Bmm asimen

Click here to load reader

description

 

Transcript of Bmm asimen

  • 1. PENGENALANFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sememangnya menjadi rujukan dan panduanserta hala tuju kepada institusi pendidikan bagi mencapai matlamat-matlamat yangmenjadi agenda nasional kerajaan terutama dalam melahirkan modal insan minda kelaspertama seterusnya mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Justeru,dalam usaha mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep danmatlamat pendidikan negara kurikulum mata pelajaran juga perlu relevan dan selaridengan FPK. Maka, Kurikulum Bahasa Melayu juga telah digubal bagi memenuhi hasratFPK yang menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa danberkomunikasi serta dapat menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat.Untuk itu, tugasan BMM 3101: PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYUSEKOLAH RENDAH pada kali ini mengkehendaki pelajar untuk menyediakan folio yangmengandungi bahan-bahan berkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan OrganisasiKandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selain itu pelajar perlumenyediakan nota ringkas dan grafik berhubung perkara-perkara di atas ditambahdengan komponen utama kemahiran bahasa, konsep 5P, Pengisian Kurikulum danKemahiran Bernilai Tambah dan akhirnya menyediakan satu contoh rancanganpengajaran harian tahap dua dengan memasukkan aspek-aspek 5P dan KemahiranBernilai Tambah.
  • 2. 1.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah seperti berikut; Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 3. Proses pemerolehan dan pemindahan Pendidikan suatu usaha berlangsung sepanjang hayat. berterusan Proses pendidikan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan Perkembangan potensi Pendidikan seharusnya memberi peluangindividu secara menyeluruh individu mengembang bakat, potensi dan dan bersepadu kebolehan mereka. Keseimbangan empat aspek JERI menjadikan Insan yang seimbang dan individu memiliki ketahanan untuk menghadapi harmonis segala cabaran yang mendatang. Keupayaan menguasai 3M: Membaca, Menulis Unsur intelek dan Mengira. Kemahiran berfikir kreatif, kritikal dan reflektif. Percaya kepada Tuhan. Unsur rohani Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai murni. Emosi matang dan stabil. Unsur emosi Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan. Sedar kepentingan kesihatan dan kembang Unsur jasmani bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial serta memanfaatkan untuk masyarakat. Mengakui kewujudan Tuhan sebagai PenciptaKepercayaan dan kepatuhan sekalian alam. kepada Tuhan Mengamalkan ajaran agama yang dianuti. Rakyat Malaysia yang Berusaha memupuk budaya ilmu. berilmu pengetahuan Mempunyai pemikiran yang luas dan terbuka. Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.Rakyat yang berketerampilan Memupuk pembawaan diri yang baik. Amal nilai-nilai murni dan moral. Berperibadi mulia dan bertanggungjawab Menyedari tugas adalah amanah, bersih dan cekap. Berfikiran waras dan berjiwa tenang. Kesejahteraan diri mempunyai daya tahan yang kuat. Memberi sumbangan Berusaha memajukan negara dari pelbagai terhadap keharmonian dan aspek antaranya ekonomi berdasarkan syarat kemakmuran yang ditetapkan. keluarga, masyarakat dan negara. Mematuhi perlembagaan negara. Gambar rajah 1: Aspek-aspek dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • 4. 1.1 Komponen Utama Kemahiran Berbahasa Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah menyatakan terdapat empat kemahiran bahasa iaitu: i. Kemahiran Mendengar Merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. ii. Kemahiran Bertutur Merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, perasaan, pendapat serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara spontan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul. iii. Kemahiran Membaca Merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan sebagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan disamping murid berkeupayaan menghayati teks bacaan. iv. Kemahiran Menulis Merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti dalam menghasilkan penulisan ilmiah dan imaginatif.
