Amali : 1
Tajuk : Ekosistem Tanah – Biota Tanah dan Siratan Makanan
Pengenalan :
Ekosistem merupakan interaksi atau hubung kait antara benda hidup dengan benda
bukan hidup dalam alam semula jadi.Ekosistem adalah satu sistem ekologi yang
terbentuk oleh hubungan saling bergantung antara hidupan dengan sekelillingnya.
Ekosistem juga boleh dikatakan satu interaksi yang kukuh antara semua hidupan
dan bukan hidupan yang mempengaruhi antara satu dan yang lain.
Dalam sesebuah ekosistem terdapat beberapa komponen yang terlibat:
1. Komponen biotik- komponen hidupan yang teridiri daripada
pengeluar,pengguna(konsumer) dan pengurai.
2. Komponen abiotik-komponen bukan hidupan yang terdiri daripada
cahaya,nilai pH,kelembapan,suhu,udara dan air.
Biologi Tanah
Biota tanah adalah kumpulan hidupan yang menjadikan tanah sebagai tempat untuk
menjalakan proses kehidupan. Biota tanah adalah komponen yang tidak dapat
dipisahkan dengan tanah kerana biota tanah dan tanah bergantung antara satu
sama lain.Biota tanah merupakan faktor pembentukan tanah yang menjalankan
pelbagai proses yang membentuk struktur atau keadaan tanah ,antara proses yang
terlibat ialah mineralisasi,menghancurkan dan merombak bahan
organik(humifikasi,mineralisasi) dan mencapur bahan penyusun tanah(pedoturbasi)
Fauna pada ekosistem tanah terdiri daripada makro fauna dan mikro fauna. Makro
fauna terdiri daripada: herbivor seperti annelida(cacing tanah),dipoloda(kaki seribu)
dan serangga, Manakala mikro fauna teridiri daripada protozoa dan rotifera.
Tujuan : untuk menerangkan fungsi biota tanah.
Objektif :
i. Mengetahui fungsi fauna di dalam tanah.
ii. Mengetahui spesis fauna pada lapisan tertentu yang terdapat di dalam tanah.
iii. Mengetahui siratan makanan pada ekosistem di dalam tanah.
iv. Membandingkan kelimpahan spesis dari dua lokasi.
Alat dan bahan :
i. Corong Tulgren
ii. Pembaris
iii. Plastik dan label
iv. Sarung tangan
v. Penyedok tanah
vi. Piring petri
vii. Alkohol
viii. Tanah
Kaedah / prosedur :
i. Alat dan radas disusun seperti dalam gambar rajah.
ii. Setiap kumpulan dibekalkan dengan dua corong Tulgren dan dua beg plastik
berlabel.
iii. Sampel tanah diambil daripada dua lokasi yang berbeza.
iv. Sampel tanah diambil pada dua lapisan yang berbeza iaitu lapisan ‘O horizon’
dan ‘A horizon’.
v. Sampel tanah yang diambil diukur dengan tinggi 3cm, panjang 10cm dan
lebar 10cm dengan menggunakan pembaris.
vi. Fauna diasingkan daripada setiap sampel tanah menggunakan corong
Tulgren setelah dibiarkan selama dua hari.
vii. Fauna yang dijumpai dibersihkan dan diletakkan pada piring petri untuk
pengenalpastian spesis.
viii. Spesis diasingkan mengikut ciri – ciri morfologi seperti bilangan kaki yang
sama, warna, sesungut.
ix. Keputusan dicatatkan dalam jadual
Keputusan :
Berikut merupakan makrofauna yang terdapat dalam hasil eksperimen
kumpulan kami.
