ASSGMNT SEJ MSIA- WANI ZAMBRI.docx
-
Upload
wanizambri -
Category
Documents
-
view
276 -
download
0
Transcript of ASSGMNT SEJ MSIA- WANI ZAMBRI.docx
JABATAN SEJARAH
FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL
UNIVERSITI MALAYA
SEMESTER 1
SESI 2012/2013
AEEA 1101
SEJARAH MALAYSIA
SOALAN 6:
Bincangkan dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh British terhadap orang Melayu dari tahun 1875 hingga 1922.
NAMA PELAJAR : NOR SYAZWANI BINTI ZAMBRI SHAM
NO. MATRIK : AEE 120035
NAMA PENSYARAH : PROFESOR DATO’ DR. ABDULLAH ZAKARIA
BIN GHAZALI
NAMA TUTOR : CIK NAJWA
1
PENGENALAN
Pendidikan Melayu sekular telah diperkenalkan oleh British pada abad ke-19.
Sebelum itu pendidikan Melayu pada umumnya berbentuk keagamaan dan sangat
menekankan pengajian agama Islam. Murid-murid diajar mengaji dan membaca Al-Quran
serta cara-cara bersembahyang.Bahasa penghantarnya ialah bahasa Arab dan guru-guru
biasanya terdiri daripada imam-imam masjid. Bahasa Melayu tidak dititikberatkan .Hal ini
kerana para ibu bapa pada ketika itu sangat mementingkan pendidikan agama Islam. [1]
Perkara ini dapat dibuktikan dengan kata-kata Lebai Abdul Razak seorang guru Al-Quran di
Melaka yang memberitahu Sir Stamford Raffles bahawa orang Melayu yang mempunyai
anak akan disuruh untuk belajar Al-Quran dahulu dan barulah belajar bahasa Melayu.Beliau
juga mengatakan memang itulah adat orang Melayu dan tiada lagi adat dimana para ibu bapa
menghantar anak-anak mereka belajar bahasa Melayu dahulu. [2] Pada waktu ini taraf para
ulama adalah tinggi kerana jika terdapat sultan yang menuntut ilmu,baginda haruslah pergi
berjumpa ulama.Pada waktu itu juga pendidikan agama telah mencapai peringkat ketiga iaitu
peringkat tinggi.[3]
Kanak-kanak Melayu telah mendapat pendidikan di surau,masjid dan sekolah pondok
sebelum kedatangan British di Tanah Melayu.Cara pendidikan tersebut diajar ialah dengan
membaca dan memahami Al-Quran,mempelajari bahasa Arab,hukum-hukum agama serta
kemahiran membaca,menulis dan mengira.Pada waktu itu juga sekolah pondok telah
ditubuhkan dan dari segi pelajaran yang diajar ialah lebih kepada ajaran agama.Pelajar yang
lulus sekolah pondok ini akan berkhidmat sebagai guru agama.Pengajian di sekolah pondok
mengambil tempoh masa yang agak lama iaitu sehingga sepuluh tahun.Antara buku-buku
rujukan yang digunakan di sekolah pondok ialah daripada kitab-kitab Al-Quran, Hadis,
Fiqah,Tauhid dan Tasawuf .Buku-buku ini di datangkan khas dari Mesir dan negara-negara
2
Arab yang lain. Biasanya pelajar-pelajar sekolah pondok akan menjalankan kerja
bertani ,menangkap ikan , mencari kayu api ,mengangkat air bai membantu tuan guru
menyarai hidup mereka semua pada waktu pag manakala pengajaran akan diadakan selepas
waktu subuh, petang dan malam. [4]
Dasar awal pemerintahan kolonial ditentukan berdasarkan peranan ekonomi yang
dijalankan oleh setaip kumpulan etnik yang terdapat di Tanah Melayu. Hanya segelintir elit
setempat yang telah mendapat keistimewaan diberi pendidikan dalam bahasa Inggeris untuk
menyediakan mereka bagi menjalankan tugas-tugas perkeranian sama ada dalam birokrasi
kerajaan kolonial ataupun dalam syarikat yang dikuasai orang Eropah.Bagi sebahagian besar
orang-orang tempatan,pada pandangan kerajaan memadailah jika setiap kumpulan mereka
diberi pelajaran dalam bahasa sendiri serta bersedia menerima peranan yang ditentukan oleh
pemerintah kolonial itu. [5]
