10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda

download 10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda

of 14

description

10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda

Transcript of 10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda

10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin MudaKahwin muda, 1 topik yang sudah menjadi klise kepada mana-mana si teruna dan dara. Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini,kahwinawal memang banyak manfaat dan kebaikannya :#1Tuntutan agamaAgama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?KELEBIHAN NIKAHsaat akad nikah~dapat PAHALA!suami peluk isteri~dapat PAHALA!cium isteri~dapat PAHALA!renung isteri~dapat PAHALA!suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!suami pegang isteri ~PAHALA!suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!suami setubuh isteri~PAHALA!main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!Allhhurabbi..SERONOKNYA.

#2Mengelak daripada zinaHati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang:SMSdan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayangmidnight,bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.#3Menjadi lebih bertanggungjawabJika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekerja @ belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.#4Menimbulkan ketenangan jiwaJiba bertanya kepada mereka yang sudah beristeri/ bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang kerenah pasangan,assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina#5Fikiran lebih matangBerkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook,dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah danmatang.#6Membaiki diriRamai mengakui,turning pointpaling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.#7Plan jangka panjangJika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoontanpa gangguan#8Seks yang lebih berkualitiPastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.#9Rezeki bertambahAntara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.#10Jangan tunggu lama-lamaPasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,yang bersama anda di kala panas atau hujan,yang sudi melengkapi kekurangan anda,yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda,yang akan melahirkan zuriat andayang anda akan melangkah ke syurga bersamanyaApa ditunggu lagi??Hantarkan rombongan meminang!Besok juga!

Kahwin Muda: Madu Atau Hempedu?

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini banyak dihebahkan di majalah-majalah remaja, media masa mahupunsharedi Facebook yang membincangkan mengenai KAHWIN MUDA.Mengapa Perlu Kahwin Muda?Rata-rata yang bersetuju dengan prinsip ini berpendapat, kahwin muda adalah untuk membawa hubungan mereka berdua ke puncak cinta iaitu ke jinjang pelamin.Tidak kurang juga yang mahu berhenti atau mengelak daripada bergelumang dalam perhubungan yang tidak punyai ikatan atau lebih teruk lagi zina.Adakah perkahwinan muda ini seindah yang diimpikan? Ada yang akan menjawab ya, tak kurang juga yang berkata tidak. Jika di entri sebelum ini Abang Terunabersetuju dalam isu kahwin awal, apa kata kali ini saya memilih untuk berkata TIDAKMasalah Timbul Bila Nak Kahwin Muda

