BMM 3103 Pentaksiran
-
Upload
mohd-yusoff-ishak -
Category
Documents
-
view
294 -
download
1
Transcript of BMM 3103 Pentaksiran
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
1/31
Bahagian 1
Pengenalan
Pengujian, penilaian dan pengukuran merupakan konsep yang penting
diketahui dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep
walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-
ciri tetapi saling membantu untuk mencapai matlamat yang sama.
Pengujian
Pengukuran
Penilaian
Konsep pengujian, pengukuran dan penilaian
Sumber : Nota BMM 3013 Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (PPG).
Pengujian memberi erti proses penyerahan satu set terpiawai soalan-
soalan yang perlu dijawab atau satu instrument atau prosedur sistematik bagi
mengukur satu sampel tingkah laku seseorang individu. Hasil jawapanmerupakan satu ukuran dalam bentuk numeric yang bertujuan untuk
menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan
berguna untuk menempatkan diri dalam kumpulan belajar yang sesuai. Ujian
pula ialah merupakan satu alat untuk mengukur pencapaian pelajar.
Menurut Ee Ah Meng (2002), kuantiti pembelajaran seseorang pelajar
boleh dinyatakan dengan dua cara, iaitu dengan membandingkan pencapaian
seseorang lain dalam ujian yang sama dan membandingkan pencapaian pelajar
dengan satu standard atau kriteria. Oleh itu pengujian merupakan satu proses
untuk seorang guru dalam mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar-
pelajarnya dalam menguasai kefahaman dan isi pelajaran yang diajar oleh guru
tersebut.
1
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
2/31
Tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar
dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran, malah perlu mendapat maklum
balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku.
Maklum balas tersebut boleh diketahui selepas pengujian dijalankan. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau
tercetak yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran
bahasa.
Menurut Ee Ah Meng (2002), pengujian sekiranya digunakan dengan baik,
merupakan bahagian penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Sesetengah
guru menggunakan ujian sebelum mengajar, untuk mengetahui pembelajaran
lampau.juga digunakan di akhir pelajaran sebagai satu cara menilai kesan
pelajaran pada pelajar dan aspek-aspek pelajaran yang perlu diperbaiki.
Ujian yang baik mestilah mempunyai rancangan yang rapi. Cara yang baik
untuk merancang sesuatu ujian ialah dengan menyediakan Jadual Penentuan
Ujian (JPU). Menurut Ahmad Mohd Salleh (2011) Jadual Penentuan Ujian (JPU)
dikenali juga dengan nama Test Blue Print atau Test Specification. JPU terdiri
dari dua paksi, iaitu paksi menegak (Kandungan/Topik-topik) dan paksimelintang 9 Aras (Kemahiran/Kesukaran).
.
Maklumat Dalam Jadual Penentuan Ujian (JPU)
JPU mempunyai maklumat seperti berikut :
kandungan ujian yang berupa topik-topik pelajaran.
Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama
masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei dan lain-lain.
Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan
2
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
3/31
20% - 80%.
Kepentingan JPU
JPU dibina untuk :
Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran
yang diuji.
Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
Memberi panduan untuk membentuk soalan.
Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian lain.
Menurut Mak Soon Sang (2002), cara yang baik untuk memastikan
sesuatu ujian mengandungi ciri keesahan isinya ialah menyediakan terlebih
dahulu, satu Jadual Penentuan Ujian (JPU), iaitu satu rangka yang
membentangkan secara khusus topik-topik mata pelajaran dan bilangan soalan
setiap topik mengikut aras kemahiran yang hendak diuji.
Langkah-langkah membina JPU
1. Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.
2. Tentukan soalan yang akan dibina itu. Pemilihan bentuk soalan haruslah
berasaskan pertimbangan yang baik. Perkara-perkara yang menjadi asas
pertimbangan itu ialah :
tujuan ujian itu diadakan.
masa yang diperuntukkan untuk ujian itu.
umur pelajar
3
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
4/31
bilangan pelajar yang diuji.
3. Tentukan model aras kesukaran item.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom
Sumber : Nota BMM 3103
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (PPG)
4. Apakah jenis ujian yang akan diuji?
Ujian Objektif
Ujian Struktur
Ujian Esei
Ujian lain-lain.
5. --- Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
--- Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah soalan sukar)
--- Pemarkahan
6. *** Menyatakan mata pelajaran.
4
6 Penilaian : memilih, menilai,mengadili
5 Sintesis : melahirkan pendapat,
kreatif, mengembangkan
4 Analisis : logik, induktif, deduktif
penaakulan, formal
3 Aplikasi : Ada pemindahan kemahiran,
menyelesaikan masalah
2 Kefahaman : menerangkan, membandingkan
menjelaskan, mengatakan
1 Pengetahuan : mengingat semula fakta,data dan lain-lain.
Mudah
Kompleks
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
5/31
*** Tahun / kelas
*** Susunan nombor soalan mengikut tajuk.
Aras Kemahiran Item Objektif Aneka Pilihan
Aras kemahiran dalam bidang kognitif Kata-kata kerja
1. Pengetahuan
Aras ini menguji kebolehan pelajar mengingat
kembali fakta, erti, istilah, prinsip, hukum, definisi
yang dipelajari.
