Post on 21-Jul-2019
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM)
DALAM MATEMATIK DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
DALIYANIE BINTI MAT SAAID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
◊ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara Penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS◊
JUDUL :
Saya _________________________________________________________________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan (√)
Disahkan oleh
________________________ _________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap:
Nama Penyelia
Tarikh : 16 MEI 2011 Tarikh: 16 MEI 2011
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM)
DALAM MATEMATIK DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
DALIYANIE BINTI MAT SAAID
SULIT (Mengandungi maklumat berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan
√ TIDAK TERHAD
NO. 62, JALAN HARMONI 3,
TAMAN NUSA DAMAI,
81700 PASIR GUDANG, JOHOR
PROF MADYA DR. ZALEHA BT ISMAIL
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Matematik).”
Tandatangan : ..............................................
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ZALEHA BT ISMAIL
Tarikh : ..............................................
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM)
DALAM MATEMATIK DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
DALIYANIE BINTI MAT SAAID
Disertasi ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ..................................
Nama Penulis : DALIYANIE BINTI MAT SAAID
Tarikh : ..................................
iii
Ya Rahman, Ya Rahim,
Maha Pemurah Maha Penyayang
Ku Bersyukur Kehadrat-Mu, Ya Allah
Istimewa buat Bonda, Suami dan anak tersayang,
Pn. Hjh. Maimunah Bt. Md. Yatim
Khaliff Ramon Bin Ramli
Adriana Qaisara Binti Khaliff Ramon
Abang dan adik-adik, teman seperjuangan,
Kalian pencetus inspirasi, pembakar semangat.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran,
dorongan dan doa kalian.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan
salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabatnya.
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Illahi di atas segala kurnia, petunjuk serta
izinNya, kajian ini dapat disiapkan sepenuhnya.
Setinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Zaleha Binti Ismail selaku
penyelia di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat dan bantuan yang diberikan
sepanjang pelaksanaan kajian ini. Semoga beliau sekeluarga sentiasa dilindungi dan
diberkati Allah S.W.T.
Terima kasih juga buat suami tersayang, Khaliff Ramon Bin Ramli, keluarga,
sahabat dan rakan seperjuangan yang terlibat dalam memberi sokongan, galakan, idea
dan bantuan dalam kajian ini. Segala kerjasama kalian amat dihargai dan semoga
Allah S.W.T. membalas segala jasa baik kalian.
v
ABSTRAK
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) merupakan salah satu kaedah
pembelajaran aktif yang berasaskan teori konstruktivisme sosial. PBM merupakan
pembelajaran yang bermula dengan masalah dan pelajar membina idea baru
menggunakan bahan sokongan, maklumat dan pengetahuan sedia ada. PBM
dilaksanakan secara kolaboratif di mana proses ini akan membantu pelajar membina
beberapa kemahiran dan menggalakkan pelajar melalui proses penyelesaian masalah.
Kajian semasa menunjukkan proses PBM banyak dilaksanakan di peringkat
pengajian tinggi terutamanya di peringkat kolej dan universiti dan jarang sekali
dilaksanakan di peringkat sekolah. Oleh itu, kajian deskriptif ini bertujuan untuk
menganalisis pelaksanaan PBM dalam matematik di peringkat sekolah menengah.
Sampel kajian terdiri daripada enam orang pelajar Tingkatan 1 di daerah Kluang,
Johor. Antara instrumen kajian yang digunakan ialah tugasan PBM Matematik,
rubrik pembelajaran kolaboratif, rubrik penyelesaian masalah, rubrik pembentangan
lisan dan skrip temubual berstruktur. Hasil kajian ini menunjukkan pelaksanaan
PBM dalam matematik boleh dilaksanakan secara berkesan di peringkat sekolah.
Aktiviti PBM yang dijalankan oleh kedua-dua kumpulan A dan B membantu pelajar
membina pelbagai kemahiran yang penting dalam pembelajaran. Pembelajaran
secara kolaboratif dapat mewujudkan kemahiran penyelesaian masalah secara
terbuka sejajar dengan konsep PBM. Interaksi dalam kalangan pelajar juga wujud
semasa perbincangan penyelesaian masalah dalam kumpulan. Walaubagaimanapun,
pelajar didapati hanya fokus terhadap penyelesaian tugasan mereka dan tidak
merancang dan menerokai kes yang dikaji secara terbuka. Peranan guru pembimbing
juga perlu diberi perhatian kerana penyelidik mendapati pelajar-pelajar perlu
diterangkan dengan lebih lanjut tentang pelaksanaan PBM. Peranan guru
pembimbing amat penting dalam membimbing dan menggalakkan penyertaan pelajar
dalam aktiviti PBM.
vi
ABSTRACT
Problem-Based Learning (PBL) is one of an active learning based on social
constructivism. PBL is a learning which starts with a problem and students develop
new ideas using supportive materials, information and knowledge. It is also
collaboratively done, therefore this process helps students to develop some skills and
encourage students stepping into problem solving process. Research in literature
shows that PBL process more often done in higher education especially in college
and university but very rare in school. Therefore this descriptive research is held to
analyse PBL in mathematics subject in secondary school. The experiment sample
was involving six students Form 1 in district of Kluang, Johor. Some of the research
instruments are mathematics PBL tasks, collaborative learning rubric, problem
solving rubric, mathematics communication rubric and structured interview script.
