8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
1/27
KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA
Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia
2002
MENSERVIS PERALATAN
ELEKTRIK DOMESTIK
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
TINGKATAN EMPAT DAN LIMA
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
2/27
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendakmencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil dimana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dansaksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisikebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satumasyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenagadan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip berikut :-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
3/27
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikansumbangan terhadap keharmonian
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
4/27
Pendahuluan 1
Matlamat 1
Objektif 2
Organisasi Kandungan 2
Pendekatan Dan Penekanan 3
Pemetaan Kandungan 5
Format Huraian 6
Huraian Tingkatan Empat 7
Huraian Tingkatan Lima 16
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
5/27
KATA PENGANTAR
Para 1 (kosong)
Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaranyang sesuai dengan tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik untuksekolah menengah atas. Buku ini juga menyediakan penerangan bagi membantu guru menguruskan pelaksanaan kurikulumPembinaan Domestik dalam bengkel. Guru diharap dapat merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan sesuaidengan kebolehan dan minat murid serta persekitaran sekolah supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebihbermakna.
Para 3 (kosong)
( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN )PengarahPusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
6/27
Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah satudaripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolahmenengah akademik. Ia merupakan satu matapelajaran amali yang berteraskan teknologi untuktingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaranini adalah lanjutan dan peluasan kepada matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolahmenengah rendah.
Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkanFalsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untukmencapai matlamat ke arah mempertingkatkanproduktiviti negara dengan membekalkan tenagamahir yang berpengetahuan dalam bidang elektrikelektronik.
Penawaran mata pelajaran ini merupakansebahagian usaha Kementerian Pendidikan untukmemperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional disekolah akademik. Persediaan awal ini adalah untukmemenuhi keperluan permintaan tenaga pekerjamahir dan separa mahir dalam pelbagai bidangindustri yang semakin meningkat seperti pembinaanbangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot,
komputer dan multimedia, penghasilan makanan,perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiwan,pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman,dan perkhidmatan penjagaan.
Dalam kurikulum Menservis Peralatan ElektrikDomestik, murid didedahkan dengan perkembanganteknologi semasa, keperluan tenaga mahir, prospek
kerjaya, keselamatan, peraturan, undang-undang,etika dan budaya kerja. Mereka dilatih menggunakan
peralatan ujian, mengendalikan litar asas elektrikseperti bekalan kuasa, bahagian kawalan dan bebanlitar. Seterusnya kemahiran asas murid inidipertingkatkan kepada tahap menservis pelbagaiperalatan elektrik domestik yang meliputi mengendali,mengesan dan mengganti komponen yang rosak.Jenis peralatan elektrik domestik yang diserviskantermasuk kipas, mesin pengisar, seterika, cerek,
pembakar roti, pembersih vakum, pam air, ketuhar,mesin basuh dan peti sejuk.
Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerjayang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.
Matlamat mata pelajaran Menservis Peralatan ElektrikDomestik adalah untuk melahirkan murid yangberkemahiran membaik pulih dan menyenggaraperalatan elektrik domestik dengan mengamalkanbudaya kerja yang baik dan selamat, serta bolehmenjalankan perniagaan sendiri atau berupayamenjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam
bidang perkakasan elektrik.
ApakahMata
PelajaranMenservisPeralatan
ElektrikDomestik?
MatlamatMata
PelajaranMenservisPeralatan
ElektrikDomestik
PENDAHULUAN
MATLAMAT
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
7/27
Kurikulum Menservis Peralatan Elektrik Domestikadalah untuk membolehkan murid :
1.
