Laporan amali 1 batuan email kelas
-
Upload
nor-laili-razali -
Category
Documents
-
view
231 -
download
2
Transcript of Laporan amali 1 batuan email kelas
LAPORAN AMALI 1
TAJUK : Mengenal pasti Batuan.
TUJUAN: Mengenalpasti dan dan mengelaskan tiga jenis batuan
mengikut Spesifikasi:
a) Batu Igneus
b) Batu Enapan
c) Batu Metamorfik
PENGENALAN/TEORI:
Tiap-tiap batu-batan yang terdapat di lapisan dan permukaan bumi lapisan
adalah berbeza di antara satu dengan yang lain. Perbezaan ini termasuklah corak,
bentuk rupa, warna, ketelusan air, proses kejadiannya, mahupun kekuatannya
menahan kuasa hakisan serta luluhawa. Batuan terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu batuan igneus, batuan sedimen dan batuan metamorfik. Pengkelasan ini
dibuat dengan berdasarkan kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang
terdapat di dalam batuan ini. tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur
mineral di dalam batuan dan struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di
dalam batuan. Secara umum, batu-batan boleh digolongkan kepada tiga
kumpulan yang besar iaitu: Batuan igneus batu enapan dan batu metamorfik.
Batuan igneus terjadi akibat daripada penyejukan dan pembekuan
magma dari dalam kerak bumi.. Batu ini biasanya berbentuk hablur, tidak berlapis-
lapis dan tidak mengandungi fosil. Batu igneus boleh dikelaskan berdasarkan
kandungan bahan-bahan logam di dalamnya. Jikalau batuan ini mengandungi
lebih banyak silika maka batu itu digolongkan sebagai batuan asid. Contohnya
batu granit, warnanya lebih cerah serta kurang padat. Batuan bes pula lebih padat
dan lebih hitam warnanya kerana banyak mengandungi oksida dan hidroksida
besi, aluminium dan magnesium. Contonya batu basalt. Batuan igneus boleh
dibahagikan kepada batu plutonik dan batu gunung berapi mengikut asal
pembentukannya.
Laporan Amali 1
Proses pembentukan batu plutonik disebabkan proses penyejukan yang
perlahan yang menghasilkan hablur besar dan kasar contonya granit, diorite dan
gabro. Contoh-contoh bentuk muka bumi yang terhasil adalah seperti daik, sil,
lakolit dan batolit. Batu Gunung Berapi atau Terobosan pula adalah batu cecair
yang telah melimpah keluar dari gunung berapi sebagai lava. Lava ini membeku
dengan cepat di permukaan bumi dan hablur yang dihasilkannya berbentuk halus.
Batu gunung berapi atau batu jalar luar yang biasa terdapat ialah batu basol. Batu
basol ini menghasilkan hanyutan lava, litupan lava dan daratan tinggi lava.
membeku dalam bentuk daik yang tegak dan sil yang datar.
Kebanyakan batu igneus keras lagi kukuh. Oleh kerana itulah batu igneus
biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalan raya, tugu-tugu peringatan
dan batu-batu nisan yang berukir.
Batu Enapan atau Batuan Mendak pula terjadi daripada enapan yang
terkumpul di kawasan perairan. Kejadiannya memakan masa yang panjang.