Pada tahun 1874 , British telah datang ke Tanah Melayu di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu dan mengajar orang Melayu yang pada pendapatnya tidak mempunyai
pengetahuan pendidikan. Sekolah -sekolah awal yang di bangunkan lebih merupakan insaitif
persendirian kerana residen -residen awal yang dilantik lebih mengutamakan aspek -aspek
seperti undang-undang , penyeragaman pungutan hasil , pentadbiran keadilan ,perdagangan
dan sistem komunikasi. Hal ini dapat dibuktikan melalui kata-kata Sir Frank Swetthenham
yang menyatakan bahawa British tidak datang ke Negeri-Negeri Melayu sebagai dermawan
tetapi naluri sebagai kuasa imperialisme telah membawa British ke negeri-negeri
tersebut.tetapi apabila kusa mereka semakin kukuh ,pihak British mula memberi perhatian
terhadap pendidikan dan penyediaan perkhidmatan kebajikan yang lain . Sekolah Melayu
kerajaan yang pertama yang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terletak di Klang , Selangor
pada bulan September 1875 oleh residen Selangor yang pertama iaitu J,G Davidson.[6]
3
DASAR YANG DIPERKENALKAN OLEH BRITISH TERHADAP
ORANG MELAYU DARI TAHUN 1875 HINGGA TAHUN 1922
Dasar 3M (membaca ,menulis dan mengira)
Pada mulanya dasar pendidika British terhadap orang Melayu adalah hanya untuk
memberi sedikit pengetahuan asas kepada orang Melayu. Pendidikan Melayu diadakan
hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin
melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan
utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk
membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu
pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun
sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah
cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan
masyarakat Melayu.
British telah memperuntukkan sebanyak RM10,000 kepada Jabatan Polis dan hanya
RM122 untuk pendidikan di Perak pada tahun 1881.Di Selangor pula,British
memperuntukkan sebanyak RM8000 untuk Jabatan Polis dan sebanyak RM37 untuk
pendidikan.Akibat daripada penumpuan yang tidak jelas ini iaitu tumpuannya hanya untuk
memperkenalkan orang Melayu supaya tidak buta huruf dan bukannya untuk pandai.British
hanya hendak atasi buta huruf di kalangan anak Melayu.,keadaan ini telah menyebabkan
kadar kehadiran murid-murid ke sekolah adalah rendah
4
Pertumbuhan Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Sekolah Melayu juga turut dibina di Negeri -Negeri Melayu Bersekutu seperti Perak
dan Selangor. Sekolah Melayu kerrajaan yang pertama di bina di Selangor Selangor atas
usaha residen Selangor pada ketika itu J.G Davidson, terletak di Klang pada tahun 1875
manakala sekolah Melayu pertama yang dibina di Perak pula terletak di Sayung yang
ditubuhkan pada tahun 1878 oleh Hugh Low , Residen British Perak yang ketiga. [7]Pada
akhir 1870-an dan awal 1880-an pendapatan di negeri-negeri ini semakin meningkat. Walau
bagaimanapun perbelanjaan keatas pendidikan tetap kekeal rendah. Misalnya perbelanjaan
pendidiakan di Perak pada tahun 1881 hanya $122.92 berbanding dengan peruntukan kepada
Jabatan Polis iaitu sebanyak $10,364 daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan negeri
Perak sebanyak $650,000. Manakala di Selangor pula perbelanjaan ke atas pendididkan
adalah serendah $37.10 berbanding peruntukan yamg di terima oleh jabatan polis sebanyak
$7,962 dari pada jumlah perbelanjaan keseluruhan negeri Selangor iaitu sebanyak $ 230,000.
