Post on 20-Oct-2021
SENI KHAT: SATU KAJIAN ESTETIKA SENI
Siti Hawa Binti Ahmad
Sarjana Muda Beni Gunaan dengan Kepujian II{ (Beni Halus)J633 2007A2 S623 2007
I r
P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK t'usat Knid mat MaKJUmal Akaaem UNIVERSITL MALAYSIA SARAWAl
Q4300 KOla SamarahaD11111 IIl11ililillllll II
1000191121
SENI KHAT: SATU KAJIAN ESTETIKA SENI
SITI HAWA HINTI AHMAD
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
dalam Program Seni Halus
Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif ·UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
April 2007
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : SENI KHAT: SATU KAJIAN ESTETIKA SENI SESI PENGAJIAN : 2004/2007
Saya SITI HAWA BINTI AHMAD
mengaku membenarkan tesis* ini di simpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. TesislLaporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak
dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak
dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan Tesisl Laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi P0gajian tinggi
5. * sila tandakan
o SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti tertmaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)
DTERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)
DTIDAK TERHAD
Disahkan;
Tandatarigan Penulis
Tarikh: ~ If)4/o1 Alamat Tetap : No.E-28, Kg Ayer Manis, 81020 Kulai, JOHOR.
Catatan: * Tesis laporan dimaklumkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa! organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali ebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
PENGESAHAN
Adalah dengan ini diakui tesis bertajuk "Seni Khat : Satu Kajian Estetika Seni"
disediakan dan dikemukakan oleh Siti Hawa Binti Ahmad sebagai sebahagian daripada
keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan (Kepujian) dalam Program Seni
Halus telah diterima.
Disahkan oleh :
...:::~7.~(~..:..· · ········~F-. akup bin Mohd. Rafee Tarikh
(Penyelia)
En. Zulkalnain Bin Zainal Abidin Tarikh
Ketua Program Seni Halus,
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif,
Universiti Malaysia Sarawak.
11
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah, kerana dengan izin dan lirnpah kumiaNya, rnaka dapatlah
saya rnenyiapkan penulisan dan projek tesis ini. lutaan terirna kasih dan penghargaan
buat pensyarah-pensyarah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, terutamanya En. Yakup bin
Mohd. Rafee selaku Penyelia dan En. Awangko Hamdan bin Arshad selaku pernbaca
kedua. Tidak lupa juga buat En. Zulkalnain Bin Zainal Abidin, En. Wan larnarul Irnran
dan En. Anuar Ayob kerana sudi rnernberi tunjuk ajar bukan sahaja dalarn penyediaan
tesis ini, rnalah kerana sudi bekerjasama sepanjang tiga tahun pengajian saya di sini.
Insya'allah, segala tujuk ajar dan ilrnu yang dicurahkan oleh kalian akan dirnanfaatkan
sebaik rnungkin. Begitu juga dengan sernua kakitangan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
yang telah banyak mernberi kerjasama.
Buat sernua staf dan eksekutif Galeri Shah Alarn, khususnya En. Anuar selaku
penyelia saya, terirna kasih di atas pengalaman dan kerjasarna yang diberikan sepanjang
latihan praktikal di sana. Insya'allah, pengalarnan tersebut akan digunakan sebaik
baiknya di rnasa hadapan.
Ingatan tulus ikhlas buat keluarga tercinta, terutarnanya buat Ayahanda, Ahmad
Bin Othman dan Bonda, laharah Binti Saad, doa kalian sentiasa rnengiringi kejayaan
anakanda. Kejayaan ini khas ditujukan buat kalian berdua. Terirna kasih kerana sentiasa
rnernberi sokongan dalarn pernbelajaran anakmu selama ini. Tidak lupa juga buat abang
dan adik-adikku, serta ternan-ternan seperjuangan, terima kasih di atas dorongan kalian
selama ini.
