contoh_perjanjian_tanah
-
Upload
cray-valley -
Category
Documents
-
view
232 -
download
0
Transcript of contoh_perjanjian_tanah
-
8/14/2019 contoh_perjanjian_tanah
1/5
PERJANJIAN SEWA TANAH
TARIKH: _______________________
di antara
xxxxx
_______________________________
(Tuan Tanah)
dan
xxxxx
________________________________
(Penyewa)
PERJANJIAN INI dibuat pada hari dan tahun seperti yang dicatat di dalam Seksyen
1 dalam Jadual di antara dua pihak yang nama mereka dan butiran dinyatakan didalam Seksyen 2 dalam Jadual ini (selepas ini dinamakan Tuan Tanah) bagi satu
1
-
8/14/2019 contoh_perjanjian_tanah
2/5
pihak dan pihak yang satu lagi yang nama dan butirannya dinyatakan di dalam
Seksyen 3 dalam Jadual (selepas ini dinamakan Penyewa).
DENGAN ITU:
1. Tuan Tanah adalah tuan punya yang berdaftar/pihak/wakil yang memperolehkeuntungan kepada hartanah berkenaan yang secara khusus dirujuk dan
dinyatakan dalam Seksyen 4 dalam Jadual (selepas ini dinamakan Tanah
Berkenaan).
2. Tuan Tanah berhasrat untuk memberi sewaan dan Penyewa berhasrat untuk
menyewa Tanah Berkenaan tertakluk pada syarat-syarat dan peraturan yang
ditetapkan.
DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI PERKARA-PERKARA BERIKUT:-
3. Tertakluk pada syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan Tuan Tanah
memberi kebenaran kepada Penyewa tempoh sewaan bagi Tanah Berkenaan
bagi satu tempoh, bermula dari tarikh tertentu dan tamat pada tarikh tertentu
sebagaimana yang disebut di dalam Seksyen 5(a)(b) dan (c) satu persatu
dalam Jadual.
4. Kadar sewa yang tertera dalam Seksyen 6 (a) dalam Jadual hendaklah
dibayar pada masa yang ditetapkan dalam Seksyen 6 (b) dalamJadual. Sewa
itu mesti dibayar secara tunai.
5. PENYEWA DENGAN INI BERSETUJU DENGAN TUAN TANAH
mengenai perkara- perkara berikut:
5.1 Untuk membayar sewa pada hari dan cara yang dipersetujui.
5.2 Untuk menjaga Tanah Berkenaan dalam keadaan yang baik dan elok
(kelusuhan dan kehausan biasa dikecualikan).
5.3 Memberi kebenaran kepada Tuan Tanah dan wakilnya yang dilantik
setelah memberi tiga hari notis pada setiap masa dan dipersetujui secara
bersama bagi membolehkannya memasuki dan memeriksa keadaanTanah Berkenaan,
5.4 Untuk menggunakan Tanah Berkenaan bagi tujuan sebagaimana yang
tertera di dalam Seksyen 8 dalam Jadual dan tidak menggunakannya
atau memberi kebenaran untuk apa juga tujuan lain yang selamat kecuali
bagi tujuan yang spesifik yang telah dinyatakan dan tidak
menggunakannya atau memberi kebenaran atau menyebabkan apa-apa
kerosakan berlaku di Tanah Berkenaan atau mana-mana bahagiannya.
5.5 Tidak akan membenarkan, menyewakan semula, atau keluar daripada hak
milik yang sah itu atau menyebabkanTanah Berkenaan digunakan untuk
2
-
8/14/2019 contoh_perjanjian_tanah
3/5
apa juga tujuan lain tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran
bertulis daripada Tuan Tanah.
6. TUAN TANAH DENGAN INI BERSETUJU DENGAN PENYEWA mengenai
perkara-perkara berikut:-
6.1 Untuk membayar cukai tanah, caj perkhidmatan dan bayaran-
bayaran lain yang berkaitan dengan Tanah Berkenaan selain
daripada yang dipersetujui dibayar oleh Penyewa.
6.2 Jika Penyewa membayar sewa tanpa gagal dan mematuhi segala
peruntukan dan tanggungjawabnya sebagaimana yang tertera,
penyewa hendaklah dibiarkan tinggal di tanah itu dengan secara
aman tanpa gangguan daripada Tuan Tanah atau sesiapa sahaja yang
mendakwa mewakilinya atau diamanahkan olehnya.
