EDSC2103

20
1.0 ABSTRAK Pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah fokus kajian dalam bidang psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba melihat kaitannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya iaitu dari aspek baka atau persekitaran, bahkan mereka cuba menentukan sama ada baka atau persekitaran yang lebih mempengaruhi individu dari segi pertumbuhan dan perkembangan. 2.0 PENDAHULUAN Jurnal pemerhatian ini diwujudkan bertujuan memenuhi tuntutan tugasan atau kerja kursus bagi matapelajaran Psikologi Pendidikan (EDSC2103) bagi pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Kursus Dalam Cuti, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Menengah. (DPLI/KDC/SABK/SM/NOV2014) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPG KPI). 3.0 METOD KAJIAN Membuat pemerhatian ke atas dua orang pelajar di sekolah tempat bertugas berkaitan aspek-aspek fizikal, mental, emosi, personaliti, perbezaan individu, dan tingkah laku. Selain dari membuat pemerhatian dan penyelidikan berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan personaliti dan konsep kendiri pelajar serta cara meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran secara efektif. Setelah membuat pemerhatian dan penyelidikan, di akhir kajian, akan disertakan penulisan akademik berserta refeleksi yang berkaitan dengan pemerhatian dan kajian. 1

description

EDCS2103

Transcript of EDSC2103

Page 1: EDSC2103

1.0 ABSTRAK

Pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah fokus kajian dalam bidang psikologi

perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji faktor-faktor pertumbuhan dan

perkembangan manusia dan cuba melihat kaitannya dengan faktor-faktor yang

mempengaruhinya iaitu dari aspek baka atau persekitaran, bahkan mereka cuba

menentukan sama ada baka atau persekitaran yang lebih mempengaruhi individu dari segi

pertumbuhan dan perkembangan.

2.0 PENDAHULUAN

Jurnal pemerhatian ini diwujudkan bertujuan memenuhi tuntutan tugasan atau kerja kursus

bagi matapelajaran Psikologi Pendidikan (EDSC2103) bagi pelajar Diploma Pendidikan

Lepasan Ijazah, Kursus Dalam Cuti, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Menengah.

(DPLI/KDC/SABK/SM/NOV2014) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPG

KPI).

3.0 METOD KAJIAN

Membuat pemerhatian ke atas dua orang pelajar di sekolah tempat bertugas berkaitan

aspek-aspek fizikal, mental, emosi, personaliti, perbezaan individu, dan tingkah laku. Selain

dari membuat pemerhatian dan penyelidikan berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi

perubahan personaliti dan konsep kendiri pelajar serta cara meningkatkan keberkesanan

pembelajaran dan pengajaran secara efektif. Setelah membuat pemerhatian dan

penyelidikan, di akhir kajian, akan disertakan penulisan akademik berserta refeleksi yang

berkaitan dengan pemerhatian dan kajian.

4.0 PENEMUAN

Kedua-dua orang pelajar yang dipilih ini adalah kerana masing-masing mempunyai latar

belakang yang berbeza dari pelbagai sudut seperti yang dinyatakanmelalui jadual banding

beza di bawah.