III
KANDUNGAN
Borang Pengesahan Status Tesis
Pengesahan dan Tandatangan Penyelia
Penghargaan
Kandungan
Abstrak
Abstract
Bab 1.0 : Pengenalan
1.1 Pendahuluan
1.2 Objektif
1.3 Skop Kajian
1.4 Takrifan Istilah
1.5 Hipotesis dan Permasalahan Kaj ian
1.6 Kajian Literatur
1.7 Metodologi
Bab 2.0 : Seni Khat
2.1 Seni Khat
2.2 Sejarah Dan Perkembangan Seni Khat
2.3 Gaya-gaya Seni Khat
2.4 Media dan Teknik Penghasilan Seni Khat
2.5 Kesimpulan
Bab 3.0 : Formalisma Tampak Seni Khat
t'usat Khidmal Mak,umat .o\kadenu UNIVERSITI MALAYSIA SARAWA1<
Q4'~()f) l( fl U! ~arnant it.!1
ii
iii
iv
vi
vii
2
2
3
7
7
8
11
14
17
20
23
3.1
3.2
3.3
Formalisma Tampak dalam Seni Khat dan Seni Tampak
Hubungan Seni Khat dan Seni Tampak Dalam Konteks Seni Islam
Seni Khat Dan Seni Tampak
24
25
28
IV
3.4 Kesimpulan 30
Bab 4.0 : Pendekatan Dalam Karya Seni Khat
4.1 Pendekatan Seni Khat Dalam Penghasilan Karya 31
4.2 Analisis Formal Beberapa Contoh Karya 32
4.3 Kesimpulan 35
Bab 5.0 : Perbincangan Karya Peribadi
5.1 Pengenalan 36
5.2 Tajuk 36
5.3 Bahan! Media 37
5.4 Olahan Formal 37
5.5 Kesimpulan 38
Bibliografi
Lampiran
,II
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meneliti nilai estetika karya seni khat dalam dunia seni
tampak di Malaysia. Kajian akan dijadikan rujukan dalam mendedahkan keindahan
nilai estetika serta gaya-gaya yang terkandung dalam penulisan seni khat. Hasilnya nanti
akan digunakan dalam penciptaan karya peribadi penulis. Untuk tujuan ini, kajian ini
akan menjawab beberapa permasalahan dari segi persoalan dasar dari segi takrifan,
perkembangan sejarah seni khat di Malaysia dan ciri-ciri formal yang terdapat pada seni
khat dan juga gaya-gaya yang terdapat pada seni khat. Persoalan dasar ini kemudiannya
dilanjutkan kepada pendekatan dan gaya-gaya yang digunakan oleh para khatat amnya.
Antara lain kajian ini juga secara tidak langsung mengkaji dan menilai jatidiri dan
intipati seni Islam dalam konteks perkembangan rupa dan jiwa Islam. Dapatan kajian
juga akan digunakan dalam penghasilan karya peribadi penulis yang cuba menggunakan
seni khat dalam penghasilan karya .
VI
ABSTRACT
The purpose ofthis research is to identify the aesthetic value ofIslamic calligraphy (khat
script) in Malaysian contemporary visual art scene. This research will represent the
appreciation of beauty and the style that contain in khat script. This research will be
used in creation ofpersonal artwork. To complete this study, the research will answer a
few basic questions about the meanings, the history of khat writing and formal
character in khat script also the style used by the 'khatat ' (khat writer). This basic
question will be extended to the approach and the style ofkhatat used in their artwork.
Furthermore, this research will also identify the essence and the purity in the Islamic Art
context. The finding results will be used in several pieces ofpersonal artwork which
using the khat writing in the artwork.
