Abe perlabuhan

download Abe perlabuhan

of 24

Transcript of Abe perlabuhan

KOLEJ KESIHATAN AWAM KUCHING PUSAT LATIHAN KLINIKAL KOTA KINABALU

Laporan Penempatan di Pejabat Kesihatan Perlabuhan, Sepanggar

NAMA NO. MATRIK AMBILAN

: Stephanie Navella Binti Nelman : BPPKP2009 - 8960 : DKP13/JULAI 2009

OBJEKTIF ORGANISASI PERLABUHAN

PINTU

MASUK

PEJABAT

KESIHATAN

Untuk memastikan agar semua penumpang, kapal dan makanan yang memasuki negeri ini bebas dari sebarang ancaman kesihatan yang boleh memudaratkan kesihatan masyarakat tempatan.

SENARAI AKTIVITI DIBAWAH ORGANISASI PINTU MASUK PEJABAT KESIHATAN PERLABUHAN a) Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan b) Unit Kesihatan Antarabangsa

OBJEKTIF ORGANISASI MAKANAN Objektif am

UNIT

KESELAMATAN

DAN

KUALITI

a) Memastikan makanan yang diimport selamat untuk orang ramaib) Memastikan pengimport makanan mematuhi undang-undang yang

ditetapkan di negara ini.c) Memastikan pengeksport makanan mematuhi undang-undang yang

ditetapkan di negara berkenaan. Objektif Khasa) Untuk menentukan makanan diimport dijual kepada penduduk

negara ini: Mematuhi kepada mutu yang ditetapkan Makanan tersebut hendaklah bebas dari pencemaran, tambahan dan pengambilan yang tidak menyenangkan dan tidak mustahak. Mempunyai label dan pengiklanan yang tepat dan mencukupi

serta tidak mengelirukan.

b) Untuk menentukan makanan yang diimport dihasilkan, disediakan, disimpan, diangkut dan dikendalikan dalam keadaan yang bersih.c) Untuk menentukan makanan yang dieksport menepati mutu label

yang diakui, mematuhi kehendak- kehendak negara mengimport dan lain-lain undang-undang negara berkenaan.

yang

d) Untuk menentukan pengguna menerima maklumat yang lengkap dan pendidikan kesihatan berkenaan dengan makanan.

SENARAI TUGAS UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN (UKKM)1) Penguatkuasaan ke atas Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan

Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 1993. 2) Pemeriksaan dan merekod manifest makanan yang diimport. 3) Membuka kontena dan menjalankan pemeriksaan fizikal makanan yang diimport. 4) Menjalankan program persampelan ke atas makanan diimport. 5) Menjalankan pemeriksaan sanitasi premis makanan di dalam kawasan pintu masuk. 6) Menyelia pelupusan makanan. makanan yang melanggar perundangan

7) Menyemak laporan keputusan analisis sampel makanan dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas sampel yang melanggar perundangan. 8) Pengambilan hitamkan. sampel rasmi keatas makanan yang disenarai

9) Melak/menyita makanan yang disyaki melanggar perundangan

makanan (makanan yang disenarai hitamkan.10) Menyelenggara buku daftar untuk sampel-sampel makanan yang

diambil. 11) Menyediakan laporan bulanan Keselamatan dan Kualiti Makanan. dan tahunan aktiviti Unit

12) Menyelenggara rekod-rekod, fail-fail, data-data dan graf-graf untuk rujukan dan tindakan.

13) Membawa dan memberi taklimat tentang aktiviti Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan kepada pelatih-pelatih PPKP dan lain-lain pegawai berkenaan.14) Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan

dari semasa ke semasa.

PROSES KERJA UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN DI PINTU MASUK PERLABUHAN

1. Borang Pengakuan Import diterima oleh Pegawai Berkuasa.

2. Pegawai berkuasa menyemak semua dokumen dan salinan Borang Kastam, Invois dan Packing List.3. Pegawai Berkuasa tentukan sama ada konsainmen perlu ditahan

atau tidak dengan semakan dari Daftar Muatan Import (Manifest).4. Jika konsainmen tidak ditahan, cop bahagian belakang Borang

Kastam asal dengan cop DILEPASKAN.5. Jika konsainmen untuk ditahan, cop di Borang Kastam asal dengan

cop KONSAINMEN DITAHAN UNTUK PEMERIKSAAN serahkan kembali kepada agen penghantaran. format pemeriksaan untuk tujuan pelepasan atau ditahan.7. Jika

dan

6. Konsainmen yang ditahan untuk pemeriksaan perlu disemak dengan

Pegawai Berkuasa mendapati ianya mematuhi, SURAT PELEPASAN akan dikeluarkan untuk membawa keluar konsainmen dari perlabuhan. untuk dipatuhi oleh

8. Jika tidak mematuhi, keluarkan arahan agen/pengimport sebelum boleh dilepaskan. Pegawai Berkuasa. 10.

9. Agen/Pengimport memohon untuk proses atau label semula kepada

Pegawai berkuasa keluarkan surat untuk Undertaking.

11. Konsainmen dibawa keluar untuk: a) b)

Dilabel semula. Diproses semula.