Batuan ini dapat dibezakan daripada batuan jenis lain oleh sifat-sifatnya yang
berlapis-lapis. Oleh sebab itu batuan ini disebut batu-batan berlapis. Tebal
lapisannya berbeza-beza. Bentuknya kasar atau berbiji-biji halus, juga lembut atau
keras. Bahan-bahan yang membentuk batuan enapan ini mungkin telah diangkut
oleh sungai-sungai, glasier, angin atau binatang-binatang. Batuan enapan tidak
berhablur dan seringkali mengandungi fosil-fosil binatang, tumbuh-tumbuhan dan
hidup-hidupan halus. Batuan enapan inilah yang paling berbeza sekali cara
kejadiannya jika dibandingkan dengan batuan lain, batuan enapan dapat
dikelaskan berdasarkan umurnya. Berbagai-bagai jenis batu-batan yang terjadi
dalam jangka waktu yang sama telah dijeniskan ke dalam satu golongan. Batuan
enapan boleh dikelaskan kepada tiga jenis utama dengan berdasarkan kepada
asal kejadiannya dan kandungannya
Batuan enapan yang terjadi secara mekanik. Batuan jenis ini terjadi
daripada pemaduan bahan-bahan yang terkumpul daripada batuan yang lain. Batu
pasir merupakan batuan enapan yang paling banyak. Batuan ini terjadi daripada
pasir dan kadang-kadang serpihan batu kuarza. Susunan, kandungan dan
warnanya sangat berbeza-beza. Batu pasir banyak dipecahkan di kuari-kuari
untuk kegunaan membuat rumah atau membuat batu penggiling. Batu pasir yang
lebih besar dikenal sebagai grit. Apabila batu-batu kelikir yang lebih besar
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 2
berpadu dengan kukuhnya sehingga menjadi batu besar, maka batuan itu disebut
konglomeret (sekiranya bulat) dan brekia (sekiranya bersegi-segi). Batuan
enapan yang lebih halus menjadi tanah liat yang banyak digunakan untuk
membuat bata, syil atau batu lodak. Pasir dan batu kelikir mungkin terdapat dalam
bentuk yang tidak berpadu.
Batuan enapan yang terjadi secara organik pula merupakan batu yang
terhasil daripada bangkai hidup-hidupan yang halus. Contohnya, organisma
seperti karang dan kerang yang telah reput dagingnya akan meninggalkan kulit-
kulit yang keras. Kebanyakan batu yang terjadi secara ini terdiri daripada jenis
kalkeria antaranya termasuklah batu kapur dan kapur. Batu yang mengandungi
karbon juga terjadi secara organik. Batuan ini terjadi daripada pemendapan
tumbuh-tumbuhan yang telah reput seperti yang terdapat di kawasan paya dan
hutan. Batuan di atas memberikan tekanan kepada tinggalan tumbuh-tumbuhan
itu dan memampatkannya menjadi jisim karbon yang padat. Akhirnya tinggalan ini
menjadi gambut, lignit atau arang batu. Semua bahan-bahan ini sangat tinggi
nilainya dari segi ekonomi.
Batuan enapan yang terjadi secara kimia pula merupakan batu yang
terenap melalui tindakan kimia larutan yang berbagai jenis. Natrium klorid (garam
batu) berpunca daripada lapisan yang pada satu masa dahulu berada di dasar laut
atau tasik. Gipsum atau kulsium sulfat didapati dari penyejatan yang berlaku di
tasik-tasik masin seperti Laut Mati yang sangat masin airnya itu. Kalium karbonat
dan nitrat juga terjadi dengan cara yang sama.
Batu Metamorfik pula terhasil daripada proses tekanan dan haba yang
sangat tinggi akan menyebabkan semua batu-batuan, baik batuan igneus
mahupun batuan enapan akan bertukar menjadi batuan metamorfosis. Batu ini
juga dikenali sebagai batu jelmaan. Proses perubahan yang berlaku menyebabkan
perubahan terhadap sesuatu batuan dar segi kandungan, struktur dan bentuk
akibat tindakan tekanan dan pemanasan melalui bebrapa cara tertentu.