1

Page 2: EDSC2103

MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR

PELAJAR PERTAMA PELAJAR KEDUA

GAMBAR

NAMA PENUH

PELAJAR MUHAMMAD IKMAL HAKIM PELAJAR SITI KHADIJAH

BAPA MUSA BIN CHE OMAR BAPA MOHD HASBELLAH B IMRAN

IBU ZAITON BINTI ANUAR IBU SALEMAH BT ISRA

NOMBOR KAD PENGENALAN

PELAJAR 990308-14-5931 PELAJAR 990321-05-5164

BAPA 610221-08-6003 BAPA 640122-08-6129

IBU 630424-01-5780 IBU 6900819-08-5040

TEMPAT KELAHIRAN

PELAJAR KUALA LUMPUR PELAJAR NEGERI SEMBILAN

BAPA PERAK BAPA PERAK

IBU JOHOR IBU PERAK

BERAT & TINGGI

PELAJAR 56kg / 174cm PELAJAR 47kg / 150cm

BAPA 80kg / 180cm BAPA 88kg / 174cm

IBU 50kg / 160cm IBU 60kg / 155cm

KETURUNAN

BAPA IBU BAPA IBU

MELAYU MELAYU MELAYU MELAYU

BILANGAN ADIK BERADIK

5/5 5/7

JENIS KEDIAMAN

FLAT TERES

ALAMAT KEDIAMAN

P20-6-5 JLN 7/112A,

TAMAN BUKIT ANGKASA,

PANTAI DALAM 59200,

NO. 34 JALAN 14/26,

TAMAN SRI RAMPAI,

53000 SETAPAK,

2

Page 3: EDSC2103

KUALA LUMPUR. KUALA LUMPUR.

PENDIDIKAN & PENCAPAIAN AKADEMIK / BUKAN AKADEMIK

BAPA SRP BAPA TIDAK DINYATAKAN

IBU SPM IBU TIDAK DINYATAKAN

PELAJAR - UPSR 5A

- UPSRA 9A

- PT3 9A 2B

- KHATAM 30 JUZ

HAFAZAN QU’RAN

- NAIB JOHAN NASYID

- IHTIFAL NEGERI

PELAJAR - UPSR 5A

- UPSRA 9A

- PT3 6A

- HAFAZAN

PEKERJAAN

BAPA IBU BAPA IBU

PEMANDU SURI RUMAH AHlI PERNIAGAAN SURI RUMAH

PENDAPATAN BULANAN

BAPA IBU BAPA IBU

RM1700.00 - RM10,000.00 -

PENGLIBATAN KEMASYARAKATAN

BAPA IBU BAPA IBU

AJK SURAU - - -

KELEBIHAN DIRI

- Berbadan tinggi

- Berbakat dalam seni suara

- Aktif bersukan terutamanya

permainan bola tampar.

- Pandai mengambil hati rakan

- Suka bertolak ansur

- Suka membantu

- Bijak bertutur

KELEMAHAN DIRI

- Kurang fasih bertutur

- Kurang peramah

- Lemah dalam membuat keputusan

- Kurang pandai mengambil hati orang

lain

- Loyar buruk yang berlebihan.

- Cuai- Panas baran- Tergesa-gesa- Pelupa- Malas- Degil

Diisi semasa sesi temubual pada 9/2/2015 11pagi

ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

3

Page 4: EDSC2103

JANTINA Lelaki Perempuan

FIZIKAL Mesomorph Endomorph

PERSONALITI Ambivert Ekstrovert

GAYA KOGNITIF & GAYA BELAJAR Grasha & Reichmann Grasha & Reichmann

KESIHATAN Sihat Sihat

BENTUK ASUHAN KELUARGA Authoritatif Authoritatif

5.0 FIZIKAL

Sepanjang tempoh temubual dan pemerhatian saya terhadap perkembangan fizikal dua

pelajar yang dikaji, saya dapati, mereka berdua melalui fasa perkembangan fizikal dan

kognitif yang normal seperti ingin bersosial, berkasih sayang, inginkan kebebasan tanpa

kongkongan yang bersifat melampau. Namun demikian kehendak mereka adalah terbatas

disebabkan mereka masih tidak dapat menjana dan mengurus kewangan diri sendiri.

Mereka juga mencapai tahap baligh yang agak berbeza, kerana perempuan terlebih dahulu

mencapai tahap kematangan berbanding lelaki. Ini sedikit sebanyak diakui oleh individu

pertama yang mana timbul sedikit kerisauan dalam dirinya, apabila sudah berusia awal 14

tahun belum pernah bermimpi, akan tetapi memiliki tubuh badan yang sempurna sebagai

seorang remaja berbanding individu kedua yang telah mencapai baligh tatkala berusia 12

tahun.

