Post on 04-Dec-2014
description
Konsep Dakwah Menurut Islam
01 Pendahuluan
02 Definisi Dakwah
03 Kewajipan Berdakwah
04 Cara-Cara Baerdakwah
05 Jenis-jenis Dakwah
06 Cirri-ciri pendakwah
07 Mencontohi dakwah rasulullah S.A.W
08 Peranan pendakwah dalam masyarakat
09 Kesimpulan
......... Rujukan
Pendahuluan
Dakwah merupakan istilah yang khusus dalam islam. Ia merupakan satu kewajipan
yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan, dalam
sebarang bentuk dan dalam setiap kesempatan.
Dakwah merupakan tugas para Rasul dan perintah yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad SAW yang merupakan juru dakwah pertama semenjak agama Islam diturunkan.
Banyak perintah Allah yang ditujukan kepada Rasullullah supaya melaksanakan tugas
tersebut secara kesinabungan, seperti Firman Allah yang bermaksud:
’’Dan serulah ia kepada tuhan engkau, sesungguhnya engkau di atas petunjuk yang lurus´
(Al-Haj; 67) .
Walaupun banyak ayat-ayat dalam Al-Quran menyuruh Nabi Muhammad SAW supaya
berdakwah, tetapi ayat tersebut juga ditujukan untuk seluruh manusia muslim dan hanya
dikecualikan bagi mereka yang dikecualikan oleh syara’. Dakwah merupakan perlaksanaan
terhadap perintah Allah, iaitu menyeru manusia ke arah ajaran Islam yang meliputi persoalan
teologi, syariah, akhlak, dan institusi. Dakwah merupakan satu usaha untuk mengajar
kebenaran kepada mereka yang lalai, membawa berita baik tentang nikmat dunia dan nikmat
syurga, memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat dan kesengsaraannya. Melaksakan
tugas dakwah merupakan puncak kebaikan dan kebahagiaan sepertimana Firman Allah yang
bermaksud:
’’Siapakah yang lebih baik pertuturannya daripada mereka yang menggunakannya untuk
menyeru manusia ke jalan Allah´ (Fusilat 41; 33) .
Definisi Dakwah
Dari Sudut Bahasa
Dakwah kepada Islam merupakan satu teknik untuk menarik manusia kepada
ajarannya sama ada secara teoritikal atau praktikal. Perkataan ³DAKWAH´ berasal daripada
perkataan arab yang bererti mengajak, menyeru, menjemput, memanggil manusia beriman
kepada Allah S.W.T .
Dakwah juga bermaksud amar makruf (mengajak manusia melakukan kebaikan) dan
nahi mungkar (mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran). Manakala orang yang
menyampaikan dakwah disebut sebagai ‘PENDAKWAH´ atau’PENDUKUNG DAKWAH´.
Dari Segi Istilah
Banyak definisi dakwah dari sudut istilah telah diberikan oleh para Ulamak Islam,
antaranya :
Ibn.Taimiyah: Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan Allah serta
beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para Rasul-Nya dengan membenarkan apa yang
telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka.
Abul Ala¶Al-Mawdudi: Dakwah adalah panggilan Ilahi dan Rasul mengajak manusia
memiliki nilai-nilai suci dan agung. Dakwah menyeimbangkan manusia dari segi ilmu, iman
dan amal. Ibadah, ikhtiar dan doa.
Definisi dakwah dapat disimpulkan:
Dakwah ialah menyeru manusia supaya taat dan beriman kepada Allah dan Rasul.
Dakwah ialah mengajak manusia mengamalkan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam bagi
menghidup dan menyeimbangkan manusia. Dakwah adalah usaha mengingati fitrah manusia
dan seruan kepada pembebasan manusia dari ilah-ilah palsu dan kuasa tirani. Dakwah ialah
usaha-usaha pembaikan dan pembangunan masyarakat yang berkesinabungan.
