Tips Kahwin

download Tips Kahwin

of 29

Transcript of Tips Kahwin

  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    1/29

    Tips - Merancang Perkahwinan Dalam Tempoh 12 Bulan.

    Tips - Merancang Perkahwinan Dalam Tempoh 12 BulanAdakah anda merancang untuk berkahwin? Disini kami berikan sedikit panduandalam merancang perkahwinan 12 bulan sebelum majlis.

    8- 12 Bulan Sebelum Majlis Berbincang dgn pasangan dan kedua -dua belah keluarga tarikh yang sesuaiuntuk majlis. Berbincang dengan pasangan tentang budget yang akan dikeluarkan. Tent...ukan lokasi majlis dan sekiranya di dewan atau hotel sila buat tempahanseawal mungkin. Mengikuti kursus perkahwinan sebagai persiapan awal. Kenalpasti konsep dan tema warna majlis perkahwinan yang bersesuaiandengan budget anda.

    Memantau dan menempah perancang perkahwinan anda ini termasuk pelamin,solekan, jurufoto, juruvideo, catering, kanopy, pengacara majlis, kompang danlain-lain. Sebaiknya buat tempahan awal bagi mengelakkan tempahan penuh disaat akhir. Mula untuk membeli barang -barang hantaran secara beransur-ansur. Rancang destinasi bulan madu dengan membuat tempahan awa l mengikutbudget anda. Banyakkan membaca dan mendengar tazkirah atau motivasi sebagaipersediaan sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

    4- 8 Bulan Sebelum Majlis

    Mula menempah cincin atau set barang kemas untuk majlis membatalkan airsembahyang. Mula menempah cenderahati atau door gift untuk para tetamu, sahabathandai dan saudara mara. Berbincang dengan pasangan dan pihak keluarga samada mahu membuatmajlis berinai, khatam quran dan lain-lain yang bersesuaian. Tentukan jumlah dan senaraikan nama-nama tetamu yang akan dijemput Bincang dan tempah kad perkahwinan pilihan anda Kenalpasti siapakah yang bersesuaian untuk menjadi pembantu majlis danpengapit anda. Selesaikan proses pendaftaran nikah dengan jabatan agama seperti temuduga,pemeriksaan kesihatan dan lain-lain. Membuat temujanji dengan perancang perkahwinan untuk menyemak danmemastikan perancangan lebih teratur. Mengambil ukuran badan sekiranya ada membuat baju persandingan atau bajunikah baru pilihan anda. Tentukan jenis d an warna pakaian-pakaian yang akan dipakai oleh pihakkeluarga, pembantu majlis, pengapit dan sesiapa yang terlibat dengan majlisanda mengikut tema anda. Memantau perancangan destinasi bulan madu dengan lebih teliti sepertipastikan tempahan hotel, passport, visa dan lain-lain

    1 - 3 Bulan Sebelum majlis

  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    2/29

    Mula mengedar kad -kad jemputan. Kerap mengunjungi spa dan salon kecantikan. Buat semakan terakhir dan pastikan semua tempahan yang telah dibuatberjalan lancar. Berbincang dengan perancang perkahwinan untuk kali terakhir bagimemastikan semuanya berjalan lancar. Buat pemilihan lagu -lagu atau muzik iringan yang bersesuaian sewaktu majlisanda. Berbincang mengenai aturcara majlis dengan pengacara majlis anda. Pastikan senarai hidangan da n minuman untuk majlis anda dengan perancangperkahwinan atau pihak catering.

    Panduan Ringkas Merancang Bajet Persiapan Majlis Perkahwinan

    Perkara yang paling utama yang perlu dilakukan apabila anda bersedia untuk memulakan persiapanmajlis perkahwinan anda adalah merancang bajet terlebih dahulu. Merangka bajet sangat pentingkerana adalah mustahil untuk mengawal berapa banyak yang anda boleh belanjakan untuk setiap

    perkara berkaitan persiapan majlis perkahwinan jika anda tidak menetapkan sebarang had perbelanjaan.

    Untuk kebanyakan bakal pengantin baru, merangka bajet adalah perkara yang sukar kerana masing-masing pastinya mengidamkan sebuah majlis perkahwinan yang meriah dengan jumlah perbelanjaanyang mampu ditampung. Hari-hari yang mana ibubapa menanggung sepenuhnya perbelanjaan majlis

    perkahwinan anak-anak telah lama berlalu. Pada zaman sekarang, ibubapa hanya menampungsebahagian perbelanjaan sebagai hadiah kepada pasangan pengantin baru, dan bukan lagi menampungsepenuhnya. Tambahan lagi, kebanyakan pasangan pengantin ingin menampung sendiri perbelanjaan

    http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://3.bp.blogspot.com/-v9DROtuZx0g/UeEEBhe7wUI/AAAAAAAAAOw/Nx-8FH8B7AI/s1600/bajet+jimat.jpghttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    3/29

    majlis perkahwinan supaya memudahkan mereka mengawal apa yang dikehendaki dan sebagai buktiyang mereka boleh berdikari selepas berumahtangga.

    Oleh kerana kebanyakan bakal pengantin kini menampung sendiri perbelanjaan majlis perkahwinan mereka, adalah sangat baik jika mereka dapat mengawal sendiri ke mana wang mereka perludibelanjakan. Untuk langkah pertama, bakal pengantin perlulah mengetahui jumlah wang yang mereka

    ada, dan berapa banyak yang mereka sanggup korbankan untuk sebuah majlis perkahwinan. Segalawang yang berada di tangan, dalam akaun simpanan dan yang bakal diperoleh sebelum majlis

    perkahwinan berlangsung perlulah dikira dan dicatat.

    Setelah mengetahui berapa banyak wang yang ada, wang tersebut boleh diagihkan untuk perbelanjaan- perbelanjaan utama yang berikut:1. Pra-perkahwinan - kursus perkahwinan, borang nikah, ujian HIV2. Kenduri kahwin - makanan, kerusi, meja, khemah, dewan, 'goodies'3. Hantaran kahwin - maskahwin, barang-barang hantaran, wang hantaran4. Majlis perkahwinan - kad kahwin, set pakaian, perabot, pelamin, hiasan bilik tidur5. Perkhidmatan - jurusolek, mak andam, jurugambar, juruvideo6. Selepas majlis - bulan madu, hadiah untuk keluarga7. Lain-lain - kenderaan, tempat penginapan terutama jika jarak antara pasangan adalah jauh

    Jumlah perbelanjaan yang diperuntukkan kepada setiap perkara di atas perlulah diagihkan berdasarkan jumlah keseluruhan wang yang ingin anda belanjakan. Kebiasaannya, sebahagian besar wang akandiperuntukkan untuk menampung perbelanjaan kenduri dan hantaran kahwin berbanding yang lain.Dalam adat perkahwinan Melayu, pihak pengantin perempuan biasanya membelanjakan wang yanglebih banyak untuk kenduri kahwin, manakala pihak lelaki lebih banyak kepada hantaran kahwin.Secara keseluruhannya, pihak lelaki akan memerlukan jumlah wang yang lebih besar berbanding pihak

    pengantin perempuan.

    Setelah mengagihkan peruntukan kepada setiap perbelanjaan utama, sebaik-baiknya bina sebuah jadualsenarai perbelanjaan. Jadual ini mempunyai minimum tiga kolum; kolum pertama untuk perkara

    perbelanjaan, kolum kedua untuk anggaran perbelanjaan dan yang ketiga untuk perbelanjaan sebenar.Setiap kali anda mengeluarkan duit untuk menyelesaikan setiap perkara, catatkan jumlah sebenar yang

    anda keluarkan. Dengan cara ini, anda dapat mengawal perbelanjaan dengan lebih baik, di sampingmembantu mengesan sebarang pembaziran ataupun penjimatan.

    Dengan merancang bajet sebegini, walau dengan jumlah peruntukan yang kecil, anda masih bolehmendapatkan sebuah majlis perkahwinan yang indah dan meriah. Pastikan setiap perbelanjaan yanganda keluarkan adalah setimpal dengan apa yang anda bakal perolehi. Elakkan pembaziran pada

    perkara-perkara yang tidak perlu. Bajet yang dirancang dan dilaksanakan dengan baik akanmemastikan kedudukan kewangan yang stabil untuk anda dan pasangan nanti. Harus diingat, majlis

    perkahwinan hanyalah permulaan kepada lebih banyak cabaran rumahtangga selepas anda bernikah.

    10 Langkah Persiapan Majlis Perkahwinan-Bhg. 1

    http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    4/29

    1. Tetapkan matlamat

    Adakah anda inginkan sebuah majlis perkahwinan yang membosankan? Adakah anda mahu tetamuanda hanya sekadar datang untuk makan? Tentunya tidak, bukan. Anda semestinya inginkan sebuah

    majlis yang meriah yang menjadi kenangan terindah dalam hidup anda. Anda juga pastinya inginmeraikan tetamu yang sudi bertandang. Oleh itu, tetapkanlah matlamat dan nyatakan objektif yang jelas untuk majlis perkahwinan anda supaya majlis perkahwinan tersebut dapat menggembirakan dirianda sendiri, pasangan, keluarga, rakan-rakan dan tetamu-tetamu yang hadir. Sebaik-baiknya, matlamatmajlis perkahwinan anda sepatutnya:- Meraikan pengantin.- Menghebahkan berita pernikahan (untuk menghindari fitnah).- Merapatkan silaturrahim sesama keluarga dan saudara mara.- Berkongsi kegembiraan dengan semua orang.- Mengikut sunnah Nabi SAW.- Meraikan anak-anak yatim.- Menggembirakan ibubapa yang telah banyak berjasa pada kami.Dan lain- lain lagi

    2. Lakarkan majlis perkahwinan impian Sebagai bakal pengantin baru, anda mungkin telah merancang majlis perkahwinan impian sejak kecillagi. Jadi, sekarang adalah masanya untuk anda merealisasikan majlis perkahwinan impian anda supayamenjadi kenangan terindah dalam hidup anda dan pasangan. Dalam merancang majlis perkahwinanimpian, beberapa aspek perlu dititikberatkan:1. Bajet - Berapakah yang anda ingin belanjakan untuk majlis perkahwinan impian anda?2. Anggaran jumlah tetamu - Berapa dan siapa tetamu yang ingin anda dan keluarga jemput3. Tarikh atau hari majlis perkahwinan - Bilakah tarikh dan hari majlis perkahwinan anda ingindiadakan?4. Tema majlis - Adakah anda mahukan majlis yang sederhana dan meriah, menyeronokkan, romantik,tradisional dan sebagainya.

    3. Merancang aturcara majlis perkahwinan impian Perancangan awal aturcara majlis perkahwinan memastikan persiapan majlis perkahwinan anda

    berjalan dengan lancar dan teratur. Tuliskan aturcara yang anda inginkan, bermula dari pagi hinggaselesai majlis. Beberapa sesi utama seperti sesi akad nikah, memakai cincin, makan beradab dan

    bergambar perlu diatur untuk melancarkan perjalanan majlis. Anda juga mungkin ingin menyertakan beberapa acara sampingan seperti sesi ucapan, persembahan dan pembahagian hadiah. Aturcara yang baik bukan sahaja membantu kelancaran majlis, bahkan akan memudahkan untuk membahagikantugas-tugas kepada ahli keluarga yang akan menjadi urusetia majlis perkahwinan anda.

