SELAMAT PAGI ,SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA
Yang Berhormat, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Parlimen Setiawangsa.
Yang Dihormati, En Ramakrisnan , Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SJKT Jalan Fletcher.
Guru Penolong Kanan 1 Puan Pama,Guru Penolong Kanan HEM Puan Subathrah,
Guru Penolong Kanan Kokurikulum Puan Jayamalar ,Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas Puan Aziah, Ahli Jawatankuasa PIBG,Guru-guru ,Para Ibubapa
serta anak-anak murid yang diraikan sekalian.
Pertamanya,suka saya untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berhormat Datuk di atas kesudian untuk bersama-sama dengan kami bagi
menjayakan Majlis Perasmian Sukan Tahunan SJKT Jalan Fletcher bagi tahun
2013.
Sidang hadirin yang berbahagia.
Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia dalam kalangan kita.
Dengan memberi latihan yang sepadu merangkumi minda, fizikal, otot, saraf, emosi
dalam lain-lain faktor sama ada dalaman atau luaran akan membentuk seorang
murid yang patuh dengan aturan dan secara tidak langsung mendidik seorang atlet
berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan membina jati diri ke arah
kepimpinan.
Sekolah ingin melihat murid boleh menjadi contoh atau role model kepada pelajar
lain. Dalam sukan pelbagai perkara dipelajari dari patuh kepada arahan jurulatih
sehinggalah membina kesepaduan pasukan menerusi kesabaran, ketetapan masa,
bertolak ansur, bekerjasama dan sebagainya.
Hadirin sekalian,
Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif terhadap
keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid yang
berkecenderungan memilih kerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan.
Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi atau riadah, bahkan ia telah
menjadi satu gaya hidup sihat, dan merupakan. Pelaburan terhadap kesihatan dan
ekonomi yang menguntungkan Adalah tidak mustahil jika hari ini murid-murid yang
berlari berkaki ayam di atas trek rumput tetapi pada satu hari nanti dengan
bimbingan dan tunjuk ajar serta bakat yang ada, murid tadi akan berlari di persada
trek antarabangsa mengibarkan bendera negara.Dalam kejohanan sedemikian rupa
kejayaan selalu menjadi pengukuran yang jitu. Selalunya juara menjadi kebanggaan
semua pihak sama ada menerusi sanjungan, pujian dan pemberian insentif.
Hadirin yang dihormati,
Kesinambungan untuk mencipta nama di peringkat lebih tinggi perlu disemat
di hati sanubari setiap murid untuk menjulang nama sekolah. Untuk mencipta nama
perlu kepada usaha yang gigih dan sepenuh tumpuan kepada latihan yang
bersepadu. Dalam hal ini atlet Malaysia amat beruntung kerana kerajaan sentiasa
memberi pelbagai imbuhan dan kemudahan.Dalam konteks sekolah semua murid
amat bertuah sekali kerana pihak sekolah sentiasa memberi galakan dan dorongan
yang berterusan serta memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid untuk
bergiat dalam bidang sukan.Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan
permainan atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara,
khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa yang tercinta. Selain dapat
menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang
melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat
kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali silaturahim dan muhibah.
Hadirin yang diraikan
Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha
kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan
melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini sekali saya ingin mengambil kesempatan
pada pagi yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada DATUK AHMAD FAUZI ZAHARI ,AHLI PARLIMEN
SETIAWANGSA kerana telah sudi menerima undangan kami pada Majlis Perasmian
Temasya Sukan Tahunan kali …. ,SJK Tamil Jalan Fletcher. Sekian Terima Kasih.
Top Related