  • 5. Gambar rajah 2: Komponen Utama Kemahiran BahasaKemahiran Kemahiran BertuturMendengar Mendengar dengan Berbicara secara lisan untuk teliti menjalin hubungan Memahami dan Menyampaikan makumat menghayati perkara yang didengar Meluahkan perasaan Dapat memberikan maklum balas Menyatakan pendapat dengan kreatif dan kritis dengan intonasi yang betul Penekanan pada pengucapan menggunakan tatabahasa yang betul
  • 6. Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis Keupayaan menulis perkataan dan Membaca dengan ayat serta mengeluarkan idea melalui sebutan, intonasi, jeda dan pelbagai jenis penulisan kreatif kelancaran yang betul. Menghasilkan penulisan menggunakan ayat yang Penekanan perlu diberikan gramatis, tanda baca dan ejaan yang pada aspek pemahaman dan betul, serta tulisan yang jelas dan penaakulan kemas Galakkan menggunakan kreativiti Keupayaan menghayati teks dalam menghasilkan penulisan ilmiah bacaan dan imaginatif. Gambar rajah 3: Perincian Kemahiran-kemahiran berbahasa1.2 Konsep 5P Konsep 5P adalah merupakan sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu Sekolah Rendah. 5P yang dimaksudkan ialah: a) Penggabungjalinan Ia merupakan proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Murid dapat menguasai beberapa kemahiran serentak sama ada berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang berlainan (inter bidang) atau dalam bidang yang sama (intra bidang). Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata, dan peribahasa juga digabungjalinkan. Unsur-unsur yang digabungjalinkan dapat dilihat dalam huraian berikut: Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses P&P sekurang- kurangnya antara dua kemahiran. Contohnya kemahiran berbahasa, mendengar dan bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran
  • 7. membaca. Ia bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Tatabahasa boleh digabung secara terancang dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.b) Penyerapan Merupakan proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah dalam P&P Bahasa Melayu. Penyerapan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta tema yang mencakupi hal-hal persendirian dan kemasyarakatan. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam P&P. Nilai murni dan ilmu dapat diserap ke dalam diri murid secara langsung atau tidak langsung. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran-kemahiran berbahasa. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu kini memberi penekanan kepada kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam P&P. Kemahiran bernilai tambah juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran, kebolehan murid serta sumber sedia ada.c) Pengayaaan Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid mempunyai tahap kebolehan, keupayaan, bakat dan minat yang berbeza-beza. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dari jangka masa yang ditetapkan boleh diberikan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sama dengan bimbingan guru atau bersendirian.
  • 8. d) Pemulihan Aktiviti pemulihan diberikan/ disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilakukan mengikut kadar kemampuan murid.e) Penilaian Ia merupakan sebahagian daripada proses P&P yang bertujuan bagi mendapatkan maklumat menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif P&P. Justeru, penilaian secara berkala dan berterusan perlu dilakukan serta tindakan susulan bagi mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid. Penggabung -jalinan Penilaian Penyerapan Konsep 5P Pemulihan Pengayaan Gambar rajah 4: Konsep 5P dalam pengajaran Bahasa Melayu
  • 9. Aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa turut digabungjalinkan Penguasaan Kemahiran bahasa beberapa digabungkan dalam kemahiran proses P&P serentak sama sekurang- ada inter bidang kurangnya antara atau intra bidang dua kemahiran Penggabung- jalinan Penyerapan Penyerapan kemahiran berfikir kemahiran bernilai secara kreatif dan tambah kritisProses menyerapkan Penyerapan pelbagai bidang semangat ilmu, nilai, dan patriotisme dan kemahiran bernilai nilai murni dalam tambah dalam P&P P&P Bahasa Melayu Penyerapan
  • 10. Aktiviti pengayaan boleh diubah mengikut kesesuaian seperti melakukan aktiviti yang lebih mencabar kepada murid yang sudah mencapai hasil pembelajaran awal dari jangkaan masa Aktiviti pengayaan Diberi penekanan boleh dilakukan mengikut tahap dengan bimbingankebolehan, bakat, k guru atau sendirianeupayaan dan minat Pengayaan mengikut kebolehan murid murid Aktiviti pemulihanbertujuan membantu Aktiviti dilakukan murid menguasai mengikut kadar hasil pembelajaran kemampuan murid yang belum dicapai Pemulihan