These experiments tell that the PBL system in mathematics can be done well in
secondary school level. PBL activities which were done by both A and B group,
helped students to develop several of important skills in learning. Collaborative
learning is believed may create openly problem solving skills in line with PBL
concept. By done in groups, communication also appears in problem solving
discussion. Unfortunately, students only focus on finishing their own task and not
planning to explore further. Teacher’s roles also have to be obverse because
researchers get the response that students supposedly well explained about PBL.
Teacher’s role is important to guide and to encourage students’ participate in PBL
activities.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.2.1 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik
3
1.2.2 Kemahiran Generik dalam
Pembelajaran
5
1.2.3 Isu Pembelajaran Berasaskan Masalah 8
1.2.4 Matematik sebagai Alat Penyelesaian
Masalah
9
1.3 Pernyataan Masalah 11
1.4 Objektif Kajian 11
viii
1.5 Kepentingan Kajian 12
1.6 Skop Kajian 12
1.7 Kerangka Konsep 13
1.8 Definisi Istilah 14
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 16
2.2 Pendekatan Teori Konstruktivisme Sosial 16
2.3 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) 19
2.3.1 Kitaran Proses PBM 21
2.3.2 Ciri-ciri Masalah PBM 24
2.3.3 Peranan Guru dan Pelajar dalam PBM 25
2.4 Kemahiran Generik dalam PBM 27
2.5 Pembelajaran Kolaboratif dalam PBM 30
2.6 Penyelesaian Masalah dalam PBM 31
2.7 Kajian Literatur PBM dalam Matematik 35
2.8 Penutup 40
BAB III REKABENTUK KAJIAN
3.1 Pengenalan 42
3.2 Rekabentuk Kajian 42
3.2.1 Pembolehubah Kajian 43
3.2.2 Kerangka Kajian 44
3.3 Sampel Kajian 49
3.4 Instrumen Kajian 49
3.4.1 Tugasan PBM Matematik 49
3.4.2 Rubrik Pembelajaran Kolaboratif 50
3.4.3 Rubrik Penyelesaian Masalah 50
3.4.4 Rubrik Komunikasi Matematik 50
3.4.5 Skrip Soalan Kemahiran Generik 51
ix
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 52
3.6 Prosedur Melaksanakan Kajian 53
3.7 Analisis Data 53
3.8 Penutup 55
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 56
4.2 Dapatan Kajian 56
4.3 Kemahiran Pembelajaran Kolaboratif 57
4.3.1 Elemen Pengagihan Tugas 57
4.3.2 Elemen Kerjasama dan Sumbangan 59
4.3.3 Elemen Penyediaan Maklumat/Bahan
Sokongan
61
4.3.4 Elemen Efektif dalam Kumpulan 62
4.3.5 Elemen Kata Sepakat dalam
Kumpulan
64
4.3.6 Elemen Pengurusan Masa 64
4.3.7 Elemen Penghasilan Kualiti Kerja 64
4.3.8 Elemen Fokus kepada Tugasan 69
4.3.9 Elemen Pengurusan Konflik 70
4.3.10 Elemen Sikap Positif 71
4.4 Kemahiran Merancang 72
4.5 Kemahiran Komunikasi 79
Kemahiran Penyelesaian Masalah 86
4.3 Rumusan 93
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pendahuluan 94
x
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 94
5.2.1 Kemahiran Pembelajaran Kolaboratif 95
5.2.2 Kemahiran Merancang 98
5.2.3 Kemahiran Komunikasi 99
5.2.4 Kemahiran Penyelesaian Masalah 101
5.3 Kesimpulan dan Implikasi Kajian 103
5.4 Batasan Kajian 104
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 106
RUJUKAN 107
LAMPIRAN A 115
LAMPIRAN B 115
LAMPIRAN C 117
LAMPIRAN D 119
LAMPIRAN E 121
LAMPIRAN F 123
LAMPIRAN G 124
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Kemahiran Generik 27
2.2 Pembentukan Pembelajaran Aktif
dalam PBM
29
2.3 Analisis masalah yang dikaji
berdasarkan isi kandungan,
maklumat, tugasan dan kekangan
pembelajaran
38
3.1 Jadual Perancangan Pelaksanaan
PBM
48
3.2 Ringkasan Senarai Instrumen
mengikut Objektif Kajian
52
4.1 Transkrip Video untuk elemen
Pengagihan Tugas
58
4.2 Transkrip Video untuk elemen
Kerjasama dan Sumbangan
60
4.3 Transkrip Video untuk elemen Efektif
dalam Kumpulan
63
4.4 Skor Pembelajaran Kolaboratif 72
4.5 Skrip Temubual Soalan 4 75
4.6 Skrip Temubual Soalan 5 76
4.7 Skrip Temubual Soalan 1 77
4.8 Skrip temubual Soalan 8 78
4.9 Skrip temubual Soalan 2 80
4.10 Slaid Persembahan dari Kumpulan B 83
xii
4.11 Slaid Persembahan dan Transkrip
Video Kumpulan A
84
4.12 Slaid Persembahan dan Transkrip
Video Kumpulan A
85
4.13 Skor Rubrik Komunikasi 86
4.14 Transkrip Video bagi Elemen
Menyoal Soalan