(a) Makrofauna
Organisma Jumlah Organisma
1
1
3
3
Jadual 1.1 : Bilangan makrofauna mengikut spesis ditemui di lokasi 1
(a) Makrofauna
Order atau Kumpulan
makrofauna
Lokasi 1
Isipadu tanah = 300
cm3
Bilangan kaki lebih 8 6
Bilangan kaki 6 2
(a) Mikorfauna
Organisma Jumlah Organisma
1
1
Jadual 1.2 : Bilangan mikrofauna mengikut spesis ditemui di lokasi 1
(b) Mikrofauna
Order atau Kumpulan
mikrofauna
Lokasi 1
Isipadu tanah = 300
cm3
Bilangan kaki 4 1
Bilangan kaki 6 1
(c) Perbandingan bilangan species dari dua kawasan
Kumpulan Kumpulan
Species Fauna
Lokasi 1
Isipadu tanah =
300 cm3
Lokasi 2
Isipadu tanah =
300 cm3
1 1 6
2 2
3 1
4 1
3 5 1
6 1
4 7 2
8 2
9 1
5 10 1
(d)Jumlah individu dalam spesies per liter (tanah/daun)
Kumpula
n
Jisim
tanah,
g
Kumpulan
spesis
makrofauna
Lokasi 1 Lokasi 2
Bilangan Jumlah
/ cm3l
Bilanga
n
Jumlah
/ cm3l
1 110 1 6 1.8
2 2 0.6
3 1 0.3
4 1 0.3
3 180 5 1 0.3
6 1 0.3
4 200 7 2 0.6
8 1 0.3
9 1 0.3
5 120 10 1 0.3
Ciri-ciri tanah Lokasi 1 Lokasi 2
Jenis vegetasi Bawah pokok
kelapa sawit
Kawasan tanah
lapang
Tahap tempat teduh Tinggi Rendah
Kelembapan/kekeringan tanah Lembap Kering
pH tanah 5 6
Kepadatan tanah Padat Kurang padat
Tekstur Tanah Liat dan berbatu Liat dan berpasir
Perbincangan :
Melalui keputusan jadual perbandingan di atas kita dapat melihat terdapat banyak
spesis fauna yang hidup pada lokasi 1 yang terletak di bawah pokok berbanding
hanya sedikit sahaja fauna yang terdapat di lokasi 2 yang terletak di kawasan
lapang. Keadaan tanah yang lembap,kawasan yang teduh dan struktur tanah yang
liat menyebabkan banyak hidupan yang tinggal di kawasan bawah pokok. Kawasan
bawah pokok yang kurang panas membantu hidupan daripada mengalami dihidrasi
yang teruk ini menyebabkan banyak hidupan tinggal di kawasan tersebut malah
hidupan yang tinggal di kawasan bawah pokok dapat mengurangkan risiko untuk di
makan oleh pemangsa yang besar seperti burung. Lokasi 2 yang terletak di kawasan
tanah lapang yang berkeadaan kering dan tidak teduh menyebabkan kurang
hidupan tanah tinggal dikawasan tersebut. Hanya hidupan yang mempunyai
ketahanan panas yang tinggi mampu hidup di kawasan tersebut. Jumlah yang sikit
ini juga membuktikan kawasan tanah lapang kurang sesuai untuk hidupan tanah
kerana terdedah dengan ancaman pemangsa besar seperti burung.
Menjawab soalan :
1. Bagaimanakah kepelbagaian (bilangan kumpulan dan bilangan individu)
makrofauna dari tanah daripada kedua-dua lokasi berbeza? Bolehkah
anda mencadangkan mengapa ada mungkin perbezaan. Apakah
parameter tanah yang telah kamu ukur untuk membantu menjelaskan
perbezaan tersebut?
Jadual menunjukkan bahawa bilangan mikrofauna yang terdapat di lokasi 1
lebih banyak berbanding lokasi 2. Perbezaan ini berlaku di sebabkan keadaan
permukaan tanah yang teduh atau lebih tepat kelembapan lokasi tersebut.
Kawasan yang mempunyai kelembapan yang rendah dan terdedah kepada
sinaran matahari membolehkan mikroorganisma mengalami dehidrasi . Malah
kawasan yang lapang dan terdedah menyebabkan pemangsa lebih mudah
untuk menangkap mangsa dengan mudah.
2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah.
Makrofauna memainkan peranan penting dalam dekomposisi bahan oraganik tanah,
memelihara sifat-sifat fizikal dan biologikal tanah. Makrofauna akan mencapur
adukan bahan yang mati,kemudian bahan tersebut dikeluarkan dalam bentuk
kotoran .Butiran kotoran tersebut akan dikeluarkan dalam bentuk kotoran pula,sebab
kotoran organisme perombak ini juga akan ditumbuhi bakteria . Oleh karena itu
kotoran makrofauna umumnya mengandungi element karbon(C) organik dan
unsur tersedia yang lebih tinggi dibandingkan tanah disekitarnya Bahan-bahan ini
akan dirombak oleh mikroorganisme,terutama bakteria,untuk diuraikan lebih lanjut
dengan bantuan enzim spesifik sehingga menjadi proses mineralisasi.Makrofauna
yang membuat laluan pada tanah akan menjadi liang-liang (lubang saluran), yang
bermanfaat sebagai lalu lintas pertukaran udara dan pergerakan air.
