eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

download eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

of 225

Transcript of eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    1/225

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    2/225

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    3/225

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    4/225

    Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian

    artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa

    cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara

    lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Persatuan Penterjemah Malaysia.

    Hakcipta Persatuan Penterjemah Malaysia 2007

    Cetakan Pertama 2007

    Cetakan Kedua 2008Cetakan Ketiga Edisi Kedua 2009

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Mengapa Kami Bantah! - Edisi kedua / Penyusun Abdullah Hassan,

    Profesor Emeritus.

    ISBN 978-983-42179-4-5

    1. Malay language-Malaysia-History and criticism. 2. Malay language-

    Usage. 3. Malay language-Study and teaching-Malaysia. 4. Malaysia-

    Ethnic relations. I. Abdullah Hassan. II. Judul.

    499.2305

    Muka Taip Teks: Times New Roman

    Saiz Taip Teks: 10 / 12

    Dicetak oleh:

    BS Print (M) Sdn. Bhd.

    No. 10, Jalan Indrahana 1,

    Off Jalan Kuchai Lama, 58100 Kuala Lumpur.

    Tel: 03-7983 5753 / Fax: 03-7980 1642

    Persatuan Penterjemah Malaysia(Malaysian Translators Association)

    171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela,

    50150 Kuala Lumpur, MALAYSIA

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    5/225

    PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA(MALAYSIAN TRANSLATORS ASSOCIATION)171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela,50150 Kuala Lumpur, MALAYSIA

    Telefon dan Faksimili: 03-21424381E-mel: [email protected]

    Dasar pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam bahasaInggeris (PPSMI) yang mula dilaksanakan pada tahun 2003, adalah suatu dasaryang dipersoalkan oleh ramai intelek Melayu dan kaum lain dengan serius. Adaempat isu besar yang sering dikemukakan.

    Pertama, keabsahan dasar ini ditentang. Dasar PPSMI ini melanggar Perkara

    152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Di samping itu ia jugamelanggar Perkara mengenai hak asasi rakyat, dan juga Akta Pendidikan.Kedua, tujuan memandaikan rakyat melalui sebuah bahasa asing itu adalahbertentangan dengan teori pembelajaran. Kita belajar dengan berkesan melaluibahasa ibunda. Proses pembelajaran melalui bahasa ibunda sekarang sudahterbukti berjaya, dan dasar PPSMI ini memutar jarum jam ke belakang. Ketiga,ada banyak kesan negatif penggunaan bahasa Inggeris ini kepada hasrat negarabagi membina bangsa Malaysia. Hasrat ini dilihat sebagai terancam kuat.Seterusnya, keempat, tujuan meningkatkan penguasaan, bahasa Inggeris pelajarmelalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik itu juga adalah

    sesuatu yang tidak dapat diterima dari segi pembelajaran bahasa.Oleh sebab itu Mengapa Kami Bantah!: Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

    Matematik dalam Bahasa Inggeris diterbitkan bagi menyuarakan pendapat danpendirian cendekiawan yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pe-merhatian untuk makluman masyarakat umum. Ini adalah perlu demi mediamassa yang tidak begitu memihak kepada suara yang ingin menyampaikanmakluman yang lojikal.

    Prof. Abdul Aziz Bari menyatakan dengan jelas kedudukan isu ini sebagaisesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan negara. Kemudian, kertasmengenai Pendirian ASASI, dan kertas Prof. Shahrir Mohd. Zain menyatakankejayaan yang sudah dicapai hingga kini. Sekiranya diteruskan juga, dasarPPSMI ini hanya mengundang mala petaka besar.

    Kertas Datuk Hassan Ahmad menghuraikan kekhilafan persepsi pihak yangmembina dasar ini. Ini disokong lagi dengan artikel Datuk Baha Zain yangmemperjelas satu persatu kekhilafan berfikir pemimpin negara. Prof. EmeritusAbdullah Hassan mencuba memperjelaskan bahawa ini bukan isu bahasa sahajadan langkah-langkah yang perlu diambil. Datuk Abu Bakar Abdul Hamid, TanSri Prof. Emeritus Ismail Hussein, Prof. Awang Sariyan dan Encik Kamal ShukriAbdullah Sani memperjelas lagi akan isu budaya yang terlibat.

    Profesor Nor Hashimah Jalaluddin dan Profesor Emeritus Datuk IsahakHaron et al. memaparkan hasil penyelidikan masing-masing. Kajian Prof. Nor

    Hashimah jelas menunjukkan bahawa dasar PPSMI itu ditolak namun adatanda-tanda masyarakat kelas menengah merestuinya. Datuk Isahak dan rakan-rakan menjalankan penyelidikan ini di UPSI selama dua tahun dalam kalangan

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    6/225

    Mengapa Kami Bantah!

    vi

    murid sekolah rendah dan menengah. Tidak syak lagi dasar PPSMI ini tidakmencapai tujuan-tujuan yang diharapkan.

    Dalam bahagian Lampiran buku ini, dimuatkan juga memorandum

    daripada 1. Memorandum daripada GMP, 2. Memorandum ASASI tentangPPSMI, 3. Kebimbangan kumpulan Prihatin, 4. Isu Bahasa dan Pendidikan:Harapan Kumpulan Prihatin, 5. Petisyen kepada Kementerian PelajaranMalaysia, 6. Resolusi Seminar Agenda Melayu daripada PEMANIS, dan 7. UsulPersatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM).

    Dengan demikian, dasar PPSMI ini hendaklah segera dimansuhkan. Dankeperluan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris perlulah dilihat sebagaisebuah isu yang berlainan, dan diselesaikan secara mengajarkan bahasaInggeris sebagai satu mata pelajaran.

    Yang benarProfesor Emeritus Dr. Abdullah HassanPresidenPersatuan Penterjemah Malaysia12 Februari 2009

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    7/225

    1. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan 1

    2. Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh MalaysiaTerhadap Dasar PPSMI 3

    3. Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa 9

    4. Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin 275. Yang Kita Perjuangkan Bukan Sekadar Bahasa 41

    6. Pencapaian Sakti Melayu Malaysia 1958-2002: Sebuah Tragedidalam Peradaban Melayu Moden 51

    7. Musibah PPSMI dalam Konteks Cabaran Bahasa Melayusebagai Tunjang Tamadun 73

    8. Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Pengantar Sains dan

    Matematik: Mengapa Ditentang? Soalan yang SelaluDitanyakan 85

    9. Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam BahasaInggeris: Konflik Antara Dua Darjat 95

    10. Bahasa Melayu akan Pupus 113

    11. Ramalan Ngeri Masyarakat Budayawan 131

    12. Kesan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

    Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Sekolah Rendahdan Menengah 135

    Senarai Kandungan

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    8/225

    Mengapa Kami Bantah?

    viii

    Lampiran: Resolusi-Resolusi Terpilih1. Memorandum Gerakan Memansuhkan PPSMI 181

    2. Memorandum ASASI tentang Pengajaran Sainsdan Matematik Sekolah dalam Bahasa Inggeris 183

    3. Kebimbangan Kumpulan Prihatin 187

    4. Isu Bahasa & Pendidikan: Harapan Kumpulan Prihatin 191

    5. Petisyen kepada Kementerian Pelajaran Malaysia 195

    6. Resolusi Seminar Agenda Melayu 197

    7. Usul Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) 199

    Bibliografi 201

    Indeks 207

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    9/225

    Kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah denganjelas diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

    Sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan menjaditonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskanoleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasarkerajaan.

    Peruntukan di bawah Perkara 152 itu tidak boleh dipinda olehParlimen kerana kata putus terletak di tangan Majlis Raja-Raja. Inidinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan di bawah Perkara 159(5).

    Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayutelah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisiorang Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayusebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2). Keakraban ini

    juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turutmeletakkan bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yangkedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.Ia malah boleh dikatakan sebagai sudah mencapai tahap sakral.

    Meskipun begitu Perlembagaan menyedari bahawa kedudukansedemikan tidak harus digunakan secara zalim dan menyekat ataudigunakan secara membuta tuli. Inilah yang dapat dikatakan apabilakita meneliti fasal-fasal tertentu di bawah Perkara 152. Fasal (1)(a) dan(b) umpamanya membenarkan pengajaran dan pembelajaran bahasa-

    bahasa lain asalkan ia tidak dalam konteks kegunaan rasmi.

    Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

    1

    Prof. Dr. Abdul Aziz BariKulliyyah Undang-Undang Ahmad IbrahimUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    10/225

    Mengapa Kami Bantah!

    2

    Ini semua sebenarnya telah diamalkan sebelum dan selepasmerdeka. Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini sahajabeberapa undang-undang dan dasar tertentu yang berlawanan dengan

    peruntukan dan amalan Perlembagaan dimulakan. Ini menimbulkanpersoalan yang sangat serius tentang kesahihan mereka. Dankelihatannya tindakan tersebut juga menimbulkan banyak kesulitandan kekeliruan. Selain itu kelemahan dan kealpaan pelaksanaanPerkara 152 tidak harus dibenarkan untuk mencairkan peruntukan dankehendak Perkara 152 yang sebenarnya turut didokong olehSuruhanjaya Reid sendiri.

    Kita percaya mahkamah akan menghukumkan isu ini dengan betulkerana para hakim telah diwajibkan oleh mahkamah untuk memelihara,melindungi dan mempertahan perlembagaan sebagaimana yangdiperuntukkan oleh Perlembagaan melalui seksyen 1 Jadual KeenamPerlembagaan Persekutuan.

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    11/225

    Kami para profesor dalam bidang yang berasaskan sains, kejuruteraandan teknologi atau ringkasnya SAKTI, dengan ini menyatakan bantahanterhadap dasar baharu kerajaan untuk menginggeriskan kembalipendidikan mata pelajaran Sains dan Matematik sekolah mulai tahun

    2003 ini. Bantahan kami ini bukan semata-mata tidak mahu berpatahbalik kerana tiada tanda-tanda sesat dan menyesatkan, dan sekali-kalibukan kerana kami tidak mengiktiraf kepentingan bahasa Inggeris.

    Pendirian kami ini didorong kuat oleh kesedaran kami yangberasaskan teori dan empirik tentang hukum (empirik, aqli dan naqli)pembangunan SAKTI zaman berzaman di negara-negara maju. Olehsebab kami juga terlibat secara langsung dalam pembangunan SAKTInegara ini, yang kami ingin mengembangkannya dalam acuan negaraini sendiri, iaitu menyibar, membangun dan memajukan dalam bahasa

    dan budaya negara ini, maka kami menganggap amatlah wajar kamimenyuarakan pandangan ini.

    Tegasnya, walaupun kami amat bersetuju dengan keprihatinankerajaan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalamkalangan pelajar kepada peringkat jua pun tetapi kami amat tidakbersetuju dengan langkah peningkatan prestasi bahasa Inggeris itudilakukan menerusi pengajaran dan pendidikan Sains danMatematik sekolah. Melalui bahasa Inggeris. Ringkasnya, antarasebab-sebab bantahan kami adalah seperti berikut:

    1. Langkah Pemunduran: Dengan menjalankan pengajaran Sainsdan Matematik sekolah dalam bahasa Inggeris (sejak darjah satu!)

    Pendirian Bersama Para Profesor SAKTISeluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI

    2

    Prof. Dr. Shahrir Mohamad ZainMantan Presiden

    Akademi Sains Islam Malaysia

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    12/225

    Mengapa Kami Bantah!

    4

    bermakna tertutup langsunglah wadah penghayatan bahasa

    Melayu (bahasa kelima terbesar di dunia) dalam SAKTI sedangkan

    bahasa Melayu di Malaysia sejak 1970-an telah berjaya dihayati

    dalam pendidikan lisan dan penulisan ilmiah hingga ke peringkatijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Malah kini tesis Sarjana dan

    Doktor Falsafah dalam bahasa Melayu sudah menjangkau ribuan!

    Langkah penginggerisan sekolah ini jelas menyekat kemaraan dan

    akan membunuh potensi bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan

    bahasa antarabangsa yang diperjuangkan sejak tertubuhnya UKM

    1970. Sekaligus langkah ini, mensia-siakan ribuan sarjana kita sejak

    1970 yang bertungkus lumus membangunkan bahasa Melayu

    dalam SAKTI menerusi pengajaran, pendidikan dan penyelidikan

    secara lisan dan tulisan. Benar bahasa Melayu tidak akan hilang didunia walaupun dengan menginggeriskan pendidikan sains dan

    matematik di Malaysia, tetapi amatlah jelas langkah ini akan

    menjadikan bahasa Melayu (di Malaysia) tidak akan berkembang

    lagi, malah akan semakin merosot, kerana kekurangan

    penggunaan dalam arena pendidikan yang amat berpengaruh itu.