Nak kahwin perlukan wang, dan perbelanjaannya bukan sedikit. Paling busuk pun10kperlu ada dalam simpanan untuk belanja persiapan perkahwinan: kursus, kad jemputan, majlis resepsi, baju pengantin,jurugambar, sewa kanopi, catering, mak andam,door gift, dan serba macam lagi. Itu belum sebut nilai hantaran yang diminta keluarga perempuan lagi. Lebih-lebih lagi kalau pasangan anda itu anak orang berada dan berkelulusan tinggi. Pening.1.Tiada Wang. Katakan anda baru menamatkan pelajaran di IPT. Di mana mahu cekau duit? Pinjam dengan member? Tak mungkin muka anda setebal itu untuk meminta. Akhir sekali, ibu bapa juga yang terpaksa menyalurkan duit untuk anak teruna/ dara mereka berkahwin.Alah, mak. Tok sah la nak bazir duit, kita buat kecil-kecilan sudahlah. Asalkan ada akad nikah cukup lah. Itu je yang Islam suruh. Kan?Hah! Mungkin begitu kata-kata anda, yang hanya memikirkan keindahan malam pertama semata-mata.Ibu dan ayah lah yang lebih pening kepala memikirkan persiapan majlis anda nanti. Setiap ibu bapa mengimpikan sebuah majlis persandingan yang gemilang untuk anak-anaknya. Bukannya mahu menunjuk-nunjuk dengan majlis besar-besaran, cukuplah yang sederhana dan dihadiri semua sanak-saudara dan kenalan.2.Kaum ibu pula mudah terikut-ikut dengan budaya kampung. Kalau jiran atau saudara mereka buat majlis yang hebat untuk anak-anak mereka, ibu juga tidak mahu kalah.Mungkin anda ketawa sinis dengan cara ibu itu.Nonsense.Ingatkah anda di waktu kecil dahulu, anda merengek kerana mahu dibelikan basikal dan mainan Voltron?? Kerana apa? Anda dengki tengok kawan sebelah rumah ada basikal dan mainan yang sama. Begitu jugalah perasaan si ibu apabila masuk topik majlis persandingan anak-anak mereka .3. Umur belasan tahun dan awal 20-an bukanlah masa yang sesuai untuk mempunyai rumah tangga sendiri. Trend hidupmilleniumini hanya mengizinkan individu di usia ini untuk meniti kematangan dan mencari identiti diri sendiri sahaja.Ramai yang perkahwinannya rebah di tengah jalan kerana kurang persediaan terutamanya dari segi emosional dan rohani. Dalami dahulu ilmu dunia dan ilmu akhirat agar anda lebih bersedia menghadapi ranjau rumahtangga. Stabilkah kerjaya anda? Cukupkah solat 5 waktu? Pukul berapa anda bangun pagi?Jika diri sendiri masih belum dibetulkan, apatah lagi mahu membimbing orang lain.4.Banyak kes yang berlaku, terutamanya dalam kalangan lelaki yang megabaikan tanggungjawab kepada isteri mereka selepas berkahwin. Sebab utamanya kerana tidak cukupenjoyketika usia muda. Selepas berkahwin, dan mendapat ramai kawan yang pelbagai ragamnya, si lelaki mula kenal dunia dan merasakan diri mereka masih bujang lalu melakukan apa yang orang bujang biasa lakukan seperti berfoya-foya dan pulang lewat malam. Isteri dan anak kecil di rumah hanya mampu menangis tak berlagu.5. Setiap orang memiliki cita-cita. Sebagai seorang pelajar, sudah tentu anda mahu bergelar graduan seterusnya memasuki alam pekerjaan. Jika sudah kemaruk mahu kahwin awal ketika belajar, bagaimana hendak focus dalam kuliah?Katakan anda terlalu berkeinginan mahu membuka sebuahbakery houseatau melancong ke luar negara tapi anda memilih untuk kahwin terlebih dahulu. Secara tidak langsung hasrat anda itu terbantut kerana anda kini terikat dengan suami/ isteri dan anda mula tidak senang duduk kerana hajat anda selama ini tidak dapat ditunaikan.Ya, anda boleh melakukannya bersama pasangan tetapi sudah tentu ia tidak sama seperti pergi dengan kudrat sendiri.Mengapa perlu kahwin muda? Sedangkan ada yang lebih berhak untuk diawalkan.

Gua dah habis belajar, ada kerja, dan ada duit. Sekarang gua nak kahwin. Ada apa hal?Tahniah! Anda sudah Berjaya dalam hidup dan berhasrat mendirikan rumahtangga selaras dengan tuntutan agama. Ia juga sebagai berkongsi kejayaan anda ini bersama si dia tercinta. Tapi sedarkah anda siapa yang telah membesarkan dan membawa anda ke tahap apa yang anda kecapi hari ini?Ibu dan ayah anda.Merekalah orang yang paling layak diberikan penghargaan. Hatta gaji pertama anda pun sepatutnya diberikan kepada ibu dan ayah (dan mestilah mereka akan menolaknya, kan..)Bahagiakan orang tua anda dahulu sebelum anda mahu membahagiakan orang lain. Memang mereka tidak pernah meminta untuk anda membalas jasa-jasa mereka selama ini, dan anda takkan mungkin mampu menebusnya. Tapi sebagai seorang anak, mengapa tidak diluakkan sedikit kasih sayang kepada mereka, selagi mereka masih bernafas.Tak usah berfikir mahu belanja ibu bapa anda lepas kahwin nanti kerana selepas ini banyak lagi tanggungjawab yang perlu anda bereskan.Berfikirlah masak-masak sebelum mengambilkeputusan untuk kahwin muda. Kahwin itu tidak salah, malahan mendapat pahala. Tapi kadang-kadang jejarum masa tidak mahu bersahabat dengan kita, ketika ini, lain masa belum tentu. Ia pasti tiba jua, dengan izin-Nya. Insyaallah.