12. Konsainmen yang rosak akan: a) Dirampas untuk dilupus.

b) Dihantar semula ke negara asal. c) Didakwa di mahkamah.

PROSES KERJA MEMBUAT UNDERTAKING UNTUK PROSES SEMULA DAN KONDISI SEMULA DI BAWAH SEKSYEN 29 AKTA MAKANAN 19831. Pegawai Berkuasa terima permohonan untuk :

-

Proses semula/ Perlabelan semula/ Kondisi semula

2. Pegawai berkuasa menyemak/ menyiasat samada boleh :

-

diproses semula dilabel semula kondisi semula

dan ditempat di mana proses tersebut akan dijalankan.

3. Berikan surat kebenaran untuk : proses semula dilabel semula kondisi semula

kepada agen/ pengimport.

4. Hantar surat untuk pengawasan kepada Pegawai Kesihatan/ Pejabat

Berkuasa Daerah yang berkenaan. 5. Pengawasan dan pemeriksaan dibuat oleh Pejabat Berkuasa Daerah.6. Jika syarat-syarat telah dipatuhi :

-

Pegawai Berkuasa Daerah Berkuasa di pintu masuk.

memaklumkan kepada Pegawai

7. Pegawai berkuasa Perlabuhan akan mengeluarkan surat Pelepasan kepada agen. Salinan kepada Pegawai Berkuasa Daerah. 8. Jika tidak mematuhi :9. Pegawai Berkuasa Perlabuhan menasihatkan Pegawai Berkuasa

Daerah untuk mengambil tindakan:

-

Rampasan Pelupusan Hantar ke negara asal Pendakwaan

10. Jenis tindakan hendaklah dimaklumkan kepada Pegawai Berkuasa

Perlabuhan.

PRESEDUR MENGATASI KATEGORI MAKANAN YANG DITOLAK 1. Makanan yang mempunyai rekod perlanggaran perundangan makanan: Ambil sampel secara rasmi. Makanan dilak dan ditahan. Sekiranya keputusan analisis mematuhi, makanan dilepaskan ke pasaran. Keputusan analisis tidak mematuhi, makanan diisita dan tindakan mahkamah diambil. 2. Makanan yang mempunyai label yang tidak mematuhi: Pengimport perlu memohon untuk pelabelan semula. Label mematuhi, ambil sampel secara rutin dan makanan dilepaskan. Keputusan analisis tidak mematuhi, beritahu pengimport dan ambil tindakan lanjut.

3. Makanan yang keadaan fizikalnya sudah rosak dan tidak sesuai untuk dimakan: Keluarkan notis penolakan masuk ke negeri ini.

Sita dan musnahkan makanan tersebut jika pengimport setuju. Hantar balik ke negara asal jika pengimport tidak setuju makanan tersebut disita.

PROSEDUR PELUPUSAN MAKANAN Proses Kerja Pelupusan Makanan Dengan Persetujuan Pemilik 1. Kenalpasti makanan yang hendak dilupuskan. 2. Senaraikan dalam senarai pelupusan makanan. 3. Rujuk borang kelulusan pelupusan makanan dan memberi alasan serta cadangan dengan kaedah pelupusan. 4. Rujuk kepada PKD untuk kelulusan. 5. Sekiranya PKD meluluskan borang permohonan, aturkan dengan PBT jika pelupusan dibuat di tapak. 6. Semak senarai dan sediakan peralatan pelupusan. 7. Lupuskan makanan dan mengambil gambar-gambar proses pelupusan. 8. Sediakan laporan ringkas dengan gambar. 9. Kemaskini rekod pelupusan makanan. Proses Kerja Pelupusan Makanan Dengan Perintah Mahkamah 1. Sediakan makanan yang hendak dilupuskan. 2. Sediakan kertas siasatan (IP) dan affidavit. 3. Minit IP kepada KPPKP/PPKPK untuk semakan. 4. Semak minit IP kepada PKD untuk semakan dan kelulusan. 5. Rujuk IP kepada UIP Negeri. 6. Kemudian, UIP rujuk IP tersebut kepada TPR. 7. Mengangkat sumpah dan tandatangan affidavit di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. 8. Kemaskini maklumat affidavit dalam buku rekod. 9. Daftar affidavit di mahkamah dan mohon bantuan mahkamah untuk menyempurnakan affidavit. 10. Sebutan affidavit di mahkamah. 11. Kemaskini maklumat makanan perlu dilupuskan dalam rekod pelupusan makanan dan rujukan kepada KPPKP/PPKPK. 12. Atur dengan PBT untuk kerja-kerja pelupusan. 13. Semak senarai dan sediakan peralatan pelupusan. 14. Lakukan pelupusan dan ambil gambar. 15. Sediakan laporan ringkas beserta gambar. 16. Maklum kepada mahkamah dan UIP Negeri serta kemaskini rekod pelupusan makanan.