.[8]
Pertumbuhan Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dapat
dilihat Melalui perlantikan Nazir Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu pada tahun 1897. Bilangan sekolah Melayu di negeri-negeri tersebut telah
meningkat daripada 168 buah dengan bilangam murid lelaki sebanyak 157 orang dan murid
perempuan seramai 11 orang pada tahun 1898 kepada 226 buah sekolah pada tahun 1907
dengan bilangan murid lelaki seramai 232 orang dan murid perempuan seramai 34 orang. [9]
Satu masalah yang lebih serius lagi dan tidak mudah dihuraikan ialah tentang kedatangan
murid-murid.Walaupun diberi pelajaran percuma dan buku-buku serta papan batu disediakan
oleh kerajaan,masih sukar orang-orang Melayu memahami relevannya pendidikan
sekular.Namun demikian perihal membaca Al-Quran tidak dipersoalkan tetapi faedah dari
seorang anak-anak Melayu yang tahu membaca dan menulis dalam bahasa Melayu serta
5
membuat kira-kira tidak nampak faedahnya.Kebanyakan ibu bapa mengkehendaki anak-anak
mereka membantu di rumah ataupun di sawah ladang.Kedatangan murid yang semakin
merosot itu menyebabkan pemerintah Inggeris melaksanakan dasar wajib sekolah pada tahun-
tahun 1880an dan awal tahun-tahun 1890an. [10]
Pertumbuhan Sekolah-Sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Pertumbuhan sekolah-sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
bermula agak lewat berbanding di Negeri-Negeri Selat dan di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu. Di Kedah, sekolah Melayu yang pertama dikatakan ditubuhkan pada tahun 1897
atas inisiatif Allahyarham Tuan Haji Abdullah , Menteri Besar Kedah pada ketika itu.
Sekolah ini pada mula-mulanya dikhaskan untuk anak-anak lelaki orang-orang besar sahaja.
Pada tahun 1910 telah ada 20 buah sekolah Melayu di Kedah dan seterusnya meningkat
kepada 29 buah pada tahun 1911. Pada tahun yang sama jugajawatan Nazir Pelajaran telah
diperkenalkan di Kedah dan nazir akan dibantu oleh seorang guru pelawat di Selatan Kedah.
[11]
Sekolah Melayu pertama di Kelantan di tubuhkan pada tahun 1903. Manakala
Terengganu pula tidak mempunyai sebuah pun sekolah Melayu sebelum tahun
1915,sedangkan Perlis sebuah negeri yang terkecil di Semenanjung telah mempunyai 5 buah
sekolah Melayu dengan pendaftaran seramai 320 orang murid dalam tahun 1913. Pada tahun
1915 barulah terdiri sebuah sekolah Melayu di Terengganu dengan bilangan murid seramai
80 orang yang semuanya murid lelaki. Seterusnya , Johor merupakan sebuah negeri Melayu
yang beruntung keran hubungan rapatnya dengan Singapura dimana perkembangan
pendidikannya sangat pesat. Oleh itu ,tidak menghairankan apaila kita mendapati dalam
tahun 1913 ,sedang Kedah mempunyai 34 buah sekolah Melayu, Perlis sebayak 5 buah ,
6
Kelantan 8 buah sekolah dan Terengganu pada ketika itu belum mempunyai sekolah
manakala negeri Johor telah pun mempunyai 56 buah sekolah. [12]
Penggabungan jabatan pelajaran Negeri-Negeri Selat dengan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu
Pada bulan November 1906,Jabatan-jabatan Pelajaran Negeri-negeri Selat dan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah digabungkan dan jawatan Wilkinson sebagai Federal
Inspector dihapuskan.Setelah pengaruh Wilkinson yang kuat itu tamat,pendidikan Melayu
telah dibiarkan terbengkalai sehingga tahun 1916,apabila R.O.Winstedt dilantik menjadi
Assistant Director of Education di Tanah Melayu dan merupakan satu jawatan baru yang
diluluskan oleh Pejabat Tanah Jajahan.Negeri Johor sahaja yang tidak memperkembangkan
sistem sekolah pondok ini oleh sebab kedua-dua pendidikan agama dan sekular diletakkan di
tangan Jabatan Pelajaran Johor sendiri yang telah dibentuk pada tahun 1885.Di Kelantan
terdapat juga perkembangan di bidang pendidikan yang penting iaitu pembentukan Majlis
Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada tahun 1915.Dua tahun kemudian,majlis itu
telah melancarkan program pendidikannya dengan mendirikan sebuah sekolah agama yang
moden,Madrasah Muhammadiah,yang sekaligus mengajar tiga bahasa iaitu Melayu,Arab dan
Inggeris. [13] Kelas Raja telah ditubuhkan.