Hal yang demikian adalah perkara biasa yang akan ditempuhi oleh setiap remaja kerana

perubahan progresif dari segi berat, besar dan tinggi badan seseorang dianggap sebagai

suatu proses pertumbuhan struktur dan fisiologi seseorang individu dalam proses menuju

kematangan. Dalam kehidupan seseorang terdapat perubahan progresif pada struktur

tulang, otot, saraf dan kelenjar. Namun ia juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh faktor baka

dan juga persekitaran yang saling berkait.

6.0 MENTAL

Dari segi perkembangan mental dan kegiatan otak pula, walaupun mereka berdua ini

sebaya, akan tetapi berbeza dari segi tahap perkembangan mental yang meliputi kuantiti

informasi, kuantiti pengetahuan dan kefahaman, akhirnya melahirkan pelbagai bentuk

pencapaian yang berbeza. Sebagai contoh dari segi pencapaian akademik, jika dilihat

4

Page 5: EDSC2103

mereka mencapai keputusan yang sama di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

(UPSR) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA), akan tetapi berbeza pencapaian di

peringkat yang seterusnya.

Ini membuktikan pendapat Jean Piaget (1896-1980) bahawa, perubahan dari satu peringkat

ke peringkat seterusnya menyebabkan seseorang akan mencapai peringkat kematangan

yang sesuai. Hal ini disebabkan seseorang itu terdedah dengan pelbagai jenis pengalaman

yang relevan.

Jika dilihat pendapat kepada teori Psikomotor Arnold Gesell (1880-1961) yang amat

memementingkan faktor baka sebagai penggerak utama terhadap seseorang individu.

Bahkan beliau mempercayai bahawa kematangan fizikal merupakan faktor utama yang

menentukan proses pembelajaran. Arnold Gesell mempercayai baka/genetik sebagai

pembentukan perkembangan kanak-kanak yang berbeza-beza. Dalam masa yang sama

kanak-kanak mencapai tahap kematangan fizikal tidak sama dan boleh mempengaruhi

proses pembelajaran serta perkembangan kanak-kanak mengikut pola dan urutan tertentu

dan boleh meramalkan perkembangan tingkah laku kanak-kanak.

Teori ini menepati pemerhatian terhadap individu pertama dan kedua, jika dilihat pada

maklumat peribadi mereka, ternyata di sana terdapat persamaan teori yang diperjuangkan

oleh Arnold Gesell. Berkemungkinan juga kedua-dua individu yang saya perhatikan ini tidak

mewarisi faktor berkaitan baka yang diketengahkan oleh beliau dari sudut pandang mewarisi

kepandaian atau kecerdikan ibu bapa, bahkan banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran

dalam membentuk perkembangan mental mereka berdua.

5

Page 6: EDSC2103

Pada pendapat saya, perkembangan mental mereka berdua ini cenderung kepada Teori

Perkembangan Psikomotor Arnold Gesell berbanding Teori Perkembangan Psikososial

Erikson. Ini kerana Teori Perkembangan Psikomotor Arnold Gesell yang lebih bersifat

fleksibel atau anjal melalui prinsip perkembangan yang telah diperkenalkan oleh beliau.

Berbeza dengan Teori Perkembangan Psikososial Erikson yang berpendapat bahawa:

1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.

2. Perkembangan bergantung tindak balas kepada keperluan asas.

3. Perkembangan mengikut tahap tertentu.

4. Setiap tahap ada konflik, mesti diatasi untuk ke tahap seterusnya.

5. Jika gagal atasi konflik akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.

Pada pendapat saya juga Teori Perkembangan Psikososial Erikson agak statik pada konflik

yang dihadapi, Beliau berpendapat jika seseorang individu itu gagal mengatasi konflik yang

dihadapinya, maka ini akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.

