PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan
description
Transcript of PENGAJIAN ISLAM Manusia dan kepercayaan
1
PENGAJIAN ISLAM
MANUSIA DAN KEPERCAYAAN
2
TOPIK MINGGU KE 3
Manusia dan Kepercayaan
- Pengertian Iman Kepada Manusia
- Pengertian Iman
- Rukun Iman
3
PENGERTIAN IMAN
Secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah
Dengan itu, orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (Mukmin).
Diambil dari kata kerja ‘aamana’ dan ‘yukminu’ yang membawa maksud ‘percaya’ dan ‘membenarkan’.
Perkataan iman yang membawa makna ‘membenarkan’ itu ada disebutkan didalam al-Quran.
4
Antaranya, surah Taubah ayat 62 yang bermaksud:
“ Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman”.
5
Iman menurut istilah ialah seperti yang diucapkan oleh Ali Bin Abi Talib r.a. yang bermaksud “ iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota”.
Aishah r.a. pula berkata, “ iman kepada Allah SWT itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota”.
Imam al-Ghazali : Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota).
6
Iman
Melakukan
dengan anggota badan
Menyatakan dengan lisan
Membenarkan dengan hati
7
Percaya Kepada Allah
Percaya Kepada
Malaikat
Percaya Kepada Nabi
& Rasul
Percaya Kepada Kitab
Percaya kepada Hari
Akhirat
Percaya kepada Qada
dan Qadr
Rukun Iman
8
Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa tuhan itu satu (tauhid). Konsep keesaan Allah ini adalah mutlak dan tidak relatif kepada apa-apa jua yang wujud di dunia ini.
Dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4,
“ Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu tunggal. Allah tempat meminta. Tidak Dia beranak dan tidak juga Dia diperanakkan. Dan tiada yang serupa denganNya, Dialah Tuhan yang Esa”.
Percaya Kepada Allah SWT
9
Dalam bahasa melayu, perkataan Allah sememangnya dikhaskan untuk merujuk Tuhan dalam Islam. Walaubagaimanapun, perkataan arab Allah boleh diterjemahkan juga kepada perkataan tuhan kerana Allah bukanlah nama khas untukNya.
Ini berbeza dengan Yahudi kerana nama Yahweh adalah nama khas tuhan mereka. Walaupun tiada imej visual tuhan atau gambaran mengenaiNya (disebabkan larangan dalam memuja sesuatu), muslim mendefinasi Tuhan melalui sifat-sifatnya yang dikenali sebagai 99 Nama Allah.
10
Wajib bagi orang islam lelaki dan perempuan yang telah baligh dan berakal untuk mengetahui sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil dan sifat-sifat harusnya.
Sifat-sifat wajib bagi Allah ada 20, sifat-sifat mustahil juga ada 20 dan sifat harusNya ada 1.
Allah ialah nama bagi tuhan yang sebenar. Allah yang mencipta seluruh alam dan isinya. Allah yang mengatur dan menjaganya. Allah tidak boleh dilihat, tetapi bukti-bukti sangat banyak untuk menunjukkan pada akal yang waras dan adil bahawa Allah itu wajib ada.
Untuk mempercayai Allah dan menyembah Nya, wajib bagi kita untuk mengenal Allah dengan betul. Untuk mengenali Allah dengan betul, manusia hendaklah mencari dan mengkaji dalil-dalil dari al-Quran, Hadis dan Akal.
11
Sifat-sifat Allah
WAJIB
HARUSMUSTAHIL
12
SIFAT SIFAT WAJIB DAN MUSTAHIL BAGI ALLAH
13
Sifat yang harus bagi Allah hanya satu iaitu harus Allah melakukan atau meninggalkannya. Ertinya Allah itu harus melakukan sesuatu mengikut kehendak dan kudratNya, tidak dipengaruhi oelh sesiapapun, Allah bebas melakukan atau menjadikan sesuatu tanpa diikut oleh sesuatu peraturan atau tidak melakukannya.