88
4.15 Skrip Temubual Soalan 6 89
4.16 Skor Rubrik Penyelesaian Masalah 92
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Konsep untuk Pelaksanaan
PBM dalam Matematik di Sekolah
Menengah
13
2.1 Model Pembelajaran Berasaskan
Masalah Berbanding Pembelajaran
Tradisional
19
2.2 Kitaran Proses PBM 21
2.3 Masalah The Swimming Pool 39
3.1 Rekabentuk Kajian Eksperimen 43
3.2 Kerangka Kajian 44
3.3 Tugasan PBM untuk hari pertama 46
3.4 Tugasan PBM untuk hari kedua 46
3.5 Soalan lanjutan bagi masalah PBM
untuk hari ketiga hingga hari kelima
47
4.1 Rajah menunjukkan pelajar
melaksanakan tugasan mengikut
agihan tugas
58
4.2 Rajah menunjukkan pelajar
bekerjasama di dalam kumpulan
61
4.3 Rajah menunjukkan pelajar
bekerjasama di dalam kumpulan
63
4.4 Rajah menunjukkan jadual kekerapan
bagi tinggi pelajar yang dihasilkan
oleh Kumpulan A
65
xiv
4.5 Rajah menunjukkan graf garis bagi
tinggi pelajar yang dihasilkan oleh
Kumpulan A
65
4.6 Rajah menunjukkan graf bar bagi berat
pelajar yang dihasilkan oleh Kumpulan
A
66
4.7 Rajah menunjukkan jadual kekerapan
bagi tinggi pelajar yang dihasilkan
oleh Kumpulan B
64
4.8 Rajah menunjukkan graf garis bagi
berat pelajar yang dihasilkan oleh
Kumpulan B
67
4.9 Rajah menunjukkan graf bar bagi berat
pelajar yang dihasilkan oleh Kumpulan
B
68
4.10 Rajah menunjukkan carta pai bagi
berat pelajar yang dihasilkan oleh
Kumpulan B
68
4.11 Rajah menunjukkan aktiviti pelajar
untuk elemen Fokus Terhadap
Tugasan
70
4.12 Rajah menunjukkan aktiviti pelajar
untuk elemen Sikap Positif
71
4.13 Rajah menunjukkan graf garis bagi
tinggi pelajar yang dihasilkan oleh
Kumpulan A
73
4.14 Rajah menunjukkan graf garis bagi
tinggi pelajar yang dihasilkan oleh
Kumpulan B
73
4.15 Rajah menunjukkan graf garis bagi 81
xv
tinggi yang dihasilkan oleh Kumpulan
A
4.16 Rajah menunjukkan graf bar bagi
tinggi yang dihasilkan oleh Kumpulan
A
81
4.17 Fakta Kategori BMI Kumpulan A 87
4.18 Fakta Kategori BMI Kumpulan B 87
4.19 Rajah menunjukkan maklumat dari
laman web yang diperolehi pelajar
Kumpulan A
89
4.20 Rajah menunjukkan hyperlink yang
digunakan oleh Kumpulan B dalam
Slaid Persembahan
90
4.21 Rajah menunjukkan contoh menu
harian dari Kumpulan A
91
4.22 Rajah menunjukkan contoh menu
harian dari Kumpulan A
92
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Arus perkembangan teori pendidikan di Malaysia mengubah pendekatan dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perubahan demi perubahan dapat
dilihat kebelakangan ini. Perubahan ini adalah sesuai dengan perubahan nilai,
fikiran, kehendak dan kemajuan teknologi yang diusahakan negara. Di sekolah,
perubahan yang berlaku dalam pelaksanaan pendidikan bukan sahaja berkaitan
dengan pentadbiran dan pengurusan, namun ia juga meliputi fokus dan kandungan
kurikulum; penegasan dalam pelaksanaan kurikulum; pendekatan, strategi serta
kaedah pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran; dan penggunaan teknologi
yang terkini (Abu Bakar dan Ikhsan, 2003).
Seiring dengan hasrat negara, pelbagai perubahan dilihat berlaku dalam
aktiviti pembelajaran di sekolah. Pembelajaran merupakan salah satu aktiviti yang
penting dalam kehidupan seseorang. Menurut Atkinson et. al. (1987), pembelajaran
dikatakan sebagai hubungan yang kekal dalam perubahan tingkahlaku yang terhasil
secara berulang kali. Pembelajaran akan berlaku apabila seseorang menerima
sesuatu yang baru, atau mengubahsuai pola tingkahlaku yang mempunyai pengaruh
terhadap sikap atau pencapaian akan datang.
Dalam psikologi pendidikan, teori pembelajaran behaviorisme merupakan
teori yang tertua dalam dunia pendidikan dan telah diperkenalkan oleh ahli-ahli
psikologi yang terkenal seperti J. B. Watson, E. L. Thorndike, I. P. Pavlov dan B. F.
2
Skinner. Dalam teori ini, pembelajaran dianggap sebagai perkaitan di antara
rangsangan dan respon di mana individu akan membina respon-respon yang tertentu
terhadap rangsangan yang diberi. Kemudian, teori pembelajaran kognitif
berkembang pesat melalui beberapa ahli psikologi terkenal. Menurut Silver (1987),
teori kognitif merupakan suatu andaian tentang ingatan dan pemprosesan maklumat.
