Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

10
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2): 101-110 (2004) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas MOHD AZIDAN BIN ABDUL JABAR Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM, Serdang, Selangar, Malaysia Kata kunci: Pertembungan bahasa, gangguan, pemindahan bahasa, konsonan. vokal ABSTRAK Bahasa Arab merupakan bahasa yang tersebar luas di seluruh dunia. Selain daripada penutur jati Arab, terdapat beratus-ratus juta orang yang menggunakan bahasa Arab untuk mencapai berbagai- bagai tujuan. Pertembungan bahasa Arab dengan bahasa dan budaya Melayu menjadi punca kesilapan yang berlaku semasa penggunaan bahasa Arab oleh individu dwibahasa atau individu yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua (ASL) atau sebagai bahasa asing (AFL). Kesilapan ini boleh terjadi pada semua peringkat bahasa. Fenomena ini dikenali sebagai "gangguan" yang boleh didefmisikan sebagai pemindahan unsur suatu bahasa kepada bahasa yang lain dalam pelbagai peringkat bahasa termasuk aspek fonologi. Berdasarkan telahan ini, makalah ini cuba mendeskripsi bentuk-bentuk dan jenis-jenis gangguan bunyi Melayu yang berlaku semasa penggunaan bahasa Arab oleh penutur Melayu jati. ABSTRACT Arabic has a wide distribution in the world. There are, apart from the native speakers of Arabic, a hundred million people using Arabic for different reasons. The contact with Malay language and culture can be a source of errors in the use of Arabic by a bilingual subject or by someone learning Arabic as a Second Language (ASL) or Arabic as a Foreign Language (AFL). It may affect all levels of language. This phenomenon is called "interference". Interference may be viewed as the transference of elements of one language to another at various levels including phonological aspects. Based on this assumption, this article attempts to describe forms and types of Malay sound interference in the use of Arabic by the native speakers of Malay. PENDAHULUAN Gangguan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dalam pemerolehan bahasa Arab sebagai bahasa kedua sebenarnya bermaksud pemindahan dan penggunaan beberapa sistem bahasa ibunda dalam bahasa Arab sedangkan sistem tersebut tidak ada sama sekali dalam bahasa Arab. Penggunaan sistem bahasa ibunda boleh berlaku dalam setiap sistem bahasa Arab seperti fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan sebagainya. Perlu dinyatakan bahawa apabila seseorang menggunakan dua atau lebih bahasa secara bersilih ganti maka pertembungan di antara bahasa akan berlaku. Pertembungan bahasa (language contact) yang berlaku kepada penutur dwibahasa akan menimbulkan keadaan saling pengaruh-mempengaruhi di antara bahasa pertama dan bahasa kedua. Ini bermakna bahasa pertama mempengaruhi bahasa kedua atau bahasa kedua mungkin mempengaruhi bahasa pertama. Kebiasaannya bahasa ibunda lebih dominan berbanding bahasa kedua seperti dinyatakan oleh Tarigan (1988:14) bahawa: Bahasa yang paling dikuasai oleh seorang dwibahasawan berpengaruh besar terhadap pemerolehan bahasa berikutnya. Biasanya bahasa yang paling dikuasai itu adalah bahasa ibunda. Tetapi menurut beliau semakin tinggi tahap penguasaan bahasa kedua maka semakin kurang pengaruh bahasa pertama dan pengaruh ini tidak lagi berlaku jika penutur menguasai kedua-

Transcript of Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

Page 1: Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2): 101-110 (2004) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

MOHD AZIDAN BIN ABDUL JABARJabatan Bahasa Asing

Fakulti Bahasa Moden dan KomunikasiUniversiti Putra Malaysia

43400 UPM, Serdang, Selangar, Malaysia

Kata kunci: Pertembungan bahasa, gangguan, pemindahan bahasa, konsonan. vokal

ABSTRAK

Bahasa Arab merupakan bahasa yang tersebar luas di seluruh dunia. Selain daripada penutur jatiArab, terdapat beratus-ratus juta orang yang menggunakan bahasa Arab untuk mencapai berbagai-bagai tujuan. Pertembungan bahasa Arab dengan bahasa dan budaya Melayu menjadi puncakesilapan yang berlaku semasa penggunaan bahasa Arab oleh individu dwibahasa atau individuyang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua (ASL) atau sebagai bahasa asing (AFL).Kesilapan ini boleh terjadi pada semua peringkat bahasa. Fenomena ini dikenali sebagai "gangguan"yang boleh didefmisikan sebagai pemindahan unsur suatu bahasa kepada bahasa yang lain dalampelbagai peringkat bahasa termasuk aspek fonologi. Berdasarkan telahan ini, makalah ini cubamendeskripsi bentuk-bentuk dan jenis-jenis gangguan bunyi Melayu yang berlaku semasapenggunaan bahasa Arab oleh penutur Melayu jati.