VB
BAB 1.0
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
'Seni Khat adalah suatu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf
tunggal, letaknya, dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang
tersusun' . I
Tulisan khat merupakan tulisan yang telah diangkat martabatnya untuk
merakam segala ayat Allah S.W.t. . Hakikatnya tulisan itu sendiri begitu mujarad
sekali, sempurna dan teras kepada segala pengucapan seni. Walaupun sekadar
huruf tunggal, huruf-huruf ini merupakan rahsia tersirat seperti mana yang
terdapat dalam AI-Quran. Seterusnya bagaimana huruf-huruf ini diletakkan dan
dirangkaikan sehingga melahirkan tulisan tersusun juga mempunyai maknanya
yang tersendiri. Bahasa visual kini adalah hasil dari tatabahasa tulisan khat yang
kemudiannya melahirkan pengertian as as seni dan prinsip seni reka.
Kajian ini merupakan lanjutan kepada menifestasi tersebut yang jelas
mempamerkan segala aspek makna yang terkandung dalam tulisan khat.
Selanjutnya kajian juga bukan sahaja memaparkan ketinggian nilai estetika seni
khat tetapi juga kefahaman serta penghayatan seseorang pelukis dalam salah satu
corak seni Islamiah ini.
I Petikan daripada 'Pameran Seni Khat Islam' di DBP, 2000.
1
1.2 Objektif
Objektif utama kajian ini boleh diungkap sebagai satu kajian untuk
menjadikan seni khat dalam penghasilan karya. Objektif dasar ini melahirkan
beberapa objektif lain iaitu:
1. Mengkaj i dan memahami apa yang dimaksudkan dengan sem khat dan
estetika seninya dalam konteks seni tampak.
2. Mengenengahkan seni khat sebagai media utama dalam penghasilan karya dan
menyampaikan idea melalui formalisma seni tampak.
3. Mendalami teknik-teknik penulisan khat yang bersesuaian dalam
menterjemahkan idea dan konsep ke dalam seni tampak.
4. Sebagai satu sumber rujukan tambahan dalam membincangkan isu seni khat
dalam dunia seni tampak di Malaysia.
5. Untuk mendokumentasikan seni kesenian Islam yang menjadi warisan dari
zaman ke zaman dengan menggunakan pendekatan kesenian.
1.3 Skop Kajian
1. Fokus kajian ini tertumpu kepada pemahaman terhadap penghasilan seni khat.
2. Mendalami gaya-gaya yang diwujudkan bagi setiap jenis khat tersebut.
3. Mengkaji nilai-nilai estetika yang tersirat di sebalik kehalusan seni ini.
4. Mengetahui teknik-teknik dalam penghasilannya sebagaimana huruf-huruf ini
diletakkan dan dirangkaikan sehingga melahirkan tulisan yang tersusun.
2
1.4 Takrifan istilab
I. Seni
Seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tip is, dan halus, enak
didengar iaitu mendengar suara, cornel, bentuk badan? Manakala seni, II:
membawa maksud; karya tennasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi
yang dicipta dengan bakat atau kecekapan, dan hasil daripada sesuatu ciptaan.
Selain daripada itu, seni juga boleh ditafsirkan sebagai membawa maksud atau
pengertian kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat, dan sebagainya yang
indah-indah bel aka.
Seni menurut Ensiklopedia Malaysiana (1996:453), satu istilah yang
digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pancaindera manusia
sarna ada melalui penglihatan atau pendengaran. Sebagai contohnya seorang
pelukis, beliau berkebolehan dalam bidang seni tari dan berbakat pula dalam
bidang puisi.
Menurut buku M.A.J. Beg, Fine Arts In Islamic Civilization (1981: 10);
menyatakan seorang pemikir Islam iaitu Imam AI-Ghazali memperkatakan
bahawa, 'seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan', ia lahir
daripada diri sendiri dan tidak untuk yang lain. Beliau m~njelaskan lagi bahawa
terdapat kecantikan dalaman yang diterangkan berdasarkan beberapa penjelasan
seperti kefahaman mendalam terhadap seni Islam. Contoh kecantikan hasil kerja
seseorang pengarang, kecantikan puisi seorang penyair, kecantikan lukisan
seorang pelukis dan kecantikan bangunan yang direka oleh seseorang jurutera.
