. Sebahagiankecil pula menawarkan produk tadika dan produk lainsecara serentak. Produk-produk lain meliputipenjagaan kanak-kanak, kelas bahasa, kelassenilukis, kelas muzik, kelas agama danpengangkutan. Antara sebab utama ialah, di bawahproduk perkhidmatan tadika, pembelajaran tentangkelas bahasa, senilukis, muzik, agama telah pun diberipenekanan.

Kebanyakan pengusaha tadika tidak menawarkanperkhidmatan pengangkutan sebagai sebahagian darirantaian produk mereka. Usahawan bidang ini lebihcenderung menggunakan perkhidmatanpengangkutan yang disediakan oleh pengusahapengangkutan sedia ada di kawasan berdekatan.Bagaimana pun jika usahawan yang terlibat dalamperniagaan perkhidmatan tadika dapat menawarkan

Page 33: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

31

perkhidmatan pengangkutan sebagai satu produktambahan, mereka mempunyai kelebihan bersaingdengan pengusaha tadika yang lain.

6.3 Kadar Keuntungan

Dari segi peratus untung kasar, didapati di kalanganperniagaan perkhidmatan tadika mencatat kadar yangberbeza. Secara purata, kadar keuntungan kasar yangdiperolehi ialah 15% hingga 50% sahaja. Manakala kadarkeuntungan bersih pula ialah sekitar 5 hingga 30% sahaja.Bagaimana pun kebanyakan pengusaha tadikamemperolehi kadar untung bersih sekitar 10% sahaja.Kadar keuntungan (kasar dan bersih) yang diperolehimemberi implikasi kepada pulangan pelaburan dankelangsungan perkhidmatan yang ditawarkan.Keuntungan yang diperolehi membolehkan perniagaanditeruskan dan dikembangkan.

6.4 Segmen Pasaran

Bahagian ini menerangkan tentang aspek segmenpasaran dari segi agihan segmen mengikut bangsa danumur. Kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anakmereka ke sekolah tadika yang menawarkanpembelajaran melalui bahasa melayu dan bahasainggeris. Namun demikian, bagi kaum Cina, merekamempunyai tadika yang dijalankan melalui bahasa merekasendiri.

Manakala dari segi umur pula, kebanyakan perkhidmatantadika mensasari pelanggan dalam kategori berumur 6tahun dan 5 tahun. Segmen umur di bawah 5 tahun adalahkecil. Begitu juga dengan peringkat umur 3 tahun. Inibermakna segmen pasaran berumur di bawah 5 tahunsewajarnya diberi perhatian oleh pengusaha tadika dimasa-masa hadapan (jika kumpulan sasaran adalahkanak-kanak 5 tahun ke bawah - perniagaan yang terlibatialah Taska).

Page 34: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

32

6.5 Konsep Perniagaan Tadika

Pengurusan tadika sebagai sebuah entiti komersil diurusberasaskan beberapa konsep yang tertentu. Di antarakonsep pengurusan tadika yang diamalkan ialahberasaskan konsep agama, Montenssori, KBSR danKonsep 3M atau kombinasi di antara konsep-konseptersebut.

Pengurusan berasaskan konsep agama bermaknaoperasi tadika tersebut dijalankan dengan menekankankepada pendidikan agama kepada pelajar-pelajar.Kurikulum pendidikan yang digunapakai adalahsebagaimana yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama IslamSelangor (JAIS) atau lain-lain persatuan agama sepertiABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) atau JIM (JemaahIslam Malaysia). Kandungan kurikulum pengurusan tadikaberasaskan konsep agama meliputi :

• Mengenal Diri dan Kesihatan.• Akhlak (Tauhid, Ibadat dan Sirah).• Bacaan asas Al-Quran melalui kaedah Qiraati atau Iqra.• Penekanan latihan dan bacaan jawi.• Asas tulisan dan membaca.• Asas mengira (Matematik).• Asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa

Arab.• Sains• Latihan sembahyang secara amali setiap hari.• Riadah.

