9 SP Sejarah Tingkatan 1
-
Upload
rokayah-abdullah -
Category
Documents
-
view
81 -
download
2
description
Transcript of 9 SP Sejarah Tingkatan 1
DSP Sejarah Tingkatan 19/ 2012
STANDARD PRESTASIMATEMATIK TAHUN 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASISEJARAH
TINGKATAN 1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 2
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH
Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH
Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan pelajar:OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan
sepanjang hayat serta mampu berdikari.OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara
dan mempertahankan maruah bangsa.OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara.OM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat
antarabangsa.OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan.OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni.OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 3
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 4
TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o Evidens
Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 5
TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
1 TAHUMurid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 6
BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.
2 Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.
3 Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme .
4 Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa mengamalkan unsur patriotisme.
5 Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patritiotisme secara berterusan serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.
6 Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 7
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
1
TAHU
B1
Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme
B1D1Mengetahui kemahiran pemikiran sejarah dan kepentingan sejarah dalam kehidupan kita
B1D2Mengetahui Zaman Prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka
B1D1E1Menyatakan pengertian sejarah
B1D1E2Menyatakan istilah/konsep masa dalam sejarah (KPS)
B1D1E3Menyenaraikan tujuan belajar sejarah (UP)
B1D2E1Menyatakan tahap Zaman Prasejarah secara kronologi (KPS)
B1D2E2Menyatakan bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara.
B1D2E3Menyatakan asal-usul nama Melaka.
B1D2E4Menyenaraikan tokoh pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (UP).
B1D2E5Menyenaraikan kuasa Barat yang menguasai Melaka.
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 8
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B1D3Mengetahui Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah
B1D3E1Menyatakan pengasasan kerajaan Johor
B1D3E2Menyenaraikan tokoh dalam kerajaan Johor (UP)
B1D3E3Menyatakan kegemilangan kerajaan Johor
B1D3E4Menamakan kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru
B1D3E5Melabel lokasi kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru dalam peta Semenanjung Malaysia. (KPS)
B1D3E6Menyatakan kesenian rakyat masyarakat Melayu tradisional (UP)
B1D3E7Menyenaraikan kumpulan etnik di Sarawak
B1D3E8Menyenaraikan kumpulan etnik di Sabah
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 9
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 10
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2
TAHU DAN FAHAM
B2Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme
B2D1Memahami kemahiran sejarah dan kepentingan sejarah dalam kehidupan kita
B2D2Memahami Zaman Prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka
B2D1E1Menjelaskan ciri-ciri sejarah
B2D1E2Menjelaskan sumber-sumber sejarah (KPS)
B2D1E3Menjelaskan kaedah pengkajian sejarah
B2D1E4Menjelaskan istilah / konsep masa dalam sejarah (KPS)
B2D2E1Menjelaskan ciri-ciri masyarakat Zaman Prasejarah (KPS)
B2D2E2Menjelaskan kegiatan ekonomi kerajaan agraria dan maritim di Asia Tenggara
B2D2E3Menjelaskan asal-usul nama Melaka
B2D2E4Menjelaskan peranan Parameswara dan Tun Perak pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (UP)
B2D2E5Menjelaskan struktur pentadbiran Sistem Pembesar
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 11
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B2D3Memahami Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah
Empat Lipatan
B2D2E6Menjelaskan faktor kemajuan perdagangan di Melaka
B2D2E7Menjelaskan bentuk hubungan luar Melaka
B2D2E8Menjelaskan cara kedatangan Islam ke Melaka
B2D2E9Menjelaskan peranan istana sebagai pusat intelektual
B2D2E10Menjelaskan cara perluasan kuasa Kesultanan Melayu Melaka
B2D2E11Menjelaskan faktor kemerosotan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka
B2D3E1Menjelaskan pengasasan kerajaan Johor
B2D3E2Menjelaskan faktor kegemilangan kerajaan Johor
B2D3E3Menjelaskan tokoh dalam kesultanan Johor (UP)
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 12
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B2D3E4Menjelaskan latar belakang kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru
B2D3E5Menjelaskan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Negeri-negeri Melayu
B2D3E6Menjelaskan sistem perundangan tidak bertulis kerajaan Melayu
B2D3E7Menjelaskan kegiatan ekonomi tradisional di negeri-negeri Melayu
B2D3E8Menjelaskan sistem pendidikan masyarakat Melayu tradisional
B2D3E9Menjelaskan latar belakang sejarah Sarawak
B2D3E10Menjelaskan latar belakang sejarah Sabah
B2D3E11Menjelaskan cara hidup dan budaya kumpulan etnik di Sarawak(UP)
B2D3E12Menjelaskan cara hidup dan budaya kumpulan etnik di Sabah (UP)
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 13
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 14
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT
B3Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur patriotisme
B3D1Mengaplikasi kemahiran sejarah dalam mengkaji sejarah negara
B3D1E1Menerangkan peristiwa penting dalam sejarah negara (KPS, UP)
B3D1E2Menggunakan sumber sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS)
B3D1E3Menggunakan kaedah pengkajian sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS)
B3D1E4Mengaplikasi istilah /konsep masa dalam sejarah (KPS)
B3D1E5Memberi contoh kejayaan negara yang menjadi kebanggaan kita (UP)
B3D1E6Mengamalkan unsur patriotisme (UP)
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 15
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D2Menerangkan Zaman Prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka
B3D2E1Menerangkan ciri-ciri masyarakat Zaman Prasejarah
B3D2E2Menerangkan pentadbiran kerajaan awal di AsiaTenggara
B3D2E3Menerangkan peranan pembesar dalam pentadbiran Sistem Pembesar Empat Lipatan
B3D2E4Menerangkan faktor kemajuan perdagangan di Melaka
B3D2E5Menerangkan kepentingan hubungan luar Melaka
B3D2E6Menerangkan kesan perkembangan Islam di Melaka
B3D2E7Menerangkan peranan istana sebagai pusat intelektual
B3D2E9Melakar dan melorek kawasan jajahan empayar Melaka (KPS)
B3D2E10Menerangkan ciri-ciri kepimpinan yang membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka (UP)
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 16
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D3Menerangkan Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah
B3D2E11Menerangkan faktor kemerosotan dan kejatuhan Kesultanan Melayu MelakaB3D3E1Menerangkan faktor kegemilangan kerajaan Johor
B3D3E2Menerangkan keistimewaan kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru (UP)
B3D3E3Menerangkan sistem pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu
B3D3E4Menerangkan sistem perundangan kerajaan Melayu
B3D3E5Menerangkan kegiatan ekonomi tradisional di negeri-negeri Melayu
B3D3E6Menerangkan sosiobudaya masyarakat Melayu tradisional (UP)
B3D3E7Menerangkan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi kumpulan etnik di Sarawak (UP)
B3D3E8Menerangkan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi kumpulan etnik di Sabah (UP)
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 17
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT DENGAN
BERADAB
B4Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan.