Impikasinya , mineral lama akan diubah menjadi mineral baru. Perubahan
terhadap batuan akibat suhu dan tekanan yang tinggi ini di namakan
metamorfisme. Sifat-sifat asal batuan tersebut mungkin berubah oleh di sebabkan
tekanan dan haba diterutamanya apabila pergerakan bumi yang sangat kuat
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 3
berlaku dan dengan cara ini tanah lempung akan berubah menjadi batu loh, batu
kapur menjadi batu marmar, batu pasir menjadi kuarzit, batu granit menjadi gneis,
syal menjadi syis, arang batu menjadi grafit dan grafit menjadi berlian. Batuan
metamorfosis seperti batu marmar dan syis banyak dijumpai di Malaysia. Batu
marmar misalnya boleh didapati di Pulau Langkawi dan syis pula boleh didapati di
kawasan pergunungan di Sarawak.
Suhu yang diperlukan untuk berlakunya proses metamorfik ialah
antara 100°C hingga 800°C. Pada suhu ini batuan masih lagi berkeadaan lembut.
Dalam keadaan yang lembut ini, batuan boleh berubah dari segi susunan
mineralnya. Hablur dalam mineral pula boleh berubah dari segi saiz dan
bentuknya. Komposisi batuan juga boleh berubah akibat tindak balas kimia.
Tekanan yang kuat mungkin menghimpit hablur menjadi rata atau panjang.
Apabila magma panas mengalir keluar ke permukaan muka bumi ataupun
memasuki celah-celah rekahan, batuan kerak bumi yang disentuhnya berubah
menjadi batuan metamorfosis..
Batuan metamorfik mempunyai ciri-ciri yang jelas. Kesemua batuan
metamorfosis mempunyai struktur berhablur. Batuan metamorfosis mempunyai
mineral yang sama seperti batuan igneus, tetapi sering terdapat juga mineral yang
hanya terbentuk pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi. Sesetengah batuan
metamorfosis mampat dan menjadi lebih padat akibat tekanan yang sangat tinggi
yang dialaminya. Pemadatan batuan menyebabkan molekulnya menjadi lebih
rapat dan isipadu batuan lebih kecil. Sesetengah batuan metamorfosis yang
berjalur mempunyai mineral yang tersusun dalam lapisan-lapisan yang selari.
Batuan metamorfosis berjalur ini terjadi apabila mineral dalam batuan itu
mengalami penghabluran semula atau terhimpit akibat tekanan. Contoh batuan
berjalur ialah batu loh dan syis. Batuan ini boleh pecah menjadi lapisan-lapisan
yang nipis. Batuan metamorfosis tidak berjalur seperti batu marmar dan kuarzit
pula tidak boleh pecah kepada beberapa lapisan.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 4
RADAS: 1. Kanta
2. Sebuah bekas untuk mengisi batuan
3. Sebuah alat penimbang eletronik
4. Bikar 250 ml
5. Sebuah kamera DSLR
6. Jadual Pemerhatian
BAHAN : 1. Batuan- batuan yang dikutip
2. Air
PROSEDUR:
1. Enam jenis batu dipilih dari persekitaran/kejiranan
2. Setiap batu di tandakan dengan A,B, C , D, E dan F
3. Setiap jenis batu diperhatikan dari segi warna, struktur, tekstur, kilauan,
kekerasan dan corak pada batuan.
4. Jisim setiap batu diukur degan menggunakan penimbang elektronok untuk
mengetahui jisim batuan.
5. Setiap batu dimasukkan ke dalam bikar untuk mengukur isipadu batuan.
Kepadatan batuan dikaji dengan menggunakan hubungan jisim dengan
isipadu batuan.
6. Semua maklumat yang diperolehi dan dikumpul di catatkan dalam jadual
seperti dalam jadual 1.
7. Berdasarkan data yang diperolehi nama-nama batauan yang dikaji
ditentukan.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 5
PROSEDUR
1. MENGUMPUL BATUAN
Beberapa jenis batu dikumpulkan.
2. MENGKATEGORIKAN BATUAN
1.
Batuan dipilih dan dikelaskan ke dalam kumpulan metamorfik.
2.
Batuan dipilih dan dikelaskan ke dalam kumpulan Igneous
3.