PROSEDUR SITA MAKANAN 1. 2. 3. 4. Arahan KKM/JKN/keputusan analisis. Taklimat tugasan/operasi. Lawat premis yang telah ditetapkan. Kenalkan diri, tunjukkan perakuan kuasa dan terangkan tujuan lawatan. 5. Dapatkan maklumat premis dari pemilik/wakil dan buat salinan serta keluarkan senarai bongkar. 6. Periksa makanan bersama pemilik/wakil premis. 7. Ambil gambar makanan yang disita dan buat lakaran premis serta kedudukan makanan. 8. Rekod makanan yang akan disita. 9. Maklumkan kepada pemilik/wakil premis tentang makanan yang disita. 10. Menyita makanan. 11. Serah salinan pendua notis penyitaan dan senarai makanan yang disita kepada pemilik/wakil. 12. Dapatkan persetujuan pelupusan makanan yang disita. 13. Bawa balik makanan yang disita ke pejabat. 14. Sekiranya pemilik tidak bersetuju, buat affidavit kepada mahkamah dan memohon perintah untuk melupuskan makanan. 15. Maklumkan keputusan mahkamah kepada pemilik/wakil premis. 16. Lupuskan makanan mengikut prosedur pelupusan makanan. 17. Rekodkan tindakan yang telah dbuat.

PROSES KERJA FOSIM PROSIDUR KAWALAN MUTU MAKANAN IMPORT MELALUI SISTEM FoSIM (Food Safety Information System of Malaysia )1. TAHAP SATU AUTO RELEASE 1. Semua konsaimen makanan yang jatuh dalam tahap satu akan diproses melalui sistem dan pelepasan dan keizinan pengimportan akan diberikan serta merta tanpa pemeriksaan fizikal. 2. TAHAP DUA PEMERIKSAAN DOKUMEN

1. Konsainmen makanan dalam tahap dua akan diproses dan keizinan pengimportan akan diberikan secepat mungkin melalui sistem jika semua butiran yang diperlu diberi dengan lengkap. 2. Pastikan semua maklumat dokumen import ( kastam 1 ) yang perlu telah diisikan oleh ejen penghantaran. 3. Jika berkaitan, maklumat berkenaan sijil Kesihatan, permit import, lesen juga telah diisi. 4. Sekiranya maklumat yang diberi tidak lengkap, rujuk balik kepada pengimport atau ejen berkenaan melalui sistem FoSIM.Kelulusan kepada pihak kastam dan pengimport untuk membenrkan konsainmen tersebut masuk ke dalam negara diberi melalui sistem FoSIM. 3. TAHAP TIGA- MONITORING INSPECTION 1. Konsainmen makanan dalam tahap tiga akan di proses dan keizinan pengimportan akan diberikan secepat mungkin melalui sistem jika semua butiran yang perlu diberi dengan lengkap. ATAU 2. Konsainmen makanan yang perlu pemeriksaan dan penyampelan akan dilepaskan dalam masa 2- 3 hari selepas pemeriksaan. Kelulusan kepada pihah kastam dan pengimport untuk membenarkan konsainmen tersebut masuk ke dalam negara diberi melalui sistem FoSIM BAGI KONSAINMEN MAKANAN YANG TIDAK DICADANG DITAHAN BAGI PEMERIKSAAN.3.

4. Gunakan butang DETAIN dan Conditionaly Approve bagi konsainmen yang dicadangkan untuk diperiksa. 5. Jalankan pemeriksaan fizikal ( pemeriksaan label, bungkusan, dan untuk pencemaran / bahan asing, kerosakan makanan). Ambil sampel 6. Persampelan makanan tidak perlu jika keputusan keputusan analisa sampel makanan berkenaan sebelum ini mematuhi Akta Makanan 1983 / Peraturan- Peraturan Makanan 1985 dan pemeriksaan fizikal semasa memuaskan. 7. Konsainmen yang mematuhi,diberikan pelepasan pengambilan sampel jika ada ) melalui sistem FoSIM ) ( selepas

8. Konsainmen makanan yang tidak mematuhi di rujuk kepada PPKP U32/ 36 / Ketua Jabatan untuk tindakan lanjut

9. Bagi sampel yang akan dihantar ke Makmal Kawalan Mutu makanan Selangor, permohonan analisis diisi melalui sistem FoSIM disamping borang bertulis. 10. Sampel yang akan dihantar ke Jabatan Kimia P. J. Makmal Kawalan Penyakit Berjangkit atau makamal lain seperti yang diarah oleh JKNS atau Kementerian Kesihatan Malaysia, isi borang bertulis. 11.12.

Keputusan yang diterima didaftarkan dalam buku / sistem FoSIM. Food Alert dikeluarkan bagi keputusan yang tidak mematuhi.