B4D1Mahir mengaplikasi kemahiran sejarah dalam mengkaji sejarah negara
B4D1E1Mengelas sumber sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS)
B4D1E2Menggunakan sumber sejarah dalam mengkaji sejarah (KPS)
B4D1E3Mengelaskan kaedah pengkajian sejarah dengan tepat dalam mengkaji sejarah (KPS)
B4D1E4Menggunakan kaedah pengkajian sejarah dengan tepat dalam mengkaji sejarah (KPS)
B4D1E5Mengaplikasikan istilah / konsep masa dalam sejarah dengan mahir (KPS)
B4D1E6Selalu mengamalkan unsur patriotisme (UP)
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 18
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B4D2Menghuraikan perkembangan Zaman Prasejarah, kerajaan awal di Asia Tenggara dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka
B4D2E1Membandingkan ciri-ciri masyarakat Zaman Prasejarah (KPS)
B4D2E2Membandingkan ciri-ciri kerajaan Maritim dengan Agraria (KPS)
B4D2E3Membandingkan peranan pembesar berempat dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka (KPS)
B4D2E4Menganalisis sumbangan sultan yang memerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (KPS, UP)
B4D2E5Menghurai peranan Melaka dalam penyebaran Islam di Asia Tenggara
B4D2E6Menganalisis kesan perluasan kuasa Kesultanan Melayu Melaka (KPS)
B4D2E7Menganalisis ciri-ciri kepimpinan yang membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka (KPS, UP)
B4D2E8Menganalisis sebab kejatuhan Melaka pada kurun
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 19
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B4D3Menganalisis Kesultanan Melayu Melaka menjadi asas kerajaan masa kini dan latar belakang Sarawak dan Sabah
ke-16 (KPS)
B4D3E1Menganalisis kegemilangan kerajaan Johor dalam menegakkan kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka (KPS)
B4D3E2Menganalisis persaingan Johor, Acheh dan Portugis (KPS)
B4D3E3Menganalisis faktor kemerosotan kerajaan Johor (KPS)
B4D3E4Membandingkan keistimewaan kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru (KPS,UP)
B4D3E5Membandingkan sistem pentadbiran Negeri Sembilan dengan negeri Melayu yang lain (KPS)
B4D3E6Membandingkan sistem perundangan bertulis dan tidak bertulis (KPS)
B4D3E7Mengelaskan kegiatan sosiobudaya dan sosioekonomi mengikut kumpulan etnik di Sarawak (KPS, UP)
B4D3E8Mengelaskan kegiatan sosiobudaya dan
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 20
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
sosioekonomi mengikut kumpulan etnik di Sabah (KPS)
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT DENGAN
BERADAB TERPUJI
B5Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah
B5D1Boleh menghubungkait perkembangan sejarah negara dengan dunia serta mengambil iktibar
B5D1E1Menilai kegemilangan perdagangan antarabangsa Kesultanan Melayu Melaka (KPS)
B5D1E2Menilai hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka (KPS)
B5D1E3Menghubungkait perkembangan intelektual Kesultanan Melayu Melaka dengan negara luar (KPS)
B5D1E4Menilai pembentukan empayar Kesultanan Melayu Melaka sebagai kerajaan terulung di Kepulauan Melayu (KPS,UP)
B5D1E5Menilai ketokohan pemimpin Kesultanan Melayu Melaka yang mendapat pengiktirafan negara luar (KPS,UP)
B5D1E6Menilai tindakan pemimpin Johor dalam menghadapi cabaran kuasa luar (KPS, UP)
B5D1E7
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 21
Menilai hubungan luar kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru (KPS)
B5D1E8Sentiasa mengamalkan unsur patriotisme
B5D1E9Mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah (UP)
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 22
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT DENGAN
BERADAB MITHALI
B6Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.
B6D1Menjana idea untuk kesejahteraan negara dan menjadi warganegara yang patriotik serta warga dunia yang bertanggungjawab
B6D1E1Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan kemakmuran negara serta dunia (KPS, UP)
B6D1E2Menjadi contoh dalam pengamalan unsur patriotisme (UP):
Berbangga sebagai rakyat Malaysia Bersemangat setia negara Bersemangat kekitaan Berdisiplin Berusaha dan produktif
Nota :
KPS - Kemahiran Pemikiran Sejarah
UP - Unsur Patriotisme
14 November 2011
DSP Sejarah Tingkatan 1 1 Nov 2011 23