Elm 3033

10
1. Pengenalan 2. Peranan dan Tanggung Jawab Guru Pendidikan Moral dalam Pendidikan Negara 2.1 Merealisasikan Rukun Negara Sebagai seorang guru yang mengajarkan pendidikan moral seseorang itu haruslah bertanggungjawab terhadap murid-muridnya dengan lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal- hal lain. Mereka seharusnya bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, keturunan dan agama. Malah, mereka juga haruslah menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid. Selain itu, harus menunjukkan tanggung jawab terhadap ibu bapa dengan berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Mereka haruslah memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara juga penting. Guru Pendidikan Moral harus juga memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat serta bertanggung jawab dalam memupuk setiap murid

description

pendekatan gabung jalin dalam pengajaran dan pembelajaran

Transcript of Elm 3033

Page 1: Elm 3033

1. Pengenalan

2. Peranan dan Tanggung Jawab Guru Pendidikan Moral dalam Pendidikan Negara

2.1 Merealisasikan Rukun Negara

Sebagai seorang guru yang mengajarkan pendidikan moral seseorang itu haruslah

bertanggungjawab terhadap murid-muridnya dengan lebih mengutamakan kebajikan

dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Mereka seharusnya bersikap adil

terhadap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, keturunan

dan agama. Malah, mereka juga haruslah menunjukkan cara berpakaian, pertuturan

dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid.

Selain itu, harus menunjukkan tanggung jawab terhadap ibu bapa dengan berusaha

mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan

dengan rumah tangga. Mereka haruslah memberikan maklumat kepada ibu bapa demi

kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada

ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

juga penting.

Guru Pendidikan Moral harus juga memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan

kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat serta bertanggung

jawab dalam memupuk setiap murid dengan sikap dan nilai yang dapat membimbing

mereka untuk menjadi warganegara yang baik.

Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menyatakan bahawa pendidikan

adalah suatu usaha yang berterusan. Maka, Guru Pendidikan Moral telah memainkan

peranan penting dalam mengembangkan pendidikan secara berterusan. Pendidikan

ialah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang

berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Namun,

guru haruslah mulai mendidik kanak-kanak dengan memberikan pendidikan awal

kanak-kanak bagi membentuk asas sahsiah yang berada dalam lingkungan umur

antara satu hingga enam tahun.

Page 2: Elm 3033

Selain itu, mereka berperanan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan dan banyak mendedahkan murid-muridnya kepada ilmu pengetahuan

melalui buku atau rujukan serta menerangkan kepada mereka tentang kepentingan

ilmu pengetahuan. Malah, mereka boleh menceriakan suasana pembelajaran dengan

menggunakan cara mengajar atau alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk

menarik minat membaca murid-murid. Dengan itu, dapatlah murid-murid dipupuk

dengan semangat cintai ilmu pengetahuan dan sanggup berusaha untuk memupuk

budaya ilmu dan budaya membaca. Cara ini juga membolehkan mereka membentuk

fikiran yang luas dan terbuka.

2.2 Merealisasikan Wawasan 2020

2.3 Merealisasikan Kod Etika Perguruan Malaysia

3. Kod Etika Perguruan Malaysia

Kod Etika Perguruan ini dipaparkan di halaman depan buku persediaan mengajar dan

kod etika ini disediakan dalam bentukikrar agar semua guru akan mematuhi dan

menjaga imej profesion keguruan seperti berikut:

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pen- didikan ialah berusaha

menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang

bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha

menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang

percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun

Negara.

Page 3: Elm 3033

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami

kebudayaan mereka, memperolah pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman-

berzaman dan menyediakan mereka untuk cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk

mencapai kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut

sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf

kesusilaan yang setinggi-tingginya.:

I. Tanggungjawab Terhadap Pelajar

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal

lain.

2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor jasmani,

mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada

mereka yang berhak mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam

mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang

bayaran.

5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat

memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan

dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya

pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

II. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara

institusi pendidikan dengan rumahtangga.

Page 4: Elm 3033

3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan

rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan

membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak

mengetahuinya.

4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka

dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan

bijaksana.

5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan

sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu

yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga

mereka.

III. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh

merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang

bertentangan dengan Rukun Negara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan

membimbing mereka untuk menjadi warganegarayang taatsetia,

bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan,

keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat di tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala

tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup

mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa

serta institusi pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan ke- hidupan moral,

kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan

menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

Page 5: Elm 3033

IV. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesionKeguruan.