Jean Piaget mempercayai bahawa pembelajaran berlaku dalam perkembangan
kognitif kanak-kanak secara berperingkat iaitu peringkat sensorimotor, pra-operasi,
operasi konkrit dan operasi formal (Bell, 1978). Teori ini menekankan kaedah
berpusatkan pelajar di mana guru memfokuskan kepada proses pembelajaran
sementara pelajar akan menggerakkan aktiviti mereka dengan sendiri.
Konstruktivisme adalah suatu perspektif daripada kognitif yang memainkan
peranan besar dalam membentuk idea tentang pengajaran dan pembelajaran
(Schoenfeld, 1987). Teori pembelajaran konstruktivisme merupakan asas kepada
penyelidikan kebanyakan pengkaji. Untuk membantu pelajar membentuk
pemahaman konsep, mereka perlu aktif dalam pembelajaran. Menurut Noraini
(2006), ahli konstruktivisme yang terkenal, Vygotsky percaya bahawa proses
pembentukan pemikiran yang tinggi adalah melalui interaksi sosial agar
pembelajaran secara kolaboratif itu bermakna. Asas teori interaksi sosial oleh
Vygotsky bermula daripada pembentukan teori kognitif. Dalam pembelajaran yang
berbentuk konstruktivisme, penggunaan masalah-masalah yang berlaku dalam
kehidupan seharian melalui proses pembelajaran adalah digalakkan. Pengaruh
daripada teori pembelajaran konstruktivisme sosial ini telah mendorong kepada satu
pendekatan iaitu pembelajaran berasaskan masalah (PBM).
1.2 Latar Belakang Masalah
Sejak tahun 1990, sektor pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat
dalam meningkatkan kualiti dalam pendidikan. Namun begitu masih banyak yang
perlu dilaksanakan untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang setara
3
dengan negara maju dan bertaraf dunia. Ini kerana beberapa masalah didapati wujud
di kalangan pelajar.
1.2.1 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
Pendidikan matematik di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah
adalah bercorak pendidikan asas. Walaupun terdapat beberapa konsep matematik
yang abstrak, kebanyakan konsep dan kemahiran yang diajar di sekolah adalah asas
yang diperlukan dalam kehidupan harian manusia. Ini bermakna kaedah pengajaran
dan pembelajaran di sekolah amat mempengaruhi konsep pelajar dalam matematik.
Kaedah pengajaran yang kurang sesuai akan menyebabkan proses
pembelajaran menjadi pasif. Menurut Mat Rofa Ismail (2002), pengajaran yang
hanya memberi penekanan kepada pengetahuan kandungan akan melahirkan pelajar
yang cekap bermatematik sahaja tetapi gagal memperluaskan nilai-nilai yang tersirat
dalam matematik ke dalam kaedah berfikir, beramal dan memainkan peranan sebagai
ahli masyarakat. Pengajaran dan pembelajaran matematik yang berorientasikan isi
kandungan dilihat memisahkan matematik dengan kehidupan. Matematik akan
dilihat sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan
kehidupan seharian dan ini menyebabkan perbincangan tentang mata pelajaran
matematik menjadi kaku (Mat Rofa Ismail et. al., 2005). Idea pelajar tidak dapat
dikembangkan dan pembelajaran matematik seolah-olah dipisahkan dengan
kehidupan dan dunia luar. Salah satu cara untuk mengembangkan idea pelajar adalah
melalui proses penemuan.
Proses penemuan merupakan salah satu proses pembelajaran yang dapat
membantu pelajar membina pengalaman dan pengetahuan baru melalui penerokaan.
Menurut Mohd. Uzi Dollah (2000), pembelajaran matematik ke arah penemuan baru
sememangnya merupakan sesuatu yang amat sukar dicapai oleh pelajar. Ini kerana
kegagalan melakukan penemuan ini sebenarnya berpunca daripada cara pembelajaran
yang lebih menekankan kepada keputusan dalam peperiksaan. Pembelajaran yang
4
berorientasikan peperiksaan ini membawa kepada suatu kaedah yang tidak
berkembang.
Menurut Wang (2004), terdapat beberapa punca kelemahan pembelajaran
berorientasikan peperiksaan yang dikenalpasti. Antara punca kelemahan yang
dikenalpasti adalah pelajar seolah-olah dibentuk melalui ‘mesin’. Pelajar dilihat
sebagai produk yang dibentuk melalui ‘mesin’ iaitu pembelajaran yang mengandungi
bahan-bahan yang ditetapkan (kurikulum). Pelajar seolah-olah dipaksa untuk
mendapatkan keputusan yang cemerlang. Pembelajaran yang berlaku dalam paksaan
tidak akan membantu pelajar membentuk keyakinan diri. Selain itu, antara punca
lain yang dikenalpasti ialah penekanan pembelajaran yang lebih tertumpu kepada
buku sebagai bahan rujukan kedua selepas guru. Konsep abstrak yang selektif sangat
ditekankan dalam pembelajaran. Penguasaan konsep adalah melalui latihan secara
latih tubi. Pelajar hanya tertumpu kepada konsep yang ada dan terhad untuk
mengatasi masalah tententu sahaja. Kaedah ini dilihat seolah-olah pembelajaran
yang berlaku tidak disepadukan dengan dunia luar. Pembelajaran seperti tidak
mempedulikan isu-isu semasa yang dipisahkan dengan pembelajaran. Ini
menjarakkan lagi pembelajaran dengan dunia realiti.
