ISI KANDUNGAN
1.SOALAN TUGASAN
2.HALAMAN PENGAKUAN PELAJAR
3.BIODATA PELAJAR
4.PENGHARGAAN
5.PENGENALAN
9.BAHAGIAN D
REFLEKSI
10.BIBLIOGRAFI
11.BORANG KOLABORASI
2. HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan ,petikan atau ringkasan yang saya telah nyatakan sumbernya.
Tanda Tangan :
Nama : Rosmaida Binti Yusuf
No kad Pengenalan :
Tarikh :
3. BIODATA PELAJAR
Nama : Rosmaida Binti Yusuf
Tarikh lahir :
Tempat lahir : Kampung Apal ,82100 Jerteh,
Besut ,Terengganu .
Jantina : Perempuan
Status perkahwinan : Bujang
Agama : Islam
Alamat : Kampung Apal ,82100 Jerteh,
Besut ,Terengganu .
No Telefon :
E-mail :
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya kerja
kursus bagi subjek TITD 113 (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) dapat disiapkan
tepat pada masanya.Kerja kursus ini di buat secara individu.Dalam menyiapkan
tugasan ini, saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ENCIK MOHD ANUAR BIN AWANG
IDRUS ,Pensyarah Pembimbing saya yang terlalu banyak membantu membimbing
dan juga sebagai pemudah cara saya sepanjang proses menyiapkan tugasan
ini.Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau,mana mungkin saya
akan dapat menghasilkan satu kerja kursus yang baik.
Kepada ahli keluarga khususnya, jutaan terima kasih kerana telah banyak
membantu dan memberikan kerjasama kepada saya dalam mencari bahan-bahan
penting bagi digunakan dengan tujuan menyempurnakan kerja kursus berkaitan
dengan salasilah keluarga.
Jutaan penghargaan juga kepada penduduk Kampung Gerong Apal, khususnya
yang telah banyak membantu dan memberikan sokongan dan kerjasama kepada
saya dalam maklumat berkaitan dengan susur galur keluarga saya.
Kejayaan semua usaha ini sangat bergantung kepada sokongan dan kerjasama
semua rakan-rakan terutamanya.Rakan-rakan telah banyak membantu dan memberi
idea dan kerjasama kepada saya dalam mencari bahan-bahan penting bagi
digunakan dengan tujuan menyempurnakan kerja kursus ini.
Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua
hamba-Nya yang sentiasa membantu .
Sekian,terima kasih.
PENGENALAN
Salasilah merupakan sebahagian daripada ilmu sains sosial yang turut
mempunyai hubungan dengan ilmu sejarah. Penekanan kepada ilmu salasilah dalam
kalangan orang Melayu khususnya agak terhad kepada golongan kerabat diraja
maupun bangsawan sahaja.Ilmu penulisan salasilah ini penting atau "vital" kerana
melalui ilmu ini kita akan cuba mencari identiti dan jati diri kita sendiri. Masyarakat
Malaysia khususnya orang Melayu kurang memiliki minat yang tinggi untuk menjejaki
jurai keturunan atau salasilah keluarga mereka sendiri.
Barang kali mereka beranggapan tiada sebarang faedah atau manfaat
sekiranya mereka menyelidiki secara lebih mendalam tentang keluarga mereka.
Kecenderungan menyimpan atau menulis rekod-rekod salasilah boleh dikatakan
hanya terdapat dalam kalangan pemerintah khasnya golongan kerabat diraja atau
pembesar-pembesar negeri. Tujuan penulisannya barang kali tidak lebih untuk
menyatakan keabsahan pemerintahan mereka di sesebuah negeri atau jajahan
taklukan mereka. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang menyusun
salasilah adalah bertujuan semata-mata ingin menuntut takhta kerajaan, kuasa atau
harta perwarisan untuk diwarisi oleh generasi seterusnya.
Mengkaji salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam
masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh
memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat dan merapat dan
mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam.
