Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru
-
Upload
ara-shidah -
Category
Documents
-
view
67 -
download
5
Transcript of Assgmnt Seni Sem Sept 2013 Terbaru
HBAE 2203 2013
1.0 PENGENALAN
Pendidikan Seni visual memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan
kanak- kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya
ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan
kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Bidang
pendidikan seni yang ketiga adalah membentuk dan membuat binaan. Kali ini, tugasan yang
perlu disiapkan bertajuk diorama yang terkandung di dalam bidang membentuk dan membuat
binaan. Ciri-ciri diorama dapat membantu perkembangan kanak-kanak dan bagaimana
kreativiti kanak-kanak dapat dikembangkan melalui aktiviti diorama.
Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek
untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan
di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat
dari hadapan atau pun sisi.Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan
pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang
untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Bahagian tapak
kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
(http://cikguafifah.blogspot.com/2012/04/definisi-diorama.html) kontemporari objek tiga
dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen,
pensejarahan dan cerita rakyat.
Perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur,
imbangan dan kestabilan ditegaskan di dalam bidang membentuk dan membuat binaan ini.
Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka
membentuk dan membina kotak diorama. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan
juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.
Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa
menjalankan proses penghasilan seni.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan
berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
~ 1 ~
HBAE 2203 2013
2.0 CIRI-CIRI DIORAMA
Diorama yang baik dizahirkan melalui proses artistik yang diekspresikan melalui alat
dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan struktur rekaan seni. Ia diolah dengan
mengambil pertimbangan-pertimbangan yang paling ideal dan bersistematik.
Salah satu ciri diorama ialah bentuk diorama mestilah menepati tema dan tajuk.
Sebelum membina diorama, kita perlu memilih tema dan tajuk yang sesuai dengan peringkat
umur. Contohnya saya memilih untuk mengajar pendidikan seni visual tahun 4. Tema dan
tajuk yang di pilih hendaklah bersesuaian dengan dokumen standard kurikulum dan
pentaksiran pendidikan seni visual tahun 4. Di dalam dokumen standard kurikulum tersebut,
murid diminta untuk membina diorama yang bertemakan objek buatan manusia dan bertajuk
akuarium. Daripada tema dan tajuk ini, guru boleh membimbing murid untuk membina
diorama ini. Namun begitu, ekspresi dalaman pembuat diorama boleh menjadi sebahagian
daripada cetusan tema dan tajuk. Diorama menampilkan tema dan tajuk secara realism.
Ciri diorama yang kedua ialah Bahan Binaan Diorama mestilah sesuai dengan tujuan
hasilan. Sebelum membina diorama, seseorang guru perlu memastikan ketahanan dan
kesesuaian diorama yang akan dihasilkan. Sebagai contoh bahan-bahan yang digunakan
mestilah sesuai dengan tema dan tajuk yang dipilih supaya ianya mudah diaplikasi, selari
dengan tema dan tajuk. Untuk lebih bermutu diorama yang dihasikan, pastikan ianya menarik,
sedondon dan saling lengkap melengkapi.
~ 2 ~
Diorama temakan buatan manusia
Tajuk : Akuarium
HBAE 2203 2013
Ciri yang seterusnya ialah pastikan diorama yang ingin dibina tersebut kuat, kukuh dan
selamat. Persoalan kekuatan, keliutan dan ketahanan bahan perlu diambil pertimbangan
supaya diorama yang dibina dapat dipamerkan dan digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Diorama juga perlu kukuh kerana pemerhati akan membuat pengamatan dan
penilaian dengan teliti.
Ciri yang keempat ialah kepelbagaian bahan dapat diadun dan dipasang dengan baik,
seterusnya membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik. Menyusun atur komposisi
bahan penting untuk astistik bahan dan estetika diorama. Adunan rentak, pergerakan dan
kontra dan kesatuan perlu diteliti dan dinilai berkali-kali. Tujuannya jels iaitu untuk
penampilan karya yang simple tetapi menarik. Tambahan pula kelainan alat dan bahan
mempunyai cara atau teknik adunan yang berbeza mengikut kesesuaiannya.
Ciri yang seterusnya ialah mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak,
pergerakan, kontra, warna, imbangan, harmoni dan kesatuan yang menarik.