Kewajipan berdakwah
Dakwah merupakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan untuk umat islam
seluruhnya tanpa kecuali mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing seperti
Firman Allah yang bermaksud:
’’Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran. Dan merekalah orang-orang yang mendapat kejayaan.’’
(Surah Ali-Imran : Ayat 104)
Ayat di atas menerangkan kelebihan orang islam menyeru dan mengajak manusia
berbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.
Tugas berdakwah merupakan sebaik-baik tanggungjawab yang diamanahkan oleh
Allah S.W.T . kerana hal ini merupakan tugas para rasul. Firman Allah S.W.T :
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah S.W.T
mengerjakan amal yang soleh dan berkata : “Sesungguhnya aku termasuk daripada orang
yang berserah diri”. (Surah Al-Fussilat : Ayat 33)
Menurut Imam Al-Qurtubi, Allah telah menjadikan amar makruf nahi mungkar
sebagai garis pemisah di antara orang beriman dengan orang munafik. Ia merupakan ciri
orang beriman yang paling istimewa yang membezakannya dengan golongan munafik.
Apabila umat Islam melalaikan tanggungjawab berdakwah maka Allah akan mengharamkan
kedudukannya sebagai Khaira Ummatin (sebaik-baik umat), kerana Allah memberikan status
umat mulia ke atas umat Islam kerana perlaksanan terhadap tanggungjawab dakwah.
Tanggungjawab berdakwah diletakkan ke atas setiap muslim sama ada lelaki atau
perempuan, baligh, berakal, sama ada ulama’ atau tidak, tetapi peranan ulama’ lebih
ditekankan dalam memperincikan ajaran agama kerana pengetahuan mereka yang luas. Ia
boleh dilakukan sama ada secara perseorangan sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud:
”Maka hendaklah yang telah menyaksikan antara kaum memyampaikan ilmu kepada orang
yang tidak hadir´ (Hadis RiwayatBukhari; Kitab Sahih Bukhairy)
Dan juga boleh dilakukan berorganisasi terutama apabila terdapat aspek-aspek kerja
yang tidak dapat dilakukan secara individu.
Terdapat pendapat yang menyatakan wajib ke atas setiap umat Islam berdakwah,
tetapi ia menjadi fardu kifayah iaitu tanggungjwab yang tertanggung kepada orang orang
yang tertentu yang mempunyai syarat-syarat keahlian dalam sesuatu bidang yang tertentu
yang memerlukan syarat-syarat tersebut yang tidak ada pihak lain menyempurnakannya.
Bagaimanapun, hukum fardu kifayah ini tidak bermaksud umat Islam yang lain harus
berpeluk tubuh sekiranya kemungkaran terus berlaku dalam masyarakat. Fardu kifayah
bemaksud, sekiranya masyarakat tersebut sudah meninggalkan kemungkaran dan membuta
kebaikan, tetapi jika sekiranya masyarakat masih lagi melakukan kemungkaran, maka setiap
muslim wajib memikul tanggungjawab tersebut atau memberi sokongan kepada pendakwah.
Setiap orang wajib menambah kekuatan dan memberi sokongan kepada para pendakwah,
meramaikan bilangan mereka sehingga mereka menjadi kuat, hebat, dan mempunyai
pengaruh yang cukup untuk mencegah kemaksiatan.
Cara-cara berdakwah
Islam telah menggariskan beberapa cara dalam melakukan tugas berdakwah sepaerti
firman Allah S.W.T.:
Maksudnya : Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang
baik dan berbahas dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Dialah yang lebih
mengetahui tentang sesiapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui
akan orang yang mendapat petunjuk. (Surah An-Nahl : Ayat 125)
Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam ayat diatas, terdapat tiga cara berdakwah yang
berkesan iaitu :
a) Dengan cara berhikmah –
iaitu pendakwah hendaklah berhikmah ketika menyampaikan mesej dakwah dalam
percakapan , pergaulan, perbuatan dan tindakan. Pendakwah juga perlu bijaksana
dalam menggunakan strategi yang terancang dan kemas untuk memastikan kejayaan
dakwah.