Manakala konsep pengurusan Montessori pula adalahsatu pendekatan berasaskan falsafah pendidikan yangdiasaskan oleh Dr. Maria Montessori (1870 -1952) di manapenekanan diberikan kepada persediaan pelajar untukmemasuki sekolah rendah dan pembentukan keterampilandiri. Pengurusan tadika Montessori disyaratkan perlumendapat didikan dan seliaan oleh Pusat Montessori

Page 35: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

33

di London, di mana kurikulum yang digunakan adalahberasaskan kepada kurikulum yang dikeluarkan oleh PusatMontessori di London. Bahasa pengantar utama ialah BahasaInggeris kecuali pengajaran tentang Bahasa Malaysia/Cinadan kelas agama. Di antara kandungan kurikulum pengurusantadika berasaskan konsep Montessori meliputi :

• English Language (Thematic Approach)• English Reading Program• Phonics• Writing Skill• Mathematics• Art and Craft• Music And Movement• Computer• Health And Fitness• Cultural Studies• Bahasa Malaysia/Cina• Bahasa Malaysia/Chinese Reading Program• Islamic Studies/Moral

Pengurusan tadika berasaskan Konsep KBSR (KurikulumBaru Sekolah Rendah) memberi penekanan kepadapersediaan pelajar untuk memasuki persekolahan darjah satu.Kurikulum yang digunakan ialah berasaskan kepada garispanduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian PelajaranMalaysia atau Jabatan Pelajaran Negeri. Di antara kandungankurikulum pengurusan tadika berasaskan konsep KBSR ialah:

• Asas Bacaan - Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris• Asas Mengira (Matematik)• Asas Kemahiran Hidup Dan Reka Cipta• Asas Pendidikan Islam/Moral• Asas Pendidikan Seni• Asas Pendidikan Muzik• Asas Sains• Asas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan• Kelas Agama dan Fardu Ain

Page 36: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

Konsep Pengurusan 3M (Menulis, Mengira danMembaca) pula memberi penekanan kepada pelajar-pelajar tentang kemahiran menulis, mengira dan membaca.Dari segi kandungan kurikulum pengurusan berasaskan 3Mtidak banyak bezanya dengan konsep KBSR, cumapenekanan dalam konsep 3M diberikan kepadameningkatkan kemahiran menulis, mengira dan membacadi kalangan pelajar berbanding pengurusan berasaskanKBSR - lebih kepada persediaan untuk memasuki sekolahrendah. Setiap pengusaha perkhidmatan tadika perlumempertimbangkan untuk mengadaptasikan mana-manakonsep pengurusan tadika yang sesuai. Keputusan untukmemilih konsep pengurusan tadika tertakluk kepadafaktor-faktor berikut :

• Pengetahuan dan asas pendidikan pengusaha• Keperluan pekerja yang berkelayakan• Faktor pasaran - wujudnya pasaran bagi konsep

berkenaan di sekitar jejari 10KM dari premis yangdicadangkan.

6.6 Penetapan Harga Perkhidmatan

Pada dasarnya penetapan kadar harga produk/perkhidmatan tadika adalah berbeza di kalanganpengusaha tadika. Harga yang ditetapkan kebiasaannyaberdasarkan pakej produk, jangka masa pelajar beradadi premis dan daerah lokasi perkhidmatan ditawarkan.Yuran bulanan dan tahunan dikenakan kepada setiappelajar. Yuran tahunan dikenakan sekali sahaja (sila lihatperkara 6.3 untuk perincian).

6.7 Edaran Produk

Aspek edaran meliputi keluasan pasaran sasaran sertaperkhidmatan pengangkutan yang ditawarkan.Kebanyakan perkhidmatan tadika mensasari pasaran padajarak keluasan pasaran sekitar 10KM dari lokasi premis.

34

Page 37: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

35

Hanya sedikit sahaja perkhidmatan tadika mensasaripasaran melebihi 10KM. Ini bermakna pemilihan lokasisangatlah penting dalam menentukan dayamajuperniagaan perkhidmatan tadika.

Dari segi kedudukan lokasi premis pula didapatikebanyakan lokasi perkhidmatan tadika ialah di lot premis/perniagaan tepi (corner lot unit). Walaupun tiada syaratkhusus yang mewajibkan sesebuah perniagaanperkhidmatan tadika dijalankan pada lot tepi, tetapikecenderungan memilih lot tepi memberi kelebihan bagimembolehkan keluasan mencukupi untuk ruangan bilikdarjah, padang permainan dan ruang pejabat.