    4. Sediakan senarai semak Senarai semak yang mengandungi perkara-perkara yang perlu dilakukan dan barang-barang yang perludiadakan akan memudahkan persiapan majlis perkahwinan anda. Untuk perkara-perkara yang perludilakukan, sebaik-baiknya anda menyusun mengikut turutan masa, bermula dari masa perancangansehinggalah ke hari majlis. Untuk barang-barang keperluan pula, cubalah untuk lakukan sedikit kajianharga, supaya anda mendapatkan barang terbaik pada harga terbaik.

    http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://4.bp.blogspot.com/-2U0DwSu6J2E/Ud9hwKTmsfI/AAAAAAAAAM4/QfoxLIrWtTI/s1600/cinta.jpghttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    5/29

    5. Rancang bajet Dalam merancang persiapan majlis perkahwinan , bajet memainkan peranan yang sangat penting.Sebaik-baiknya anda mula menabung semenjak awal lagi untuk membiayai majlis perkahwinan anda.Anda mungkin juga boleh meminta bantuan daripada ibubapa dan ahli keluarga untuk menyumbangsedikit peruntukan. Kumpulkan semua sumber kewangan yang anda ada, jumlahkan dan cuba agihkan

    dengan baik ke arah setiap bahagian persiapan majlis perkahwinan anda. Jika terdesak, anda mungkin perlu membuat pinjaman peribadi, namun perkara ini sepatutnya menjadi pilihan terakhir.

    6. Tindakan Setelah semua perancangan persiapan majlis perkahwinan dilakukan, tibalah masanya anda mengambiltindakan merealisasikan apa-apa yang dirancang. Cubalah untuk mematuhi tempoh yang telah andatetapkan untuk setiap perkara senarai semak yang dirancangkan dalam langkah 3. Sekiranya terbabas,lakukan sedikit pengubahsuaian pada perancangan supaya anda masih boleh mencapai majlis

    perkahwinan impian anda. Utamakan untuk mendapatkan barang-barang keperluan asas terlebihdahulu, sebelum mendapatkan yang lain-lain. Di samping memastikan kelancaran persiapan, ini jugamembantu anda untuk mengawal bajet majlis perkahwinan anda.

    7. Bahagikan tugas Dalam melaksanakan segala rancangan persiapan majlis perkahwinan anda, usahlah dibebankan semua

    perkara ke atas bahu anda. Melakukan semua perkara sendiri bukan sahaja akan memenatkan anda, bahkan membuatkan anda jemu dan tidak bersemangat meneruskan persiapan majlis perkahwinan.Anda mungkin juga akan mengalami tekanan, dan menyebabkan kelihatan lesu semasa majlis nanti.Adakah anda mahu kelihatan lesu pada hari sepatutnya anda menjadi raja atau permaisuri sehari? Jikatidak mahu, maka, mintalah pertolongan daripada keluarga dan rakan dalam melakukan tugas-tugas

    persiapan majlis perkahwinan anda.

    8. Periksa dan semak Apabila semua barang diperoleh dan semua perkara berkaitan persiapan majlis perkahwinan andadiselesaikan, jangan lupa untuk memeriksa setiapnya dan semak beberapa kali untuk memastikansemuanya berkeadaan baik sehingga hari majlis perkahwinan. Di sinilah bergunanya senarai semakyang disediakan dalam langkah 4 tadi. Jangan lupa juga untuk menghubungi jurugambar, juruvideo,DJ, jurusolek dan pengapit supaya ingat akan tarikh majlis perkahwinan dan memastikan tiada apa-apamasalah yang berlaku. Ingatkan juga kepada ahli keluarga atau rakan tentang peranan masing-masingsemasa majlis perkahwinan nanti.

    9. Bergembiralah Kini tibanya hari majlis perkahwinan anda. Segala persiapan yang dirancang harusnya dilaksanakandengan baik pada hari ini. Tugas anda, bergembiralah! Biarkan orang yang telah anda beri perananuntuk menjalankan tugas masing-masing. Hari ini adalah hari bahagia anda dan anda seharunsyamenikmatinya sebaik-baiknya.

    10. Selesaikan tugas Walaupun majlis perkahwinan anda telah berlalu, namun tugas anda masih belum berakhir. Ada

    beberapa perkara yang perlu dilaksanakan. Segala barang yang disewa seperti pelamin, khemah, baju pengantin dan pinggan mangkuk, perlulah dibersihkan dan dipulangkan kepada pembekal asal. Jikamasih ada bayaran yang belum diselesaikan, sila jelaskan segera setelah berpuas hati dengan

    perkhidmatan yang diberi. Hargai ahli keluarga dan rakan-rakan yang bertungkus-lumus menjayakanmajlis perkahwinan anda dengan sedikit jamuan kecil samaada di restoran ataupun di rumah sahaja.

    Perkara-perkara Wajib Ada Untuk Persiapan Majlis Perkahwinan

    http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    6/29

    1. Bajet Sebelum memulakan persiapan majlis perkahwinan , tetapkan dahulu berapa banyak bajet yangdiperlukan dan yang anda sanggup keluarkan. Rancang bajet dengan sebaik-baiknya. Berbincangdengan pasangan dan rangka draf perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk persiapan majlis

    perkahwinan. Bincangkan juga tentang sumber bajet agar semuanya boleh disediakan.

    2. Prosedur pernikahan Borang nikah, kadi, wali, saksi, ujian HIV, kursus kahwin, mas kahwin dan dokumen-dokumen

    berkaitan; pastikan anda dan pasangan tahu apa yang perlu dilakukan dan dipersiapkan untukmemenuhi semua syarat prosedur pernikahan yang ditetapkan Jabatan Agama Negeri. Setiap negerimungkin mempunyai syarat-syarat yang berbeza. Rancang bila dan tempoh yang sesuai untukmelaksanakan semua prosedur yang dikehendaki. Sebaik-baiknya, mulakan dalam tempoh tiga bulandari tarikh majlis pernikahan.

    3. Makanan untuk majlis kenduri Kebiasaannya, banyak belanja diperlukan untuk mempersiapkan makanan untuk majlis kenduri. Anda

    boleh memilih samaada untuk memasak sendiri pada hari majlis, ataupun menempah dengan katerer.Anda mungkin boleh berjimat dengan memasak sendiri, namun banyak perkara perlu dipersiapkanterutama dalam penyediaan bahan-bahan masakan. Tentukan menu dan kuantiti hidangan yang sesuaiuntuk majlis kenduri nanti. Sebaik-baiknya, mulakan persiapan dalam tempoh tiga bulan sebelummajlis.

    4. Kanopi dan set kenduri Kanopi, kerusi, meja, pinggan, mangkuk dan set menghidang; pastikan anda tahu dengan siapa dan

    bagaimana untuk dapatkan semua keperluan tersebut. Jika menempah makanan dengan katerer, merekamungkin turut menyediakan semua keperluan ini. Jika tidak, anda perlu dapatkan dari penyedia

    perkhidmatan ini. Senaraikan dahulu barang-barang yang diperlukan, jangan sampai tertinggal perkara- perkara yang kecil seperti sudu, garfu dan bekas air.

    5. Kad jemputan kahwin Kad jemputan kahwin adalah medium utama untuk menjemput tetamu ke majlis perkahwinan anda.Untuk menempah kad jemputan kahwin, sebaik-baiknya dilakukan tiga bulan sebelum majlis

    perkahwinan. Ingat, kad perlu diedar dalam tempoh sebulan sebelum majlis, jadi pastikan anda bolehmemastikan kad siap sebelum diedarkan. Kad boleh ditempah di kedai-kedai berhampiran tempat anda.Untuk lebih mudah lagi, tempah sahaja secara 'online'.

    6. Set pengantin Set pengantin merangkumi pelamin, meja beradap, hiasan bilik tidur dan juga busana pengantin. Anda

    boleh mengambil pakej lengkap yang menyediakan semuanya. Seleok-eloknya, tempah awal supayaanda mempunyai lebih banyak pilihan.

    http://2.bp.blogspot.com/-kAUU4ViUj-Y/Ud9pZEWdK6I/AAAAAAAAANw/Fg-6ZI1nlCA/s1600/cenderahati-kahwin.jpghttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://3.bp.blogspot.com/-kAUU4ViUj-Y/Ud9pZEWdK6I/AAAAAAAAAN0/0runt3KJxU0/s1600/cenderahati-kahwin.jpghttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://2.bp.blogspot.com/-kAUU4ViUj-Y/Ud9pZEWdK6I/AAAAAAAAANw/Fg-6ZI1nlCA/s1600/cenderahati-kahwin.jpg
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    7/29

    7. Jurugambar Rugi sekiranya kenangan indah majlis perkahwinan tidak diabadikan dalam bentuk gambar. Di sinilah

    pentingnya mendapatkan khidmat seorang jurugambar profesional untuk merakamkan kenangan majlisanda. Jika ada bajet lebih, boleh dapatkan juga khidmat videografer. Pada masa sekarang, ramai yangmenyediakan kedua-dua pakej video dan gambar. Semuanya bergantung kepada pilihan dan bajet anda.

    8. Hantaran perkahwinan Tentukan berapa bilangan hantaran perkahwinan yang akan disediakan oleh setiap pasangan. Mengikutadat Melayu, biasanya bilangan hantaran perkahwinan adalah bernombor ganjil, dan bilangan yangdiberikan pengantin perempuan melebihi bilangan yang diberikan pengantin lelaki. Namun, tidak salah

    jika ingin memberikan bilangan yang sama. Untuk gubahan hantaran perkahwinan, anda mungkin boleh lakukan sendiri. Banyak video panduan yang boleh anda tonton. Jika ada bajet lebih, upah sahajaorang lain untuk melakukannya.

    9. Ole-ole tetamu Seperkara lagi yang perlu ada untuk persiapan majlis perkahwinan adalah ole-ole untuk tetamu. Inisebagai tanda cenderahati untuk para tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis perkahwinan anda

    Tips Persiapan Majlis Perkahwinan: Panduan Menetapkan Tarikh

    Dalam merancang persiapan majlis perkahwinan , antara langkah awal yang perlu dilakukan adalahmenetapkan tarikh supaya segala perancangan dapat disusun mengikut tempoh waktu yang ada.

    Sesetengah pasangan mungkin menetapkan sendiri tarikh mereka, sebelum memaklumkan kepadakedua ibubapa, kerana ini akan memudahkan mereka menyusun jadual mereka terutamanya jika kedua-duanya bekerja. Ada juga pasangan yang meminta kedua-dua ibubapa untuk duduk berbincang danmenetapkan tarikh yang sesuai. Tarikh ini meliputi tarikh pernikahan, majlis kenduri di pihak

    perempuan dan di pihak lelaki. Boleh saja jika hendak digabungkan beberapa majlis serentak.

