Ppsmi Assign

download Ppsmi Assign

of 28

  • date post

    14-Jan-2016
  • Category

    Documents

  • view

    239
  • download

    0

Embed Size (px)

description

education

Transcript of Ppsmi Assign

TAKRIF BAHASA

Bahasa ialah suatu sistem lambang bunyi suara yang arbitrari yang digunakan oleh anggota sesuatu kelompok manusia untuk berhubungan. Bunyi suara ini disebut bunyi bahasa.Bunyi-bunyi bahasa dilahirkan manusia dengan dengan alat-alat pertuturannya dan digabungkan untuk membentukkan kata.Bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dan menyampaikan pemikiran manusia dalam bentuk visual. Bahasa pengantar ialah alat yang paling penting dalam pendidikan yang membolehkan guru menyampaikan pengetahuan kepada pelajar.Bahasa pengantar yang digunakan di sekolah Malaysia terdiri daripada Bahasa Tamil, Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia. Antara isu-isu yang wujud dalam bahasa pengantar di sekolah ialah :i. Penggunaan Bahasa Ibunda Di Sekolahii. PPSMIiii. MBMMBI

ISU PERTAMA: Penggunaan Bahasa Ibunda Di Sekolah1.0PengenalanBahasa ibunda merupaka bahasa sendiri yang dipakai sejak kecil. Bahasa ibunda adalah penting dalam meningkatkan komunikasi sesama kaum dan merapatkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan bahasa ibunda dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Memaksimakan komunikasi dalam bilik darjah dan membolehkan pelajar lebih banyak berfikir.Di Malaysia terdapat tiga kaum yang majoriti iaitu Melayu, Cina dan India. Terdapat tiga jenis aliran sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.1.1Kesan Positif Penggunaan Bahasa Ibunda dalam PengajaranGuru lebih yakin dalam pengajaran dengan bahasa ibunda. Penyampaian konten menjadi lebih berkesan. Komunikasi antara guru dengan pelajar dapat dimaksimakan dan berlaku dengan berkesan. Pelajar juga lebih mudah memahami proses pembelajaran dan lebih berani menanyakan soalan. Justeru itu, keputusan pelajar dapat dipertingkatkan.Menurut Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova di Paris pada 12 Mei 2011, kanak-kanak akan lebih cemerlang jika didedahkan dengan pelajaran yang menggunakan bahasa ibunda khususnya di peringkat rendah. Beliau turut menyatakan bahawa terdapat bahawa terdapat bukti menunjukkan kanak-kanak di seluruh dunia seperti di Mexico dan Peru yang mendapat pendidikan peringkat rendah dalam bahasa ibunda akan cemerlang di bilik darjah. (Laman Utusan Malaysia Online 12 Mei 2011)

1.2Kesan Negatif Penggunaan Bahasa Ibunda dalam PengajaranSalah satu kesukaran dalam melaksanakan pengajaran dalam Bahasa Ibunda ialah kesukaran guru, guru juga perlu menguasai Bahasa Ibunda dengan baik supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan berkesannya. Oleh kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, maka perkahwinan campur merupakan satu perkara yang biasa. Pelajar daripada keluarga yang mana ibu dan bapa daripada etnik yang berbeza akan mengalami kekeliruan memilih Bahasa Ibunda.Bahan rujukan yang digunakan di Malaysia kebanyakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, ini akan menyebabkan guru menggunakan bahasa campur / rojak dalam pengajaran. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar kurang menguasai bahasa sekunder seperti bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.Peringkat kolej dan universiti menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pelajar yang belajar dalam Bahasa Ibunda akan mengalami kesukaran memahami pengajaran dalam bahasa yang kurang biasa digunakan.1.3Langkah PenyelesaianSekolah mewakili setiap kaum iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ditubuhkan. Penubuhan tiga jenis aliran sekolah membolehkan Pengajaran lebih berkesan tetapi menjejaskan pencapaian perpaduan.Oleh itu, cara penyelesaian yang paling baik ialah menubuhkan satu jenis sekolah sahaja di peringkat rendah dan menengah yang terdiri daripada berbilang kaum bagi menyelaraskan bahasa pengantar dalam pengajaran sains dan matematik. Ini dapat mewujudkan perpaduan antara kaum dan menyeragamkan bahasa yang digunakan dalam pengajaran sains dan matematik iaitu Bahasa Malaysia. Tetapi dengan menubuhkan satu jenis sekolah sahaja, pelajar bukan Melayu sukar memahami isi pengajaran. Bangsa Cina dan Tamil juga akan rasa tergugat.Mantan Perdana Menteri yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohd telah mencadangkan penubuhan sekolah wawasan pada tahun 1997. Sekolah wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Dalam konsep ini, dua atau tiga buah sekolah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan berhubung.Tujuan dan matlamat sekolah wawasan adalah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelajar yang berbagai bangsa dan latar belakang. Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran. Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah Negara yang bersatu padu. Mengalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah.

ISU KEDUA: Dasar Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik(PPSMI)2.0PengenalanPengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasarpendidikan Malaysiayang menetapkanbahasa Inggerismenggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaranSainsdanMatematikdi semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiranTun Dr Mahathir bin Mohamadpada tahun2003.Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan olehMenteri PelajaranTan Sri Muhyiddin Yassinsetelah kajian mendalam dilakukan.2.1 Pelaksanaan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik (PPSMI)PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada19 Julai2002di bawah pentadbiranPerdana MenteriMalaysiake-4,Tun Dr Mahathir bin Mohamad. MengikutKementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun persekolahan 2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahan pembelajaran PPSMI berbentuk pakej yang terdiri daripada komponen-komponen berikut: Buku Teks(Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik. Buku Latihan dan Aktiviti(Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik Tahap Satu sahaja. Buku Panduan Guru(Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu. MyCD(Pupil's CD-ROM): MyCD ialahCD-ROMuntuk murid yang bertujuan mengukuhkan kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif, permainan, simulasi dan e-ujian. CD-ROM Guru(Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja. Buku Amali Sains(Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk Tahap Dua sahaja. Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat.Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan dibuat olehDong Jiao Zongsatu kompromi oleh Majlis TertinggiBarisan Nasional, satu formula 2-4-3 telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala bagi Tahap II, formula 6-2-3-2 telah dilaksanakan mulai tahun 2006 untuk tujuan tersebut.2.2 Objektif Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik (PPSMI)Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman webKementerian Pelajaran Malaysia, rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.Secara umumnya, sains dan matematik adalah bidang yang men