TAMADUN
HWANG
HO
TAMADUN
HWANG
HO
LAMAN ILMU @ cikgu piena
Tamadun Hwang Ho
故曰:知彼知己,百戰不殆;不知彼而知己,一勝一負;不知彼,不知己,每戰必殆。So it is said that if you know your enemies and know yourself, you can win a hundred battles without a single loss.If you only know yourself, but not your opponent, you may win or may lose.If you know neither yourself nor your enemy, you will always endanger yourself. – Sun Tzu
PengenalanTamadun awal China telah wujud kira-
kira 4500 tahun dahulu.Ia berlaku di sekitar Sungai Kuning atau Hwang.
Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 - 1027 SM).
Bandar utama yang muncul ialah Anyang , Changan dan Loyang.Anyang telah dijadikan ibu negeri Dinasti Shang.
LOKASI
Sungai Hwang Ho atau Sungai Kuning
Muncul kesan penemuan tengkorak Homo Sapien (Peking Man).
• Membuktikan adanya kehidupan zaman Paleolitik
Peking Man
Pada zaman Neolitik muncul aktiviti pertanian dan penternakan.
Tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho ialah : • Hsia• Chou• Shang
Kesuburan tanah telah menarik minat orang nomad, menetap di tapak banpo berdekatan bandar Sien.
Kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan dan mengumpul hasil hutan telah melahirkan bandar seperti Anyang.
LAMAN ILMU @ cikgu piena
Sien
LAMAN ILMU @ cikgu piena
3. Pengkhususan pekerjaan
1. Negara kota
2. Organisasi Sosial
4. Sistem pemerintahan
6. Sistem tulisan
5. Agama & Kepercayaan
LAMAN ILMU @ cikgu piena
Negara kota
Anyang
Pusat pemerintahan Dinasti Shang.
Tembok-tembok dibina di sekeliling kota – menghalang pencerobohan musuh
Bandar dikelilingi oleh perkampungan petani.
Terdapat istana, kuil, pusat pentadbiran, kediaman raja, golongan pembesar dan golongan agama.
LAMAN ILMU @ cikgu piena
Organisasi Sosial
LAMAN ILMU @ cikgu piena
Sistem sosialLapisan bawahan terdiri daripada:a) Golongan petani – membentuk sebahagian besar penduduk – mendiami di kawasan luar bandar (di sekeliling
negara kota)b) Golongan artisan – Golongan ini mahir dalam teknologi gangsa yang
muncul pada zaman Dinasti Shang – Gangsa digunakan bagi menghasilkan senjata
perisai dan hiasan kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta alat untuk upacara keagamaan.
Golongan pembesar dapat menundukkan golongan bawahan kerana mereka mampu memiliki tentera dan senjata gangsa.
c) Hamba merupakan golongan yang paling bawah dalam masyrakat Shang. Dalam Dinasti Shang, perhambaan merupakan ciri yang paling penting.
Sistem sosialGolongan tentera membantu golongan pembesar
mempertahankan masyarakat. Golongan ini terdiri daripada:◦ Tentera yang menggunakan kereta kuda.◦ Tentera berjalan kaki.
Golongan petani merupakan tonggak ekonomi dan pentadbiran kerana mereka menghasilkan bahan makanan dan memenuhi keperluan golongan atasan.
Ada di kalangan golongan petani yang berkemahiran khususnya dalam teknologi gangsa dan barangan tembikar pula menjadi golongan artisan.
Mereka menghasilkan pelbagai barangan tembaga seperti senjata, barang tembikar dan bekas minuman serta makanan
Hasil mereka biasanya hanya mampu dimiliki golongan pembesar.
Hamba pula berfungsi sebagai tentera paksaan, buruh paksa dan bahan korban upacara penyembahan.
Pengkhususan Pekerjaan
LAMAN ILMU @ cikgu piena
Kegiatan EkonomiPertanian merupakan kegiatan ekonomi
utama.Tanaman utmanya ialah gandum , milet ,
sekoi , barli dan padi.Ternakannya ialah khinzir , kambing dan
anjing.Kulit siput digunakan sebagai mata wang dalam perdagangan tempatan.