Masalah pelajar kurang menguasai pembelajaran matematik sering dikaitkan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Situasi pengajaran dan pembelajaran
yang dilihat sekarang terarah kepada kaedah tradisional di mana guru memberi
maklumat kepada pelajar dan kurang disokong oleh sebarang aktiviti pengukuhan
(Samsuddeen, 2005). Kaedah ini juga dilihat sebagai guru seolah-olah mendominasi
kelas. Dengan ini, pelajar kurang menggunakan beberapa kemahiran generik dalam
menyelesaikan masalah.
5
1.2.2 Kemahiran Generik dalam Pembelajaran
Kemahiran generik yang harus dibangunkan pada pelajar termasuklah
berkomunikasi dengan berkesan, berupaya menyelesaikan masalah, berkebolehan
menggunakan idea, berkebolehan mengurus kumpulan, mampu melakukan kerja
dalam kumpulan dan mahir dalam penggunaan teknologi (Abu Bakar Nordin dan
Ikhsan Othman, 2003). Begitu juga yang telah dinyatakan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum (2001) bahawa kemahiran generik terdiri daripada kemahiran
berkomunikasi; kemahiran menggunakan teknologi; kemahiran merancang dan
mengelola aktiviti; kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan;
kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat; dan kemahiran
memahami budaya.
Apabila komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran berlaku secara
sehala, kemahiran dan pemikiran pelajar seolah-olah disekat. Guru memberi
maklumat dan pelajar hanya menerima sahaja. Mereka hanya menyelesaikan
masalah matematik yang diberi tanpa menyedari bahawa mereka boleh
mengembangkan idea dan kemahiran yang ada untuk berfikir dengan lebih
mendalam. Begitu juga dengan proses penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah
merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengembangkan pemikiran dan
pengetahuan pelajar. Tanpa proses ini, pelajar tidak dapat mempelbagaikan kaedah
penyelesaian masalah dan hanya tertumpu kepada pengajaran guru semata-mata.
Situasi ini kerap berlaku dalam pendekatan pengajaran secara tradisional.
Situasi pembelajaran tradisional menunjukkan bahawa kemahiran generik
telah diabaikan. Tiada interaksi di antara guru dan pelajar akan menyukarkan lagi
proses penyelesaian masalah. Pelajar juga tidak berusaha untuk mempelbagaikan
kemahiran dalam menyelesaian masalah matematik. Sekiranya situasi ini berterusan,
pelajar tidak dapat mengamalkan kemahiran generik dalam bilik darjah. Sekolah
juga tidak dapat melahirkan pelajar yang berintelek dan negara akan kekurangan
tenaga kerja yang berkebolehan tinggi yang dapat membantu negara untuk berdaya
saing dengan negara-negara luar.
6
Kemahiran generik boleh diterapkan melalui pembelajaran secara kolaboratif.
Pembelajaran secara kolaboratif ini merupakan pendekatan yang melibatkan usaha
intelektual di antara guru dan pelajar. Kebiasaannya, kumpulan pelajar terdiri
daripada dua atau lebih. Mereka bekerjasama untuk meningkatkan pemahaman,
penyelesaian dan penghasilan idea. Pembelajaran secara kolaboratif ini berpusat
kepasa pelajar yang melibatkan aktiviti menerokai dan mengaplikasikan sesuatu
(MacGregor dan Smith, 1992).
Melalui kolaboratif, pembelajaran akan menjadi aktif. Pelajar akan
mempelajari dan memperoleh maklumat, idea dan kemahiran yang baru. Bukan itu
sahaja, malah mereka mampu mencipta satu maklumat dan idea. Ini merupakan
proses intelektual yang dapat membina makna dalam pembelajaran. MacGregor dan
Smith (1992) menyifatkan bahawa pembelajaran secara kolaboratif ini kebiasaannya
dilaksanakan dalam pembelajaran yang berpusatkan masalah. Pendekatan ini dapat
membentuk kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah, memahami hubungan
yang kompleks dalam membuat keputusan.
Kaedah pembelajaran yang tepat dapat membantu pelajar untuk menguasai
konsep matematik. Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu disepadukan
dengan bidang lain seperti sains. Ini kerana matematik amat berhubung rapat dengan
kehidupan dunia sebenar. Proses ini memberi laluan kepada pelajar untuk
mendalami konsep matematik dengan lebih mudah.
Matematik KBSM amat menitikberatkan pembelajaran merentasi kurikulum.