ABSTRACT

Arabic has a wide distribution in the world. There are, apart from the native speakers of Arabic,a hundred million people using Arabic for different reasons. The contact with Malay languageand culture can be a source of errors in the use of Arabic by a bilingual subject or by someonelearning Arabic as a Second Language (ASL) or Arabic as a Foreign Language (AFL). It mayaffect all levels of language. This phenomenon is called "interference". Interference may beviewed as the transference of elements of one language to another at various levels includingphonological aspects. Based on this assumption, this article attempts to describe forms and typesof Malay sound interference in the use of Arabic by the native speakers of Malay.

PENDAHULUANGangguan bahasa Melayu sebagai bahasa ibundadalam pemerolehan bahasa Arab sebagai bahasakedua sebenarnya bermaksud pemindahan danpenggunaan beberapa sistem bahasa ibundadalam bahasa Arab sedangkan sistem tersebuttidak ada sama sekali dalam bahasa Arab.Penggunaan sistem bahasa ibunda boleh berlakudalam setiap sistem bahasa Arab seperti fonetik,fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dansebagainya.

Perlu dinyatakan bahawa apabila seseorangmenggunakan dua atau lebih bahasa secarabersilih ganti maka pertembungan di antarabahasa akan berlaku. Pertembungan bahasa(language contact) yang berlaku kepada penuturdwibahasa akan menimbulkan keadaan saling

pengaruh-mempengaruhi di antara bahasapertama dan bahasa kedua. Ini bermakna bahasapertama mempengaruhi bahasa kedua ataubahasa kedua mungkin mempengaruhi bahasapertama. Kebiasaannya bahasa ibunda lebihdominan berbanding bahasa kedua sepertidinyatakan oleh Tarigan (1988:14) bahawa:

Bahasa yang paling dikuasai oleh seorangdwibahasawan berpengaruh besar terhadappemerolehan bahasa berikutnya. Biasanyabahasa yang paling dikuasai itu adalah bahasaibunda.

Tetapi menurut beliau semakin tinggi tahappenguasaan bahasa kedua maka semakin kurangpengaruh bahasa pertama dan pengaruh initidak lagi berlaku jika penutur menguasai kedua-

Page 2: Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

Mohd Azidan bin Abdul Jabar

dua bahasa pada tahap yang sama. Keadaansebaliknya akan berlaku iaitu bahasa kedua akanmempengaruhi bahasa pertama apabilapenguasaan terhadap bahasa kedua lebih tinggidaripada bahasa pertama ataupun jika bahasapertama semakin kurang digunakan disebabkanfaktor-faktor tertentu.

Weinreich (1953) menyatakan bahawapertembungan bahasa tidak hanya terjadi antarasatu bahasa dengan bahasa yang lain, tetapi iaboleh berlaku antara dua dialek dalam satubahasa atau antara dua variasi dalam satu dialek.Beliau menambah, lebih besar perbezaan sistemdua bahasa, maka lebih sukarlah pembelajaranbahasa kedua dan lebih banyak gangguan yangwujud.

Istilah gangguan atau interference bolehdigunakan dalam dua fenomena linguistik yangberlainan iaitu psikologi dan sosiolinguistik.Gangguan psikologi merujuk kepada pengaruhkebiasaan atau tabiat lama apabila sesuatukebiasaan baru dipelajari. Manakala istilahgangguan yang digunakan dalam kontekssosiolinguistik bermaksud interaksi antara satubahasa dengan bahasa lain yang mengakibatkansaling mempengaruhi antara satu sama lain. Inidinyatakan oleh Dulay et al (1982:98) sepertiberikut:

... interference refers to languageinteractions, such as linguistic borrowing andlanguage switching, that occur when twolanguage communities are in contact.

Weinreich (1953:1) mendefinisikan gangguansebagai:

Those instances of deviation from the normsof either language which occur in the speechof bilinguals as a result of their familiaritywith more than one language, i.e. as a resultof language contact, will be referred to asinterference phenomena.

Istilah gangguan juga memberi maksud yangsama dengan istilah peminjaman linguistik(linguistic borrowing) seperti dinyatakan olehHaugen (1953) yang dipetik daripada Dulay etal (1982):

An example of cultural diffusion, the spreadof an item of culture from people to people.Borrowing is linguistic diffusion, and can beunambiguously defined as the attempt by aspeaker to reproduce in one language,

patterns which he has learned in another(363) ... it is the language of the learnerthat is influenced, not the language he learns.(370)

Gangguan bahasa yang berlaku kepadapenutur dwibahasa adalah disebabkan olehperbezaan-perbezaan yang wujud di antarabahasa ibunda dan bahasa sasaran. Ini dinyatakanoleh Nemser (1977:89) dalam Papers in ContrastiveLinguistics seperti berikut:

Differences between the bilingual's primary(native) and second (target) language willresult in interference, i.e deviations fromthe norm of the latter system.

Tarigan (1988:16) membuat kesimpulangangguan bahasa seperti berikut:

... penggunaan sistem bahasa pertama dalammenggunakan bahasa kedua sedangkansistem tersebut tidak sama dengan dalambahasa kedua.

