Teks Ucapan Gurubesar Sempena Hari Sukan 2013

4

Click here to load reader

description

draf ucapan gurubesar untuk majlis hari sukan

Transcript of Teks Ucapan Gurubesar Sempena Hari Sukan 2013

Page 1: Teks Ucapan Gurubesar Sempena Hari Sukan 2013

SELAMAT PAGI ,SALAM PERPADUAN, SALAM SATU MALAYSIA

Yang Berhormat, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Parlimen Setiawangsa.

Yang Dihormati, En Ramakrisnan , Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SJKT Jalan Fletcher.

Guru Penolong Kanan 1 Puan Pama,Guru Penolong Kanan HEM Puan Subathrah,

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Puan Jayamalar ,Guru Penolong Kanan

Pendidikan Khas Puan Aziah, Ahli Jawatankuasa PIBG,Guru-guru ,Para Ibubapa

serta anak-anak murid yang diraikan sekalian.

Pertamanya,suka saya untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang

Berhormat Datuk di atas kesudian untuk bersama-sama dengan kami bagi

menjayakan Majlis Perasmian Sukan Tahunan SJKT Jalan Fletcher bagi tahun

2013.

Sidang hadirin yang berbahagia.

Sukan adalah satu kaedah untuk membina peribadi mulia dalam kalangan kita.

Dengan memberi latihan yang sepadu merangkumi minda, fizikal, otot, saraf, emosi

dalam lain-lain faktor sama ada dalaman atau luaran akan membentuk seorang

murid yang patuh dengan aturan dan secara tidak langsung mendidik seorang atlet

berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan membina jati diri ke arah

kepimpinan.

Sekolah ingin melihat murid boleh menjadi contoh atau role model kepada pelajar

lain. Dalam sukan pelbagai perkara dipelajari dari patuh kepada arahan jurulatih

sehinggalah membina kesepaduan pasukan menerusi kesabaran, ketetapan masa,

bertolak ansur, bekerjasama dan sebagainya.

Page 2: Teks Ucapan Gurubesar Sempena Hari Sukan 2013

Hadirin sekalian,

Pihak sekolah sentiasa mendukung hasrat KPM dengan sentiasa responsif terhadap

keperluan pelajar ke arah pemupukan dan membina bakat bagi murid yang

berkecenderungan memilih  kerjaya mereka dalam apa jua bidang sukan. 

Sukan pada hari ini bukan setakat satu aktiviti hobi atau riadah, bahkan ia telah

menjadi satu gaya hidup sihat, dan merupakan. Pelaburan terhadap kesihatan dan

ekonomi yang menguntungkan Adalah tidak mustahil jika hari ini murid-murid yang

berlari berkaki ayam di atas trek rumput tetapi pada satu hari nanti dengan

bimbingan dan tunjuk ajar serta bakat yang ada, murid tadi akan berlari di persada

trek antarabangsa mengibarkan bendera negara.Dalam kejohanan sedemikian rupa

kejayaan selalu menjadi pengukuran yang jitu. Selalunya juara menjadi kebanggaan

semua pihak sama ada menerusi sanjungan, pujian dan pemberian insentif.

Hadirin yang dihormati,

Kesinambungan untuk mencipta nama di peringkat lebih tinggi perlu disemat

di hati sanubari setiap murid untuk menjulang nama sekolah. Untuk mencipta nama

perlu kepada usaha yang gigih dan sepenuh tumpuan kepada latihan yang

bersepadu. Dalam hal ini atlet Malaysia amat beruntung kerana kerajaan sentiasa

memberi pelbagai imbuhan dan kemudahan.Dalam konteks sekolah semua murid

amat bertuah sekali kerana pihak sekolah sentiasa memberi galakan dan dorongan

yang berterusan serta memberi peluang yang seluas-luasnya kepada murid untuk

bergiat dalam bidang sukan.Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan

permainan atau sukan olahraga cukup penting kepada rakyat dan negara,

khususnya generasi anak bangsa pewaris nusa yang tercinta. Selain dapat

menjamin kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan yang

melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk semangat

kesukanan dan perpaduan sekali gus mengeratkan tali silaturahim dan muhibah.

Hadirin yang diraikan

  Aspek-aspek yang saya sebutkan ini amat penting sekali dalam usaha

kerajaan kita untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan dan

melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan selaras dengan Falsafah

Page 3: Teks Ucapan Gurubesar Sempena Hari Sukan 2013

Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Sebagai mengakhiri ucapan alu-aluan ini sekali saya ingin mengambil kesempatan

pada pagi yang meriah ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada DATUK AHMAD FAUZI ZAHARI ,AHLI PARLIMEN

SETIAWANGSA kerana telah sudi menerima undangan kami pada Majlis Perasmian

Temasya Sukan Tahunan kali …. ,SJK Tamil Jalan Fletcher. Sekian Terima Kasih.