HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF
SOALAN TUGASAN
1. Huraikan kepentingan guru memberikan pertimbangan kepada ciri-ciri peralatan semasa
mengajar manipulasi alatan dalam pergerakan artistik dan kreatif. Berikan satu contoh
aktiviti yang bersesuaian bagi setiap ciri yang dinyatakan. Gunakan ilustrasi/rajah yang
relevan untuk menyokong setiap jawapan anda.
(10 markah)
PENGENALAN
Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk
mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi murid-murid sekolah
kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku,mengawal dan mengendalikan objek-objek
yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek
seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.
Pengajaran manipulasi alatan dalam pergerakan artistik dan kreatif dapat membentuk
kemahiran mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap dikalangan kanak-kanak.
Pengajaran manipulasi alatan yang berkesan secara tidak langsung membolehkan kanak-kanak
meningkatkan kordinasi anggota badan seperti tangan dan mata, kaki dan mata dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikian, seorang guru perlu memilih peralatan yang bersesuaian untuk digunakan
bagi menimbulkan kesan yang baik untuk murid-muridnya. Antara ciri peralatan yang perlu
diberi perhatian adalah seperti saiz, bentuk, warna dan berat. Di bawah dinyatakan bagaimana
sesuatu aktiviti yang dijalankan berkait rapat dengan ciri alatan bagi mempastikan aktiviti yang
dirancangkan dapat menimbukan minat murid.
Kepentingan Guru Memberikan Pertimbangan kepada Ciri-ciri Peralatan
Seiring dengan kemodenan dunia, terdapat pelbagai peralatan yang digunakan dalam
mendedahkan murid kepada aktiviti manipulasi alatan boleh didapati di pasaran. Kesemua
peralatan yang digunakan adalah semata-mata bagi memberikan pendedahan awal kepada murid
dalam alam sukan yang sebanar.Walau bagaimanapun, tidak semua jenis peralatan yang
dihasilkan sesuai digunakan terutamanya bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah.
Seseorang guru perlu menggunakan kebijaksanaan untuk menggunakan alatan yang bersesuaian
1
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF
bagi mempastikan pengajaran dan pembelajaran manipulasi alatan dapat memberi kesan terhadap
pertumbuhan dan perkembangan motor kanak-kanak. Antara jenis –jenis peralatan yang sesuai
digunakan bagi kanak-kanak di sekolah ialah tali, belantan, bola, reben, gelong, oktagon, landing
mat dan junior voulting board. Seorang guru Pendidikan Jasmani yang berkebolehan akan
mempastikan ciri alatan tersebut dapat memberikan impak yang mendalam kepada seseorang
kanak-kanak. Antara ciri alatan yang perlu dipertimbangkan adalah saiz, bentuk, warna dan berat
alatan.
Ciri alatan : Bentuk
Contoh aktiviti : Melereng gelung rotan
Ilustrasi :
Dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran melereng gelung rotan contohnya
seorang guru perlu memberikan penekanan kepada bentuk peralaran yang akan digunakan iaitu
gelung rotan. Gelung rotan yang akan digunakan perlulah berbentuk bulat agar lerengan yang
dibuat oleh kanak-kanak dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Gelung rotan yang benar-
benar berbentuk bulat akan memudahkan kawalan dibuat semasa melerang maksudnya lerengan
akan bergerak tegak kehadapan tanpa bengkang-bengkok. Permainan gelong ini dapat membantu
kanak-kanak menguatkan bahagian tangan,kaki dan pinggang. Selain itu juga permainan
melereng gelung rotan dapat membentuk kemahiran kordinasi mata dengan tangan dengan baik
dan member kesan yang baik dan mencergaskan otak kanak-kanak.