Satu Kelas Raja telah ditubuhkan dengan inisiatif daripada Sultan Idris
iaitu Raja Muda negeri Perak.Kelas tersebut ditubuhkan di istana ibu negeri Kuala Kangsar
pada tahun 1888.Sebagai mengikut jejak Perak,Raja Muda Selangor telah meminta bantuan
Inggeris mendirikan sebuah sekolah bagi anak-anak Raja di negeri itu.Pada bulan Disember
1890,Sekolah Raja yang baru di Selangor telah dimulakan dengan seorang Paderi kelulusan
Oxford sebagai gurunya.Menurut W.E.Maxwell,tujuan sekolah tersebut ditubuhkan adalah
untuk mendidik anak-anak Raja dan Orang Besar yang pada dasarnya beliau melihat
7
pendidikan yang mereka perolehi itu sebagai kelebihan yang memungkinkan anak-anak Raja
dan pembesar-pembesar itu diberikan pekerjaan sebagai kerani kerajaan dan jawatan-jawatan
rasmi lain yang lebih rendah.Tujuan utama sekolah itu,selain memindahkan ilmu yang berupa
kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris serta memahaminya,ialah untuk
membina wakta yang baik menurut ukuran zaman Victoria di England.Sekolah Raja di
Selangor itu telah ditutup pada bulan Januari 1894,namun anak-anak Melayu yang berminat
boleh memasuki Victoria Institution di Kuala Lumpur yang telah didirikan setahun sebelum
itu. [17]
Perkhidmatan Civil Melayu(MCS).
Keadaan ini berubah selepas tahun 1896 dengan terbentuknya Negeri-negeri
Melayu Bersekutu.Salah satu akibatnya ialah perkhidmatan awam di keempat-empat negeri
itu digabungkan untuk menjadi Perkhidmatan Civil Malaya(MCS),yang membawa kepada
perluasan perkhidmatan pentadbiran dan ikhtisas yang semuanya berpegawaikan orang
Eropah.Serentak dengan itu juga terdapat pertumbuhan dalam bilangan kakitangan kerani
tempatan dan juga teknik,yang kebanyakannya adalah Tamil Jaffna,orang-orang India,Serani
dan Cina. [14]
Skim Biasiswa telah diperkenalkan.
Setengah pegawai Inggeris telah menyatakan keraguan mereka oleh kerana
kerajaan telah gagal memenuhi maksud yang dinyatakannya untuk mendidik kaum
bangsawan Melayu dalam memerintah tanah air mereka sendiri.Berikutan dengan itu,skim
biasiswa telah diperkenalkan untuk memberikan peluang yang lebih baik memasuki sekolah-
sekolah Inggeris bagi orang-orang Melayu dari keturunan yang baik-baik.Menerusi skim
ini,orang-orang Melayu dapat belajar di sekolah-sekolah Ingeris yang bertaraf tinggi seperti
Victoria Institution di Selangor,Taiping Central School yang kemudiannya menjadi King
8
Edward VII School di Perak dan St.Paul ‘s School di Negeri Sembilan.Percubaan juga telah
dibuat untuk memasukkan anak-anak Melayu dari kalangan biasa yang cerdik dari sekolah-
sekolah Melayu dalam program ini. [15]
Tujuan Sekolah Melayu ditubuhkan
Menurut Dr Awang Had Salleh, pendidikan sekular anjuran British mempunyai empat
tujuan utama iaitu mengekalkan kestabilan politik dengan tidak memberi pelajaran yang
berlebihan kepada orang Melayu .Kedua bagi mengekalkan status quo dengan memastikan
orang Melayu tinggal terus di kampung-kampung sebagai penanam padi.seterusnya adalah
bagi menghasilkan pekerja-pekerja rendah seperti pemandu kereta lembu, nelayan, pekedai-
pekedai kecil dan kerani-kerani rendah. Tujuan keempat adalah untuk menghapuskan buta
huruf supaya orang Melayu tidak tertipu dalam masyarakat berbilang bangsa. Pada
hakikatnya ,pendidikan bahasa Melayu sebelum tahu 1942 kurang memberi peluang kepada
orang Melayu mencapai kemajuan dalam bidang social ,dan ekonomi. Pendidikan Melayu
hanya bertujuan untuk memelihara cara hidup tradisional orang Melayu. [16]
Perkembangan pendidikan Melayu
Perkembangan pendidikan Melayu terutamanya bagi kanak-kanak perempuan adalah
lembab disebabkan oleh faktor-faktor seperti sikap ibu bapa yang cemburukan kehilangan
tenaga anak-anak merekayang di perlukan bagi kerja rumah,perasaan curiga para ibu bapa
terhadap pendidikan sekular yang tidak menitikberatkan pengajaran Al-Quran dan ibu bapa
lebih suka anak-anak perempuan duduk di rumah sehingga mereka dikahwinkan. Mulai abad
ke-20 pendidikan Mlayu mula berkembang maju apabila kerajaan British di Negeri-Negeri
Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan beberapa enakmen yang
mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu yang berumur antara 7 hinnga 14 tahun bersekolah
9
sekurang-kurangnya selama setengah tahun jika mereka tinggal dalam lingkungan dua batu
dari sekolah.