Manakah, Apakah,
Siapakah, Bilakah,
Berikan, Senaraikan,
Nyatakan, Definisi
2. Kefahaman
Aras ini menguji kebolehan pelajar memahami,
menterjemah, meninterpretasi, menukar dan
menjelaskan fakta, konsep, hukum, teori yang telah
dipelajari.
Huraikan, Benarkan,
Jelaskan, Terangkan,
Tukarkan, Mengapa
3. Aplikasi
Aras ini menguji kebolehan pelajar menggunakan
fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan
dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang
berkaitan.
Tunjukkan, Kirakan,
Selesaikan, Susunkan,
Demonstrasikan,
Uruskan, Gunakan
4. Analisis
Aras ini menguji kebolehan pelajar membanding
dan menghuraikan faktor kesamaan, perbezaan
dan perhubungan di antara satu sama lain.
Bezakan, Bandingkan,
Asingkan, Tafsirkan,
Bahagikan, Klasifikasikan
5. Sentesis
Aras ini menguji kebolehan pelajar mencantumkan,
menggabungkan dan mengintegrasikan fakta-fakta
atau idea-idea yang berkaitan.
Gabungkan, Gubahkan,
Susunkan, Bentukkan,
Karangkan Merekabentuk
6. Penilaian
Aras ini menguji kebolehan pelajar membuktikan,
menilaikan, mengesahkan, mengkritik,
merumuskan, atau memberi pendapat sesuatu
penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan
sebagainya.
Nilaikan, Rumuskan,
Tafsirkan, Kritikan,
Bandingkan, Ulaskan,
Bezakan, Huraikan,
Buktikan
5
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
6/31
Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Jadual Spesifikasi Ujian
Bahasa Melayu Tahun Lima
Bil
Bentuk
SoalanObjektif
TajukKognitif Taksonomi Bloom Jumlah
ItemPengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis
1 Pemahaman
Catatan- 2 2 1 5
2 Pemahaman
Ucapan1 2 1 1 5
3 Pemahaman
Berita2 1 - 2 5
4 Pemahaman
Cerita2 1
-2 5
Petikan Catatan
7.00 pagi
Aku dan 119 orang peserta lain serta sepuluh orang guru berkumpul di
gelanggang bola keranjang sekolah. Kami, anggota Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Ulu Bernam, terlibat dalam program Kami Prihatin. Kami
akan bergotong-royong membersihkan Asrama Anak-anak Yatim Seri Bahagia.
Di gelanggang ini, kami mendengar taklimat program daripada guru penasihat
persatuan. Selepas itu, kami melakukan senaman ringan.
8.00 pagi
6
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
7/31
Kami bertolak ke asrama tersebut dengan menaiki tiga buah bas. Ketibaan kami
disambut oleh warga asrama yang diketuai oleh Pengetuanya, Tuan Haji Yahya
Hassan. Kami dipersilakan untuk menikmati jamuan ringan dan ketika itulah kami
beramah mesra dengan penghuni asrama. Tuan Haji Yahya turut memberikan
penerangan serba sedikit tentang latar belakang asrama ini kepada semua yang
ada.
9.00 pagi
Program ini dimulakan dengan pembahagian tugas. Kami, guru-guru dan
penghuni asrama dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan diberi
tugas khas. Tugas-tugas tersebut ialah menebas lalang, membersihkan
longkang, mengecat dinding, membersihkan bilik penginapan dan bilik belajar,
serta memperindah landskap asrama. Masing-masing melakukan tugasan yang
diberikan seperti anai-anai makan kayu. ementara itu, guru dan murid-murid
perempuan pula berganding bahu memasak makanan.
2.30 petang
Kerja-kerja pembersihan selesai. Persekitaran asrama bersih dan cantik. Kami
berehat sambilmenjamu selera
. Selepas itu, kami menunaikan sembahyangZuhur bersama-sama.
3.30 petang
Tuan Haji Yahya menyampaikan ucapan penghargaan. Beliau turut memberikan
cenderahati kepada wakil sekolah kami. Beliau berkali-kali mengucapkan terima
kasih atas keprihatinan kami terhadap penghuni asrama. Kami digalakkan
supaya saling berhubung demi persahabatan yang berpanjangan.
4.00 petang
Kami bertolak pulang.
7
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
8/31
1. Program apakah yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Ulu Bernam?
A lawatan sambil belajar
B aktiviti gotong-royong
C bersenam beramai-ramai
D meraikan anak-anak yatim
Aras Kefahaman
2. Berapakah jumlah peserta dari Sekolah Kebangsaan Ulu Bernam yang
menyertai program tersebut?
A 10 orang
B 119 orang
C 120 orang
D 130 orang
Aras Aplikasi
3. Yang berikut merupakan tugas-tugas semasa gotong-royong, kecuali
A memasak makanan
B mengecat longkangC menebas semak samun
D membersihkan bilik penginapan
Aras Analisis
4, Frasa menjamu selera dalam petikan tadi bermaksud
A memberi tetamu makan.