Gangguan bahasa ialah produk yang terhasildaripada pemindahan bahasa. Pemindahanbahasa boleh dikelaskan kepada dua jenis.Pertama ialah pemindahan positif (positivetransfer) yang terjadi apabila penutur mengambilsistem bahasa pertama untuk digunakan dalambahasa kedua sedangkan sistem tersebut didapatisama. Ianya menjadi positif kerana pemindahanini dapat membantu dan memudahkan penuturbahasa kedua memahami sistem-sistem yangdipelajarinya kerana secara kebetulan samadengan bahasa ibundanya. Ini berbeza denganjenis kedua yang disebut pemindahan negatif(negative transfer) yang melambatkanpemerolehan bahasa kedua dan mencacatkanpenggunaannya. Keadaan ini berlaku apabilapenutur menggunakan sistem bahasa pertamadalam bahasa kedua sedangkan sistem tersebutberlainan sama sekali. Pemindahan seumpamainilah yang dikaitkan dengan gangguan bahasa.

Analisis Kontrastif berpendapat bahawagangguan daripada bahasa ibunda penuturmenjadi kekangan yang besar untuk mencapaikejayaan dalam memperoleh bahasa kedua. Iniadalah kerana struktur-struktur dalam bahasapertama yang berbeza daripada bahasa keduaakan menyebabkan terhasilnya kesilapan (error)yang merupakan refleksi struktur bahasapertama. Oleh yang demikian, dapat ditentukanaspek-aspek kesukaran dalam pembelajaran

102 PertanikaJ. Soc Sci. &: Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 3: Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

bahasa kedua dan membantu memudahkanperancangan kaedah pengajaran yang sesuai.

Bentuk-bentuk Gangguan BunyiKetika penutur Melayu menggunakan sistembunyi bahasa Arab sebagai bahasa kedua, iaakan bertembung dengan sistem bunyi yangdigunakan dalam bahasa pertama. Pertembunganini menghasilkan beberapa bentuk gangguanbunyi yang disebabkan oleh wujudnya hubungan-hubungan berikut:i. Terdapat bunyi-bunyi dalam bahasa Arab

yang serupa dengan bunyi yang terdapatdalam bahasa Melayu sama ada dari segidaerah sebutan atau cara sebutan.

ii. Terdapat bunyi-bunyi yang hampir samadalam kedua-dua bahasa ini dengan hanyasedikit perbezaan dari segi cara sebutan.

iii. Terdapat bunyi-bunyi dalam bahasa Arabyang berlainan sama sekali dengan yangterdapat dalam bahasa Melayu.

Bunyi-bunyi yang serupa dalam kedua-duabahasa tidak menjadi gangguan kepada penuturMelayu dalam bahasa Arab bahkan ia mungkinmengukuhkan pemerolehan sistem bunyi bahasaArab disebabkan ia telah sedia terdapat dalambahasa ibunda. Gangguan bunyi berlaku padakeadaan (ii) dan (iii) di atas.

Memindahkan Cara Sebutan Konsonan BahasaIbunda Ke dalam Bunyi Bahasa Arab

Ada beberapa konsonan Arab yang mempunyaisedikit sahaja perbezaan dengan konsonanMelayu. Cara sebutannya hampir sama dengankonsonan dalam bahasa Melayu. Perbezaan yangsedikit ini menyebabkan penutur memindahkancara sebutan bunyi-bunyi Melayu pada konsonan-konsonan Arab. Ini bermakna, penuturterpengaruh dengan sebutan bunyi bahasaibunda tatkala menyebut bunyi bahasa kedua.Untuk menjelaskan pengaruh ini, cubaperhatikan konsonan-konsonan berikut:

(1) [J] dan [k]Konsonan [J] dan [k] ialah bunyi plosif velartidak bersuara yang terhasil apabila belakanglidah dirapatkan pada lelangit lembut untukmembuat sekatan penuh pada aliran udara. Pitasuara berada dalam keadaan terbuka, manakalalelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dandirapatkan pada dinding tekak untuk menghalangudara keluar melalui rongga hidung. Udara dari

paru-paru keluar ke rongga mulut tanpamenggetarkan pita suara sebelum tersekatsepenuhnya pada lelangit lembut. Seterusnya,udara dilepaskan dengan serta-merta bagimenghasilkan letupan lelangit lembut tidakbersuara. Perbezaannya ialah konsonan [J]disebut secara tebal iaitu sebahagian besarpangkal lidah terangkat ke lelangit manakalakonsonan [k] disebut secara nipis iaitusebahagian pangkal lidah menurun ke bawah.

Berikut ialah beberapa contoh yangmenunjukkan pemindahan sebutan konsonan[k] dalam bahasa ibunda kepada konsonan [<J]dalam bahasa Arab.• JU (pen) disebut [kalam], sebutan sebenar

ialah [qalam]• (̂ 5 -̂* (tedai kopi) disebut [makha], sebutan

sebenar ialah [maqha]• d'jj (rezeki) disebut [rizk], sebutan sebenar

ialah [rizq]

(2) [£] dan [h]Konsonan [£j ialah bunyi frikatif kerongkongtidak bersuara yang terhasil apabila bahagiantengah kerongkong atau halkum dirapatkanuntuk membuat sempitan pada aliran udara.Pita suara berada dalam keadaan terbuka,manakala lelangit lembut dan anak tekakdirapatkan pada dinding tekak untukmenghalang udara keluar melalui ronggahidung. Udara dari paru-paru keluar secaramenggeser melalui sempitan pada tengahkerongkong tanpa menggetarkan pita suara bagimenghasilkan bunyi geseran kerongkong tidakbersuara.