Batuan dipilih dan dikelaskan ke dalam kumpulan sedimen.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 6
3. MEMILIH JENIS BATUAN
6 jenis batuan dipilih sebagai bahan kajian .Batuan yang dipilih dilebelkan dengan A, B, C ,D, E dan F.
4. PEMERHATIAN KE ATAS BATUAN
Sifat fizikal batuan dari segi Warna, corak,lapisan, kekerasan, tekstur, dan struktur diperhatikan menggunakan kanta tangan.
Pemerhatian terhadap batuan dicatatkan
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 7
MENENTUKAN JISIM BATUAN
Setiap batuan ditimbang menggunakanneraca elektronik`
MENGUKUR ISIPADU BATUAN
Langkah 1
Batu dimasukkan ke dalam bikar dandiisi dengan air dengan memastikankeseluruhan batu tenggelam di dalamairke dalam sebuah bikar.Bacaan dicatatkan sebagai bacaan awal
Langkah 2 Batu di keluarkan dari dalam airmeggunakan forsep.Bacaan paras air dicatatkan sebagaibacaan akhir.
Isipadu batu;
Bacaan awal – bacaan akhir= ______________
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 8
JADUAL PEMERHATIAN1 Batu Peridotite kriteria batuan
AJenis : Batu Igneous
Warna : hitam
Berat : 32 gram
Isipadu : 10cm³
Kilauan : berkilau
Kekerasan : keras
Lapisan : tidak berlapis
Tekstur : padat
Corak : tiada corak
Batu granite Kriteria batu
BJenis : batu Igneous
Warna : cerah, putih, hitam, jernih
Berat : 92g
Isipadu :15cm³
Kilauan : berkilat
Kekerasan : keras
Lapisan : tidak berlapis
Tekstur : padat, butiran kasar
Corak : mempunyai corak/bertompok
Batu Gnesis Kriteria batu
C Jenis : Batu Metamorfik
Warna : cerah, jernih, oren
Berat : 64g
Isipadu : 25cm³
Kilauan : berkilau
Kekerasan : sangat keras
Lapisan : tidak berlapis
Tekstur : berhablur/butiran halus
Corak : tidak berjalur /bertompok
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 9
Batu Phylite Kreteria batuan
D Jenis : batu Metamorfik
Warna : cerah-putih,kelabu,
Berat : 82 g
Isipadu : 25cm³
Kilauan : berkilau sebahagian
Kekerasan : sangat keras
Lapisan : tidak berlapis
Tekstur : berkaca
Corak : tidak mempunyai corak/jalur
Batu kapur/ Limestone Kriteria batuan
EJenis : batu sedimen
Warna : cerah, putih
Berat : 50g
Isipadu : 30cm³
Kilauan : tidak berkilau
Kekerasan : rapuh
Lapisan : tiada lapisan
Tekstur : halus
Corak :tidak mempunyai corak
Batu Pasir/sandstaone Kreteria batuanJenis : batu sedimen
FWarna : cerah-kelabu, putih
kekuningan
Berat : 120g
Isipadu : 60cm³
Kilauan : berkilau
Kekerasan : rapuh
Lapisan : tiada lapisan
Tekstur : halus, berkaca sebahagian
Corak : bertompok-tompok
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 10
JADUAL 1: Ciri-ciri batuan yang dikenalpasti
Batu Jenis Warna berat isipadu kilauan Kekerasan lapisbatuan
BatuA igneous hitam 32g 10cm³ berkilau keras berlapi
Batu CerahB igneous Hitam 92g 15cm³ berkilau keras berlapi
putihBatu Cerah Tidak
C metamorfik Jernih 64g 25cm³ berkilau Sangat berlapioren keras berhab
Batu Cerah TidakD metamorfik Putih 82g 25cm³ berkilau Sangat berlapi
kelabu keras berhabBatu Tidak berhab
E sedimen Cerah 50g 30cm³ berkilau Tidak kerasputih
BatuF sedimen Cerah 120g 60cm³ tidak rapuh berhab
Hitam, berkilauputih
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan
DATA DAN ANALISIS DATA
Berdasarkan data telah diperolehi tentang keenam-enam jenis batuan yang
dikenalpasti. Terdapat beberapa berbezaan serta persamaan di anatara batuan
yang dikaji. Batuan A merupakan batauan jenis batu enapan. Batuan A
mempunyai ciri-ciri seperti warna yang cerah, kelabu, oren, berat 500g,isipadu
210cm³, berkilau bertompok-tompok, rapuh, tidak keras, tidak berlapis , tekstur
berhablur ,dan corak tidak berjalur /bertompok. Berdasarkan kepada stuktur an
warna batuan yang pelbagai dan berbeza bermakna batuan ini telah mengalami
pemaduan antara pelbagai jenis bahan. Ia terjadi daripada pasir dan kuarza.