Ciri alatan : Berat
Contoh aktiviti : Melambung dan memukul bola bersama rakan
Ilustrasi :
2
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF
Seorang guru Pendidikan Jasmani juga pelu memberikan keutamaan kepada ciri alatan
yang ke dua iaitu berat. Berat sesuatu alatan yang dipilih dalam pengajaran dan pembelajaran
manipulasi alatan juga penting. Contohnya dalam aktiviti melambung dan memukul bola
bersama rakan bola, yang digunakan perlulah ringan. Bola yang ringan membolehkan pelajar
memukul bola dengan mudah dan tidak menyakitkan tangan kanak-kanak sama ada yang
memukul atau yang melambung. Dengan menggunakan bola yang ringan juga, lambungan bola
dapat dibuat dengan tepat kepada pemukul. Dalam permainan ini, secara tidak langsung dapat
meningkatkan dan membentuk kekuatan otot tangan , pinggang, peha, dan kaki. Kordinasi antara
mata, tangan dan objek juga dapat dipertingkatkan.
Ciri alatan : Warna
Contoh aktiviti :
Ilustrasi :
3
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF
2. Dengan sokongan grafik atau fotografi, tunjukkan 10 sekuen lakuan pergerakan kreatif dalam satu
persembahan Pendidikan Pergerakan. Nyatakan butiran perlakuan bagi setiap sekuen mengikut tema,
rangsangan dan nyatakan nilai yang hendak diterapkan bagi setiap sekuan lakuan tersebut.
(15 markah)
B. Pergerakan Kreatif Dalam Pendidikan Pergerakan
Pergerakan kreatif merupakan interpretasi idea , perasaan serta tanggapan idea yang dilahirkan
secara simbolik melalui pergerakan . Ia memberi penekanan kepada empat elemen asas , iaitu
tubuh badan , ruang , masa dan tenaga yang merupakan perbendaharaan pergerakan untuk
membolehkan kanak-kanak serta remaja berkomunikasi di samping meningkatkan potensi-
potensi seperti kebebasan menyatakan perasaan melalui pergerakan , ritma dan kreativiti.
Penerimaan pergerakan kreatif sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan jasmani dan
program kesihatan pastinya akan membantu serta memberi manfaat terhadap perkembangan
personaliti kanak-kanak di samping meningkatkan sifat-sifat seni dalam diri mereka. Di bawah
di utarakan 10 sekuan lakuan pergerakan kreatif dalam satu persembahan Pendidikan
Pergerakan.
Plan Lantai 10 Sekuan Lakuan Pergerakan Kreatif
Tajuk : 10 Budak Pengakap
Rangsangan : Cerita dalam iringan muzik
Mula Sekuen 1 Berjalan dengan Gaya Meredah Semak
Sekuen 2 Merangkak Kucing
( dua orang murid membuat pegaangan tangan dengan
mencangkung dan seorang murid merangkak dibawahnya )
Sekuen 3 Berlari Dikejar Hantu ( gaya 100 m )
Sekuen 4 Duduk Melutut ( membongkok )
Sekuen 5 Lompat Kanggaru
( melompat palang yang diletakkan pada skitle )
Sekuen 6 Jalan seperti Kereta Api ( memigang pinggang rakan )
Sekuen 7 Melompat Capai Bintang ( melompat dengan bertepuk tangan )
4
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF
Sekuen 8 Berjalan Meniti Titi
( berjalan di atas bangku gimnastik )
Sekuen 9 Daki Bukit
( murid naik dan turun kerusi yang disusun mengikut ketinggian )
Tamat Sekuen 10 Baringan Bebas
Cerita 10 Budak Pengakap
Suatu hari 10 budah pengakap berjalan menuju ke tapak perkhemahan di dalam sebuah hutan(1).
Sampai di pinggir hutan, terdapat pohon-pohon yang rendang yang menghalang laluan , 10
orang pengakap merangkak melalui bawah pohon tersebut( 2 ). Tiba-tiba seekor monyet turun
dari sepohon pokok lalu mengejar mereka( 3 ). 10 budak pengakap lari lintang pukang. Bila tiba
di sebatang pokok tumbanng mereka ternampak seekor ulat gonggok sedang menyusur lambat.