Konsonan [h] pula ialah bunyi frikatif glotisbersuara yang terhasil apabila pita suara dibukaatau direnggangkan untuk membuat sempitanpada glotis, manakala lelangit lembut dan anaktekak dinaikkan dan dirapatkan pada dindingtekak untuk menghalang udara keluar melaluirongga hidung. Udara dari paru-paru keluarsecara menggeser melalui sempitan glotis. Pitasuara bergetar bagi menghasilkan bunyi geseranglotis bersuara.

Berikut adalah beberapa contoh yangmenunjukkan pemindahan sebutan konsonan[h] dalam bahasa ibunda kepada konsonan [£jdalam bahasa Arab.

(halkum) disebut [hulkum], sebutansebenar ialah [hulqum]j***" (sihir) disebut [sihr], sebutan sebenarialah [sihr]

PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 12 No. 2 2004 103

Page 4: Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

Mohd Azidan bin Abdul Jabar

(baik) disebut [salih], sebutan sebenarialah [salih]

(3) [£] dan [?]Konsonan [£J ialah bunyi frikatif kerongkongbersuara yang terhasil apabila bahagian tengahkerongkong atau halkum dirapatkan untukmembuat sempitan pada aliran udara. Pita suaraberada dalam keadaan tertutup, manakalalelangit lembut dan anak tekak dirapatkan padadinding tekak untuk menghalang udara keluarmelalui rongga hidung. Udara dari paru-parukeluar secara menggeser melalui sempitan padatengah kerongkong dengan menggetarkan pitasuara bagi menghasilkan bunyi geserankerongkong tidak bersuara.

Konsonan [?] pula ialah bunyi hentian glotisyang berlaku apabila pita suara dirapatkandengan serapat yang mungkin, manakala lelangitlembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkanpada dinding tekak untuk menghalang udarakeluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar dan tersekat serta terhenti padabahagian glotis tanpa dilepaskan bagimenghasilkan bunyi hentian glotis.

Berikut adalah beberapa contoh yangmenunjukkan pemindahan sebutan konsonan[?] dalam bahasa ibunda kepada konsonan [£Jdalam bahasa Arab.

• I I P (alim) disebut ['alim], sebutan sebenarialah ['alim]

• (J*-** (makmal) disebut [ma'mal], sebutansebenar ialah [ma'mal]

• ^5^ (khushuk) disebut [khusyu'], sebutan

sebenar ialah [khusyu*]

Menyebut Konsonan Itbaq

Konsonan-konsonan 'itbaq dalam bahasa Arabialah [ ^ ] , [JP], [±] dan [£]. Ketika menyebutkonsonan ini, bahagian lidah dan sekelilingnyamerapati lelangit. Dalam penggunaan bahasaArab sebagai bahasa kedua, penutur menghadapimasalah untuk menyebut konsonan-konsonanini mengikut aspirasi yang tepat. Bunyi [^}disebut seperti [s], bunyi [Je] seperti [d], bunyi[^] seprti [t] dan bunyi [£] seperti [z] dalambahasa ibunda. Ini adalah kerana tidak terdapatkonsonan-konsonan 'itbaq dalam bahasa Melayu.Berikut ialah keterangan mengenai setiap

pasangan konsonan untuk menghuraikangangguan ini.

(1) [jfi] dan [s]Konsonan [^] dan [s] ialah bunyi frikatifalveolar tidak bersuara yang terhasil apabilahujung lidah dirapatkan pada gusi untukmembuat sempitan pada aliran udara. Pita suaraberada dalam keadaan terbuka, manakala lelangitlembut dan anak tekak dirapatkan pada dindingtekak untuk menghalang udara keluar melaluirongga hidung. Udara dari paru-paru keluarsecara menggeser melalui sempitan pada gusitanpa menggetarkan pita suara bagimenghasilkan bunyi geseran gusi tidak bersuara.

Apabila menyebut bunyi [j?], penutur tidakdapat menyebutnya secara 'itbaq (lidah rapat kelelangit) disebabkan ciri tersebut tidak ada padabunyi [s].Contohnya:

• fW* (puasa) disebut [siyam], sebutan

sebenar ialah [siyam]• c J w j (gambaran) disebut [wasf], sebutan

sebenar ialah [wasf]• <j#j(teks) disebut [nas], sebutan sebenar ialah

[nass]

(2) [JP] dan [d]Konsonan [Je] dan [d] ialah bunyi plosifalveolar bersuara. Ianya terhasil apabila hujunglidah dirapatkan pada gusi untuk membuatsekatan penuh pada aliran udara. Pita suaraberada dalam keadaan tertutup, manakalalelangit lembut dan anak tekak dirapatkan padadinding tekak untuk menghalang udara keluarmelalui rongga hidung. Udara dari paru-parukeluar ke rongga mulut dengan menggetarkanpita suara sebelum tersekat sepenuhnya padagusi. Seterusnya, udara dilepaskan dengan serta-merta bagi menghasilkan letupan gusi bersuara.