    2. Penyempitan peluang pemerolehan, pengembangan danpembangunan SAKTI: Secara empiriknya, sejak zaman berzamantamadun demi tamadun, dan sejarah pembangunan SAKTI di

    negara-negara maju kini menunjukkan penggunaan bahasaKebangsaan masing-masinglah yang memungkinkan tersebar luasdengan mudahnya SAKTI dalam kalangan rakyat jelatanya.Dengan inilah kemudiannya kita memudahkan pengembangandan pembangunannya sehingga negara-negara itu menjadi ramaiyang mencapai kefahaman asas SAKTI dan seterusnya menjadikaya dengan SAKTI (pengguna, penyumbang dan pengeksportSAKTI). Negara kita selama melaksanakan pendidikan dalambahasa Kebangsaan kita sendiri juga menunjukkan keesahanhukum empirik ini. Kini, begitu ramai ahli sains kita yang

    berpendidikan dalam SAKTI yang mencapai taraf antarabangsamenerusi penulisan dan rekaan aslinya hanya dalam masa 40tahun sahaja. Sekaligus keseimbangan kaum dalam pencapaianSAKTI juga semakin terjadi dengan pantasnya.

    3. Bertentangan dengan Hukum teori Pembangunan SAKTI:Mengikut teori ilmu naqli (wahyu), Allah menegaskan betapabahasa sesuatu kaum itu sendiri yang memudahnya merekamemperoleh ilmu dari luar dan dalam. Ini tafsiran yang lazimterhadap Ayat ke-4, Surah Ibrahim, yang menegaskan bahawa

    Allah tidak mengutuskan seorang rasulNya melainkan daripada

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    13/225

    Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI

    5

    kalangan sesuatu kaum itu sendiri untuk memudahkan kaumtersebut memperoleh ilmu dan hikmah.

    Mengikut teori dalam ilmu aqli (intelektual) pula banyak kajian

    yang dilakukan oleh sarjana-sarjana dalam pemikiran,epistemologi dan daya pengkaryaan pada abad ini seperti Ravetz,de Bono, Miller, dan dAmbrosio (sekadar menyebut beberapaorang sahaja) menunjukkan yang manusia memang lebih mudahmenguasai sesuatu ilmu (terutamanya di peringkat sekolah)menerusi bahasanya sendiri, dan sesuatu bahasa itu adakeistimewaannya tersendiri dalam peranannya sebagai pemangkindan wahana pengaryaan atau penciptaan. Malah de Bonomenegaskan bahasa Inggeris bukannya bahasa yang superiordalam pencetusan daya pengkaryaan atau penciptaan. Teori ini

    sebenarnya disahkan oleh situasi negara-negara maju sekarang,dan situasi negara-negara yang ingin maju (dan tidak maju-maju!)tetapi tidak dalam bahasa kebangsaannya. Setiap bahasasebenarnya ada keunikan tersendiri dalam berperanan dayapengkaryaan dan penciptaan SAKTI (atau bidang lain sekali pun).Hasil kajian prestasi pelajar sekolah seluruh dunia yang dibuatbeberapa kali oleh sekumpulan pengkaji Amerika Syarikat jugamenunjukkan negara-negara yang tinggi pencapaian sains danmatematik di sekolah bukan di negara-negara yang menggunakanbahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Para pelajar EropahTimur, Jepun dan Korea sentiasa mencapai prestasi yang tertinggi!

    4. Pendidikan dalam bahasa Melayu bukan penyebab peng-angguran, tetapi keadaan ekonomi negara dan sikap majikan yangmemandang serong dan berprasangka buruk serta memilih bangsamenjadi penyebab utama. Lagi pun sikap kaum elit kita yangmahu mengekalkan budaya berbahasa Inggeris (tidak seperti elitdi negara maju dan di beberapa buah negara jiran kita) patutdipersalahkan juga.

    5. Mata pelajaran Sains dan lebih-lebih lagi Matematik Sekolah

    adalah dua mata pelajaran yang terakhir yang menjanjikanseseorang pelajar dapat memperbaiki kefasihannya berbahasa(Inggeris). penginggerisan dua mata pelajaran ini hanyamenjanjikan Yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidakdapat. Yang pastinya kelemahan pelajar dalam dua matapelajaran ini yang selama ini sentiasa menjadi isu, tidak akanbertambah baik di samping munculnya pelbagai masalah dankerenah baharu lagi. Kajian tentang hubungan bahasa ibunda ataukemahiran bahasa sebagai faktor pencapaian dalam mata pelajaransains dan matematik memang banyak dan semuanyamenunjukkan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan itu ada

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    14/225

    Mengapa Kami Bantah!

    6

    advantejnya, dan kemahiran dalam sesuatu bahasa lain pula dapatmemperbaiki pencapaian sains dan matematik.

    6. Pendidikan dalam bahasa Melayu tidak merugikan sesiapapun:

    Pendidikan dalam bahasa nasional terbukti di negara-negara majuitu tidak merugikan negara tersebut. Oleh itu andaian pihak yangberpendapat pendidikan dalam bahasa Kebangsaan Malaysiaadalah merugikan dan memundurkan orang Melayu adalah tidakberasaskan ilmu, tetapi berasaskan emosi semata-mata. Selama inipun kita telah membuktikan kemajuan negara kita ini dicapaimenerusi sumbangan ribuan mereka yang berpendidikan dalamaliran kebangsaan sekurang-kurangnya sehingga SPM (denganSains dan Matematik dalam bahasa Melayu!)

    Dengan ini, kami benar-benar berharap kerajaan dapat memper-timbangkan semula dengan penuh hikmahnya agar tidak melaksanakandasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalamSains dan Matematik Sekolah seperti yang diputuskan itu dansebaliknya menggesa kerajaan supaya meningkatkan lagi usaha untukmemperbaiki sumber, prasarana dan kaedah pengajaran bahasaInggeris sehingga ke tahap yang maksimumnya, menerusi pendidikanbahasa Inggeris.

    Ditandatangani oleh para Profesor SAKTI berikut:

    Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan).KP:601211-01-6269

    Prof. Abd Rahim Shamsudin (Geologi). KP: 500812-04-5273

    Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) KP:500922-07-5107

    Prof. Dato Abdul Latif Mohamad (Botani). KP: 480630-03-5183

    Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi Maklumat): KP: 540205-01-5853

    Prof. Dato Abdul Razak Salleh (Matematik). KP: 480602-10-5965

    Prof. Abdul Salam Babji (Sains Makanan). KP: 481203-07-5177

    Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik). KP: 500415-01-5433Prof. Ainoon Othman (Perubatan). KP: 520923-03-5236

    Prof. Alias Kamis (Biosains). KP: 4200992

    Prof. Aminah Abdullah (Sains Makanan). KP: 501010-03-5094

    Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie (Biosains). KP: 4272780

    Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran). KP: 490411-04-5057

    Prof. Aziz Deraman (Teknologi Maklumat): KP: 591108-11-5043

    Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga). KP: 460811-05-5193

    Prof. Basir Jasin (Geologi). KP: 3430834Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia). KP: 3405038

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    15/225

    Pendirian Bersama Para Profesor SAKTI Seluruh Malaysia Terhadap Dasar PPSMI

    7

    Prof. Che Husna Azhari (Kejuruteraan). KP: 551108-03-5020

    Prof. Faridah Habib Shah (Genetik). KP: (terlupa masuk)

    Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat). KP: 4673083

    Prof. Hamid Lazan (Botani). KP: 2287477

    Prof. Hamzah Mohamed (Geologi). KP: 510503-08-560

    Prof. Hassan Basri (Kejuruteraan). KP: 600702-01-5733

    Prof. Hatta Shaharom (Perubatan). KP:520709-01-5373

    Prof. Ibrahim Abdullah (Kimia). KP: 490511-02-5491

    Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik). KP: 521127-04-5147

    Prof. Ibarahim Komoo (Geologi). KP. 520912-01-5483

    Prof. Ikram Mohd Said (Kimia). KP: 480819-05-5073Prof. Ismail Sahid (Sains Sekitaran). KP: 511005-07-5269

    Prf. Jaafar Sahari (Kejuteraan). KP. 550916-10-6179

    Prof. Jamaludin Mohame (Bioperubatan). K.P. 570324-06-5543

    Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan). KP: 510927-06-5097

    Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan). KP: 620404085491

    Prof. Karis Misiran (Perubatan). KP: 4493167

    Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan). KP: 520522-01-5541

    Prof. Dato Khalid Yusof (Perubatan). KP:Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik). KP:

    Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori). KP: 470826-01-5273

    Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains Sekitaran). KP: 510211-06-5032

    Prof. Masbah Omar (Perubatan). KP: 4078415

    Prof. Md. Pauzi Abdullah (Kimia). KP: 510208-03-5203

    Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat) KP: 3821920

    Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan). KP: 520222-10-5035

    Prof. Mohd Ismail Noor (Pemakanan). KP: 491015-10-5419Prof. Mohd Nordin Hj. Hassan (Sains Sekitaran). KP: 470210-10-5377

    Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi). KP: 470204715283

    Prof. Mohd Yusof Hj. Othman (Fizik Tenaga). KP: 520812-02-5131

    Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik). KP: 560223-03-5119

    Prof. Muhamad Yahya (Fizik Pepejal). KP: 470901075111

    Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal). KP: 490111-03-5009

    Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan). KP: 451022-03-5187

    Prof. Noraini Tamin (Sains Sekitaran). KP: 490620-10-5976

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    16/225

    Mengapa Kami Bantah!

    8

    Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi). KP: 540618-07-5272

    Prof. Othman Hj. Ross (Sains Laut). KP: 480218-11-5173

    Prof. Othman Omar (Biosains Molekul). KP: 1513291

    Prof. Paden Morat (Bioperubatan). KP: 4380233

    Prof. Rohani Ahmad (Botani). KP: 4380233

    Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik Semikonduktor). KP: 610927055049

    Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan). KP: 470721-10-5141

    Prof. Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan). KP. 560313-02-5459

    Prof. Shaharir Mohamad Zain (Matematik). KP: 1969665

    Prof. Shahrim Hj. Ahmad (Fizik). KP: 600215025627

    Prof. Syed Muhamed Aljunid Syed Junid (Perubatan). KP: 590820025573Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi Maklumat): KP: 4478636

    Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan). KP: 551227-07-5447

    Prof. Zainal Abidin Abu Hassan (Zoologi). KP: 500325-04-5575

    Prof. Zainon Mohd Ali (Botani). KP: 4430101

    Prof. Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran). KP: 571109-10-5623

    Memorandum ini dihantar kepada Perdana Menteri dan MenteriPendidikan Malaysia.

    September 2002

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    17/225

    Ada bahasa adalah bangsa

    Tajuk ini menyentuh dua perkara yang mempunyai kaitan rapat antarayang satu dengan yang lain. Perkaitan ini hendak saya jelaskan melalui

    kata-kata Ada bahasa adalah Bangsa. Dulu-dulu orang bijak pandaibangsa kita menciptakan ungkapan bahasa menunjukkan bangsa.Dalam tahun-tahun 1960-an, slogan Bahasa Jiwa Bangsa diciptakandan dipopularkan semasa kempen Bahasa Kebangsaan dilancarkanuntuk menyampaikan mesej bahawa Bahasa Kebangsaan Malaysia, iaitubahasa Melayu, adalah jiwa bangsa Malaysia yang terdiri daripadapelbagai golongan etnik, walaupun istilah itu dari segi implikasietnolinguistiknya lebih merujuk kepada bangsa Melayu. Saya hendakmenyatakan bahawa kata-kata bahasa menunjukkan bangsa dapat kitakaji maknanya dari dua segi.

    Pertama, dari segi sosiologi atau fungsi sosial bahasa itu dalammasyarakat, seperti yang terbayang pada simpulan bahasa tahubahasa dan tidak tahu bahasa yang dikaitkan dengan adat orangMelayu berbahasa dalam perhubungan sosial dalam masyarakat.

