Post on 01-Apr-2019
IUniversiti Malaya
Semua hak terpelihara. Tiada bahagian daripada cetakan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem dapatan semula, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau cara lain tanpa mendapat izin terlebih dahulu daripada Penerbit.
ISBN: 978-983-42600-9-5
Hak Cipta Terpelihara © 2013
UNIT PEMBEDAHAN SPINALJabatan Surgeri Ortopedik Fakulti Perubatan Universiti MalayaLembah Pantai, 50603 Kuala LumpurTalipon: (603) 7949 2061, 7949 2446Faks: (603) 7949 4642
Dicetak oleh:Izmo Graphics Associates No. 31, Jalan 8/119Taman Taynton View, Cheras56000 Kuala LumpurTalipon: (603) 913 22 777Email: studio@izmo.com
MalayVersion.indd 1 1/18/15 5:42 PM
IIUniversiti Malaya
BUKU PANDUAN PESAKIT SKOLIOSIS IDIOPATIK
Disusun dan disunting oleh:Kwan Mun KeongChris Chan Yin Wei
Mohamed Zaim Bin Mohamed Thajudeen
MalayVersion.indd 2 1/18/15 5:42 PM
IIIUniversiti Malaya
1. PENGENALAN
Apa itu Skoliosis? 1 Jenis-jenis Skoliosis 1 Adakah saya menghidapi Skoliosis? 2 Bagaimana untuk mendiagnosis Skoliosis? 3 Berapa kali saya boleh buat x-ray dalam setahun? 3
2. JENIS RAWATAN
Pemerhatian 4 Pemakaian Pendakap 4 Kesan Rawatan menggunakan Pendakap 4 Jenis-jenis Pendakap 5
3. RAWATAN PEMBEDAHAN
Tujuan Rawatan 6-7 Apakah yang akan dilakukan semasa pembedahan? 8 Apakah risiko pembedahan? 9 Apakah yang akan berlaku jika anda tidak menjalani pembedahan? 10 Apakah yang akan berlaku selepas pembedahan? 11
4. SENAMAN BELAKANG 12
5. PENJAGAAN BELAKANG 13 - 15
6. PENGHARGAAN 16
7. RUJUKAN 16
8. PENGIRAAN KETINGGIAN 17
9. CARTA KETINGGIAN 18
10. SOALAN UNTUK DOKTOR ANDA
MalayVersion.indd 3 1/18/15 5:42 PM
1Universiti Malaya
PENGENALAN
Apa itu Skoliosis?
Satu keadaan di mana tulang belakang seseorang membengkok dan melengkong pada paksinya dalam bentuk huruf “C” atau “S” dari pandangan tepi.
Penyebab utama penyakit ini tidak dapat dikesan dalam >80-90 % pesakit skoliosis yang sedia ada, dan dengan itu ia dipanggil ‘idiopatik’. 1
Penyakit ini kerap berlaku di kalangan remaja, dan ia dikenali sebagai Skoliosis Idiopatik Remaja (Adolescent Idiopathic Scoliosis).
Tiga hingga lima peratus daripada remaja mungkin akan mengalami lengkungan yang kecil. Ia lebih kerap di kalangan remaja perempuan, di mana lengkungan boleh bertambah teruk.
Skoliosis mempunyai beberapa kecenderungan genetik atau hormon yang tidak stabil dan sebagainya. Ia bukan disebabkan oleh mengangkat barang-barang berat, penglibatan sukan, kedudukan tidur/berdiri, atau perbezaan yang kecil pada kepanjangan kaki.
Jenis-jenis Skoliosis
Rajah 1
Idiopatik Sebab-sebab LainBayi 0-3 tahun KongenitalKanak-kanak 3-10 tahun Sebahagian dari sakit sindrom
Remaja 10-18 tahun(Paling biasa)
Penyakit saraf dan otot
MalayVersion.indd 1 1/18/15 5:42 PM
2Universiti Malaya
Rajah 2Pinggul yang tidak sama tinggi
Lengkungan pada tulang belakang
Bahu yang tidak sama tinggi
Bonggol tulang bahu dan rusuk yang jelas
3
3
Adakah saya menghidapi Skoliosis?