Mereka memerhati ulat gonggok itu( 4 ). Di hadapan pokok tumbang itu pula terdapat beberapa
batang parit kecil menghalang perjalanan mereka. 10 Budak pengakap terpaksa melompat parit
itu dengan berhati-hati ( 5 ). 10 budak pengakap berjalan seperti keretapi apabila memasuki
sebuah gua yang gelap kerana ketakutan( 6 ). Setelah keluar dari gua, 10 budak pengkap
melompat kegembiraan ( 7 ). Kegembiraan 10 budak pengakap tidak lama kerana dihadapan gua
itu terdapat sebatang sungai yang dalam. Walau bagaimanapun terdapat sebuah jambatan usang
untuk mereka keseberang. 10 budak pengakap meniti jambatan dengan berhati-hati ( 8 ).Setelah
selamat menyeberangi sungai 10 budak pengakap terpaksa pula mendiki sebuah bukit yang
sangat tinggi. Mereka sama-sama mendaki bukit tersebut dengan bersungguh-sungguh ( 9 ). Di
bawah bikit itulah letak tapak perkhemahan mereka. Sesampinya di tapak perkhemahan masing-
masing kepenatan lalu berbaring menghilangkan kepenatan ( 10 ).
10 Sekuen Lakuan Pergerakan Kreatif
5
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF
Pergerakan Lokomotor
Tubuh :
Jalan Senang Hati ( Berjalan dengan gaya meredah semak )
Tangan dilenggangkan tinggi hingga ke paras bahu
Semasa berjalan lutut diangkat hingga ke paras pinggang
Badan dalam keadaan tegak
Cerita
Suatu hari 10 budah pengakap
berjalan menuju ke tapak
perkhemahan di dalam sebuah
hutan.
Tema :
Keseluruhan Tubuh Badan
Nilai :
Keyakinan diri dalam
melakukan pergerakan
Aspek Keselamatan:
Memastikan murid melakukan
aktiviti dengan kemampuan
sendiri.
Usaha:
Pegerakan dengan kadar yang cepat
Pergerakan menggunakan daya ringgan
Pergerakan menggunakan aliran terikat
Bergerak secara sentuhan berselang
Ruang :
Menggunakan ruang am
Bergerak ke arah hadapan dengan aras yang sederhana
Bergerak dalam laluan lurus secara berbris.
Perkaitan :
Pergerakan secara bersendiri
Tiada alatan yang digunakan
Pergerakan Lokomotor
Tubuh :
Jalan Kucing ( merangkak )
Bergerak menggunakan tanggan dan lutut
Tangan dalam keadaan membengkok sedikir manakala kaki
dalam keadaan bentuk “sesiku L”
Sampai di pinggir hutan,
terdapat pohon-pohon yang
rendang yang menghalang
laluan , 10 orang pengakap
Usaha :
Gerakan badan semasa bergerak menggunakan daya yang berat
Pergerakan lambat
Pergerakan akan menggunakan aliran yang terikat
6
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF
merangkak melalui bawah
pohon tersebut.
Tema : Kesedaran Rintangan
dan Beban dan Masa
Nilai : Berkerjasama
Bergerak secara sentuhan berselang
Ruang :
Menggunakan ruang diri
Bergerak menggunakan pelbagai laluan
Menggunakan ruang diri (dua orang berpigang tangan ) ruang
am ( merangkak )
Perkaitan :
Bergerak melibatkan perkaitan dengn rakan
Tidak menggunakan sebarang alatan
Pergerakan Lokomotor
Tubuh :
Lari Dikejar Hantu ( Lari Laju )
Larian dengan gaya seperti larian pecut
Lari pentas dan beransur-ansur perlahan
Tangan kanan dihayun hingga paras bahu manakala tangan
kiri dihayun hingga melepasi punggung.
Semasa melangkah lutut diangkat ke paras pinggang
Badan bergerak arah hadapan
Tiba-tiba seekor monyet turun
dari sepohon pokok lalu
mengejar mereka. 10 budak
pengakap lari lintang pukang.