    Untuk menetapkan tarikh majlis perkahwinan, persetujuan kedua-dua pihak perlulah diperoleh denganmengambil kira beberapa faktor penting. Kebiasaannya, tarikh majlis perkahwinan akan dibincangkandan ditetapkan semasa majlis pertunangan, jadi pasangan boleh melakukan persiapan majlis

    perkahwinan sebaik sahaja selesai majlis pertunangan. Beberapa faktor yang perlu diberi perhatiansemasa menetapkan tarikh majlis perkahwinan adalah:

    1. Persetujuan yang lain Perlu juga mendapatkan persetujuan majoriti daripada ahli keluarga terdekat seperti adik-beradik dansaudara-mara berkenaan tarikh yang ingin dipilih. Ini kerana mereka adalah tulang belakang majlis

    http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://1.bp.blogspot.com/-M68nAKyfYkM/UfHa0ZVDo_I/AAAAAAAAAPA/QGRTDMx6qUw/s1600/calendar_icon.gifhttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    8/29

    perkahwinan anda nanti; mereka akan mengiringi anda ke rumah pasangan dan juga membantu ketikamajlis di pihak anda. Mungkin ada ahli keluarga yang perlu mengambil cuti ketika majlis perkahwinananda. Mungkin ada yang telah merancang sesuatu yang lain pada waktu tersebut. Jadi, amatlah pentinguntuk memberi perhatian tentang perkara-perkara sebegini. Tidak perlu kepada persetujuan semua,cukuplah persetujuan majoriti.

    2. Hari cuti Kebanyakan orang suka mengadakan majlis perkahwinan semasa cuti sekolah kerana memudahkanahli keluarga untuk berhimpun bersama-sama. Namun, oleh kerana jemputan majlis perkahwinan yang

    banyak, kadang-kadang menyukarkan tetamu terutama dari jauh untuk menghadiri majlis perkahwinananda. Di samping itu, anda juga akan mendapati yang bayaran untuk perkhidmatan majlis perkahwinanseperti makanan, khemah, jurugambar dan set pelamin menjadi mahal. Bukan setakat itu, kualiti

    perkhidmatan yang diberi juga mungkin tidak setimpal kerana mereka penat memenuhi permintaan pelanggan yang ramai.

    Alternatif yang lain adalah mengadakan majlis perkahwinan pada hari cuti biasa, seperti cuti hujungminggu ataupun cuti umum. Anda akan lebih mudah untuk memilih dan mendapatkan perkhidmatanyang lebih baik. Tetapi, anda harus bersedia, kerana biasanya bilangan tetamu yang hadir mungkinakan melebihi jangkaan awal.

    3. Faktor cuaca Cuaca hujan dan buruk akan mengurangkan kemeriahan majlis perkahwinan anda. Jadi, cubalah untukmenetapkan tarikh majlis perkahwinan di luar musim hujan. Bagi di sebelah barat SemenanjungMalaysia, mungkin tidak menjadi masalah kerana tiada musim tengkujuh dan hujan hanya kadang-kadang di waktu petang. Bagi di sebelah timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, cubalahuntuk elakkan musim tengkujuh. Jika tiada pilihan, buatlah majlis pernikahan terlebih dahulu, dantangguhkan kenduri perkahwinan ke tarikh lain.

    4. Tarikh yang cantik Sesetengan orang mempunyai impian untuk berkahwin pada hari yang mempunyai tarikh yang cantik,seperti 13.03.13 ataupun 14.04.14. Tidak salah, asalkan saja tarikh tersebut jatuh pada hari dan waktuyang sesuai. Lagipun, memilih tarikh sebegini akan memudahkan anda dan pasangan untuk mengingati

    ulang tahun perkahwinan.

    5. Bulan Ramadhan Dinasihatkan supaya tidak melangsungkan perkahwinan dekat dengan bulan Ramadhan. Ini kerana,dalam bulan tersebut, suami isteri dilarang melakukan hubungan intim pada waktu siang (dibolehkan

    pada waktu malam). Larangan tidak melangsungkan perkahwinan dekat dengan bulan yang mulia iniuntuk mengelakkan pasangan pengantin baru tidak dapat menahan gelojak nafsu fitrah merekasehingga menjejaskan amalan puasa dan dikenakan denda kifarah.

    6. Jurunikah dan saksi Tanyakan juga kepada jurunikah dan saksi-saksi anda. Jika perlu, ubah tarikh pernikahan untukmemudahkan jurunikah untuk hadir. Maklumlah, seorang jurunikah mungkin perlu ke sana ke mariuntuk memenuhi permintaan orang.

    Panduan Merancang Aturcara Majlis Perkahwinan

  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    9/29

    Bajet yang terhad bukanlah penghalang untuk anda mengadakan sebuah majlis perkahwinan yangmeriah. Dengan sedikit kreativiti, menyelitkan beberapa aturcara khas akan memberikan kelainankepada majlis perkahwinan anda. Lihat sahaja dalam akhbar-akhbar, kadang-kadang terdapat liputanmajlis perkahwinan yang unik yang disertai acara khas seperti konvoi menaiki skuter, persembahanwayang kulit dan bersanding di atas belon udara panas. Mana tahu, dengan kreativiti dan kebijaksanaananda merancang aturcara majlis, majlis perkahwinan anda nanti mungkin akan mendapat publisiti yangmeluas juga.

    Dalam merancang untuk menyelitkan acara-acara khas dalam majlis perkahwinan anda, amatlah penting untuk memastikan kesemua acara yang dirancang disusun dengan baik untuk kelancaranmajlis. Untuk ini, panduan yang berikut boleh dijadikan rujukan:

    1. Catat tarikh-tarikh yang melibatkan majlis perkahwinan anda, seperti majlis pernikahan, kenduri di pihak anda dan di pihak pasangan. Ini akan memudahkan anda untuk menyusun acara yang sesuaiuntuk dimasukkan pada hari-hari tersebut. Di samping itu, ini akan memudahkan anda untukmenetapkan tarikh dengan penyedia-penyedia khidmat acara khas.

    2. Senaraikan apa-apa acara yang diingini dan dirasakan sesuai untuk diselitkan dalam majlis perkahwinan anda. Tidak perlu untuk menyusun acara-acara tersebut, hanya catatkan sahaja angan-angan anda supaya nanti boleh disenaraipendekkan sebelum memilih acara-acara yang betul-betulsesuai. Beberapa cadangan acara yang boleh dipertimbangkan termasuklah perarakan kompang,

    persembahan berzanji, upacara mengkhatam Quran, ceramah agama ataupun pertandingan nyanyian.Untuk lebih kelainan, mungkin boleh diajak kumpulan bermotosikal, kereta, berkuda ataupun

    berbasikal.

    3. Semak semula acara-acara yang disenaraikan. Pastikan acara-cara utama tidak ada yang tertinggal.Berbincang dengan pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk lebih banyak idea. Senaraipendekkandan pilih acara yang betul-betul bersesuaian.

    4. Susun semua acara yang dipilih mengikut turutan yang sesuai. Dapatkan pandangan daripada yanglain supaya lebih teratur. Fikirkan faktor-faktor teknikal seperti keperluan kelengkapan, pergerakanmereka yang terlibat, tugasan yang perlu dilakukan dan lain-lain perkara berkaitan.

    5. Tetapkan tempoh durasi untuk setiap acara. Jangan terlalu lama sehingga menjejaskan keseluruhanmajlis perkahwinan. Tetapkan juga pada oukul berapa setiap acara akan bermula dan berakhir.Bentangkan kepada semua yang terlibat.

    Anda boleh dapatkan ebook Impian Pengantin atau Perancangan Perkahwinan untuk mendapatkancontoh-contoh aturcara majlis perkahwinan yang lengkap.

    http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/2013/07/tips-merancang-bajet-persiapan-majlis.htmlhttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/2013/07/tips-merancang-bajet-persiapan-majlis.htmlhttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/2013/07/tips-persiapan-majlis-perkahwinan.htmlhttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/2013/07/tips-persiapan-majlis-perkahwinan.htmlhttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/2013/07/tips-persiapan-majlis-perkahwinan.htmlhttp://bit.ly/myimpianpengantinhttp://bit.ly/myimpianpengantinhttp://bit.ly/myrancangkahwinhttp://bit.ly/myrancangkahwinhttp://3.bp.blogspot.com/-L9yfkvdO_wk/UgXz5v1L0wI/AAAAAAAAAPw/jbRl9HGJUlM/s1600/aturcara-majlis-perkahwinan.JPGhttp://bit.ly/myrancangkahwinhttp://bit.ly/myimpianpengantinhttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/2013/07/tips-persiapan-majlis-perkahwinan.htmlhttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/2013/07/tips-merancang-bajet-persiapan-majlis.html
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    10/29

    Mengumpul Bajet Untuk Persiapan Majlis Perkahwinan

    Pada masa sekarang, untuk mengadakan sesebuah majlis perkahwinan, sejumlah peruntukan yang besar diperlukan. Jika pada masa dahulu, kebanyakan kos persiapan majlis perkahwinan ditanggungoleh ibubapa, ataupun dikerjakan secara gotong-royong oleh orang-orang kampung, tetapi sekarangsebahagian besarnya perlu ditanggung sendiri oleh bakal pasangan pengantin. Ini sememangnyasesuatu yang membebankan bagi bakal pengantin yang majoritinya terdiri daripada golongan mudayang baru bekerja.

    Boleh dikatakan yang pihak lelaki perlu memperuntukkan jumlah bajet yang lebih besar berbanding perempuan untuk persiapan majlis perkahwinan. Ini kerana, pihak perempuan hanya perlu berbelanja besar untuk kenduri perkahwinan sahaja; sedikit untuk hantaran dan lain-lain seperti pelamin, set baju, jurusolek dan jurugambar. Tambahan lagi, semasa kenduri, pihak perempuan boleh 'mengutip' wangdaripada para tetamu yang datang.

    Berbeza dengan pihak lelaki yang bukan sahaja perlu menyediakan bajet yang besar untuk kenduri perkahwinan, tetapi perlu juga menyediakan wang hantaran yang kadang-kadang nilainya sangatmembebankan. Walaupun sekadar adat, jumlah wang hantaranlah yang sering menjadi buah mulutorang; terlalu sedikit akan diumpat kedekut, terlalu tinggi akan dikata ingin menunjuk-nunjuk. Namundi sinilah sebenarnya cabaran kepada seorang lelaki, adakah mereka mampu menyediakan wang yangsecukupnya untuk membiayai majlis perkahwinan sendiri.