6.8 Media Promosi

Aktiviti promosi sangat penting dalam usahamemperkenalkan produk dan seterusnya mempengaruhipenggunaan produk tersebut. Walaupun pada dasarnyaperniagaan perkhidmatan tadika bukan berorientasikankeuntungan bahkan lebih kepada memberi perkhidmatan.Kebanyakan perkhidmatan tadika yang ada menekankankepada falsafah memberi perkhidmatan pendidikankepada masyarakat setempat berbanding kepentingankeuntungan semata. Ini menyebabkan matlamat utamaaktiviti promosi dalam perniagaan tidak diberi penekananketara. Di antara media utama aktiviti promosi meliputipengedaran brosur, sepanduk, aktiviti tahunan, kadperniagaan dan “word of mouth”. Penggunaan mediamoden seperti laman web dan elektronik tidak begituketara. Penggunaan media moden dalam aktiviti promosiperkhidmatan tadika wajar dipertimbangkan kerana skopedarannya yang luas, kos efektif yang rendah dan tandakeprihatinan kepada perubahan teknologi pendidikan.

Page 38: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

6.9 BELANJAWAN PROMOSI

Peruntukan tahunan untuk aktiviti promosi adalah kecil jikadibuat secara perbandingan. Ini menyebabkan aktivitipromosi melibatkan penggunaan media dan kekerapanaktiviti promosi yang terhad. Keadaan ini tidak sesuaikerana aktiviti promosi sewajarnya dianggap sebagai satubentuk pelaburan untuk memperkenalkan produk danseterusnya menyakinkan pengguna tentang kepentingandan kebaikan menggunakan perkhidmatan yangditawarkan.

Kebanyakan perniagaan perkhidmatan tadikamemperuntukkan perbelanjaan kurang daripada RM3,000setahun untuk aktiviti-aktiviti promosi mereka.

36

Page 39: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

37

7 STRATEGI PENTADBIRAN PERNIAGAAN TADIKA

7.1 Pejabat Pentadbiran

Dari segi keperluan pejabat pentadbiran, didapatibahawa hampir kesemua perniagaan tadika diLembah Kelang memperuntukxkan sebuah ruangpejabat dalam premis perniagaan mereka. Keluasanruang pejabat ini tidak penting kerana ia digunakanhanya untuk menempatkan rak fail dan peralatanpejabat.

7.2 KEPERLUAN PERABOT DAN PERALATAN

Peralatan yang diperlukan untuk mentadbirperniagaan tadika terdiri daripada perkara-perkarayang berikut :

• Satu set perabot meja dan kerusi untuk pengurusdan kerani

• Sebuah komputer• Sebuah pencetak• Alat tulis dan rak-rak fail

7.3 TENAGA KERJA PENTADBIRAN

Tidak ramai tenaga kerja pentadbiran yang diperlukanoleh perniagaan tadika. Kebanyakan perniagaan yangditemui mempunyai seorang pengurus dan seorangkerani sahaja.

7.4 PERSATUAN TADIKA/TASKA

Sebagai pengusaha perkhidmatan tadika sewajarnyasetiap pengusaha menganggotai mana-manapersatuan yang berkaitan. Dengan menyertaimana-mana persatuan berkaitan, mereka dapatmenyalurkan pandangan serta mengemukakanmasalah dengan cara yang lebih berkesan.

Page 40: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

1. Persatuan Tadika MalaysiaNo. 58, Jalan SS 2/72, 47300 Petaling Jaya.Tel :03-79574610 Fax : 03-79544610

2. Persatuan Taska Negeri SelangorNo. 1, Jalan SS 18/2A, Subang Jaya47500 SelangorTel/Fax : 03-568382735u/p: Pn. Ismaliza Ismail

38

Page 41: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

39

8 IMPLIKASI KEWANGAN PERNIAGAAN TADIKA

8.1 PENGENALAN

Aspek ini menerangkan tentang aspek kos pelaburandan pendapatan bagi perniagaan tadika. Di sampingitu, aspek ini juga menganalisis pulangan modal bagiperniagaan tersebut.

