perbentangan BMM

24
STRATEGI PEMBELAJARAN BERASASKAN: # PROJEK # MASALAH # MASTERI Disediakan Oleh: Noorasyiikin Bt. Ishak Kelas 6SF / Ambilan Khas PPG

description

free

Transcript of perbentangan BMM

Strategi Pembelajaran Berasaskan: # Projek # Masalah # Masteri

Strategi Pembelajaran Berasaskan:# Projek# Masalah# Masteri

Disediakan Oleh:

Noorasyiikin Bt. Ishak

Kelas 6SF / Ambilan Khas PPG

APA ITU STRATEGI?

Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat.

Dalam konteks PdP pula strategi bermaksud cara @ langkah @ tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif PdP

Strategi Berasaskan Projek

Definisi :

Pembelajaran berasaskan projek adalah proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam jangka masa yang tertentu.

Kaedah pengajaran ini menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Proses pembelajaran ini juga biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul.

Murid-murid akan diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian. Masalah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Handbook- Project Based Learning menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu.

Teknik ini hampir sama dengan teknik pembelajaran berasaskan masalah. Bezanya ialah teknik pembelajaran berasaskan projek biasanya melibatkan penghasilan sesuatu produk ataupun bahan. Contohnya, mesin, peralatan, model dan lain-lain. Manakala pembelajaran berasaskan masalah lebih berfokus kepada masalah, punca dan penyelesaiannya.

Kaedah pembelajaran :

1)Penyataan masalah atau isu

2)Idea pelajar

3)Pelaksanaan projek (pengumpulan bahan/maklumat/data, memproses maklumat/data)

4)Pembentangan projek/hasil tugasan

5)Penilaian

6)Laporan

Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek :

Beberapa ciri Pembelajaran Berasaskan Projek merangkumi:

Antaranya ialah:

Kaedah ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan.

Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap.

Interaksi guru dengan murid adalah berbentuk bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses (guru sebagai fasilitator)

Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.

Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, dan pelaporan hasil serta refleksi kendiri.

Kaedah pembelajaran ini berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

Berorientasikan dunia sebenar.

Strategi Berasaskan Masalah

Strategi Berasaskan Masteri

PEMBELAJARAN MASTERI

Pembelajaran masteri adalah

satu pendekatan pengajaran

dan pembelajaran di mana

pelajar dpt menguasai apa

yg diajar.

Melalui proses pembelajaran

masteri, pelajar perlu

menguasai perkara2 yg

diajar dlm satu unit

pembelajaran atau tajuk

sebelum ke unit pembelajaran

atau tajuk lain.

PEMBELAJARAN MASTERI

Konsep Pembelajaran Masteri

Konsep P&P Masteri adalah berasaskan kpd falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dgn baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yg sesuai dan masa yg mencukupi disediakan utk murid itu menguasai pembelajarannya. [Bloom, 1968]

PEMBELAJARAN MASTERI

Elemen2 penting utk kaedah

pembelajaran masteri ialah:

Menjelaskan secara spesifik kpd pelajar apa yg akan dipelajari dan menjelaskan bagaimana ianya akan dinilai.

Membenarkan pelajar utk belajar dgn kadar mereka sendiri.

Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindakbalas berserta dgn langkah2 pemulihan yg sesuai.

Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai.

PEMBELAJARAN MASTERI

Pembelajaran masteri dilaksanakan

dlm empat langkah iaitu:

Penentuan hasil pembelajaran yg perlu dikuasai pelajar.

Pengajaran dgn kaedah dan aktiviti yg berkesan.

Penilaian dgn ujian diagnostik utk mengesan tahap penguasaan

Pelaksanaan tindakan susulan yg berupa aktiviti pemulihan bagi pelajar yg belum menguasai hasil pembelajaran dan aktiviti pengukuhan serta pengayaan bagi pelajar yg sudah menguasai hasil pembelajaran yg ditentukan.

PEMBELAJARAN MASTERI

Ciri Pembelajaran Masteri:

Pelaksanaannya berasaskan tahap kemajuan seseorang murid.

Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kpd beberapa segmen kecil yg dikenali sbg unit pembelajaran.

Setiap unit pembelajaran dinyatakan dlm bentuk Hasil Pembelajaran.

Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%.

PEMBELAJARAN MASTERI

Ciri Pembelajaran Masteri:

Proses P&P bagi setiap unit

pembelajaran dijalankan dgn

menggunakan pelbagai strategi

dan kaedah serta bahan P&P yg

sesuai secara kelas, kumpulan

besar, kumpulan kecil,

berpasangan atau secara individu.

Menggunakan ujian formatif

bersifat diagnostik utk mengesan

kemajuan pembelajaran murid.

PEMBELAJARAN MASTERI

Ciri Pembelajaran Masteri:

Menggunakan maklum balas yg tepat tentang Hasil Pembelajaran yg telah dikuasai dan yg belum dikuasai oleh murid.

Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid.

SEKIAN TERIMA KASIH