b) Melalui pengajaran yang baik –
Iaitu seperti kata-kata nasihat dan teguran secara lemah lembut dan bersesuaian
dengan masa dan keadaan. Di samping itu, pendakwah hendaklah memiliki peribadi
mulia, bersikap toleransi, dan berlapang dada dalam berdakwah.
c) Melalui perbahasan dan perdebatan –
Iaitu perbahasan yang berfaedah atau perbincangan secara bijaksana yang berlaku
antara pendakwah dengan orang yang didakwah. Sehubungan dengan itu seseorang
pendakwah perlu bijak menggunakan hujah-hujah dan bukti yang kukuh serta
memuaskan hati pendengar.
Jenis-jenis dakwah
1. Dakwah kepada seluruh umat manusia
Dakwah umat Muhammad kepada seluruh umat manusia agar semua beragama (Islam)
hanya kerana Allah. Ini adalah kewajiban umat Islam secara menyeluruh sebagai khaira
ummah.
2. Dakwah sesama kaum muslimin
Dakwah sebahagian kaum muslimin atas sebahagian yang lain kepada kewajiban dan
saling memerintahkan antara mereka kepada yang makruf, saling mencegah dari yang
munkar. Yang melaksanakan adalah kelompok tertentu yang memahami dan mengetahui
hukum Islam dengan baik.
3. Dakwah di antara kaum muslimin
Dakwah diantara umat ini satu sama lain dengan menunjukkan kepada kebaikan dan
memotivasi, mencegah dari keburukan dan memperingatkannya. Semua dilakukan sesuai
dengan apa yang diketahuinya. Jika seorang muslim melihat saudara muslim lainnya
melakukan kemungkaran, wajib ia beri nasihat, bimbingan dan penjelasan yang sesuai
dengan arahan agama.
Ciri-ciri pendakwah
Pendakwah mempunyai kedudukan yang sangat penting sekali dalam agama.
Pendakwah merupakan golongan yang mewarisi peranan para Nabi dan Rasul yang
menyampaikan ajaran agama kepada setiap manusia dan menyeru manusia kepada Allah.
Justeru itu, mereka sudah semestinya lebih wajar dari orang lain dalam menghiasi diri mereka
dengan akhlak Islam seperti mempunyai sifat benar, amanah, pemaaf, lemah-lembut,
tawadu’, memudahkan, mulia dan pemurah. Di samping itu, mereka harus menjauhkan diri
dari sifat-sifat bohong, munafik, pemarah, sombong, megah, bakhil dan kedekut. Pendakwah
yang beramal dengan akhlak islami ini akan membawa pengaruh yang sangat besar dalam
perubahan yang dikehendaki dan mendapat penghormatan yang tinggi dalam masyarakat.
Abul A’la Al-Mawdudi telah menggariskan sifat-sifat yang perlu ada kepada para
pendakwah. Pertama, pendakwah harus mempertingkatkan kualiti dirinya sehingga ia betul-
betul taat kepada Allah dan Rasul, serta tunduk kepada apa yang dibawa oleh Rasul. Ia harus
terlebih dahulu memerangi musuh dalam dirinya melalui jihad nafs sebelum berhadapan
dengan musuh-musuh lain. Kedua, seorang pendakwah harus berpegang teguh dengan prinsip
yang dipegangnya dan matlamat perjuangan, mengajak orang yang diseru dengan cara yang
lembut, tidak kasar atau bermusuhan, tidak menghina mereka, tidak menanamkan rasa
kebencian tetapi tanamkan rasa kasih sayang, persaudaraan dan perikemanusiaan.