Apabila menyebut bunyi [JP] , penutur tidakdapat menyebutnya secara 'itbaq (lidah rapat kelelangit) disebabkan ciri tersebut tidak ada padabunyi [d].Contohnya:• ^j^ (pukulan) disebut [darb], sebutan

sebenar ialah [darb]• Oy^AA (kandungan) disebut [madmun],

sebutan sebenar ialah [madmun]• ijn+t (telur) disebut [bayd], sebutan sebenar

ialah [bayd]

104 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 5: Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

(3) W dan [t]Konsonan [J*] dan [t] ialah bunyi plosif alveolartidak bersuara. la terhasil apabila hujung lidahdirapatkan pada gusi untuk membuat sekatanpenuh pada aliran udara. Pita suaradirenggangkan, manakala lelangit lembut dananak tekak dinaik dan dirapatkan pada dindingtekak untuk menghalang udara keluar melaluirongga hidung. Udara dari paru-paru keluar kerongga mulut tanpa menggetarkan pita suarasebelum tersekat sepenuhnya pada gusi.Seterusnya, udara dilepaskan dengan serta-mertabagi menghasilkan letupan gusi tidak bersuara.

Apabila penutur menyebut bunyi [ i ] ,penutur tidak dapat menyebutnya secara 'itbaq(lidah rapat ke lelangit) disebabkan ciri tersebuttidak ada pada bunyi [t],Contohnya:

• jjje (jalan) disebut [tariq], sebutan sebenarialah [tariq]

• JAA (hujan) disebut [matar], sebutan sebenarialah [matar]

• iajj (ikatan) disebut [rabt], sebutan sebenarialah [rabt]

(4) [J>] dan [z]Konsonan [J»] ialah bunyi frikatif dental bersuarayang terhasil apabila hujung lidah dirapatkanpada gigi atas untuk membuat sempitan padaaliran udara. Pita suara berada dalam keadaantertutup, manakala lelangit lembut dan anaktekak dinaik dan dirapatkan pada dinding tekakuntuk menghalang udara keluar melalui ronggahidung. Udara dari paru-paru keluar secaramenggeser melalui sempitan pada gigi denganmenggetarkan pita suara bagi menghasilkanbunyi geseran gigi bersuara.

Konsonan [z] pula ialah bunyi frikatifalveolar bersuara yang terhasil apabila hujunglidah dirapatkan pada gusi untuk membuatsempitan pada aliran udara. Pita suara beradadalam keadaan tertutup, manakala lelangitlembut dan anak tekak dinaik dan dirapatkanpada dinding tekak untuk menghalang udarakeluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar secara menggeser melalui sempitanpada gusi dengan menggetarkan pita suara bagimenghasilkan bunyi geseran gusi bersuara.

Apabila menyebut bunyi [Jfr], penutur tidakdapat menyebutnya secara 'itbaq (lidah rapat kelelangit) disebabkan ciri tersebut tidak ada padabunyi [z].

Contohnya:

• ^ I t (zalim) disebut [zalim], sebutan sebenar

ialah [zalim]

• ^:he- (agung) disebut ['azim], sebutan

sebenar ialah [*azim]• JaPj (nasihat) disebut [wa'z], sebutan

sebenar ialah [wa'z]

Tarqiq (Nipis) dan Tajkhim (Tebal)Penutur bahasa Arab sebagai bahasa kedua tidakmenghadapi masalah menyebut bunyi-bunyi Arabdalam keadaan nipis iaitu sebahagian besarpangkal lidah tidak terangkat ke lelangit danmenurun ke bawah, tetapi menghadapikesukaran menyebutnya secara tebal iaitusebahagian besar pangkal lidah terangkat kelelangit. Ini disebabkan mereka tidak mempunyaipengalaman sebutan bunyi secara tebal dalambahasa ibunda. Dalam bahasa Arab konsonan-konsonan tajkhim ialah [ ^ ] , [Je], [^], [£],[£J, [£J dan [J], la juga dikenali sebagaikonsonan al-isti'la' dalam ilmu tajwid. Akan tetapikonsonan-konsonan 'itbaq iaitu [jfi], [JP] , [^]dan [Jp] disebut dengan lebih tebal berbandingdengan tiga konsonan tajkhim yang lain.

Umpamanya, penutur adakala tidakmenyebut konsonan [^f] yang terdapat dalamperkataan /.—& [sabr] (sabar) dengan tajkhim,malah menyebutnya dengan tarqiq akibatgangguan daripada bahasa ibunda. Begitu jugadalam perkataan-perkataan Jli [qalam] (pen),

[khaliq] (pentipta), \~>^P [gharb] (barat),[dayf] (tetamu), *_. UU [talib] (pelajar)

dan j»\ b [zahir] (nyata) di mana penuturmenyebut konsonan-konsonan tebal dengannipis.