SIFAT HARUS BAGI ALLAH
14
Setiap individu islam wajib mempercayai kewujudan malaikat.
Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Zat malaikat adalah halus dan tidak dapat dilihat dari mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh para Nabi dan Rasul.
Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk mahkluk yang lain.
Ia berakal, boleh berkata-kata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Keadaan malaikat semata-mata adalah untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah
Malaikat itu tidak makan dan minum, tidak juga mengantuk dan tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih.
PERCAYA KEPADA MALAIKAT
15
JIBRIL •Membawa wahyu dari Allah SWT kepada para Nabi dan Rasul.
MIKAIL•Meniup sangkalala.
RIDWAN•Menjaga syurga
MALIK•Menjaga Neraka
MUNKAR•Menyoal di dalam kubur
10 MALAIKAT YANG WAJIB DIKETAHUI
16
NAKIR •Menyoal di dalam kubur
RAKIB •Mencatat amalan baik
ATID •Mencatat amalan buruk
IZRAIL •Mencabut nyawa
ISRAFIL •Menurunkan hujan (rezeki)
17
Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 66:
“Malaikat itu tidak menderhakan kepada Allah mengenai apa yang Dia perintah kepada mereka dan mereka
membuat apa jua perintah oleh Nya”.
Malaikat dijadikan Allah untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu dan berlainan. Setiap tugasan yang diberikan Allah kepada Malaikat akan dilakukan Malaikat tanpa kompromi.
18
Beriman kepada nabi dan rasul ialah meyakini bahawa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diredhai Allah.
Islam mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyu Nya melalui malaikat kepada Nabi dan Rasul.
Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan dirinya dan tidak wajib untuk menyebarkannya.
Rasul ialah lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu dan wajib menyebarkan kepada orang lain
PERCAYA KEPADA NABI DAN RASUL
19
Rasul dan Nabi adalah manusia biasa. Islam menghendaki penganutnya untuk mempercayai setiap Nabi dan Rasul ini dan tidak membezakan antara satu sama lain.
Terdapat 313 rasul, 124,000 Nabi (termasuk Rasul) . Tetapi yang wajib diketahui hanyalah 25 orang rasul.
Nabi Muhammad SAW adalah rasul terakhir dan tiada lagi nabi dan rasul selepas baginda.
Secara umumnya, tugas nabi dan rasul adalah membawa kebenaran, memberikan khabar gembira dan buruk.
20
Sifat-sifat Wajib Nabi dan Rasul
Amanah Siddiq (Benar)
Tabligh (Menyampai
kan)
Fatanah (Bijaksana)
21
Sifat-sifat Mustahil Nabi dan Rasul
Kizzib (Dusta)
Khianat
Jahlun (Bebal)Kitman
(Menyembunyikan)
22
Sifat Harus bagi Rasul dan Nabi
• Bersifat seperti manusia biasa. Makan, minum, nafsu dll.
Aradhul Basyariyah
23
Kita wajib percaya akan datangnya Hari akhirat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran.
Akan datang pada satu hari dimana semua mahkluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa, dimusnahkan dan akan dibangunkan semula. Kerana itu, hari akhirat juga mendapat julukan hari kiamat dan kebangkitan.
Siapa yang amalannya penuh dengan kebaikan akan mendapat keuntungan dan sesiapa yang penuh dengan kejahatan, maka rugi la dia.
PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT
24
Segalanya yang berlaku dan akan berlaku semuanya menurut apa yang ditentukan dan ditetapkan oleh tuhan Allah, sejak sebelumnya (zaman azali). Jadi segala sesuatu itu (nasib baik dan buruk) sudah diatur dengan rencana-rencana tertulis atau batasan-batasan yang tertentu.
Tetapi kita tidak dapat mengetahuinya sebelum terjadi. Qada’ bermaksud keputusan perbuatan ( pelaksanaan) dan Qadar bermaksud takdir atau ketetapan.
PERCAYA KEPADA QADA’ DAN QADAR
25
Terima Kasih