4. TAHAP EMPAT- SURVEILLANCE INSPECTION 1. Konsainmen makanan dalam tahap empat memerlukan pemeriksaan dokumen serta penyampelan konsainmen akan dilepaskan dalam masa 2- 3 hari selepas pemeriksaan. 5. TAHAP LIMA - UJI- TAHAN- LEPAS 1. Konsainmen tidak akan dilepas sehingga keputusan analisa dari makmal diterima. Konsainmean yang mematuhi keputusan nya akan dilepaskan secepat mungkin setelah keputusan diperolehi dari makmal. 2. Konsainmen yang tidak di rujuk ke daerah, undertaking diambil dari pengimport atau wakilnya. 3. Konsainmen tersebut dirujuk ke daerah berkenaan (jika gudang terletak di daerah itu ) untuk tindakan lanjut:4. Faks satu salinan kepada Pegawai Kesihatan Daerah atau PPKP U32 / 36. 5. Memberitahu PPKP U32 / 36 tentang rujukan konsainmen tersebut. 6. Terima laporan tindakan dari daerah. 7. Laporan itu dikembarkan bersama salinan asal 8. Bagi konsainmen yang akan disimpan dalam kawasan gudang, tindakan diambil sendiri dengan menerima surat undertaking dari pengimport atau wakilnya. 9. Temujanji dibuat dengan pengimport untuk mengambil sampel. 10. Jalankan pemeriksaan fizikal ( pemeriksaan label, bungkusan, dan untuk pencemaran / bahan asing, kerosakan makanan. 11. Sampel penguatkuasaan diambil 12. Konsainmen tersebut dilak selepas mengambil sampel. 13. Bagi sampel yang akan dihantar ke Makamal Kawalan Mutu Makanan Selangor, permohonan analisis diisi melalui sistem FoSIM disamping borang bertulis. 14. Keputusan yang diterima didaftarkan dalam buku / sistem FoSIM 15. Sekiranya keputusan mematuhi peruntukkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan- Peraturan Makanan, surat pelepasan konsainmen dikeluarkan dan dilepaskan juga melalui sistem FoSIM

16. Sekiranya keputusan Tidak Mematuhi peruntukkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan Peraturan, surat arahan untuk mengeksport semula ke negara asal atau memusnahkan konsainmen dikeluarkan. 17. Pengawasan dibuat ke atas tindakan yang diambil terhadap konsainmen terbabit. 18. Laporan tindakan yang diambil terhadap konsainmen disediakan. 6. TAHAP ENAM AUTO REJECT 1. Konsainmen makanan dalam tahap ini akan ditolak oleh sistem FoSIM serta merta dan konsainmen tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam negara ini.

Carta aliran kerjaSTANDARD OPERATIONAL PROCEDURE MENGGUNAKAN SISTEM FoSIM BAGI

TAHAP 5 (MAKANAN BERISIKO )

Terima pemberitahuan

Pemeriksaan sistem FoSIM oleh pegawai bertugas dan kenalpasti jenis makanan yang masuk Konsainmen ditahan Tindakan Tidak Ditolak penguatku mematuhi Perintah makanan Surat Keputusa Pensampelan Persampelan dilak n ditahan Undertaking / Makmal Pemeriksaa dilepaskan Mematuhi n Fizikal

UNIT KESIHATAN ANTARABANGSASENARAI TUGAS- TUGAS UNIT KESIHATAN ANTARABANGSA 1) Penguatkuasaan keatas undang- undang berikut :a) Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa 1969 b) Ordinan Kurantina Cap.114 1953 c) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 2) Pemeriksaan ke atas kapal kurantina/bebas dan mengeluarkan Free pratique/ Health Clearance. 3) Menjalankan aktiviti kawalan Rodensia (Penyakit Plaque). 4) Menjalankan aktiviti kawalan Aedes (Penyakit yellow fever).

5) Pemeriksaan dan pelepasan penumpang- penumpang yang datang dari kawasan endemik penyakit plaque. 6) Menjalankan pemeriksaan mengesan kehadiran tikus di atas kapal untuk pengeluaran/ penyambungan SSCC/SSCEC. 7) Menjalankan aktiviti kawalan Import dan Eksport mayat. 8) Menjalankan aktiviti kawalan kebersihan bekalan makanan dan minuman ke atas kapal. 9) Menjalankan aktiviti menjaga sanitasi dalam kawasan perlabuhan.

PROSES KERJA PEMERIKSAAN KAPAL DI PELABUHAN / DERMAGA Terdapat beberapa prosedur pemeriksaan kapal di pelabuhan iaitu:1. Prosedur pengeluaran status kapal 2. Prosedur pemeriksaan dan pengeluaran Port Health Clearance untuk kapal bebas. 3. Prosedur pemeriksaan kapal kuarantin yang meliputi :a) b) c) d) e) Prosedur pemeriksaan dokumen dan bahagian kritikal kapal Prosedur pengeluaran Sijil Free Pratique Pemeriksaan kapal keseluruhan Arahan aktiviti kuarantin Pengeluaran atau lanjutan sijil SSCC & SSCEC

PROSEDUR PENGELUARAN STATUS KAPAL 1. Mendapatkan data ketibaan kapal 2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran mendapatkan data ketibaan kapal dari agen perkapalan dari masa ke semasa 3. Menerima borang notis kesihatan 4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran menerima notis kesihatan dari agen perkapalan dan memasukkan dalam fail atau buku pendaftaran. 5. Memproses Permohonan Borang Notis Ketibaan Kapal. 6. Semak Borang Notis Kesihatan . 7. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dikehendaki memastikan bahawa butiran berikut ada dalam borang notis ketibaan kapal. Tarikh Permohonan / penerimaan Nama Pegawai / Tarikh / Masa yang menerima borang yang dicop di atas borang tersebut Tarikh Ketibaan Kapal Tarikh Luput Sijil SSCC atau SSCEC Kesihatan anak kapal dan penumpang

