Sesi Pertama:Pengenalan Tulisan Jawi
Oleh: Mohd Adib Abd Muin
PensyarahJabatan MuamalatPusat Pengajian PerniagaanIslam (IBS)
Universiti Utara Malaysia
Tempat: DKG 1/5Tarikh: 07 April 2015/ 17 Jamadil Akhir 1436H
Hari: SelasaMasa: 8.30-12.30pm
1
Pengenalan
• Tulisan jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak
kedatangan Islam pada abad ke 10 menerusi aktiviti
perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu.
• Perkembangan tulisan jawi di Nusantara adalah seiring
dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan
orang Melayu (Hashim Hj Musa, 1995).
• Kesan penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan huruf-
huruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah
Melayu (Hamdan Abd Rahman,1999).
• Pada abad ke sebelas hingga ke empat belas, tulisan jawi
digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan
Nusantara (Mohd Alwee Yusoff, 2005).
• Pernah menjadi tulisan rasmi suatu ketika dahulu di Brunei,
Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.2
Samb…
• Berdasarkan sejarah Bahasa Melayu (Kang Yong Seock, 1990) perkataan “Jawi” ( ( جاوي berasal daripada bahasa Arab “Jawah” (( . جاوة Kemudian, orang Melayu menyelaraskanperkataan-perkataan Arab tersebut agar sesuai digunakandalam Bahasa Melayu.
• Berdasarkan catatan Sejarah Melayu (Hashim Hj Musa, 1999) perkataan Jawi adalah diadaptasikan oleh Bahasa Melayudaripada tulisan Arab. Kemudiannya dibuat beberapapenyelesaian dan tambahan agar kegunaan tulisan ini menjadimantap sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti yang kita fahami sekarang ini.
• Berdasarkan kata adjektif dalam Bahasa Arab, perkataanJawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaumyang menjadi peribumi di Asia Tenggara malah merangkumiseluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negeri-negeri lain (Mohd Alwee Yusoff, 2005). 3
Samb..
• Oleh sebab itulah, maka para ulama dari Asia Tenggara
sering meletakkan nama al-Jawi sebagai gelaran, pada
hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada
suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf al-
Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-
Jawi, Syeikh Daud al-Fatani al-Jawi dan lain-lain (Ismail
Hussein, 1981).
• Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-
ungkapan seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan bangsa
Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam menamakan
orang di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa
(Amat Juhari Moain, 1996).4
Sejarah Pembuktian Tulisan
JAwi• Batu bersurat yang bertarikh tahun 702H/1303M yang
menggunakan tulisan Jawi sepenuhnya itu menunjukkanbahawa tulisan Jawi berusia hampir 700 tahun lamanya.Selama kira-kira 200 tahun ia berkembang selaras denganperkembangan agama Islam (Mohd Alwee Yusof, 2005).
• Sejak berdirinya Kerajaan Perlak (225H/840M), pendidikanIslam mendapat perhatian yang penting dalam pembangunanmental dan fizikal negara, sehingga pada zaman KerajaanAcheh (1511-1650M), agama Islam menguasai masyarakatAcheh dan menjadi jiwa bagi semua bidang kehidupan rakyat,sama ada ekonomi, sosial dan seni budaya (Mohd AlweeYusof, 2005).
• Pada masa itu, semua rakyat Acheh telah dapat membaca al-Qur'an, kitab-kitab dan hikayat- hikayat yang ditulis dalambahasa Melayu, bahasa Acheh dan Bahasa Arab, semuanyaadalah dalam skrip Jawi (Mohd Alwee Yusof, 2005).
6
Samb….
• Bagaimana pun, selepas kedatangan orang-orang
Eropah ke Tanah Melayu pada dekad-dekad berikutnya,
tulisan Jawi mulai digunakan seiring dengan tulisan
Rumi.
• Kemudian, ada usaha gigih dibuat oleh ahli-ahli bahasa
untuk mengetepikan tulisan Jawi dan sekaligus
menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi negara.
• Sejak itu, tulisan Jawi mulai tergugat kedudukannya
sebagai tulisan utama bagi seluruh Kepulauan Melayu
amnya dan Tanah Melayu pada masa itu khasnya, lebih-
lebih lagi setelah pengisytiharan 'Akta Bahasa
Kebangsaan' pada tahun 1963.7
Fakta Berkaitan Sejarah Jawi
• Oleh itu, sejak ia mula digunakan sehingga abad ke 20Masihi, Bahasa Melayu telah menghasilkan tidak kurangdaripada 10,000 naskhah manuskrip Jawi, termasukteks-teks undang-undang tubuh kerajaan-kerajaannegeri hingga kepada teks-teks 'PemasyhuranKemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu' pada 2 Ogos1957.
• Jumlah itu belum termasuk 200 naskhah Melayu di SriLanka, surat-surat yang berkaitan dengan pentadbiranNegeri-Negeri Melayu Yang Tidak Bersekutu dan teks-teks Pentadbiran Inggeris di Sarawak (Mohd AlweeYusof, 2005).
• Kebiasaan tulisan jawi akan dimulakan dengan tulisanBismillahirahmanirahim dan diakhirari dengan salam(menunjukkan pengaruh agama Islam).