.
3. Pada rajah siratan makanan yang disediakan, label jenis biota (fungi,
nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, daun gugur
dan lain-lain) dan terangkan pengaliran tenaga sebagai contoh dimanakah
ianya mula-mula ditangkap dan dimana ianya tamat atau selesai. (di atas
rantaian makanan). Apakah yang akan berlaku kepada nutrien dan tenaga
sekiranya organisma yang berada di bahagian atas rantaian makanan
mati? Sertakan rajah ini dengan laporan anda.
Peranan pemangsa dalam siratan makanan:
Pemangsa selalunya merupakan pengguna kedua dan ketiga mereka menggunakan
tenaga yang hasil daripada pengeluar dan merupakan akhir bagi sesuatu rataian
makan .
Peranan daun gugur(bahan mati):
Peranan bahan mati merupakan sumber pertama yang dimakan oleh detrivor
berperanan sebagai pemula bagi sesuatu rantai makanan.Sebagai contoh:
nematod
Cahaya matahari
artropod
Rumput
Bahan-bahan organik Bakteria
Protozoa (Amoebae, Flagelates ciliates
Nematodes (kulat dan fungal)
Artropod pemangsa
Burung kecil pemangsa
Binatang pemangsafungi
Daun matidetrivorayamhelang
Peranana daun atau tumbuhan dalam siratan makanan:
Tumbuhan berperanan sebagai pengeluar dan merupakan pemula bagi satu-satu
rantai makanan.Contohnya :
Rumput belalangayamhelang
Peranan matahari dalam siratan makanan;
Matahari merupakan sumber utama dalam kitaran tenaga bagi siratan atau rantai
makanan.
Peranan detrivor(nematode,bakteria dan fungi) dalam siratan makanan:
Detrivor berfungsi untuk menguraikan bahan mati dan menjadi bahan organik.
Detrivor juga merupakan pengguna pertama dalam sesuatu rantaian makanan.
Pengaliran tenaga dalam siratan makanan:
Siratan makanan merupakan gabungan bagi beberapa rantaian makanan. Oleh itu
untuk menerangkan pengaliran tenaga satu rantaian makanan di ambil sebagai
contoh;
Rumput-> artopod->artpod pemangsa->burung kecil
Dalam satu-satu rantai makan sumber tenaga bermula daripada cahaya matahari .
Cahaya matahari digunakan oleh tumbuhan untuk menjalankan proses photosintesi
bagi menghasilkan kanji namun begitu hanya 10% tenaga yang dugunakan oleh
tumbuhan tersebut. Tumbuhan dimakan oleh artopod tumbuhan yang dimakan akan
terurai dan hanya 10% tenaga digunakan oleh atropod daripada makan tersebut.
Artopod di makan oleh artopod pemangsa hanya 10% digunakan oleh artopod
pemangsa sebagai tenaga. Artopod pemangsa dimakan oleh burung kecil dan
hanya 10% tenaga digunakan.
Kesan kitaran tenaga dan nutrient sekiranya pemangsa paling akhir mati:
Kitaran tenaga dan nutrient berkitar semula keranan pemangsa akhir menjadi
bahan mati dan akan dikompos menjadi bahan organik.
4. Apakah kumpulan organisma yang membentuk mesofauna? Apakah
kumpulan yang membentuk mikrofauna? Apakah fungsi utama kedua-dua
kumpulan tersebut?
Kumpulan organisma yang membentuk mesofauna adalah organisma yang
mempunyai ukuran panjang badan 0.18mm-10.4mm dan ketebalan 100µm-
2mm contohnya termites..Mesofauna berfungsi sebagai subsistem konsumen
dan subsistem dekomposisi. Mesofauna merupakan organism awal bahan
makanan dan bahan oraganik lain seperti kayu dan akar mesofauna
menggunakan bahan-bahan tersebut dengan cara melumatkan dan
mengunyah bahan-bahan tersebut. Mesofauna akan melumatkan bahan dan
mencampurkan dengan sisa-sisa bahan oraganik lainya,sehingga menjadi
pecahan-pecahan kecil yang siap untuk didekompossisi oleh makrobia
tanah.Manakala mikrofauna adalah organisma yang berukuran 0.02mm-
0.17mm dan ketebalan 100µm.Mikrofauna mempengaruhi penyediaan unsur
dalam tanah yang digunakan oleh tumbuhan dan turut membantu dalam
penyerapan nutrient bagi untuk tumbuhan dengan memecahkan bahan mati
kepada bahan yang lebih ringkas. Mikrofauna memainkan peranan yang
penting dalam menghasilkan nutrien yang berharga bagi tanaman,
mengakumulasi dan stabilisasi karbon organik tanah.