    Makna keduanya dapat kita kaitkan dengan kesedaran sesuatubangsa tentang fungsi politik bahasanya, khususnya dalam kontekspembinaan negara-bangsa. Kisahnya bermula dalam zaman modenapabila bahasa dijadikan alat nasionalisme yakni alat perjuangansesuatu bangsa untuk menubuhkan kesatuan sosio-budaya-politik, yang

    disebut Negara-Bangsa, suatu fenomena politik yang menurutsejarahnya bermula di Eropah, sebagai reaksi terhadap ancaman-

    Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

    3

    Datuk Dr. Hassan AhmadPengerusi,Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    18/225

    Mengapa Kami Bantah!

    10

    ancaman luaran yang dianggapnya boleh memusnahkan identitisesuatu bangsa.

    Semangat kebangsaan, secara umumnya, lahir dari kesedaran

    bahawa keanggotaan seseorang dalam kesatuan sosiobudaya yangdisebut BANGSA ditandai oleh ciri-ciri yang dimiliki atau diwarisibersama oleh seluruh anggota bangsa itu dan ini membezakannyadaripada bangsa lain.

    Daripada ciri-ciri itu, bahasalah yang merupakan faktor yang sangatpenting dan berpengaruh dalam melahirkan kesedaran bangsa itu.Mengapa bahasa? Sebabnya adalah, bahasa merupakan alatpembentukan tamadun bangsa yang sangat integratif; melaluibahasalah sesuatu bangsa itu memperkenalkan dirinya melalui cara

    mereka menanggapi alamnya, baik alam sosial mahupun alam kosmos,dan membentuk pandangan hidup atau sistem nilai bangsanya melaluiproses pemikiran, rasa hati, imaginasi dan renungan dirinya yangdigambarkan dalam pelbagai karya lisan dan tulisan yang dihasilkanoleh bangsa itu dan yang membentuk himpunan memori bersamabangsanya sepanjang zaman. Itulah proses yang berlaku dalampembentukan tamadun sesuatu bangsa. Kita tahu bahawa tidak adabangsa di dunia yang membentuk budaya dan tamadunnya, seninya,kesusasteraannya, falsafah hidupnya, mitosnya dan pandangankosmologi dan ilmu dunianya melalui bahasa orang lain.

    Demikianlah pentingnya fungsi bahasa sebagai pembentuk identitidan tamadun sesuatu bangsa. Apabila keadaan mendorong manusiasecara sedar untuk mengidentifikasikan bahasa dengan bangsa,terutama dalam konteks kesatuan politiko-geografi yang disebutNEGARA, maka lahirlah suatu aliran nasionalisme yang disebutnasionalisme bahasa.

    Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa nasionalisme bahasaadalah, kesedaran bahawa bahasa itu adalah alat budaya dan politikyang penting untuk mengekalkan identiti sesuatu bangsa, untuk

    menjadi asas pembinaan negara, dan untuk memajukan bangsa itumelalui kreativiti minda bangsanya yang hanya dapat dicetuskanmelalui bahasa sendiri.

    Faktor yang mencetuskan nasionalisme bahasa

    Nasionalisme tidak sama dengan rasisme. Rasisme lebih bersifatdestruktif daripada konskruktif. Nasionalisme Melayu, tidak timbuldari perasaan rasisme, perasaan fanatik bangsa atau perasaan bencikepada kaum-kaum lain, atau kerana benci kepada bangsa atau bahasa

    Inggeris. Ia timbul kerana berlakunya keadaan yang menyebabkanorang Melayu takut akan kehilangan haknya di negerinya sendiri.

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    19/225

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    20/225

    Mengapa Kami Bantah!

    12

    hal. 52). Ini kata-kata yang menunjukkan kesedaran nasionalismebahasa orang Melayu.

    Oleh sebab itu, faktor paling dominan yang mencetuskan perasaan

    nasionalisme itu adalah rasa ketercabaran: apabila sesuatu bangsamerasakan bahawa identiti bangsanya tercabar oleh keadaan yangboleh menyebabkan hak dan kepentingan mereka tergugat ataumusnah, maka mereka akan mulai, membentuk semangat bangsa itusebagai dorongan untuk bersatu padu bagi memperjuangkan danmempertahankan hak dan kepentingan bangsa mereka yang dianggapsedang terancam itu. Dalam keadaan biasa, kesedaran ini mungkintidak timbul, namun kesedaran itu tetap ada secara primordial atauwujud dalam bentuk terpendam (dalam jiwa sesuatu bangsa), tidakdisedari.

    Nasionalisme Melayu mula dicetuskan dalam bentuk aktivismepolitik selepas Perang Dunia II, khususnya dalam tahun 1946 (terimakasih kepada penjajah British!), apabila British mengumumkanrancangannya untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai koloni Inggeris.Raja-Raja Melayu akan menjadi subject Raja Inggeris, tidak lagiberdaulat di Tanah Air mereka. Penduduk Tanah Melayu dari kaum-kaum pendatang asing dari luar Dunia Melayu akan secaraautomatik menjadi rakyat atau warganegara Tanah Melayu atau rakyatBritish Malaya. Pada waktu itulah orang Melayu di seluruh Tanah

    Melayu bersatu padu untuk menentang gagasan Malayan Union itu,dan tiga alat yang digunakan dan dihidupkan sebagai alat perpaduanMelayu ialah bahasa Melayu, budaya Melayu dan agama Islam. Dalamtahun itu, orang Melayu menubuhkan UMNO, sebuah pertubuhanpolitik kebangsaan Melayu, untuk memperjuangkan hak dankepentingan politik orang Melayu di tanah airnya sendiri. AkhirnyaMalayan Union digantikan dengan union baru yang disebutFederation of Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu (1948). DalamPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (Perkara No. 33), bahasaInggeris dan bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa rasmi dalammesyuarat Majlis Perundangan Persekutuan, dalam tahun 1949 seorangahli Melayu Majlis Perundangan Persekutuan, Zainal Abidin Abbasnamanya, membentangkan usul mendesak kerajaan supaya menjadikanbahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris, sebagai bahasa yang wajibdiajarkan di semua sekolah bantuan kerajaan, dan semua ahli Majlisyang menyokong usul itu menyuarakan persetujuan mereka bahawabahasa Melayu dapat menyatukan semua kaum di Tanah Melayu.(Utusan Melayu, 30 November 1939). Orang Melayu mulai melaungkanslogan Hidup Melayu, kemudian mereka menuntut kemerdekaan

    dengan memekikkan kata perjuangan Merdeka! Dasar perjuanganUMNO pada waktu itu berpaksi pada tiga alat pembentukan tamadun

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    21/225

    Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

    13

    bangsa Melayu yang asas, iaitu Bahasa Melayu, Agama Islam, danKebudayaan Melayu. Boleh dikatakan bahawa perjuangan ituberdasarkan kesedaran Alif, Ba, Ta, iaitu Agama, Bahasa (atau Budaya)

    dan Tanah Air.Oleh sebab itu, nasionalisme Melayu, atau menurut istilah Khoo Kay

    Kim (1991/1995), semangat Melayu, yang pada mulanya timbulsebagai suatu kesedaran sosial, yakni kesedaran tentang nasib Melayudalam bidang ekonomi dan sosial (termasuk pendidikan) dalam tahun-tahun 1930-an, akhirnya berkembang menjadi alat nasionalisme politikmulai tahun 1946 hinggalah tercapai kemerdekaan dalam tahun 1957.

    Dasar bahasa dan perjuangan bahasa di Malaysia

    Nasionalisme bahasa sering dapat kita lihat manifestasinya dalam duabentuk, iaitu dalam bentuk dasar bahasa di sesebuah negara dan dalambentuk gerakan aktivis yang disebut perjuangan bahasa. Di Malaysiadasar bahasa yang digubal selepas Kemerdekaan lahirnya daripadatuntutan nasionalisme Melayu supaya bahasa Melayu dijadikan BahasaKebangsaan dan bahasa rasmi negara. Ini bukan tuntutan emosionalatau fanatik tetapi didasarkan atas realiti atau keabsahan (legitimacy)sejarah sosiopolitik bahasa Melayu yang kukuh, dan berdasarkanperanan bahasa Melayu dalam pembentukan tamadun supraetnik dansuprawilayah di rantau ini, peranan yang tidak ada tandingannya

    dengan bahasa-bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris dan bahasaBelanda. Sejak sekarang-kurangnya abad ke-13 bahasa Melayu telahmenjadi bahasa kerajaan-kerajaan Melayu-Islam, bahasa persuratan,bahasa ilmu, bahasa undang-undang, bahasa penyebaran danpengembangan agama, khususnya agama Islam, di seluruh rantau ini,bukan sahaja di Tanah Melayu. Bahasa inilah juga yang telahberkembang sejak ratusan tahun sebagai lingua franca perdagangandan sosial yang dapat merentas sempadan etnik dan geografi di TanahMelayu dan di seluruh kawasan Hindia Timur Belanda, iaitu Indonesia.

    Kerana itulah rantau ini disebut oleh orang Barat sebagai rantauMalay Archipelago. Apabila penjajah Portugis, Belanda dan Inggerismuncul di rantau ini rantau berbahasa Melayu - mulai abad ke-16,mereka mendapati sudah wujud di rantau ini suatu kesatuan tamadunyang tidak mudah dimusnahkan, seperti yang mereka lakukanterhadap penduduk peribumi di Amerika, iaitu tamadun yang dibentukmelalui bahasa Melayu dan agama Islam sejak ratusan tahunsebelum kedatangan mereka. Mereka terpaksa menggunakan alat yangsama, iaitu bahasa Melayu, untuk mengembangkan agama mereka, jugapolitik mereka, dalam kalangan penduduk setempat dari semua

    kumpulan etnik. Portugis yang memerintah Melaka selama lebih

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    22/225

    Mengapa Kami Bantah!

    14

    seratus tahun tidak berjaya membahasa-portugiskan orang Melayu ataumengubah agama orang Melayu.

    Bahasa inilah yang dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi

    Malaysia selepas tahun 1957. Sejarah sosiopolitik bahasa Melayu itulahyang menjadi penentu Dasar Bahasa selepas kemerdekaan. Pilihan lainyang lebih munasabah dan praktikal tidak ada.

    Perjuangan bahasa

    Akan tetapi oleh kerana bahasa ini adalah bahasa bangsa Melayu makaperjuangan untuk memajukan bahasa ini sebagai bahasa negara, tidakhanya sebagai bahasa orang Melayu, lebih banyak dilakukan oleh orangMelayu, baik orang perseorangan atau oleh persatuan dan kumpulan

    NGO Melayu. Misalnya, persatuan guru-guru Melayu dan pertubuhanbahasa, sastera dan budaya Melayu, termasuk Asas 50 (dan kemudian-nya PENA atau GAPENA selepas kemerdekaan), giat memperjuangkanbahasa Melayu sehinggalah tuntutan dan desakan mereka diterima olehpihak yang menentukan dasar bahasa itu dalam tahun 1957.

    Maka timbul soal, setelah dasar bahasa yang mengambil kiratuntutan golongan nasionalis bahasa Melayu itu digubal dan dijadikanundang-undang (yakni, dimaterikan dalam Fasal 152 Perlembagaan dandalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967/68) apakah orang Melayu masihperlu memperjuangkan untung nasib bahasanya lagi. Soal ini ber-

    gantung pada beberapa faktor, terutama faktor pelaksanaan dasar ituoleh kerajaan. Dalam negara pelbagai bangsa dan bahasa sepertiMalaysia, sering kali timbul masalah pelaksanaan dasar bahasa yangsudah dipersetujui itu. Politik etnik sering menjadi faktor yangmenentukan setakat manakah dasar itu dilaksanakan secara tegas olehkerajaan.

    Sebagai gerakan massa, perjuangan bahasa Melayu secara ketaraberlaku dalam tempoh 10 tahun antara tahun 1957 hingga tahun 1967.Gerakan ini secara khususnya berkait dengan adanya peruntukan

    dalam Fasal 152 Perlembagaan 1957 bahawa Parlimen akan me-nentukan kedudukan bahasa Inggeris sepuluh tahun selepas ke-merdekaan. Dalam tempoh itu bahasa Inggeris masih kekal sebagaibahasa urusan rasmi kerajaan, di samping bahasa Melayu. Sebenarnya,yang akan diuji dalam tempoh itu bukan bahasa Inggeris tetapi bahasaMelayu. Parlimen akan mengkaji semula sama ada bahasa Melayu akandapat menjadi bahasa rasmi tunggal atau sebagai bahasa untukdigunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan, menggantikan bahasaInggeris.