Di samping sifat-sifat tertentu yang perlu ada kepada pendakwah, setiap pendakwah
juga perlu mempunyai persiapan-persiapan dalam menjalankan tugasnya agar perjuangannya
memperolehi kejayaan. Beberapa persiapan yang perlu ada bagi seorang pendakwah ialah
menguasai ilmu pengetahuan yang luas terutama dalam bidang agama, memahami kandungan
al-Quran, halal-haram, memahami hakikat dunia, tipu dayanya dan sebagainya. Pendakwah
juga harus mempunyai keimanan yang kuat bagi menghadapi pelbagai cabaran dan halangan
dalam berdakwah. Selain itu, seoarang pendakwah perlu mempunyai sifat sabar seperti teliti,
tidak tergopoh gapah dalam semua tindakan, mempunyai tekad yang kuat, tidak bersifat
mudah berputus asa, pendirian yang teguh dan selalu memelihara keseimbangan antara akal
dan emosi, di mana akal akan tetap mengawal emosi, bukan sebaliknya.
Persiapan yang lain ialah mesti mempunyai sifat sedia memberi pertolongan dan
bersedia berkorban masa, tenaga, fikiran, dan harta. Mereka juga perlu, mempunyai perasaan
cinta kepada perjuangan dan memiliki semangat yang tinggi dalam mencapai tujuan serta
menyediakan diri untuk bekerja secara teratur dan berterusan.
Mencontohi dakwah Rasulullah S.A.W
Sifat dakwah Rasulullah :
1. Lemah lembut
Rasulullah mengamalkan sikap lemah lembut dalam segala percakapan dan
perbuatannya. Contohnya dalam peperangan Uhud, baginda tidak menghukum
pengikutnya yang ingkar arahannya. Sebaliknya, baginda memberi pengajaran supaya
tentera islam lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Kelebihan bersikap lemah lembut :
a. Akan memberi kesan yang mendalam terhadap orang yang didakwahkan.
b. Memberi ruang kepada mereka meluahkan isi hati.
c. Akan menarik minat mereka untuk lebih mendalami ajaran islam.
2. Pemaaf
Rasulullah seorang yang pemaaf. Baginda selalu memaafkan kesalahan orang lain dan
tidak menyimpan perasaan dendam terhadap mereka. Contohnya, dalaam peristiwa
pembukaan kota Mekah, baginda dengan rela hati membebaskan musuh-musuhnya.
Dengan itu, orang-orang Quraisy telah memeluk islam dengan rela hati.
Kelebihan bersifat pemaaf :
a. Akan disenangi oleh rakan dan masyarakat sekeliling serta senang mendapat
pertolongan.
b. Disukai dan disayangi Allah.
c. Matlamat dakwahnya akan tercapai.
d. Akan dihormati dan dikagumi oleh orang bukan islam.
3. Memohon keampunan untuk orang lain
Rasulullah amat kasih kepada umatnya dan selalu memohon kepada Allah supaya
diampunkan doas umatnya yang beriman.
4. Bermesyuarat
Rasulullah sering bermesyuarat dengan para sahabat dalam membuat sesuatu
keputusan yang tidak dinaskan dalam Al-Quran.
5. Bertawakal
Tawakal dan doa amat penting dalam dakwah kerana yang memberikan kejayaan
adalah Allah S.W.T.
Rasulullah sendiri sentiasa bertawakal kepada Allah. Contohnya seperti dlam
peperangan Badar, jumlah tentera islam sedikit sahaja jika dibandingkan dengan
tentera musuh. Berkat usaha dan tawakal mereka kepada Allah, maka mereka telah
mendapat kemenangan besar.
Peranan pendakwah dalam masyarakat
1. Menyeru manusia beriman kepada Allah dan meyakini hanya Allah S.W.T sahaja
tempat untuk memohon pertolongan.
2. Mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran dan menghalang segala bentuk
maksiat daripada terus berleluasa dalam masyarakat.
3. Menyampai dan mengembangkan ajaran islam yang sebenar di samping
menghapuskan segala kekeliruan dan keraguan yang timbul.