Antaranya, ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar dapat ditingkatkan melalui
pendidikan sains dan teknologi. Pendidikan sains dan teknologi menekankan
beberapa kemahiran seperti kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif dan
kemahiran saintifik. Strategi pengajaran dan pembelajaran pula lebih berfokus
kepada proses inkuiri berasaskan konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan
pembelajaran masteri. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan
kepada pembelajaran berpusatkan pelajar dengan menjalankan perbincangan,
penyelesaian masalah dan penggunaan teknologi. Pelbagai pendekatan ini mampu
7
menarik minat pelajar dan membina penampilan diri yang positif untuk menguasai
ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Menurut Nik Azis Nik Pa (1995), matematik bukan lagi diajar semata-mata
untuk matematik atau untuk kegunaan, tetapi matematik harus diajar untuk
penghayatan. Matematik kini tidak lagi dilihat sebagai matapelajaran yang
melibatkan pengiraan semata-mata. Pembelajaran matematik yang lebih terarah
kepada penerapan nilai-nilai matematik dapat membantu penguasaan pelajar. Pelajar
perlu menghargai nilai dan kegunaan matematik untuk meningkatkan lagi
pemahaman dan hubungan matematik dengan dunia sebenar.
KBSM yang dibangunkan bertujuan untuk membentuk sahsiah pelajar agar
menjadi pelajar yang berdisplin, bermoral dan bertanggungjawab. Penerapan nilai
dalam matematik perlu diserapkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
Nilai matematik seperti berfikir secara logik, membuat pernyataan dengan jelas dan
membuat pengiraan dengan tepat merupakan nilai yang terbit daripada tabii
matematik. Kajian yang dijalankan oleh Mat Rofa Ismail et. al. (2005)
mendifinisikan nilai matematik sebagai;
“…ciri-ciri afektif yang dihayati dengan mendalam terbit daripada
pemahaman tentang sifat dan kebenaran ilmu matematik. Nilai ini
tidak terpisah daripada amalan budaya sesuatu masyarakat dan
ianya ditekankan melalui pendidikan matematik di sekolah...”
Nilai matematik merupakan salah satu komponen penting bagi mewujudkan
pembelajaran matematik yang berkesan. Ernest (1991) menyatakan bahawa nilai
matematik berkait rapat dengan kualiti displin yang terdapat dalam matematik.
Aspek nilai matematik perlu disemai dalam pengajaran matematik kerana nilai
matematik membangkitkan rasa keindahan terhadap matematik, membangkitkan
kefahaman tentang kepentingan matematik dan dapat membantu seseorang
menguasai kekuatan matematik dengan lebih baik.
8
1.2.3 Isu Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) adalah salah satu kaedah
pembelajaran yang dapat membantu pelajar membina kemahiran untuk berhujah dan
berkomunikasi. Kaedah ini memerlukan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis,
dapat menganalisis masalah sebenar dan berkebolehan dalam berkomunikasi (Duch
et. al, 2001b). Kaedah ini juga memerlukan pelajar untuk bekerjasama dalam
kumpulan supaya mereka dapat berkongsi pendapat dan idea untuk menyelesaikan
masalah tersebut.
Di luar negara, kaedah PBM ini jarang diperkenalkan di peringkat sekolah.
Kaedah ini kebiasaannya dilaksanakan di peringkat institusi pengajian tinggi.
Kaedah ini mula diperkenalkan dalam bidang perubatan. Melalui kaedah ini,
pembelajaran akan bermula dengan masalah. Masalah ini akan membawa pelajar
kepada pengetahuan dan idea yang baru sebelum mereka dapat menyelesaikan
masalah tersebut. Melalui perbincangan dalam kumpulan, pelajar menyusun
pengetahuan sedia ada untuk dikaitkan dengan masalah. Pelajar menyusun topik-
topik yang berkaitan mengikut kepentingan dan kenalpasti soalan-soalan yang perlu
dibincangkan dalam kumpulan. Pelajar perlu menghubungkan idea atau konsep yang
baru dengan yang lama sebelum membuat keputusan (Duch et. al, 2001b).
Roh (2003) menyatakan bahawa pendekatan PBM bergantung kepada
karakter pelajar, suasana pembelajaran dan masalah yang diberi. Suasana PBM
memberi peluang kepada pelajar membentuk kebolehan mereka untuk menyesuaikan
diri dalam situasi masalah yang diberi. Pelajar-pelajar mempunyai peluang yang
lebih untuk mempelajari proses penyelesaian masalah yang berkaitan dengan
pelbagai kemahiran.
PBM juga merupakan salah satu pembelajaran yang aktif (Savin-Baden dan
Major, 2004; Noraini, 2006). Pengetahuan pelajar dibina melalui situasi dan masalah
yang tidak terhad iaitu secara terbuka. Dalam pembelajaran ini, pelajar mengambil
bahagian secara aktif dan mengkaji masalah secara kritis berdasarkan pengalaman
9
masing-masing. Pelajar perlu membentuk strategi bagi memudahkan pembelajaran.
Pembelajaran secara berkumpulan kecil ini mampu memberi satu kesan yang positif
terhadap pengetahuan mereka.
Menurut Savin-Baden dan Major (2004), pelajar perlu menguasai PBM ini
dengan lebih mendalam. Pelajar yang dapat menguasai pembelajaran ini akan mudah
untuk belajar dan dapat menyelesaikan tugasan dengan baik di samping dapat
meningkatkan tahap penguasaan dalam menyelesaikan masalah. Menurut beliau lagi,
suasana pembelajaran dapat menggalakkan pelajar untuk berminat dan terus
mengikuti pembelajaran secara aktif. Apabila pelajar fokus terhadap masalah yang
diberi, aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih menarik.