8.2 KOS PELAKSANAAN PROJEK

Kos pelaksanaan projek ialah segala kos yangdiperlukan bagi melaksanakan sesuatu projekperniagaan. Kos ini meliputi kos pelaburan aset tetap,pelaburan modal pusingan dan kos pra-operasi.

Jadual 8.1, 8.2 dan 8.3 menunjukkan purata kospelaksanaan projek dan perinciannya bagiperkhidmatan tadika. Purata kos pelaksanaan projekbagi menjalankan perkhidmatan tadika dan penjagaankanak-kanak adalah sebanyak RM71,290. Manakalakos pelaksanaan projek bagi perkhidmatan tadikasahaja ialah RM69,028.

Jadual 8.2Purata Kos Pelaksanaan Projek

Jenis Pelaburan Tadika & Penjagaan Tadika

Kanak-Kanak

Pelaburan Aset Tetap RM 60,980 RM 57,850

Pelaburan Modal Kerja RM 8,540 RM 9,153

Kos Pra-Operasi RM 1,770 RM 2,025

Jumlah RM 71,290 RM 69,028

Page 42: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

Jadual 8.2

Perincian Kos Pelaksanaan Projek

(Tadika & Penjagaan Kanak-Kanak) (n = 26)

Kategori Kos purata minimum tertinggi

(RM) (RM) (RM)

Kos Aset Tetap 60,980 5,000 250,000

Modal Kerja (bulanan):

Kos Pentadbiran 4,947 1,300 13,300

Kos Pemasaran 450 0 5,000

Kos Operasi 3,143 0 14,000

Pra-0perasi 1,770 0 11,500

Bilangan Kanak-Kanak (purata) 88 orang

Jadual 8.3

Perincian Kos Pelaksanaan Projek

(Tadika Sahaja) (n = 20)

Kategori Kos purata minimum tertinggi

(RM) (RM) (RM)

Kos Aset Tetap 57,850 5,000 250,000

Modal Kerja (bulanan):

Kos Pentadbiran 5,096 1,300 13,300

Kos Pemasaran 563 0 5,000

Kos Operasi 3,494 0 3,530

Pra-Operasi 2,025 0 11,500

Bilangan Kanak-Kanak (purata) 87 orang

40

Page 43: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

41

8.3 KOS PELABURAN

Kos Aset Tetap

Aset-aset tetap yang dimiliki terdiri daripada tanah,bangunan, perabot dan kelengkapan dan kenderaan. Bagikeseluruhan perniagaan (tadika clan penjagaan kanak-kanak), pelaburan terhadap aset tetap, secara puratabernilai RM 60,980. Bagi pengusaha yang menjalankanperkhidmatan tadika sahaja, purata pemilikan aset tetapbernilai RM 57,850.

Modal Kerja

Modal kerja (atau modal pusingan) merangkumi kospentadbiran, kos pemasaran dan kos operasi. Terdapatjuga sebilangan tadika yang menanggung kospra-operasi.

Kos Pentadbiran.

Kos ini merangkumi pembayaran gaji kakitangan, sewatanah dan bangunan, utiliti dan sebagainya. Secarapurata, kos pentadbiran yang terlibat bagi mengendalikanperkhidmatan tadika dan penjagaan kanak-kanak ialahRM 4,947 sebulan dan bagi tadika sahaja ialah RIM 5,096.

Kos Pemasaran.

Kos pemasaran ialah segala kos yang diperuntukkan bagimembiayai segala aktiviti pemasaran perniagaan. Diantara contoh perbelanjaan pemasaran ialah kos promosi.Secara purata, kos pemasaran ialah sebanyak RM450sebulan bagi tadika dan penjagaan kanak-kanak danRM563 bagi tadika sahaja.

Kos Operasi.

Kos operasi ialah segala kos yang diperlukan bagimembiayai ssegala perbelanjaan operasi. Di antaracontoh kos operasi ialah pembelian bahan makanan,bahan pengajaran dan utiliti.

Page 44: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

Secara purata kos operasi ialah RM3,143 sebulan bagitadika dan penjagaan kanak-kanak dan RM3,494 bagitadika sahaja.

Pada keseluruhannya, secara purata jumlah modal kerjaialah RM8,540 sebulan bagi perkhidmatan tadika danpenjagaan kanak-kanak dan RM9,153 sebulan bagi tadikasahaja (lihat Jadual 8.4).