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT SEMUA.Cuba kita nilai situasi yang berikut :A : Pakcik, saya suka anak pakcik, boleh saya nak jadikan dia isteri saya?B : Boleh nak, sekarang berapa kamu ada?A : Ada RM100 pak cik.B : Baik, simpan untuk maharnya, esok terus akad ye. Walimahnya kita sederhana sahaja, cukuplah sekadar meraikan hari bahagia dan hebahkan kat orang ramai.SUBHANALLAH.. Senangnya kan nak mendirikan masjid. Itu lah sebenarnya anjuran Islam. Mudah dan tidak menyusahkan. Dalam bab munakahat ni, Islam tidak meletakkan syarat yang membebankan kepada penganutnya. Apa yang penting adalah mendirikan sunnah nikah itu, jadi diri itu terjaga dari perkara yang merosakkan.

Sekarang bagaimana situasinya? Nilailah situasi sekarang jika ingin mendirikan rumahtangga. Nilailah hantaran yang diminta kini, dengan dulang-dulang sebagai hantaran, nilailah keperluan minima untuk kahwin pada hari ini, sedangkan dalam agama, cukup pada kemampuan membayar mas kahwin, dan cukup rukun nikah, maka nikah lah. Mas kahwin itu sudah hadiah untuk wanita, bukanlah syarat beg tangan beratus-ratus pada harga serta perhiasan dan alat solek berjenama sebagai hadiah dalam kesempurnaan perkahwinan. Malah pembaziran itu perkara penting perlu dielakkan dalam perkahwinan.Andai kata seorang lelaki datang berjumpa keluarga pihak perempuan, tidak asing lagi persoalan yang sebegini akan ditanya kepada pihak lelaki :Kamu kerja apa, gaji bawah 2k ke atas 2kKamu pakai kereta apa? Biasa-biasa saja ke?Cukup ke belanja nanti nak buat kenduri grand untuk anak kami ni?Belanja kahwin ni 10k la, hantaran 10 dulangTidak semua macam itu, tapi itu lah yang terjadi pada masa sekarang ni. Alhamdulillah bagi ibu bapa yang concern akan nilai sebuah perkahwinan ni sebagai asas agama, dengan tidak membebankan pasangan yang ingin berkahwin.Sesungguhnya barakah itu pada mahar yang murahSaya membuat penilaian tentang pemikiran kebanyakan orang tentang perkahwinan ni, khususnya perkahwinan yang melibatkan pasangan yang masih muda (Saya maksudkan dalam lingkungan umur 20-25 tahun), istilah GATAL tu perkara biasa kita dengar andai pasangan muda yang ingin berkahwin. Betapa negatifnya fikiran sebegini sedangkan perkahwinan itu satu tuntutan dalam agama. Kebanyakan ibu bapa akan berkata sebegitu kepada anak mereka yang ingin berkahwin awal. Pasangan yang sudah pun berkahwin, maka kata-kata sebegitu kepada anak mereka itu tidak memberi kesan kepada mereka, tetapi andai kata mereka itu berada di tempat anak-anak, dengan keadaan persekitaran yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah maksiat, nescaya mereka ini pasti akan ada juga keinginan untuk berkahwin pada usia muda.