Tema : Kesedaran Ruang
Nilai : Keseronokan dan
kepuasan
Usaha :
Pergerakan menggunakan daya yang laju tinggi
Pergerakan ringan dan cepat
Pergerakan menggunakan aliran bebas
Ruang :
Menggunakan ruang am
Bergerak ke hadapan dengan aras yang tinggi
Bergerak dengan aliran terikat
Perkaitan :
Pergerakan secara individu tidak melibatkan rakan
Tidak menggunakan sebarang alatan
7
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF
Bukan lokomotor
Tubuh :
Duduk Melutut ( membongkok )
Badan dibongkokkan kehadapan dengan dirian
menggunkan tangan dan lutut
Tangan lurus mencecah lantai, lutul dalam bentuk “siku
L”
Bila tiba di sebatang pokok
tumbang mereka ternampak
seekor ulat gonggok sedang
menyusur lambat. Mereka
memerhati ulat gonggok itu.
Tema : Penggunaan Tubuh
Badan sebagai Alat
Nilai : Semangat cintakan
keindahan alam sekitar
Usaha :
Pergerakan menggunakan daya yang ringan
Menggunakan kekuatan otot yang ringan
Pergerakan menggunakan aliran yang terikat
Ruang :
Menggunakan ruang diri.
Bergerak ke hadapan dengan aras yang rendah
Pergerakan melibatkan imbangan dan kelenturan.
Perkaitan :
Pergerakan tidak melibatkan dengan oran lain dan alat.
Pergerakan Lokomotor
Tubuh :
Lompat Kanggaru ( melompat dengan membongkokkan
badan )
Lompat di atas hujung kaki, mendarat dengan
membengkokkan lutut, badan tegak dan gerak tangan ke atas
dan ke bawah.
Di hadapan pokok tumbang itu
pula terdapat beberapa batang
parit kecil menghalang
perjalanan mereka. 10 Budak
pengakap terpaksa melompat
parit itu.
Tema : Kesedaran Rintangan
Usaha :
Pergerakan menggunakan daya yang berat.
Pergerakan lambat
Pergerakan menggunakan aliran yang bebas.
Ruang :
Menggunakan ruang diri
Bergerak ke arah hadapan dengan aras yang sederhana
Bergerak dalam lslusn lurus.
8
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF
kepada Beban dan Masa
Nilai : Keberanian
Perkaitan :
Pergerakan yang tidak melibatkan perkaitan dengan rakan
Menggunakan perkaitan dengan alatan ( skital dan rotan
panjang )
Pergerakan Lokomotor
Tubuh :
Jalan Seperti Kereta Api
Dalam keadaan berbaris
Kedua-dua tangan akan memiggang pinggang rakan
dihadapan
Orang di hadapan bertindak sebagai kepala kereta api
10 budak pengakap berjalan
seperti keretapi apabila
memasuki sebuah gua yang
gelap kerana ketakutan.
Tema : Penyesuaian terhadap
Rakan
Nilai : Berkerjasama
Usaha :
Pergerakan menggunakan daya yang berat
Pergerakan lambat
Pergerakan menggunakan aliran yang terikat
Ruang :
Menggunakan ruang am
Bergerak ke hadapan dengan aras yang tinggi
Bergerak dalam laluan yang bengkang-bengkok.
Perkaitan :
Pergerakan yang melibatkan perkaitan dengan rakan.
Perkaitan dengan alatan ( skittle )
Pergerakan Lokomotor
Tubuh :
Lompat Capai Bintang ( melompat dan bertepuk tangan )
Melompat dengan hujung jari kaki.
Kedua-dua kaki dirapatkan.
Tanggan diangkat tinggi dan bertepuk kedua belah tanggan.
Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dirapatkan.
Setelah keluar dari gua, 10
budak pengkap melompat
Usaha :
Pergerakan menggunakan daya yang sederhana
9
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF
kegembiraan.
Tema :
Kesedaran Ruang
Nilai :
Kebebasan mencurahkan
perasaan, idea dan emosi
Pergerakan cepat
Pergerakan menggunakan aliran bebas
Ruang :
Menggunakan ruang diri
Pergerakan kehadapan dengan aras yang rendah dan tinggi
Bergerak dalam arah ke atas.
Perkaitan :
Pergerakan tidak melibatkan perkaitan dengan rakan dan alatan
Pergerakan Lokomotor
Tubuh :
Berjalan Meniti Titi ( Berjalan dengan imbangan badan )
Berjalan dengan langkah perlaha.