Perusahaan yang dijalankan ialah pembuatan tembikar , barangan ukiran daripada kayu , gangsa dan jed serta penenunan tekstil dan bulu.
Ciptaan golongan artisan :
Senjata gangsa
Perisai
Tembikar
Sistem Pemerintahan
Pengganti daripada putera diraja.
Berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama.
Raja mendapat mandat dari tuhan.
Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan.
Sistem Pemerintahan Kerajaan yang wujud adalah berbentuk dinasti dengan
pemerintahan beraja. Raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi,sosial,agama.
Mereka berkuasa mutlak dan menetap di pusat pentadbiran. Pengganti raja biasanya dilantik daripada kalangan anak atau
saudara lelaki raja. Raja tidak dianggap tuhan tetapi sebagai pemerintah yang
mendapat mandat (kuasa pemerintahan) daripada tuhan. Mengikut konsep ini, pemerintah yang adil akan mendapat
mandat. Raja yang memerintah dengan adil akan dapat mewujudkan kerajaan yang makmur dan rakyat akan menikmati kesejahteraan hidup. Sebaliknya, pemerintah yang kejam atau lemah akan kehilangan mandat. Contohnya, pemerintahan Shang kehilangan mandat akibat kezaliman mereka.Golongan bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja dalam urrusan pentadbiran.
- Golongan ini bertanggungjawab untuk mentadbir wilayah masing-masing.
- Mereka berhak mewujudkan sistem pentadbiran mereka sendiri. Contohnya sistem pungutan cukai, undang-undang dan pertahanan.
Mentadbir wilayah
Mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
Melindungi raja dan memberikan bantuan tentera
Ketua agama semasa menjalankan upacara pengorbanan
Sistem Pemerintahan Sistem yang sama dilaksanakan semasa zaman Dinasti
Chou. - Raja dibantu oleh ketua menteri enam badan. Badan
ini menguruskan hal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, undang-undang dan hal ehwal monarki.
- Pada peringkat wilayah, pentadbiran dikendalikan oleh pembesar-pembesar feudal. Raja telah membahagikan pemilikan tanah kepada pembesar ini.
Raja-raja Dinasti Chou cuba mengikat pembesar mereka melalui :
- Ikrar taat setia. - Memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata
gangsa, hamba dan binatang - Tanggungjawab melindungi raja dan memberi
bantuan ketenteraan semasa perang. Pembesar juga bertanggungjawab sebagai ketua
agama untuk melaksanakan upacara pengorbanan.
Agama dan Kepercayaan
ANIMISME
Sungai
Gunung
Bukit
Agama dan KepercayaanMasyarakat China percaya bahawa
tuhan menguasai semua aspek kehidupan manusia.
Mereka memuja tuhan alam seperi Tuhan Angin , Tuhan Bulan dan Tuhan Matahari.
Orang Shang juga mengamalkan pemujaan nenek moyang.Tulang nujum digunakan untuk mendapatkan pertolongan daripada nenek moyang.
1. Menyembah roh nenek moyang
2. Menyembah tuhan bumi (TU)3. Menyembah tuhan
syurga( SHANG- TI )
Diketuai oleh bomohPermainan muzik, tarian dan upacara
korban
Agama dan KepercayaanOrang China percaya mengenai
konsep mandat dari syurga.Dinasti Shang diganti oleh Dinasti
Chou melalui rampasan kuasa.Sistem feudal diamalkan semasa pemerintahan Dinasti Chou.
Agama dan KepercayaanMasyarakat Hwang Ho mengamalkan
pelbagai jenis kepercayaan. Antaranya ialah animisme dan politeisme serta pemujaan roh nenek moyang. Mereka juga menyembah tuhan syurga (shang-ti) dan tuhan bumi (tu).
Mereka juga menyembah biasanya diketuai oleh golongan bomoh dan melibatkan permainan muzik, tarian atau upacara korban.
Masyarakat Shang juga mempercayai ramalan menggunakan tulang oracle ( tulang binatang ) yang berfungsi meramalkan sesuatu keadaan.