Tundukkan pandangan nescaya terjaga kemaluanKenapa pandangan? Kerana ALLAH itu arkitek manusia, ALLAH cipta pandangan manusia ini dia berhubung dengan nafsu manusia, dengan kemaluan, dengan syahwat. Jadi kalau pandangan itu kepada perkara yang tak elok, nescaya itu boleh menjerumuskan kita kepada maksiat. Dari maksiat mata ini lah boleh membawa maksiat yang lebih besar seperti berzina. Saya kemukakan pandangan ini bagi mereka yang berfikiran negatif tentang berkahwin di usia muda, dan juga berkahwin ketika masih belajar.Saya juga ini ajukan soalan, apa jaminan kamu mampu menundukkan pandangan dari perkara yang tak elok yang boleh mempengaruhi syahwat kamu? Wahai ibu bapa, saya juga ajukan soalan, apa jaminan kamu anak-anak yang masih belajar mampu menahan godaan pandangan mata mereka dalam situasi masa kini? Andai kata pemahaman ibu bapa tentang belajar itu lebih utama dari menjaga mata dan kemaluan, maka itu relevan andai ibu bapa mahukan anak-anak habis belajar dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Saya tak nafikan bahawa pandangan ibu bapa adalah supaya tumpuan anak-anak terhadap pelajaran tidak terpesong tetapi adakah dengan berkahwin itu pelajaran mereka tidak akan cemerlang dan baik secara total?Kebanyakannya berpendapat tidak sesuai berkahwin awal, ditambah pula dengan status sebagai seorang pelajar. Ramai yang punya pandangan belajar bagi habis baru kahwin, jarang yang berpandangan pelajar atau tidak, dari buat perkara maksiat lebih baik kahwin. Paling utama adalah mengelakkan maksiat itu, jadi bagi saya nikah awal itu lah jalan yang paling baik.Realitinya, ibu bapa takut untuk mengahwinkan anak di usia awal kerana bimbang nanti keadaan anak, tentang makan minum serta belanja anak. Saya ulaskan dengan mendalam tentang masalah ini, adakah bila sah bergelar suami dan isteri maka bantuan memenuhi keperluan dari ibu bapa itu tidak boleh diterima oleh anak yang dah berkahwin?Adakah haram hukumnya? Tidak salah kan? Malah anak-anak juga dengan kudrat mereka mampu bekerja bagi menampung keperluan hidup mereka, walaupun bersederhana. Dalam mengharungi rumah tangga mereka di usia yang muda, dan dalam status sebagai pelajar lagi, maka ibu bapa juga merupakan tempat dan perangsang bagi pasangan ini menempuh hari sebagai suami isteri. Ibu bapa tidak salah membantu sekadar termampu bagi mengukuhkan rumah tangga yang dibina.Sahabat-sahabat, baguslah menyimpan keinginan mendirikan sunnah nikah ini. Tetapi perkara biasa kan ibu bapa susah memahami keinginan kita, kerana mereka punya pandangan berbeza dengan kita. Bagaimana meyakinkan ibu bapa kita? Baik, beginilah pada pandangan saya.1-Menyampaikan keinginan dengan sebenar-benarnya, tiada berselindung, dengan nada yang sesuai. ALLAH akan menolong hamba-Nya untuk perkara kebaikan insyaALLAH.2-Orang tengah sebenarnya berperanan penting. Sebaiknya cari lah yang boleh menyampaikan hajat kita tu dengan cara yang berhikmah, kerana pendekatan dengan cara yang berhikmah itu akan membuka hati ibu bapa menerima pandangan kita.3-Pandangan yang yang negatif tentang hasrat kita itu dibalas dengan pandangan yang relevan serta bernas, sebaik-baik hujah kita atas pandangan agama. Contoh :Anak : Ayah saya nak kahwin lah.Ayah : Kenapa dah gatal nak kahwin ke?Anak : Siapa yang xnak pahala dengan pandang pasangan yang sah, siapa xnak pahala dengan sentuh pasangan yang sah, siapa xnak pahala bergurau senda dengan pasangan yang sah ayah. Ini lah tuntutan agama kita.4-Keyakinan ibu dan ayah tu dipengaruhi oleh sikap kita. Andaikata kita sebagai ibu dan bapa, kita melihat sikap anak kita yang penuh tanggungjawab menjaga adik-adik, serta pandai menguruskan diri, jadi keyakinan