2 Susunan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga. 1997.
3
Jelas di sini bahawa Islam amat menyanjung tinggi para seniman yang
menghasilkan karya untuk faedah manusia dan sebagainya.
Menurut buku Falsafah dan Kritikan Seni (2004),
'Seni sebagai penawar hati dan penghibur bagi seseorang yang
mengembara di dunia dan akhirat.' -AI-Ghazali
'Seni itu adalah kebenaran, keindahan dan kebaikan di mana didalamnya
terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika. ' -Ibn. Khaldun
'Art: 'The production ofsomething beautiful; skill or ability in such work.
Work such as painting or sculptures produced by skills. '
(The Oxford Paperback Dictionary, 1989: 40)
II. Khat
Khat pula dalam bahasa Arab bererti garis atau tulisan indah.3 Tetapi
dalam pengertian khusus khat difahami sebagai 'alkitabul jamilah' iaitu tulisan
yang bagus atau indah.
Seni khat merupakan satu kaedah penulisan yang cantik dan indah yang
memiliki nilai-nilai kehalusan dan kesenian bahkan tulisannya seolah-olah
mempunyai irama. Seni khat ini bukan sahaja berkembang seiring dengan
Ruhaiza Rusmin. Seni khat lambang Islam. New Straits Times (M) Berhad.
4
I
perkembangan kesenian yang lain malah ia merupakan salah satu bidang kesenian
yang paling diminati oleh hampir segenap lapisan masyarakat umat Islam.
Menurut Abel Kebir dan Mohamed Si Jelmassi dalam buku mereka yang
bertajuk 'The Splendour of Islamic Calligraphy', menakrifkan seni khat sebagai
sejenis seni yang sedar diasaskan kepada penggabungan tata hukum geometrik
dan susunan tumbuhan berhias yang seimbang.
'Sesungguhnya aku akan menjangkau penuh titik terakhir dalam dunia lukisan
dan seni namun bila mana aku menemui seni khat arab, aku merasakan rupanya
masihjauh lagi ketinggalan di belakang." -Picasso
II]. Estetika
Estetika merupakan teras kepada mana-mana falsafah seni. Estetika yang
dihasilkan bukan sahaja untuk memaparkan ketinggian nilainya, tetapi juga dapat
mempersembahkan kemah iran dan pemahaman individu dalam mengendalikan
pelbagai penggayaan tulisan khat, baik dari segi konvensional atau lebih
kontemporari.
Salah seorang ahli falsafah Jerman iaitu Alexander Baumgarten (1714
1762) dikatakan orang yang bertanggungjawab dalam mencipta istilah estetik
dengan meminjam daripada perkataan Yunani; aesthenesai yang membawa
maksud menanggapi. Ada juga pendapat mengatakan ia berasal daripada bahasa
Yunani-Latin iaitu aistheticos yang membawa maksud terlatih dalam
penanggapan. Pengertian daripada bahasa Inggeris pula ialah asthetics. Ia
5
memberi pengertian bahawa manusia yang terlatih untuk membuat tanggapan
terhadap keindahan.
Usaha yang telah dilakukan oleh Baumgarten itu adalah sebagai
mengimbangi aliran pemikiran dan falsafah rasionalism yang dipelopori oleh
Rene Descartes (1596-1650). Perkara-perkara yang dianggap benar dan penting
adalah sesuatu yang dapat difahami secara rasional dan jelas. Baumgarten
menyedari akan wujudnya sejenis pengalarnan yang tidak dapat dihuraikan secara
rasional dan telah menulis sebuah buku iaitu, 'Aesthetics '. Ia bertujuan untuk
mendefinisikan persepsi yang dikatakan dapat digunakan untuk menjelaskan
tanggapan kita terhadap menilai dan memaharni seni dan puisi. Walaupun definisi
beliau tidak benar-benar menyalahi makna perkataan asal yang dipinjarn dari
bahasa Yunani itu, narnun maksud dan sasaran yang diinginkan oleh Baumgarten
tidak begitu tepat apabila andaiannya bahawa kesemua proses kefaharnan kita
tehadap seni dikatakan dapat disalurkan melalui kaedah sains.