Jadual 8.4Jumlah Pelaburan Modal Kerja Bulanan

Jenis Kos Tadika & Penjagaan Tadika

Kanak-Kanak

Kos Pentadbiran RM 4,947 RM 5,096

Kos Pemasaran RM 450 RM 563

Kos Operasi RM 3,143 RM 3,494

Jumlah RM 8,540 RM 9,153

Kos Pra-Operasi

Kos ini membabitkan perbelanjaan yang ditanggungsebelum memulakan operasi seperti pendaftaran,ubahsuaian, pembayaran deposit dan sebagainya. Secarapurata, belanja pra-operasi yang ditanggung ialahRM 1,770 bagi perkhidmatan tadika dan penjagaan kanak-kanak dan sebanyak RM 2,025 bagi tadika.

8.4PENDAPATAN

Pendapatan utama perniagaan merangkumi yuranpendaftaran, yuran pendidikan prasekolah dan yuranpenjagaan kanak-kanak.

Yuran Pendaftaran

Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yuranpendaftaran sebanyak RM50.00. Yuran terendah ialahsebanyak RM10.00 dan tertinggi berjumlah RM200.

42

Page 45: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

43

Secara purata yuran yang dikenakan ialah RM60 setahunsetiap kanak-kanak (lihat Jadual 8.5).

Yuran Pendidikan Pra-Sekolah (Tadika)

Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yuranbulanan di antara RM101 hingga RM150. Yuran terendahialah sebanyak RM80 sebulan dan tertinggi RM200sebulan. Secara purata, yuran bulanan dikenakansebanyak RM149 bagi setiap kanak-kanak (lihatJadual 8.5).

Yuran Penjagaan Kanak-Kanak

Di samping pendidikan pra-sekolah, terdapat jugaperniagaan tadika mengendalikan penjagaan kanak-kanak. Kebanyakan perniagaan tadika mengenakan yurandi antara RM51 hingga RM100. Bagi kes tertentu, ada jugaperniagaan yang mengenakan yuran penjagaan melebihiRM200 sebulan. Secara purata, jumlah yuran ialah RM218sebulan bagi setiap kanak-kanak.

Pendapatan dan Kos

Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi untung, iaitujumlah jualan (sama ada dalam bentuk bilangan kanak-kanak atau ringgit) dan jumlah kos (kos tetap dan kosberubah). Pengiraan mudah bagi menentukan untung ialah:

Jualan - Jumlah Kos = UntungatauJualan -[Kos Tetap + Kos Berubah] = Untung

Kos perniagaan boleh diklasifikasikan kepada kos tetapdan kos berubah. Kos tetap merupakan belanja perniagaanyang tidak berubah walaupun bilangan kanak-kanakberubah, manakala kos berubah pula merupakan belanjayang berubah secara langsung dengan kadar yang samadengan perubahan terhadap bilangan kanak-kanak.

Page 46: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

Bagi tujuan analisis, kos bagi mengendalikan tadika bolehdiklasifikasikan seperti berikut:

Kos Tetap : susunilai aset tetapkos pentadbirankos pemasaran

Kos Berubah : kos operasi

Titik Pulangan Modal

Analisis ini hanya membabitkan pengendalian tadika (prasekolah). Pengiraan titik pulangan modal membabitkanpendapatan dan kos. Bagi membolehkan pengiraan dibuatsecara munasabah, pengusaha tadika dibahagikankepada dua kumpulan: (1) pengusaha yang memilikibangunan sendiri, dan (2) pengusaha yang menyewabangunan.

Bagi memudahkan pengiraan titik pulangan modal,maklumat berikut perlu diketahui:

(i) pendapatan yang diperolehi daripada seorang kanak-kanak,

(ii) Kos Tetap dan(iii) kos berubah bagi seorang kanak-kanak.

Bagi tujuan analisis, hanya pengendalian pendidikan pra-sekolah (tadika) sahaja diambil kira. Ini kerana pendidikantadika merupakan perkhidmatan utama yang ditawarkan.

Pendapatan dan kos bulanan secara purata bagi duakumpulan pengusaha ditunjukkan seperti di Jadual 8.5.