3.0 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
Perkembangan ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan. Ia
merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti
tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada
peringkat yang terlebih dahulu. Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia
berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu.
Ini bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma itu ke
peringkat kematangan tetapi perkembangan juga berlaku berterusan.(dipetik daripada HBAE
2203 Seni Dalam Pendidikan OUM). Pemilihan diorama di dalam aktiviti seni dapat
meningkatkan perkembangan kanak-kanak seperti kognitif, psikomotor, efektif dan sosial.
Diorama dibina dengan pemilihan tema dan subjek yang tertentu. Tema-tema yang
digunakan di dalam diorama seperti persekitaran, alam semula jadi, kemasyarakatan dan
kebudayaan. Semasa penghasilan kotak diorama perkembangan emosi kanak-kanak dapat
ditingkatkan. Menurut Mohmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang
dialami oleh manusia melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Kanak-kanak
menunjukkan kepuasan dan menyampaikan perasaan mereka menerusi hasil kerja mereka
serta menerima pandangan orang lain semasa bercerita dan semasa penetapan tajuk atau tema
pada sesebuah diorama. Proses membina kotak diorama dapat membentuk sikap positif
~ 3 ~
HBAE 2203 2013
kanak-kanak berkenaan kebolehan sendiri, lebih yakin dan berdikari. Kanak-kanak akan lebih
teruja jika hasil kerja seninya dipamerkan dan merasa hasil kerja mereka dihargai.
Perkembangan sosial kanak-kanak juga dapat dikembangkan melalui aktiviti diorama.
Aktiviti membina kotak diorama ini biasanya guru akan mengagihkan pelajar di dalam
kumpulan. Ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berkomunikasi, bekerjasama dan
bertolak ansur. Mereka menggunakan kemahiran sosial dengan berinteraksi dengan ahli
kumpulan dalam memberi idea, berkongsi bahan dan peralatan seni. Kanak-kanak
menggunakan bahasa dengan meluas dan berkesan apabila berinteraksi dengan guru atau ibu
bapa sepanjang proses melaksanakan aktiviti seni. Kanak-kanak dapat menguasai kemahiran
bahasa terutamanya kemahiran bertutur dan mendengar semasa aktiviti. Kanak-kanak
berpeluang menggunakan bahasa secara bermakna dan tepat seperti menggunakan perkataan
dan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul serta berinteraksi secara sopan dan
bertatasusila menerusi aktiviti seni dan kraf.
Perkembangan fizikal kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui aktiviti membina
diorama ini. Penggunaan bahan dan peralatan dalam membina diorama memberikan satu
bentuk latihan berkesan kepada otot tangan dan koordinasi tangan serta mata kanak-kanak.
Contohnya, kanak-kanak menggunakan gunting untuk menggunting objek-objek yang hendak
di letakkan di dalam kotak diorama. Secara tidak langsung, kemahiran motor kanak-kanak
dapat dikembangkan. Aktiviti memegang gunting, bermain dengan bahan dan alatan memungkinkan
pergerakan motor halus dapat membantu peningkatan gerak otot kanak-kanak. Aktiviti menggunakan tanah
liat dapat meningkatkan perkembangan kemahiran seni dan kreativiti kanak-kanak di mana mereka
dapat membentuk pelbagai objek. Selain itu, aktiviti inidapat turut membantu perkembangan
motor halus dan motor kasar kanak-kanak.
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk
mengembangkan aspek kreativiti mereka. June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan
mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah semula perlambangan
yang sedia ada. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses,
berbanding dengan hasilan akhir. Sepanjang proses aktiviti membina kotak diorama, kanak-
kanak diberi peluang untuk membuat pemerhatian, menganalisis, menjana idea dan seterusnya
menghasilkan karya seni yang asli. Oleh yang demikian, proses ini dapat meningkatkan
kreativiti dan imaginasi kanak-kanak.
Aktiviti seni kanak-kanak menekankan pembentukan jiwa kanak-kanak ke arah aktif
dan kreatif serta berupaya mencipta sesuatu yang baru. Dalam aktiviti ini, kanak-kanak
diberikan kebebasan untuk berfantasi berdasarkan imaginasi dan kreativiti masing-masing.