B makan sambil berbual-bual.
C makan dengan sepuas-puasnya.
D makan makanan yang sedap-sedap saja.
Aras Kefahaman
8
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
9/31
5. Berapa lamakah program Kami Prihatin berlangsung?
A lima jam setengah
B enam jam setengah
C tujuh jam setengah
D Sembilan jam
Aras Aplikasi
Petikan Ucapan
Yang dihormati pengerusi majlis, Encil Saifulizam Ahmad. Yang berusaha,
anggota jawatankuasa kampung serta penduduk Kampung Lindungan Bulan
yang saya kasihi.
Hadirin sekalian,
Selaku kepala kampung, saya amat menghargai kehadiran hadirin
sekalian dalam majlis ini. Untuk makluman semua, majlis ini merupakan
mukadimah bagi program Lindungan Bulan Indah yang dicadangkan oleh
jawatankuasa kampung.
Program ini bermatlamat untuk menjadikan persekitaran kampung kita ini
indah, seindah taman-taman yang dijaga dengan rapi. Program ini akan
memberikan perhatian khusus untuk mengindahkan kampung ini dengan pokok-
pokok hijau yang dihiasi buah atau bunga yang menarik. Seboleh mungkin, kita
tidak mahu adanya tanah-tanah terbiar yang hanya dipenuhi lalalng dan semak.
Walaupun kawasan kediaman merupakan hak peribadi, namun saya dan
anggota jawatankuasa amat mengalu-alukan kerjasama dari penduduk kampung
agar Lindungan Bulan Indah tercapai matlamatnya.
9
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
10/31
Untuk itu, anak-anak pokok dan baja yang disediakan boleh dipohon oleh
sesiapa yang berminat untuk ditanam di kawasan kediaman masing-masing.
Sebagai galakan juga, pihak jawatankuasa bersetuju untuk mengadakan
pertandingsan Landskap Terbaik. Landskap di kediaman hadirin akan diadili
tiga bulan dari sekarang, dan hadiah dalam bentuk wang tunai menantijohan.
Hadirin sekalian,
Sesungguhnya, program ini bukanlah semata-mata untuk mengindahkan
Lindungan Bulan ini. Tujuan lainnya adalah agar kita sebagai generasi yang
matang dapat memikul tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar. Mudah-
mudahan usaha kita ini dapat dicontoh generasi muda. Maka, kekallah alam
sekitar yang menghijau buat cucu-cicit kita kelak.
Sekian, terima kasih.
1. Siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut?
A pegawai alam sekitar
B pengasas Kampung Lindungan Bulan
C Ketua Kampung Kampung Lindungan BulanD anggota jawatankuasa kampung Kampung Lindungan Bulan
Aras Pengetahuan
2. Selain mengindahkan kampung, apakah tujuan lain program Lindungan
Bulan Indah?
A penduduk kampung tidak perlu lagi bersiar-siar di taman yang lain
B penduduk kampung berperanan dalam memelihara alam sekitar
C penduduk kampung berpeluang untuk memperoleh anak-anak
pokok dan baja secara percuma
D penduduk kampung berpeluang untuk memenangi wang tunai
melalui pertandingan landskap Terbaik
Aras Kefahaman
10
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
11/31
3. Yang manakah yang benartentang petikan tadi?
A penyampai ucapan tadi bernama Saifulizam Ahmad
B penyampai ucapan berharap agar tiada tanah terbiar di kampung itu
C Kampung indungan Bulan seindah taman yang dijaga dengan rapi
D penduduk akmpung dipaksa untuk menanam anak pokok yang
disediakan jawatankuasa kampung di kediaman mereka
Aras Aplikasi
4. Kata johan dalam petikan bermaksud
A hero
B jaguh
C juara
D pahlawan
Aras Kefahaman
5. Mengapakah agaknya landskap kediaman penduduk kampung akan
diadili tiga bulan lagi?
A memberi peluang kepada penduduk kampung untuk membina
landskap di kediaman masing-masing.
B anggota jawatankuasa kampung terlalu sibuk dan hanyaberkelapangan selepas tiga bulan
C anggota jawatankuasa kampung memerlukan tempoh tiga bulan
untuk mendapatkan hakim bagi mengadili pertandingan
landskap itu
D Segala keperluan anak-anak pokok dan baja hanya akan dapat
diperolehi selepas tiga bulan kerana anggota jawatankuasa
kehabisan stok barangan tersebut
Aras Analisis
11
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
12/31
Petikan Berita
KOTA BHARU, Khamis Kerajaan negeri Kelantan menyeru para siswazah
supaya menceburi bidang pertanian, terutamanya bagi tanaman alternatif untuk
menggantikan tanaman tembakau yang kurang berpotensi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa negeri, Dr. Nik
Mazian Nik Mohamed berkata bahawa antara tanaman alternatif yang
dicadangkan ialah roselle dan ubi keledek. Hal ini demikian kerana kedua-dua
tanaman ini berpotensi untuk diperluaskan di negeri ini. Roselle misalnya, dapat
dijadikan jus minuman dan jem. Selain itu, roselle kaya dengan khasiat seperti
vitamin C, zat besi, kalsium dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu roselle boleh
dijadikan ubat juga.