5. Rantaian makanan menunjukkan kerumitan biologi, dan oleh itu kesihatan
tanah tersebut. Terangkan bagaimana amalan pengurusan tanah kita
mengubah kesuburan tanah.
Meningkatkan kesuburan tanah:
Aktiviti penggemburan tanah membantu dalam kesuburan tanah kerana aktiviti
ini membantu oksigen untuk meresap masuk kedalam struktur tanah.
Penggunaan bahan oraganik sebagai baja turut membantu dalam
mengsuburkan tanah sebagai contoh penggunaan baja vermikompos.
Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrient yang sangat sesuai untuk
tanaman. Ia juga mengandungi mikroorganisma yang dapat membantu
menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh
tanaman.
Mengurangkan kesuburan tanah:
Penggunaan racun serangga dan baja kimia menganggu kesuburan tanah.
Penggunaan bahan asing yang bukan organic akan menganggu kitaran nutrient
dalam tanah dan menyebabkan kuantiti sesuatu nutrient di dalam tanah tidak
seimbang.
6. Terangkan bagaimana biota tanah menyumbang kepada fungsi ekosistem
tanah. Apakah perkhidmatan ekosistem yang ia kawal?
Biota tanah memberi perkhidmatan sokongan dalam ekosistem. Hal ini kerana
biota tanah membantu dalam kitaran nutrient..Tanah mengandungi pelbagai
jenis organisma yang boleh dikelaskan kepada makrofauna,masofauna dan
mikrofauna. Setiap kelas biota tanah memainkan pernanan masing-masing
dalam membantu menguraikan bahan mati. Setiap kelas biota tanah saling
berkerjasama dalam memastikan nutrient tanah dalam keadaan yang optimum.
Biota tanah yang hidup di dalam tanah berperan penting dalam perubahan –
perubahan yang terjadi di dalam tanah, salah satunya adalah perubahan bahan
organik menjadi substansi yang akan menyediakan nutrien bagi
tumbuhan .Biota tanah yang berperan dalam merubah bahan organik menjadi
substansi itu adalah bakteria, dan algae, protozoa.Kewujudan biota tanah
tanah diperlukan dalam berbagai proses yang berperanan dalam kehidupan
dan pengendalian aneka fenomena di dalam tanah Selain itu biota tanah
berfungsi untuk menguraikan bahan mati seandainya biota tanah tidak wujud
maka bankai atau ranting kayu akan berkekalan. Fungsi utama biota tanah
ialah mengekalkan kesuburan tanah dengan membekalkan sumber nutrient
yang mencukupi. Hasil penguraian yang dibuat oleh biota tanah dapat
menstabilkan komposisi tanah.
Bibliografi:
Arif, I. A. (2011). Hutan dan Kehutanan. Yogyakarta: Penerbit Kanisius.
Aisyah, T. (2012, Januari 10). Kajian Peranan Mikrofauna Tanah. Retrieved Julai 10, 2012, from tirta-aisyah.blogspot.com: http://tirta-aisyah.blogspot.com/2011/01/kajian-peranan-mikrofauna-tanah.html
Ambar, R. (2012, April 17). Makro Fauna Tanah. Retrieved Julai 10, 2012, from Reny ambar.blogspot: http://renny-ambar.blogspot.com/2012/04/makrofauna-tanah.html
Peranan Mikrofauna Tanah dalam Sifat Fizikal dan Kimia Tanah. (2011, Januari 24). Retrieved Julai 10, 2012, from fitri05.wordpress.com: http://fitri05.wordpress.com/2011/01/24/peran-makrofauan-dan-mikrofauna-dalam-sifat-fisik-dan-kimia-tanah/
Rahman, A. (2012, April 26). Pengaruh Flora dan Fauna Tehadap Kesburan Tanah. Retrieved Julai 10, 2012, from epetani.go: http://epetani.deptan.go.id/blog/pengaruh-flora-dan-fauna-terhadap-kesuburan-tanah-bag-2-1725
Ridha, R. (2012, Februari 22). Biologi Tanah . Retrieved Julai 10, 2012, from Agriculture: http://riskyridhaagriculture.blogspot.com/2012/02/biologi-tanah.html
Top Related