7.0 EMOSI

Perhubungan mereka dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan sebaya dan hubungan

percintaan amatlah rumit kerana pada masa ini, akan tetapi boleh dikawal melalui bimbingan

dan pantauan kerana para remaja mengalami satu proses kesedaran kendiri. Mereka sering

memikirkan tentang pandangan dan pendapat orang lain tentang dirinya sendiri dan mereka

sering bertukar pendirian, pendapat, ideologi dan kawan-kawan.

Melalui temubual yang dilakukan, mereka berdua tidak menafikan, zaman remaja ini,

sebagai zaman yang ingin mengikut semua kehendak dan nafsu jika tidak dikawal dengan

peraturan agama Islam dan jika tidak berada di Sekolah Agama, berkemungkinan juga

mereka akan terjerumus.

Kesukaran untuk mengawal emosi terhadap sesuatu keadaan juga kerap berlaku, ingin

marah, merajuk, murung, geram, menyampah dan sebagainya tidak dapat dielakkan. Timbul

6

Page 7: EDSC2103

perasaan untuk mempunyai kekasih juga turut dihadapi, disebabkan batasan agama yang

melarang, mereka akur dengan sebagai suatu ketataan kepada Allah SWT.

8.0 PERSONALITI

Setiap individu yang wujud di muka bumi ini mempunyai sifat personaliti yang berbeza,

begitu juga dengan kedua-dua individu yang saya kaji dan selidik ini, mempunyai personaliti

yang berbeza. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang

individu itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia dengan manusia

yang lain, seperti gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya

belajar.

Sigmund Freud Carl G Jung Alfred Adler

Carl Rogers Albert Bandura Abraham Maslow B.F. Skinner Raymond B. Cattell

Personaliti manusia dikaji oleh pakar-pakar psikologi seperti Sigmund Freud, Carl Jung,

Alfred Adler, Carl Rogers, Albert Bandura, Abraham Maslow, B.F. Skinner, Raymond B.

Cattell dan ramai lagi. Mereka semua mengutarakan teori masing-masing mengenai

personaliti manusia, bagaimana cara untuk mengenali dan memahaminya. Selaras dengan

pendapat serta pandangan tersebut, mereka juga mengutarakan definisi yang berlainan

mengenai personaliti manusia. Sigmund Freud umpamanya mengatakan yang personaliti itu

adalah hasil integrasi struktur-struktur id, ego dan superego. Carl Jung pula melihatnya

sebagai integrasi ego, alam tidak sedar peribadi, alam tidak sedar kolektif, kompleks-

kompleks, persona dan beberapa struktur yang lain. Alfred Adler melihatnya sebagai cara

kehidupan seseorang individu atau cara ia bertindak balas terhadap masalah hidup dan

matlamat hidup. Ini hanyalah tiga definisi am yang diutarakan oleh tiga pakar yang

7

Page 8: EDSC2103

mengasaskan teori masing-masing dalam perspektif psikoanalisis, dan kita lihat yang ketiga-

tiganya amatlah berbeza. Maka itu, bolehlah diandaikan bahawa setiap satu teori akan

berdasarkan pandangan pakar teori itu terhadap manusia dan pandangan itu akan berbeza

antara satu dengan yang lain.

http://psikokaunseling.webs.com/psikopersonaliti.htm

9.0 PERBEZAAN INDIVIDU

9.1 ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan

pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi,

kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.

http://pustakatimur.com/blog/tag/slavin-1997

9.2 ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

9.2.1 Jantina

Masyarakat Asia menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani, dianggap ketua keluarga,

harapan yang tinggi. Di sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala

murid perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dalam pelajaran. Aktiviti

pengajaran harus disesuaikan dengan perkembangan jantina. Tahap perkembangan fizikal,

kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki lambat 2 tahun daripada perempuan sebelum

akil baligh. Selepas akil baligh perkembangan mereka hampir sama.