    Oleh sebab itu, nampaknya nasib bahasa Melayu sebagai BahasaKebangsaan dan bahasa rasmi negara masih perlu diuji selepas

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    23/225

    Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

    15

    tergubalnya dasar bahasa itu. Dari segi perspektif nasionalis bahasaMelayu, perjuangan untuk menegakkan bahasa Melayu dalamkedudukan politik barunya itu belum selesai. Penduduk Persekutuan

    Tanah Melayu dari semua kaum etnik, selain bangsa Melayu sendiri,perlu menyokong bahasa dasar itu supaya kerajaan tidak menghadapiapa-apa masalah politik untuk melaksanakan dasar atau matlamatmenggantikan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu sebagai bahasaurusan rasmi tunggal kerajaan selepas tempoh sepuluh tahun yangditetapkan oleh Parlimen atau oleh Fasal 152 PerlembagaanPersekutuan.

    Untuk tujuan itu maka dalam tempoh sepuluh tahun itu kerajaanmelancarkan siri gerakan bahasa, iaitu Kempen Minggu Bahasa danBulan Bahasa, yang diketuai oleh Pengarah DBP waktu itu, Tun SyedNasir Ismail, yang kemudiannya mendapat jolokan sebagai PanglimaBahasa. Gerakan bahasa anjuran kerajaan ini mendapat dukunganbeberapa pertubuhan NGO bahasa dan budaya, yang paling aktif ialahpertubuhan yang disebut Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan(tertubuh dalam tahun 1964) dan mempunyai cawangan di seluruhTanah Melayu. Ketuanya adalah orang DBP, Yahya Ismail, yang pernahmenjadi Penolong Setiausaha kempen bahasa DBP dan saya pernahmenjadi Setiausaha Pusatnya dari tahun 1964 hingga tahun 1966/67.Saya teringat semasa gerakan bahasa ini dijalankan, berlaku beberapa

    tindakan oleh aktivis bahasa Melayu (mungkin ahli BBBK) atau orangperseorangan, mengecat beberapa papan tanda awam yang tertulisdalam bahasa Inggeris.

    Protes bahasa

    Apabila Parlimen akhirnya bersidang dalam tahun 1967 bagimembincangkan Rang Undang-Undang Bahasa, beberapa banyakbadan NGO Melayu berasa terperanjat. Mereka membantah beberapaperuntukan dalam Rang Undang-Undang itu yang oleh BBBK dianggaptidak menepati janji UMNO atau kerajaan untuk menjadikan Bahasa

    Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal. Bahasa Inggeris masihdikekalkan dalam beberapa bidang urusan rasmi kerajaan, terutamadalam bidang kehakiman. Keputusan lain yang dibantah adalahkeputusan untuk mengeluarkan notis-notis kerajaan yang dianggapmempunyai kepentingan awam dalam bahasa-bahasa lain, selainbahasa Melayu. Dikatakan oleh pihak kerajaan yang menjawabbantahan itu bahawa pengumuman dalam pelbagai bahasa ini hanyaterjemahan dari naskhah asalnya dalam Bahasa Kebangsaan. Pihakyang membantah menganggap bahawa itu adalah taktik untukmenggalakkan penggunaan pelbagai bahasa dan melanggar semangatdasar bahasa yang asal (yang diperuntukkan dalam Fasal 152Perlembagaan 1957). Sekumpulan 9 orang peguam Melayu juga telah

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    24/225

    Mengapa Kami Bantah!

    16

    menghantar memorandum bertajuk Rang Undang-Undang BahasaKebangsaan 1967: Memorandum Hussein Onn [dan kawan-kawan].Antara lain memorandum ini menghujah bahawa Rang Undang-

    Undang Bahasa Kebangsaan yang dibentangkan di Parlimen padawaktu itu tidak melaksanakan matlamat yang terkandung dalam Fasal152 Perlembagaan, iaitu tentang status bahasa Melayu sebagai BahasaKebangsaan.

    Kerajaan tidak mempedulikan kebanyakan daripada bantahan itu.Maka BBBK, secara kilat, menganjurkan suatu perhimpunan besar diBalai Budaya (kini Balai Tun Syed Nasir) DBP yang dihadiri oleh kira-kira 1,500 orang peserta mewakili pelbagai pertubuhan, termasuk orangperseorangan, untuk membantah Rang Undang-Undang itu. Kemudiansekumpulan aktivis bahasa Melayu mengadakan perarakan yangterkenal sebagai Perarakan Keranda 152 menuju ke Kediaman PerdanaMenteri dan ke Parlimen untuk menghantar memorandum bantahan,tetapi perarakan itu disekat dan dihalau oleh pasukan Polis PencegahRusuhan. Akhirnya luluslah Akta Bahasa Kebangsaan 1967/1968. Perludicatat bahawa Seksyen 8 Akta ini, yang menimbulkan kontroversi,telah dipinda dan pindaan itu berkuatkuasa mulai 1 Jun 1990.

    Selepas tahun 1970

    Suatu perkembangan baru berlaku selepas tercetusnya rusuhan kaum

    pada 13 Mei 1969. Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN yangditubuhkan untuk memulihkan keadaan membuat keputusan untukmelaksanakan dasar untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasapengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Baru mulaitahun 1970 itulah kerajaan mengambil tindakan untuk melaksanakanperuntukan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1961 untukmenukarkan sekolah jenis kebangsaan aliran bahasa Inggeris, yangsebelum itu masih tetap wujud, kepada aliran sekolah kebangsaan yangmenggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya.Dengan demikian, semua sekolah jenis kebangsaan Inggeris diserap ke

    dalam sistem sekolah kebangsaan. Proses pemindahan atau conversionini kira-kira tamat dalam tahun 1981 apabila bermula dari tahun ituatau tahun 1982 semua kursus pertama yang diajarkan di InstitusiPengajian Tinggi Awam (IPTA) dikehendaki diajarkan dalam BahasaMelayu. Seyogia diingatkan bahawa dalam tahun 1965 sekumpulanpelajar sekolah menengah kebangsaan Aminuddin Baki telah diberipeluang melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya untukmengikuti kursus-kursus ijazah pertama dalam Bahasa Melayu. Dalamtahun 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan. Universiti inimenggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utamanya.

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    25/225

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    26/225

    Mengapa Kami Bantah!

    18

    Yang maju bukan bangsa itu seluruhnya, tetapi mungkin segelintirmanusia yang menguasai bahasa asing (Inggeris atau Perancis) sebagaialat untuk memajukan diri mereka dalam bidang-bidang yang

    berpengaruh. Buktinya dua: (a) di kebanyakan negara Afrika yangmenggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasarasmi, atau sebagai bahasa rasmi utama, atau sebagai bahasa nationistfunction, bangsa mereka, bahkan negara mereka, tidak maju, malahada yang makin mundur dan terus miskin. (b) di negara kita, semasabahasa Melayu tidak diberikan peluang untuk menjadi alat kemajuanbangsa Melayu, misalnya dalam bidang pendidikan menengah dantinggi, orang Melayu rata-rata cukup mundur dalam bidang itu.Kebanyakan mereka hanya terdidik dalam bahasa Melayu di peringkatsekolah rendah Melayu sahaja. Yang menentukan kemajuan negeri

    ialah golongan elitis berbahasa Inggeris. Tetapi selepas kemerdekaan,apabila bahasa Melayu dijadikan alat pengantar utama dalam sistempendidikan kebangsaan hingga ke peringkat pengajian tinggi, kitadapat melihat berpuluh ribu orang Melayu menjadi ahli sains, doktorperubatan, akauntan, dan lain-lain, dan ribuan sarjana Melayu dalampelbagai bidang ilmu, termasuk sains dan matematik, yang terdidikdalam bahasa Melayu.

    Sama ada kita menyedarinya atau tidak, dari segi budaya danamalan dasar bahasa, kita sedang melakukan pelbagai perbuatan yang

    kesannya boleh membawa negara ini kembali ke zaman sebelumkemerdekaan itu: kita hendak mengembalikan bahasa Inggeris sebagaipenentu kemajuan bangsa Melayu, tidak lagi bahasa Melayu. Dan inisaya anggap sebagai dasar atau pemikiran linguistic imperialism. Apamakna linguistic imperialism? Tollefson (1991), seorang penulis Barat,membincangkan soal bagaimana dasar mengutamakan bahasa Inggerisdi negara bukan berbahasa Inggeris sebagai bahasa elitis atau bahasapihak yang berkuasa dengan mewujudkan keadaan tidak adil, misalnyadalam bidang ekonomi dan pendidikan, kepada komuniti ataugolongan dalam masyarakat yang tidak menguasai bahasa itu. Menurut

    Tollefson, model kemajuan atau pembangunan yang menjadi acuanmereka ialah model Barat, dan untuk mengembangkan model itu, alatyang digunakan mestilah bahasa Inggeris dan inilah keadaan yangmenyebabkan berlakunya kemajuan yang tidak seimbang atau tidakadil antara negara atau komuniti di merata dunia.

    Menurut Phillipson dalam bukuya Linguistic Imperialism (1992),imperialisme bahasa Inggeris ialah the dominance of English is assertedand maintained by the establishment and continuous reconstruction ofstructural and cultural inequalities betweeen English and other languages

    (hal. 47). Imperalisme bahasa Inggeris, menurut Phillipson adalahcontoh linguisticm yang ditakrifkan sebagai ideologies, structures, and

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    27/225

    Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

    19

    practices which are used to legitimate, effectuate, and reproduce an unequaldivision of power and resources (both material and immaterial between groupswhich are defined on the basis of language. Ketidakadilan struktural dan

    budaya ini memastikan bahawa sumber-sumber materialistik lebihbanyak diagihkan kepada bahasa Inggeris dan tidak kepada bahasa-bahasa lain, dan tujuannya ialah untuk menguntungkan orang yangmenguasai bahasa Inggeris (hal. 47). Dalam suatu tulisan beliau yanglain (1999, juga dalam 1992), Phillipson berkata: Terjemahan bebas:Peluasan dan pengembangan bahasa Inggeris di dunia pasca zamankolonial dan selepas zaman komunisme tidaklah berlaku begitu sahajatetapi dipromosi secara sedar dan sengaja (terancang) oleh kerajaanAmerika dan kerajaan British yang memberikan perhatian yang seriusterhadap usaha untuk memajukan kepentingan korporat dan pelaburan.

    Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri merupakanbidang perniagaan multibilion dolar, penjana pendapatan yang terbesarbagi ekonomi British selaing perniagaan minyak. Bahasa Inggeris untukperniagaan bererti perniagaan untuk bahasa Inggeris. Perniagaanpengajaran bahasa Inggeris telah dianggap sebagai perniagaan yangkedua besarnya di samping pengedaran dadah dari segi pentingnya(nilai ekonomi atau perniagaannya) di sesetengah negeri. Perbandinganini barangkali agak melulu tetapi ia juga mendedahkan hakikat bahawaketagihan terhadap dadah bahasa Inggeris merupakan fenomena yangcukup meluas di sesetengah negara (Phillipson dalam Joshua A.Fishman, 1999, hal. 96).

    Malaysia kembali ke zaman penjajahan?

    Saya kira penjajahan bahasa Inggeris menurut penjelasan di atas sedangberlaku dan yang akan berlaku di negara ini apabila ideologi bahasaInggeris digembar-gemburkan oleh beberapa pemimpin kerajaan dandisambut oleh pihak majikan, terutama dalam sektor ekonomi swasta,sebagai syarat wajib untuk mendapat pekerjaan, untuk maju dalambidang pendidikan, untuk menjadi mengajar di sekolah dan di IPTA,

    dan sebagainya. Beratus-ratus ribu, mungkin berjuta rakyat Malaysiayang selama ini terdidik dalam Bahasa Melayu dan yang berkelayakantinggi dalam bahasa ini dalam pelbagai bidang, tiba-tiba diberitahuanda tidak layak kerana anda tidak fasih berkomunikasi dalam bahasaInggeris. Itulah nasib yang menimpa lebih 85% daripada orang Melayuyang menjadi rakyat Tanah Airnya dalam zaman penjajahan Inggerisdahulu.

    Orang semakin lantang menegaskan bahawa bahasa Inggeris, bukanBahasa Melayu, penting untuk kemajuan bangsa Melayu dan negara.Tetapi, menurut mereka, ini tidak akan menggugat kedudukan bahasaMelayu. Menurut mereka, nilai Bahasa Melayu sebagai bahasaperpaduan bangsa atau sebagai Bahasa Kebangsaan tetap penting

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    28/225

    Mengapa Kami Bantah!