Penutur juga menghadapi kesukaran dalammembezakan sebutan nipis dan tebal bagi lafaz

jalalat iaitu perkatan &\ [Allah]. Umpamanya,apabila penutur berhadapan dengan ungkapan

seperti (i) Ail! /%~~*J (dengan nama Allah) dan (ii)

4&J d\ (sesungguhnya Allah), penutur mengalami

kesukaran menentukan sebutan konsonan lam

yang terdapat pada perkataan Jj| iaitu sama adadisebut tebal ataupun nipis. Dalam ungkapan(i), lam disebut nipis kerana terdapat baris bawahsebelum lafaz jalalat manakala dalam ungkapan

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004 105

Page 6: Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

Mohd Azidan bin Abdul Jabar

(ii), lam disebut tebal kerana terdapat baris atassebelum perkataan Allah.

Keliru dengan Sebutan di AntaraKonsonan-konsonan Arab

Penutur bahasa Arab sebagai bahasa kedua seringtidak dapat menyebut dengan betul disebabkanoleh kekeliruan mereka terhadap bunyi-bunyiArab itu sendiri. Hal ini berlaku kerana padapandangan mereka sebutan bunyi-bunyi iniadalah menyerupai di antara satu sama lain.Berikut ialah penjelasan bentuk-bentukkekeliruan tersebut:

(1) [±,] dan [O]Konsonan [^] dan [o] ialah bunyi plosif alveolartidak bersuara. Perbezaannya ialah konsonan[ i ] disebut secara tebal iaitu sebahagian besarpangkal lidah terangkat ke lelangit manakalakonsonan [ o ] disebut secara nipis iaitusebahagian pangkal lidah menurun ke bawah.Penutur sering menyebut konsonan [^] samadengan konsonan [o] seperti contoh-contohberikut:

^ (jalan) [tariq] menjadi J jy [tariq]

(sultan) [sultan] menjadi jtiL-[sultan]

(jalan) [sirat] menjadi CJ\J*> [sirat]

(2) [J] dan [A]Konsonan [J] dan [i)] ialah bunyi plosif velartidak bersuara. Perbezaannya ialah konsonan[J] disebut secara tebal iaitu sebahagian besarpangkal lidah terangkat ke lelangit manakalakonsonan [£] disebut secara nipis iaitusebahagian pangkal lidah menurun ke bawah.Penutur sering menyebut konsonan [J] samadengan konsonan [J] seperti contoh-contohberikut:

• dy\j (kanun) [qanun] menjadi Qy\£

[kanun]

• ^W** (sukatan) [miqyas] menjadi ^LjX^[mikyas]

• <JjJ (daun) [waraq] menjadi ,*ijj [warak]

(3) \J>] danKonsonan [J>] ialah bunyi frikatif palatal tidakbersuara, manakala konsonan [j*] adalah bunyifrikatif alveolar tidak bersuara. Penutur seringmenyebut konsonan [Jt] sama dengan konsonan[J*] seperti contoh-contoh berikut:

r* (matahari) [syams] menjadi (j^sr* [sams]

'• (rajin) [nasyit] menjadi 1?—; [nasit]

(lukisan-lukisan) [nuqusy] menjadi

L [nuqus]

(4) [^] danKonsonan [jf] dan [j?] ialah bunyi frikatifalveolar tidak bersuara. Perbezaannya ialahkonsonan [±jP] disebut secara tebal iaitusebahagian besar pangkal lidah terangkat kelelangit manakala konsonan [^/*] disebut secaranipis iaitu sebahagian pangkal lidah menurunke bawah. Gangguan yang sering berlaku ialahkonsonan [^ ] disebut seperti [^] dalamcontoh-contoh berikut:• £->w (benar) [sahih] menjadi

[sahih]

£ (lampu) [misbah] menjadi

[misbah]

^ u (teks) [nass] menjadi ^ [nas]

(5) [£] dan [ *]Konsonan [^] ialah bunyi frikatif kerongkongtidak bersuara manakala konsonan [ _ > ] ialahbunyi frikatif glotis tidak bersuara. Gangguanyang sering berlaku ialah konsonan [£j disebutseperti [ A] seperti dalam contoh-contohberikut:

• L / > j ^ - (penjaga) [haris] menjadi ^j^

[haris]

• j#A (merah) [*ahmar] menjadi JJ>\ ['ahmar]

• ^ * (hodoh) [qabih] menjadi A*£ [kabih]

(6) [i] dan [j]Konsonan [̂ ] ialah bunyi frikatif dental bersuara,manakala konsonan [j] ialah bunyi frikatifalveolar bersuara. Gangguan yang sering berlakuialah konsonan [i] disebut sama dengan [j]seperti dalam contoh-contoh berikut:

(dosa) [dhanb] menjadi u^JJ [zanb]

X* (buku nota) [mudhakkirat] menjadi

[muzakkirat]

-1 (aku berlindung) [Vudh] menjadi J *P!