itu ada andai anak itu menyatakan hasrat memiliki pasangan hidup. Andai anak itu sendiri tidak pandai menguruskan diri, adakah ada keyakinan ibu bapa andai anak itu ingin menjadi pengurus rumah tangga =)5-Matangkan minda kita, belajar ilmu agama serta usaha mengubah diri ke arah kebaikan, andai perubahan kearah kebaikan itu nampak pada anak-anak, maka pada ibu bapa, mereka yakin terhadap kemampuan anak-anak unuk menjadi seorang pemimpin yang baik.6-Wanita, siapkanlah diri kamu dengan persiapan menjadi seorang suri dalam rumah tangga kamu kelak. Dengan itu keyakinan ibu bapa terhadapmu tinggi, dan mereka percaya kamu mampu menjadi seorang suri yang baik.7-Berbincanglah dengan baik, nyatakan kelebihan apa yang kita dapat andai kata kita dapat mendirikan masjid. Ingat lah pada keredhaan ibu bapa, bercakaplah dengan lemah lembut yang kita mengharapkan redha ibu bapa dalam melakukan sunnah ini, dan ibu bapa juga mendapat ganjaran andai meredhai kebaikan yang akan dibuat oleh si anak dengan berkahwin.Penulisan yang ringkas ini sekadar berkongsi pandangan tentang isu perkahwinan pada masa kini, tentang permasalahan dan salah faham tentang perkahwinan. Di harap dengan entri ini dapat memberi manfaat kepada semua insyaALLAH.Ramai kalangan anak muda yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas menemui insan yang dirasakan sesuai untuk dijadikan pasangan.Ia juga dikenali sebagai nikah gantung. Selain kerana sudah menemui belahan jiwa mereka, satu lagi alasan adalah kerana untuk mengelakkan dosa maksiat. Hakikatnya, nikah gantung memerlukan semangat yang kuat baik dari segi mental mahupun fizikal.Perlu bersedia luar dan dalam agar hubungan rumah tangga berlangsung seperti biasa. Ramai yang kata seronok berkahwin tetapi usah sekali-sekali lupakan cabaran yang bakal dilalui di masa hadapan.Adatlah, selagi namanya manusia cubaan dan rintangan sudah tersedia. Lebih-lebih lagi usia masih muda dan sudah punya famili, banyak perkara perlu diambil kira. Oleh itu apa yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. Berikut adalah persoalan dan penyelesaian apabila ingin berkahwin di awal usia.Apakah Kebaikan Berkahwin Muda?Mungkin ramai yang tidak menyedari kahwin awal mampu memelihara maruah wanita serta keluarganya dari fitnah dan zina. Lebih-lebih lagi ketika berada di pusat pengajian yang sama. Sudah pasti bila ada masa terluang janji temu akan diatur bagi melepas kerinduan. Sekali dua mungkin boleh bertahan tetapi masuk ketiga dan seterusnya, adakah keadaannya masih sama? Ditambah pula jika berdua sudah pasti ada yang ketiga iaitu syaitan. Dengan berkahwin, segala-galanya terjaga.Baik dari segi syariat, akhlak, agama dan macam-macam lagi. Dari sudut yang lain, ibu bapa tidak perlu lagi risau kerana sudah ada orang yang sah di sisi agama untuk menjaga keselamatan, keperluan dan kebajikan anak perempuannya.Perlukah Berkahwin Di Awal Usia?Tidak dinafi kan, pelajar-pelajar universiti ini ada yang menjalin hubungan lebih dari dua tahun, malah hingga enam tahun. Jadi, dalam tempoh yang begitu lama, agak rugi sekiranya menghabiskan masa bertemu kerana ingin melepaskan rindu tetapi dalam masa yang sama menambah dosa apabila melakukan adegan tambahan.Jalan paling baik adalah bertanya secara jujur kepada pasangan sama ada dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga atau sebaliknya. Sekiranya dia bersetuju maka usahakan ke jalan kebaikan tetapi jika dia berdolak-dalih dan gagal berikan alasan yang munasabah sebaiknya lakukan solat istikharah.Pertimbangkan untuk memutuskan hubungan kerana dia gagal menunjukkan kesungguhannya. Biarpun ada yang menentang berkahwin di usia muda tetapi cubalah memandangnya dari sudut yang positif.Mengapa Tidak Bertunang Dahulu?Nyata ia adalah soalan yang popular. Bertunang samalah seperti berpacaran, masih terikat dengan syariat agama kerana keduanya masih bukan mahram yang sah. Segala-galanya terbatas dan lesen bertunang itu sebenarnya adalah sekadar adat sahaja.Paling tidak memberitahu masyarakat bahawa gadis itu telah ditanda oleh seseorang. Lagipun, ada hadis yang mengatakan sekiranya seseorang anak gadis telah menemui pasangan yang sesuai dengannya maka segerakanlah perkahwinan untuknya. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah saw telah bersabda :Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redha i agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu, maka nikahkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan demikian, maka akan timbullah fi tnah dan kerosakan.(hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)Bagaimana Jika Tidak Direstui?Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan restu ibu bapa di kedua belah pihak. Cuba yakinkan mereka mengenai kebaikan kahwin awal dan pendekatan yang akan kalian lakukan selepas berkahwin kelak.Bagaimanapun, sekiranya mereka masih tidak setuju dengan keputusan berkenaan sebaiknya jangan diteruskan. Ini kerana redha ibu bapa itu penting untuk anak teruskan kehidupannya. Ingatlah bahawa perkahwinan bukan untuk sehari dua, ia untuk selamanya.Mungkin banyak perkara yang dibangkitkan mengenai tanggungjawab, kewangan atau ciri-ciri kepimpinan. Di sinilah kalian perlu buktikan yang terbaik kepada mereka bahawa masing-masing telah cukup matang untuk melayari alam rumah tangga.Bagaimana Pula Dengan Pandangan Masyarakat?Lazimnya inilah masalah yang sering mengganggu. Sering memikirkan persepsi masyarakat daripada persepsi Yang Maha Berkuasa. Bercinta, berjumpa dan berkasih tidak takut tetapi bila hendak mendirikan rumah tangga masih teragak-agak. Bimbang dengan kata-kata orang kerana di zaman yang serba moden ini, masih ada penuntut universiti yang memilih untuk berkahwin.Sudah pasti ada perkara yang buruk berlaku membuatkan mereka terdorong untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa yang singkat. Itu suara-suara sumbang yang biasa kedengaran tetapi yakinlah jika niat itu baik maka Allah akan mudahkan. Lagipun, selama mana mereka mampu mengata. Takkan selamanya jadi biarkan sahaja. Teruskan dengan niat yang murni kerana Allah sentiasa bersama dengan hamba-hamba-Nya yang sabar.Mampukah Bahagia ?Sebenarnya, usia, tempoh perkahwinan malah apa sahaja bukanlah jaminan untuk mencapai bahagia. Semuanya tergantung kepada pasangan itu sendiri untuk berusaha ke arahnya. Sekalipun ada di antaranya terpaksa berjauhan kerana masing-masing menginap di asrama yang berlainan tetapi itulah yang mengajar erti kerinduan, erti kasih sayang yang sebenar. Berselisih faham itu biasa. Kata orang lumrah dalam rumah tangga tetapi cuba cepat-cepat selesaikannya. Menariknya lagi masing-masing mengetahui tentang tujuan di masa hadapan. Sudah mengetahui diri terikat dengan lafaz ijab dan kabul maka berakhirlah istilah mencari calon yang meletihkan.Cara Bahagi Masa Antara Belajar Dengan Rumah Tangga?Mudah sahaja kalau tahu cara asasnya. Waktu belajar berikan tumpuan sepenuhnya, jangan main-main dan berusahalah untuk berjaya. Tetapi bila dengan suami, tugas sebagai pelajar itu dilupakan seketika. Laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk melayannya sebaik mungkin. Tidak bermakna sepanjang masa perhatian harus dialihkan padanya. Apabila dia keluar atau tidur maka buatlah aktiviti yang anda suka. Senang cerita, kehidupan tak banyak yang berbeza dan usah sekali-sekali anggap ia sebagai bebanan.