Tanda-tanda skoliosis termasuk:
v Lengkungan tulang belakang tidak seimbang
v Bahu yang tidak sama tinggi
v Tulang bahu dan rusuk yang menonjol, terutamanya apabila membongkok ke hadapan
v Pinggul yang tidak sama tinggi
v Terdapat perbezaan pada kepanjangan kaki
v Cara berjalan yang tidak seimbang
MalayVersion.indd 2 1/18/15 5:42 PM
3Universiti Malaya
Rajah 3
Bagaimana untuk mendiagnosis Skoliosis?
Berapa kali saya boleh buat x-ray dalam setahun?
Anggaran dos radiasi untuk setiap x-ray tulang belakang adalah 1.5mSv. Had pekerjaan (occupational limit) untuk seluruh badan adalah 20 mSv dalam jangka masa setahun. Dengan ini, seorang pesakit boleh menjalani pemeriksaan x-ray keseluruhan tulang belakang sebanyak 13 kali tanpa risiko yang tinggi.
Sudut Cobb = x darjah
Lengkungan Skoliosis dikira melalui x-ray dengan menggunakan pengiraan Sudut Cobb
(ralat ± 3 darjah).
X-ray keseluruhan tulang belakang diambil dalam posisi berdiri.
Pesakit Skoliosis mempunyai Sudut Cobb >10 darjah.
(Sumber gambar dari Stephen I, Esses JB, et al. Textbook of Spinal Disorders. Philadelphia: Lippincott Company; 1995, ms. 272)
Secara lazimnya x-ray dilakukan ke atas keseluruhan tulang belakang termasuk tulang pinggul pesakit. Pemeriksaan x-ray dapat menentukan kedudukan Apeks (tempat tulang belakang yang paling bengkok), arah kebengkokan serta mengira magnitud darjah kebengkokan dengan menggunakan Sudut Cobb.
(Sumber dari Radiological Society of North America, Inc.(RSNA))
X
X
X
MalayVersion.indd 3 1/18/15 5:42 PM
4Universiti Malaya
Pemerhatian
Pemerhatian akan dibuat setiap 4 hingga 6 bulan bagi memantau perkembangan lengkungan. Hanya penambahan >5 darjah diantara 2 pemeriksaan susulan (jarak 4-6 bulan) dianggap sebagai ketara.
Pemakaian Pendakap
Pendakap (brace/orthosis) digunakan untuk mengekalkan kedudukan tulang belakang dan menghalang lengkungan daripada menjadi lebih teruk.
Kesan Rawatan menggunakan Pendakap
Kajian daripada Persatuan Penyelidikan Skoliosis mendapati bahawa penggunaan pendakap oleh 92% pesakit telah mencegah lengkungan mereka daripada menjadi lebih teruk berbanding dengan 49% pesakit yang tidak memakai pendakap.3
Untuk memastikan rawatan menggunakan pendakap berjaya:
1. Pesakit mestilah mematuhi cara pemakaian (mematuhi nasihat pakar tulang belakang/doktor)
2. Pembuatan pendakap yang betul
JENIS RAWATAN
Sudut Cobb (X˚) Jenis Rawatan10 - 20˚ Pemerhatian dengan pemeriksaan susulan20 - 45˚ Menggunakan pendakap
> 45˚ Pembedahan
Rajah 4
MalayVersion.indd 4 1/18/15 5:42 PM
5Universiti Malaya
Jenis-jenis Pendakap
Rajah 5
SpineCor TLSO
SpineCor ThoracolumbosacralOrthosis (TLSO)
Rawatan Susulan
Setiap 2 bulan Tidak Kerap
Tempoh Pemakaian
20-23 jam 20-23 jam
Keselesaan Ya Tidak selesaBoleh Lentur Ya TidakKekerapan x-ray yang diperlukan semasa susulan
Susulan Pertama – 3 X-ray, 2 X-ray setiap 6 bulan
Susulan Pertama – 2 X-ray, 2 X-ray setiap 6 bulan
* Perbezaan antara SpineCor dan TLSO
MalayVersion.indd 5 1/18/15 5:42 PM
6Universiti Malaya
RAWATAN PEMBEDAHAN
Rawatan pembedahan hanya perlu apabila lengkungan skoliosis >45 darjah
Tujuan Rawatan
1. Untuk mengelakkan daripada lengkungan menjadi lebih teruk
Rajah di atas menunjukkan lengkungan yang menjadi lebih teruk dalam jangka masa setahun. Ia sering berlaku kepada pesakit yang belum menempuh usia akil baligh (belum datang haid).