Sususnan kandungan warnanya sangat berbeza-beza. Kebanyakan batu ini
dijadikan sebagai untuk kegunaan membuat rumah atau batu penggiling.
Bentuknya yang bulat dan besar, ia disebut sebagai batu konglomerat.Batu ini
terjadi secara mekanik.
Batuan B berwarna cerah putih,kelabu, kekuningan dengan berat 300
g,isipadu 165cm³, berkilau , rapuh, tidak berlapis, tekstur berkaca dan tidak
mempunyai corak atau jalur. Batuan D berwarna putih, menunjukkan ia terjadi
secara organik. Batu ini terjadi daripada bangkai hidupan-hidupan halus.
Contohnya seperti tumbuhan karang yang mati dan mereput serta kerang dan
siput-siput yang telah mereput dagingnya dan meninggalkan kulit-kulitnya yang
keras. Batu ini terdiri daripada jenis kalkeria Contoh batu yang dikaji iaitu batu
kapur atau pun kapur.
Batuan C ia mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai kilauan, licin, corak
yang bergaris, sangat keras,serta bewarna cerah(merah) berdasarkan ciri-ciri yang
ada pada batu tersebut, ia boleh dikelaskan sebagai batu metamorfik iaitu sejenis
batu kuartza. Manakala batuan D berwarna cerah, putih, coklat, kelabu, dengan ,
berat 160g, Isipadu 125cm³. Kedua-dua batuan A dan B juga bersifat licin dan
berkilau,, keras dan padat serta tidak mempunyai corak. bersifat rata dan struktur
panjang merupakan proses yang telah berlaku terhadap batu ini menunjukkan ia
merpakan batuan metamorfik. Sifatnya ini menunjukkkan ia telah mengalami
tekanan yang kuat ang menghimpit hablur menjadi rata atau panjang.Batuan ini
mempunyai ciri-ciri yang amat jelas. Ia sangat padat akibat tekanan yang sangat
tinggi. Tekanan yang tinggi menyebabkan molekulnya
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 12
menjadi lebih rapat dan isipadu nya lebih kecil berbanding batuan igneus dan
enapan. Batuan ini tidak berjalur dan tidak boleh dipecahkan kepada beberapa
lapisan. Maka ia dikenali sebagai batu marmar atau kuarzit. Batu yang di tanda A
da B mempunyai batuan homogeny yang terdiri dari komposisi kimia yang sejenis
seperti kuarza dan felsfar merupakan batuan yang stabil dan paling sukar terurai
berbanding dengan jenis heterogen seperti olivine dan angit.