    Sebagai panduan, empat langkah yang berikut perlu diamalkan oleh bakal pengantin lelaki mahupun perempuan untuk membantu mengurus kewangan sendiri dan seterusnya mengumpul bajet untuk persiapan majlis perkahwinan:

    1. Mengawal perbelanjaan Langkah pertama dalam mengumpul bajet persiapan majlis perkahwinan adalah dengan mengawal

    perbelanjaan seharian, seterusnya mingguan dan bulanan. Sebaik-baiknya, setiap orang mempunyai

    bajet bulanan sendiri, dan cuba sedaya upaya mematuhi bajet yang dibuat. Untuk menghasilkan bajet bulanan, anda perlulah terlebih dahulu mengetahui tentang aliran wang masuk dan keluar bulanan.

    http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/2013/07/panduan-ringkas-merancang-bajet.htmlhttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/2013/07/panduan-ringkas-merancang-bajet.htmlhttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/2013/07/panduan-ringkas-merancang-bajet.htmlhttp://3.bp.blogspot.com/-EtiQrbzk7xA/UgX4Kd3WWxI/AAAAAAAAAQQ/5zcmYU5Upjw/s1600/belanjanwan_bajet_kenduri_kahwin.jpghttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/2013/07/panduan-ringkas-merancang-bajet.htmlhttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    11/29

    Caranya, dengan mencatat segala jenis pendapatan dan perbelanjaan yang anda lakukan dalam tempohsebulan.

    Setelah mencatat semuanya, cuba perhatikan samaada anda ada membuat sebarang simpanan atautidak? Jika tiada, anda sepatutnya cuba menyimpan sedikit wang terlebih dahulu, sebelum sebarang

    perbelanjaan dibuat. Cuba perhatikan juga jika baki bulanan anda adalah positif atau negatif? Jika

    positif, itu petanda yang baik kerana simpanan anda akan sentiasa bertambah. Tetapi, jika negatif,simpanan anda akan sedikit demi sedikit terhakis ataupun tiada langsung. Sekiranya ini yang terjadi,anda perlulah mengawal perbelanjaan dengan membuat bajet bulanan. Bajet bulanan boleh dibuat

    berdasarkan kepada pendapatan dan perbelanjaan yang anda catat tadi. Cuba untuk kurangkan sebarang perbelanjaan yang tidak perlu supaya baki bulanan mencatat nilai positif.

    2. Mengurus hutang Sebagai pasangan muda yang bakal berkahwin, anda kebiasaannya akan mempunyai tiga hutang yangutama; pinjaman pelajaran, sewa-beli kereta dan caj kad kredit. Setiap bulan, anda mungkin perlumemperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membayar hutang-hutang ini. Bagaimana inginmengawalnya? Jawapannya, cuba kurangkan mana yang boleh. Contohnya, hutang kereta, jika andamasih belum mempunyai kereta dan inginkan kereta, cuba beli kereta berkapasiti kecil ataupun'second-hand', apabila sudah mampu kelak, bolehlah mendapatkan kereta impian yang loebih besar dan

    baru. Jika anda mempunyai lebih dari satu kad kredit, cuba selesaikan hutang kad kredit yangmempunyai caj paling mahal, tamatkan yang lain dan gunakan satu sahaja kad kredit. Untuk semua

    jenis hutang, elakkan tidak membayar ataupun membayar jumlah minimum sahaja. Ini akanmenyebabkan jumlah hutang akan semakin bertambah disebabkan kadar faedah yang dikenakan.

    3. Menambah pendapatan Untuk mengumpul wang persiapan majlis perkahwinan dengan lebih pantas, cara terbaik dalah denganmenambah pendapatan. Sebagai seorang bujang, anda semestinya tidak mempunyai sebarang masalahuntuk melakukan kerja lebih masa di tempat kerja anda supaya mendapat elaun kerja lebih masa yangmana kadarnya dibayar lebih tinggi berbanding waktu kerja biasa. Ataupun, anda boleh lakukan kerja-kerja sampingan seperti berniaga dan mengambil upah melakukan kerja-kerja yang anda mahir. Jikaanda bijak merebut peluang, pendapatan sampingan mungkin boleh melebihi pendapatan kerja tetapanda.Dalam e-buku Mas Kahwin Yang Hilang, ada diceritakan tentang bagaimana seorang lelaki

    mengumpul RM 5,000.00 dengan hanya berdiri beberapa jam. Baca e-buku tersebut dan cuba tiru apayang dilakukan lelaki tersebut.

    4. Melakukan penjimatan Langkah keempat ini adalah kesinambungan kepada langkah yang pertama di atas. Setelahmengenalpasti perbelanjaan yang sering dilakukan, asingkan setiap perbelanjaan kepada kumpulan

    perbelanjaan tetap dan bolehubah. Perbelanjaan tetap biasanya tidak berubah dan memenuhi komitmensepenuhnya setiap bulan, seperti membayar hutang, sewa rumah dan insurans. Anda mungkin tidakmempunyai peluang untuk berjimat daripada perbelanjaan tetap.

    Perbelanjaan bolehubah sering berubah-ubah, dan terbahagi kepada keperluan dan kehendak. Contoh perbelanjaan bolehubah keperluan adalah makanan, pakaian, minyak kereta, bili-bil utiliti dankeperluan rumah. Manakala, perbelanjaan bolehubah kehendak lebih kepada perbelanjaan yangdikeluarkan untuk keseronokan dan kepuasan diri-sendiri, seperti makan di restoran mahal, pakaian

    berjenama mahal dan hiburan berlebihan. Untuk mengumpul lebih banyak wang persiapan majlis perkahwinan, anda boleh berjimat untuk mengurangkan perbelanjaan bolehubah. Ubahlah kepada gayahidup lebih sederhana untuk menjimatkan wang dan menambahkan simpanan. Banyak tips penjimatanyang boleh anda cari dan amalkan.

    Kesimpulannya, mengumpul wang untuk persiapan majlis perkahwinan adalah merupakan pengajaran pertama untuk pihak lelaki (dan perempuan) dalam mengurus dan mengawal kewangan sendiri. Ilmudan pengalaman yang ditimba dalam proses ini semestinya akan berguna untuk menghadapi cabarankewangan yang lebih getir selepas berkahwin kelak.

    Tips Bajet Persiapan Majlis Perkahwinan

  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    12/29

    1. Kenalpasti kemampuan Ukur baju di badan sendiri. Pastikan anda tahu berapa banyak wang yang anda ada, dan berapa banyakanda sanggup belanjakan untuk persiapan majlis perkahwinan . Elakkan berhutang untuk memenuhimajlis perkahwinan impian. Simpan sedikit baki wang yang ada untuk persiapan memulakankehidupan selepas berkahwin nanti. Perbelanjaan selepas berkahwin biasanya akan meningkat

    berbanding semasa bujang; anda mungkin perlu berpindah rumah, membayar sewa yang lebih mahal, perjalanan yang lebih jauh ke tempat kerja dan lain-lain.

    2. Kenalpasti majlis perkahwinan idaman Berbincanglah dengan pasangan dan keluarga berkenaan bentuk perkahwinan yang diidamkan.

    Nyatakan jumlah bajet yang anda sanggup keluarkan. Berbincanglah dari segi tema majlis perkahwinan, jumlah hantaran, bilangan hantaran, jumlah tetamu, makanan dan persiapan-persiapanlain. Dapatkan pendapat dari keluarga dan rakan-rakan berkenaan pilihan persiapan majlis perkahwinananda.

    3. Senarai dan kajian kos Senaraikan semua perkara dan barang keperluan yang perlu disiapkan untuk majlis perkahwinan kelak.Kaji dan kira jumlah kos setiap yang disenaraikan. Ambil kira juga kos-kos tersembunyi dan

    perbelanjaan-perbelanjaan kecil diluar jangka seperti pengangkutan, tol dan sebagainya. Pastikan jumlah kos yang dikira tidak tersasar jauh daripada jumlah bajet yang akan diperuntukkan.

    4. Tentukan siapa yang bayar Jika majlis perkahwinan diadakan serentak untuk kedua-dua pengantin lelaki dan wanita, semestinya

    banyak perbelanjaan dapat dijimatkan. Perkara ini biasanya dilakukan oleh pasangan pengantin yangtinggal berdekatan. Oleh itu, jika anda merancang melakukan sebegini, berbincanglah dengan pasangantentang siapa yang bayar untuk itu dan ini. Jika ada ahli keluarga atau rakan-rakan yang ingin

    menyumbang wang atau penaja, catatkan nama dan jumlah tajaan mereka dalam senarai bajet yanganda telah buat.

    5. Pengurusan kewangan Setiap bakal pengantin harus mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang baik, yang mana melibatkan

    pengurusan pendapatan, hutang dan perbelanjaan. Setiap orang harus mempunyai bajet bulanan, dancuba berbelanja tidak melebihi bajet yang ditetapkan. Setiap perbelanjaan harian perlu dicatatkan untukmengetahui aliran keluar wang anda. Di samping itu, minimum 10% daripada jumlah pendapatan yangdiperoleh haruslah disimpan bukan sahaja sebagai persiapan majlis perkahwinan, bahkan untuk masadepan. Sedaya-upaya mungkin, cubalah mencari peluang menambahkan pendapatan dengan melakukankerja-kerja sampingan ataupun berniaga kecil-kecilan. Dengan menguruskan kewangan dengan baik,anda boleh berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan tidak perlu dan ini akan menambahkan jumlahtabungan untuk persiapan majlis perkahwinan kelak.

    6. Kaji dan bandingkan harga Untuk setiap perkara persiapan majlis perkahwinan, cuba buat kajian pasaran ke atas pilihan-pilihan

    http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://3.bp.blogspot.com/-poh9hG_ZPL4/UhYPowKxO6I/AAAAAAAAAQg/-yUezj_EqCs/s1600/bajet_kahwin.jpghttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    13/29

    yang ada. Cari dua atau tiga pembekal untuk setiap yang perkara yang diingini, bandingkan harga, kajitawaran yang diberi dan buatlah pilihan yang bijak. Dengan ini, anda dapat memilih persiapan majlis

    perkahwinan yang hebat pada harga yang terbaik.

    7. Kejar 'Jualan Murah' Di Malaysia, kita sebenarnya beruntung kerana terdapat banyak perayaan yang disambut. Dan

    kebiasaannya, semasa musim perayaan, banyak tawaran jualan murah yang diadakan. Begitu jugasemasa awal dan akhir tahun, banyak penjual akan mengadakan jualan murah untuk menarik pembeli.Oleh itu, amatlah rugi jika anda tidak mengambil kesempatan jualan murah yang ada untukmendapatkan barang-barang persiapan majlis perkahwinan anda. Di samping semasa jualan murah,anda juga boleh mengambil kesempatan mendapatkan harga murah di festival pengantin yang banyakdiadakan di seluruh negara.

    8. Rekod perbelanjaan Untuk setiap perbelanjaan yang dilakukan untuk persiapan majlis perkahwinan anda, sebaik-baiknyacatat dan simpan semua resit sehinggalah tamat majlis perkahwinan nanti. Perbelanjaan yangdirekodkan akan membantu anda mengawal bajet dari semasa ke semasa; anda boleh melakukan

    penjimatan ataupun menambah peruntukan jika perbelanjaan hampir melebihi bajet awal yangditetapkan. Resit-resit yang disimpan pula akan membantu anda untuk menuntut gantirugi jika ada

    mana-mana pembekal yang tidak menunaikan janji dengan sepenuhnya.

