BUMI DAN ANGKASA (Baru).doc

Click here to load reader

  • date post

    05-Feb-2016
  • Category

    Documents

  • view

    110
  • download

    1

Embed Size (px)

Transcript of BUMI DAN ANGKASA (Baru).doc

1.0 PENDAHULUAN

Galaksi Bima Sakti

Alam Semesta merujuk kepada kesemua benda yang wujud sama ada dapat dilihat atau tidak dapat dilihat. Benda benda di dalam alam semesta ini dapat dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu benda hidup atau benda bukan hidup.

Sebahagian pakar sains percaya bahawa alam semesta bermula dengan satu letupan besar yang membentuk ruang masa, tenaga dan jirim. Dalam alam semesta terdapat kelompok- kelompok galaksi yang teramat besar yang dikenali sebagai kelompong Agung yang terdiri daripada kelompok-kelompok galaksi yang kecil. Terdapat lebih 30 galaksi termasuk Bima Sakti yang telah dikenalpasti beredar mengelilingi pusat tempatan yang kita berada.Dalam setiap galaksi dianggarkan terdapat 100,000 juta bintang dan pada biasanya setiap galaksi berbentuk leper dan tebal sedikit dibahagian tengah piring dengan saiz diameter 100,000 tahun cahaya. Setiap galaksi berputar mengelilingi pusat galaksi dan ini termasuk system suria yang terletak di dua pertiga ke tepi galaksi Bima Sakti yang mempunyai kira-kira 30 tahun cahaya dari pusat . galaksi Bima Sakti ( Milky Way ) adalah sejenis galaksi pilin berpalang. Fakta bahawa Bima Sakti membahagikan langit malam kepada dua hemisfera yang sama menunjukkan bahawa sistem Suria berada dekat dengan satah galaksi.Sistem Suria merupakan sebahagian kecil daripada galaksi Bima Sakti. Sistem Suria terdiri daripada Matahari sebagai pusat Suria, sembilan planet, satelit semula jadi, asteroid, meteor dan komet yang kesemuanya beredar mengelilingi Matahari. Matahari dan objek astronominya terikat dengan gravitinya dengan objek sekelilingnyaDalam sistem suria, kesemua Sembilan planet beredar mengelilingi Matahari. Sesetengah Planet di sistem Suria memiliki bulan yang beredar mengelilingi planet- planet masing-masing. Asteroid berada di antara planet Marikh dan Musytari.

Sistem Suria

Kesemuanya terbentuk daripada awan molekul gergasi kira-kira 4.6 billion tahun lalu. Sebahagian besar jisim sisitem ini datang dari Matahari. Dari kebanyakkan objek yang mengorbitkan Matahari, kebanyakan dari jisim tersebut ditampung di dalam lapan planet relatifnya sendirian iaitu orbitnya hampir membulat dan berada di dalam cakera yang di panggil Satah ekliptik. 2.0

PENGENALAN

Buruj adalah sekumpulan bintang yang membentuk pola atau corak tertentu di langit yang boleh dilihat pada waktu malam. Pada siang hari juga terdapat buruj di langit tetapi kita tidak dapat melihatnya kerana cahaya matahari yang terlalu terang. Kebanyakkan nama-nama buruj berasal dari Yunani yang berkaitan dengan motologi kuno. Bintang- bintang yang membentuk buruj berada pada jarak yang berbeza dari bumi antara satu sama lain.

Perkataan buruj berasal daripada istilah Arab ( burj ) ( tunggal ), ( buruj ) ( jamak ). Berlainan bangsa berlainanlah persepsi mereka terhadap corak buruj serta nama buruj juga berbeza. Contohnya, orang Melayu di Nusantara melihat corak empat biji bintang berbentuk segiempat dengan tiga biji bintang lagi sederet di dalamnya sebagai sebuah belantik manakala orang Yunani di Rom Purba melihatnya sebagai susuk tubuh manusia iaitu pemburu bernama Orion.

Kesatuan Astronomi antarabangsa telah membahagikan langit kepada 88 buruj , 12 daripadanya digolongkan dalam kumpulan yang disebut buruj zodiak. Buruj zodiak yang terdiri daripada 12 buruj hanya kelihatan pada bulan-bulan tertentu dalam masa setahun di garisan Khatulistiwa. Buruj yang sering kali kelihatan di langit Malaysia serta mudah dicerap ialah Buruj Biduk ( Big Dipper ), Buruj Belantik ( Orion ), Buruj Kala Jengking ( Scorpio ) dan Buruj Pari ( Crux ).

2.1BURUJ ZODIAK

Istilah Zodiak diambil dari perkataan Latin zodiacus, yang digubah daripada perkataan Greek (zdiakos kuklos), yang membawa maksud lingkaran kecil haiwan. Istilah ini diambil berikutan fakta yang mengatakan separuh daripada tanda-tanda zodiak Greek purba terdiri daripada makhluk hidup. Pada hari ini, istilah dan juga zodiask Greek purba terdiri makhluk hidup. Istilah dan nama-nama kesemua dua belas tanda-tanda lebih banyak dikaitkan dengan astrologi horoskopik walaupun zodiak masih lagi digunakan sebagai asas rujukan astronomi.

Buruj Zodiak

Buruj Zodiak merupakan sekumpulan 12 buruj yang merentasi seluruh langit yang berada sepanjang lingkaran matahari. Kepentingan buruj-buruj zodiak ini ialah merupakan laluan Matahari sepanjang tahun. Selain daripada Matahari, bulan dan kesemua 8 buah planet bergerak di kalangan bintang-bintang buruj Zodiak ini.