1. Menyenggara peralatan elektrik domestik
2. Mencari dan mengesan kerosakan peralatanelektrik domestik
3. Melakukan kerja pengujian peralatan elektrikdomestik
4. Mengganti komponen dan membaik pulihperalatan elektrik domestik
5. Mengenal pasti litar bekalan kuasa dan sistemkawalan peralatan elektrik domestik
6. Menggunakan alatan tangan dan peralatan ujiandengan cara yang betul dan berkesan sertamenyenggara peralatan bengkel
7. Mengamalkan langkah keselamatan danpertolongan cemas jika perlu semasa menservisperalatan elektrik domestik
8. Mengamalkan budaya kerja yang baik sepertibekerjasama, ingin mencuba, bertanggungjawab
dan berkomunikasi dengan berkesan
9. Menyediakan rancangan perniagaan yangmudah dan meminati bidang keusahawananserta sedar tentang keperluan tenaga mahirdalam bidang menservis peralatan elektrikdomestik.
Mata pelajaran ini terbahagi kepada tiga bidangpembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep sepertiberikut:
RangkaKonsep
OBJEKTIFORGANISASI KANDUNGAN
ObjektifMata
PelajaranMenservisPeralatan
Elektrik
Domestik
K E M A H I R A N
A S A S
M E N S E R V I S
P E R A L A T A NE L E K T R I K
D O M E S T I K
K E M A H I R A N
A S A S
L A N J U T A N
M E N S E R V I S
P E R A L A T A N
E L E K T R I K
D O M E S T I K
U s a h a w a nP e k e r j a m a h i r
m e n s e r v i sP E D
R A N G K A K O N S E P
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
8/27
Diskripsi tiga bidang pembelajaran bagi MenservisPeralatan Elektrik Domestik adalah seperti berikut:
1. Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektirk Domestik
Bidang pembelajaran ini merangkumi unitpembelajaran mengenai mengendalikan peralatanujian, komponen peralatan elektrik dan sistem litaryang terdiri daripada bekalan, kawalan dan bebankuasa. Murid juga didedahkan dengan perkembangan
teknologi semasa dan keperluan tenaga mahir dalambidang Menservis Peralatan Elektrik Domestik. Selaindaripada itu murid didedahkan kepada peluangkerjaya, prosedur dan undang-undang dalam duniapekerjaan serta dipupuk dengan pembentukan etikadan budaya kerja yang cemerlang. Di akhir bidangpembelajaran ini, murid menguasai kemahiran dalammengenal pasti kerosakan dan memahami fungsi
komponen peralatan elektrik domestik.
2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan
Elektrik Domestik
Bidang pembelajaran ini adalah lanjutan daripadabidang pembelajaran pertama dan murid
mengaplikasikan kemahiran di bidang kendalian litar,mengesan kerosakan dan menservis peralatan elektrikdomestik seperti loceng pintu, mesin pengisar, kipas,pembakar roti, seterika, cerek elektrik, pembersihvakum, pam air, ketuhar, mesin basuh dan peti sejuk.Murid juga dapat menguasai kemahiran mengurusinventori dan penstoran. Di akhir bidang pembelajaranini murid akan berkeupayaan membaik pulih
kerosakan dan menyenggara peralatan elektrikdomestik.
3. Keusahawanan
Murid didedahkan kepada teknik komunikasi yangberkesan, cara melayan pelanggan dan kemahiranmembuat keputusan. Di samping itu, murid dibimbingmembuat perancangan perniagaan yang mudah dan
mengenal pasti organisasi yang membantuusahawan. Murid juga didedahkan dengan peluangkerjaya yang terdapat di industri berasaskan elektrikdan elektronik.
Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah matapelajaran yang memberi tumpuan terhadapmenguasai kemahiran melalui pembelajaran yangdikendalikan secara amali. Teori asas elektrik yangberkenaan diaplikasikan semasa murid menguasaikemahiran asas membaiki peralatan elektrik domestik.Dalam mengendalikan kelas, penggabung jalinan
perlu diadakan di antara bidang pembelajaranKeusahawanan dan bidang pembelajaran mengenaikemahiran menservis bagi membolehkan muridberdikari dan memajukan diri semasa menceburiindustri berasaskan elektrik dan elektronik .