Sebaliknya, tanaman tembakau memerlukan kos yang tinggi.
Kebanyakan petani yang sedia ada sebenarnya tidak mampu mengurus
tanaman tembakau jika tidak diberi bantuan,katanya.
Menurut Dr Nik Mazian lagi, pihak kerajaan negeri menyarankan agartanaman-tanaman alternatif tersebut diusahakan di kawasan tanah bekas
tanaman tembakau. Selain itu, tanah terbiar yang masih banyak di kawasan luar
bandar seharusnya digunakan juga untuk tujuan tersebut.
Pihak kami menyediakan kursus berkaitan dengan pengurusan tanaman
tersebut bagi sesiapa yang berminat. Dan kami amat mengalu-alukan
penglibatan para siswazah. Dalam pada itu, hal-hal yang berkaitan dengan
modal akn dibincangkan dengan lebih lanjut, katanya lagi.
Dr. Nik Mazian berkata, kerajaan negeri juga akan memanfaatkan
sepenuhnya kawasn tanah terbiar dengan tanaman sampingan yang lain.
Tanaman sampingan yang akan diberi perhatian ialah pisang, salak dan limau.
12
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
13/31
1. Pihak yang manakah diberi tumpuan dalam petikan tadi?
A pihak kerajaan negeri Kelantan
B para petani di negeri Kelantan
C lepasan siswazah di negeri Kelantan
D Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa Kelantan
Aras Pengetahuan
2. Tanaman yang berpotensi dijadikan ubat berdasarkan petikan tadi ialah
A roselle C tembakau
B limau D ubi keledek
Aras Pengetahuan
3. Pilih penyataan yang tidak benartentang petikan tadi.
A Kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk mengurangkan jumlah
tanah terbiar di negeri itu.
B Lepasan siswazah jurusan pertanian saja yang dialu-alukan untuk
mengusahakan tanaman roselle.
C Kursus dan kemudahan tertentu akan diberikan kepada sesiapa
yang berminat untuk mengusahakan tanaman roselleD Selain roselle, ubi keledek, pisang, salak dan limau turut diberi
perhatian oleh kerajaan negeri Kelantan.
Aras Analisis
4. Yang berikut merupakan keistimewaan roselle berbanding dengan
tembakau, kecuali
A roselle lebih subur daripada tembakau.
B roselle banyak mempunyai khasiat daripada tembakau.
C roselle dapat dipelbagaikan kegunaannya daripada tembakau.
D roselle memerlukan kos pengurusan yang lebih rendah berbanding
temabakau
Aras Analisis
13
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
14/31
5. Kata siswazah bermaksud
A pelajar universiti
B orang lulusan universiti
C pensyarah universiti
D tukang kebun universiti
Aras Kefahaman
Petikan Cerita
Abang sedang bercuti semester. Hari ini abang mengajak aku
mengikutnya masuk ke belukar. Abang hendak mencari akar-akar kayu untuk
dibuat kajian bagi keperluan kursusnya di universiti.
Di dalam belukar ini banyak serangga dan kehidupan kecil lain yang
kutemukan. Antaranya termasuklah semut, ulat gonggok, kumbang, dan kupu-
kupu. Aku tertarik pada satu bonjolan tanah yang besar dan tinggi, lebih kurang
setinggi abang. Menurut abang itulah busut anai-anai. Anai-anai rajin bekerja,
hidup berkumpulan dalam sistem yang tersendiri, dan saling bekerkasama, kata
abang.Seterusnya abang mengatakan bahawa sifat anai-anai yang rajin dan
saling membantu sewajarnya dicontoh oleh sesiapa saja. Tanpa kedua-dua sifat
ini, tentulah mustahil anai-anai dapat membina suatu projek kejuteraan yang
hebat.
Projek kejuteraan yang hebat? tanyaku sambil merenung abang. Aku
benar-benar tidak faham akan maksud kata-kata abang tadi.
Yalah. Tidakkah kamu berpendapat bahawa busut yang setinggi lima
hingga enam meter itu suatu binaan yang hebat? Busut ini 300 kali ganda
besarnya daripada jurutera yang membinanya, iaitu anai-anai, kata abang
sambil tersenyum.
14
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
15/31
Sambung abang lagi, busut anai-anai dilengkapi dengan sistem
pengudaraan, terusan koridor, bilik-bilik larva, ruang khas kalis kulat, pintu keluar
ketika kecemasan serta bilik untuk musim panas dan sejuk.
Aku terdiam. akju kagum dengan si jurutera cilik yang bijak dan tekun
membina busutnya ini. Aku turut kagum dengan abang yang berpengetahuan
luas. Aku nekad. Ketekunan anai-anai membina busut perlu kujadikan contoh
dan ketekunan abang menambah pengetahuan perlu kujadikan teladan.