[Vuz]

Pertukaran sebutan seperti di atas adakalanyamenyebabkan pertukaran makna perkataan.Perhatikan contoh-contoh berikut:

106 PertanikaJ. Soc Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 7: Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

• Perkataan j± L> [tin] bermakna tanahtetapi apabila konsonan [±] disebut seperti[O] maka terhasil perkataan ^ [tin] yangbermakna buah tin.

• Perkataan ^ 1} [qalb] bermakna hatitetapi apabila konsonan [J] disebut seperti[£}] maka terhasil perkataan c_JS" [kalb]yang bermakna anjing.

• Perkataan jy** ['asir] bermakna jus tetapiapabila konsonan [jfi] disebut sama dengan[jf] maka terhasil perkataan jw*P [*asir]yang bermakna sukar.

Vokal Pendek dan Panjang

Meskipun hampir semua vokal bahasa Arab tidakbegitu asing bagi penutur Melayu kerana iaterdapat dalam bahasa ibunda, tetapi vokal-vokalArab selalunya disebut dengan pendek ataupanjang dalam sesuatu perkataan. Sebutan vokalmengikut panjang atau pendek ini menjadi ciripembeza makna perkataan. Keadaan inimenyebabkan penutur adakalanya tidak dapatmenyebut vokal Arab dengan betul disebabkanpadanan vokal berkenaan disebut secara pendeksahaja dalam bahasa Melayu. Kadangkala vokalpendek disebut panjang ataupun vokal panjangdisebut pendek. Ini dapat diperhatikan dalamcontoh-contoh berikut:

• ^J*J\—C. (mengamalkan) disebut [yumaris]tanpa memanjangkan sebutan vokal atasselepas konsonan mim. Sebutan sebenarialah [yumaris].

• jjj ~»* (gembira) disebut [masrur] tanpamemanjangkan vokal depan selepaskonsonan r a \ Sebutan sebenar ialah[masrur].

• £.j—S" (mulia) disebut [karim] tanpa

memanjangkan vokal bawah selepas konsonanra\ Sebutan sebenar ialah [karim].

Tidak Membezakan Apa yang Ditulis dengan Apayang Disebut

Dalam bahasa Melayu bunyi-bunyi disebutberdasarkan huruf yang ditulis dalam perkataan.Aspek ini berlainan dengan bahasa Arab yangmempunyai:i- bunyi yang disebut tetapi tidak ternyata

dalam tulisan. Contohnya perkataan Ijjk (ini)yang disebut [hadha] iaitu dipanjangkanvokal atas selepas konsonan ha' walaupuntidak zahir dalam tulisan.

ii- bunyi yang zahir dalam tulisan tetapi tidakdisebut. Contohnya i^ jo (mereka telah pergi)yang disebut [dhahabu] tanpa menyebutvokal atas yang terdapat di akhir perkataan.

Tidak Dapat Mengenal Pasti Sebutan Vokal yangSebenar

Adalah sukar bagi penutur-penutur Melayu dalambahasa Arab terutama di peringkat permulaanmenyebut dengan tepat vokal-vokal yang terdapatdalam sesuatu perkataan Arab. Hal inidisebabkan kerana vokal-vokal Arab tidak ditulisdalam bentuk abjad, sebaliknya dilambangkan

dengan baris atau harakat seperti [ ] yangmenunjukkan vokal depan, [__] yangmenunjukkan vokal atas dan [.—-*-] yangmenunjukkan vokal bawah. Ini ditambah denganteks Arab yang kebanyakannya mengabaikanpenandaan barisnya. Hal ini berbeza sekali dalambahasa ibunda yang memberi lambang bagi setiapvokal seperti [a], [e], [i], [o] dan [u] dalamsetiap penulisan teks. Keadaan ini sudah tentumemberikan gangguan sebutan kepada penuturterutama apabila berhadapan dengan perkataanArab yang tidak diletak barisnya.

Umpamanya apabila penutur berhadapandengan perkataan (•_ ^) ia akan menghadapikesukaran dalam menentukan sebutannya sama

ada disebut (telah menulis) atau

(telah ditulis) ataupun (buku-buku), Bagi

penutur yang sudah mahir mungkin tidakmenghadapi kesukaran dalam menentukan carasebutan kerana ia boleh ditentukan melaluikedudukan perkataan dalam ayat. Akan tetapi,bagi penutur yang baru, ini adalah sesuatu yangsukar kerana perkataan tersebut tidakmenzahirkan vokal dalam bentuk baris apatahlagi menzahirkan vokal dalam bentuk abjadseperti dalam bahasa Melayu. Begitulahseterusnya pada perkataan-perkataan lain seperti

sama ada disebut (lama) atau

(pulang) atau * 0 _ * (kaki) dan sebagainya.