KemahiranmelaluiLatihanAmali
PENDEKATAN DAN PENEKANAN
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
9/27
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
10/27
Susunan kandungan dalam sukatan pelajaranMenservis Peralatan Elektrik Domestik untuk tingkatan4 dan tingkatan 5 adalah seperti dalam JadualPemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran.Peruntukan masa yang dinyatakan merupakancadangan untuk membantu guru dalam penyediaan
rancangan pengajaran.
Masa pengajaran mata pelajaran Menservis PeralatanElektrik Domestik ialah dua belas waktu seminggu yangmana setiap waktu ialah empat puluh minit.
Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan PelajaranMenservis Peralatan Elektrik Domestik
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARANTINGKATAN 4
(minggu)TINGKATAN 5
(minggu)
1. Kemahiran Asas Menservis PeralatanElektrik Domestik ( 35 )
1.1 Pengenalan 2
a. Perkembangan teknologisemasa
b. Prospek kerjaya
c. Kepentingan amalankeselamatan
d. Peraturan dan undang-undangkerja
e. Etika dan budaya kerja
1.2 Peralatan ujian 2
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARANTINGKATAN 4
(minggu)TINGKATAN 5
(minggu)
a. Pena ujian
b. Meter pelbagai
c. Penguji tebatan
1.3 Komponen asas elektrik 5
a. Fungsi
b. Penggunaan
c. Pengujian komponen
1.4 Litar bekalan kuasa 6
a. Arus ulang alik (AC)
b. Arus terus (DC)
1.5 Sistem kawalan 8
a. Manual
b. Automatik
1.6 Beban 12
a. Pemanas
b. Motor
c. Transduser
d. Injap solenoid
e. Mentol atau lampu
2. Kemahiran Asas Lanjutan MenservisPeralatan Elektrik Domestik
( 33 )
2.1 Asas kendalian peralatan elektrikdomestik
15
a. Pengendalian peralatan
b. Binaan
c. Manual
2.2 Mengesan kerosakan dan baikpulih
15
a. Simptom kerosakan
b. Langkah mengesan kerosakan
c. Menganalisis dapatankerosakan
d. Prosedur baik pulih
PemetaanKandunganTingkatan 4
danTingkatan 5
BilanganWaktu
Seminggu
PEMETAAN KANDUNGAN
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
11/27
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARANTINGKATAN 4
(minggu)TINGKATAN 5
(minggu)
2.3 Penyenggaraan peralatan elektrik 3
a. Cara perolehan
b. Sistem penstoran
c. Penyenggaraan
3. Keusahawanan ( 2 )
3.1 Kemahiran berkomunikasi
3.2 Kemahiran membuat keputusan
3.3 Rancangan perniagaan
3.4 Agensi yang membantu usahawan
3.5 Pemasaran
JUMLAH 35 minggu 35 minggu
Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajuriaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; HasilPembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.
Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unitpembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa
pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.
Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasandan kedalaman skop setiap unit pembelajarandihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang bolehdiukur.
Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran
bertujuan membantu guru merancang danmembekalkan pengalaman pengajaran danpembelajaran yang sesuai dan bermakna kepadamurid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini danmereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaiandengan kebolehan murid dan keadaan sekelilingmereka.
Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan limadiperincikan seperti berikut:
Tiga lajur
Bidang, Unitdan Tajuk
Pembelajaran
HasilPembelajaran
CadanganAktiviti
Pembelajaran
FORMAT HURAIAN
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
12/27
MENSERVIS PERALATANELEKTRIK DOMESTIK
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
TINGKATAN EMPAT
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
13/27
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARANCADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
1. Kemahiran Asas Menservis PeralatanElektrik Domestik( Cadangan peruntukan masa ialah 35minggu)
1.1 Pengenalan( Cadangan peruntukan masa ialah 2
minggu)a. Perkembangan teknologi semasa Menerangkan beberapa contohperkembangan teknologi semasa
Lawatan industri, tayangan video, melayariinternet untuk mendapatkan maklumatproduk terkini seperti cerek elektrik tanpawayar dan teknologi yang digunakan sertaprospek kerjaya.
b. Prospek kerjaya Mengenal pasti peluang dalam kerjayamembaik pulih peralatan elektrikdomestik
Menyedari tentang wujudnya keperluantenaga mahir dalam kerja baik pulih.