Untuk mengumpul makluma salsilah keluarga beberapa kaedah boleh
dijalankan seperti kaedah temuramah.Menemuramah orang sumber yang
merupakan ibu, datuk dan nenek bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa
peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu
atau sekadar menyaksikannya. Kaedah pemerhatian ,dengan melihat dan mengkaji
perkembangan orang sumber iaitu ibu, datuk dan nenek dari segi aktiviti yang
mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.Kaedah analisis dokumen juga boleh
dilakuka .Melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan dan journal harian
ibu, dokumen-dokumen penting yang disimpan oleh ibu dan mengumpul beberapa
gambar dari album keluarga.
Salasilah keluarga saya sukar dibuat kerana ramai ahli keluarga tidak dapat
dikesan.Sesetengah ahli keluarga sudah meninggal dunia,manakala pula ada yang
sudah terputus hubungan.Foto-foto keluarga juga tidak banyak yang diambil ini
kerana ia tidak dititik beratkan oleh ahli keluarga yang terdahulu.Foto-foto yang ada
sudah banyak yang rosak.Pengetahuan tentang salsilah keluarga ini patut dititik
beratkan .Walaubagaimanapun kita patut ucapkan syabas kepada pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah di selitakan salasilah keluarga dalam
sukatan pelajaran tingkatan satu.Dimana murid-murid tingkatan satu dikehendaki
membuat tugasan tentang salasilah keluarga masing-masing.
Sesungguhnya institusi keluarga yang mantap dapat menjaminkan
kebahagian keluarga.Begitu juga dengan pengalaman nilai-nilai patriotisme yang
baik akan dapat melahirkan warganegara Malaysia yang cintakan tanah air ,berani
dan yakin diri.
DEFINISI SALASILAH
Kamus Dewan Edisi Keempat. surih II, pertalian keturunan yang dapat disusur
kembali , hitungan keturunan, salasilah, susur-galur.Definisi yang
dimaksudkan mengikut akta itu termasuk keturunan (berzuriat ).Jika kita melihat
makna keturunan dalam Kamus Dewan ialah benih, baka. Salasilah
keluarga bermaksud daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan)
Perkataan ‘salasilah’ berasal daripada kosa kata bahasa Arab yang
bermaksud “daftar keturunan atau jurai keturunan”. Ensiklopedia Islam (2004),
halaman 250 mendefinisikan salasilah sebagai “daftar atau susunan asal-usul
keturunan, biasanya dimulai daripada tokoh yang dianggap penting dan dihormati
yang memiliki nilai sejarah”.
Menurut kamus sastera Melayu, salasilah bermaksud susur galur keturunan,
asal keturunan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa salasilah adalah bermaksud
susur galur sesebuah keluarga atau asal usul keturunan seseuah keluarga.
Selain itu salasilah boleh juga didefinisikan sebagai rangkaian keturunan
seseorang yang ada kaitannya dengan orang lain yang menjadi isterinya dan ahli
keluarganya. Salasilah tersebut adalah merupakan suatu susunan keluarga dari
atas ke bawah dengan menyebutkan nama keluarganya.
Pengertian salasilah itu bersifat universal, iaitu ertinya orang-orang di seluruh
dunia mempunyai salasilah keturunannya dan seluruh benua akan dimaklumi,
bahawa semua orang pasti akan mengagungkannya. Kita sering membaca salasilah
keturunan para raja yang termaktub dalam sejarah atau salasilah para pemimpin
yang memerintah suatau daerah, bukan hanya untuk dikenal saja, tetapi untuk
diketahui oleh segenap masyarakatnya, dan dikenang akan jasa-jasanya.
Jelas bagi kita, bahawa maksud salasilah ialah suatu daftar susunan nama
orang-orang yang merupakan susunan keturunan dari suatu warga atau dinasti
(bangsa), misalnya Dinasti Sriwijaya.
PETA MINDA DEFINISI SALASILAH
DEFINISI
SALASILAH
Kamus Dewan Edisi
Keempat. surih II-
pertalian keturunan yang
dapat disusur kembali
kata bahasa Arab yang
bermaksud “daftar
keturunan atau jurai
keturunan”.
Menurut kamus sastera Melayu,
salasilah bermaksud susur galur
keturunan, asal keturunan. Ensiklopedia Islam (2004),
halaman 250 mendefinisikan
salasilah sebagai “daftar atau
susunan asal-usul keturunan,
KEPENTINGAN SALASILAH KELUARGA
Salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat
manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi
manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan
hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam.