8
Peranan Tulisan Jawi
• Peranan utama tulisan jawi adalah dalam menulis kitab-
kitab agama, karya-karya sastera, buku-buku, risalah-
risalah, termasuk juga surat-surat perjanjian dengan
negara-negara luar (Mohd Alwee Yusof, 2005).
• Pada zaman ini, tulisan Jawi yang menggunakan abjad
Arab terbukti kemampuannya menjadi media ilmiah,
peradaban, komunikasi, pentadbiran dan politik.
• la digunakan dalam penulisan buku-buku ataupun kitab-
kitab, akhbar-akhbar, majalah-majalah yang diterbitkan,
malah warta-warta kerajaan, perutusan-perutusan,
perjanjian-perjanjian dan pemasyhuran rasmi kerajaan
juga adalah dalam tulisan Jawi (Mohd Alwee Yusof,
2005).9
Antara Majalah dan Surat Khabar
yang Menggunakan Tulisan JAwi
• Majalah Dian
• Majalah Mastika
• Utusan Qiblat
• Utusan Melayu/ Utusan Zaman
• Etc.
10
PenggunaanTulisan Jawi Masa Kini• Digunakan di institusi Istana kesultanan melayu (surat
rasmi)
• Pejabat mufti
• Sekolah pengajian agama
• Teks khutbah jumaat
• Sijil nikah dan sijil-sijil penghargaan dan lain-lain
• Tulisan Jawi di duit kertas
• Waktu solat
• Batu nisan
• Ukiran di dinding masjid dan surau
• Di papan tanda jalan
• Diperhalusi/ disenikan dengan tulisan khat jawi
• Etc..11
Kepentingan Tulisan Jawi
• Memertabatkan agama dan bangsa
• Menjadi identiti budaya melayu
• Membolehkan untuk menguasai bahasa arab dan
memahami kitab Al-Qur’an.
• Menjadi lambang dan tulisan rasmi semasa zaman
kesultanan melayu
• Mempunyai keistimewaan yang tersendiri
13
Peminggiran Tulisan Jawi
• Pada tahun 1956- Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu Ketiga di Johor Baharu telah mengambil
keputusan untuk menggantikan tulisan jawi dengan
tulisan rumi.
• Seterusnya jawatankuasa Ejaan telah ditubuhkan oleh
kerajaan
• Menetapkan ejaan rumi dan penyatuan bersama ejaan
bahasa Indonesia
• Pada tahun 1963-Parlimen Malaysia telah meluluskan
Akta Bahasa Kebangsaan 1963-tulisan Rumi menjadi
tulisan Rasmi bahasa Melayu dan mengetepikan tulisan
Jawi kecuali dalam pendidikan agama Islam.14
Pelaksanaan Kembali TulisanJawi Di Sekolah• Tahun 1981- setelah 18 tahun pelaksaan tulisan rumi,
Jawatankuasa mengkaji telah semula
• 1983-Dewan Bahasa dan Pustaka telah menubuhkanJawatankuasa Ejaan Jawi untuk kemaskini sistem ejaan JawiZa’ba.
• Maka terhasillah buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan pada tahun 1986 (edisi kedua 1987, edisiketiga 1993).
• 22 Jan 1992-Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telahmengeluarkan arahan supaya menggunakan sistem ejaan jawidi semua sekolah rendah, menengah, maktab-maktabperguruan, lembaga peperiksaan dan majlis peperiksaan.
15
Usaha Memberi Kesedaran
• Masih ada usaha-usaha untuk mengembalikan kegemilangantulisan Jawi. Antara yang terbaru adalah resolusi MunsyiDewan (jawi). Lima resolusi memartabatkan Jawi inidikemukakan oleh Munsyi Dewan (Jawi) sempena BengkelPembinaan Munsyi Dewan (Jawi) pada 26-28 Februari 2013 di Hotel De Palma, Shah Alam.
1. Mewujudkan jawatankuasa Munsyi Dewan (Jawi) yang akanmenggerakkan segala aktiviti yang berkaitan dengan Jawisecara berterusan.2. Menyediakan modul standard pengkaedahan Jawi untukkegunaan para munsyi.3. Menyediakan modul standard khusus untuk orang awamyang terdiri daripada Peringkat Asas, Peringkat Pertengahandan Peringkat Lanjutan.4. Mengadakan Kursus Pembinaan Munsyi untuk melahir, melantik dan melatih lebih ramai para Munsyi Dewan (Jawi)5. Memberi pendedahan kepada para munsyi tentang KamusDaftar Ejaan Jawi Edisi ke-3 (yang akan diterbitkan oleh DBP).
16
Cadangan
• Jadikan tulisan jawi sebagai pra syarat di setiap
peringkat dalam pembelajaran
• Jadikan tulisan rasmi negara seperti negara Jepun, Cina,
dan korea.
• Jadikan tulisan jawi sebagai kata laluan (password) bagi
setiap kod keselamatan.
• Tingkatkan kesedaran tulisan jawi melalui kempen,
forum, pameran dan pertunjukan poster tulisan jawi dan
lain-lain.
24
Top Related