Merujuk daftar kerjaya dalam PiawaianPengelasan Pekerjaan Malaysia, terbitanJabatan Tenaga Rakyat, KementerianSumber Manusia Malaysia, 1998.
c. Kepentingan amalan keselamatan Memberi pertolongan cemas biladiperlukan
Menggunakan peralatan memadamkebakaran mengikut keperluan
Tunjuk cara penggunaan alatan keselamatan1. Murid mengkaji
dan membincangkan peraturan bengkel,akta-akta dan undang-undang
2. Murid mengkajidan membincangkan standard kualitiminimum sebagai seorang pekerja.
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
14/27
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARANCADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
d. Peraturan dan undang-undang kerja Menyatakan akta dan undang- undangyang berkaitan dengan pekerja
Perbincangan mengenai akta dan undang-undang yang berkaitan dengan pekerja.Contoh Akta Pekerjaan 1955, AktaKumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan AktaKeselamatan Sosial Pekerja 1969.
e. Etika dan budaya kerja Menepati masa dan sentiasa berusaha
memastikan tempat kerja sentiasa bersihdan teratur
Berbincang sebab-sebab perlunya
mengamalkan etika kerja.
Mematuhi jadual tugasan dan menyiapkankerja dalam tempoh yang ditetapkan.
Sentiasa memakai pakaian kerja, alatperlindungan keselamatan dan menjalankan
kerja membersih seperti yang dijadualkan.
Guru memberikan helaian tugasan danmenetapkan masa untuk murid menyiapkantugasan yang diberi.
Menyiapkan kerja yang berkualiti dalammasa yang ditetapkan
Murid sentiasa diingatkan agar mematuhitahap kualiti hasil kerja (individu dankumpulan) yang telah ditetapkan.
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
15/27
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARANCADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.2 Peralatan ujian( Cadangan peruntukan masa ialah 2minggu)
a. Pena ujian
b. Meter pelbagaii. Julat dan skala
ii. Pengukuran
iii. Langkah keselamatan
c. Penguji tebatani. Julat dan skala
ii. Pengujian
iii. Langkah keselamatan
Menggunakan pena ujian untukmenentukan talian hidup dan neutral
Mengamalkan langkah keselamatanmenggunakan pena ujian
Memilih fungsi meter yang dikehendaki Memilih julat meter yang sesuai
Menyambung meter dengan kekutubanyang betul
Membaca nilai pengukuran pada skala
Mengamalkan langkah keselamatansemasa menggunakan meter pelbagai
Menentukan julat dan skala yang sesuai
Melakukan pengujian dengan kaedahyang betul
Mengamalkan langkah keselamatan semasamenggunakan penguji tebatan
Menguji talian AU 240V.
Tunjuk cara menggunakan meter pelbagaiuntuk mengukur voltan DC, AC, arus danrintangan.
Merekodkan hasil penggukuran.
Tunjuk cara menggunakan meter tebatan.
Latihan pengujian.
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
16/27
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARANCADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.3 Komponen asas elektrik( Cadangan peruntukan masa ialah 5minggu)
a. Fungsi
b. Penggunaan
c. Pengujian komponen
Menerangkan fungsi komponen asaselektrik
Mengenal pasti penggunaan komponenasas elektrik
Mengenal pasti kekutupan pemuat, dioddan transistor
Membezakan komponen baik atau rosakdengan menggunakan meter pelbagai
Mengukur nilai komponen denganmenggunakan meter pelbagai
Menyatakan nilai perintang berdasarkankod warna
Fungsi dan penggunaan komponen asaselektrik seperti perintang, pemuat, fius, diod,
gegelung, alat pengubah dan transistor.
Menguji kerosakan komponen padaperalatan elektrik.
Menggabungkan beberapa perintang untukmendapatkan nilai rintangan yangdikehendaki.