Pelabuhan terakhir kapal berlabuh dan tarikh kapal berlepas dalam masa 30 hari dari kawasan yang endemik Demam Kuning. 8. Menentukan Status kapal PPKP dikehendaki merujuk kepada Weekly Epidemiological Report dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) terkini untuk menentukan status kapal samaada kapal bebas atau kapal kuarantin ( epidemik atau endemik) . 9. Keputusan kepada permohonan notis ketibaan dan status kapal. PPKP boleh mencadangkan kepada pegawai atasan ( Pegawai Kesihatan Pelabuhan ) mengenai keputusan permohonan agen untuk berlabuh ke dermaga berdasarkan notis kesihatan yang diterima. Terdapat 3 alternatif keputusan iaitu:1. Status A 2. Status B 3. Status C 1. Status A - Kapal Bebas (Free Vessel )( Bebas berlabuh DiDermaga ) Kapal diberi taraf bebas dan berlabuh di dermaga dengan syarat butiran dalam notis ketibaan kapal ini memenuhi syarat- syarat berikut :a) Tarikh sijil SSCC / SSCEC tidak tamat lagi b) Kesihatan anak dan penumpang sihat dan tiada kematian semasa perjalanan dari pelabuhan terakhir c) Pelabuhan terakhir kapal berlabuh bukan dari negara endemik dengan penyakit Hawar. d) Kapal ini akan diberikan Free Pratique dan kapal dibenarkan berlabuh di dermaga. Pemeriksaan tamat di sini. 2. Status B - Berlabuh di Dermaga dan pemeriksaan kesihatan kuarantin Kapal ini dibenarkan berlabuh di dermaga tetapi tidak dibenarkan melakukan aktiviti pemunggahan, penumpang dan anak kapal tidak boleh turun dari kapal dan tiada sesiapa pun dibenarkan naik ke kapal sebelum pemeriksaan kuarantin dijalankan. Kapal boleh dikenakan tindakan ini sekiranya butiran

dalam borang notis kesihatan mempunyai salah satu sebab di bawah : a) Sijil SSCC / SSCEC yang tamat tempoh. b) Kesihatan anak kapal dan penumpang ada anak kapal dan penumpang yang sakit di atas kapal dan ada kematian dalam perjalanan terakhir. c) Pelabuhan terakhir kapal berlabuh adalah dari Negara yang endemik / epidemik dengan penyakit Hawar. d) Kapal ini tidak diberikan Free Pratique tetapi hanya diberikan sijil kebenaran untuk berlabuh di dermaga. 3. Status C - Kapal Kuarantin Di Quarantine Anchorage Kapal ini diberi status c atau kapal ini diberi taraf Quarantine dan dikehendaki berlabuh di Quarantine Anchorage dalam keadaan berikut :a) Terdapat penyakit berjangkit di kalangan anak kapal atau penumpang b) Ada kematian anak kapal atau penumpang kerana penyakit berjangkit c) Pelabuhan- pelabuhan terakhir adalah dari kawasan Epidemik d) Terdapat kematian tikus luar biasa di atas kapal.

PROSES KERJA PEMERIKSAAN KAPAL YANG DIKUARANTIN 1) Penerimaan perkapalan. pemberitahuan (advice) ketibaan daripada seperti agen berikut

2) Memastikan kapal dikuarantinkan:-

mempunyai

keadaan

Kapal yang datang dari kawasan dijangkiti Yellow Fever dan Plaque dimana tempoh pengeraman penyakit tersebut belum berakhir semasa perlayaran dan ketibaan. Kapal yang dokumen SSCC/SSCEC suda luput tarikhnya. Kapal yang membawa penumpang. Berlaku kejadian orang sakit dan mati di atas kapal semasa perlayaran.

-

-

Terdapat kejadian kematian tikus yang banyak di atas kapal semasa perlayaran.

3) Memastikan semua kapal yang dikuarantin berlabuh dalam kawasan khas (Quarantine Anchorage) dan mempamerkan bendera kuarantin yang betul. 4) Menaiki kapal dan membuat pemeriksaan ke atas dokumen berikut:Maritime Declaration of Health. Sijil Kesihatan Antarabangsa (Vaccination Certificate) bagi anak kapal dan penumpang yang datang dari kawasan endemik Yellow Fever. Sijil Kapal iaitu SSEC/SSCEC Jadual perlayaran (Voyage memo). Crews/ Passenger List.