4. Membendung perbuatan bid’ah dan syirik yang boleh merosakkan dan membatalkan
akidah umat islam .
5. Mendidik dan membimbing masyarakat ke arah mempertingkatkan kecemerlangan
hidup di dunia dan akhirat.
Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din, telah menyatakan beberapa langkah yang
perlu diikuti oleh para pendakwah dalam melaksanakan usaha dakwahnya, antaranya:
1. Memberitahu dan menasihatkan masyarakat supaya menjauhi perkara yang mungkar.
Terdapat sesetengah golongan yang tidak menyedari bahawa apa yang dilakukan itu
adalah perkara yang mungkar. Oleh itu, pendakwah perlu memberitahu dan
menasihati mereka agar menjauhi dan meninggalkan perbuatan tersebut.
2. Memberi peringatan, nasihat dan pengajaran atau balasan yang akan diterima
sekiranya masih elakukan kemungkaran.
3. Memberi peringatan tentang nikmat Allah yang tidak ternilai dan terbilang dan wajib
bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan.
4. Memberi peringatan terhadap pengajaran umat terdahulu. Satu persoalan yang sering
ditimbulkan, adakah usaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran
merupakan tugas setiap mereka yang bergelar muslim atau hanya tugas pendakwah
semata-mata? Hukum menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah
fardhu kifayah, walaubagaimanapun setiap muslim harus memikul tanggungjawab ini
secara bersama sepertimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya
(kuasa), jika ia tidak mampu maka hendaklahlah ia mencegah dengan lisannya, jika ia tidak
mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan yang demikian itulah selemah-lemah
iman. (riwayat Muslim).
Hadis ini ditujukan kepada setiap umat Islam. Ini bermakna setiap umat Islam itu
mampu untuk melaksanakan tanggungjawab ini dan ia merupakan tugas asasi bagi
pendakwah mengikut kemampuan dan tanggungjawabnya. Menyeru kepada kebaikan dan
mencegah kemungkaran merupakan salah satu sifat yang baik antara sifat-sifat seorang
Muslim.
Kesimpulan
Umat islam mestilah melaksanakan tanggungjawab berdakwah dalam kehidupan agar
mendapat kecemerlangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dakwah yang
hendak dilakukan hendaklah mengikut metologi yang ditunjukkan oleh para Nabi dan Rasul,
panduan al-Quran dan Hadis Nabi atau dakwah yang hendak dijalankan mencapai
matlamatnya. Di samping itu, dakwah tidak hanya terhad kepada seruan secara lisan, tetapi
juga harus menggunakan media yang luas dan terkini asalkan tidak bercanggah dengan ajaran
islam.
Dakwah boleh dilaksanakan dengan cara yang penuh hikmat dan penuh bijaksana,
nasihat yang berguna, dan dengan melalui perdebatan yang berfaedah. Umat islam adalah
umat yang terbaik dan menjadi pilihan kerana memiliki ciri berdaya saing dan mempunyai
jati diri tersendiri yang melayakkan mereka menjadi peneraju tamadun.
Setiap pendakwah hendaklah mencontohi peribadi Rasulullah untuk kejayaan dalam
berdakwah. Sifat lemah lembut memudahkan dakwah diterima oleh golongan bukan islam.
Tanggungjawab berdakwah hendaklah dilakukanoleh setiap anggota dalam masyarakat bagi
menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup.
Rujukan
1. Hamil @ Amir Abdul Hameed, Sukki Othman, Pendidikan Islam PMR :
Ulangkaji Total, Sasbadi Sdn.Bhd, 2005.
2. maziahsalleh.blogspot.com (tanggungjawab-dan-peranan
pendakwah)
3. ctu101.blogspot.com (konsep-dakwah-dalam-islam)
4. saidaneffendi-darussalam.blogspot.com (definisi-dan-ilmu-dakwah)