44

Page 47: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

45

Jadual 8.5

Pendapatan dan Kos Bulanan

Bangunan Menyewa

Sendiri Bangunan

Pen dapatan dari seorang kanak-kanak RM 154 RM 154

Jumlah pemilikan aset tetap RM 180,000 RM 15,931

Kadar purata susutnilai tahunan 8% 10%

bangunan, kenderaan, perabot, peralatan)

Kos: Kos Tetap

Susutnilai aset tetap RM 1,200 RM 133

Kos pentadbiran RM 3,795 RM 5,257

Kos pemasaran RM 750 RM 500

Jumlah kos tetap RM 5,745 RM 5,890

-Kos Berubah

Kos operasi RM 5,525 RM 2,677

Kos berubah bagi setiap kanak-kanak , RM 63 RM 31

Kos pra-operasi tidak diambil kira dalam analisis ini kerana kos inimerupakan kos permulaan yang dibelanjakan sebelum perniagaanberoperasi. Oleh yang demikian, kos tersebut bukan merupakanperbelanjaan dalam operasi harian tetapi merupakan perbelanjaanmodal yang dianggap aset kepada perniagaan.

Titik pulangan modal (x) merupakan titik di mana untung bersamaandengan kosong, iaitu :

Jualan - Jumlah Kos = RM0atauJualan -[Kos Tetap + Kos Berubah] = RM0

Page 48: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

46

Jadual 8.6Pengiraan Titik Pulangan Modal

Memiliki Banpunan Sendiri Menyewa Bangunan

Jualan - [Kos Tetap + Kos Berubah] =RM0 Jualan - [Kos Tetap + Kos Berubah] = RM0

RM154 (x)- [RM5,745 + RM63(x)] =RM0 RM154(x)- [RM5,890 + RM31(x)] = RM0

RM154 (x)- RM63 (x) =RM5,745 RM154 (x)- RM31 (x) = RM5,890

91 (x) =RM5,745 RM123 (x) = RM5,890

Bilangan Kanak-Kanak (x) =63 Bilangan Kanak-Kanak (x) = 48

Jumlah jualan (63 x RM154) =RM9,702 Jumlah jualan (48 x RM154) = RM7,392

Bilangan kanak-kanak yang diperlukan bagi memenuhi jumlah kos ialahseramai 84 orang (jika memiliki bangunan sendiri) dan 48 orang (jikamenyewa bangunan), manakala jumlah jualan yang diperlukan bagimemenuhi jumlah kos ialah RM 12,936 sebulan (jika memiliki bangunansendiri) dan RM 7,392 (jika menyewa bangunan).

Page 49: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

47

9 FAKTOR FAKTOR KEJAYAAN

9.1 PENGENALAN

Aspek ini merumuskan penemuan tentang faktor-faktorpenyumbang kepada kejayaan sebuah perniagaanperkhidmatan tadika.

Faktor-faktor kejayaan ditakrifkan sebagai sebarangpenyebab utama menyumbang kepada kelangsungan(continuity) dan keuntungan (profitability) sesebuahperniagaan. Faktor-faktor kejayaan boleh dipecahkankepada dua kategori utama iaitu faktor yang berkaitdengan ciri-ciri usahawan dan faktor yang berkaitandengan ciri-ciri perniagaan itu sendiri.

9.2 Ciri-ciri Keusahawanan

Faktor ciri usahawan merujuk kepada perilaku ataukeperibadian seseorang semasa mengurus sesebuahperniagaan. Perlaku atau keperibadian seseorangmemainkan peranan penting sama ada menyumbangatau merosakkan urusniaga sesebuah perniagaan.Kategori ciri-ciri usahawan dibahagikan kepada tiga(3) komponen penting. Komponen tersebut ialah aspekpengetahuan (knowledge), kemahiran (skills) dantingkahlaku (attitude).

Aspek pengetahuan meliputi ilmu atau maklumat yangdimiliki oleh seseorang yang membolehkan merekamengurus sesebuah perniagaan dengan jayanya.Manakala kemahiran pula merujuk kepada kebolehanatau kepakaran yang dimiliki oleh seseorang usahawandan sangat berguna dalam membantu kebolehanmereka mengurus sesebuah perniagaan. Tingkahlakupula merujuk kepada aspek dalaman diri atauperlakuan seseorang usahawan semasa mengurusperniagaan.