PBM memerlukan pelajar mengkaji dan menerokai isu-isu yang berkaitan
dengan masalah yang diberi. Pengalaman yang lepas banyak membantu pelajar
untuk membuat keputusan. Pelajar akan sentiasa menerokai bahan-bahan yang baru
supaya idea di kalangan ahli kumpulan dapat disatukan. Penguasaan pelajar terhadap
masalah akan memudahkan mereka untuk mengaitkan pengetahuan lepas dengan
pembentukan idea baru. Ini akan memudahkan pelajar untuk menyelesaikan masalah
secara sistematik.
1.2.4 Matematik sebagai Alat Penyelesaian Masalah
Matematik tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan dan dunia luar. Seperti
yang diketahui, matematik digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang.
Keperluan matematik dalam bidang lain memberi sumbangan yang besar. Hubungan
di antara bidang matematik dengan bidang lain akan membantu mewujudkan sistem
pendidikan yang tiada batasan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran, pelajar perlu melihat matematik sebagai
alat kepada penyelesaian masalah. Matematik merupakan alat yang penting kepada
minda untuk diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Kombinasi idea dari pelbagai
10
bidang akan menguatkan lagi pemahaman pelajar tentang matematik sebagai alat
dalam pelbagai bidang dan menjadi sumber dalam setiap masalah.
Pelajar yang melalui proses pembelajaran sepatutnya dapat menggunakan
matematik sebagai alat untuk menyelesaikan sebarang masalah. Nik Azis Nik Pa
(1995) menyatakan bahawa antara sifat asas matematik ialah matematik merupakan
idea yang dibina oleh individu melalui pengalaman. Idea yang dibina di luar bilik
darjah akan dapat membantu pelajar berhadapan dengan masalah matematik semasa
pembelajaran.
Kemahiran menyelesaikan masalah juga merupakan salah satu daripada ciri-
ciri pembelajaran berasaskan masalah (PBM). Penyelesaian masalah merupakan
aktiviti yang penting dalam PBM matematik. Penguasaan dan kebolehan pelajar
menyelesaikan masalah telah dijadikan sebagai satu ukuran yang utama dalam PBM
matematik. Penyelesaian masalah berlaku dalam suasana pembelajaran kolaboratif
yang memerlukan ahli dalam kumpulan bekerjasama dan menyumbangkan idea.
Pelajar yang dapat menyelesaikan pelbagai masalah akan dianggap berjaya
menguasai pembelajaran secara keseluruhannya. Kemahiran ini memimpin pelajar
untuk berfikir memahami masalah, merancang penyelesaian, menyelesaikan masalah
dan mengaitkan masalah dengan pengalaman dan pengetahuan yang lepas.
Ringkasnya, daripada perbincangan di atas dapat diketahui bahawa terdapat
beberapa kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu
diperbaiki. Kelemahan-kelemahan ini memberi gambaran bahawa pelajar yang
lemah tidak mampu menjadi seorang yang boleh membantu generasi akan datang.
Negara yang maju memerlukan pelajar yang kreatif dan inovatif untuk berhadapan
dengan apa jua keadaan pada masa akan datang.
11
1.3 Pernyataan Masalah
Matematik KBSM menekankan kesepaduan di antara perkembangan kognitif
dan sosial untuk melahirkan insan yang seimbang dalam matematik. Keseimbangan
aspek kognitif dan sosial selaras dengan PBM yang menyokong Matematik KBSM
yang menekankan aspek-aspek seperti aplikasi pengetahuan matematik dalam dunia
sebenar, bertanggungjawab menyelesaikan masalah dan membuat keputusan,
membuat perkaitan dan berkomunikasi dalam matematik. PBM jarang dilihat dalam
pengajaran dan pembelajaran harian di sekolah sedangkan kemahiran-kemahiran
seperti berfikir, merancang, berkomunikasi dan berkolaboratif sangat penting dalam
penyelesaian masalah matematik. Senario di sekolah lebih menekankan kognitif dan
tidak menitikberatkan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya perlu bagi seorang
pelajar. Mungkin ada yang berpendapat PBM lebih sesuai untuk pelajar yang lebih
matang di peringkat universiti dan bukan di peringkat sekolah. Oleh itu, kajian ini
dicadangkan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan PBM dalam matematik di
peringkat sekolah menengah mampu untuk membangunkan kemahiran generik di
kalangan pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis pelaksanaan PBM dalam
matematik dari aspek
(i) pembelajaran kolaboratif dalam kalangan pelajar;
(ii) kemahiran merancang dalam kalangan pelajar;
(iii) kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar;
(iv) penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar.
12
1.5 Kepentingan Kajian
Pendidikan matematik di Malaysia amat mementingkan kesepaduan di antara
pengetahuan dan kemahiran. Ianya perlu selaras dengan nilai-nilai murni agar dapat
membentuk insan yang bertanggungjawab dalam menguruskan kehidupan masing-
masing pada masa akan datang. Kepelbagaian kaedah pembelajaran seperti PBM
dapat mendorong pelajar untuk menjadi pelajar yang bertanggungjawab
menguruskan pembelajaran dan memastikan pembelajaran berlaku secara aktif.