Estetika dikatakan sebagai satu bidang falsafah seni.4 Ia merupakan satu
penerokaan menuju ke sebuah bidang falsafah kemanusiaan. Dalarn pengertian
ini, John Dewey (1859-1952) menjelaskan estetika ialah sistem sebahagian
daripada satu ekspresi yang mencakupi semua makna, sarna ada di peringkat
pengalarnan I uaran atau dalarnan.
Croce B. (1978) menjelaskan estetika merupakan satu institusi
pemaharnan terhadap sesuatu yang nyata. Bidang estetika akan hanya dapat
ditanggapi dengan lebih nyata apabila idea pengalarnan dapat difaharni dengan
lebih luas. Ini menunjukkan estetika tidak lagi boleh dianggap sebagai satu bidang
4 Rujuk buku Falsafah dan Kritikan Seni, 2004 .Mohd lohari Ab. Hamid.
6
eksklusif seni. Ia adalah daripada pengalaman rasa yang total dan sempuma.
Dalam analisa fenomenologi, pengalaman estetika boleh membawa seseorang itu
ke dasar hakikat sesuatu melalui intuisi5•
1.5 Hipotesis dan Permasalahan Kajian
Kajian In} dijalankan berdasarkan hipotesis dan permasalahan yang
berikut:
1. Memahami sendiri nilai estetika dan keindahan dalam karya seni khat.
Sebagaimana falsafah para khatat6, kajian ini dijalankan adalah bertujuan
agar seni khat dapat dihargai semula baik golongan tua atau muda.
2. Mengenalpasti bagaimana seni khat dapat menjadi salah satu karya yang
dihormati dalam dunia seni tampak di Malaysia.
3. Menjawab beberapa permasalahan dari segi persoalan dasar; dari segi
takrifan, perkembangan sejarah seni khat di Malaysia dan ciri-ciri formal
yang terdapat pad a seni khat dan juga gayanya.
1.6 Kajian Literatur
Kajian literatur merupakan satu proses pengenalpastian secara sistematik,
mencari dan menganalisis dokumen yang mengandungi maklumat berkaitan
dengan masalah penyelidikan. Kajian ini bertujuan untuk:
i. Mengenalpasti apa yang sudahpun dilakukan(kajian yang berkaitan)
S Tin akan dan penyertaan dalam pengaiaman langsung seseorang
7
ii.Membantu merancang apa yang perlu dilakukan
ili.Memberikan rasional dan justifikasi untuk penyelidikan seterusnya
iv.Membantu penyelidik mengelakkan kesilapan dan membina pada
kekuatan penyelidikan lampau
v.Membantu mentafsir data dan hasil penyelidikan
Walaupun terdapat beberapa hasil penulisan dan penyelidikan ilmiah yang
cuba menyentuh mengenai isu seni khat di Malaysia, kebanyakan hasil penulisan
tersebut lebih tertumpu kepada penerangan mengenai isu dan perkembangan seni
tampak secara am dan tidak memberi penekanan terhadap mana-mana pendekatan
tertentu seperti seni khat. Selain itu, kebanyakan hasil tulisan ilmiah yang telah
dirujuk lebih tertumpu kepada penjelasan mengenai dunia seni tampak di
Malaysia secara keseluruhan.
1.7 Metodologi
Dalam kajian ini, beberapa kaedah atau pendekatan digunakan dalam
menganalisa dan mengenengahkan bukti untuk menyokong kajian yang telah di
buat. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu
melalui kajian terhadap bahan rujukan sedia ada seperti buku-buku rujukan yang
berkaitan dengan seni khat selain daripada pengumpulan data-data dan maklumat
daripada internet.