-

5) Membuat pertanyaan kepada nakhoda kapal tentang keadaan Kesihatan anak/penumpang kapal dan jika perlu membuat pemeriksaan sanitasi kapal berkenaan. 6) Jika semua dokumen mengikut prosedur dan keadaan sanitasi kapal adalah memuaskan, maka Free Pratique hendaklah dikeluarkan. 7) Jika terdapat sijil kesihatan keatas anak-anak kapal dan penumpang yang datang dari endemik Yellow Fever tidak sah, maka mereka hendaklah diasingkan dan diberi suntikan Immunisasi. 8) Jika sijil SSEC/SSCEC sudah tamat tempohnya, pemeriksaan mengesan kehadiran tikus diatas kapal perlu dijalankan. 9) Jika terdapat tanda-tanda kehadiran bahaya kesihatan di atas kapal, perintahkan nakhoda kapal mengibarkan bendera khas (Double Q) dan ambil langkah-langkah berkesan untuk mengatasinya. 10) Jika kapal yang sudah diberi Free Pratique memohon sijil Transit Order untuk berlayar ke perlabuhan tempatan seterusnya, permohonan tersebut hendaklah diluluskan. 11) Radio Pratique boleh diberi kepada kapal yang telah memberi maklumat lengkap tentang pelayarannya. Periksa dokumen perjalannya apabila sudah sampai.

Prosedur pemeriksaan kapal yang berlaku kejadian orang sakit atau kematian semasa perlayaran

1. Menaiki kapal berkenaan penyiasatan kes.

bersama

Pegawai

Kesihatan

untuk

2. Membantu Pegawai Kesihatan dalam pemeriksaan pesakit untuk menentukan punca penyakit. 3. Jika menghidap penyakit yellow Fever / Plaque, semua anak-anak kapal hendaklah diasingkan dan diberi Immunisasi. Selain itu, langkah-langkah pencegahan seperti disinfeksi/ disinsection hendaklah dijalankan. 4. Bagi kes kematian di atas kapal, mayat tersebut hendaklah dihantar segera ke kamar mayat. 5. Beritahu Pengarah hospital/ pihak polis tentang kejadian ini untuk mendapatkan laporan bedah siasat. 6. Jika kematian berpunca daripada penyakit berjangkit, mayat tersebut perlu disinfeksi dan dikembumikan segera. Anak- anak kapal/ penumpang perlu dikurantina, diberi Immunisasi dan langkah-langkah pencegahan seperti disinfeksi/ disinsection hendaklah dijalankan. 7. Jika kematian bukan akibat penyakit berjangkit, pelepasan mayat perlu dilakukan. 8. Sediakan satu laporan penyiasatan yang lengkap. prosedur biasa

PROSES PEMERIKSAAN KAPAL BEBAS YANG TIDAK DIKENAKAN KURANTINA (FREE VESSEL) 1) Penerimaan pemberitahuan (Advice) ketibaan kapal dari agen perkapalan. 2) Memastikan semua kapal bebas menyerahkan dokumen-dokumen seperti berikut:Maritime Declaration of Health Sijil kapal iaitu SSEC/SSCEC Transit Order jika ada

-

Voyage memo. Crew/ Passenger List. Semua dokumen diatas hendaklah diserahkan ke pejabat Kesihatan Perlabuhan dalam masa 2 jam selepas ketibaan kapal tersebut.

3) Jika semua dokumen mematuhi, Health Clearance hendaklah dikeluarkan kepada pejabat Harbour Master untuk pengeluaran Port Clearance (Permission to leave the port). 4) Jika terdapat dokumen tidak mematuhi, Health Clearance tidak boleh dikeluarkan sehingga rekomentasi dipatuhi. 5) Perkhidmatan ini perlu disediakan 24 jam. Jika setiap waktu pejabat, Health Clearance boleh dikeluarkan oleh IK di rumahnya.

PROSES KERJA PEMERIKSAAN KEHADIRAN TIKUS DIATAS KAPAL UNTUK PENGELUARAN/ PENYAMBUNGAN DERATTING EXEMPTION CERTIFICATE (SSCEC) 1) Pengeluaran/ penyambungan SSCEC hanya boleh dikeluarkan di perlabuhan yang diluluskan di bawah article 17, PeraturanPeraturan Kesihatan Antarabangsa 1969. Perlabuhan Kota Kinabalu adalah salah satu daripadanya. 2) Tempoh laku SSCEC adalah 6 bulan dan boleh disambung selama satu bulan dalam keadaan tertentu. Penyambungan SSCEC hanya boleh dilakukan dalam keadaan berikut:-

-

Jika pemeriksaan keatas kapal tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Contoh, masa terlalu singkat atau kapal dipenuhi bahan muatan.. Untuk membolehkan kapal tersebut meneruskan pelayaran ke perlabuhan seterusnya di mana kemudahan pengeluaran SSCC disediakan.

-

3) Pihak agen perkapalan perlu memohon ke Pejabat Kesihatan Perlabuhan bagi maksud pengeluaran/ penyambungan SSCEC.

4) Kapal yang mempunyai SSCEC masih boleh memohon pengeluaran SSCEC seterusnya dengan syarat kapal berkenaan bebas daripada kehadiran tikus dan tidak memerlukan fumigasi. 5) Pemeriksaan kehadiran tikus diatas kapal perlu dijalankan sebelum SSCEC boleh dikeluarkan. 6) Pemeriksaan kehadiran tikus hendaklah dijalankan pada siang hari dan kapal berkenaan kosong tanpa muatan kargo. 7) Jika hasil pemeriksaan menunjukkan kapal berkenaan daripada kehadiran tikus, SSCEC hendaklah dikeluarkan. bebas

8) Jika hasil pemeriksaan menunjukkan ada kesan-kesan kehadiran tikus, rekomenkan fumigasi dijalankan keatas kapal berkenaan. 9) Jika perlabuhan berkenaan tidak mempunyai kemudahan fumigasi, SSCC/SSCEC hendaklah disambung satu bulan untuk membolehkan kapal berkenaan meneruskan pelayaran ke perlabuhan yang mempunyai kemudahan fumigasi (Designated Port). Selepas fumigasi SSCC, hendaklah dikeluarkan.