Melalui PBM juga, pelajar dapat berkongsi kemahiran dan pengetahuan yang ada di
samping membentuk idea yang baru melalui pembelajaran kolaboratif.
Adalah diharapkan kajian ini boleh memberi maklumat dan pengalaman baru
untuk membentuk pelajar yang aktif dalam pembelajaran dan mampu melahirkan
idea untuk menyelesaikan masalah yang kompleks. Kajian ini juga diharapkan dapat
membantu guru dalam melaksanakan PBM dan dapat meyakinkan pihak tertentu
tentang kesesuaian pelaksanaan PBM di peringkat sekolah.
1.6 Skop Kajian
Skop kajian adalah merangkumi aspek-aspek seperti berikut:
a) melibatkan seramai 6 orang pelajar tingkatan satu yang terdiri
daripada pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam
matematik;
b) melihat pelaksanaan PBM dalam matematik yang melibatkan
pembelajaran secara kolaboratif di peringkat sekolah menengah;
c) hanya fokus kepada empat aspek kemahiran generik iaitu kemahiran
pembelajaran kolaboratif, kemahiran merancang, kemahiran
komunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah.
13
1.7 Kerangka Konsep
Rajah 1.1: Kerangka Konsep untuk Pelaksanaan PBM
dalam Matematik di Sekolah Menengah
Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep bagi kajian terhadap pelaksanaan
PBM dalam matematik di sekolah menengah. PBM dalam matematik adalah
berasaskan teori konstruktivisme sosial. Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran
adalah berpusatkan pelajar dan pengetahuan dikembangkan secara aktif melalui
aktiviti yang dilalui oleh pelajar. Pengalaman pelajar juga amat penting dalam
menyelesaikan masalah yang diberi. Ini kerana pengalaman yang lepas akan dapat
membantu pelajar melihat masalah dalam konteks dunia yang sebenar. Pengalaman
ini juga membantu pelajar untuk membentuk idea dan konsep yang baru.
Untuk melaksanakan PBM, pembelajaran akan bermula dengan masalah. Isi
kandungan dalam masalah yang disediakan kepada pelajar merupakan perkara utama
dalam pelaksanaan PBM. Masalah tersebut membantu pelajar untuk membentuk
pemahamam konsep dan kemahiran matematik. Pelajar juga dapat mengembangkan
kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
berkomunikasi dan kemahiran bekerja dalam kumpulan melalui pembelajaran
PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM)
MATEMATIK DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH
TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL
Pelaksanaan PBM Matematik
Penyelesaian Masalah Matematik
Komunikasi
Pembelajaran Kolaboratif
14
kolaboratif. Proses penyelesaian masalah berlaku dalam aktiviti pembelajaran
mereka. Penyelesaian masalah matematik melibatkan proses yang berkaitan dengan
pengetahuan dan pengalaman yang lepas. Penglibatan yang aktif semasa
menyelesaikan masalah akan dapat membantu pelajar mengembangkan lagi idea dan
kemahiran pelajar.
1.8 Definisi Istilah
Berikut merupakan definisi istilah yang digunakan oleh penyelidik dalam
kajian ini secara berulang-ulang.
(a) Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
PBM adalah pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar yang
membenarkan pelajar untuk mengendalikan proses menyelesaikan masalah,
menyatukan teori dan praktis dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran
untuk membina penyelesaian dalam mentakrif masalah (Savery, 2006).
Melalui proses PBM, pelajar perlu mentafsir masalah, mengumpulkan
maklumat, mengenalpasti penyelesaian yang mungkin, menilai setiap
penyelesaian masalah dan membentangkan segala rumusan dan keputusan
yang dibuat (Roh, 2003).
(b) Pembelajaran Kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu pendekatan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar bekerjasama dalam satu
kumpulan untuk mencapai matlamat yang sama (Prince, 2004). Pembelajaran
ini merupakan satu pendekatan yang melibatkan aktiviti penerokaan dan
berpusatkan pelajar. Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat meningkatkan
pemahaman konsep, kemahiran generik dan pembentukan idea yang baru
(MacGregor dan Smith, 1992).
15
(c) Kemahiran Generik
Kemahiran generik merujuk kepada beberapa kemahiran yang diterapkan
dalam proses pembelajaran seperti berkomunikasi dengan berkesan, berupaya
menyelesaikan masalah, berkebolehan menggunakan idea dan teknik
matematik, berkebolehan mengurus kumpulan, mampu melakukan kerja
dalam kumpulan dan mahir dalam penggunaan teknologi (Abu Bakar Nordin
dan Ikhsan Othman, 2003). Begitu juga yang telah dinyatakan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum (2001) bahawa kemahiran generik terdiri daripada
kemahiran berkomunikasi; kemahiran menggunakan teknologi; kemahiran
merancang dan mengelola aktiviti; kemahiran bekerja dengan orang lain dan
dalam kumpulan; kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat;
dan kemahiran memahami budaya. Dalam konteks kajian ini hanya
memfokuskan empat aspek kemahiran generik iaitu kemahiran pembelajaran
kolaboratif, kemahiran merancang, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran
menyelesaikan masalah.