    20

    dan tarafnya sebagai bahasa rasmi negara sebagaimana yang telahditetapkan dalam Perlembagaan dan dalam Akta Bahasa Kebangsaantidak akan berubah. Memanglah di atas kertas dasar itu tidak berubah,

    tetapi di luar bermacam-macam perubahan berlaku.

    Dua sektor bahasa yang bersaing

    Kini kita melihat wujudnya dua sektor bahasa yang jelas di negara ini.Yang satu adalah sektor pembangunan yang dikuasai oleh bahasaInggeris, dan yang satu lagi ialah sektor urusan pentadbiran negarayang masih menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya,walaupun proses hakisan dasar ini juga sedang berlaku. Lebih-lebihlagi dalam sektor pendidikan negara, kita melihat wujudnya dua sektoryang berlainan, yang satu ialah sektor pendidikan swasta yang

    menggunakan bahasa Inggeris sebagai alat pengantar tunggalnya, danyang satu lagi ialah sektor pendidikan awam yang nampaknya sedangmenjurus ke arah penggunaan bahasa Inggeris, khususnya dalampengajian matematik dan sains. Padahal Akta Institusi Pengajian Swasta(IPTS) 1996 dan Akta Pendidikan 1996 (yang menggantikan AktaPelajaran 1961) tetap menegaskan dasar yang asal, iaitu BahasaKebangsaan hendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar utama diIPTS. Walaupun menteri pelajaran diberi kuasa untuk mengecualikanperaturan dasar ini dengan membenarkan sesuatu kursus atausebahagian besar dari kursus itu diajarkan dalam bahasa Inggeris, inibukan dasar pokok, tetapi hanya kuasa untuk melakukan pengecualian.Malangnya, sejak tahun 1996 yang dilaksanakan oleh kerajaan ataumenteri pelajaran ialah pengecualian itu bukan dasar penggunaanbahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar utama diIPTS. Jadi, amalan bertentangan dengan dasar. Semua IPTS (termasukIPTS yang ditubuhkan oleh syarikat korporat atau perbadanan milikkerajaan seperti PETRONAS, Telekom dan Tenaga Nasional)dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarutama dalam semua kursus.

    Perubahan bahasa pengantar kursus Sains dan Matematik

    Pukulan paling hebat terhadap dasar bahasa yang asal (yang dikatakantidak berubah itu) dan terhadap dasar pendidikan kebangsaan adalahkeputusan mengubah bahasa pengantar matematik dan sains dariBahasa Melayu ke bahasa Inggeris, dari sekolah rendah hingga keperingkat pengajian tinggi. Ini perubahan yang oleh sesetengah orangdianggap, tidak masuk akal dan tidak sah dari segi perlembagaan danAkta Pendidikan yang ada.

    Masalah yang dihadapi oleh pelajar Melayu dari peringkat rendah,yang penguasaan bahasa Inggerisnya lemah, sangat serius. Padahalsebelum itu, mereka tidak menghadapi masalah yang berat mengikuti

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    29/225

    Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

    21

    mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu, bahasa yangmereka kuasai. Sudah pun banyak pelajar Melayu dan bukan Melayu ribuan banyaknya - yang berkelulusan peringkat ijazah pertama, ijazah

    sarjana malah ijazah Ph.D. dalam bidang sains dan matematik yangmereka pelajari dalam bahasa Melayu.

    Tidak ada negara yang maju (kecuali negara mundur atau negaratakluk kuasa Anglo-Amerika) yang memaksa kanak-kanak merekabelajar sains dan matematik dalam bahasa asing bermula dari haripertama mereka bersekolah. Kita di Malaysia nampaknya lebih bijakmenimbulkan masalah daripada menyelesaikan masalah.

    Nasionalis bahasa Melayu anti bahasa Inggeris?

    Kita juga sering mendengar orang Melayu, termasuk beberapapemimpin Melayu, berkata bahawa orang Melayu yangmemperjuangkan bahasanya adalah fanatik bahasa dan anti bahasaInggeris. Tetapi ini cakap-cakap orang yang emosional, tidak mahuberfikir secara lebih mendalam dan lebih bijaksana. Jikalau ditanya,mana buktinya yang menunjukkan bahawa orang Melayu itu gilabahasa Melayu atau anti bahasa Inggeris, mereka pasti tidak akandapat menjawabnya dengan bukti yang nyata. Tidakkah kita sedarbahawa selepas kemerdekaan, bahasa Inggeris dijadikan bahasa yangwajib dalam sistem pendidikan kebangsaan. UMNO dan orang Melayu

    tidak membantah dasar itu, walaupun mereka memperjuangkan bahasaMelayu. Orang putih pun tidak berani mewajibkan bahasa Inggerisdiajarkan kepada kanak-kanak Melayu di sekolah Melayu dahulu.Mungkin itu pun merupakan dasar mereka untuk menghalang orangMelayu menguasai bahasa Inggeris kerana takut bahasa itu akandigunakan oleh bangsa Melayu untuk mencabar kuasa mereka melaluibahasa mereka, seperti yang berlaku di tempat lain, misalnya di India.Kalau dahulu guru-guru Melayu yang rata-rata tidak menguasai bahasaInggeris memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu, hari ini yanglebih banyak memperjuangkan Bahasa Melayu adalah orang Melayu

    yang menguasai bahasa Inggeris, orang yang cukup fasihberkomunikasi dalam bahasa Inggeris ragam tinggi. Apakah merekamembenci bahasa Inggeris? Tentu tidak. Yang mereka benci bukanbahasa Inggeris tetapi adalah penjajahan bahasa Inggeris. Yang merekatentang adalah, dasar untuk mengembalikan penjajahan bahasa Inggerisdi negara ini, dasar yang boleh menyebabkan rakyat Malaysiaberbahasa Melayu, rakyat Malaysia yang berpendidikan dalam BahasaMelayu Bahasa Melayu yang menjadi Bahasa Kebangsaan dan bahasarasmi negara tidak mendapat peluang untuk maju dalam bahasa inikerana adanya dasar kedua. Dasar ini tidak ada dalam Perlembagaanatau dalam Akta Bahasa Kebangsaan, dasar yang tidak pernahdiputuskan oleh Parlimen) bahawa bahasa Inggeris ialah syarat utama

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    30/225

    Mengapa Kami Bantah!

    22

    untuk menjadi bangsa yang maju di negara ini. Inilah yang ditentang,iaitu ideologi bahasa itu atau agenda imperialismenya. Bukan bahasaInggeris itu, atau bahasa apa pun. Padahal bukan mereka tidak tahu,

    sudah ada puluhan ribu orang Melayu dan warga Malaysia dari kaumlain yang telah mencapai kejayaan dan kemajuan yang cemerlangdalam bidang sains, matematik, perubatan dan melalui pendidikandalam Bahasa Melayu dai darjah satu sampai ke IPTA.

    Melayu tidak akan hilang identiti Melayunya jikalau merekamengetahui bahasa Inggeris

    Kemudian, kita ada mendengar segelintir orang Melayu, terutamapemimpin besarnya sejak dahulu, yang berkata bahawa orang Melayutidak akan hilang identiti Melayunya jikalau mereka mengetahui bahasaInggeris. Macam-macam alasanlah digunakan untuk mempengaruhiorang ramai bahawa orang Melayu tidak usahlah takut mempelajaribahasa Inggeris. Lagi sekali kita bertanya, mana buktinya bahawa orangMelayu takut menguasai bahasa Inggeris? Isu ini tidak timbul langsung.Kata-kata itu boleh mengelirukan rakyat, seolah-olah maksudnya atauimplikasinya adalah, orang Melayu bolehlah mengorbankan bahasamereka, menggantikannya dengan bahasa Inggeris, sebab pengorbananitu tidak akan menukar bangsa Melayu menjadi bangsa Inggeris!Ingatlah, penduduk asli Hawai dan penduduk peribumi lain di

    Amerika, di Australia dan di New Zealand, sudah tinggal sebagaibahan atau artifak budaya dan pelancongan sahaja. Itulah sahajaidentiti yang masih ada pada mereka, iaitu rupa badan mereka, adatasli mereka, bahasa etnik mereka. Mereka tidak maju lagi keranabahasa mereka sudah dimusnahkan. Dan jangan lupa juga bahawa diAsia atau di Asean, negara berbahasa Inggeris yang besar ialah Filipina,tetapi bangsa atau negara Filipina tidak lebih maju dari bangsa Jepunatau Korea, atau negara Thai, bahkan juga Indonesia yangmementingkan Bahasa Kebangsaan masing-masing sebagai alatkemajuan bangsa di dalam negara sendiri.

    Oleh sebab itu, apabila orang menimbulkan soalan: mana lebihpenting, maju bangsa atau maju bahasa, kita perlu mencabar pendapatyang songsang ini dengan soalan: bagaimanakah bahasa Melayu akanmaju jikalau kemajuan bangsa Melayu tidak dilakukan dalam bahasaMelayu tetapi dalam bahasa orang lain, bahasa Inggeris? Bagaimanakahbahasa Melayu akan maju dalam bidang ilmu jika ia tidak digunakansebagai bahasa ilmu? Banyak bangsa di dunia pupus atau hampirpupus kerana bahasanya tidak digunakan atau disekat untukberkembang sebagai alat kemajuan bangsa itu. Teori yang benar danyang terbukti berdasarkan sejarah pembentukan tamadun setiap bangsa

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    31/225

    Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

    23

    di dunia, adalah, bahasa maju apabila bahasa itu digunakan sebagaialat kemajuan bangsanya.

    Tidak salah mengetahui bahasa asingMengetahui bahasa Inggeris atau bahasa apa pun selain bahasa sendiri,memang tidak salah, malah baik. Tidak ada orang Melayu yang berkataini salah. Tetapi apakah fungsi bahasa asing itu kepada bangsa yangmengetahui bahasa asing itu: soal inilah yang perlu kita fikirkan. Tentusahaja pentingnya bukanlah untuk menggantikan bahasa kita sebagaialat kemajuan bangsa sendiri. Apalah gunanya kita mengetahui bahasalain jikalau tujuannya adalah untuk berkomunikasi antara bangsasendiri dalam bahasa itu: di rumah, di kedai, di pasar, di restoran, ditempat kerja, di kilang, di pejabat dan sebagainya? Tidak cukupkahbahasa kita sendiri sebagai alat komunikasi dalam semua bidang itu?

    Kita mengetahui bahasa asing bukan untuk menggantikan bahasasendiri tetapi untuk tujuan-tujuan tertentu. Misalnya, untuk mencariilmu yang terdapat dalam kepustakaan bahasa asing itu; atau, kalauperlu, untuk menuntut ilmu di luar negeri seperti di Jepun, di Perancis,di negeri berbahasa Arab, misalnya, tidak hanya di negara berbahasaInggeris, atau untuk menjadi diplomat di negeri asing, atau untukmenyampaikan kertas kerja di luar negeri, dan sebagainya. Berapaorangkah daripada penduduk Malaysia yang berjumlah lebih kurang 25

    juta ini, yang hendak menjadi diplomat, hendak pergi ke Amerika,Britain dan Australia untuk menuntut ilmu, ilmu yang kebanyakannyadapat dituntut di negeri kita dalam bahasa kita, dan berapa orangkahrakyat Malaysia yang hendak membentangkan kertas kerja dalambahasa Inggeris atau menghadiri persidangan peringkat antarabangsadi luar negeri?

    Bagi memajukan bangsa kita, yang kebanyakannya tidakmengetahui atau tidak perlu mengetahui bahasa asing itu di peringkattinggi kita wajib menggunakan bahasa sendiri sebagai alatnya, keranabahasa bukan hanya sekadar hukum nahu; lebih penting lagi, bahasaadalah sistem budaya dan sistem kognitif, yang memainkan peranansebagai alat untuk mencetuskan kreativiti minda atau akal budi bangsasendiri, alat pembina tamadun bangsa. Ilmu yang diperoleh darikhazanah bahasa asing perlu dikembangkan secara kreatif, di negerisendiri dan dalam kalangan bangsa sendiri dalam bahasa yangdifahami oleh bangsa kita, iaitu bahasa Melayu. Proses pemindahanhasil tamadun luar secara kreatif ke dalam tamadun sendiri inidilakukan oleh banyak bangsa lain. Bangsa Melayu telah melakukanproses ini berzaman-zaman lamanya melalui pertembungan mereka

    dengan tamadun dari dunia India, dunia Islam, dan dunia lain lagi.Apakah dengan cara ini bangsa dan negara kita tidak akan maju?