~ 4 ~
HBAE 2203 2013
Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak bukan terhad kepada pameran di galeri seni. Ia juga
merupakan strategi dan kaedah pembelajaran untuk membantu melahirkan pembelajaran dan
persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur bahasa, emosi, sosial, fizikal, kognitif, kreativiti
dan kerohanian, sikap dan nilai agar dapat membentuk insan secara menyeluruh.
Kanak-kanak mengamalkan sikap sabar, tekun dan kerjasama semasa aktiviti
dilakukan. Selain itu, penggunaan bahan-bahan semula jadi dan persekitaran mendidik kanak-
kanak menghayati keindahan alam semulajadi. Keindahan yang dihayati akan menimbulkan
rasa seronok kanak-kanak untuk lebih dekat dengan alam ciptaan Tuhan. Secara
keseluruhannya, aktiviti bentuk binaan dapat membantu kepada perkembangan bahasa, emosi,
sosial, fizikal, kognitif, kreativiti, kerohanian, sikap dan nilai kanak-kanak.
4.0 PERKEMBANGAN KREATIVITI KANAK-KANAK
Kreativiti adalah potensi semula jadi yang dipunyai oleh semua individu. Pemikiran
kreatif dan inovatif perlu dipupuk di kalangan murid semasa proses pembelajaran dan
pengajaran mulai dari prasekolah lagi. Kurikulum persekolahan perlu memberi peluang
kepada murid untuk menjadikan mereka suka menyoal dan mencari jawapan, membuat
perkaitan dan melihat hubung kait, menjangka apa yang akan berlaku, membuat spekulasi
tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara liberal dan membuat refleksi tentang
idea, tindakan dan hasil. Peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif boleh
diberikan kepada kanak-kanak. Kreativiti kanak-kanak dapat ditingkatkan. Bagi
meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, guru wajar menyediakan peralatan melukis
dengan lengkap. Cara ini dapat merangsang imaginasi, kreativiti dan gembira untuk
meluahkan emosi.
Salah satu pendekatan yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk
meningkatkan kreativiti kanak-kanak adalah pendekatan bertema semasa pengajaran dan
pembelajaran. Pendekatan bertema di dalam pengajaran memainkan peranan yang penting ke
arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan dalam persepsi, estetika dan kreativiti
mereka. Jika guru menggunakan pendekatan ini, hasil pembelajaran berupaya membantu
murid menghargai keindahan alam persekitaran, menghargai keindahan seni dan warisan
bangsa, adat resam serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.
Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar
konsep dan tema.
~ 5 ~
HBAE 2203 2013
Pendekatan bertema di dalam diorama terdiri daripada alam persekitaran dan semula
jadi, perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi pelukis, aliran dan tema sejagat serta
keperluan dan pengalaman hidup harian. Pendekatan bertema boleh diaplikasikan kepada
pelbagai pemilihan dan ia mempunyai kelebihan, kekuatan dan cabaran masing-masing.
Bagi tema persekitaran dan semula jadi yang meliputi segala aspek yang berada di
persekitarannya dan habitat semua hidupan. Tema ini boleh mendedahkan kepada pelajar
keadaan sebenar tentang habitat semua hidupan. Kelebihan tema ini dalam pengajaran ia
dapat mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman murid mengenai alam semula jadi.
Tema ini juga boleh digabungjalinkan dengan mata pelajaran lain seperti sains, bahasa, seni
visual dan muzik. Contohnya, guru mengajar sains tajuk “mengenali habitat haiwan”. Dalam
pengajaran, guru meminta murid melakukan pergerakan haiwan mengikut muzik mengikut
daya kreativiti mereka. Dengan ini, guru dapat menyemai daya imaginasi murid-murid
melalui penerokaan. Cabaran bagi pendekatan bertema persekitaran ini memerlukan alatan
pembelajaran yang mencukupi dan dapat menyelesaikan setiap aktiviti pembelajaran dalam
masa yang ditetapkan serta dapat menghayati pengetahuan dan kemahiran yang telah
dipelajari agar lebih bermakna. Sekiranya alat tidak mencukupi dan aktiviti pembelajaran
tidak selesai mengikut masa yang ditetapkan maka proses pembelajaran akan menjadi tidak
berkesan dan tidak menarik.
Bagi diorama yang membawa tema masyarakat boleh meningkatkan kreativiti murid
dalam membuat pilihan yang lebih sesuai jika menghadapi permasalahan pembelajaran. Tema
ini memberi penekanan terhadap manusia, sosial dan budaya serta masyarakat sekeliling.