    Panduan Pada Hari Majlis Perkahwinan

    Setelah segala persiapan majlis perkahwinan selesai, kini tibalah hari majlis perkahwinan anda. Padahari inilah segala yang dirancang sebelumnya perlu dilaksanakan dan dipastikan berjalan lancar. Sudahsemestinya anda sebagai pengantin tidak perlu melakukan semua tugas dan kerja, sebaliknya agih-agihkan kepada petugas-petugas yang telah anda lantik sebelum ini. Letakkan kepercayaan kepadamereka dalam mengendalikan majlis perkahwinan anda. Anda hanya perlu bertenang dan banyakkanmemberi senyuman. Sepanjang majlis perkahwinan, anda mungkin akan melalui perkara-perkara yang

    berikut:

    Di awal hari majlis perkahwinan Sila bangun awal pagi. Hari ini adalah hari penting anda. Tunaikan solat dan mandi sunat supaya badananda segar. Wangikan badan dengan aroma yang sesuai. Ini akan membantu 'mood' dan perasaan andauntuk menghadapi hari istimewa ini. Jangan abaikan sarapan pagi, bimbang nanti anda tidak selesakerana perut memulas kelaparan. Periksa baju pengantin dan aksesori yang akan dipakai nanti, pastikansemua tersedia dan dalam keadaan baik. Bersolek dan tukar pakaian anda. Jika ada kesempatan, boleh

    bergambar secara solo atau dengan pasangan anda. Boleh juga jika ada saudara-mara yang inginmencelah.

    http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/2013/09/panduan-pada-hari-majlis-perkahwinan.htmlhttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/2013/09/panduan-pada-hari-majlis-perkahwinan.htmlhttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://2.bp.blogspot.com/-C-gkMkPfXWM/UiARe-aZztI/AAAAAAAAAR8/SXZAsnpR7Cs/s1600/majlis_kahwin.jpghttp://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/2013/09/panduan-pada-hari-majlis-perkahwinan.html
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    14/29

    Semasa majlis akad pernikahan Duduk dalam keadaan tenang dan selesa. Banyakkan berdoa dalam hati agar majlis berjalan lancar.Biasanya majlis akad pernikahan akan dimulakan dengan bacaan khutbah nikah oleh kadi. Dengardengan teliti, jangan sampai tertidur! Untuk pengantin lelaki, usai akad nikah, bersalam-salaman duludengan kadi dan orang-orang di sekeliling anda sebelum menunaikan solat sunat syukur. Kemudian,

    berjumpa dengan pasangan untuk upacara membatalkan air sembahyang. Sarungkan cincin dan

    serahkan mas kahwin. Pengantin lelaki mungkin akan dipaksa mencium dahi pasangan, jadi pastikananda boleh melakukannya dengan baik. Kemudian, bersalam-salamanlah dengan semua orang sebelum

    berarak ke tempat majlis perkahwinan.

    Semasa majlis perkahwinan Pastikan anda mengikuti segala acara yang telah dirancangkan. Layan tetamu yang datang dengan baik.Pastikan anda dan pasangan mengekalkan wajah yang berseri-seri sepanjang majlis walaupunkepenatan. Jangan hanya duduk di atas pelamin. Sebaliknya, turun dan beramah-mesra dengan tetamu.Ucapkan terima kasih atas kesudian menghadiri majlis perkahwinan anda. Bergaullah dengan seramaimungkin tetamu, jangan hanya menumpukan kepada rakan terdekat sahaja. Jika ada permintaan, janganmalu-malu untuk mengambil gambar bersama-sama tetamu.

    Di akhir hari majlis perkahwinan

    Majlis perkahwinan anda selesai juga akhirnya. Kini, anda bersama-sama dengan pasangan anda.Tunjukkan kasih sayang anda padanya, ambil berat akan semua keperluannya. Temani suami atau isterianda untuk bergaul dan beramah-mesra dengan ahli keluarga anda. Pakailah pakaian yang sesuai.Gembirakan semua orang yang telah membantu untuk majlis perkahwinan anda. Apabila tiba waktuyang sesuai, ajaklah pasangan masuk ke bilik dan nikmati malam pertama anda sebaik-baiknya.

    Tips Memilih Cincin Perkahwinan

    Rasanya tidak lengkap sesebuah perkahwinan jika tidak memberikan cincin kahwin untuk pengantin perempuan, tidak kiralah samaada ketika majlis pertunangan ataupun pernikahan. Boleh dikatakan,cincin adalah tanda ikatan sesebuah perhubungan yang diamalkan oleh kebanyakan adat di dunia.Dalam adat Melayu, cincin mula-mulanya diberi semasa datang merisik dan meminang, kemudiansemasa bertunang dan akhir sekali selepas majlis pernikahan. Pada masa sekarang, oleh kerana terdapat

    pilihan barangan kemas yang lebih banyak, ada yang hanya memberikan cincin semasa majlis pertunangan, dan memberkan tali tangan atau gelang semasa majlis pernikahan. Dengan cara ini, pengantin perempuan tidak perlu memakai terlalu banyak cincin pada satu-satu masa.

    Memakai cincin pertunangan dan pernikahan tidak hanya terhad kepada pasagan wanita, malah, kini,turut diberikan kepada pasangan lelaki. Semasa majlis pertungan, selesai ibu pasangan lelaki

    http://1.bp.blogspot.com/-ekNuXL-KSTY/UhYRmrRRF7I/AAAAAAAAAQ4/XBM14d3CezU/s1600/cincin_kahwin.jpg
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    15/29

    memakaikan cincin kepada pasangan wanita, ayah si wanita akan memakaikan cincin kepada pasanganlelaki sabagai tanda pertunangan. Untuk majlis pernikahan pula, selesai akad nikah, biasanya pasanganlelaki dan wanita akan dipertemukan untuk saling menyarung cincin antara satu sama lain sebagaitanda memulakan hubungan sah suami isteri.

    Dalam melakukan persiapan majlis perkahwinan , beberapa perkara yag berikut perlu diberi perhatian

    dalam mendapatkan cincin untuk pasangan anda:

    1. Bahan buatan Sebagai penghargaan kepada pasangan wanita, sebaik-baiknya pihak lelaki mendapatkan cincin yangdiperbuat daripada emas, samaada emas kuning atau putih. Emas kuning bersifat lebih menyerlahdengan warna kuning keemasannya, manakala emas putih lebih menonjolkan kemewahan dan elegan.Dari segi harga, emas kuning adalah lebih murah dan stabil berbanding emas putih; emas kuning bolehdijual semula pada harga yang lebih baik dan tinggi berbanding emas putih. Berbanding dengan

    pasangan wanita yang dibolehkan memakai emas, pilihan yang terbaik untuk pasangan lelaki adalahcincin yang diperbuat daripada perak.

    2. Kesesuaian Selain dari segi bahan buatan cincin, perlu diambil kira juga kesesuaian cincin terutama dari segi saiz,

    reka bentuk, corak dan ukiran yang terdapat pada cincin tersebut dengan warna kulit dan bentuk jari si pemakai. Tersalah memilih cincin yang tidak sesuai akan menyebabkan pemakai berasa tidak selesadan tidak cantik pada pandangan orang lain.

    3. Praktikaliti Harus diingat yang cincin yang diberi perlu dipakai pada kebanyakan masa dan setiap hari oleh

    pemakai. Jadi, memilih cincin yang selesa, mudah dipakai dan tidak mengganggu tugas-tugas seharian perlu diberi keutamaan. Cincin yang terlalu besar mungkin tidak sesuai jika kerja-kerja seharian banyak menggunakan jari-jemari anda.

    4. Batu permata Batu permata memainkan peranan yang penting dalam menaikkan seri cincin. Pilihan yang mewahsudah semestinya dari jenis berlian. Namun, dengan harganya yang mahal, mungkin akan

    menyebabkan bajet persiapan majlis perkahwinan anda terganggu. Lagipun, cincin bertakhtakan berlian atau sebarang jenis batu permata kebiasaannya mempunyai harga jualan semula yang rendah.Bukan semua orang sukakan cincin bertakhtakan batu permata, oleh itu tanyalah pasangan andaterlebih dahulu sebelum memilih cincin untuk si dia.

    5. Alergi Sesetengah orang mungkin alergi atau alahan kepada emas kuning yang merupakan emas tulen.Alternatif yang ada adalah emas putih yang sebenarnya dalah campuran emas dengan nikel atau

    palladium. Cincin perak juga boleh menjadi pilihan yang sesuai. Periksa dulu samaada pasangan andamempunyai alahan pada emas ataupun tidak. Bimbang nanti cincin yang diberi akan menyebabkankemerahan dan kegatalan kepada jari pasangan anda.

    6. Bajet Walauapapun pilihan cincin anda, pastikan yang harganya masih mampu ditampung dan tidak lari dari

    bajet yang anda tetapkan.

    Idea Menarik Untuk Wang Hantaran Perkahwinan

    http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    16/29

    Perkahwinan masa kini sememangnya memerlukan belanja yang banyak, terutamanya untuk bakal

    pasangan lelaki. Perbelanjaan paling besar semestinya untuk menampung wang hantaran kahwin .Maklumlah, sudah menjadi budaya masa sekarang yang mana majlis perkahwinan menjadi seolah-olah

    pertandingan untuk membanding-bandingkan nilai si pengantin perempuan. "Berapa bayar hantarankahwin ni?" Pasti ada yang akan bertanya tentang soalan sebegini.

    Kadang-kadang, bukan ibubapa pengantin perempuan hendak menindas atau menzalimi pengantinlelaki dengan meletakkan wang hantaran yang tinggi, tetapi untuk mengelakkan kata-kata caciandaripada yang lain, bayaran yang setimpal perlu juga diminta. Maka, terpaksalah pengantin lelakimenyediakan sekurang-kurangnya RM 20,000; 10,000 untuk persiapan majlis perkahwinan dan 10,000untuk wang hantaran kahwin.

    Tetapi, tahukah anda ada cara yang lebih baik untuk memberikan wang hantaran kahwin tanpamemerlukan jumlah yang besar? Selain daripada memberikan wang tunai, ada cara lain yang bolehdijadikan ganti, dan semestinya cara-cara ini tampak mewah walau hanya melibatkan kos yang sedikit.

    1. Wang pendahuluan rumah Daripada meletakkan wang hantaran semata-mata, lebih baik wang tersebut dijadikan bayaran

    pendahuluan rumah baru. Jika anda pandai berkompromi dengan pemaju, biasanya bayaran pendahuluan untuk sebuah rumah adalah sekitar 5% dari harga rumah, malah boleh lebih rendah lagi.Sebagai permulaan, tidak perlulah membeli rumah yang terlalu mahal dan besar, anda hanya tinggal

    berdua dengan isteri sahaja, bukan? Carilah rumah di bawah harga RM 200,000, supaya wang pendahuluan kurang daripada RM 10,000. Selebihnya, buatlah pembiayaan bank. Untuk hantaran,letakkan sebuah replika rumah dan paparkan harga sebenar rumah. Bukankah satu kebanggaan jika

    dapat menyediakan sebuah rumah untuk bakal isteri (walaupun hanya bayar wang pendahuluan)?