Murid membaca kod warna perintang.
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
17/27
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARANCADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.4 Litar bekalan kuasa( Cadangan peruntukan masa ialah 6minggu)
a. Arus ulang alik (AC)
b. Arus terus (DC)
Menentukan litar bekalan kuasa AC Membuat penyambungan bekalan kuasa
dengan betul Menentukan punca tamatan
Melakukan ujian kekutuban Melakukan ujian keterusan Melakukan ujian kefungsian
Mengamalkan langkah keselamatan diridan peralatan
Mengenal pasti sumber bekalan kuasaarus terus (DC)
Menentukan litar bekalan kuasa DC Membezakan antara bekalan kuasa AC
dan DC
Membuat penyambungan bekalan kuasadengan betul
Menentukan punca tamatan Melakukan ujian kekutuban, keterusan
dan kefungsian Mengamalkan langkah keselamatan diri
dan peralatan
Menyambung extension cord.
Menguji litar penyambung extension cordberfungsi atau tidak.Mengambil tindakan yang sewajarnyaapabila berlaku kemalangan.AMARANBekalan kuasa AC boleh mengakibatkankecederaan seperti melecur, terbakar danrenjatan.
Menyambung sel kering dan sel basahdalam litar siri dan selari.Membina litar bekalan kuasa DC teratur(Regulated Power Supply) 0 - 30V .
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
18/27
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARANCADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.5 Sistem kawalan( Cadangan peruntukan masa ialah 8minggu)
a. Manuali. Jenis suis
ii. Simbol
iii. Pengujian
iv. Penggunaan dalam litar
Menentukan jenis binaan suis kawalanmanual (togol, tekan, sentuh, gelansar,
pisau) Menentukan jenis suis berasaskan fungsi
nya
Melukis simbol suis kawalan manual yangbiasa digunakan
Menentukan tamatan suis, lazim tutup
(NC), lazim buka (NO) dan sepunya (C) Menguji keterusan suis menggunakan
meter pelbagai
Menggunakan suis yang betul dalampenyelesaian masalah yang berkaitan
Melukis simbol skematik jenis-jenis suis.
Menguji kefungsian suis.
Menyambung suis dalam litar secara kekaldan sementara.
Contoh aktiviti penyelesaian masalah ialahmurid mengumpulkan maklumat dan data
melalui pemerhatian, lawatan, pembacaan,penerokaan internet, penyelidikan denganbimbingan guru mengenai sistem kawalanmanual.
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
19/27
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARANCADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
b. Automatiki. Jenis sensor
ii. Simbol
iii. Pengujian dan penggunaan
Mengenal pasti jenis sensor
Melukiskan simbol sensor
Menggunakan sensor untuk mengawallitar
Sensor yang elok digunakan ialah sensorhaba, cahaya, masa, ultrasonik, gerakan danimbangan.Memasang litar dengan menggunakansensor:
- Sensor haba iaitu termostat dawai
atau logam (untuk mengesanpanas) dan rerambut (untukmengesan sejuk).
- Sensor cahaya iaitu sel foto,perintang peka cahaya (LDR),transistor foto dan diod foto.
- Pemasa iaitu pemasa mekanikaldan pemasa elektrik.
1.6 Beban( Cadangan peruntukan masa ialah 12minggu)
a. Pemanasi. Jenis
ii. Penyambungan
iii. Pengujian
Memilih jenis elemen pemanas yangsesuai dengan kegunaan
Membuat penyambungan litar elemenpemanas
Menguji kefungsian elemen pemanasdalam litar kawalan haba
Perbincangan binaan elemen pemanas dankendalian.
Memasang dan menyambung elemenpemanas dalam litar kawalan haba.
Menguji elemen pemanas denganmenggunakan meter pelbagai.
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
20/27
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARANCADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
b. Motori. Jenis
ii. Pengujian
iii. Penyambungan
Membezakan pelbagai jenis motorelektrik
Memilih motor yang sesuai dengankegunaan
Menguji kefungsian motor
Menyambung motor dalam litar kawalanlaju, masa dan arah
Perbincangan binaan dan kendalian motorelektrik.