1. Apakah tujuan abang aku memasuki belukar?
A untuk membuat penyelidikan tentang pokok-pokok di belukar
B untuk mencari akar-akar kayu
C untuk menunjukkan busut anai-anai kepada aku
D untuk mencari dan mengkaji pelbagai spesis serangga
Aras Pengetahuan
2. Anai-anai dapat membina busut yang mengagumkan adalah disebabkan
oleh
A sifat tekun bekerja
B sifat saling memerlukanC sifat saling berhubung
D sifat memahami dan bertoleransi
Aras Kefahaman
3. Yang berikut ialah kemudahan yang terdapat di dalam busut, kecuali
A pintu kecemasan
B bilik kawalan
C ruang kalis kulat
D sistem pengudaraan
Aras Analisis
15
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
16/31
4. Pilih penyataan yang tidak benar.
A Anai-anai hidup dalam sistem yang tersendiri.
B Anai-anai dapat membesar sehingga enam meter.
C Anai-anai berkemungkinan 300 kali ganda lebih kecil daripada
busutnya.
D Busut anai-anai dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan
kumpulan anai-anai tersebut.
Aras Aplikasi
5. Apakah cirri kehidupan anai-anai yang dapat kita contoh?
A bersatu padu
B hidup hanya dalam kumpulannya
C membina projek kejuruteraan tersendiri
D menghabiskan masa dengan membina busut yang unik
Aras Pengetahuan
16
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
17/31
Bahagian 2
Soalan 31
Permintaan Rashid tidak ditunaikan kerana ayahnya
A seorang yang sibuk bekerja
B mahu dia belajar bahasa Inggeris
C mahukan dia belajar bersama-sama rakan
D mengharapkan dia menumpukan kepada peperiksaan
2.0 - Item nombor 31 merupakan soalan daripada kemahiran membaca Unit 13
2.1 - Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan memahami perkara yang dibaca
5.1 - Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara yang
dibaca.
Aras 1 (i) - Membaca perkataan, frasa, dan ayat yang mengandungi ayat
tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasiyang betul.
2.2 - Subtajuk Soalan : Petikan Cerita
2.3 - Aras Taksonomi Bloom : Aras Kefahaman
2.4 - Ulasan
Soalan ini adalah soalan aras kefahaman. Aras ini menguji kebolehan
pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan,
perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. Kata kerja yang
sesuai digunakan dalam soalan ialah bezakan, bandingkan ,asingkan,
17
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
18/31
tafsirkan, bahagikan, dan klasifikasikan, Pelajar perlu membandingkan
jawapan ayah Rashid untuk menentukan jawapan yang paling tepat.
Soalan 32
Perkataan mengajukan dalam petikan di atas bermaksud
A melahirkan
B mengatakan
C mengemukakan
D memberikan
2.0 - Item nombor 32 merupakan soalan daripada kemahiran Membaca Unit
13.
2.1 - Objektif Hasil Pembelajaran (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5)
5.1 - Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan intonasi
yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (ii) - Menerangkan makna perkataan dan maksud frasa sertaayat.
2.2 - Subtajuk Soalan : Petikan Cerita
2.3 - Aras Taksonomi Bloom : Aras Kefahaman
2.4 - Ulasan
Item nombor 32 juga adalah soalan aras rendah, iaitu aras kefahaman.
Soalan aras kefahaman ini menguji kebolehan pelajar
memahami ,menterjemah atau menukar.Kata kerja yang boleh digunakan
ialah jelaskan ,terangkan atau tukarkan.Pelajar perlu memahami
18
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
19/31
perkataan tersebut apabila membaca petikan serta makna bahan yang
dibaca bagi mengetahui maksud perkataan mengajukan.
Soalan 33
Apakah tindakan awal Rashid untuk mengubati kekecewaannya ?
A Melahirkan kekesalan kepada adiknya.
B Menyibukkan dirinya dengan aktiviti sekolah.
C Belajar bersungguh-sungguh lagi.
D Menampal gambar basikal di bilik.
2.0 - Item nombor 33 merupakan soalan daripada kemahiran Membaca Unit
13.
2.1 - Objektif Hasil Pembelajaran (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5)
6.3 - Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingandaripada teks.
Aras 2 (i) - Membaca dan mengenal pasti idea utama dan idea
sokongan yang terdapat dalam teks.
2.2 - Subtajuk Soalan : Petikan Cerita
2.3 - Aras Taksonomi Bloom : Aras Pengetahuan
2.4 - Ulasan
Soalan ini adalah soalan aras paling rendah, iaitu aras pengetahuan. Aras
ini menguji kebolehan pelajar mengingat kembali fakta, erti, istilah, prinsip,
19
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
20/31
hukum dan definisi yang dipelajari. Istilah yang digunakan dalam soalan
ini ialah apakah, nyatakan, berikan dan kenal pasti. Pelajar mesti
mengingat isi-isi penting dan isi sampingan yang dibaca.
Soalan 34
Encik Fuad seorang ayah yang
A kedekut
B bertolak ansur
C berjimat cermat
D tegas
2.0 - Item nombor 34 merupakan soalan daripada kemahiran Membaca Unit
13.