Enakmen-enakmen tersebut telah menggalakkan perkembangan pendidikan sekular
Melayu di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Berbagai – bagai usaha
telah diambil untuk memperbaiki nilai pendidikan bahasa Melayu selepas perlantikan R.J.
Wilkinson sebagai Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan pada tahun 1903. Antara usaha yang
telah diambil oleh R.J.Wilkinson ialah dengan memperkenalkan tulisan rumi yang sistematik
serta menyusun kamus Melayu yang pertama. Beliau juga bertanggungjawab menerbitkan
buku-buku klasik Melayu yang membangkitkan minat orang Melayu terhadap bahasa dan
kesusasteraannya sendiri. Selain itu ,kerajaan British juga telah telah menubuhkan beberapa
maktab latihan perguruan Melayu bagi meninggikan lagi mutu pengajaran di sekolah-
sekolah Melayu.
Penyediaan Guru-guru Lelaki.
Satu rancangan khas telah dbuat bagi melatih guru-guru Melayu dalam tahun 1878
apabila sebuah maktab Melayu ditubuhkan di Singapura.Setelah tujuh belas tahun ia
ditubuhkan,maktab tersebut telah ditutup pada tahun 1895 dan telah mengeluarkan
kumpulann pertama guru-guru Melayu terlatih di British Malaya.Usaha tersebut telah
disambung semula dalam tahun 1900 apabila terdapat sebuah lagi maktab latihan perguruan
dibuka di Melaka.Pada waktu yang sama terdapat sebuah maktab yang dibuka di Taiping
tetapi hanya dalam tempoh yang singkat sahaja.Pada tahun 1913,sebuah maktab Perguruan
telah dibuka di Perak iaitu di Matang.Akhirnya kedua-dua maktab ini iaitu Maktab Melaka
dan Maktab Matang telah digantikan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjong Malim
dalam tahun 1922.
10
Johor tidak seperti Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang lain,iaitu yang
menghantar penuntutnya ke Melaka dan ke Tanjong Malim untuk terima latihan tetapi Johor
telah melatih bakal-bakal gurunya sendiri di Maktab Perguruannya Melayu di Johor
Bahru.Kebanyakkn Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menderita kerana kekurangan
guru-guru terlatih.Bilangan penuntut-penuntut mereka yang diterima masuk ke Maktab
Perguruan Sultan Idris amat kecil.Langkah-langkah terpaksa diambil iaitu Kelantan telah
menggunakan dua orang guru terlatih yang dipinjam dari Melaka dan Negeri Sembilan
supaya memberi latihan perguruan kepada calon-calon di Kelantan. [18]
Penubuhan maktab-maktab perguruan di Tanah Melayu
Selaras dengan perkembangan sepanjang tahun 1890-an kaedah latihan guru dan
pengambilan bekerja oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di dapati bilangan guru
tidak mencukupi akibat daripada pertambahan bilangan sekolah. Kemasukkan guru yang
berkelayakan dari Negeri-Negeri Selat ,walupun tidak lebih sebagai muslihat pihak penjajah,
tamat selepas penutupan Maktab Perguruan Melayu Singapura pada tahun 1894. [19]Sewaktu
Maktab Perguruan Singapura ditutup dalam tahun 1895,baru separuh sahaja daripada guru-
guru terlatih yang dikehendaki oleh sekolah-sekolah Melayu di Negeri-negeri Selat dapat
dipenuhi dan hal ini lebih buruk lagi di Negeri-negeri Melayu. Dalam tahun 1898,Nazir
sekolah-sekolah Persekutuan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dilantik.Langkah
yang diambil untuk atasi masalah ini dengan menubuhkan sebuah sekolah Perguruan
Taiping.Dalam suratnya kepada Residen Jeneral,bertarikh 14hb Jun 1898.Nazir itu
menamakan sekolah itu sebagai”Sekolah Persediaan Perguruan untuk guru-guru lelaki
Melayu dan telah bermula dalam bulan Mei,1898 . [20]
R.J.Wilkinson telah mengusahakan penubuhan maktab Perguruan Melayu
Melaka dan beliau telah menjadi Pemangku Nazir sekolah-sekolah bagi Negeri-negeri Selat