PROSES KERJA PEMERIKSAAN MAYAT YANG DIEKSPORT 1) Pihak waris si mati atau melalui agennya perlu memohon permit mengeksport mayat ke Pejabat Kesihatan. Setiap permohonan perlu disertakan dengan dokumen- dokumen berikut:Sijil Kematian yang dikeluarkan pihak Hospital. Sijil Pengembumian (Jika ada). Embalming Certificate yang dikeluarkan pihak hospital. Laporan Polis (Jika kematian melibatkan kes polis, pembunuhan dan kemalangan).

2) Permit mengeksport mayat tidak boleh dikeluarkan bagi kes kematian akibat penyakit berjangkit. Hal ini perlu dirujuk kepada Pegawai Kesihatan untuk tindakan selanjutnya. 3) Sebelum Permit eksport dikeluarkan, IK perlu memeriksa keranda untuk memastikan ianya telah ditutup rapi (Hermitically Sealed). 4) Jika semua dokumen- dokumen dan kehendak- kehendak seperti yang disebutkan di atas dipatuhi , Permit Eksport [ Permission to

export / Import or transsip a corpse or human remain (Sec.25, Q. rules cap 114) ] bolehlah dikeluarkan. 5) Perlu mendapatkan salinan semua dokumen- dokumen yang dikehendaki dan failkan bersama-sama dengan salinan permit eksport.

Proses kerja pemeriksaan mayat yang diimport 1) Setiap mayat yang diimport masuk mesti mempunyai dokumendokumen seperti berikut:Sijil Kematian Sijil Pengkebumian (Jika ada) Sijil Embalming Surat pengesahan kematian bukan akibat penyakit berjangkit (Jika ada)

2) Menerima maklumat mengenai mayat yang akan tiba dari luar negeri samada melalui waris si mati atau jabatan- jabatan yang bertanggungjawab terhadap si mati dan agen pengurusan mayat. 3) Berdasarkan maklumat yang diterima, perlu menyediakan borang permit Import [Permission to Export/ Import or Transsip a corpse or human remain (Sec.25,Q.Rules Cap.114)] dalam dua salinan. 4) Memeriksa keranda mayat. 5) Memeriksa semua dokumen- dokumen asal dan dengan menyimpan salinannya. Ini diuruskan samada dengan waris si mati atau pengurus mayat tersebut. 6) Jika semuanya teratur, menyerahkan salinan asal permit Import yang telah dilengkapkan kepada waris si mati atau wakil yang menguruskannya. Tentukan bahawa bahawa penerima telah menulis nama, nombor kad pengenalan dan tandatangannya di salinan permit Import. 7) Failkan salinan dokumen- dokumen berkenaan di dalam fail Import mayat. 8) Perkhidmatan ini perlu disediakan 24 jam, di mana Inspektor Kesihatan yang terlibat perlu membuat pemeriksaan di luar waktu pejabat jika perlu.

PROSES KERJA AKTIVITI KAWALAN RODENSIA 1. Menentukan kawasan pelabuhan bebas daripada tikus yang berjangkit 2. Pasang perngkap untuk dapatkan tangkapan tikus hidup 3. Pastikan semua perngkap tikus yang dipasang mempunyai umpan dan boleh berfungsi dengan baik 4. Buat pemeriksaan perangkap pada setiap hari bekerja 5. Tikus hidup yang ditangkap di bawa ke makmal untuk disikat bagi mencari kutu (Flea) 6. Pengsankan / matikan tikus dengan menggunakan (Cloroform ) kemudian sikat tikus tersebut untuk mencari kutu. 7. Basuh semula perangkap yang telah di masuki tikus pasang semula umpan dan letak di tempat yang diambil tadi 8. Tikus disikat 9. Memastikan spesies flea di bawah mikroskop 10. Mengira Indeks Flea 11. Indeks Flea ditetapkan oleh IHR ialah tidak melebihi dari 1 12. Kenalpasti Spesies tikus INDEKS FLEA = Bil. Xenopsyella Cheopis Tikus disikat

PROSES KERJA AKTIVITI KAWALAN AEDES (PENYAKIT YELLOW FEVER) 1) Menyelia dan memberi arahan serta kepada Pembantu Kesihatan Awam dan Pekerja Am dalam menjalankan aktiviti kawalan Aedes.

2) Bersama- sama dengan PKA/ PA membuat tinjauan dan kajian untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai kerja- kerja kawalan Aedes.