Membuat projek menggunakan motorelektrik yang mengandungi litar kawalanlaju, masa dan arah.
c. Transduseri. Jenis
ii. Pengujian
iii. Penyambungan
Membezakan pelbagai jenis transduser Memilih transduser yang sesuai dengan
kegunaan
Menguji kefungsian transduser
Menyambung transduser dalam litarkawalan masa, sentuh dan cahaya
Penbincangan binaan dan kendaliantranduser.
Membuat projek menggunakan buzer,pembesar suara dalam salah satu litarkawalan masa, sentuh atau cahaya
termasuk litar pegang (hold circuit).
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
21/27
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARANCADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
d. Injap solenoidi. Jenis
ii. Pengujian
iii. Penyambungan
e. Mentol atau lampui. Jenis
ii. Pengujian
iii. Penyambungan
Memilih injap solenoid yang sesuaidengan kegunaan
Menguji kefungsian injap solenoid
Menyambung injap solenoid dalam litarkawalan masa dan had
Memilih mentol yang sesuai dengankegunaan
Menguji kefungsian lampu
Menyambung mentol dalam litar kawalanmanual dan automatik
Perbincangan binaan dan kendalian injapsolenoid.
Membuat projek menggunakan injapsolenoid.
Contoh Projek:Litar kawalan siraman pokok.
Perbincangan binaan dan kegunaan mentol.
Membuat penyambungan litarmenggunakan mentol dengan kawalanmanual dan automatik.
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
22/27
MENSERVIS PERALATANELEKTRIK DOMESTIK
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
TINGKATAN LIMA
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
23/27
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARANCADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
2. Kemahiran Asas Lanjutan MenservisPeralatan Elektrik Domestik(Cadangan peruntukan masa ialah 33minggu)
2.1 Asas kendalian peralatan elektrikdomestik( Cadangan peruntukan masa ialah15 minggu)
a. Pengendalian peralatan
b. Binaani. Rajah blok
ii. Lukisan bergambar
iii. Litar skematik
c. Manual
Mengendalikan peralatan berpandukanmanual pengguna
Mengenal pasti komponen dan kendalian
peralatan Melakar gambarajah blok bahagian
dalam peralatan
Melukis lukisan bergambar sambungankomponen
Melukis gambarajah skematik
Menggunakan manual pengguna danmanual servis dengan berkesan
Murid merekod hasil kendalian peralatan.
Sumber yang diperlukan ialah set peralatantangan dan ujian, manual servis bagiperalatan elektrik domestik seperti periuknasi, seterika, mesin pengisar, ketuharelektrik, ketuhar gelombang mikro,pembakar roti, cerek elektrik, kipas meja,kipas siling, penyedut hampagas, mesinbasuh semi automatik dan automatik, pam
air, pengering rambut, peti sejuk, pemanasair mandi, loceng pintu dan pengadunmakanan.
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
24/27
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARANCADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.2 Mengesan kerosakan dan baik pulih( Cadangan peruntukan masa ialah 15minggu)
a. Simptom kerosakan
b. Langkah mengesan kerosakan
c. Menganalisis dapatan kerosakan
d. Prosedur baik pulih
Mengenali dan menyatakan tandakerosakan
Meramalkan bahagian yang rosak
Mengesan kerosakan melaluipemerhatian fizikal
Mengesan kerosakan denganmenggunakan peralatan ujian
Menentukan jenis kerosakan
Menulis laporan kerosakan Menanggalkan komponen yang rosak Menentukan spesifikasi komponen yang
rosak
Mengganti komponen yang rosak Menguji kefungsian peralatan selepas
dibaik pulih
Mengamalkan langkah keselamatansemasa menjalankan kerja baik pulih
Tunjuk cara mengesan kerosakan padaperalatan elektrik yang rosak.