    2. Wang pendahuluan kereta Cara ini hanya berkesan jika bakal pasangan atau anda sendiri masih belum mempunyai kereta.Sediakan wang pendahuluan dan dapatkan sebuah kereta yang anda mampu. Sama juga seperti cara diatas, buat satu replika kunci kereta dan paparkan harga kereta sebagai hantaran kahwin untuk pasangan.

    Namun, harus diingat, usahlah terlalu tamak mendapatkan sebuah kereta yang mahal, kerana nanti banyak belanja yang perlu anda dan pasangan keluarkan. Rancanglah sebaik-baiknya sebelum membelisebuah kereta.

    3. Polisi takaful Pernah dulu disiarkan satu iklan yang menunjukkan seorang pengantin lelaki menjadikan polisi takafulsebagai hantaran kahwin untuk pasangannya. Semua tetamu yang hadir kagum dengan jumlah

    perlindungan dan pulangan yang ditawarkan oleh polisi tersebut. Memang satu idea yang menarik.Tahukah anda bahawa dengan hanya bayaran serendah RM 200 sebulan, anda boleh mendapatkan

    http://3.bp.blogspot.com/-_xGVsz8uGw8/UiAOcn-cv9I/AAAAAAAAARo/XSXC7ltxBsU/s1600/idea_wang_hantaran_kahwin.JPG
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    17/29

    jumlah perlindungan sehingga Rm 50,000? Ya, dan ini boleh anda letak sebagai hantaran kahwin.Tidak rugi untuk mendapatkan polisi takaful, selain memberi perlindungan pada waktu-waktu tertentu,takaful juga bertindak sebagai tabung simpanan dan pelaburan (walaupn hasinya tidak seberapa).Pilihlah pelan takaful yang sesuai dengan anda.

    4. Emas

    Emas memang sesuatu yang mewah, bukan? Jadi, bolehlah anda pertimbangkan untuk dijadikanhantaran kahwin anda. Anda boleh gunakan jongkong emas ataupun kepingan dinar emas. Walau

    berapa pun nilai yang anda bagi, tiada siapa yang akan memperlekehkannya. Itulah kuasa emas; mewahadalah sifat semulajadinya. Tidak rugi anda laburkan wang untuk emas, pasti memberikan pulanganyang baik jika disimpan untuk tempoh yang lama.

    Panduan Mendapatkan Gambar Perkahwinan Yang Baik

    Mengambil seorang jurugambar untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan adalah antara perkara wajib yang perlu dilakukan oleh bakal pasangan pengantin. Amatlah rugi sekiranya tiadasekeping pun gambar diambil pada hari bahagia anda. Jadi, dalam persiapan majlis perkahwinan,

    janganlah lupa untuk mencari seorang jurugambar. Namun, kadang-kadang kos mengupah seorang jurugambar boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Adakah sepadan dengan hasil yang anda akandapat? Untuk memastikan anda mendapat gambar perkahwinan yang setimpal dan menarik, beberapatips yang berikut boleh dijadikan panduan:

    1. Memilih jurugambar yang profesional

    Lihat hasil kerja yang dilakukan oleh jurugambar yang akan anda bayar. Dapatkan seberapa banyakmaklumat yang mungkin berkenaan pakej yang ditawarkan. Berbincanglah dengan jurugambar berkenaan kehendak anda. Seorang jurugambar yang profesional sudah semestinya akan memberikanidea-idea yang menarik untuk anda. Dia juga mesti pandai merancang dan tahu tugas-tugas yang perludilakukan. Semasa sesi perjumpaan dengan jurugambar, perkara-perkara inilah yang perlu anda ambiltahu untuk menentukan seorang jurugambar itu profesional ataupun tidak.

    2. Rancang aturcara majlis perkahwinan Dalam merancang aturcara majlis perkahwinan, pastikan setiap acara diberi waktu yang secukupnyasupaya tidak berterabur dan tergesa-gesa. Dapatkan bantuan dan tenaga kerja yang mencukupi.Maklumkan kepada jurugambar tentang aturcara yang dirancang. Sebaik-baiknya, berikan satu salinanaturcara majlis. Tugaskan seseorang untuk membantu jurugambar dan memperincikan lokasi setiapacara. Dengan ini, jurugambar dapat merancang posisi-posisi dan sudut-sudut yang menarik untuk

    mengambil gambar perkahwinan anda.

    http://2.bp.blogspot.com/-XFdMMqnsV2A/UiAVNCoRbQI/AAAAAAAAASI/gWV-SqOkMYo/s1600/gambar_kahwin.jpg
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    18/29

    3. Rehat yang cukup Menjelang hari majlis perkahwinan, pastikan yang bakal pengantin mendapat rehat yang secukupnya.Agihkan kerja-kerja kepada yang lain. Ini untuk memastikan bakal pengantin kelihatan segar dan

    berseri. Gambar yang diambil sudah semestinya kelihatan cantik.

    4. Ambil gambar dahulu

    Selesai sahaja disolek, sebaik-baiknya ambil dulu beberapa keping gambar portrait. Waktu selepasdisolek adalah waktu terbaik untuk mengambil gambar. Luangkan sedikit masa untuk jurugambar andamengambil gambar. Jika diambil lewat, dibimbangi pengantin akan keletihan dan solekan telah cairatau kusam. Hasilnya, gambar sudah semestinya nampak tidak menarik.

    5. Berlatih untuk senyum dan bergaya Sebelum majlis perkahwinan, berlatihlah di depan cermin untuk senyum dan bergaya (posing). Jangannanti pada hari majlis perkahwinan, anda kelihatan masam dan kaku. Ini akan mencacatkan gambar

    perkahwinan anda.

    6. Bersabar menanti gambar disiapkan Selepas habis majlis perkahwinan, biasanya jurugambar memerlukan masa satu ke dua minggu untukmenyiapkan gambar anda. Bersabarlah dan beri peluang jurugambar anda menyiapkan semuanya. Usah

    didesak dan ditekan untuk menyiapkan semuanya dengan cepat. Dibimbangi nanti jurugambar andatergesa-gesa dan hasilnya gambar perkahwinan yang kabur, gelap dan tidak menarik.

    Anggaran kos perbelanjaan kahwin! Jeng Jeng Jeng

    Lately, ramai yang dah mula merancang hari perkahwinan terutama kawan-kawan terdekatLyn. Yela umur pasangan masing-masing semakin meningkat, perkenalan semakin lama,syarat-syarat kahwin semakin rumit, perbelanjaan kahwin semakin mahal, segala-galapersiapan memakan masa yang lama . So, selagi boleh menyegerakan hal serius macam ni,sape takmau ya . Lyn pon mauuuuuu ! >,< HAHAHAHAA

    Ermm baru-baru nih, Lyn dah ditegur oleh mak Si Dia , ecehh . Maknya bertanya, "abg,adeknya dah hampir selesai, Lyn dgn dia bila lagi?" Abahnya pulak menyampuk, "yelaaabah dah tua, rasanya kalau lama lagi abah takot tak sempat," Fening Fening ! HAHAHA Apa-apa pon simpanan tu sudah ada sikit demi sedikit.. Tunang, kahwin haihh bukan perkara yang mudah walaupun pada pandangan kasar ianya seperti "SEMUA ORANG MAMPU" Ermm Siapa tanak kawin kan kan kan ? Kalau tanya budak yang baru nak meningkat remaja,diorang semua kasi angguk diorang punya kapla ! HAHAHAHAA Ya Ya tunang, kahwin ituINDAH, tetapi di sebalik keindahan tersirat seribu keperitan :) Ermmm saja blog walkingsambil sambil baca tentang kaitan Tunang & Kahwin . Sekali Lyn macam betul betul tertarikdengan entry ini

    Blogging 1 :

    Kos # 1 - Maskahwin

    Ini kena rujuk negeri sebelah perempuan. Walaupun nilainya (dari sudut kos) rendah,

    tapi kalau anda terlupa sediakan susah juga tu. klo bleh xmo la bhutang..malu

    beb!heee..

    Kos # 2 - Duit Hantaran.

  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    19/29

    Standard zaman sekarang rm10000(gulpp!) Duit hantaran ini ada keluarga jadikan ia

    duit belanja hangus. Ia digunakan untuk kos kenduri.

    Ada juga keluarga yang berikan semua kepada pengantin perempuan.

    Kos # 3 - Barang kemas seperti cincin perkahwinan dan lain-lain.

    Kosnya berubah-ubah mengikut harga pasaran emas. Siapa yang melangsungkan

    perkahwinan waktu harga emas tengah tinggi nasib lah.

    Sediakan lah sekitar RM 3,000 - RM 5,000.

    Kos # 4 - Barang hantaran lain

    Kasut. Baju. Kek. Buah. Telekung. al-Quran. Sirih. Coklat. Standard lah tuh.

    Yang tak ikut standard adalah seperti handphone, PS3, laptop. Sediakan lah sekitar RM 1,000 untuk barang hantaran standard.

    Itu belum campur kos buat perhiasan barang hantaran.

    Kos # 5 - Baju nikah

    Selalunya baju ini ditempah. Boleh pakai masa hari raya yang pertama sebagai suami

    isteri.

    Baju lelaki selalunya lebih murah dari baju perempuan.

    RM 200 - RM 600.

    Kos # 6 - Baju Bersanding / Baju Pengantin

    Baju ini selalunya disewa. Cukup-cukuplah tu jadi raja. Kita layak jadi raja sehari je.

    Baju tu tak pakai dah di waktu lain melainkan anda mengidam nak bernikah lagi.

    RM 1,000 - RM 2,500.

    Kos # 7 - Mekap

    Selalunya dipakejkan dengan set baju pengantin. Tetapi masih boleh dapatkan secara

    berasingan.

    RM 200 - RM 500.

    Kos # 8 - Set Pelamin

    Selalunya dipakejkan bersama set baju pengantin dan mekap. Tetapi masih boleh

    dapatkan secara berasingan.

  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    20/29

    RM 500 - RM 1000.

    Kos # 9 - Jurugambar

    Takkan lah nak suruh jurugambar biasa-biasa ambil kan gambar untuk anda. Ini hari

    istimewa anda bukan ?

    RM 1000 - RM 3000

    Kos # 10 - Duit untuk jurunikah dan saksi

    Perkahwinan di Selangor ada duit yang perlu anda bayar kepada jurunikah dan para

    saksi. Sila rujuk ke pejabat agama negeri masing-masing.

    Kos sekitar RM 150.

    Kos # 11 Kad Jemputan

    Ada yang murah dan ada yang mahal. Paling murah photostat sendiri. Ada orang

    kisah kita jemput guna sms, email dan website. Ada orang yang tidak. Mahu kad juga.