II Khatat: penulis khat
8
,... ,..
Pengumpulan data-data dan maklumat melalui pembacaan buku-buku,
rencana akhbar, majalah, jumal dan data-data bergambar turut membantu
pengkaji melakukan beberapa kajian terhadap pemahaman dan selok-belok dalam
seni khat.
1. Pendekatan Secara Historikal
I"
Pendekatan ini digunakan dalam membincangkan sejarah dan
perkembangan seni khat di Malaysia. Ini dapat memberi gambaran awal
terhadap pengaruhnya dalam seni tampak di Malaysia. Sumber rujukan
diperolehi melalui hasil penulisan dan artikel yang berkaitan dengan seni
khat di Malaysia, selain dari bahan bacaan akhbar dan katalog pameran.
2. Pendekatan Secara Teorikal dan Perbandingan
Pendekatan ini penting dalam menerangkan proses dan jenis-jenis
khat secara lebih lanjut. Pendekatan ini merujuk kepada persoalan
mengenai seni khat, estetika dan gayanya dalam konteks Malaysia seperti
definisi asas, ciri-ciri utama dari segi bentuk, konsep, isi dan makna serta
dari segi bentuk sejarah melalui formalisma tampak.
Ia juga membicarakan mengenai seni khat dan seni tampak Islam
dalam pembicaraan mengenai persoalan bahasa tampak. Perbandingan di
sini merujuk kepada hubungan seni khat dan seni tampak dalam konteks
seni Islam di Negara ini. Beberapa contoh hasil karya khat akan di ambil
9
L
sebagai satu sumber perbandingan dan sokongan terhadap setiap isu yang
dibincangkan mengenai seni khat.
Dalam kajian ini, Bab 2 pula akan menyentuh beberapa persoalan
dasar mengenai takrifan, sejarah lanjut dan formalisma tampak yang
terdapat dalam seni khat dan gayanya. Takrifan dan maksud sebenar seni
khat ini akan cuba dihuraikan dengan lebih lanjut dalam bab ini melalui
sumber rujukan dan hasil karya beberapa artis yang menggunakan media
seni khat dalam menghasilkan karya. Selain itu, bab ini juga akan
menghuraikan perkembangan seni khat dan hubungannya dalam dunia
seni tampak di Malaysia. Sumber rujukan dan panduan diperolehi melalui
bahan bacaan seperti katalog, esei, dan tulisan ilmiah dari beberapa artis
dan pengkritik seni tempatan.
10
BAB 2.0
SENIKHAT
2.1 Seni Khat
Seni khat Islam adalah reka bentuk tulisan cantik atau indah yang
berteraskan kepada kitab suci AI-Quran. Citra keindahan tulisan Arab yang
dipaparkan oleh seniman Islam kini adalah merupakan kesinambungan warisan
tradisi kesenian karyawan Islam. 7
Tradisi seni khat yang diwarisi dari turon temurun ini mempunyai sejarah,
tata-hukum dan disiplinnya yang tersendiri. Setiap pelukis yang berhasrat untuk
mempelajari seni khat; mereka dimestikan mempelajari seni khat melalui guru
yang diilctirafkan oleh badan yang berwajib. Ilmu yang diperturunkan kepada
pelajar-pelajamya dilakukan dengan latihan kemahiran menulis dan penghayatan
pengertian ayat-ayat suci.
Manakala pereka dan tukang khat berfungsi dalam menJana proses
pengkaryaan dan seterusnya memindahkan tulisan tersebut dalam bentuk-bentuk
seperti pahatan, ukiran, lukisan, seramik, dan lain-lain kemahiran terhadap
penggunaan bahan yang memungkinkan seni khat dapat dipelbagaikan dalam
bentuk dua dimensi atau tiga dimensi.