Kekuatan tema ini membolehkan murid memperbaiki kemahiran interpersonal dan
intrapersonal mereka. Ianya dapat meningkatkan pemahaman terhadap kepelbagaian
masyarakat dan budaya serta cara hidup yang berbeza. Kelebihan tema ini murid dapat
mengetahui pelbagai budaya yang terdapat di dalam masyarakat di sekeliling mereka.
contohnya, guru mengajar Bahasa Melayu tajuk “masyarakat majmuk”. Di sini, guru boleh
membuat diorama bertema pelbagai kaum. Jadi, murid dapat mengenali budaya masyarakat
cina, India, Melayu, Kadazan dan sebagainya. Walaubagaimana pun, tema ini mempunyai
cabaran di mana guru harus cekap menggabungjalinkan pendekatan tersebut dalam mata
pelajaran lain agar pengajaran yang disampaikan tidak terpesong dari tema yang ingin
disampaikan.
Tema komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk
menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan memberi
~ 6 ~
HBAE 2203 2013
sedikit peluang untuk maklum balas (dipetik dari modul OUM SDP). Ia boleh dibahagikan
kepada dua iaitu verbal dan bukan verbal. Kekuatan tema ini memberi peluang kepada murid
untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal. Contoh, guru
meminta murid melukis haiwan yang terdapat di dalam hutan. Kemudian murid diminta
membuat pergerakan haiwan yang mereka lukis. Pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran
akan menjadi lebih menyeronokkan. Para pelajar berpeluang menyemai dan mengaitkan idea-
idea serta imaginasi yang baru. Kelebihan tema ini pula dapat digunakan untuk mewujudkan
suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
pelajar juga dapat berkomunikasi antara satu sama lain melalui aktiviti berkumpulan,
permainan dan lain-lain lagi. Selain itu, pelajar juga dapat menghadapi cabaran bersama-
sama. Antara cabaran dalam tema komunikasi ialah guru hendaklah mempunyai kemahiran
dan kecekapan yang tinggi di dalam pelbagai bidang pelajaran( semua matapelajaran ). Guru
juga perlu menyediakan hasil pembelajaran yang pelbagai dalam matapelajaran yang berbeza-
beza. Di samping itu juga, ia mempunyai kesukaran untuk menilai skop pemahaman kerana
bidang yang dipelajari yang lebih luas. Cabaran yang lain ialah guru perlu menghadapi
kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan pelajar yang berbeza-beza.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tahun : 4 amanah
Bidang Kegiatan : 3. Membentuk dan Membuat Binaan
Aktiviti / Teknik : Menghasilkan Diorama
Tema : Alam Semula jadi
Tajuk : Haiwan di gurun Savana
Masa : 1 jam ( 60 minit )
Objektif Pengajaran
1. Guru dapat mengajar murid untuk menghasilkan binaan diorama bertemakan alam
semulajadi.
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1. Mengenali aktiviti menghasilkan diorama.
~ 7 ~
HBAE 2203 2013
2. Memahami dan mengaplikasikan cara-cara menghasilkan diorama bertemakan alam
semula jadi.
3. Menceritakan proses untuk menghasilkan diorama bertemakan haiwan di gurun.
Penerapan Nilai : Yakin, menghargai
Kemahiran Berfikir : Mengklasifikasi
Pengetahuan Sedia Ada Murid :
1. Murid telah biasa melihat ataupun pergi ke zoo untuk melihat haiwan.
2. Murid pernah mewarnakan gambar haiwan-haiwan.
BBM : Kotak kasut, gam, gunting, tali, kertas warna, pensil warna,
‘double sided tape’
Konsep 5P : mata pelajaran Sains, Muzik dan Bahasa Malaysia.
Masa/langkah Tajuk Aktiviti p & p catatan
Set induksi3 minit
Meneka bunyi haiwan. 1.murid mendengar audio yang dipasang oleh guru.
2.murid meneka haiwan yang dibunyikan di dalam audio.
3. guru menyoal beberapa soalan dan murid memberi respon pada soalan guru.
Kaedah:Kelas Strategi: Guru bersoal jawab dengan murid ABM: Laptop LCD
Konsep 5P Penggabungjalinan kemahiran dalam Subjek Sains
Langkah 2 1.Menyanyi lagu haiwan
2. Pengenalan tajuk aktviti pelajaran dan penerangan konsep diorama.
1.setelah selesai meneka haiwan, guru menunjukkan gambar-gambar haiwan kepada murid dan menyebutnya.