2.1 - Objektif Hasil Pembelajaran (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5)
7.1 - Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang
tersurat dan tersirat.
Aras 1 (i) - Membuat andaian tentang sesuatu perkara yang tersirat
berdasarkan maklumat yang tersurat.
2.2 - Subtajuk Soalan : Petikan Cerita
2.3 - Aras Taksonomi Bloom : Aras Analisis
2.4 - Ulasan
20
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
21/31
Item ini merujuk kepada aras sederhana iaitu aras analisis. Bagi
menyelesaikan masalah melibat aras analisis, seseorang pelajar mesti
mempunyai kebolehan membanding dan menghuraikan faktor-faktor
kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. Kata
tugas bagi soalan ini ialah tafsirkan. Pelajar perlu membaca maklumat
yang tersurat dalam petikan dan membuat klasifikasi jawapan dari umum
kepada khusus.
Soalan 35
Murni berpendapat Rashid hanya layak menerima hadiah apabila
A dia berjaya dalam pelajaran.
B salun kecantikan ibunya berjaya.
C bapanya menjadi pengarah syarikat.
D dia telah mahir menggunakan komputer.
2.0 - Item nombor 35 merupakan soalan daripada kemahiran Membaca Unit
13.
2.1 - Objektif Hasil Pembelajaran (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5)
7.1 - Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang
tersurat dan tersirat.
Aras 2 (i) - Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan
bahan grafik dan bukan grafik.
2.2 - Subtajuk Soalan : Petikan Cerita
2.3 - Aras Taksonomi Bloom : Aras Aplikasi
21
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
22/31
2.4 - Ulasan
Soalan ini juga adalah soalan aras sederhana iaitu aras aplikasi. Aras ini
menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum prinsip,
pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang
berkaitan. Kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah tunjukkan .
Pelajar perlu membaca dan mengetahui maksud tersurat dan tersirat bagi
memilih jawapan yang betul.
Soalan 36
Tujuan utama temu ramah ini diadakan untuk
A menjadi peransang kepada murid lain.
B disiarkan dalam majalah Tunas.
C Nora menyatakan impiannya.
D mengetahui kejayaan Nora.
2.0 - Item nombor 36 merupakan soalan daripada kemahiran Membaca Unit
13.
2.1 - Objektif Hasil Pembelajaran (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5)
5.2 - Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan lancar serta memahami
perkara yang dibaca.
Aras 3 (ii) - Memahami isi kandungan teks yang dibaca.
2.2 - Subtajuk Soalan : Petikan temu ramah
2.3 - Aras Taksonomi Bloom : Aras Kefahaman
22
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
23/31
2.4 - Ulasan
Soalan ini adalah soalan aras kefahaman iaitu menguji kebolehan pelajar
memahami, menterjemah dan menjelaskan fakta yang telah dipelajari.
Kata kerja yang boleh digunakan ialah jelaskan, terangkan tentang tujuan
temu ramah itu diadakan.
Soalan 37
Nora pernah memenangi
A bengkung kuning.
B acara tempur bawah 12 tahun puteri.
C pingat emas dalam Sukan SEA.
D pertandingan silat kanak-kanak.
2.0 - Item nombor 37 merupakan soalan daripada kemahiran Membaca Unit13.
2.1 - Objektif Hasil Pembelajaran (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5)
6.5 - Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan
maklumat khusus.
Aras 1 (i) - Membaca dan mencari fakta yang relevan.
2.2 - Subtajuk Soalan : Petikan temu ramah
2.3 - Aras Taksonomi Bloom : Aras Pengetahuan
23
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
24/31
2.4 - Ulasan
Soalan ini adalah soalan paling rendah, iaitu aras pengetahuan dan
seseorang itu mesti mempunyai kebolehan untuk mengingat kembali
fakta, erti, istilah, prinsip, hukum, peristiwa dan lain-lain. Kata tugas yang
digunakan dalam soalan ialah apakah, nyatakan dan kenal pasti. Pelajar
perlu mengingati apa kemenangan yamg telah diperolehi oleh Nora.
Jawapan kepada soalan menggunakan bahasa asal dalam petikan.
Soalan 38
Maksud perkataan setandingdalam petikan ialah
A sesuai
B serupa
C setara
D semacam
2.0 - Item nombor 38 merupakan soalan daripada kemahiran Membaca Unit
13.
2.1 - Objektif Hasil Pembelajaran (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5)
5.1 - Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami perkara yang
dibaca.
Aras 1 (ii) - Menerangkan makna perkataan dan maksud frasa serta
ayat.
24
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
25/31
2.2 - Subtajuk Soalan : Petikan temu ramah
2.3 - Aras Taksonomi Bloom : Aras Kefahaman
2.4 - Ulasan
Soalan ini adalah soalan aras kefahaman. Aras ini menguji kebolehan
pelajar memahami, menterjemah, menjelaskan fakta dan konsep yang
telah dipelajari.Pelajar perlu memahami dan menangkap makna bahan.
Kata kerja yang digunakan untuk soalan ini ialah jelaskan, terangkan dan
tukarkan. Pelajar perlu tukarkan maksud perkataan setanding dengan
pilihan jawapan yang sesuai.