Allah berfirman:
"Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut
namaNya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat." – (Surah An-
Nisaa: 1)
Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman:
"Barang siapa yang memutuskan tali kekeluargaan, akan aku putuskan hubunganKu
dengan dia. Dan barangsiapa menyambungkan tali kekeluargaan, Akupun akan
mengukuhkan tali kekeluargaannya nanti."
Lebih daripada itu diriwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan silaturrahim
akan memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para pelakunya bukan
orang baik-baik. Amalan silaturrahim ini akan membersihkan segala amalan kita
yang lain serta melipatgandakan kekayaan dan menolak bala..
Kini, lain pula budayanya. Minat untuk mencari waris, menjejak kasih tidak lagi
menjadi keutamaan di kalangan orang kita. Inilah akibat dari arus pembangunan dan
pemodenan. Sifat nafsi-nafsi sudah berleluasa, terutamanya di kalangan penduduk
bandar.
Pengetahuan tentang salasilah dianggap sebagai salah satu cabang ilmu
yang penting khasnya dalam bidang sejarah dan ia dikatalogkan sebagai bidang
sains sosial. Berdasarkan pengertian yang sempit, ilmu salasilah ini merupakan
kajian berkenaan individu dan hubungannya dalam sesebuah keluarga. Walau
bagaimanapun, sekiranya kita memahami pengertiannya yang luas, ilmu salasilah ini
merangkumi kajian yang mendalam tentang sejarah, biografi, geografi, sosiologi,
undang-undang, perubatan, linguistik dan sebagainya. Kita sewajarnya berpegang
kepada takrifan yang luas kerana kita bukan hanya sekadar ingin mengetahui nama
dan tarikh penting yang dilalui nenek moyang kita sahaja, tetapi juga corak
kehidupan mereka serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara
mereka.
Apa yang lebih penting ialah pengkajian tentang ilmu salasilah keluarga
mampu memupuk jati diri seseorang individu.Pengkajian terhadap ilmu salasilah juga
memerlukan pengorbanan yang besar kerana para pengkaji dalam bidang ini
terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada
ahli keluarga yang dikenali atau tidak. Maklumat-maklumat yang diperoleh itu sama
ada maklumat lisan atau sumber bertulis perlu dipastikan kesahihannya agar tidak
dipertikaikan oleh pihak-pihak lain yang mempunyai autoriti.
Selain itu kepentingan salasilah keluarga adalah untuk mengelakkan masalah
perkahwinan adik dengan abang kandung atau kakak kandung dengan adik kandung
(mahram) yang boleh berlaku kerana sudah lumrah suami yang pergi merantau terus
kekal dp perantauan ,berkahwin baru dan mendapat anal-anak pula ditempat
baru.Manakala di kampung asa sudah ada isteri dan anak-anak yang ditinggalkan
.Perpisahan yang terus-menerus tidak balik-balik atau tidak memperkenalkan anak-
anak isteri baru dengan anak-anak isteri lama boleh memungkinkan berlaku
perkahwinan mahram ini.Maka itu adalah menjadi tanggung jawab ibubapa untuk
menceritakan secara terperinci susun galur salasilah mereka kepada anak cucu
supaya tidak berlaku masalah seperti perbalahan atau pergaduhan antara sesama
saudara mara dan perkahwinan antara adik-beradik.
Justeru, penulisan salasilah perlu diberi keutamaan sekiranya seseorang itu
ingin menjejaki semula sejarah asal-usul keturunannya. Tambahan pula, salasilah
keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat yang
bertamadun. Menjejaki asal-usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat
kepada penerusan hubungan silaturahim antara kaum kerabat. Pengekalan
hubungan silaturahim sesama kaum kerabat pula sangat dituntut oleh Islam.
PETA MINDA SALASILAH KELUARGA
mengetahui nama dan
tarikh penting yang dilalui nenek
moyang kita sahaja, tetapi juga
corak kehidupan mereka serta
sumbangan mereka terhadap
agama, bangsa dan negara
mereka.