DENGAN SYARAT KEDUA-DUA PIHAK BERSETUJU mengenai perkara-
perkara berikut:-
6.3 Jika pada bila-bila masa sewa atau sebahagian daripadanya (sama
ada diminta dengan secara rasmi atau tidak) didapati tidak dibayar
atau tidak memuaskan untuk tujuh (7) hari selepas perlu dibayar
atau apa-apa tanggungawab Penyewa tidak dipatuhi, maka adalah
sah di sisi undang-undang bagi tuan tanah atau sesiapa yang dilantik
oleh tuan tanah bagi pihaknya untuk memasuki semula ke dalam
Tanah Berkenaan atau mana-mana bahagian bagi menentukan
tindakan yang perlu diambil kerana perlanggaran perjanjian.
6.4 Jika pada bila-bila masa sewa atau sebahagian daripadanya (sama
ada diminta dengan secara rasmi atau tidak) didapati terus tidak
dibayar atau tidak memuaskan untuk selama empat belas (14) hari
selepas perlu dibayar atau apa-apa tanggungjawab Penyewa tidak
dipatuhi, Penyewa adalah dikehendaki mengosongkan Tanah
Berkenaan dalam masa 7 hari.
6.5 Jika Penyewa ingin terus menyewa tanah itu, maka Penyewa
hendaklah memberi dua (2) bulan notis dengan secara bertuliskepada Tuan Tanah. Dengan syarat kesemua peraturan dan syarat-
syarat dalam perjanjian ini dipatuhi oleh penyewa, Tuan Tanah
boleh membenarkan Penyewa itu terus menyewa bagi satu lagi
tempoh sebagaimana yang tertera dalam Seksyen 5 dalam Jadual
mengikut syarat-syarat dan peraturan yang sama dan pada kadar
sewa yang akan dipersetujui bersama.
6.6 Sekiranya Tuan Tanah ingin menjual Tanah Berkenaan sebelum
tamatnya tempoh perjanjian ini, Tuan Tanah akan bersetuju agarjualan itu tertakluk pada sewaan ini dan akan meminta pembelinya
3
-
8/14/2019 contoh_perjanjian_tanah
4/5
supaya meneruskan syarat-syarat dan peraturan di bawah perjanjian
ini sebagai tuan tanah.
6.7 Kesemua kos mematikan setem dan kos yang terbit berikutan
penyediaan Perjanjian ini akan dibiayai oleh penyewa;
7 Dalam Perjanjian ini:-
7.1 Istilah Tuan Tanah dan Penyewa meliputi waris, wakil peribadi
dan pengganti mereka dari segi gelaran.
7.2 Perkataan-perkataan yang membawa maksud jantina maskulin
merangkumi jantina feminin dan neuter dan sebaliknya.
7.3 Perkataan-perkataan yang membawa erti nombor tunggal
meliputi juga nombor banyak dan sebaliknya dan perkataan-
perkataan yang membawa maksud orang boleh meliputi orang
perseorangan atau sebuah perbadanan.
DISAKSIKAN DI SINI BAHAWA kedua-dua pihak dengan ini bersetuju
menandatangani pada hari dan tahun sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen
1 dalam Jadual.
DITANDATANGANI oleh TUAN TANAH
Nama: xxxxxxxx ) .
NO. KAD PENGENALAN: xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Disaksikan oleh:
Nama: ) ..
NO. KAD PENGENALAN:
DITANDATANGANI oleh PENYEWA
Nama: xxxxxxxxxxxxxxxxxxx) .
Pengarah Urusan: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
NO. KAD PENGENALAN: xxxxxxxxxxxxxxxx
Disaksikan oleh:-
Nama: ) .
NO. KAD PENGENALAN:
JADUAL
4
-
8/14/2019 contoh_perjanjian_tanah
5/5
(Perlu diambil kira, dibaca dan diteliti sebagai salah satu perkara penting dalam perjanjian)
NO. PERKARA KETERANGAN
1 Tarikh perjanjian 20 Mei 2008
2 Keterangan tentang
Tuan Tanah (Nama, No
K/P, No Tel)
xxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxx
3 Keterangan tentang
Penyewa (Nama, No
K/P, No Tel)
xxxxxxxxxxxxxx
4 (a)
(b)
Alamat
Hartanah
Keluasan
xxxxxxxxxxxxxxxx
5 (a)
(b)
(c)
Jangkamasa
Tarikh mula
Tarikh tamat tempoh
xxxxxxxxxxxxxx
6 (a)
(b)
Sewa Tahunan
Tarikh akhir
xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Pembayaran perlu dibuat sebelum 01Mei setiap tahun
7 Pilihan untuk
pembaharuan
Lima tahun sahaja
8 Kegunaan hartanah Hanya untuk Pertanian atau Penternakan sahaja
5