8

Page 9: EDSC2103

Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan murid perempuan lebih baik daripada lelaki,

manakala murid lelaki lebih dari kecerdasan ruang.

http://eprints.utm.my/10365/1/TINGKAH_LAKU_AGRESIF.pdf

9.2.2 Fizikal

Sheldon (1942) mengkategori temperamen kepada 3 kategori.

9.2.2.1 Endomorph (bertubuh bulat)

Individu yang diklasifikasikan sebagai suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri

tetapi mudah diserang tekanan perasaan.

9.2.2.2 Mesomorph (tubuh badan otot yang kuat)

individu yang mempunyai ciri seperti bersifat asertif, agresif, bertenaga, kuat bersukan tetapi

ada tanda boleh terlibat akut delinkuen.

9.2.2.3 Ektomorph (kurus dan tinggi)

Individu yang bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang penyakit

skizofrenia.

9

Page 10: EDSC2103

9.2.3 Kognitif

Individu adalah berbeza dari segi kebolehan kognitif (menaakul, berfikir logis, berbahasa,

mengira dan berimaginasi)

9.2.4 Personaliti

Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku,

gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya belajar).

Carl Jung membahagikan personaliti kepada ekstrovert, introvert dan ambivert.

9.2.4.1 Ekstrovert

individu yang lebih kepada dunia luaran berbanding dengan dunia dalamannya.

lebih kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur dengan orang lain. 

Inginkan kebebasan

Peramah, tidak mudah risau, tidak mudah malu, berminat dengan sukan, mudah

menyesuaikan diri, sangat aktif, suka bersosial, mesra, gemarkan aktiviti luar dan

responsif terhadap persekitaran. suka bergembira, suka kepada perubahan dan bertindak mengikut impuls. tidak suka belajar atau bekerja secara berseorangan. cepat marah tetapi tidak menyimpan kemarahan itu lama.

9.2.4.2 Introvert

Lebih menumpukan aspek dalaman.

Introvet bermakna mengambil berat tentang diri sendiri.

mempamerkan ciri individu yang pasif, pemalu, sensitif, gemar berseorangan, cermat,

reflektif dan sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kerja, boleh dipercayai

dan bersedia menanggung risiko.

tidak mudah marah, tetapi jika marah, perasaan itu akan berpanjangan.

berupaya meneliti dan menganalisa perasaan sendiri dan tidak banyak memerlukan

rangsangan luaran.

tidak bercita-cita tinggi dan tidak meminati kebendaan. 

suka merancang perkara-perkara yang akan datang dan suka kepada kehidupan yang

teratur.

10

Page 11: EDSC2103

9.2.4.3 Ambivert

Mempunyai ciri-ciri daripada kedua-dua personaliti ekstrovert dan introvert.

Kemungkinan sifat yang dipunyai ialah aktif, sensitif, optimistik dan gemar berseorangan. 

http://fuchsiabloom93.blogspot.com/2013/05/klasifikasi-personaliti-

berdasarkan.html

9.2.5 Gaya Kognitif dan Gaya Belajar

Gaya kognisi adalah cara individu mempersepsi maklumat. Gaya belajar adalah

persekitaran pembelajaran yang digemari oleh pelajar.

Witkin (1940) membahagikan gaya kognitif kepada 2 jenis, iaitu gaya kognitif belajar bebas

medan dan gaya belajar bersandar medan.

Kagan (1965) membahagikan gaya kognitif kepada 2 jenis iaitu gaya kognitif reflektif dan

gaya kognitif impulsif.

Parry (1984) dan Shipman (1985) membahagikan gaya belajar kepada 24 dimensi tentang

kajian literatur gaya belajar iaitu inventori Myer-Briggs Type Indicator (MBTI).

11

Page 12: EDSC2103

•Ekstrovert lawan introvert,

•Deria lawan gerak hati

•Pemikiran lawan perasaan

•Mengadili lawan mengamati.