KEPENTIGAN SALASILAH
KELUARGA
merapat dan
mengekalkan hubungan
silaturahim
mengelakkan masalah
perkahwinan adik
dengan abang kandung
atau kakak kandung
CARTA SALASILAH KELUARGA SEBELAH BAPA
JAARFA BIN AHMAD
SALIHA BINTI ZAIDI
SAMAN BIN JAARFA
SITI ROHAYA
BT YUSUF SITI ROZIAH
BT YUSUF
M.RIZALMAN
B.YUSUF
M.RAZIF
B.YUSUF ROSLINDA
BT YUSUF
ROSMAIDA
BT YUSUF
LANOKIAH BT LATIF
YUSUF BIN SAMAN MUSTAPA BIN SAMAN ISMAIL BIN SAMAN
FATIMAH BIN IDRIS
SAMAD BIN JAARFA
RAMLAH BINTI SENIK
ZAINAB BINTI JAAFA
ABDULAH BIN DAUD
Carta salasilah keluarga bapa saya bermula daripada Jaafa Bin Ahmad .
Beliau telah berkahwin dengan Saleha Binti Zaidi. Mereka merupakan moyang
saya sebelah ayah.Moyang saya yang lelaki berasal dari Kampung Apal ,Besut
,Terengganu manakala moyang perempuan berasal dari negeri Kelantan .
Mereka menetap di Kampun Apal ,Besut Terengganu.Moyang bekerja sebagai
penoreh getah di kebun orang.
Hasil perkahwinan Jaafa dan Saleha ,mereka telah dikurniakan dengan
tiga orang anak iaitu Saman Bin Jaafa,Samad Bin Jaafa dan Zainab Bin
Jaafa.Saman Bin Jafaa telah berkahwin dengan orang sekampungnya dan
menetap di situ juga ,manakala Samad dan Zainab telah merantau ke negeri
Kelantan setelah berkahwin.Saman Bin Jaafa telah berkahwin dengan Fatimah
Binti Idris.Hasil perkawinan mereka telah melahirkan tiga orang anak iaitu
Yusuf Bin Saman,Ismail Bin Saman dan Mustafa Bin Saman.Datuk saya iaitu
Saman Bin Jaafa merupakan anak sulung daripada tiga beradik .Ketiga-tiga
beradik ini telah meninggal dunia lebih kurang enam tahun yang lepas.
Yusuf Bin Saman adalah ayah saya,beliau merupakan anak kedua
daripada tiga beradik .Yusuf Bin Saman telah berkahwin dengan Lanokiah Binti
Latif.Mereka telah dikurniakan dengan enam orang anak iaitu dua lelaki dan
empat perempuan.Abangnya Mustafa Bin Saman telah dikurniakan dengan
tujuh orang anak lelaki manakala adiknya Ismail Bin Saman telah dikurniakan
lima orang anak iaitu tiga perempuan dan dua lelaki. Ketiga-tiga mereka
menetap di kampung yang sama dan kesemuanya bekerja sebagai petani.Kerja
harian mereka meletihkan tetapi ganjarannya cukup ala kadar.
Berdasarkan salasilah yang dibuat ,keluarga sebelah ayah merupakan
rakyat golongan biasa .Kebanyakkan daripada mereka mewarisi pekerjaan
turun temurun iaitu petani.
CARTA SALASILAH KELUARGA SEBELAH IBU
HJ MOHAMAD B.ISMAIL
MUNAH BT ALI
LATIF B.HJ MOHAMAD
SITI ROHAYA
BT YUSUF
SITI ROZIAH
BT YUSUF
M.RIZALMAN
B. YUSUF
M.RAZIF
B.YUSUF ROSLINDA
BT YUSUF
ROSMAIDA
BT YUSUF
YUSUF B.SAMAN
LANOKIAH BT LATIF FATIMAH BT LATIF
MISNA BT MAMAT
UDIN B.HJ MOHAMAD
ROHANI BT AHMAD
JUSOH B.MOHAMAD
FATIMAH BT SIDEK
Carta salasilah ibu saya bermula daripada moyang saya iaitu Hj
Mohamad Bin Ismail.Beliau telah berkahwin dengan Munah Binti Ali. Hj
Mohamad Bin Ismail berpegang kuat kepada agama.Beliau menjadi rujukan
penduduk tempatan berkaitan dengan agama.Isterinya Munah Binti Ali seorang
isteri yang rajin,di kampung beliau berniaga kecil-kecilan.Hasil perkahwinan Hj
Mohamad dengan Munah telah melahirkan tiga orang anak lelaki iaitu iaitu Latif
bin Hj Mohd,Udin Bin Hj Mohamad dan Jusoh Bin Hj Mohammad.