Agama dan kepercayaanBukti kepercayaan ini ialah jumpaan tulang
binatang dan kulit kura-kura di Anyang. - Tulang ini diletakkan di atas unggun api
sehingga timbul rekahan ini dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.
Amalan penilikan tulang nujum ( oracle ) memainkan peranan peranan mewujudkan sistem tulisan awal di China. Rekahan pada tulang-tulang tersebut memberi idea untuk mencipta tulisan.
Bentuk tulisan yang disebut ideogram telah dicipta. Sistem tulisan ini berbentuk simbol. Pada asalnya, tulisan ini mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai. Lama-kelamaan tulisan ini berubah menjadi lebih kompleks seperti hari ini.
Sistem Tulisan
Tulang Oracle
Sistem TulisanBentuk tulisan tamadun ini
dipanggil ideogram.Setiap gambar melambangkan
satu perkataan.Terdapat lebih kurang 3000
simbol yang kekal selama 3500 tahun.
Sumbangan Tamadun HwanghoKemajuan sains dan teknologi
zaman Shang ialah :Penggunaan gangsa dalam
pembuatan senjata dan alat-alat pertanian
Membuat alat-alat tembikar dan jedMenghasilkan suteraMemperkenalkan sistem perpuluhanMemperkenalkan sistem kalender
Sumbangan Tamadun HwanghoSistem kalendar telah
diperkenalkan pada zaman pemerintahan Dinasti Shang :
Terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
Raja dapat menentukan musim menanam dan menuai.
Kalendar ini digunakan untuk upacara perkahwinan, pemburuan dan pengkebumian.
Kemajuan pada Zaman Chou termasuk :
Membuat wang daripada logam Menerbitkan buku Memperkenalkan alat tulisan
Sumbangan Tamadun Hwangho
Sumbangan Tamadun Hwangho Sejak zaman awal dinasti China terutama zaman
Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain menglakkan berlakunya banjir.
Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China.
Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut. Selain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.
Pada zaman ini juga petani juga mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.
Sumbangan Tamadun HwanghoFalsafah perang yang
diperkenalkan Sun Tzu dalam karyanya yang berjudul The Art of War, mempengaruhi taktik peperangan dan pemikiran strategik sehingga kini.
Ia telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan dan urusan perniagaan.
http://www.youtube.com/watch?v=erZ2YidTZp4
QUIZ
1. Senarai berikut menunjukkan bandar dalam tamadun Hwang Ho.
BANDAR X
Merupakan bandar awal di China
Menjadi pusat pentadbiran Dinasti Shang
X merujuk kepada :
A. Canton
B. Loyang
C. Anyang
D.Szechwan
2. Senaraikan tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho.
a.Hsia
b.Chou
c.Shang
3. Mengapakah Raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik untuk menjalankan pemerintahan?
A. Bersikap adil
B. Berkuasa mutlak
C. Berkebolehan memerintah
D. Berketurunan pemerintah agama
4. Mengapakah tembok dibina mengelilingi bandar Anyang?
A.Menjadi sempadan
B.Memantapkan sistem pertahanan
C.Membuktikan kekayaan kerajaan
D.Menyeragamkan sistem pentadbiran
5. Apakah tugasan golongan hamba dalam tamadun Hwang Ho?
A.Menghasilkan senjata
B.Menjadi tentera paksaan
C.Mengetuai upacara keagamaan
D.Mengumpul hasil hutan dan laut
Credit and resourcesVIDEOANCIENT CHINA (MORE THAN 1 HOUR)http://www.youtube.com/watch?v=gZHU9jm
2WbgANCIENT CHINESE ARCHITECTURE
http://www.youtube.com/watch?v=AgBA1veRlH0
What the ancient chinese did for ushttp://www.youtube.com/watch?v=YHKELxJB
qyc
TEXT AND TEMPLATE CREDIThttp://sejarahpcghs.blogspot.com/p/tamadun
-china.htmlhttp://cikgu-piena.blogspot.com/
Top Related