Rajah 6
Dis 2007 Mei 2008 Dis 2008
MalayVersion.indd 6 1/18/15 5:42 PM
7Universiti Malaya
2. Untuk meluruskan tulang belakang (kadar pembetulan antara 50-75%)
3. Untuk mengelakkan dari paru-paru terjejas dan untuk memberi lebih ruang pada daerah perut
4. Mencantikkan rupa tubuh badan
Rajah 7
Sebelum pembedahan Selepas pembedahan
MalayVersion.indd 7 1/18/15 5:42 PM
8Universiti Malaya
Apakah yang akan dilakukan semasa pembedahan?
Pencantuman tulang belakang
Beberapa skru pedikel dimasukkan ke dalam tulang belakang dan skru-skru ini disambung kepada rod besi untuk meluruskan tulang belakang tersebut. Permukaan tulang belakang yang terbabit akan didedah dan cantuman tulang (bone graft) (yang akan diambil dari pesakit sendiri) akan diletakkan di atas tulang-tulang yang terdedah tersebut.
Pada mulanya, skru dan rod besi akan memberikan kestabilan kepada tulang belakang. Namun, setelah tulang-tulang tersebut bercantum, ianya akan menjadi cukup kuat untuk meluruskan belakang dengan sendiri.
Rod besi
Skru pedikel
Rajah 8
MalayVersion.indd 8 1/18/15 5:42 PM
9Universiti Malaya
Apakah risiko pembedahan?
Kadar komplikasi (besar dan kecil) secara keseluruhan adalah kurang daripada 5%.4
Jadual di bawah menunjukkan semua komplikasi besar dan kecil yang mungkin terjadi pada gabungan posterior untuk AIS seperti yang dilaporkan oleh SRS dalam tahun 2006:
Di pusat kami, kadar komplikasi besar adalah kurang dari 0.5%(berdasarkan maklumat pembedahan skoliosis di Universiti Malaya).
Jenis Posterior(%)(Jumlah pesakit = 4369)
Jangkitan luka 1.35
Pulmonari (bukan embolus pulmonari) 0.96
Berkaitan dengan implan 0.64
Neurologi 0.32
Dura terkoyak 0.18
Perdarahan yang tidak membahayakan
0.14
Trombosis vena yang mendalam 0.05
Embolus pulmonari 0.02
Kehilangan darah (yang boleh membawa maut) 0.02
Embolus udara (yang boleh membawa maut) 0.02
MalayVersion.indd 9 1/18/15 5:42 PM
10Universiti Malaya
Apakah yang akan berlaku jika anda tidak menjalani pembedahan?
Secara umumnya, terdapat 3 kumpulan tumbesaran lengkungan:
Apabila lengkungan mencecah 100 darjah atau lebih, risiko untuk kegagalan paru-paru/jantung adalah lebih tinggi, yang mana mungkin terjadinya kematian pada umur yang muda.6
Lengkungan akan
menjadi lebih
teruk dan anda
berkemungkinan
hilang kestabilan
badan.