Latif telah berkahwin dan menetap di Kuala Nyireh.Hasil perkahwinan
dengan Misna ,beliau telah di kurniakan dengan dua orang anak perempuan
iaitu Lanokiah Bin Latif dan Fatimah Bin Latif.Udin berkahwin dengan Rohani
dan menetap di Kuala Besut,Udin bekerja sebagai nelayan dan isterinya
membuat kuih. Mereka tidak mempunyai anak.Jusoh Bin Hj Mohd telah
berkahwin dengan Fatimah binti Sidek .Mereka menetap di Kampung Keruak
Besut.Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan tujuh orang anak.Hasil
didikan Hj Mohamad kedua-dua anak lelakinya iaitu Latif dan Jusoh telah diberi
kepercayaan menjadi bilai di kampung masing-masing.Datuk saya iatu Jusoh
telah meninggal dunia tiga tahun yang lepas.Selama hidupnya ,beliau rajin
mengajar penduduk membaca Al-Quran.Isterinya meninngal dunia dua tahun
yang lepas,manakala anak keduanya iaitu Fatimah Binti Latif telah meninggal
dunia pada usia yang mudia iaitu berumur awal 30-an .Jadinya anaknya yang
masih ada hanyalah Lanokiah Binti Latif.
Lanokiah Binti Latif telah berkahwin dengan Yusuf Bin Saman dan
menetap di Kampung Apal.Mereka telah dikurniakan dengan 6 orang anak
termasuk saya.
CARTA SALASILAH KELUARGA ASAS SAYA
YUSUF BIN SAMAN LANOKIAH BINTI LATIF
SITI ROHAYA
BT YUSUF
SITI ROZIAH
BT YUSUF
M.RAZALMAN
B.YUSUF
M.RAZIF
B.YUSUF
ROSLINDA
BT YUSUF ROSMAIDA BT
YUSUF
ZAMERI
B.OMAR
SUDIN
B.MARJONO BETYY BT
HUSSAIN
ZARIF
B.ZAMERI
ZAQUAN B.
ZAMERI
ROHIDI
B.SUDIN
ROHIMI B.
SUDIN
ROHANI
BT.SUDIN
M.ALIF B.
RAZIF
ASAL-USUL KELUARGA
Dalam bab ini saya akan menerangkan latar belakang keluarga atau
sejarah keluarga saya.Penerangan mengenai asal –usul ayah dan ibu
saya.Selain itu saya akan menyertakan butiran peribadi setiap ahli keluarga
saya.
Sejarah keluarga asas saya bermula pada 5 September 1970 iaitu pada
hari Khamis bersamaan 9 Syaaban 1312 Hijrah .Dimana ayah saya Yusuf Bin
Saman telah berkahwin dengan ibu saya Lanokiah Binti Latif.Perkahwinan ayah
dan ibu saya dikurniakan 6 orang anak iaitu 4 perempuan 2 lelaki.Kesemua
adik –beradik saya sudah berhijrah ke tempat lain ,yang tinggal hanya seorang
abang di kampung.Kakak saya yang sulung menetap di Dungun,kakak yang
kedua menetap di Johor Bahru ,abang saya yang keempat menetap di Kuala
Lumpur dan kakak saya yang kelima bekerja di Melaka.
Ayah dan ibu saya adalah anak kelahiran negeri Terengganu.Mereka
hanya berbeza kampung sahaja .Ayah saya berasal dari Kampung Gerong Apal
,Besut ,manakala ibu saya berasal dari Kampung Kuala Nyireh,Besut.Setelah
berkahwin ibubapa saya menetap di kampung asal ayah saya iaitu Kampung
Apal.