Buruj Zodiak pada lingkaran Matahari

2.1.1

Simbol buruj zodiak

Simbol simbol yang digunakan oleh ahli astrologi barat untuk

menggambarkan tanda-tanda astrologi

Tanda-tanda zodiak yang ditunjukkan dalam ukiran kayu abad ke -16

2.2BURUJ SEPANJANG TAHUN

Buruj sepanjang tahun terdiri daripada empat jenis buruj daripada 88 jenis buruj yang terdapat di langit. Ke empat-empat buruj ini disebut sebagai buruj sepanjang tahun kerana buruj ini sentiasa kelihatan di langit sepanjang tahun. Keempat-empat buruj ini ialah :

a).Buruj Pari

Buruj pari adalah buruj yang paling kecil dalam 88 buruj yang boleh dilihat di Bumi.

Boleh dilihat sepanjang tahun di bahagian selatan.

Digunakan untuk menunjukkan arah selatan.

Diwakili oleh empat butir bintang. Bintang yang bernama Acrux sentiasa menunjuk ke arah selatan bumi.

Buruj Pari dapat dilihat antara 20o latitude utara dan 90o latitude selatan. Imej lebih jelas dapat dilihat pada pukul 9.00 malam sepanjang bulan Mei. Buruj ini akan berada di tengah meridian langit selatan pada waktu maghrib di antara bulan Mei dan Jun.

Arah yang ditunjukkan oleh garisan yang menyambungkan bintang A dan B ketika tersebut adalah arah selatan.

Unjuran garisan tersebut ke arah yang berlawanan untuk mengetahui arah utara dari sesuati tempat.

b).Buruj Skorpio

Buruj ini dinamakan scorpio / kala jengking.

Ia biasanya kelihatan di antara bulan Jun hingga Ogos di bahagian timur. Ia kelihatan huruf J yang sedang terbaring.

Bintang terang yang terdapat di buruj ini ialah bintang anteres.

c).Buruj Biduk

Buruj ini bernama biduk ( big dipper ). Ia adalah bahagian ekor ke separuh badan daru buruj beruang besar atau Ursa Major.

Buruj ini kelihatan antara bulan Mei hingga Jun . Buruj ini juga di gelar Buruj senduk kerana ia kelihatan juga seperti senduk. Ia juga menunjukkan arah utara melalui bintangnya Dubhe dan Merak.

Buruj Biduk boleh dilihat di bahagian Utara. Bintang utama yang membentuknya ialah Merak Phad, Alioth dan Alkaid.

d).Buruj Belantik ( Orion )

Buruj ini juga dikenali sebagai seorang pemburu.

Ia kelihatan pada bulan Disember hingga Mac.

Buruj Belantik ini terletak hampir ke sebelah Timur.

Cara untuk mengenali buruj ini adalah dengan memerhati tiga butir bintang yang terdapat pada tali pinggangnya. Tiga butir bintang ini di kenali sebagai Alnitak, Alnilam dan Mintaka. Bintang yang paling atas dinamakan lamda yang sentiasa menunjukkan ke arah utara. Buruj ini digunakan untuk menunjukkan arah kiblat bagi orang Islam yang hendak bersolat.

2.3KEGUNAAN BURUJ

a.Pada zaman dahulu buruj bertindak sebagai kompas bagi menentukan arah

pelayaran kepada pelaut dan pengembara. Contohnya buruj Belantik dan Biduk

sentiasa mengarah ke utara manakala buruj pari sentiasa mengarah ke selatan.

b.Ahli-ahli astronomi menggunakan buruj bagi memetakan langit. Mereka

mengenal pasti kedudukan sesuatu objek samawi berdasarkan kedudukan objek

samawi tersebut di dalam sesuatu buruj. Contohnya , komet Ikeya Seki dicerap di

dalam buruj Hercules.

c.Pada masa dahulu, manusia menentukan musim berdasarkan kemunculan buruj-

buruj . buruj juga boleh menandakan sesuatu masa untuk bertanam atau menuai

hasil tanaman.

3.0 LAPORAN PEMERHATIAN BINTANG DI LANGIT

Saya telah membuat pemerhatian mengenai buruj Belantik ( Orion ) pada 5.11.2014 di kawasan penanaman semula kelapa sawit . Saya memilih tempat ini kerana ia menunjukkan kaki langit yang memisahkan antara daratan dan udara dengan jelas dimana saya mendapat satu garisan horizon ( mederian ) yang jelas. Sebelum saya melakukan pemerhatian pada tarikh tersebut, saya telah beberapa kali melakukan pemerhataian tanpa rekod bagi mengenalpasti pergerakan buruj selama empat jam. Hasilnya saya dapati , buruj Belantik memang tidak kelihatan pada pukul 8: 00 malam ke atas tetapi ia hanya muncul selepas pukul 12 tengah malam dimana buruj Belantik ini jelas berada di bahagian barat pada pukul 5.00 pagi dan ke atas.

Titik kordinat pemilihan pemerhatian saya pada buruj Belantik ini adalah di sebelah Utara. Saya mendapati Buruj belantik ini bergerak dari arah Timur ke Barat dimana ia sentiasa menghala ke arah Utara.3.1ALATAN, BAHAN DAN SUMBER PEREKODAN PEMERHATIAN

Saya telah menggunakan binokular dan software stellarium untuk melakukan perekodan pemerhatian terhadap buruj Belantik ini. Penggunaan binokular dapat membantu saya melihat butiran bintang halus terutamanya pada bahagian lenggan orion serta dapat melihat tiga butir bintang yang berada dalam sederetan. Saya juga telah melayari laman web dari jabatan Falak sebelum melakukan pemerhatian sebenar bagi mendapatkan sedikit maklumat mengenai pergerakan buruj. Saya memperoleh peta buruj dari laman web falak di mana kita juga boleh mengguna