2. murid di minta menyanyi mengikut lagu dan mengayakan pergerakan haiwan. Contoh, kuda belang, monyet, singa dan gajah.
3. guru memperkenalkan
Kaedah Kelas StrategiPenerangan guru ABMLaptop LCD
Konsep 5P:Bahasa MelayuMuzik
~ 8 ~
HBAE 2203 2013
tajuk dan menerangkan konsep diorama.
4. Guru menunjukkan contoh-contoh diorama (paparan slide)
Langkah 3Gerakerja murid - menghasilkan binaan diorama Cara penghasilan
1) Menyediakan kotak 2) Menghias bahagiandalam kotak /pemandangan belakangtaman 3) Mewarna dan menggunting gambar haiwan-haiwan yang telah disediakan. 4) Melakar dan menggunting bentuk-bentuk pokok 6) Menyusun atur dan menghias bahagian dalam kotak menggunakan hiasan yang telah dibuat
1.guru memperkenalkan alat dan bahan yang akan digunakan untuk aktiviti hari ini.
2.Guru menunjukkan hasil karya yang telah siap.
3.Murid dibahagi kepada 5 kumpulan dan guru mengagihkan gambar-gambar haiwan kepada setiap kumpulan.
4.Setiap kumpulan menghasilkan diorama yang bertemakan haiwan di gurun Savana. -
StrategiPenerangan dan memberi contoh ABMContoh hasil karya Nilai:Menghargai Ilustrasi : Contoh Hasil Karya
StrategiBimbingan membina diorama ABMKotak Kasut,Kertas warna,Pensil. Warna,Gunting, Tali,
Langkah 4Penilaian hasil kerja murid dalam menghasilkan binaan diorama.
1.Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan hasil kerja mereka 2.Guru meminta murid lain membuat penilaian dan ulasan
3. Murid yang dipilih menceritakan serba sedikit tentang hasil karya mereka. 4.Murd-murid lain akan membuat ulasan bersama-sama guru.
KaedahIndividu / Kelas StrategiMempamerkanhasil kerja yang siap Nilai : Menghargai Hormat-menghormati TKP : Intrapersonal
~ 9 ~
HBAE 2203 2013
Penutup Membuat rumusan -Kognitif -Sosial
Guru membuat rumusan tentang teknik dan kualiti hasil karya murid dan menerapkan nilai-nilai murni
Kaedah Kelas StrategiMerumus hasil kerja murid. NilaiMenghargai
5.0 Penyediaan Lakaran Idea Untuk Menghasilkan Diorama
Diorama direka bentuk melalui perancangan yang jitu dan teliti. Perancangan ini
dilakukan dengan mengambil kira pelbagai kesesuaian catanlatar belakang diorama dan
objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Seterusnya pemilihan alat dan bahan,
tema dan subjek serta olahan idea yang berpandukan kepada asas seni dan prinsip seni reka.
Perkara-perkara berikut menjadi perhatian utama di dalam penghasilan diorama.
5.1. Menentukan subjek dan tema
Tema yang dipilih ialah Alam Semulajadi dan Persekitaran
5.2 Menentukan Alat dan Media
Setelah subjek dan tema di pilih, Perancangan memilih alat dan bahan menjadi kriteria
penting. Pemilihan alat dan bahan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal
subjek yang ingin di utarakan. Ciri-ciri bahan yang dipilih seterusnya tahan lama dan
lasak kepenggunaannya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak
wajar diaplikasikan dalam penghasilan diorama. Konsep artistik diorama ditampilkan
melalui pemilihan objek yang real tetapi cantik dan dikecilkan atau dimodelkan pada
kadaran atau nisbah gambar latar secara realistik.
~ 10 ~
HBAE 2203 2013
Subjek Tajuk Diorama Alat dan Bahan
Alam Semulajadi dan
Persekitaran
Hidupan di Savana Afrika Alat : gunting
Bahan : kotak, gam,benang,
kad manila, pensil warna,
kertas warna, cat air
Jadual menunjukkan Cara Menentukan Alat dan Media Berdasarkan Subjek,
Tema dan Tajuk.