Kami adalah dari golongan kurang berada,majoriti penduduk di kampung
saya berkerja sebagai petani termasuk ayah saya .Ibu hanya suri rumah.Datuk
dan nenek sebelah bapa saya juga bekerja sebagai petani.Pada tahun 70-an
dan awal 80-an kehidupan para petani sangat susah.Mereka mengerjakan
sawah secara tradisional.Pada masa itu tidak banyak teknologi moden seperti
hari ini.Keluarga saya tidak mempunyai tanah sawah ,kami menyewa tanah
untuk mengusahakan penanaman padi. Ayah tidak mampu membeli tanah
kerana memperuntukkan perbelajaan untuk kami adik-beradik belajar.
Asal-usul ayah
Nama bapa saya ialah Yusuf Bin Saman.Di kampung ayah saya di
Panggil Pak Kadir. Beliau berusia 60 tahun. Beliau bekerja sebagai petani
.Sebelum bekerja sebagai petani, bermacam-macam kerja telah di buatnya
seperti meneroh getah, kerja di kilang kayu dan kerja menanam tembakau.Bapa
saya berasal dari Kampung Apal ,Jerteh ,Besut Terengganu.Beliau merupakan
anak kedua daripada empat adik beradik.Beliau mendapat pendidikan awal di
Sekolah Kebangsaan Apal .Beliau bersekolah setakat darjah dua sahaja
.Beliau tidak meneruskan persekolahannya kerana kemiskinan.Beliau
membantu bapa bekerja sejak kecil lagi. Walaupun sekolah setakat darjah
dua,beliau boleh membaca dan mengira dengan baik.
ayah-Yusuf
Asal-usul ibu
Nama ibu saya ialah Lanokiah binti Latif.Beliau berumur 58 tahun.Ibu
saya seorang suri rumah.Ketika beliau kecil beliau tinggal di kampung Kuala
Nyireh.Ibu juga tidak bersekolah tinggi,beliau hanya bersekolah setakat darjah
dua sahaja.Ibu tidak meneruskan persekolah kerana kemiskinan.Sewaktu kecil
ibu bekerja mengambil upah menyiang ikan membantu keluargan mencari
rezeki.Ibu kurang mahir membaca tetapi dapat mengira dengan baik.Beliau
merupakan anak sulung daripada dua beradik.Ibu telah kehilangan
ayah,emaknya dan adiknya sejak tahun lepas.Kini ibu sudah tidak ada adik-
beradik lagi.Beliau merupakan seorang yang gigih ,walaupun menghadapi
pelbagai kesusahan ,beliau masih lagi dapat mendidik anak-anaknya dengan
baik.
Ibu - Lanokiah
Butiran peribadi kakak sulung
Anak pertama dalam keluarga saya bernama Siti Rohaya Binti Yusuf dan
kini berumur 41 tahun .Dia dilahirkan pada 25 Ogos 1973 di Kampung Gerong
,Apal ,Jerteh ,Besut Terengganu.Kakak yang pertama sudah berkahwin .Dia
dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.Dia bekerja sebagai guru di SK Paka
111,Dungun Terengganu.Dia mengajar murid-murid khas.Kakak sulung
merupakan seorang yang rajin dan bercita-cita tinggi ,walaupun sudah
berumur 42 tahun ,namun dia masih menyambung pelajaran peringkat ijazah
dalam bidang Pendidikan Khas.Semasa sekolah rendah ,dia belajar di Sekolah
Kebangsaan Apal, apabila Sekolah Menengah ,dia menyambung pelajarannya
di Sekolah Menengah Seri Nering Jerteh,Terengganu.Cita-citanya hendak
menjadi guru tercapai apabila dia dapat menyambung pelajarannya di Maktab
Perguruan Batu Rakit,Terengganu.