Murid melakukan kerja mengesan kerosakandan baik pulih mengikut prosedur.
Komponen ganti mestilah mempunyaispesifikasi yang sama dengan komponenasal (Rujuk Servis Manual).
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
25/27
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARANCADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.3 Penyenggaraan peralatan elektrik( Cadangan peruntukan masa ialah 3minggu)
a. Cara perolehan
b. Sistem penstoran
c. Penyenggaraan
Melengkapkan borang pesanan Menerima dan mengesahkan penerimaan
bahan dan peralatan
Merekod perolehan bahan dan peralatanmengikut kategori dalam buku stok
Menyimpan dan mengawal bahan danalatan
Merekodkan tarikh dan aktivitipenyenggaraan
Mengamalkan penyenggaraan cegahpada peralatan
Menjalankan rutin penyenggaraan
Latihan membuat pesanan untuk perolehanbahan dan peralatan.
Sistem penstoran termasuk inventori (rekodpenyimpanan alat), bahan habis guna, kuncidan alatan tangan.
Melakukan kerja penyenggaraan cegahberpandukan manual penyenggaraan.
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
26/27
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARANCADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
3. Keusahawanan(Cadangan peruntukan masa ialah 2minggu )
3.1 Kemahiran berkomunikasi Menyatakan maksud komunikasi Komunikasi ialah perhubungan yang berlakuantara dua pihak dalam menyampaikanmaklumat mengenai sesuatu perkara.
Mengamalkan komunikasi yang jelas,tepat dan bertatasusila semasaberurusan dengan pelanggan
Contoh aktiviti seperti simulasi, mainperanan dan tayangan video mengenai caraberkomunikasi yang berkesan dalamkonteks perniagaan menservis peralatanelektrik domestik.
Simulasi cara berkomunikasi yang berkesandalam perbincangan dengan pelanggan
mengenai cita rasa pelanggan dari segiharga yang dipersetujui, kualiti, ketahanandan tempoh siap.
Menerangkan kepentingan menjalinperhubungan dengan orang lain
Perbincangan kepentingan membentukjaringan hubungan ( networking) denganpembekal, pekerja dan pelanggan dalamskop perniagaan menservis peralatan
elektrik domestik.
3.2 Kemahiran membuat keputusan Mempraktikkan langkah membuatkeputusan dalam projek menservisperalatan elektrik domestik
Langkah membuat keputusan ialahmengenal pasti masalah, mencari alternatif,memilih penyelesaian yang baik, bertindakdan menilai semula.
8/6/2019 Sukatan Pel Mped F4nF5
27/27
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARANCADANGAN
AKTIVITI PEMBELAJARAN
Sumbangsaran kesan daripada keputusanyang telah dibuat dan kepentingannyamembuat keputusan yang sesuai.
Contoh masalah mengenai bekalan bahan,peralatan, kemampuan menyiapkan projekdan tawar menawar harga perkhidmatan.Aktiviti sumbangsaran, main peranan danperbincangan.
3.3 Rancangan perniagaan Mengenal pasti tujuan menyediakanrancangan perniagaan
Menyediakan rancangan perniagaanmudah
Sumbangsaran tujuan menyediakanrancangan perniagaan.
Membuat rancangan perniagaan mudahberkaitan projek menservis peralatan elektrikdomestik.
3.4 Agensi yang membantu usahawan Mengenal pasti agensi yang terlibat
dalam membantu usahawanPerbincangan jenis perkhidmatan danagensi yang terlibat seperti bimbingan danlatihan oleh MARA dan MEDEC, pelesenanoleh Majlis Kerajaan Tempatan, infrastrukturoleh UDA dan Majlis Kerajaan Tempatanserta kewangan oleh institusi kewanganberlesen.
3.5 Pemasaran Mengenal pasti cara mempromosikan
perkhidmatan menservis peralatanelektrik domestik
Perbincangan cara mempromosiperkhidmatan menservis peralatan elektrikdomestik melalui pengiklanan dan kontrakbaik pulih peralatan.
Top Related