11
sekitar Ogos 1898 hingga Ogos 1900.Wilkinson tidak memandang tinggi keluaran Maktab
Perguruan Melayu Singapura kerana beliau berkata guru-guru sekolah Melayu sekarang ini
menyebabkan kesulitan kerana ketidak cekapan mereka.Mengenai tempat maktab baharu
yang diusulkannya itu,awal-awal lagi ia menolak kemungkinan memilih Singapura atau
Pulau Pinang kerana kehidupan di bandar-bandar besar selalunya tidak sihat bagi budak-
budak lelaki Melayu dari pedalaman.Akhirnya Melaka terpilih dan maktab itu dibuka pada 1
Mac 1900 dengan 24 orang penuntut dan Tuan S.E.Codrington menjadi pengetuanya yang
pertama.Maktab ini telah ditutup dalam tahun 1922 untuk memberi jalan kepada Maktab
Perguruan Sultan Idris.Pada tahun 1900 maktab ini telah mengeluarkan seramai 705 orang
guru dan peneroka seramai 24 orang selama 22 tahun ia ditubuhkan . [21]
Maktab Singapura memberikan kursus setahun,maktab-maktab Melaka dan Matang
masing-masing memberikan kursus dua tahun,tetapi Maktab Perguruan Johor menyediakan
penuntut-penuntutnya selama tiga tahun.Maktab telah berfungsi pada tahun 1919.Penyata
Tahunan Negeri Johor ada menyatakan bahawa Maktab Perguruan Melayu itu melatih 10
orang guru dan maktab tersebut tidak dapat membekalkan guru dengan sepenuhnya,oleh itu
sebuah bangunan yang lebih sesuai akan didirikan.Seorang penuntut maktab tersebut akan
menerima wang saku sebanyak $3.00 sebulan.Makan,penginapan dan buku-buku adalah
disediakan.Apabila keluar dari maktab ini,gaji yang dibayar ialah bermula dari $45.00
sebulan.Gaji permulaan amat tinggi jika dibandingkan dengan $35.00 gaji permulaan sebulan
yang dibayar kepada guru-guru keluaran Maktab Perguruan Sultan Idris.[22]
Pembukaan Maktab Perguruan Sultan Idris.
Anjuran Winstedt supaya dipusatkan maktab-maktab perguruan Melayu,telah
diterima kerajaan.Persidangan Residen-residen yang berlangsung pada 10hb Mei 1917
meluluskan penerimaan itu,dan dalam tahun yang sama,Pesuruhjaya Tinggi,setelah
12
memperkenal rancangan tersebut pada 26hb Mei 1917 dan mendapatkan titah persetujuan
dari Sultan Abdul Jalil Perak.Winstedt mencadangkan supaya sebuah sekolah pertukangan
dinamakan Sultan Idris,tetapi pertimbangan untuk mendirikan sekolah itu baru dibuat dalam
tahun 1922 dan pada waktu itu,Maktab Pusat ini telah pun terdiri.Oleh itu Maktab Pusat yang
baru itu diberi nama Sultan Idris yang menurut O.T. Dussek,pengetua maktab
itu,”menyayangi rakyat Melayunya dengn sungguh-sungguh dan mengharapkan orang-orang
Melayu akan mendapat pelajaran yang penting untuk jawatan-jawatan kerajaan. [23]
KESIMPULAN
Pada permulaannya pendidikan orang Melayu berasakan keagamaan dan taraf ulama
adalah sangat tinggi pada ketika itu. Pada ketika itu,pendidikan agama telah mencapai
terperingkat tinggi.Pendidikan sekular yang telah diperkenalkan oleh British hanya hendak
anak-anak Melayu hanya tahu membaca,menulis dan mengira. Pihak British hanya mahu
anak-anak Melayu ini lebih pandai sedikit daripada ibu bapa mereka.Pelbagai dasar
pendidikan telah dibuat oleh British untuk menarik minat orang Melayu untuk menghantar
anak-anak mereka masuk ke sekolah.British juga telah menubuhkan sebuah sekolah yang
mempunyai pendidikan agama dan sekular iaitu pendidikan sekular dijalankan pada waktu
pagi dan pendidikan agama pada waktu petang Pendidikan Inggeris turut diberikan kepada
golongan yang baik-baik sahaja yang terdiri daripada golongan bangsawan yang membawa
kepada Kelas Raja di Perak dan di Selangor.Dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh
British pada waktu itu telah membawa kepada sistem pendidikan yang ada pada waktu
sekarang.
13
14