Butiran peribadi kakak kedua
Anak kedua dalam keluarga saya bernama Siti Roziah Binti Yusuf.Kini kakak
kedua saya berumur 38 tahun.Beliau sudah berkeluarga dan mempunyai 4
oarang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan .Anak pertamanya
bernama Rohidi bin Sudin ,anak kedua Rohimi bin Sudin dan anak ketiga
Rohani bin Sudin.Beliau menerima pendidikan awal di sekolah Kebangsaan
Apal dan kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Seri Nering
sehingga tingkatan 5.Untuk membantu keluarga ,beliau telah bekerja diusia
yang muda iaitu selepas tamat tingkatan 5.Beliau telah bekerja dikilang
elektronik di Johor Bahru.Beliau telah banyak membantu keluarga dengan
meringankan bebanan kewangan keluarga.Kini dia masih menetap
diJohor.Beliau berniaga kecil-kecil di sana untuk menyara anak-anaknya.
Kakak ke-2 Siti Roziah
Butiran peribadi abang ketiga
Anak ketiga dalam keluarga saya ialah Mohd Rizalman bin Yusuf.Beliau
berumur 33 tahun.Beliau merupakan tulang belakang keluarga saya.Beliau
banyak menanggung hal-hal keluarga .Abang yang ketiga saya masih belum
berkahwin.Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Apal dan
menyambung pelajaran di Sekolah Menegah Seri Nering ,Jerteh sehingga
tingkatan lima.Sewaktu di alam persekolahan abang yang ketiga sudah bekerja
membantu ayah di sawah.Beliau mempunyai semangat yang gigih dan
rajin.Walaupun penat belajar,selepas waktu sekolah ,beliau akan ke sawah
pada waktu petang.Beliau berada di Kampung kerana menjaga ayah dan ibu
yang sudah tua.Dengan mengusahakan tanah sawah,beliau telah berjaya
memiliki sebuah lori yang kecil.
Abang ke-3
Mohd Rizalman
Butiran peribadi abang keempat
Mohd Razif bin Yusuf merupakan anak ke empat dalam keluarga saya.Beliau
berumur 30 tahun kini.Mohd Razif telah berkahwin dengan Betyy Binti
Ibrahim.Beliau dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Mohd Alif Bin
Mohd Razif.Mohd Razif menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Apal dan kemudiannya menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Seri
Nering ,Jerteh.Selepas tamat tingkatan lima ,beliau telah menyambung
pelajaran di Institut Pertroleum di Batu Rakit. Kini beliau telah bekerja di
Syarikat PETRONAS sebagai Juruteknik.
Butiran peribadi kakak kelima
Roslinda Binti Yusuf adalah kakak kelima dalam keluarga saya.Beliau kini
beumur 24 tahun.Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan
Apal .Semasa peperiksaan UPSR ,beliau telah mendapat 5A dan kemudiannya
menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) di Kampung
Raja ,Besut.Beliau merupakan seorang pelajar yang pandai dan menjadi
kebanggaan keluarga. Selepas tamat tingkatan lima ,beliau telah di terima
masuk ke maktab perguruan kerana itulah cita-citanya sejak awal .Sekarang
beliau telah bertugas sebagai guru di SK Terentang ,Melaka.Beliau belum
berkahwin.
Butiran peribadi saya
Saya Rosmaida Binti Yusuf ,merupakan anak bongsu dalam keluarga saya.Kini
saya berumur 19 tahun.Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Apal,kemudian saya menyambung pelajaran saya di sekolah
menengah iatu Sekolah Menengah Renek.Selepas tamat tingkatan lima saya
menyambung pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Tengku
Mahmud.Semasa di sekolah menengah saya memegang beberapa jawatan
penting salah satunya jawatan ketua pengawas.Saya bercita-cita menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mendapat pekerjaan yang
baik.Apabila saya berjaya nanti saya akan membantu keluarga saya .
GAMBAR KELUARGA SAYA
GAMBAR ANAK-ANAK SAUDARA
GAMBAR NENEK DAN EMAK SAUDARA DAN BAPA SAUDARA
REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah
kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad
lantaran kesibukan tugas seharian sebagai pelajar.