Soalan 39
Penyataan yang tidak benartentang petikan.
A Nora belajar silat semasa berumur tujuh tahun.
B Nora bercita-cita membuka sekolah silat.
C Nora berlatih silat dengan datuknya.
D Nora mendapat anugerah Tunas.
2.0 - Item nombor 39 merupakan soalan daripada kemahiran Membaca Unit
13.
2.1 - Objektif Hasil Pembelajaran (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5)
6.5 - Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan
maklumat khusus.
Aras 1 (i) - Membaca dan mencari fakta yang relevan.
25
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
26/31
2.2 - Subtajuk Soalan : Petikan temu ramah
2.3 - Aras Taksonomi Bloom : Aras Analisis
2.4 - Ulasan
Soalan ini adalah soalan aras sederhana iaitu aras analisis. Aras ini
menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor
kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. Kata
kerja yang boleh digunakan ialah klasifikasikan, asingkan dan
bandingkan. Pelajar perlu membuat perbandingan di antara jawapan yang diberi
untuk memilih jawapan yang betul.
Soalan 40
Apakah rahsia kejayaan Nora?
A Datuknya ialah guru silat.
B Tekun berlatih silat dengan rakan pelatih.
C Melibatkan diri selama lima tahun dalam seni silat.
D Berlatih dengan serius apabila lulus bengkung kuning.
2.0 - Item nombor 40 merupakan soalan daripada kemahiran Membaca Unit
13.
2.1 - Objektif Hasil Pembelajaran (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5)
6.3 - Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan
daripada teks.
26
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
27/31
Aras 1 (i) - Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai
bahan bacaan.
2.2 - Subtajuk Soalan : Petikan temu ramah
2.3 - Aras Taksonomi Bloom : Aras Pengetahuan
2.4 - Ulasan
Soalan ini adalah soalan aras rendah, iaitu aras pengetahuan. Bagi
menyelesaikan masalah melibatkan aras pengetahuan. Seorang pelajar
mesti mempunyai kebolehan mengingat kembali fakta yang terdapat
dalam petikan. Kata kerja yang boleh digunakan apakah atau nyatakan
tentang rahsia kejaan Nora.
Bahagian 3
Pengenalan
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa KBSR, penguasaan pelajar-
pelajar terhadap kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh
diuji dengan menggunakan pelbagai jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian
yang sesuai. Menurut Mokhtar Ismail (2009), Dari segi pelaksanaannya, ujian
terbahagi kepada dua, iaitu ujian berbahasa dan ujian bukan berbahasa. Contoh
ujian berbahasa adalah seperti ujian kertas dan pensil (ujian bertulis) dan ujian
lisan. Ujian ini sangat biasa dalam sistem persekolahan. Soalan yang diajukan
boleh berbentuk soalan objektif ataupun berbentuk esei.
Menurut Ee Ah Meng (1995), cara tunggal guru dan murid dapat
mengetahui sama ada pembelajaran telah berlaku ialah dengan menggunakan
ujian dan penilaian. Ujian adalah penting untuk menilai kemajuan murid dan
27
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
28/31
kejayaan guru, juga mengesan kebolehan dan kelemahan murid dan
pembelajaran yang sedang berlaku supaya murid dan guru dapat mengetahui
tindakan susulan yang seharusnya diambil.
Soalan objektif
Item ujian jenis objektif memerlukan pelajar menulis atau memilih satu
jawapan yang betul atau paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item
jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2011), ujian objektif ialah ujian pendek
yang melibatkan proses menandai, membulat, menggaris, mengisi tempat-
tempat kosong dan gerak balas yang ringkas. Ujian ini dikenali sebagai objektif
kerana pemeriksa yang lain akan menghasilkan markah yang sama apabila
memeriksa kertas jawapan objektif yang sama.
Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindak
balas yang diberikan kepada pelajar iaitu item respon bebas (jenis sumbangan)
dan item respon tetap (item objektif pilihan).
Soalan jenis respon bebas (jenis sumbangan) memerlukan calon meneliti
soalan dan menuliskan jawapan sendiri pada ruang yang disediakan. Biasanya
jawapan ditulis di hujung soalan atau dalam kotak yang disediakan. Terdapat
beberapa jenis item respon bebas iaitu :
i. jenis soalan
ii. item melengkap penyataan
Item respon tetap (Item objektif aneka pilihan) memerlukan pelajar
memilih jawapan betul atau paling tepat. Satu jawapan yang paling tepat dipilih
daripada dua atau lebih pilihan. Di antara item-itemnya ialah pilihan Betul atau
Salah, padanan dan aneka pilihan.
28
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
29/31
Soalan Esei
Soalan esei pula terbahagi kepada dua jenis iaitu tindakbalas terhaddan
tindakbalas lanjutan. Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang
kepada pelajar melakukan gerak balas dalam tulisan dan lisan dengan perkataan
sendiri. Gerak balas tersebut memerlukan jawapan yang meluas dan bebas dari
segi mengumpulkan fakta, menilai fakta, mengatur idea dan mengembeling idea-
idea secara logik hingga menghasilkan jawapan yang asli. Item jenis esei boleh
mengukur peringkat kognitif yang tinggi. Ia memberi peluang kepada calon
membuktikan tindak balas yang lebih kompleks.