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    32/225

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    33/225

    Nasionalisme dan Perjuangan Bahasa

    25

    berwaspada. Gerakan dan perasaan menentang proses globalisasi yangdianggap sebagai bentuk penjajahan baru, yakni penjajahan teknologi,penjajahan budaya, termasuk penjajahan bahasa Inggeris seperti yang

    disebut oleh Phillipson (di atas tadi), penjajahan ekonomi pasaranbebas dan penjajahan ideologi, yang dibawa melalui bahasa Inggeristerutamanya, makin merebak. Kesedaran nasionalisme, atau menurutistilah John Naisbitt dalam bukunya Global Paradox (1995), tribalism,berlaku di mana-mana sekarang ini, termasuk juga di Eropah, tidaksahaja di negara Dunia Ketiga. Kalau dahulu bahasa Inggeris secaralangsung menjadi alat penjajahan di dalam negara kita apakah sekarangtidak mungkin proses yang sama akan berlaku lagi, kali ini melaluiglobalisasi bahasa Inggeris ini yang boleh jadi dilancarkan secara sedaroleh pakatan Amerika-Britain untuk menguasai minda bangsa kita,

    menguasai ekonomi kita, memusnahkan budaya dan agama kita?

    Perjuangan bahasa yang belum tamat

    Dasar bahasa dan dasar pendidikan kebangsaan yang terbentuk selepastahun 1957 mungkin tidak akan terlaksana jikalau tidak ada desakandaripada badan-badan NGO Melayu pada masa sebelum dan beberapatahun selepas tahun itu. Sebagai contoh, Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu (KPGMS), yang ditubuhkan pada 14 April 1946,mengadakan mesyuarat agung dalam bulan Disember 1957 untukmenggesa ahli-ahlinya keluar dari UMNO sekiranya kerajaan tidaksegera melaksanakan penubuhan sekolah menengah Melayu. Olehkerana sambutan kerajaan, terutama Menteri Pendidikan waktu ituagak dingin, maka KPGMS, dalam mesyuarat agung tergemparnyapada 31 Januari 1958 memberi arahan kepada ahli-ahlinya supayadalam tempoh 15 hari keluar beramai-ramai dari UMNO. Selepastempoh itu sebanyak 10,000 anggota KPGMS yang sejak penubuhannyamenjadi tulang belakang UMNO, keluar dari UMNO. Akibatnya, dalamPilihan Raya Umum tahun 1959, UMNO atau Parti Perikatan telahhilang kekuasaannya di Kelantan dan Terengganu (Ahmat Adam 1994:

    79).Hari ini orang Melayu tidak mempunyai badan NGO seperti itu lagi.

    Tetapi Jawatankuasa Menuntut (suqiu) dari Gabungan Pertubuhan CinaMalaysia ditakuti oleh parti-parti politik Cina. Mereka terus mendesakkerajaan untuk memperjuangkan kepentingan kaum Cina, termasukkepentingan bahasa, budaya dan pendidikan kaum Cina. Mereka bolehberkata: jikalau kerajaan tidak mengindahkan tuntutan mereka, merekaakan menyokong parti pembangkang. Dalam tahun 1999, misalnya,mereka menghantar memorandum mengandungi 89 tuntutan kepadakerajaan. Tetapi Perdana Menteri waktu itu (Tun Dr. MahathirMohamad) menolak tuntutan itu dengan alasan bahawa ia tidak selarasdengan kontrak sosial yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    34/225

    Mengapa Kami Bantah!

    26

    Tetapi itu tidak bererti tuntutan-tuntutan itu akan dilupakan begitusahaja. Orang Melayu, kata sesetengah orang, mudah lupa. Apabilasudah terlalu terdesak, baru mereka sedar dan mungkin hendak

    mengamuk dan menjulang keris, tetapi pada ketika itu, keadaansudah menjadi fait accompli, tidak dapat dibuat apa-apa lagi.

    Tidak dapat dibuat apa-apa lagi? Belum terlambat. Yang harusditentang bukan bahasa Inggeris tetapi ialah dasar yang bolehmenjadikan bahasa Inggeris itu sebagai alat penjajahan di negara ini.

    Nasionalisme bukan Gila Bangsa

    Akhir kata, perlu dijelaskan bahawa nasionalisme dan nasionalismebahasa bukan fenomena yang terdapat hanya di kalangan bangsa yang

    sedang membangun atau di negara Dunia Ketiga sahaja, tetapi jugaberlaku di negara Barat yang dikatakan sudah maju. Nasionalisme ataunasionalisme bahasa jangan dikelirukan dengan emosi rasisme atauetnisiti, tetapi harus dilihat sebagai proses pembebasan politik danpenjajahan sosioekonomi yang dilakukan melalui bahasa kuasa luar.Cuma yang perlu kita perhatikan ialah, nasionalisme politik Eropahsering kali bercorak rasis, khususnya apabila bangsa Eropah ituberhadapan dengan bangsa bukan Eropah yang berada di kawasanmereka. Nasionalisme Melayu dan nasionalisme bahasa Melayu tidakbersifat rasis. Jadi, kita harus membezakan etnisiti atau rasisme dengan

    kesatuan atau kesedaran sosiobudaya yang disebut bangsa atau nationdan hubungannya dengan proses pembentukan negara. Kita jangan lagimenuduh pejuang bahasa Melayu sebagai golongan fanatik bahasa,gila bahasa, anti bahasa Inggeris, anti kemajuan dan sebagainya, keranakata-kata ini merepek dan tidak beralasan sama sekali. Mungkin orangyang berkata demikian sudah menjadi mangsa linguistic imperialismbahasa Inggeris dan mereka boleh jadi tidak menyedarinya.

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    35/225

    Tun Dr. Mahathir menulis tentang Mengajar Sains dan Matematikdalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam blognya, chedet.com pada 10Ogos, 2008. Tulisannya sepanjang 22 perenggan itu menjelaskan sebabbeliau memutuskan supaya sains dan matematik diajarkan dalam

    bahasa Inggeris sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

    Sangatlah penting beliau memperjelaskan sendiri tindakannya itu,kerana isu kebahasaan dan pendidikan ini bukan perkara kecil.Keputusan Tun Mahathir mengetepikan Bahasa Melayu sebagai bahasapengantar untuk sains dan matematik sewaktu beliau menjadi PerdanaMenteri adalah keputusan yang membawa kesan sejarah burukterhadap:

    a. kedudukan Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan Malaysia,sebagai bahasa ilmu;

    b. Pendidikan pelajar-pelajar di sekolah rendah danmenengah; dan

    c. Jati diri dan tamadun bangsa yang menghadapi cabaranglobalisasi yang didominasi oleh nilai-nilai moral,kebebasan dan kapitalisme Barat.

    Kesediaan Tun Mahathir mengaku bertanggungjawab membuatkeputusan ini dapat dipuji. Sebagai bekas Perdana Menteri beliau mestiberani dan jujur mengakui tindakannya sama ada baik atau burukakibatnya. Sikap ini tidak ternampak pada ramai orang bawahannya

    yang dahulu terang-terang menyuarakan sokongannya terhadap beliaudalam tindakan menggantikan Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.

    Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

    4

    Dato' Baha ZainKetua 1,Persatuan Penulis Nasional (PENA)

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    36/225

    Mengapa Kami Bantah!

    28

    Sekarang mereka bungkam menyorokkan muka kerana Tun Mahathirtidak lagi mempunyai kuasa dan pengaruh dalam kerajaan.

    Oleh sebab saya adalah antara yang tersangat tidak setuju dengan

    keputusan Tun Mahathir itu, dan sudah banyak kali mengkritik beliaudengan keras, maka saya ingin mengulas keterangannya tentangperkara ini. Setelah membacanya saya menjadi bertambah yakinbahawa kritikan saya terhadapnya sebelum ini tidak meleset kerana apayang diterangkannya kali ini juga tidak memberikan alasan-alasanserta hujah yang baik dan meyakinkan bagi mengubah penentanganmasyarakat terhadap penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasapengantar untuk sains dan matematik di sekolah.

    Adalah penting dalam soal kebudayaan dan tamadun bangsa kita

    tidak berfikiran taksub, memutar belitkan alasan dan hujah, tetapiberusaha mencari pencerahan fikiran, terutama apabila menginsafibahawa Bahasa Melayu bukan hak milik seorang pemimpin, seorangindividu atau sekumpulan elit politik, tetapi warisan kolektif bangsa.

    Bertanggungjawab

    Tun Mahathir terang-terang mengaku bertanggungjawab berkenaanmengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Pengakuan inibolehlah ditafsirkan sebagai berikut. Beliau sendiri mengambil inisiatifdan mengarahkan supaya mata pelajaran itu tidak lagi diajarkan

    melalui Bahasa Melayu. Oleh sebab itu ia bukan berpunca daripadaMenteri Pendidikan Malaysia pada waktu itu. Ia adalah arahaneksekutif daripada Perdana Menteri. Sama ada perkara ini sudahdibincang dengan teliti, diperhalusi daripada segala segi, dandipersetujui terlebih dahulu oleh Majlis Tertinggi UMNO atau Kabinet,tidaklah jelas pada orang ramai kerana ia dilakukan secara mendadakpada 2003.

    Keputusan Tun Mahathir ini kemudiannya disokong oleh sejumlahMenteri UMNO, profesional dan peniaga tertentu yang antaranyamungkin melibatkan diri dalam pendidikan swasta yang lebih

    bertujuan mengaut keuntungan daripada pendidikan. Mereka melihatpotensi besar dalam perniagaan melalui pelajar-pelajar seberang lautdari Indonesia, China dan negara-negara lain yang membayar yuranpendidikan yang lumayan kepada kolej dan universiti masing-masingyang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Olehsebab itu seluruh sistem pendidikan negara ini disokong supayamenggunakan bahasa Inggeris bagi menjadikan Malaysia sebagai pusatpendidikan untuk pelajar termasuk dari negara luar.

    Selain daripada itu ribuan juta ringgit dibelanjakan oleh

    Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membekalkan danmenyelenggarakan perkakasan dan perisian komputer, buku teks barudalam bahasa Inggeris dan bahan-bahan pembelajaran lain. Pihak-pihak

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    37/225

    Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

    29

    yang menyokong keputusan ini tidak semuanya menyokong keranakepentingan pendidikan, tetapi kerana keuntungan perdagangan.Ramai juga yang menyokong kerana sudah mesra dengan bahasa

    Inggeris atau memang tidak suka terhadap pengaruh Bahasa Melayu.Satu siasatan perlu dilakukan bagi mengetahui berapa bilion ringgit jumlah yang dibelanjakan bagi membeli komputer, perisian, buku teks,buku panduan mengajar bagi guru, dan peralatan lain bagimenggantikan bahan pendidikan lama dengan yang berbahasa Inggeris;dan pihak mana yang terlibat di dalamnya.

    Tentang kebimbangan Tun Mahathir bahawa ramai yang menuduhbeliau tidak bersemangat kebangsaan Melayu tidaklah penting sangatdibahaskan di sini walaupun aneh bagi seseorang pemimpin yangbersemangat kebangsaan seperti beliau tidak pula mengutamakanBahasa Kebangsaan dalam sistem pendidikan kebangsaan di negaranya.Sikap seperti ini, iaitu mencabut kedudukan dan fungsi BahasaKebangsaan yang sah seperti termaktub dalam perlembagaan negara,daripada pendidikan sains dan matematik di sekolah rendah danmenengah, tidak mungkin dilakukan oleh mana-mana Presiden atauPerdana Menteri di negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Jerman,Russia dan Perancis.

    Apa yang penting dibahaskan adalah tindakan memberhentikanpenggunaan Bahasa Melayu dalam sains dan matematik memang jelas

    tidak mengutamakan Bahasa Melayu. Ini suatu tindakan yangbercanggah dengan apa yang pernah diucapkan oleh beliau sebelummemegang jawatan Perdana Menteri iaitu bagi menjadikan BahasaMelayu sebagai bahasa pengantar utama di universiti. Sayangnyaapabila beliau sudah berada di puncak kekuasaan, Bahasa Melayu itusudah tidak penting atau berguna lagi, dan perjuangan Bahasa Melayuitu adalah suatu alat sahaja bagi memenangi hati orang Melayu,terutama pengikut parti, bagi tujuan naik ke atas atau mendapatkekuasaan.