    Kalau satu kad RM 0.50 / kad dan kalau jemputannya dah 1000 orang ?

    Style sekarang selalunya dibuat sekali untuk kedua-dua pihak.

    RM 500 - RM 3,000

    Ini adalah kos yang selalunya ditanggung oleh pengantin sahaja dan tidak

    membabitkan keluarga. Jumlahnya (mengikut anggaran kos terendah) adalah

    RM 17,550

    Dan berikut adalah kos yang selalunya ditanggung bersama oleh keluarga (tidak

    semestinya). Jadi kalau ibu bapa minta anda bayar kan juga, kena lah bayar juga. Kan

    ini kenduri untuk anda.

    Kos # 12 Duit khemah / Sewa dewan

    Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung

    sebahagian oleh duit hantaran.

    Sewa khemah adalah lebih murah dari menyewa dewan. Tapi tak semua orang ada

    halaman rumah yang sesuai untuk kenduri.

    RM 2,500 - RM 10,000

    Kos # 13 Duit makan kenduri

  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    21/29

    Untuk pihak perempuan yang gunakan konsep belanja hangus, ia akan ditanggung

    sebahagian oleh duit hantaran.

    Masak sendiri adalah lebih murah dari catering. Tetapi lebih banyak guna tenaga

    kerja.

    Kalau di kawasan lembah Klang dapat catering menawarkan RM 10 / kepala dah

    cukup rendah dah tu.

    RM 10,000 - RM 20,000

    Kos # 14 Bilik pengantin

    Katil. Cadar. Tilam. Almari. Langsir.

    Ada keluarga yang dah ada bilik pengantin khas. Jadi, selagi mana tiada pasangan

    adik- beradik lain yang akan berkahwin, maka pengantin baru akan menghuni di situ.

    Yang kena beli semua, ingat murah ka? RM 1,500 - RM 5,000.

    Kos # 15 Doorgift

    Gula-gula. Telur. Sapu tangan. Apa - apa lah.

    Walaupun kosnya barangkali cuma RM 1 / item tapi kalau dah tetamunya mencecah

    1000 orang ? Untuk sedara lagi. Untuk keluarga sebelah sana lagi.

    RM 1000 - RM 3000.

    Kos # 16 Untuk bertandang ke rumah pihak satu lagi

    Kalau dekat, satu kampung ok lah. Kalau perlu merentas beberapa negeri ?

    Duit minyak. Duit Tol. Duit hotel / homestay. Duit makan.

    Anda minta saudara anda meriahkan majlis anda, tapi bukan semua mereka ada

    kereta sendiri dan cukup wang untuk menemani anda kalau tidak disediakan duitnya.

    Itu yang kadang- kadang mereka menolak pelawaan anda.

    Ia berbeza mengikut lokasi.

    Sediakan lah RM 500 sebagai jumlah minima.

    Kos # 17 Contigency

    Adakalanya duit yang digunakan terlebih dari belanjawan asal.

    Sediakan lah sekitar 5 - 10% dari jumlah belanjawan yang asal.

    Dalam pengiraan kita ini, RM 3000.

    Jadi, kos yang pada kebiasaannya ditanggung oleh pengantin

    RM 17,550 (jangan lupa tolak nilai duit hantaran bagi pengantin perempuan)

    Dan, kos yang boleh bincang dengan keluarga

  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    22/29

    RM 15,500

    Dan, kos untuk kecemasan

    RM 3,000

    Maka anda perlu sediakan anggaran belanjawan perkahwinan sekitar

    RM 36,050

    Haaa!!

    amacam?? ade duit da ke lom?

    xde wet jgn duk brngn k..haha.

    tp klu korg jnis xkisah nie sume xpe..wat pe yg wajib jekk..huhu

    Walaupun boleh kongsi dengan pasangan, paling kurang pun kena ada duit untuk

    tanggung separuh kos dan dalam pengiraan ini adalah sebanyak

    RM 18,000

    Ini belum campur kos-kos renovation rumah yang dibuat bagi sesetengah keluarga.

    Juga belum campur kos memanjakan diri ke spa-spa dan juga berbulan madu.

    Kalau nak berhutang kahwin sampai anak sulung berumur 7 tahun baru selesai bayar

    dekat bank, terus-teruskan lah dengan gaya hidup anda yang tidak mahu menyimpan

    dan suka menambah liabiliti tu.

    Blogging 2 :

    Dalam proses merancang perkahwinan, perbelanjaan atau bajet menjadi perkara utama yang perludipikirkan. Kalau takde duit, camne nak buat majlis kawin, betul tak? Biasanya, pengantin lelaki la yangagak pening kepale bila pikir pasal bab2 kawin nie. Y elah, main angka berpuluh2 ribu mana nak cariduit, beb So , bagi mengelakkan sebarang krisis kewangan menjelang hari bersejarah tue, si lelaki nie hendaklahmenabung awal2. Supaya nanti you all tak ler duk berhutang keliling pinggang: -) Selain tue, semuabakal2 pengantin pun hendaklah membuat anggaran perbelanjaan mereka sendiri supaya senangmereka nak bajet banyak mana duit nak pakai nanti.. Ok, di bawah nie ada beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membuat anggaran bajet untuk

    majlis perkahwinan: 1. Kursus kahwin

  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    23/29

    Kursus nie penting kerana jika takde sijil kursus kahwin, maka tak kawinlah anda! Rase2nya, skrang niekos untuk kursus kawin RM80 (kalu tak silap la).

    2. Mas kahwin Mas kawin nie adalah perkara wajib di dalam setiap majlis perkahwinan. Jumlahnya pun berbeza-beza

    ikut negeri masing2. 3. Wang hantaran Biasanya ia menjadi punca bebanan kaum lelaki terutamanya jika pihak perempuan meminta wanghantaran yang agak tinggi. Sebenarnya, kedua- dua belah pihak haruslah bertolak-ansur danhendaklah mengikut kemampuan pengantin lelaki itu. bak kata pepatah, ukurla baju dibadan sendiri 4. Upah juru nikah atau tok kadi Korang jangan lupa lak untuk sediakan upah tok kadi yang mengahwinkan anda! Upahnya tak ler mahalsangat.. biasa nya dalam RM80++ depends kepada negeri masing2 la. 5. Barang hantaran

    Barang hantaran nie kadang2 akan memakan belanja yang agak besar. Mana tak nya jika masing2

    berkenan barang2 yang mahal seperti ipod, digital camera, netbook dll. Barang2 hantaran nie biarlahberpada2 kerana ingat, banyak perkara lain lagi yang perlu dibereskan! 6. Gubahan hantaran Setiap majlis pertunangan dan perkahwinan akan tampak lebih meriah dan berseri jika dihiasi denganbarang2 hantaran yang digubah indah! Untuk menjimatkan bajet, cuba gubah sendiri barang2 hantarantue. Ataupun mintak tolong sedara mara ker. Sebaliknya, kalau ada bajet lebih, korang boleh mengupahorang luar untuk menghias barang2 hantaran tue. 7. Cincin atau barang kemas yang lain Pilihlah cincin atau barang kemas yang sesuai dan di dalam range bajet anda. Jangan sebab nakmenunjuk-nunjuk, wang pun tergadai sama! Ingatlah bahawa terdapat banyak lagi bende lain yangperlu dibuat sebelum anda bergelar suami isteri!

    8. Pelamin Terdapat bermacam2 harga untuk pelamin nie, ada yang murah dan ada yang mahal. It all dependskepada style dan hiasannya. Untuk pelamin yang in trend , mahal la sikit harganya. Kalau yangdah outdated sikit tue, murahlah skit. Ikut bajet masing2 layang confirm nya, korang hanya akanguna kan pelamin nie sekejap jer masa posing amik gambar so , pikir2 la yer

    9. Baju pengantin Biasanya, baju pengantin yang paling basic ialah baju untuk nikah dan sanding. Masa bersanding tue,tak yah la bersalin banyak2 baju. Dua persalinan baju lace dan songket tu pun kira dah cukup!Boleh cut cost sikit. Maklumlah, sewa baju pengantin nie bukannya murah beb! Biasanya bajupengantin nie dimasukkan sekali dalam suatu pakej perkahwinan..

    10. Kad kahwin Kad kawin nie pun ada yang macam2 jenis. Ada yang khas untuk VIP, ada yang bentuknya seakan-akan notebook, ada yang berbau wangi, dan bermacam2 lagi la Tepuk dada, tanya selera masing2: -) Gerenti anda akan rambang mata masa nak pilih kad jemputan nanti:-) Kosnya pulak, bergantungkepada spesifikasi dan design sesuatu kad tue. Sebelum pilih kad kawin, elok la jikakorang survey2 dulu sebab kengkadang tu, kita boleh dapat kad kawin yang cantik sgt2 dengan kosyang lebih murah!

    11. Kenduri / jamuan Untuk kenduri nie, better korang lantik sorang tukang masak yang berwibawa. Si dia nie akan arahkansegala barang2 dapur yang perlu dan berapa banyak yang nak dibeli seperti daging lembu, ayam,

    beras, dsb. lagi. Memang confirm korang tak yah pikir2 lagi bab niehanya keluar duitnya sajer: -)Kalau buat majlis jamuan kat kampung, biasanya orang kampung akan bergotong royong, so bleh

  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    24/29

    jimatla sikit Cuma jangan lupa untuk bagi sikit saguhati pada mereka yang telah menyumbangkanbakti nie! Sebaliknya, jika ada bajet lebih, better korang gunakan khidmat katering jer. Semernya fullycomplete dan anda tak payah dah nak pikir bab2 nak mengemas ke, membasuh ke selepas majlisselesai kan senang tu? 12. Khemah dan kelengkapan lain

    Harga sesebuah khemah atau canopy nie bergantung kepada design nya.. ada canopy yangberbentuk gazebo , pyramid , arabian dsb. Dan ada jugak yang simple jer Harga canopy nie yangpaling murah adalah dalam beratus-ratus ringgit dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Biasanyakalu ambik pakej canopy , ia termasuk sekali dengan accessory lain seperti kipas, scallop , meja, kerusi,lampu dll. Again, its all depends on the budget at hand. 13. Juru gambar Tak salah jika korang berhabis sikit untuk dapatkan khidmat juru gambar yang professional ,berpengalaman dan pandai berinteraksi di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Sekarang nie, kos untukkhidmat juru gambar paling minimum pun lebih kurang dalam RM450++. 14. Hiburan

    Biasanya hiburan nie termasuklah persembahan silat, tarian, kompang, karaoke dsb. Yang nie hanya

    untuk hiburan semata2 kalu takder pun orang tak marahikut suka ati korang la nak buat ke takYang pastinya, kalau buat, korang kena berbelanja lebih sikit la 15. Honeymoon Haanie pun termasuk dalam bajet kawin: -) Biasanya lepas kawin, its time for honeymoon la plak: -)Namun, ada sesetengah couple decide to postpone their honeymoon first. Mungkin sbbdiorang busy atau kekurangan modal . Actually korang bleh jer pilih mana2 tarikh yang sesuai untukberbulan madu. Kalu tak cukup bajet, pegi la kat tempat2 low-budget skit tapi gerenti romantic sepertiCameron Highlands ker, Bukit Merah ker, Pulau Perhentian ker.. Nie tidak, sebut honeymoon jer, mestinak pi Paris la, Switzerland la, Canada la : -) Okla, artikel nie bukan untuk mengejutkan atau membebankan bakal pengantin semer Cuma sekadarnak bagi gambaran tentang apa yang perlu dibuat dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk

    sesebuah majlis perkahwinan. Actually , bukan semer perkara di atas yang kena dibuat. Yangpentingnya, rancanglah dengan baik dan jangan membazir, ok Good luck!