Analisis Ringkas Gangguan Sebutan Arab diKalangan Penutur Melayu

Dalam kajian yang dijalankan ke atas 60responden penutur bahasa Arab di kalangan

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004 107

Page 8: Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

Mohd Azidan bin Abdul Jabar

pelajar Melayu, terdapat masalah sebutan bunyiArab yang disebabkan oleh gangguan bahasaibunda. Tiga bunyi Arab yang mencatatkanpenamaan dan peratusan gangguan tertinggiialah ( _ _ > ) yang mendahului senarai bunyiyang paling sukar disebut dengan bilanganpenamaan sebanyak 36 atau 60 % daripadajumlah responden. Ini diikuti oleh (Jfi) yangmenerima 34 penamaan atau 56.7 % respondendan (£) yang merekodkan 27 penamaan atau 45% responden. Bunyi-bunyi (jr), (J), (f), (j),(4/) serta vokal atas, depan dan bawah tidakmenerima sebarang penamaan dan bolehdianggap bebas daripada gangguan bahasaibunda. Jadual 1 berikut merumuskan setiapbunyi Arab dan bilangan penamaan gangguanbunyi yang diterima:

JADUAL1Gangguan sebutan bunyi Arab oleh bunyi Melayu

Bunyi Arab

HamzatBa'Ta'

Tha'| m i

Ha'Kha'Dal

DhURa'ZaySinSyinSadDid

ITZa''Ayn

GhaynFa'QafKaf

LamMimNunHa'

WawYa"

Vokal atasVokal depanVokal bawah

Bil. penamaan

31

1218027201

2411883

2034121922141

1620003610000

Peratus kekerapan

51.72030045

33.41.740

18.313.313.3

533.456.720

31.736.723.41.7

26.73.4000

601.70000

PENUTUPPenguasaan yang benar-benar mapan terhadapsebutan bunyi-bunyi Arab adalah amatdiperlukan. Ini adalah kerana, kesilapanmenyebut sesuatu perkataan akan membawakepada kesilapan penulisannya dan seterusnyaakan berakhir dengan kesilapan memahamimaksud atau mesej yang disampaikan. Inimenunjukkan bahawa sebutan mempunyaikorelasi yang sangat rapat dengan penulisandan pemahaman. Berdasarkan hasil kajian, dapatdirumuskan bahawa gangguan daripada bahasaibunda adalah menjadi suatu lumrah tatkalamempelajari dan memperoleh bahasa kedua.Apa yang perlu dipastikan ialah supaya gangguan-gangguan itu tidak menjadi kekangan kepadapelajar-pelajar bahasa Arab untuk terusmenguasai sistem bunyi Arab secara khususnyaatau bahasa Arab secara umumnya.

RUJUKAN

ABD. HAMID MAHMOOD. Modul Pengajaran BBM 3202Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Serdang:Universiti Putra Malaysia.

ABDULIAH HASSAN. 1981. Linguistik Am untuk GuruBahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit FajarBakti Sdn. Bhd.

ABDUL QADIR LEONG. 1993. Tajwid Al-Qur'an. KualaLumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

ARBAK OTHMAN. 1986. Permulaan Ilmu LinguistikSubangjaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

DUIAY, HEIDI, MARINA BURT dan STEPHEN KRASHEN.

1982. Language Two. New York: OxfordUniversity Press.

ISHAK Hj. ABAS. 1989. Memahami Tajmid dan TartilAl-Qur'an. Kuala Lumpur: Penerbitan Sen Kota.

MOHD AZIDAN ABDUL JABAR. 1993. Ta'lim al- Lughat

al-'Arabiyyat li al-Darisin al-Mdliziyyin. Tesis B.A.Universiti Hassan II, Morocco.

NEMSER, WILLIAM. 1977. The predictibility ofinterference phenomena in the English speechof native speakers of Hungarian. Dalam Papersin Contrastive Linguistics, disunting oleh GerhardNickel. London: Cambridge University Press.

RAMINAH HJ. SABRAN dan RAHIM SYAM. 1985. Kajian

Bahasa. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

108 PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 9: Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

RUSYDIY AHMAD TA'IMAT. 1989. Ta'lim al-Arabiyyat li TARIGAN, H.G. 1988. Pengajaran Analisis Kesalahanghayr al-Natiqin biha. Rabat: ISESCO Berbahasa. Bandung: Penerbit Angkasa.

TAMAM HASAN 1986a. Manahij al-Bahth fi al-Lughat WEINREICH, U. 1953. Languages in Contact. TheCasablanca: Dar al-Thaqafat li al-Nasyr wa al- Hague: Mouton.Tawzi'.

TAMAM HASAN 1986b. al-Lughat al-'Arabiyyat Ma'nahawa Mabnaha. Casablanca: Dar al-Thaqafat li al-Nasyr wa al-Tawzi\

(Diterima: 7 Februari 2004)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004 109

Page 10: Gangguan Bunyi Melayu dalam Sebutan Arab: Satu Analisis Ringkas

(A) KonsonanI

Ct3

bt

th

jhkhddhrzssysd

(B) VokalPendek

Mohd Azidan bin Abdul Jabar

LAMPIRAN

Senarai Transliterasi*

J

tij

Panjang

\ _ _ . a

tz

f

qk1mnwh

y -t

Diftong

• s

$ ay\\ # / aw

* berdasarkan Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi yang diterbitkan oleh Dewan Bahasadan Pustaka, Kuala Lumpur(Cetakan Kedua, 1992).

110 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004