  • 11. Bertujuan bagi Penilaian dilakukan mendapatkan secara berkala dan maklumat untuk berterusan serta menentukan tindakan susulan bagi pencapaian sesuatu mengetahui tahap hasil pembelajaran penguasaan dan dan objektif P&P pencapaian murid Penilaian Gambar rajah 5: Perincian Konsep 5P1.3 Pengisian Kurikulum Elemen dalam pengisian kurikulum merupakan elemen yang diserap dalam konteks kemahiran bahasa yang terdapat dalam Hasil Pembelajaran. Elemen yang dimaksudkan adalah seperti dalam gambar rajah berikut: Pengisian Kurikulum Kewarga- Peraturan Ilmu Nilai negaraan Sosiobudaya Gambar rajah 6: Pengisian Kurikulum
  • 12. Kewarganegaraan -Penyerapan unsur patriotisme dalam BM mengutamakan semangat cinta dan taat akan tanah air. -Ia bertujuan melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen terhadap negara dan bangsa. Peraturan Sosiobudaya -Meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan masyarakat Malaysia. -Peraturan ini cerminan peribadi masyarakat Malaysia.Gambar rajah 7: Perincian Pengisian Kurikulum
  • 13. 1.4 Kemahiran Bernilai Tambah Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu SK Tahun 4 (2003: 13) menyatakan, kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan senario dunia global. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Kemahiran Berfikir Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Belajar Cara Belajar Pembelajaran Konstruktivisme Kecerdasan Pelbagai Kajian Masa Depan Pembelajaran Kontekstual Kreativiti dan Inovasi Gambar rajah8: Kemahiran-kemahiran bernilai tambah
  • 14. Kemahiran Berfikir-Diajar kepada murid melalui soalan danaktiviti yang memerlukan pemikiran kreatifdan kritis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi. Contoh: menghantar dan menerima e- mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan mengakses maklumat internet.
  • 15. Kemahiran Belajar Cara Belajar perlu diajar supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran berkesan. penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi cabaran dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dapat melahirkan murid yang membina pemahaman berdasarkkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih yakin, faham, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.
  • 16. Kemahiran Kecerdasan Pelbagai Merangkumi verbal-linguistik, logik- matematik, muzik, kinestetik, visual- runag, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Menjadi tanggungjawab guru untuk memperkembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.Kemahiran Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lalu, kini dan akan datang. ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.
  • 17. Kemahiran Pembelajaran Kontekstual Merupakan satu kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. -Pembelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, konkrit serta melibatkan latih amal dan berfikir. -Berlaku apabila murid dapat menghubungkait pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati dalam kehidupan mereka.Kemahiran Kreativiti dan Inovasi-Merupakan aspek baharu yang dititiberatkandalam Kurikulum Standard sekolah Rendah(KSSR) Merujuk kepada kebolehan individu untuk mencipta, menyelesaikan masalah, menggunakan daya imaginasi, idea kreatif untuk menghasilkan idea tulen, asli dan baharu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif. Inovasi merujuk kepada proses menjana dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. kreativiti dan inovasi saling berkait bagi menghasilkan modal insan yang serba boleh dan berketerampilan. Gambar rajah 9: Perincian Kemahiran Bernilai Tambah.
  • 18. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHAP 2Mata pelajaran : Bahasa MelayuTahun : 5 RajinBilangan Murid : 30 orangTema : KebudayaanTajuk : Perayaan di MalaysiaTarikh : 12 April 2011Masa : 60 minitObjektif : Pada akhir pelajaran murid dapat; i. Murid dapat menyatakan tentang pengalamanmereka menyambut perayaan secara lisan. ii. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisanmengenai perayaan di Malaysia. iii. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.Fokus P&P :1.1 berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian denganmenggunakankata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yangsesuai. Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar denganmenggunakan bahasa yang sesuai.5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul danmemahami petikan yang dibaca. Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan padaintonansi berdasarkan tanda baca.
