3 Cara Pengaliran Haba
-
Upload
nazirahazie -
Category
Documents
-
view
1.323 -
download
1
description
Transcript of 3 Cara Pengaliran Haba
3 cara pengaliran haba
PENGALIRAN HABA
MELALUI
Konduksi Perolakan Sinaran
KONDUKSI
• Konduksi ialah pengaliran haba melalui jirim daripada tempat yang bersuhu tinggi ke tempat yang bersuhu rendah di sepanjang jirim.
• Konduksi haba dalam pepejal berlaku melalui getaran dan perlanggaran zarah-zarah.
• Zarah-zarah yang bergetar lebih pantas akan memindahkan tenaga kinetik kepada zarah-zarah jirannya yang bertenaga rendah.
• Jirim yang berlainan mengkonduksikan haba pada kadar yang berbeza
• Contoh: Sudu besi menjadi panas apabila dicelup dalam air panas
PEROLAKAN
• Perolakan adalah pemindahan tenaga haba dari satu tempat yang panas ke satu tempat yang sejuk melalui bendalir yang bergerak seperti cecair dan gas.
• Tenaga haba dipindahkan dari tempat yang panas ke satu tempat yang sejuk melalui gerakan bendalir.
• Jirim mengembang apabila dipanaskan, oleh itu jirim yang lebih panas mempunyai ketumpatan yang kurang.
• Ini bererti, bendalir panas yang kurang tumpat akan bergerak ke atas, manakala bendalir sejuk yang lebih tumpat akan bergerak ke bawah.
• Edaran bendalir panas dan bendalir sejuk membentuk satu arus perolakan.
• Contoh: Bayu laut dan bayu darat
SINARAN
• Sinaran adalah cara pemindahan haba dari sumber haba ke kawasan di persekitarannya tanpa memerlukan medium perantaraan.
• Sinaran dapat menembusi ruang udara dan vakum serta berbentuk gelombang yang bergerak mengikut garis lurus.
• Contoh: Sinaran matahari memanaskan bumi. Apabila nyalaan penunu Bunsen diletakkan di sisi kelalang yang berisi air, suhu air meningkat selepas seketika kerana haba dipindahkan secara sinaran.
Konduksi Perolakan Sinaran
Berlaku pada semua jirim Berlaku pada bendalirTidak memerlukan medium perantaraan
Tidak boleh melalui vakum
Tidak boleh melalui vakum
Boleh melalui vakum
Pemindahan haba yang perlahan
Pemindahan haba yang cepat
Pemindahan haba yang sangat cepat
Haba dipindahkan melalui pergerakan zarah-zarah
Haba dipindahkan melalui pergerakan zarah-zarah
Haba dipindahkan secara gelombang bertenaga
PERBEZAAN KONDUKSI, PEROLAKAN DAN SINARAN