5.3. Membuat Thumbnail-print ( Membuat Lakaran-lakaran Kecil )
Membuat lakaran –lakaran kecil ini penting supaya gagasan-gagasan dan pengideaan
melalui konsep trial and error. Lakaran ini juga dibuat supaya dapat melakarkan
sketsa-sketsa mengenai hal subjek dan tema yang ingin dinukilankan. Sketsa yang
mantap dan hebat akan dijadikan diorama.
1. KOLEKSI GAMBAR HAIWAN SEBAGAI SUMBER ILHAM
~ 11 ~
HBAE 2203 2013
2. LAKARAN HAIWAN LIAR
3. LAKARAN OLAHAN IDEA
DARI LAKARAN 1
~ 12 ~
LAKARAN 1
LAKARAN 2
HBAE 2203 2013
5.4 Memilih salah satu lakaran yang terbaik
Sketsa 1 dipilih untuk perkembangan idea seterusnya dan dijadikan diorama.
Kemampuan menterjemah lakaran kepada bentuk diorama yang sebenar juga menjadi kriteria
penting dalam pemilihan lakaran tersebut.
5.5 Memperinci lakaran
Setelah memilih lakaran yangs sesuai dan terbaik, kita perlu fikir cara untuk
memperkemaskan lagi reka bentuknya. Ia mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan
dan konsep keseluruhan termasuk estetika dan etika diorama yang akan dihasilkan nanti.
~ 13 ~
KOTAK DIORAMA
HBAE 2203 2013
Gambar terbaik di pilih dan diwarnakan seperti ditunjukkan di atas.
5.6 Membuat Karya/ Diorama
Buat kerangka dalam dan luar. Perlu fikirkan aspek ruang, saiz mobail, keteguhan dan
kesesuaian kerangka dengan dapatan. Dalam konteks ini, perkara-perkara yang berikut
diambil pertimbangan iaitu bahan dan alatan, kos pembuatan, masa yang diperlukan dan
kesesuaian latar belakang, hal subjek dan latar hadapan.
6.0 KESIMPULAN.
Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan
afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan
harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan
diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni
sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland
(ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif),
semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya
masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan
seni. Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM
iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh
menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).
~ 14 ~
SUBJEK
HBAE 2203 2013
Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan
dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pelajar diharap dapat mengamal
pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan
mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif. Secara tidak
langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi.
Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur
yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya
dalam pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika.
Kreativiti adalah sebagai satu proses berterusan yang merujuk kepada keupayaan
seseorang untuk memproses maklumat untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan asli.
Tindak balas terhadap rangsangan persekitaran merupakan faktor pembentukan kreativiti
sebagai jalan penyelesaian masalah dan seterusnya membawa individu ke tahap lebih
baik.Kreativiti ialah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baru daripada pengalaman lalu, di
mana ia dalam bentuk yang baru, sangat luas serta meliputi segala aspek kehidupan kita.
(3290 pp)
RUJUKAN
John Arul Phillips. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak,
Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan.(2003). Pendidikan Seni untuk Maktab &
Universiti. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Azhar Abdul Hamid. (2003). Meningkatkan Daya Fikir. Pahang:
~ 15 ~
HBAE 2203 2013
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Yew Kam Keong. (2003). Bebaskan Kreativiti Anda. Kula Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Hj Zulkiply Bin Hj Yaakob.(2009). Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak.
Diperoleh pada 30 Oktober 2013 daripada http://zulprasekolah.blogspot.com/2009/01/
perkembangan-kreativiti-kanak-kanak.html
Kreativiti dalam Pendidikan Seni Visual. (2012). Diperoleh pada 1 November 2013 daripada
http://bz-li.blogspot.com/
Kreativiti dan Kanak-kanak.Diperoleh pada 1 November 2013 daripada http://hasliza9088.
blogspot.com/2012/01/kreativiti-dan-kanak-kanak.html
Mohamad Mohsin Mohamad Said, and Nasruddin Yunos. (2006) Hubungan kreativiti dan ilmu pengetahuan. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 7 . pp. 41-52. ISSN 1511-8393. Diperoleh pada 1 November 2013 daripada http://journalarticle.ukm.my/1135/1/1.pdf
http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/membentuk-membuat-binaan.html
http://artisenivisual.blogspot.com/2012_02_01_archive.html
~ 16 ~