  • 19. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan tekstentang sesuatu tajuk. Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat tunggal dan ayatmajmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonasiIlmu : Bahasa Melayu, KebudayaanNilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT): i) Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens dan kemahiran mengkategori. ii) Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. iii) Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. iv) Pembelajaran Kontekstual : Murid dapat menceritakan pengetahuan danpengalaman mereka mengenai perayaan yangterdapat di Malaysia dengan cara berdialog danmembina ayat dengan menggunakan ayat mudah. v) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Murid dapat menggunakan teknologi semasa P&P.BBM : Power point, buku latihan dan alat tulis.Konsep 5P : i) Penggabungjalinan ii) Pengayaan iii) Pemulihan iv) Penilaian v) Penyerapan Masa/ Isi Pelajaran Aktiviti Pelajaran Catatan Langkah Set Murid ditayangkan i) Murid diminta untuk 5P:Penggabungjalinan
  • 20. induksi power point yang melihat paparanpower dan penyerapan(5 minit) berkaitan dengan point dan menghayatinya. jenis-jenis ii) Murid diminta untuk KBT: perayaan yang membezakan Kemahiran berfikir- terdapat di jenisperayaan mengikut membuat perbezaan Malaysia. kaum danmenceritakan Pembelajaran pengalaman mereka. kontekstual-kaitan iii) Guru menjelaskan tujuan tajuk dengan aktiviti dantajuk pengalaman murid. pengajaran yang akan diajar pada hari tersebut. BBM: Power point pointLangkah 1 Guru memberi teks i) Murid dikehendaki untuk KBT:(15 minit) cerita yang bertajuk mengkliksalah satu Kemahiran Teknologi Perayaan Di pautan yang disediakan. Maklumat-murid Malaysia melalui ii) Murid diminta membaca mendapat peluang power point. petikan itusecara individu menggunakan dengan kuat danmengikut komputer untuk klik intonasi serta gaya yang pautan. betul. iii) Murid-murid yang lain BBM: dikehendakimendengar Teks petikan dan dan meneliti teks power point. sambilmemahami petikan tersebut. Kemahiran Bahasa: iv) Kemudian guru bersoal Kemahiran jawab dengan murid mendengar, bertutur berkaitan dengan petikan dan membaca. tersebut.Langkah 2 Guru mengadakan i) Murid dibahagikan KBT:(15 minit) perbincangan kepada Menghubungkait, kumpulan antara beberapakumpulan. pembelajaran
  • 21. murid-murid dan ii) Murid diminta untuk kontekstual dan melakukan berada dalamkumpulan menjana idea pembentangan dan membuat melalui power perbincangan. point. iii) Murid dikehendaki membentangkanperbeza an antara perayaan Nilai: yangterdapat di Malaysia Hormat- menghormati dan bandingkan dengan dan kerjasama. pengetahuan dan pengalaman mereka. BBM: iv) Kemudian kumpulan Power point yang berjayamenyiapkan dahulu akanmembentangkan hasil perbincanganmereka dan mereka akan mendapat ganjaran. v) Guru bertanya berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka. 5P:Langkah 3 Guru memberi i) Guru terlebih dahulu(20 minit) latihan kepada menyoal murid sama ada Penggabungjalinan, murid-murid. mereka memahami tajuk pengayaan, pemulihan pengajaran padahari dan penilaian Aktiviti Pengayaan tersebut atau tidak. iaitu: ii) Guru memberi latihan KBT: Menulis karangan kepada muridiaitu Kmeahiran berfikir- pendek membuat karangan membuat inferens berdasarkan pendekmengenai tajuk yang diberi. perbezaan perayaan Kemahiran Bahasa:
  • 22. diMalaysia. Kemahiran menulis Aktiviti Pemulihan: iii) Guru membimbing dan bertutur. Menyiapkan kumpulan muridyang petikan yang memerlukan pemulihan Nilai: diberikan dengan denganmenyediakan teks mengisi tempat cerita yang Menghargai, kosong. perludilengkapkan kerjasama dan tekun. dengan mengisi BBM: tempatkosong. Lembaran kerja/ kertas latihan. Penutup Guru membuat i) Murid digalakkan supaya (5 minit) rumusan mengenai mengumpulmaklumat pengajaran yang tambahan daripada telah diajar dan bahan-bahan yang lain menanyakan bagi soalan kepada menambahkanpengetahu murid akan apa an mereka. yang mereka telah ii) Murid juga menyatakan pelajari. nilai-nilai murniyang telah dipelajari pada hari Guru juga tersebut. menayakan nilai- nilai murni yang Nilai-nilai murni : terdapat semasa -Menghargai sesi pengajaran -Bersyukur dan -Menghormati pembelajaran. -bekerjasamaREFLEKSI:Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Dari aspek pemerolehanilmu terdapat beberapa orang murid masih memerlukan bimbingan guru dan perlu
  • 23. dilakukan aktiviti pemulihan dan pengukuhan agar mereka tidak terus tercicirterutamanya dari segi kemahiran bahasa. RUJUKANChoong lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa MelayuTahun 4, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Sumber internet:http://science018.blogspot.comhttp://www.moe.gov.myhttp://syiqinradi87.tripod.com