Tradisi ilmu seni khat yang diturunkan dari generasi ke generasi, di mana
kesenian ini dipertahankan bagi melahirkan ahli-ahli khatat masa depan sebagai
nadi penyambung usaha untuk memelihara kejituan kesenian ini.
7 Rujuk katalog Pameran Seni Khat Haji Omar Rahmat, Galeri Shah Alam, 1999. Teks oleh Rahime Harun.
11
Seni khat melambangkan kehalusan dan kehannonian dari aspek bentuk
yang diwahyukan oleh AUah s.w.t. . Seni khat adalah seni yang mengolah tulisan
dan eorak-eorak hiasan yang mementingkan unsur-unsur kesempumaan dan
keseimbangan berlandaskan konsep Tauhid8•
Mengikut esei lahani Ali yang memetik pendapat Prof. Osman Bakar
bahawa seni Islam mempunyai tiga hirarki pengkelasan dalam seni. 9 Keutamaan
di nilai dari aspek persoalan fungsi dan maknanya dalam masyarakat Melayu
Islam. Hirarki yang dimaksudkan ialah pertama, seni Mukaddas; kedua, seni
keagamaan dan ketiga, seni sekular.
Seni Mukaddas (seni kudus) merupakan seni yang bersandarkan kepada
wahyu di mana kitab suci AI-Quran menjadi intipati kepada kesenian ini.
Kesenian yang terlibat dalam pengkelasan ini ialah seni khat, pembaeaan AI
Quran, pidato dalam bentuk khutbah atau dakwah dan seruan azan. Manakala seni
keagamaan bertumpu kepada penghasilan seni bina. Rumah ibadah seperti masjid,
surau dan madrasah adalah tempat suei untuk umat Islam menjalankan amalan
amalan berjemaah yang khusus. Seni sekular pula ditakrikan sebagai karya seni
yang menuntut hak duniawi.
Dewasa ini seni khat boieh didapati pada pelbagai pennukaan produk
fungsional dan hiasan. Seni khat boleh dilihat pada pelbagai hiasan seni bina dari
bangunan istana, kerajaan dan di rumah-rumah rakyat biasa. Salah satu produk
yang paling popular masa kini ialah lukisan dinding. Karya seni khat berbentuk
dua dimensi ini mudah diperagakan dan diletakkan pada tempat yang khusus di
rumah atau temp at bekerja.
• efahaman terhadap keesaan Allah s.w.t.
12
Hirarki menempatkan hasil karya seni khat telah menjadi keutamaan yang
sentral dalam kehidupan masyarakat Melayu Islam. Memperagakan nama Tuhan
dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah menjadi kelaziman dan ayat-ayat Bismillah
dan Syahadah turut dipamerkan di rumah-rumah masyarakat Islam. Selain itu,
ayat Kursi dan doa-doa juga menjadi pilihan bukan semata-mata untuk hiasan
sahaja, tetapi ia juga bertindak sebagai tanda peringatan untuk dihayati dan
diamalkan. ,-
Dalam menuju kesempurnaan, seni khat telah mengalami pelbagai bentuk
evolusi dari dua puluh bentuk menjadi lapan bentuk akhimya. Sehingga kini, seni
khat telah diiktiraf sebagai teras seni Islam yang unggul. Walau bagaimanapun,
perkembangan seni khat yang meluas adalah selaras dengan perkembangan agama
Islam. Bennula daripada pengumpulan dan penulisan semula ayat-ayat AI-Quran,
para seniman khatat telah mendapat inspirasi dan kesedaran untuk menggarap dan
mengolah tulisan Arab dengan pelbagai gaya, sesuai dengan gambaran keindahan
dan keagungan Allah S.W.t..
Penulisan seni khat oleh ahli khatat adalah bertujuan untuk mengajak
pemerhati mengingati Tuhannya secara berterusan dalam menuju perjalanan
kerohanian yang hakiki. Oleh itu, setiap seni khat yang dihasilkan akan memberi
penekanan kepada konsep fizikal dan spiritual, di mana ia akan cuba merapatkan
hubungan alam dengan manusia lain menurut hukum Allah S.W.t.
Dengan menggabungkan jalinan motif-motif tumbuhan yang dihias
dengan corak-corak mujarad, seni visual ini telah memberi kesan pengulangan
tanpa permulaan dan akhiran. Dengan ini, seni khat yang terhasil akan kelihatan
9 P dalam Katalog Pameran Seni Islam (1995) Galeri Shah Alam.
13
hannoni, seimbang dan berirama. Ia akan menimbulkan rasa kudus yang penuh
makna kepada yang menghayatinya.
Mengikut a1-Hadith (riwayat Muslim Ibn Majah dan Ahmad);
'Sesungguhnya Allah itu indah dan suka akan keindahan' (Allahujamilun
yuhibbul jami/).
Hadith ini boleh dijadikan teras kepada para seniman khat dengan usaha
daya kreatifnya dalam menghasilkan keindahan kebenaran dan kesempumaan.
Oleh itu, para khatat telah menghasilkan seni khat di atas tuntutan ini bagi
memperlihatkan keindahan yang sej ati. Punca dan segala keindahan,
kesempumaan dan kebenaran ialah Allah S.W.t. kerana sesungguhnya segala
sesuatu yang ada datangnya daripada penciptaan Allah S.W.t. jua.
1.1 Sejarab Dan Perkembangan Seni Khat
Penulisan khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq
dalam kurun ke tujuh. IO Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis menyatakan
bahawa seorang Sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan
tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak
bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12. Antara seni khat yang paling
popular hari ini ialah khat Kufi, Nasakh, Thuluth, Ta'liq (Farisi), Diwani dan
Riqa'ah.
buku Kamil Al Baba. 1992. Dinamika Kaligrafi Islam
14
~usat KlJi mal M2t I . A ae TJNlVERSITl MALAYSIA SARAWA¥
04100 Kma Saroarahab
Seni khat berkembang seiring dengan perkembangan kesenian yang lain
bahkan ia merupakan salah satu bidang kesenian yang paling diminati oleh umat
Islam daripada setiap lapisan masyarakat. Kewujudan seni khat serentak dengan
kelahiran Islam. Wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.t kepada Rasulullah s.a.w
telah dicatatkan oleh para Sahabat pada daun-daun kayu, tulang-tulang dan
sebagainya. Ini bererti seni khat diperlukan untuk mengabdikan al-Quran ke
dalam bentuk tulisan. Sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga sekarang, seni khat
telah berkembang dengan hebat dan cemerlang.
Terdapat pelbagai pendapat dalam membicarakan asal usul khat. Secara
umumnya, seni khat dikatakan sebagai anugerah Allah S.W.t kepada umat
manusia. Ibn Khaldun pula mengatakan bahawa khat lahir pada zaman kerajaan
Saba' dan Himyar. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa seni khat berasal
daripada Finiqi yang diambil daripada huruf Mesir Purba serta ada juga yang
berpendapat seni khat berasal daripada tulisan Nabati.
Namun kebanyakan ahli sejarah telah bersetuju dengan pendapat yang
terakhir~ iaitu seni khat berasal daripada tulisan Nabati dan seterusnya sampai ke
Hijaz. Kemudian, tulisan itu telah dibawa oleh pedagang-pedagang yang berniaga
di Syam dan Parsi terutamanya kaum Quraisy.
lelas bahawa ketika Islam disebarkan, terdapat segelintir orang-orang
Arab yang telah pun pandai membaca dan menulis. Buktinya, apabila tawanan
Perang Badar dikehendaki mengajar anak-anak umat Islam membaca dan menulis
sebelum mereka dibebaskan. Akhimya tulisan Arab ini berkembang pesat ke
selurub dunia.
15