    Tips Hubungan Jarak Jauh

  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    25/29

    Kebelakangan ini, perkahwinan atau percintaan jarak jauh (PJJ) semakin kerap kitadengar. Kisah kawan-kawan, saudara-mara dan mungkin pengalaman kita sendiri. Ramaiyang sering give up bila tiba-tiba terpaksa berjauhan atau erti kata lainnya terpaksamengamlkan "PJJ".. hakikatnya, memang susah nak communicate dan tanam perasaanpercaya pada pasangan. Tapi itu bukan alasan untuk kita memutuskan hubungan tersebut.Bagi saya, selagi masih ada perasaan sayang, percaya dan tanggungjawab, masa dan jarakbukanlah halangan untuk meneruskan sesuatu hubungan. Saya nak share tips bagaimana nakwujudkan kemesraan dan mengekalkan hubungan jarak jauh di antara pasangan. Iniberdasarkan pengalaman sendiri, pembacaan dan kisah kawan-kawan. Amalkan yer..

    Sebelum nak share tentang tips, jum baca apa kelebihan dan kelemahan PJJ :Kelebihan:

    1) Jimat kos Lebih kerap kita berdating, lebih banyak wang yang keluar. Itu

    adalah fakta. Kalau dapat kawal perbelanjaan, alhamdulillah.

    2) Elak bosan Kalau hari-hari menatap wajah yang sama dan lakukan aktiviti yang

    sama, tak mustahil kita akan rasa bosan. bahaya perasaan macam ni...

    3) Beri ruang untuk teman

    Kalau PJJ, biasanya kita tak akan menghadapi dilema antara temanatau kekasih. Kita dapat bahagikan masa seadil-adilnya.

    4) "dating" akan menjadi lebih bermakna Bila jarang berjumpa, kita akan lebih mengharga detik bersama

    pasangan. Setiap masa begitu berharga. Mesti nak habiskan dengan carayang paling romantik dan bermakna. Kan sweet mcam tu.

    Keburukan: 1) Cenderung untuk curang

    Ada potensi untuk curang sebab kita tak bersama dengan si dia 24jam. Segala aktiviti si dia hanya dapat dipantau jika dia memberitahukepada kita. Tapi, kalausi sia pasang scandal, mustahil dia berterus-

    terangkan?

    2) Rasa insecure

    http://3.bp.blogspot.com/-glS1I4gL61o/T5SqLzZhUbI/AAAAAAAABHM/aZbHFkI2fmE/s1600/Copy+of+holding+hands.jpg
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    26/29

    Kita akan sentiasa diselubungi dengan 1001 persolan dan syakwasangka. "Dia tengah buat apa?" "Kenapa tak return call?" "Dia adaorang lain ke?" "Dia dah tak sayang aku? Ingat aku?" Huhuhu...takut

    nak bayangkan situasi ini.

    3) Terasa hati a.k.a kecik hati

    Sebab dah berjauhan, bersyak wasangka, mula la kita akan berjauhkati. Lebih teruk lagi jika pasangan tidak pandai memujuk atau takfaham hint kita berikan. Memang selalulah kita akan makan hati

    berulam jantung.

    4) Selalu berharap Bila kita berjauhan, keadaan sekeliling akan banyak memberi kesan

    kepada emosi kita. Apabila kita lihat pasangan lain "dating, atauteman sepejabat dapat jambangan bunga, kita mesti teringin nak rasa

    macam tu kan? Mula lah kita berharap pasangan kita akan lakukanperkara yang sama. Kadang-kadang, kita request untuk dia buat

    sedemikian. Kalau pasangan tak layan, apa lagi, merajuklah hati.

    5) Sukar terima perubahan Tidak bertemu untuk tempoh yang lama pasti akan mengundangperubahan. Ada sesetengah individu yang tidak boleh terima perubahan

    walaupun sekecil zarah. Dalam hidup, pasti akan ada yang berubah.Mesti belajar menerimanya. Jangan berubah hati, itulah yang paling

    ditakuti.

    ~~TIPS PJJ~~

    1) Pastikan berhubung setiap hari

    Walaupun tidak bertemu, tapi kita masih boleh berkongsi cerita, meluah perasaan melalui medium lain seperti sms, call,skype dan chatting. Zaman dah moden. Kita ada facebook untuk share gambar, ada skype untukwebcam, YM kalau nak chatting dan semestinya handphone untuk calling2..ehehe jangan berat hatiuntuk menghubungi pasangan. Tidak kisah lah siapa mulakan dulu, yang penting..jangan lost contact!

    2) Simpan gambar buah hati Nampak macam kolot, tapi sebenarnya inilah yang memekarkan perasaan buat si dia. Kalau simpan

    gambar dalam handphone, purse, diary..ke mana kita pergi pun kita akan bawa si dia bersama.

    http://2.bp.blogspot.com/-BL-3wYMMl8Y/T5S2r5PQpvI/AAAAAAAABHU/t0BS1968gAI/s1600/1.bmp
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    27/29

    Memanglah si dia dah melekat dalam hati, tapi kalau kita bawa "hardcopy"nya bersama, makin kerap perasaan rindu tu datang. Tak percaya? Cuba la..kita akan makin ingat pada si dia. Susah lah nakcurang.

    3) Jangan lupa tarikh penting

    Kalau dah berpacaran, mestilah kena ingat tarikh-tarikh penting. Contohnya hari lahir, anniversary,tarikh first time berjumpa etc. Kan sweet kalau kita ingat perkara-perkara yang pernah buat kita happydengan si dia. Selain tu, kita dapat flash back detik-detik romantis. Makin mekarlah sayang.. Si dia pun

    berbunga-bunga kalau kita sentiasa ingat pada dia.

    4) Buat kejutan

    Kejutan yang dimaksud mesti dibuat sekali sekala. Kalau hari-hari buat, mungkin boleh buat pasangan rasa kurang selesa. Sebulan sekali ok la. Contoh? Hmm..tiba-tiba kita pergi melawat si diakat sana. Tak pun, hantar kad yang cute atau romantik, bunga atau cupcakes yang tulis nama dia..

    jangan lupa pesanan romantis. Sekali sekala, apa salahnya. Nama pun bercinta kan..

    5) Mesti ada panggilan manja Yang ini terpulang pada individu. Ada yang panggil sayang, ada yang panggil bushuk, ada yang

    panggil anje, ada yang panggil honey, ada yang panggil hero..terpulang! Jangan berat mulut dan jarinak panggil atau taip panggilan manja macam ni. Inilah yang mengeratkan hubungan pasangan.InsyaAllah. Panggilan manja hanya untuk yang teristimewa tau.

    6) Dekatkan diri dengan keluarga atau rakan baik si dia

    http://1.bp.blogspot.com/-qdYYrksnuME/T5S3Umo7D2I/AAAAAAAABHc/R0_ft6tt3OQ/s1600/Top-10-Gifts-Women.jpg
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    28/29

    Why? Kenapa kita mesti dekatkan diri dengan keluarga si dia? Ha..inilah strategy. Kalau kita dahterikat dengan keluarga dan rakan-rakan si dia, tak boleh lah dia nak "macam-macam" dengan kita.

    Selain itu, apa-apa perkembangan terkini tentang si dia pun kita boleh update tanpa perlu bertanya padasi dia. Extra point! Tak salah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan. Keluarga dia, keluargakita. Kawan-kawan dia, kawan-kawan kita jugak.

    7) Selalu amalkan baca artikel tentang hubungan percintaan atau perkahwinan Untuk mengekalkan perasaan percaya dan sifat-sifat positif dalam hubungan, kenalah rajin baca

    artikel atau buku motivasi dan tips2 percintaan dan hubungan. Dari situ, kita dapat tahu kekurangan,kelemahan dan kelebihan diri masing-masing. Penting! Jangan ambil enteng point ke 7 ini. Kalau bacaentry saya ni, boleh dikira sebagai tips jugak..hehe

    8) Doa pada Yang Esa Ini adalah ibu untuk segala kebahagian di dunia. Sebelum mencintai pasangan, mesti mencintai

    Allah. Jika ingin kebahagiaan hakiki, pohonlah pada Allah. Minta keberkatan dalam hubungan,dikekalkan rasa percaya, kasih dan setia dalam diri kita dan pasangan. Jangan tinggal solat. Amalkanamalan dan ibadah sunat yang lain. InsyaAllah..bahagia di dunia, bahagia di akhirat kelak.

    9) Penuhi masa dengan aktiviti baru

    http://3.bp.blogspot.com/-Rq9QTiUIDyw/T5S39NZObLI/AAAAAAAABHk/u5f8mkYMov8/s1600/namebaby.gif
  • 8/13/2019 Tips Kahwin

    29/29

    Bunyi macam pelik kan? Sebenarnya, perasaan bosan mesti akan hadir dalam sesebuah hubungan.

    Jika kita asyik mendekati pasangan dengan cara yang sama, kisah yang sama, aktiviti yang sama,kadang-kadanga perasaan bosan ini boleh hadir. Jadi, cubalah aktiviti baru seperti kelas memasak,aktiviti lasak, menjahit, bersukan dan sebagainya. Nanti, bolehlah kongsi kisah dan pengalaman barudengan pasangan. Dia pun mesti teruja nak dengar.

    10) Jaga kecantikan diri Ini pun penting. Mesti sentiasa menjaga kebersihan dan kecantikan diri, tak kira lelaki mahu pun

    wanita. Yang lelaki mesti kacak 24 jam, yang wanita perlu cantik 24 jam jugak. Amalkan petua-petuakecantikan, awet muda dan penggunaan produk kecantikan seta kebersihan secara berterusan. Siapa taksayang kalau pasangan sentiasa nampak cantik dan handsome?? Cantik itu subjektif. Kalau hati dahsayang, dia akan terima kelemahan dan kekurangan kita seadanya. That was so true! Tapi, jangan ambilkesempatan. Mesti berusaha jugak untuk improve kelemahan diri. Untuk para wanita, rajin-rajinlah

    pergi spa, pakai masker, beli pakaian dan aksesori, wangi selalu.. Si dia mesti suka. Lelaki suka perempuan cantik. kan?

    http://1.bp.blogspot.com/-gjFMqMJ2x0s/T5S5KhtiQ2I/AAAAAAAABHs/PFMuoLszayo/s1600/HobbyBlueImage.gif