Kedua-dua belah tangan didepakan
Kegembiraan 10 budak
pengakap tidak lama kerana
dihadapan gua itu terdapat
sebatang sungai yang dalam.
Walau bagaimanapun terdapat
sebuah jambatan usang untuk
mereka keseberang. 10 budak
pengakap meniti jambatan
dengan berhati-hati.
Tema : Kesedaran Tubuh
Badan
Nilai : Keberanian
Usaha :
Bergerak dengan daya yang ringgan
Pergerakan lambat
Pergerakan menggunakan aliran yang terikat
Ruang :
Menggunakan ruang diri
Bergerak ke hadapan dengan aras yang tinggi
Bergerak dengan laluan lurus
Perkaitan :
Pergerakan yang tiada perkaitan dengan rakan.
Menggunakan alatan ( kerusi gimnastik )
10
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF
Pergerakan Lokomotor
Tubuh :
Daki bukit. ( naik dan turun dari kerusi )
Dimulakan dengan kaki kanan naik di atas kerusi yang disusun
menaik dan diikuti kaki kiri berganti-ganti.
Badan dibongkokkan ke arah hadapan
Tangan memegang kerusi
Setelah selamat menyeberangi
sungai 10 budak pengakap
terpaksa pula mendiki sebuah
bukit yang sangat tinggi.
Mereka sama-sama mendaki
bukit tersebut dengan
bersungguh-sungguh.
Tema : Kesedaran Rintangan
kepada Beban dan Masa
Nilai : Berdikari
Usaha :
Pergerakan menggunakan daya yang berat
Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat
Pergerakan lambat
Pergerakan menggunakan aliran bebas
Ruang :
Menggunakan ruang diri ( kaki dikangkangkan )
Pergerakan secara statik ( berbaring dan mengkangkan kaki dan
merapatkan kaki )
Pergerakan statik aras rendah
Perkaitan :
Perkaitan dengan alatan ( kerusi )
Pergerakan yang tidak melibatkan perkaitan dengan rakan
Pergerakan Bukan Lokomotor
Tubuh :
Baring Bebas ( Terlentang menghadap langit )
Berbaring di atas lantai.
Kaki di kangkangkan dalam keadaan luas dan dirapatkan
Tangan diluruskan dan muka menghadap langit
Di bawah bikit itulah letak
tapak perkhemahan mereka.
Sesampinya di tapak
perkhemahan masing-masing
Usaha :
Pergerakan menggunakan daya yang ringan
Pergerakan menggunakan otot yang ringan bergerak bebas dan
setempat.
11
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF
kepenatan lalu berbaring
menghilangkan kepenatan
Tema : Penggunaan Tubuh
badan sebagai Alat
Nilai : Bersyukur
Pergerakan menggunakan aliran yang terikat
Ruang :
Menggunakan ruang diri ( kaki dikangkangkan semasa baring )
Bergerak secara statik arah ke bawah
Aras pergerakan rendah
Perkaitan :
Pergerakan yang tidak melibatkan perkaitan dengan rakan dan
alatan
Kesimpulan
Dalam Program Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, telah dinyatakan bahawa kegiatan seperti
pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan permainan adalah supaya
penumpuan khas dapat diberikan kepada peringkat perkembangan murid. Pergerakan lokomotor
dan manipulasi peralatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta pergerakan
yang lebih kompleks untuk tujuan sukan dan kehidupan seharian. Sebab itulah pergerakan asas
diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai dan memahirkan
diri dalam melakukan pergerakan yang lebih kompleks.
12
HBPE 2103 PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi pendidikan dalam menghadapi cabaran 2020. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Borhannuddin, Abdul Razak, & Hamizon (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka .
Asiah Abu Samah . ( 1985 ) . Ko – kurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia : Satu Tinjauan . Dalam Seminar Kebangsaan Ko – kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia . Universiti Utara Malaysia , Kedah , Ogos , 18 – 20 .
Saifol Bahary & Hasnul Faizal(2007). Pergerakan Asas dan Pendidikan Pergerakan.; Kuala Lumpur : Open University (OUM).
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000).Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
13
Top Related