Grasha & Reichmann membahagikan 6 dimensi gaya belajar, iaitu:

•Bergantung

•Bebas

•Mengelak

•Bekerjasama bersaing melibat diri.

9.2.6 Kesihatan

Sebahagian besar murid dalam kelas terdiri daripada murid yang sihat, riang, cerdas dan

normal. Murid yang tidak sihat adalah murid yang lemah dalam aktiviti p&p dan aktiviti luar

bilik darjah. Ada juga murid yang kurang sihat dan berpenyakit. Walaubagaimanapun

Kedua-dua individu yang saya kaji setakat ini tidak mempunyai sebarang penyakit berjangkit

dan penyakit yang diwarisi oleh ibu bapa.

9.3 FAKTOR-FAKTOR PERBEZAAN INDIVIDU

9.3.1 Faktor Baka

Setiap manusia mewaris sifat ibu atau bapa melalui gen ibu dan bapanya. Baka terjadi hasil

daripada percantuman sel sperma 23 kromosom (lelaki) dan sel ovum 23 kromosom.

9.3.1.2 Faktor Persekitaran

Persekitaran termasuklah perapatan antara anak dan ibu bapa, pengaruh adik

beradik/rakan, ahli keluarga lain, guru, bahan media cetak/elektronik, komputer, sekitar

lokasi, masyarakat dan rumah ibadat.

Baumrind membahagikan 4 bentuk asuhan keluarga.

a) Autoritarian (peraturan & hukuman)

•Mengenakan peraturan dan hukuman kepada anak-anak mereka,

12

Page 13: EDSC2103

•Mahukan anak-anak patuh dan hormati mereka

•Peraturan lisan antara ibu bapa dengan anak adalah terhad dan tidak digalakkan.

•Anak yang dibesarkan sebegini biasanya tidak dapat bersosial dengan baik, bimbang

tentang pertandingan, kurang inisiatif dan kurang mahir dlm komunikasi. Apabila seorang

lelaki (x-o) (bermata coklat dan berkromosom coklat-biru) berkahwin pula dengan wanita

bermata biru (berkromosom coklat-biru) 3 dpd anak mereka akan bermata coklat dan 1

bermata biru).

b) Authoritatif (kebebasan terbatas)

•Menggalakkan anak-anak berdikari dan sedikit kawalan

•Anak-anak bebas berkomunikasi secara lisan dengan ibu bapa yang menyokong

perkembangan mereka.

•Anak yang dibesarkan begini menunjukkan tingkahlaku bersosial yang baik, berdikari,

bersosial dengan baik, bersabar dan harga diri yang tinggi.

c) Abaikan (tiada penglibatan)

•Bertindak permisif – tidak terlibat dalam kehidupan anak mereka.

•Sibuk dalam hal lain – tidak sedar tingkah laku anaknya.

•Anak-anak begini tidak dapat bersosial dengan baik, tidak dapat mengawal diri dan tidak

bermotivasi.

d) Indulgent (Penglibatan tanpa disiplin)

•Ibu bapa terlibat dalam menjaga anak tetapi kurang mendisiplinkan anak.

•Mereka percaya, anak mereka akan kreatif dan berkeyakinan tinggi.

•Anak-anak sebegini akan gagal mengawal diri dalam masyarakat.

http://kdpoum.blogspot.com/2011/12/perbezaan-individu.html

13

Page 14: EDSC2103

REFLEKSI

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi

Muhammad SAW. Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, akhirnya saya dapat

menyelesaikan tugasan yang telah diamanahkan ini dalam tempoh waktu yang dikehendaki.

Tidak lupa ucapan terima kasih diucapkan kepada Datin Dr Bushro Binti Ali atas bimbingan

dan tunjuk ajar yang dihulurkan dalam menjayakan tugasan ini.