Page 50: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

Jadual 9.1 menunjukkan tentang ciri-ciri penting yang perluada pada seseorang usahawan dalam bidangperkhidmatan tadika. Ciri-ciri tersebut menjadiPenyumbang utama kepada kejayaan mengurussesebuah perniagaan perkhidmatan tadika

Dalam aspek pengetahuan - elemen ini meliputipengetahuan dalam bidang pendidikan tadika, tentangperilaku kanak-kanak dan berpengetahuan dalamperniagaan. Manakala elemen kemahiran meliputikemahiran dalam bidang komunikasi interpersonal dankemahiran komunikasi hubungan atau businessnetworking. Dalam aspek tingkahlaku pula ciri-ciri sepertiketegasan, keberanian, minat atau sukakan kanak-kanak,kecekalan/kesabaran, kerja kuat, dedikasi dan peramahmenjadi resipi utama kejayaan pengurusan perkhidmatantadika.

Jadual 9.1 : Ciri-ciri Keusahawanan

Ciri Perincian

Tingkahlaku Minat atau Sukakan Kanak-kanak

Kerja Kuat

Dedikasi

Kecekalan/Kesabaran

Peramah

Ketegasan

Keberanian

Kemahiran Komunikasi

Perhubungan Awam/Business Networking

Pengetahuan Dalam Bidang Pendidikan Kanak-Kanak/Tadika

Tentang Perilaku Kanak-kanak

Berpengalaman Dalam Perniagaan

48

Page 51: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

9.3CIRI PERNIAGAANFaktor kedua penting ialah ciri-ciri perniagaan itu sendiri.Setiap perniagaan pada dasarnya adalah berbeza darisegi sifat dan ciri-cirinya. Setiap usahawan perlumengesan ciri-ciri yang penting yang perlu ada padasesebuah perniagaan perkhidmatan tadika yang berjaya.Ciri-ciri dominan bagi sebuah perniagaan perkhidmatantadika yang berjaya dipecahkan kepada empat kategoriutama iaitu program atau produk, premis, tenaga kerjadan citra perniagaan(Business image). seperti di Jadual9.2.

Program atau produk merujuk kepada sebarang bentukperkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.Manakala premis pula merujuk kepada lokasi dalamandan luaran premis perniagaan. Kumpulan tenaga kerjameliputi tenaga kerja di bahagian pendidikan, pekeraniandan sokongan. Manakala citra perniagaan adalah merujukkepada “good will” atau nama baik perniagaan itu sendiri.

49

Page 52: Garis Panduan Penubuhan Tadika dan Taska

Dalam aspek program atau produk yang ditawarkan,faktorkejayaan adalah terdiri daripada kurikulum terkini, aktivititahunan, pemakanan dan kaedah pengajaran. Manakalaaspek premis pula merujuk kepada lokasi yang strategik,hiasan dalaman perniagaan yang menarik, keluasan kawasanpremis dan kebersihan kawasan perniagaan. Dalam aspektenaga kerja pula tuntutan kepada keperluan mempunyaikumpulan tenaga kerja terlatih, mereka sukakan kanak-kanakdan semangat kerja berpasukan menjadi faktor terpenting.Dari segi citra perniagaan faktor kejayaan yang dikesan ialahorientasi pencapaian dalam perkhidmatan, rangkaianperniagaan, mempunyai cawangan tambahan, reputasi sediaada dan perkhidmatan yang mesra.

Jadual 9.2 : Ciri-ciri Perniagaan

Ciri Perincian

Program Kurikulum Pendidikan

Aktiviti TahunanPemakanan (Halal & Bersih)Kaedah Pengajaran

Premis Lokasi StrategikHiasan DalamanKeluasan Kawasan PremisKebersihan Persekitaran (dalam dan luar premis)

Tenaga Kerja Mutu Tenaga Kerja (tenaga kerja terlatih)Sukakan Kanak-Kanak Semangat Kerja Berkumpulan

Citra Perniagaan Orientasi Pencapaian Dalam PerkhidmatanRangkaian Perniagaan (Business Networking)Cawangan TambahanReputasi Perniagaan Sedia AdaPerkhidmatan Mesra

50