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang

boleh mencemarkan nama baik seseorangguru di hadapan pelajar atau ibu

bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami

sebagai guru.

3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin

dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan

ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang

baru dalam profesion keguruan.

5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion

keguruan.

6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

Rumusan

Guru Pendidikan Moral harus menghayati dan mengamalkan Kod Etika Perguruan

Malaysia dan sentiasa menjadikan Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara dan

Falsafah Pendidikan Guru sebagai penyuluh dan panduan. Selain berusaha sebagai

penggalak dan pemimpin untuk menjamin pelajarnya dibimbing kea rah pencapaian

aspirasi Negara menurut Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah

Pendidikan Guru dan Wawasan 2020 demi kebaikan negara dan warga negara

Malaysia. Walau pun semua guru bertanggung jawab terhadap pelajar, ibu bapa, rakan

sejawat dan masyarakat, tetapi Guru Pendidikan Moral lebih-lebih lagi dianggap

sebagai teladan dalam usaha menyanjung kesemua aspirasi dan ideologi negara.

Refleksi

Page 6: Elm 3033

Berdasarkan semua perkara yang telah saya lakukan untuk menghasilkan tugasan ini,

saya mulai sedar betapa pentingnya dan betapa perlu kita memahami dan mendalami

Falsafah Pendidikan Negara. Sebelum ini secara jujurnya saya tidak mengambil berat

mengenai hal ini kerana merasakan tidak mempunyai kaitan dengan diri saya. Tetapi

kini saya merasakan saya perlu untuk mendalaminya kerana sayalah yang akan

mendokong falsafah ini pada masa hadapan.

Secara dasarnya, matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan yang baik

dan sempurna disamping melahirkan warganegara Malaysia yang seimbang bukan

sahaja jasmani tetapi emosi serta intelek.saya berpendapat falsafah yang digubal ini

sesuai dan bertepatan kerana ianya merangkumi semua aspek kehidupan, bukan

sahaja dari segi luaran tetapi juga dalaman, serta seiring dan sesuai dengan

peredaran zaman.

Sejak dari hari pertama saya diberi tajuk untuk mendalami tentang falsafah ini, saya

tidak pernah rasa terbeban malahan saya merasa sangat gembira kerana tajuk yang

diberikan pada saya ini dapat member manfaat yang banyak kepada diri saya. Bagi

saya, tugasan ini amat sesuai untuk kami lakukan kerana iainya merupakan tunjang

dalam profesion perguruan dimana profesion inilah yang akan kami laksanakan pada

masa hadapan. Bak kata pepatah, ‘tak kenal maka tak cinta’. Kami perlu mengenal

dan menghayati falsafah ini sebaik mungkin supaya kami dapat melaksanakannya

dengan cemerlang pada masa hadapan.

Secara kesimpulannya, saya gembira kerana diberi tajuk ini dan sangat gembira

kerana Berjaya menyudahkannya dengan baik. Saya berharap tugasan ini cukup untuk

memuaskan hati semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Rujukan

Institut Integriti Negara (2004), Pelan Integriti Negara, Kuala Lumpur: Kementerian Jabatan Perdana Menteri.

Page 7: Elm 3033

Kamus Dewan (2007), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya: Malaysia.

 Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001. Kepemimpinan dan Pengurusan

Kurikulum di Sekolah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.

Laman Sesawang:

http://www.malaysia.gov.my/BM/Main/MsianGov/GovRukunegara/Pages/GovRukunegara.aspx; www.moe.gov.my/mbkm/uploads/haluan_kerja_pendidikan.pdf; 

http://www.scribd.com/doc/13947808/Rukun-Negara ;

http://kelabraja.blogspot.com/2010/03/topik-memahami-prinsip-dan-rukun-negara.html

Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, (2005). Pesanan Menteri Pelajaran.http://www.angkasa.coop/pelancar/Arkib/julai05/index.htm. Akses pada 10 Ogos 2014

Wan Muhammad Wan Ibrahim, (2007). Kenyataan Media JIM - Guru Tonggak Pembinaan Masyarakat Madani http://www.jim.org.my/modules.php?module=akhbar Akses pada 10 Ogos 2014

Page 8: Elm 3033

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSANMATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

DI SEKOLAH

ELM3103