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek TITD 113 Tamadun
Islam dan Tamadun Asia, saya agak keliru bagaimana untuk memulakan dan
menyiapkan tugasan .Saya berasa begitu sukar dan tercabar untuk menyiapkan
tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang salasilah keluarga saya
amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan
semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan
mencari nota yang berkaitan melalui internet. Temu bual dengan ahli keluarga dan
membuat rujukan buku .Tugasan ini dilakukan secara individu jadi ini memerlukan
saya bekerja keras untuk membuat tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Di sini saya mencari apa itu maksud salasilah keluarga dan kepentingan
membuat salasilah keluarga dimana perkara ini kurang dititik beratkan oleh
masyarakat moden pada hari ini.Saya juga tidak pernah mengambil tahu tentang
susur galur keluarga saya,tetapi dengan adanya tugasan ini ,saya membuat
pencarian maklumat .Pencarian tersebut membantu saya mengenali ahli keluarga
saya.Saya menghadapi masalah untuk mencari maklumat tentang salasilah keluarga
saya kerana ramai yang sudah meninggal dunia manakala yang masih hidup
terputus hubungan.Ia memakan masa untuk mengumpul maklumat.
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan diperolehi
,selain mengetahui maksud salasilah keluarga ,bagaimana hendak menyususn
salasilah keluarga,apa kepentingan salasilah keluarga dan yang paling penting saya
dapat mencari dan mengetahui asal-usul saya sendiri.
Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya
perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini untuk menghadapi kehidupan
bermasyarakat dan di alam pekerjaan nanti. Ilmu yang saya perolehi ini akan dapat
membantu saya dalam melaksanakan pengajian diperingkat yang lebih tinggi .
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada EN MOHD ANUAR BIN AWANG IDRUS yang
telah banyak membantu saya dan rakan –rakan seperjuangan dalam memberi tunjuk
ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang
tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.
Rumusannya, setelah bersusah payah, tugasan ini dapat disempurnakan.
Saya amat berpuas hati dan berbangga dengan hasil usaha saya. Saya
berkeyakinan pengalaman menyempurnakan kerja kursus ini dapat saya manfaatkan
untuk meningkatkan kualiti tugasan saya pada semester-semester yang akan datang
.
BIBLIOGRAFI
Shaikh Abdullah Hassan Mydin (2006) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITD)
.Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (USM)
Ahmad Fauzi Bin. Mohd. Basri, 2002, Sejarah Tingkatan Satu, Kuala Lumpur:
DewanBahasa Dan Pustaka
REKOD BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS (TITD 113 )
IPG : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
SULTAN MIZAN
NAMA PELAJAR :
NO MATRIK /NO :
KOD KURSUS :
MATA PELAJARAN : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
(TITD 113)
PENSYARAH PEMBIMBING : EN MOHD ANUAR BIN AWANG IDRIS
TARIKH
PERKARA YANG
DIBINCANGKAN
KOMEN
T/TANGAN,NAMA
DAN COP RASMI(JIKA
ADA)
Menerima soalan tugasan dan
taklimat daripada pensyarah mata pelajaran
Membuat rangka
tentang tajuk dahulu.
Memahami kehendak soalan dan perbincangan dengan
rakan sekelas
Mendapat pendapat rakan sekelas.
Bertanya kepada ahli keluarga
tentang topik yang hendak dibuat
Mendapatkan
penjelasan daripada orang yang
berpengetahuan
Mencari maklumat dari
internet,buku dan modul
Cetak maklumat dari
internet Membuat nota
ringkas
Catatan bibliografi
Mendapatkan maklumat daripada ahli keluarga terdekat
dan penduduk kampung
Memberi penerangan dengan
jelas
Menyediakan draf tugasan
Menyusun maklumat Menganalisis
maklumat
Menghubungkait maklumat yang releven
Membuat huraian
secara terperinci
Sekali lagi berjumpa dengan rakan-rakan sekelas
Berbincang tentang draf yang telah
dibuat
Semakkan tugasan
Dan Kerja mengumul maklumat
Membetul ejaan
Menyusun maklumat
ikut keutamaan Memperincikan
huraian
Tugasan dijilid dengan kemas
Menghantar draf tugasan untuk dilihat dan disemak pensyarah
Membetul dan menyemak semula
tugasan berdasarkan
kehendak soalan
yang dikehendaki oleh pensyarah
Membuat semakan
semula,menambaikani maklumat dari internet,buku dan modul
Mencetak,menyusun
dan menyiapkan tugasan.
Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah