Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

Click here to load reader

  • date post

    25-May-2015
  • Category

    Education

  • view

    4.611
  • download

    7

Embed Size (px)

Transcript of Ctu 281 kuliah 7 kesenian islam-seni-khat-kaligrafi

  • 1. SEJARAHSEJARAH KESENIAN ISLAMKESENIAN ISLAM Tajuk :Tajuk : Seni Khat IslamSeni Khat Islam

2. Kaligrafi ialah seni tulisan indah, berasal daripada bahasa Yunani iaitu kalios ( indah ) dan graphia ( coretan atau tulisan ). Bahasa Arab mengistilahkannya dengan khat ( tulisan atau garisan ), yang ditujukan pada tulisan yang indah ( al- kitabah al-jamilah atau al-khat al-jamil ). Syeikh Syamsudin al-Akfani - Ialah ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penempatannya dan cara merangkaikannya menjadi tulisan; ataupun apa yang ditulis dalam baris-baris, bagaimana cara menulisnya, dan menentukan mana yang tidak perlu ditulis; mengubah ejaan yang perlu digubah dan bagaiman mengubahnya Yaqut al-Mustasimi - kaligrafi adalah sesuatu yang lahir dari dalaman diri seseorang dan dipersembahkan menjadi sesuatu yang dapat dilihat. 3. Ada beberapa pendapat dalam mengatakan asal-usul khat. Antaranya ialah: - khat adalah anugerah daripada Allah kepada manusia. Allah telah mengajar ilmu dan cara menulis kepada Adam dan diwarisi turun-temurun hingga kini. - Ibnu Khaldun - tulisan jenis masnad berasal daripada Yaman, kemudiannya berpindah kepada keluarga al- Munzir di Herat - Ada juga yang mengatakan khat berasal dari Herat dan akhirnya ke Hijaz. - Ada yang mengatakan khat berasal daripada Finiqi yang diambil daripada huruf Mesir purba. - Ada pula yang mengatakan berasal daripada tulisan Nabat (Aramai). 4. Kebanyakan ahli sejarah bersetuju dengan pendapat terakhir, iaitu khat berasal dari Nabat. Ia sampai ke Hijaz melalui dua jalan: - Jalan dekat dari Nabat ke Batra ke Ula, ke Madinah dan Mekah. - Jalan jauh, iaitu melalui Harran ke lembah Furat ke Daumatul Jandal, ke Madinah, Mekah dan Taif. 5. Khat Islam Zaman Rasulullah 6. Islam datang dengan membawa beberapa faktor tentang betapa perlunya penggunaan tulisan yang semakin bertambah luas ruang penggunaannya. Bidang penulisan telah memasuki era baru yang bergemerlapan dengan kedatangan Islam. Selepas penghijrahan Nabi ke Madinah, seni khat telah menjadi manifestasi bagi suatu perubahan yang agung yang mengatasi perkembangannya selama tiga abad sebelum itu. Dengan turunnya lima ayat pertama kepada Nabi s.a.w yang dimulai dengan firman Allah s.w.t.: Iqra ( bacalah ),maka penulisan telah memperoleh kepentingan suci yang sehingga kini masih kukuh terpelihara Kemudian turun pula ayat-ayat lain yang sering mengaitkan penulisan dengan sumber ketuhanan dan memerintahkan penggunaannya sehinggalah tulisan mendapat kedudukannya dalam kehidupan umat Islam 7. Nabi memerintahkan para sahabat merakam maklumat-maklumat dengan tulisan dan mewasiatkan mereka memelihara tulisan tersebut. Baginda juga menggesa supaya mengajar anak- anak mereka membaca dan menulis. Mengarah tawanan Perang Badar supaya mengajar anak-anak Ansar membaca dan menulis sebagai bayaran tebusan diri mereka. Baginda sendiri mengendalikan urusan kelab latihan tulis-menulis di Madinah dengan tujuk ajar dari individu-individu dan sahabat-sahabat yang telah mahir dalam kemahiran menulis. 8. Hasilnya, wujud dikalangan mereka orang yang mahir dalam banyak bahasa seperti Zaid bin Thabit yang mempelajari bahasa Parsi, Rom, Qibti dan Habsyah semasa di Madinah Beliau juga menterjemah surat-surat balasan kepada Rasulullah s.a.w yang ditulis dalam bahasa-bahasa tersebut. Sesetengah daripada mereka diperintahkan menulis dalam beberapa lapangan dan tajuk-tajuk tertentu seperti menulis perjanjian dan surat-surat yang diutuskan oleh Nabi kepada raja-raja dan lain-lain lagi. Terdapat juga dikalangan para sahabat yang mengetahui bahasa Hebrew dan Suryani dan pakar dalam tulisan-tulisannya 9. Selain itu, Baginda juga menekankan tentang soal sifat bentuk huruf-huruf yang berbagai- bagai itu. Memberi perhatian khusus kepada huruf-huruf ini adalah asal-usul khat. Perbezaan bentuk huruf-huruf, misalnya antara sin dan shin yang dirujuk oleh Rasulullah s.a.w dengan segera mengilhamkan para penulis khat berusaha melahirkan nilai-nilai khas kepada huruf-huruf dalam bahasa arab. Pada zaman Rasulullah SAW antara penulis khat adalah seperti Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin Affan, Umar Al-Khattab, Abu Bakar al-Siddiq, Khalid Bin Said Bin Al-As, Hanzalah Bin Rabi`, Yazid Bin Abi Sufian, Muawiyah Bin Abi Sufian, Ubai Bin Ka`ab, Zaid Bin Tsabit, Ubai Bin Ka`ab dan ramai lagi. 10. Ubai Bin Ka`ab adalah antara penulis awal semasa zaman nabi SAW di Madinah, sebagai penulis surat-surat Rasulullah, manakala Zaid Bin Tsabit sebagai pengganti ketika ketiadaan beliau. Mereka berdua juga turut menulis wahyu Allah SWT. Abdullah bin arqam juga dikatakan sebagai penulis surat kepada Baginda SAW, manakala Ali pula dikatakan penulis perjanjian yang berlaku antara mana-mana pihak dengan Rasulullah SAW. Muawiyah pula menjadi penulis selepas pembukaan Mekah, termasuk juga menulis wahyu atas arahan Rasulullah SAW 11. Zaman Khulafa al-Rasyidin 12. Kepentingan tulisan semasa pemerintahan Khulafa al- Rasyidin semakin bertambah dengan meluasnya penggunaan tulisan dalam urusan-urusan agama, pentadbiran dan muamalat harian. Semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, al-Quran ditulis di atas berbagai-bagai bahan seperti halnya semasa zaman Rasulullah s.a.w. bahan-bahan ini dikumpul oleh Zaid bin Thabit dan kemudian ditulis di atas lembaran-lembaran yang sejenis. Apabila para penghafiz al-Quran semakin berkurangan disebabkan syahid di medan peperangan dan timbulnya kelainan bacaan al-Quran di pelbagai tempat, maka Khalifah Uthman bin Affan mengambil lembaran-lembaran yang dicatat oleh Zaid bin Thabit yang diletakkan dalam simpanan Hafsah binti Umar r.a 13. Kemudian, beliau menitahkan Zaid bin Thabit, Abdul Rahman bin Amru al-As, Abdullah bin al-Zubair, Ibn al- Abbas dan Abdul Rahman bin al-harith bin Hisham supaya menyalin semula naskhah itu untuk dihantar ke segenap pelosok negara. Apabila siap disalin, Uthman r.a sendiri mengambil satu naskhah untuk simpanannya. Dalam sesetengah riwayat menyebutkan yang beliau juga turut mengutuskan naskhah-naskhah itu ke Makkah, Yaman dan Bahrain. Beliau juga turut mengutuskan bersama-sama naskhah itu seorang qari sebagai guru. Kesemua naskhah ini disalin di atas lembaran kulit dengan dakwat hitam. Naskhah-naskhah itu tidak mempunyai titik, baris dan hiasan bungaan. Ia juga tidak mempunyai nama-nama surah dan tanda-tanda yang membezakan di antara ayat-ayat dalam setiap juzuk dan sebagainya 14. Pada masa kekuasaan Khalifah Uthman bin Affan, penulisan mushaf masih kaku kerana tidak mempunyai tanda baca. Untuk menghindarkan dari salah dalam membaca, ahli bahasa iaitu Abu al-Aswad bin Sufyan ad-Duali ( w. 69H/688M ) memasukkan tanda baca dan juga titik diatas perintah khalifah Ali bin Abi Talib Tugas yang dilakukan oleh Abu Aswad tadi juga merupakan permulaan kepada asas ilmu nahu Arab apabila kesilapan bahasa dalam pertuturan semakin bertambah dan lari dari bahasa yang betul ditambah pula dengan kesilapan dalam pembacaan al-Quran al- Karim Usaha yang dilakukan oleh Abu al-Aswad amat penting. Beliau membariskan dengan teliti kalimah-kalimah al- Quran dari awal hingga akhir dengan menggunakan kaedah yang diasaskannya sendiri 15. Kaedahnya ialah dengan meletakkan titik di atas huruf untuk menunjukkan baris atas, titik di bawah sebagai menunjukkan baris bawah, titik di depan huruf sebagai baris hadapan dan dua titik untuk menunjukkan baris dua. Ini merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah al-Quran, tatabahasa dan penulisan Arab. Titik ( dengan erti baris ) bertujuan untuk menghilangkan kesamaran dalam tulisan merupakan satu inisiatif untuk memelihara agar tidak terpesong ketika membaca ayat-ayat al- Quran Titik yang diletakkan oleh Abu al-Aswad bagi menunjukkan baris adalah berbentuk bulat. 16. Oleh kerana ia sebagai tambahan ke atas matan yang tertulis dengan dakwat hitam, maka titik- titik itu ditulis dengan dakwat merah untuk membezakannya darpada matan-matan. Disebabkan bimbang jika simbol-simbol yang diletakkan menyebabkan percampuran, maka simbol-simbol ini diletakkan dalam bentuk garisan-garisan nipis yang condong dari kanan ke kiri atau dalam baris yang sama, yang lebih luas penggunaannya. Kemudian ia ditulis dengan dakwat hitam kerana ia dianggap sebagai binaan asal bagi huruf. 17. Pada zaman Umawi, pelbagai jenis penulisan Khat telah muncul, antara yang muncul adalah Khat Shami, muncul dari Bandar Syam, dan juga Damsyik yang menjadi pusat pemerintahan kerajaan Umawi. Selain daripada yang telah diwarisi dari zaman sebelumnya seperti Kufi, Madani dan sebagainya.dikatakan pada zaman Umawi, seorang individu yang jarang disebut namanya merupakan pelopor kepada khat Arab iaitu Qutbah. Beliau adalah penghubung kepada penulis khat selepas daripadanya. Qutbah dikatakan menggunakan 4 kaedah penulisan iaitu Jalil, Thumar, Sulul, dan Nisf. Akan tetapi, kaedah penulisan oleh Qutbah tidak sampai ke hari ini, yang ada hanyalah penulisan Thumar yang digunakan pemerintah, seperti yang digunakan oleh Muawiyah. 18. Selain daripada Qutbah, penulis selepas beliau antara lainnya adalah Malik Bin Dinar yang meninggal pada 130 H menggunakan batu bata sebagai pena untuk menulis Mashaf. Antara lainnya, Khalid Bin Abi Haiyaj menulis ayat Quran, Syair dan lain-lain menggunakan warna emas. Pada zaman ini, perkembangan penulisan khat berlaku ke serata tempat. Ketika zaman kekhalifahan Bani Umayyah (661- 750) mulai timbul ketidakpuasan hati terhadap khat kufi yang dianggap terlalu kaku dan sulit. Daripada ini banyak perubahan yang dilakukan terhadap penulisan khat dengan gayanya yang tersendiri. Antaranya yang popular ialah, Tumar, Jali, Nisf, Sulus, dan Sulusan. 19. Pada zaman ini, penulisan diatas Ar-Rukkun dan juga kulit diteruskan, kemajuan dan perkembangan semasa telah menambahkan lagi bahan-bahan untuk menjadi tempat tulisan. Pada zaman ini, antara penambahannya adalah ; - Penulisan dilakukan di atas ker