Batuan E adalah jenis batu igneus . Ciri-cirinya yang berwarna gelap dan
hitam, berat : 280g, isipadu : 185cm³, tidak berkilau , keras dan tiada
lapisan ,Tekstur adalah kasar serta tidak mempunyai corak.. Ciri – ciri ini
menunjukkan ia adalah bataun jenis igneus. Ia berwarna hitam dan berhablur
kasar. menunjukkan bahawa ia banyak mengandungi oksida bes seperti besi,
aluminium dan magnesium. Ini bermakna ia merupakan batuan bes .Ia terjadi
daripada penyejukan dan pembekuan magma dari kerak bumi dan berbentuk
hablur serta tidak berlapis-lapisserta tidak mengandungi fosil.Ia juga terhasil
daripada natuan igneus Plutonik atau rejahan.. Hablurnya yang kasar menujukkan
penyejukakn dan pembekuan cecair berlaku secara perlahan-lahan di bahagian
bawah kerak bumi. Ia juga I panggil batu jalar dalam.
Batuan F yang mepunyai ciri-ciriJenis batu igneus, berwarna cerah-
kelabu, putih kekuningan, berat 320g, isipadu 170cm³, berkilau, keras, tiada
lapisan, Tekstur halus, berkaca sebahagian. Corak batuan ini yg bertompok-
tompok , keras dan kukuh menunjukkan ia terjadi daripada batuan gunung berapi
atau terobosan. Hablur yang dihasilkan berbentuk halus.batu ini dikenali sebagai
batu basol . Batu basol ini adalah batu gunung berapi jalar luar. Batu igneus
biasanya dipecahkan untuk kegunaan membuat jalanraya, tugu-tugu peringatan
batu-batu nisan yang berukir.
Struktur batuan seperti batuan yang mempunyai rekahan atau retakan
membantu mempercepatkan proses luluhawa terhadap batuan berbanding batuan
yang tiada rekahan.Penguraian batuan disebabkan oleh tindakan pembesaran
akar pokok dapat berlaku dengan lebih mudah melakukan penguaraian secara
bongkah.Secara umumnya batuan yang berwarna gelap lebih mudah dan cepat
mengalami luluhawa dan hakisan berbanding dengan batuan yang cerah.
Contohnya batuan basol dan gabro yang berwarna gelap dapat menyerap jumlah
haba yang banyak.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 13
PERBINCANGAN
Kajian dilakukan dengan mengumpul batuan dalam kumpulan. Penyiasatan
telah dijalankan bersama-sama supaya perbincangan untuk mengenalpasti batuan
yang dikumpul bersama dapat dilakukan dengan lebih tepat. Pada awal
penyiasatan batuan dikumpul dari berapa lokasi yang berbeza. Ini dilakukan
kerana terdapat batuan yang berbeza pada setiap lokasi. Seterusnya batuan
dikumpul dan pemerhatian dilakukan terhadap batuan. Berdasarkan pemerhataian
betuan tersebut dikelaskan kepada 3 kumpulan. Di dapati batuan yang
mempunyai granul, berwarna hitam, merupakan batu sedimen,batuan
dikumpulkan dalam satu kumpulan batu igneous apabial didapati batuan tesebut
berbutir kasar, mempunyai campuran yang berwarna hitam, yg menunjukkan ia
adalah hasil mendapan tumbuhan dan haiwan yang mati serta mempunyai struktur
licin dan berkilau dikelaskan dalam kumpulan. Batuan dikelaskan di dalam
kumpulan metamorfik apabila ia mempunyai kepadatan yang tinggi,
permukaannya yang rata dan licin, berkilat serta bewarna jernih. Ia juga keras dan
tidak berhablur.
Seterusnya enam jenis batu dipilih untuk penyiasatan lebih
lanjut.Pemerhatian dilakukan menggunakan kanta tangan. Ia dapat membantu
melihat butiran-butiran kandungan dalam batuan tersebut , struktur dan tekstur
batuan dengan lebih jelas. Batuan tersebut telah dilebel dengan A, B, C, D, E dan
F supaya mudah untuk dikenalpasti serta mudah untuk memasukkan data hasil
pemerhatain yang di buat.Jisim batuan diukur menggunakan neraca elektronik. Ia
dapat mambuat bacaan dengan lebih tepat terutama apabila mengukur jisim batu
yang kecil dan ringan. Bagi mengukur isipadu batuan, bikar 250 ml digunakan
kerana ia bersesuaian dengan saiz batuan kajian. Bacaannya menjadi lebih jitu.