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2011), ujian subjektif ialah ujian yang terdiri
daripada soalan-soalan yang memerlukan calon memberikan tindak balas secara
lisan. Tindak balas calon mungkin bebas atau terhad. Tindak balas tersebut
mungkin dalam beberapa ayat, perenggan atau sebuah karangan yang lengkap.
Pandangan Pengalaman
Berdasarkan pengalaman saya melaksanakan pentaksiran di sekolah
rendah, soalan berbentuk esei lebih sesuai digunakan untuk mengukur hasil
pembelajaran berbanding dengan soalan objektif. Ini adalah kerana soalan esei
mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri berbanding dengan soalan objektif.
Di antaranya ialah soalan esei dapat memberi peluang kepada saya
sebagai seorang guru untuk menguji penguasaan pelajar terhadap satu-satu
topik atau keseluruhan isi pelajaran yang telah diajar. Saya dapat mengetahui
sejauh mana penguasaan mereka terhadap topik yang diuji. Dengan itu murid
yang lemah boleh diberi pemulihan dan bimbingan manakala murid yang telah
menguasai dapat diberi pengayaan.
Seterusnya, soalan esei juga dapat memberi peluang kepada pelajar saya
mengemukakan idea atau fakta yang telah mereka kuasai. Soalan objektif
29
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
30/31
kurang sesuai untuk mengukur hasil pembelajaran kerana saya sendiri gagal
untuk menguji kebolehan pelajar dalam menyusun serta menghuraikan fakta
dengan lebih mendalam terutama dalam penulisan kertas 2 bahagian B. Apabila
saya menyemak karangan pelajar, saya dapat melihat perkembangan idea, isi
serta huraian yang ditulis. Selain itu, saya dapat memperbaiki struktur ayat
murid, imbuhan serta tata bahasa yang digunakan.Saya juga dapat menilai
tentang pembacaan pelajar apabila mereka menggunakan pelbagai
perbendaharaan kata yang gramatis dalam penulisan karangan. Menurut Ahmad
Mohd Salleh (2011), adalah diterima umum bahawa soalan berbentuk esei lebih
sesuai digunakan untuk menguji kebolehan murid di aras kognitif tinggi, iaitu
analisis, sintesis dan penilaian. Hal ini disebabkan bentuk soalan ini yang
memberikan kebebasan kepada murid untuk memberikan pendapat/jawapan dan
membuat pertimbangan sendiri. Penyataan ini dapat memperkukuhkan lagi
pendapat saya.
Ini berbeza dengan soalan objektif di mana ia disoal dalam bentuk jenis
pilihan atau melengkapkan penyataan. Pelajar hanya perlu membuat pemilihan
jawapan yang telah disediakan. Pandangan saya ini dapat diperkukuhkan lagi
dengan penyataan Mok Soon Sang (2002), kelemahan ujian jenis objektif ialahtiada kebebasan diberikan kepada calon menjawab soalan. Kemahiran
penggunaan bahasa, khasnya kebebasan menyusun idea sendiri, tidak dapat
diuji.
Selain itu, soalan esei lebih sesuai digunakan untuk mengukur hasil
pembelajaran kerana soalan esei membolehkan murid mengemukakan
pengetahuan serta kemahiran yang dimiliki mereka dan amat berpotensi untuk
mengukur keaslian jawapan. Menurut Mak Soon Sang (2002) lagi, ujian subjektif
adalah sesuai digunakan untuk menguji kefahaman dan kemahiran menyusun
idea dan pendapat calon mengenai sesuatu topik dalam mata pelajaran yang
telah dipelajari. Secara tidak langsung ia tidak memberi peluang kepada pelajar
30
-
7/31/2019 BMM 3103 Pentaksiran
31/31
untuk menipu atau meniru dalam peperiksaan atau ujian sekiranya mereka tidak
membuat persediaan yang secukupnya.
Ia berbeza dengan soalan objektif yang membolehkan pelajar- pelajar
menjawab berasaskan pilihan jawapan yang diberi atau sekadar menanda
jawapan tanpa mengetahui jawapan yang sebenarnya terutama kepada mereka
yang tidak membuat persediaan secukupnya.
Oleh yang demikian soalan esei lebih sesuai digunakan untuk mengukur
hasil pembelajaran. Menurut Kamarudin Hj Husin, (1988), gerak balasnya
kompleks dan dapat mengukur pelbagai proses pemikiran seperti taakulan
abstrak, inferens, daya kreatif, keaslian idea, imiginasi pemikiran berdasarkan
hipotesis dan sebagainya. Apa jua jenis ujian yang dipilih oleh seorang guru
untuk menilai pelajarnya tidak akan mencapai objektifnya jika tiada tindakan
susulan dalam memperbaiki kelemahan sama ada dari perancangan pengajaran
guru atau hasil pembelajaran murid.