3) Memeriksa semua peralatan dan perkakas yang digunakan dalam kerja-kerja kawalan Aedes mencukupi dan berkeadaan baik. 4) Membuat pemeriksaan mengejut keatas kerja-kerja yang dijalankan oleh pasukan kawalan Aedes dari masa ke semasa.

5) Mendapatkan maklum balas mengenai hasil kajian Indek Aedes/ Breteau dan Ovitrap dari pegawai bawahan. 6) Jika, hasil kajian menunjukkan Indek Aedes/ Breteau rendah dan Ovitrap negative (Aedes Aegypti), maka aktiviti kawalan hendaklah diteruskan. 7) Jika hasil kajian menunjukkan Indek Aedes/ Breteau tinggi dan Ovitrap positif (Aedes Aegypti), maka langkah-langkah kawalan seperti berikut hendaklah dijalankan:-

-

Mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Menguatkuasakan Penyakit 1975. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa

Membuat semburan kabus dalam perimeter kawasan operasi.

8) Menyemak laporan-laporan, data- data dan lain-lain kajian sebelum dihantar kepada Pegawai Kesihatan. 9) Mengurus surat-surat dan rekod- rekod serta membuat arahan ke atas tindakan susulan yang perlu dijalankan.

Prosedur pemeriksaan aedes di lapangan 1. Kenalkan diri bersama pembantu dengan menunjukkan kad kuasa dan beritahu tujuan kedatangan. 2. Jalankan pemeriksaan bersama pembantu dan pemilik atau penduduk premis. 3. Jika ditemui pembiakan larva serangga pembawa penyakit, tunjukkan tempat yang ada pembiakan kepada pemilik atau penduduk premis. 4. Sebelum mengambil larva tersebut, tunjukkan botol spesimen dan pipet kosong kepada pemilik atau penduduk premis. 5. Di hadapan pembantu dan pemilik, gunakan pipet dan ambil spesimen tersebut yang hidup tidak kurang dari 5 ekor. Jika pembiakan kurang dari 5 ekor, ambil kesemua larva dari tempat pembiakan. 6. Tutup bekas spesimen dan di lak dengan lak rasmi KKM. 7. Labelkan botol spesimen dan bekas tempat pembiakan mudah alih serta turunkan tandatangan ringkas.

8. Isikan borang laporan pemeriksaan larva aedes untuk premis yang ada pembiakan dan telah diambil spesimen larva. 9. Isikan borang laporan kajian aedes untuk premis-premis yang telah diperiksa. (Borang PBV(VEKPRO) 3/10) Sediakan pelan lantai tempat pembiakan larva serangga dengan kekunci dan tandakan tempat pembiakan dengan tanda ( X ). Isi borang perakuan pungutan larva dari premis da bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pind.) 2000. Dapatkan tandatangan pemilik atau penduduk pada salinan-salinan asal. Kemudian serahkan salinan pendua borang tersebut kepada pemilik atau penduduk. Memberi pendidikan kesihatan kepada pemilik atau penduduk premis tersebut.

INDEKS AEDES= Bil. Rumah yang diperiksa Rumah yang positif

x 100

INDEKS BREATEAU = Bil. Bekas yang positif Jumlah yang diperiksa

PROSES KERJA KAJIAN OVITRAP Persediaan Sebelum Lapangan. 1. Tetapkan lokasi-lokasi ovitrap dan nombor-nombor mengikut zon-zon. 2. Atur pasukan pemeriksaan jika perlu. 3. Sediakan peralatan berikut untuk kerja-kerja kajian ovitrap. Botol spesimen larva. Borang kajian ovitrap. Alat penyedut (pipet). Lampu suluh.

Label botol spesimen larva. Bekas ovitrap. Label ovitrap. Paddle.

Kerja-Kerja Di Lapangan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Memeriksa ovitrap-ovitrap untuk larva nyamuk mengikut zon. Memungut semua larva nyamuk sekiranya terdapat pembiakan. Larva dimasukkan ke dalam botol spesimen dan dilabelkan. Bekas ovitrap dicuci bersih, digantikan dengan air yang baru dan diletakkan semula ke lokasi. Spesimen yang dipungut dibawa balik ke pejabat untuk dianalisis. Ovitrap yang hilang atau rosak akan digantikan. Ovitrap yang baru akan diisi dengan air dan diletakkan paddle dan kemudian dilabelkan. Rekodkan maklumat kajian didalam borang kajian ovitrap.

Kerja- Kerja Di Makmal. 1. Keluarkan larva daripada spesimen botol dan masukkan ke dalam bekas. Ambil seekor larva dengan menggunakan pipet dan letakkan di atas slaid kaca dan kemudian ditutup dengan penutup slaid. 2. Periksa larva dibawah mikroskop untuk mengenal pasti spesies aedes dan ulang langkah sebelumnya terhadap semua larva yang dipungut. 3. Pengesahan jenis larva yang diperiksa dan rekodkan keputusan didalam buku pendaftaran pemeriksaan ovitrap. SENARAI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN- PERATURAN 1) Peraturan- Peraturan Kesihatan Antarabangsa 1969. 2) Ordinan Kurantina 1953 Cap. 114. 3) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit berjangkit 1988. 4) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit Berjangkit 1975.