    HukumanTun Mahathir ingin membuat penjelasan sebelum beliau dihukum.Dalam isu ini nampaknya beliau tidak perlu bimbang terhadap apa-apahukuman dari segi politik atau undang-undang kerana beliau sudahtidak lagi memerlukan suara pengundi ahli parti atau rakyat. Hanyamasyarakat pejuang Bahasa Melayu dan pencinta Bahasa Kebangsaan,dan sejarah tamadun bangsa sahajalah yang sedang dan terusmenghukum tindakannya. Kerosakan yang dilakukan terhadap peranandan fungsi bahasa secara terancang melalui dasar kerajaanmengakibatkan kesan buruk yang panjang dan mungkin sulit untuk

    dipulihkan, terutama apabila ia sengaja disaingkan dengan bahasaglobal, bahasa Inggeris yang disokong oleh kekuatan ekonomi,

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    38/225

    Mengapa Kami Bantah!

    30

    teknologi komunikasi dan maklumat, serta budaya popular yangkomersial. Tindakan ini boleh diistilahkan sebagai pembunuhan bahasa,iaitu usaha menjerut bahasa sendiri secara sengaja.

    Semangat Kebangsaan

    Mengutip kata-kata Tun Mahathir sendiri: Pendapat saya adalahmereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harusmengutamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja... Ini adalahsuatu tuduhan yang tidak berasas, liar, dan hanya ada dalam imaginasibeliau sendiri. Alangkah baiknya sekiranya dapat ditunjukkan buktisiapa dan berapa ramai yang hanya mengutamakan penguasaanbahasa ibunda sahaja, dan menolak bahasa Inggeris. Menolakpenggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan

    matematik bagi menggantikan Bahasa Melayu, bukan bererti menolakbahasa Inggeris sama sekali, dan mengutamakan bahasa ibunda sahaja.Yang ditolak adalah dasar mengetepikan Bahasa Melayu sebagaibahasa pengantar, dan digantikan dengan Bahasa Inggeris bagimengajarkan sains dan matematik di sekolah. Itu inti persoalannya.Oleh sebab itu jangan dikelirukan antara soal bahasa Inggeris sebagaibahasa kedua dengan isu bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarsains dan matematik.

    Pendapat yang keliru ini sebenarnya bukan diucapkan oleh TunMahathir seorang. Ada beberapa tokoh lain juga pernah berkhayalseperti ini. Malahan seorang Anglophile sampai menuduh mereka yangmemperjuangkan Bahasa Melayu sebagai linguistic chauvinist yangsempit, dalam rencananya pada sebuah akhbar Inggeris. Kenyataan initidak benar; dan adalah fitnah yang tidak jelas apa niat dan tujuan disebaliknya. Cukup ganjil orang yang berpendidikan tinggi, daripadaUniversiti Oxford misalnya dan dianggap konon sebagai orang bijakpandai, boleh berfikir tanpa bukti, dan dipengaruhi kuat oleh sentimenperibadi dengan tujuan menyokong Perdana Menteri yang berkuasa. Iniadalah contoh bahawa kelulusan tinggi dan ilmu saja tidak cukup

    jikalau ilmu tidak dibarengi dengan niat jujur, adab dan etikaperbahasan yang baik. Dalam masyarakat kita contoh-contoh orangyang berkelulusan tinggi, berkuasa dan yang dianggap berilmu, tetapitidak berakhlak, rasuah, dan khianat terhadap kebudayaan dan bangsatidaklah susah untuk dikenali.

    Setanding dengan bangsa lain

    Tentang kenyataan Tun Mahathir bahawa kita harus setanding, dudukatau berdiri, dengan bangsa-bangsa maju di dunia pula, semuanya kitasetuju dan menyokongnya. Juga kita tidak membantah apabila Tun

    berkata: Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiridengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    39/225

    Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

    31

    mulia dan mampu bersaing... Tidak ada sesiapa yang siuman yangmencadangkan bangsanya harus berada dalam keadaan malang ini.Memang kita patut menggalakkan setiap orang berpengetahuan tinggi,

    berdaya saing dan seboleh-bolehnya menguasai sekurang-kurangnyadua tiga bahasa. Untuk orang Melayu Islam adalah sangat pentingmereka menguasai bahasa ibundanya Bahasa Melayu (malu sekiranyakita tidak mahir menulis dalam bahasa sendiri dengan canggih, berisidan indah), dan kemudian dua bahasa lain, Inggeris atau Arab, danbukan Inggeris sahaja. Masyarakat kita sudah tiba pada suatu peringkatperkembangan fikiran yang menerima kepentingan plurilinguisme,iaitu mengetahui banyak bahasa adalah sesuatu yang normal sepertimengenal banyak bangsa di dunia ini.

    Globalisasi sedang menipiskan sempadan-sempadan negara danmempermudah lalu lintas modal, unsur-unsur bahasa dan budaya,maklumat, ilmu dan teknologi. Dalam waktu sama globalisasi jugasedang mengancam kesinambungan nilai-nilai budaya dan agamanegara membangun. Tegasnya dalam usaha meningkatkan kemahiranberbahasa asing kita mesti berwaspada agar bahasa kita yang menjadiwadah nilai-nilai murni, dan menjadi wahana pembentukan rohani,fikiran, etika dan pandangan dunia atau tasawur tidak terkucil ke tepidan dikuasai oleh nilai-nilai negatif yang dibawa oleh bahasa asing.

    Tuntut ilmu ke negeri Cina

    Tentang sabda Nabi: Tuntutlah ilmu hingga ke negeri Cina,walaupun Nabi tidak mengembara ke sana, baginda tahu akankekayaan peradaban Cina dalam aneka dialeknya, tetapi tidaklah pulabaginda sampai menyuruh umatnya meminggirkan bahasa sendiri ataubahasa Arab yang menjadi bahasa Al-Quran dan bahasa ilmu.

    Ilmu yang dituntut daripada Cina itu tentulah bagi memperhebatkehidupan Islam, dan memperkaya bahasa-bahasa orang Islam denganilmu pengetahuan kerana bahasa itu menjadi pengantar pendidikan,wahana dakwah serta alat perhubungan harian setiap masyarakat.

    Justeru itu bahasa orang Islam harus diperkaya dengan memperluaskonsep ilmu, dan menambah istilahnya melalui terjemahan danpenyesuaian selain daripada usaha penyelidikan tempatan bagimengisinya dengan dapatan-dapatan baru. Orang Islam itu berbangsa-bangsa dengan bahasa-bahasa yang berlainan dan kebudayaannyasendiri. Perbezaan bahasa, kebudayaan, persekitaran alam dan florafaunanya, imaginasi dan warisannya adalah kekayaan yang bolehdikongsi manfaatnya. Kebijaksanaan sabda Nabi itu harus jugaditafsirkan, tuntutlah ilmu di mana-mana sahaja walaupun jauh keTimur atau Barat, atau dalam kalangan umat Islam sendiri supaya

    penganut Islam tidak menjadi taksub dan sempit dengan satu-satubahasa atau orientasi sahaja.

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    40/225

    Mengapa Kami Bantah!

    32

    Belajar daripada tamadun dan Islam

    Pada perenggan 5,6, 7, 8 dan 9 Tun mengingatkan kita bagaimanaorang Arab menterjemah sains, matematik dan falsafah daripada

    Yunani. Kemudian bangsa-bangsa Islam menjadi hebat dalam pelbagaidisiplin ilmu sedangkan orang Eropah masih berada dalam kegelapansampailah orang Eropah belajar bahasa-bahasa Arab bagi menimbailmu yang terkandung di dalamnya. Di sinilah kita patut belajardaripada sejarah tamadun Islam dan Eropah bagaimana perananbahasa sesuatu bangsa itu sangat penting bagi membangunkankegemilangan penduduknya baik melalui terjemahan mahupun melaluipenyelidikan perpustakaan atau makmal di dalam bahasanya sendiri.Oleh sebab itu mempelajari bahasa-bahasa negara yang maju menjadikunci kejayaan bagi mana-mana negara pun termasuk Malaysia. Sepertimasyarakat Arab Islam dahulu menterjemah daripada bahasa Yunanike dalam bahasa Arab, dan kemudian menyebarkan ilmu melaluibahasanya sendiri (Arab), begitulah juga yang patut kita contohi.Mereka tidak mengerah jutaan orang Arab belajar bahasa Yunani bagimenjadi berilmu. Mereka tidak mengajar dan menyebarkan ilmudengan menggunakan bahasa Yunani, Latin atau bahasa asing lain,tetapi bahasa Arab.

    Tentang peristiwa sejarah ini sudah sangat diketahui oleh ramai, dankepentingan menguasai bahasa orang dan memindahkan ilmunya

    melalui terjemahan adalah suatu truisme atau hakikat yang tidak perludiperjelaskan panjang lebar. Berdasarkan pengertian ini kita patutmenggalakkan kumpulan-kumpulan tertentu seperti mahasiswa,profesional, pensyarah, ilmuwan dan cendekiawan belajar menguasaibahasa-bahasa ilmu asing. Ada yang mahir bahasa Perancis, ada yangpintar bahasa Sepanyol, dan ada yang menguasai Mandarin, Russia, Jepun, Arab, atau Jerman bagi mengkaji ilmu, teknologi dan falsafahyang beraneka jenis dalam tamadun dunia. Bukan semua 26 juta rakyatMalaysia harus mahir (membaca, menulis, menterjemah, berbahas)dalam bahasa Inggeris sahaja, tetapi jahil dalam bahasa antarabangsa

    lain, dan bebal dalam bahasa Melayu.Orang yang sama-sama fasih dalam bahasa yang sama pun tidak

    mesti dapat memahami artikel jurnal ilmiah dalam disiplin ilmu yangkhas jikalau mereka berlainan keahlian. Stail penulisan ilmiah denganistilah-istilah teknik yang khusus yang digunakan oleh ahli sainsnuklear dalam Bahasa Inggeris tidak mungkin difahami oleh seorangProfesor sejarah yang sama-sama pandai berbahasa Inggeris.

    Oleh sebab itu, jikalau kita bercakap tentang menguasai ilmu untuksetanding dengan negara-negara maju serta besar, dengan menguasai

    bahasa Inggeris sahaja, bukanlah satu penyelesaian sempurna yangberpandangan jauh. Jawapannya adalah harus ada kelompok-kelompok

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    41/225

    Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

    33

    ahli tertentu yang menguasai pelbagai bahasa antarabangsa dalambidang-bidang tertentu (teknologi, diplomasi, perdagangan, tentera,perisikan, perundangan dan lain-lain) sebagaimana angkasawan dan

    kelompok tentera udara kita yang menjadi pilot serta petugas teknikalkapal terbang yang dibeli daripada Rusia telah diajar bahasa Rusiasebelum berlatih di sana.

    Apabila kita ada banyak kelompok dan ramai yang mahir secarafungsional dalam pelbagai bahasa tidaklah kita sangat tergantungkepada sumber ilmu daripada satu-satu bahasa sahaja, Inggeris atauMelayu. Oleh sebab itu masyarakat dapat mencapai langsung ilmukesihatan, perubatan, pertanian, elektronik, persenjataan atau teknologiangkasa lepas terus daripada Amerika Latin, Eropah Barat atau Timur,Rusia, Cina, Korea dan Jepun. Bahan terjemahan Inggeris berapabanyak pun jumlah bukunya tidak mungkin memindahkan setiapmetafora, konsep, makna dan ilmu yang tersirat dalam beranekasumber asal. Oleh sebab itu lebih baik jikalau ada orang kita yang khasmenterjemahkan langsung ke dalam makna bahasa kita daripadabahasa asal Perancis, Jerman dan Jepun misalnya. Brazil yangmempunyai lebih 180 juta penduduk dan menggunakan bahasaPortugis, mempunyai pelbagai ilmu dalam jurnal serta kepustakaannya.Demikian juga negara-negara Amerika Latin yang menggunakanbahasa Sepanyol, kaya dengan pelbagai ilmu yang kita belum

    berpeluang memanfaatkannya kerana kita tidak menyediakan cukuppenterjemah yang pakar serta mahir dalam bahasa Sepanyol. Kita dapatmemperkaya ilmu dengan lebih banyak lagi jikalau kita menterjemahlangsung daripada Portugis dan Sepanyol.