Rajah 9
Kumpulan Tumbesaran lengkungan
Pesakit belum matang/belum baligh (sebelum datang haid)
Lengkungan akan terjadi secara agresif (Rujuk Rajah 6)
Pesakit belum matang/akil baligh (telah datang haid)
Lengkungan akan membentuk lebih kurang 5-10 darjah dalam setahun
Pesakit sudah matang (tulang rangka telah matang) dengan lengkungan > 50°
Lengkungan akan membentuk 1 darjah dalam setahun5
MalayVersion.indd 10 1/18/15 5:42 PM
11Universiti Malaya
Apakah yang akan berlaku selepas pembedahan?
1. Bilakah pesakit yang menjalani pembedahan boleh bangun dan berjalan untuk pertama kali selepas pembedahan? Selalunya dalam masa 24 jam selepas pembedahan.
2. Berapa lamakah pesakit perlu berada di hospital?3-4 hari.
3. Berapa lamakah pesakit perlu berehat sebelum kembali membuat aktiviti biasa?3-4 bulan.
4. Bolehkah pesakit melibatkan diri dalam sukan? Boleh, tetapi bukan sukan yang memerlukan interaksi fizikal dengan pemain lain.
5. Adakah pembedahan ini akan menjejaskan kehamilan di masa hadapan pada pesakit wanita?
Tidak.
MalayVersion.indd 11 1/18/15 5:42 PM
12Universiti Malaya
SENAMAN BELAKANG
Semua pesakit Skoliosis perlu membuat senaman belakang untuk menguatkan otot belakang dan meningkatkan kebolehlenturan tulang belakang. Pada masa yang sama, mereka memerlukan penjagaan belakang.
Pesakit yang menghidapi skoliosis adalah digalakkan untuk bersenam. Pesakit digalakan untuk berenang dan mengikuti program fisioterapi yang boleh meningkatkan:
1. Kekuatan otot belakang/utama
2. Mengekalkan dan/atau meningkatkan kebolehlenturan tulang belakang
Berikut adalah senaman yang disarankan untuk menguatkan dan memperbaiki kebolehlenturan tulang belakang anda:
Sambil berdiri, regangkan kepala dan badan anda
ke kiri sejauh yang boleh dan tahan untuk 5 saat (kekalkan posisi kepala
anda memandang ke hadapan). Ulang untuk bahagian kanan.
KATIL
1
3
2
Baring tertiarap dan rehatkan dahi anda di atas tangan.Angkat lengan dan kepala dan tahan untuk 5 saat.
Regang ke hadapan dan usik jari kaki anda
Untuk minggu pertama, ulang senaman ini 5 kali setiap pagi dan malam. Minggu kedua, ulang sebanyak 10 kali. Minggu ketiga, ulang sebanyak 15 kali dan untuk minggu yang seterusnya, 20 kali setiap pagi dan malam.
MalayVersion.indd 12 1/18/15 5:42 PM
13Universiti Malaya
Tekanan
BadanVertebral
Ceper Intervertebra Ceper Intervertebra
BadanVertebral
Tekanan
PENJAGAAN BELAKANG
Berikut adalah cara-cara untuk menjaga belakang anda.
MalayVersion.indd 13 1/18/15 5:42 PM
15Universiti Malaya
[1]
[3]
[2]
[4]
[1] [2]
[3] [4]
Postur yang betul ketika berdiri
Postur yang betul ketika menaiki tangga
Postur yang betul ketika bangun dari katil
Postur yang betul ketika bangun dari kerusi
MalayVersion.indd 15 1/18/15 5:42 PM
16Universiti Malaya
PENGHARGAAN
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada:
1. Jenny Wong Fei Mun
2. Valerie Hew Yook Ping
3. Shirley Wong Kueng Chii
4. Winnie Loke Lai Sing
RUJUKAN
1. Riseborough EJ, Wynne-Davies R. A genetic survey of idiopathic scoliosis in Boston, Massachusetts. J Bone Joint Surg Am 1973;55:974-82.