Sepanjang tempoh saya menjalankan penulisan dan projek ini, banyak ilmu dan perkara

baru yang telah saya pelajari dan perolehi berkaitan kepentingan memahami Psikologi

dalam kehidupan seharian. Bukan sekadar mengenali diri sendiri, pelajar-pelajar, anak-

anak secara khusus bahkan kepada masyarakat umum. Kepentingan ilmu psikologi mampu

membawa kita mengenali perbezaan individu dari pelbagai aspek serta mengajar kita untuk

menyesuaikan diri dengan keadaan tertentu. Dengannya juga, sebagai seorang guru dapat

memahami permasalahan pengajaran dan pembelajaran pelajar serta mencari kaedah

terbaik untuk memulakan sesi tersebut.

Alhamdulillah walaupun berdepan dengan pelbagai masalah dalam tempoh menyiapkan

tugasan ini, saya cuba menyusun atur kembali kehidupan sebagai seorang anak, suami,

bapa, imam, guru dan pelajar. Tidak dinafikan kerjaya sebagai seorang guru tidak mudah

seperti yang disangka. Masalah terbesar yang dihadapi adalah mencari waktu untuk

melaksanakan tugas yang diberikan apabila sesi persekolahan telah bermula, agak sibuk

dengan tugas guru di sekolah bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 5 petang, pulang ke

rumah bersama dengan keluarga. Walaubagaimana besar pun ujian tersebut tidak

mematahkan semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan cara memencilkan diri

sedikit dari aktiviti yang dirasakan tidak befaedah samada di sekolah dan di rumah. Di saat

tugasan ini hampir siap, Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan cahaya mata lelaki

yang ketiga pada 31/1/2015. Cuti selama 7 hari saya luangkan pula untuk menyantuni isteri

yang sedang berpantang serta melayani keperluan anak-anak yang lain. Sehinggalah

mereka tidur di malam hari, barulah saya dapat memberikan hak dan tanggungjawab saya

menyiapkan projek ini.

Kini barulah saya sedari, untuk menjadi seorang guru, perlukan seni dan kaedah yang perlu

dipelajari sendiri ataupun daripada pengalaman orang lain. Tugasan ini amat memberikan

kesan yang mendalam kepada saya untuk menjadi guru yang lebih proaktif dan berdedikasi

bagi mendepani cabaran pendidikan semasa. Memahami anak-anak pelajar secara luaran

14

Page 15: EDSC2103

dan dalaman akan lebih memberikan kemudahan kepada seorang guru menjalankan sesi

pengajaran dan pembelajaran, samada di luar atau di dalam kelas. Ini tidak akan dapat

dicapai melainkan saya perlu memahami dan menguasai sedikit sebanyak ilmu psikologi.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru, amat perlu bagi saya untuk melaksanakan aktiviti

yang disenaraikan di bawah ini kerana para pelajar berbeza dari segi keupayaan dan

memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran.

b) Program Pengayaan dan Pemulihan Aktiviti ini dijalankan selepas P&P.

c) Pengajaran Terancang/Modul/Bahan Multimedia Perisian e-learning dalam komputer

bersesuai dengan kebolehan murid.

d) Pengajaran Koperatif dalam sesuatu kumpulan terdiri daripada murid heterogenius

supaya mereka bantu membantu.

e) Peneguhan Positif dan Negatif Semasa P&P guru harus memberi peneguhan untuk

membentuk tingkahlaku murid.

f) Pengagihan Tugas Mengikut Minat dan Keupayaan. Tugasan ini diberi sesuai dengan

tahap keupayaan murid.

g) Pengajaran dan Pembelajaran Individu Bimbingan individu kepada pelajar yang lemah.

h) Mempelbagai Bentuk Penilaian Guru boleh menilai murid semasa aktiviti P&P.

i) Mempelbagai Strategi P&P. Strategi p&p haruslah menarik.

j) Mempelbagai Bahan Bantu Belajar. Bahan bantu mengajar yang menarik boleh

meransang minda pelajar untuk berfikir.

15

Page 16: EDSC2103

16