    Tun Mahathir bertanya apakah tidak mungkin mengadakansejumlah penterjemah bagi menterjemah ilmu daripada bahasa Inggeriske Bahasa Melayu dan dengan itu orang Melayu tidak perlu belajarbahasa Inggeris. Dalam perenggan berikutnya (11), Tun sendirimenjawab bahawa tidak mungkin kerana ilmu sudah berkembangsangat pesat dan bukan seperti dahulu lagi.

    Tidak ada sesiapa pun yang mencadangkan diadakan sekumpulanpenterjemah bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk semua orangmenguasai ilmu dalam Bahasa Melayu sahaja. Tidak ada juga orangyang waras akan mencadangkan supaya kita menyediakan penterjemahbahasa Inggeris sahaja, dan meninggalkan langsung penguasaanbahasa-bahasa lain sebagai bahasa kedua atau ketiga, terutama bagipara pelajar universiti. Selain itu bahasa Inggeris pun bukan jawapannya untuk segala ilmu. Ilmu harus ditimba daripada berbagai-bagai bahasa tamadun dunia. Inggeris itu bukan maju dalam segala segi

    dan malah mundur dalam banyak hal juga berbanding negara-negaramaju lain, bukan sahaja dalam beberapa bidang sains dan teknologi,

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    42/225

    Mengapa Kami Bantah!

    34

    tetapi juga dalam sains kemanusiaan dan kemasyarakatan, agama danfalsafah. Tentulah kita sangat pendek akal jikalau mahu menyediakansegelintir penterjemah bahasa Inggeris bagi menimba lautan ilmu ke

    dalam Bahasa Melayu.Pada perenggan 12 dan 13 Tun Mahathir memaparkan bahawa sains

    dan matematik serta banyak ilmu-ilmu lain berkembang dengan pesatserta hebat termasuk bagi menentukan pergerakan bintang, dan kapalangkasa dengan ditambahi lagi ilmu baru yang berasaskan kuasaelektrik, gerakan atom, sains nano dan pelbagai lainnya. Kita semuabersetuju sains, teori dan teknologi tidak pernah berhenti dan memecutlaju ke depan terutama di negara-negara kuasa besar dunia. Tidakmungkin diterjemahkan semua dan segala-galanya oleh segelintirpenterjemah Melayu atau bukan Melayu. Pandangan beliau ini sepertidalam perenggan 14 itu dikongsi oleh ramai orang termasuk ahli-ahlibahasa dan penterjemah profesional kerana bukan sahaja kemahiranbahasa asal dan bahasa sasaran harus dikuasai penterjemah, tetapi jugabidang ilmu berkaitan. Malah seorang novelis Inggeris tidak mungkinmenterjemahkan puisi Inggeris meskipun mencintai persuratan kalaudia tidak berminat dan biasa dengan genre puisi. Apatah lagi jikalaubeliau berada dalam bidang keahlian atau disiplin ilmu yang berlainanseperti fizik dan ekonomi.

    Menginsafi keterbatasan penterjemahan bagi menyerap kemajuan

    ilmu seperti yang kita bincang di atas tidaklah pula bererti kita patutlupakan usaha terjemah-menterjemah. Ilmu bukan sahaja ada padasains dan matematik; dan bukan sains dan matematik sahaja yangdiperlukan bagi kesejahteraan dan kecemerlangan hidup manusia.Bidang sejarah, agama, sains kemasyarakatan, undang-undang,ekonomi, akhlak, falsafah dan etika juga adalah perlu bagi membentuktata pentadbiran, sistem perundangan, pemerintahan negara,kepimpinan, akal budi dan rohani insan. Jikalau tidak manusia akanhanya mementingkan kebendaan dan akal yang rasional apabilamenilai taraf, keadilan, darjat dan kebajikan manusia, dunia dan

    akhirat. Penterjemahan al-Quran, Hadis dan kitab-kitab besar misalnyasangat penting bagi umat Islam dan juga untuk yang bukan Islam bagimengetahui dengan mendalam sejarah dan prinsip-prinsipnya jikalautidak berdaya menguasai sepenuhnya bahasa Arab.

    Oleh sebab itu untuk kekayaan ilmu pada masa depan, kitamemerlukan institusi terjemahan yang besar, berwibawa dan cemerlangagar mampu menterjemah daripada dan kepada bahasa-bahasaantarabangsa supaya rakyat yang tidak mungkin menguasai banyakbahasa asing memperoleh jalan masuk kepada kebudayaan-kebudayaan

    dunia baik dalam bidang teknologi mahupun kulinari, landskap, senibina, muzik, filem, perniagaan, pengurusan, ekonomi dan politik.

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    43/225

    Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

    35

    Sayangnya ada sebuah institusi terjemahan kerajaan (InstitutTerjemahan Negara Malaysia Berhad), tetapi sejak tertubuh pada 1993ia tidak dapat bergerak positif kerana boleh dikatakan tidak diberi

    perhatian langsung dan peruntukan yang cukup oleh kerajaan kecualipada tahun-tahun akhir ini. Kita sepatutnya menggaji dua atau tigaratus tenaga penterjemah profesional, dan editor terjemahan dalambahasa-bahasa Cina, Sepanyol, Jerman, Jepun, Itali, Perancis, Russia,Arab dan lain-lainnya bagi menterjemah langsung karya-karya besardunia ke bahasa Melayu.

    Setelah menghuraikan bahawa ilmu sedang berkembang cepat, danilmu penting untuk bersaing dengan negara-negara lain, danpenterjemahan sekarang tidak banyak membantu memajukan negara,maka dalam perenggan 16 Tun Mahathir memutuskan, ...jika kitabelajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapatakses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dandibukukan dalam bahasa Inggeris.. Ada dua perkara penting yangterkandung dalam kenyataan ini, iaitu satu ilmu dan satu lagi bahasaInggeris. Di sinilah beliau keliru kerana menganggap denganmenguasai bahasa Inggeris semua ilmu dalam bahasa Inggeris itu bolehdiakses. Pertama tidak semua ilmu yang perlu untuk kita ada dalambahasa Inggeris. Kedua penguasaan sains dan matematik dalam bahasaInggeris tidaklah semestinya membolehkan orang menjadi profisien

    dalam bahasa Inggeris sehingga boleh mengakses semua ilmu dalambahasa Inggeris. Juga sains dan matematik bukan segala-galanya untukkeseluruhan kehidupan rohaniah, jasmaniah dan intelektual.

    Memang betullah banyak sekali buku ilmu pengetahuan dalambahasa Inggeris seperti juga buku-buku dalam bahasa antarabangsalain, tetapi bahasa Inggeris itu sahaja tidak mencukupi kerana ia adalahsalah satu daripada bahasa antarabangsa yang membekalkan ilmu yangcanggih serta moden. Oleh sebab itu ia bukanlah mutlak satu-satunyabahasa yang berisi semua ilmu pengetahuan.

    Mengetepikan Bahasa MelayuDengan kepercayaan kuat terhadap bahasa Inggeris itu Tun Mahathirmembuat keputusan drastik mengetepikan bahasa Melayu sebagaibahasa pengantar sains dan matematik di sekolah rendah danmenengah mulai tahun 2003 sedangkan bahasa pengantar BM sudahdiamalkan sejak 30 tahun dengan jayanya. Sekali lagi Tun Mahathirkeliru dan bertindak tidak bijaksana kerana daripada segi pembelajarandan pengajaran ilmu kepada pelajar-pelajar rendah dan menengahapakah yang lebih berkesan daripada mengajar anak-anak melaluibahasa yang difahamnya semula jadi sejak kecil, terutama bahasa

    ibundanya. Bahasa ibundanyalah yang cepat menimbulkan kesedarandan kecerdasan fikirannya bagi pembinaan intelek terutama pada

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    44/225

    Mengapa Kami Bantah!

    36

    peringkat awal persekolahan. Tidak ada bahasa lain yang bolehmengambil alih peranan penuh bahasa ibunda bagi menyempurnakanproses pembangunan emosi dan kognitif seseorang anak, sama seperti

    keunikan menyusu di tetek ibunya bagi pembesaran tubuh sertaemosinya.

    Pada peringkat awal persekolahan para guru tidak memerlukanistilah-istilah teknikal yang kompleks bagi mengajarkan konsep sainsdan matematik. Ratusan ribu istilah asas dan pelbagai buku teks sertarujukan telah pula diterbitkan dalam Bahasa Melayu sejak awal 70-anbagi keperluan mengajar sains dan matematik hingga ke peringkatuniversiti.

    Selain daripada itu melalui bahasa pengantar Bahasa Melayu negara

    kita sudah menghasilkan ratusan ribu pakar sains, profesional ,ilmuwan, penyelidik, pensyarah, profesor, cendekiawan, dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang berjaya membangunkan Malaysia sejaktahun 70-an. Saya percaya Angkasawan Negara kita yang pertama itupun melalui sistem pendidikan yang mengajarkan sains dan matematikdalam Bahasa Melayu pada mulanya.

    Ribuan pelajar yang tamat daripada sistem pendidikan kebangsaansudah pula berhasil mendapat ijazah pertama, sarjana dan kedoktorandaripada universiti-universiti Australia, United Kingdom dan AmerikaSyarikat, termasuk daripada universiti ternama seperti Oxford,

    Cambridge, London School of Economics, Nottingham, UCLA,Harvard, Ann Arbor, Stanford, Chicago dan Berkeley. Kebanyakanmereka ini belajar sains dan matematik dalam Bahasa Melayu sewaktudi sekolah. Mereka berjaya mengikuti kuliah, merujuk bahan ilmu, danmenulis tesis di universiti-universiti luar negara kerana mereka pernahbelajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sejak tahun satu.

    Oleh sebab itu persoalan yang sebenarnya bagi menguasai ilmu danmenjadikan orang kreatif dan berfikiran kritis bukanlah bahasaInggeris, tetapi ilmu dan pendidikan itu sendiri. Bagi menyerapkan

    ilmu melalui bahasa Inggeris baik sains, matematik, undang-undangatau apa sahaja, perkuatkan sistem dan metode pengajaran sertapembelajaran bahasa Inggeris itu sendiri; dan bukan melalui pengajarandan pembelajaran sains dan matematik.

    Prestasi dalam Sains dan Matematik merosot

    Apa yang berlaku selepas tahun 2003 adalah kemerosotan pendidikanmata pelajaran sains dan matematik di sekolah-sekolah kerana guru-guru tidak mahir mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasaInggeris. Guru sendiri tidak lancar berkomunikasi dalam bahasa

    tersebut kerana selama ini mengajar lebih banyak dalam BahasaMelayu. Jikalau guru sendiri tidak biasa dengan istilah teknikal Inggeris

  • 8/14/2019 eBook Mengapa Kami Bantah PPSMI

    45/225

    Kekeliruan Sikap dan Budaya Pemimpin

    37

    dan tidak lancar berbahasa Inggeris, bagaimana mereka bolehberkomunikasi dengan pelajar, dan menjadi ghairah mendidik?Pendidikan apakah namanya jikalau tidak ada komunikasi yang baik

    antara guru dan murid?Daripada beberapa penyelidikan ilmiah bebas yang dijalankan oleh

    penyelidik-penyelidik akademik daripada Universiti KebangsaanMalaysia (pada peringkat awal bahasa pengantar Inggerisdiperkenalkan), dan Emeritus Dato Prof Isahak Haron, UniversitiPendidikan Sultan Idris (2008), Prof. Datin Dr. Juriah Long, UniversitiKebangsaan Malaysia (2008), dapatan yang diperoleh adalah berlakukemunduran pembelajaran terutama dalam kalangan pelajar Melayu diluar bandar. Oleh sebab itu hasil daripada pengenalan bahasa Inggerissebagai bahasa pengantar sains dan matematik ini adalah ratusan ribupelajar negara ini, termasuk guru-gurunya menjadi kacau. Ilmu sainsdan matematiknya mundur, kepandaian bahasa Inggeris tidakbertambah, dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasaperpaduan terpinggir.

    PPSMI ini sudah dikritik dan ditentang oleh pelbagai pihak sertatokoh seperti Prof. Di Raja Ungku Aziz, Tan Sri Abdul Rahman Arshad(bekas Ketua Pengarah Pendidikan), Dato Omar Hashim (bekasTimbalan Ketua Pengarah Pendidikan), Tan Sri Prof Emeritus IsmailHussein (GAPENA), Prof Emeritus A. Bakar Hamid (Prihatin), Prof.

    Emeritus Dr Abdullah Hassan (Pengarah, Institut Peradaban Melayu,UPSI), Prof.