2. Ueno M, Takaso M, Nakazawa T, Imura T, Saito W, Shintani R, et al. A 5-year epidemiological study on the prevalence rate of idiopathic scoliosis in Tokyo: school screening of more than 250,000 children. J Orthop Sci 2011;16: 1-6.
3. Rowe DE, Bernstein SM, Riddick MF, Adler F, Emans JB, Gardner-Bonneau D. A meta-analysis of the efficacy of non- operative treatments for idiopathic scoliosis. J Bone Joint Surg Am 1997; 79:664-74.
4. Coe JD, Arlet V, Donaldson W, Berven S, Hanson DS, Mudiyam R, et al. Complications in spinal fusion for adolescent idiopathic scoliosis in the new millennium. A report of the Scoliosis Research Society Morbidity and Mortality Committee. Spine 2006;31:345-9.
5. Weinstein SL, Ponseti IV. Curve progression in idiopathic scoliosis. J Bone Joint Surg Am 1983;65:447-55.
6. Weinstein SL. Natural history. Spine 1999;24:2592-600.
MalayVersion.indd 16 1/18/15 5:42 PM
17Universiti Malaya
PENGIRAAN KETINGGIAN1. Ukur ketinggian pada hari pertama setiap bulan sejurus selepas anda bangun dari
tidur.
2 Gunakan pengukur ketinggian, seperti pita pengukur, yang boleh ditampal di dinding.
3. Bukakan kasut, pengikat rambut dan ikatan rambut yang akan mengganggu pengiraan ketinggian.
4. Pastikan kanak-kanak berdiri dengan kaki yang rapat dan berdiri rapat ke dinding, seperti dalam gambar di bawah.
5. Pastikan kedua-dua belah kaki lurus, kedua-dua lengan berada di sisi badan, kedua-dua bahu sama rata dan kanak-kanak tersebut memandang ke hadapan.
6. Ambil ukuran ketika kanak-kanak tersebut berdiri dengan kepala, bahu, pinggul dan tumit mencecah dinding (rujuk kepada anak panah yang ditunjukkan di dalam gambar).
7. Gunakan pengukur tiga segi dan pastikan kayu pengukur mencecah bahagian atas kepala.
8. Pastikan mata juruukur berada pada paras yang sama dengan kayu pengukur.
9. Rekodkan ketinggian dengan tepat pada 0.1cm yang terdekat.
10. Dapatkan tiga bacaan dan kirakan purata bacaan-bacaan tersebut.
Dinding
Kayu pengukur tiga segi
MalayVersion.indd 17 1/18/15 5:42 PM
18Universiti Malaya
Ken
aika
n k
etin
ggia
n d
alan
cm
0 =
......
......
......
......
.cm
Un
tuk
men
ggu
nak
an c
arta
ket
ingg
ian
yan
g te
lah
diu
bah
suai
in
i, si
la m
ula
kan
den
gan
0 c
m p
ada
0 bu
lan
. R
ekod
kan
pen
amba
han
ke
tin
ggia
n y
ang
diba
ca s
etel
ah 0
bu
lan
. Se
baga
i co
nto
hn
ya,
jika
ket
ingg
ian
pad
a 0
bula
n a
dala
h 1
40cm
dan
ket
ingg
ian
yan
g di
baca
pa
da 1
bu
lan
ada
lah
140
.4cm
, sil
a re
kodk
an 0
.4cm
pad
a 1
bula
n.
Tem
poh
dala
m k
iraan
bul
an
CARTA KETINGGIAN
MalayVersion.indd 18 1/18/15 5:42 PM
19Universiti Malaya
SOALAN UNTUK DOKTOR ANDA(Sambil menunggu untuk berjumpa dengan doktor anda, kami sarankan anda catatkan soalan-soalan anda agar tidak lupa untuk bertanya semasa perjumpaan dengan doktor nanti)
MalayVersion.indd 19 1/18/15 5:42 PM