Bacaan awal diambil dengan memasukkan batuan ke dalam bikar terlebih dahulu
kemudian barulah dimasukkan air. Ini dilakukan untuk memastikan keseluruhan
batu tenggelam. Seterusnya batu dikeluarkan dari dalam bikar. Bacaan setelah
batu dikeluarkan diambil sebagai bacaan akhir. Untuk mendapatkan isipadu batu,
bacaan awal ditolak dengan bacaan akhir batu. Dengan mengukur jisim dan
isipadu batuan ini, ketumpatan batuan dapat dikenalpasti. Batuan yang mepunyai
jisim yang tinggi dan isipadu yang rendah mempunyai ketumpatan yang lebih
tinggi berbanding batuan yang mempunyai jisim yang rendah dengan isipadu yang
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 14
tinggi.pemerhatian dilakukan terhadap tekstur batuan dengan mengetuk batuan di
atas permukaan yang keras .ini bagi melihat sama ada ia bersifat keras, berbutir
kasar atau halus. Di dapati batuan sedimen mempunyai butiran yang lebih halus
berbanding bat metamorfik dan igneus. Sifat batuan yang lembut , struktur batuan
yang lemah, warna yang gelap dan tekstur yang kasar cepat mengalami
penguaraian berbanding dengan batuan yang keras , struktur yang kuat, warna
yang cerah dan tekstur yang halus. Terdapat corak yang tertentu pada batuan. Di
dapati batuan sedimen mempunyai corak berlapis. Ini kerana pelbagai lapisan
yang terdiri daripada batuan serta hidupan mati termendap bersama dengan
batuan. Tekanan yangkuat menyebabkan ia termampat dan membentuk batuan
yang berlapis atau tidak berlapis tetapi mempunyai bperbezaan warna yang
kentara pada batuan ini.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
1. Semasa mengukur batuan pastikan tiada ralat bacaan pada neraca
penimbang.
2. Semasa menyukat isipadu batuan, batu dimasukkan ke dalam bikar
dengan cermat dan berhati-hati kerana bikar kaca mudah pecah
disebabkan batuan yang keras.
3. Semasa membuat bacaan pada bikar untuk mengukur isipadu, aras
mata dengan senggat paras air adalah selari dengan aras mata.iaitu
bacaan Meniskus.
4. Keluarkan batu dari dalam bikar menggunakn forsep untuk mengelakkan
batu terlepas dari tangan dan jatuh terhempas semula ke dalam bikar
dengan kuat yg boleh menyebabakan bikar pecah.
5. Bacaan yang diambil dicatatkan dengan serta merta ke dalam jadual
pemerhatian untuk mengelakkan timbangan dan ukuran diulang semula.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 15
KESIMPULAN
Hasil Kajian menunjukkan bahawa terdapat berbezaan dari segi
struktur, corak, tekstur, warna dan sebagainya di antara batuan yang terdapat di
muka bumi ini. Kajian tentang batuan ini sangat penting teruama bagi ahli-ahli
geologi untuk mementukan kandungan dan perkembangan bumi secara fizikal.
Batuan yang dijumpai di sesuatu kawasan akan dapat menetukan jenis- tanah-
tanih serta dapat menentukan jens-jenis tumbuhan yang yang sesuai hidup
dikawasan tersebut. Batu-batan juga menjadi asas bagi tanah-tanih dan sedikit
sebanyaknya menentukan jenis-jenis tumbuhan dan penggunaan tanah-tanih di
sesuatu kawasan. Dalam kehidupan manusia purba batuan dijadikan sebagai
senjata. Pisau zaman purba biasanya diperbuat daripada kepingan batu jenis batu
syal. Batuan keras dan berharga permata seperti berlian, zamrud, delima , jade
dan sebagainya menjadi symbol keagunangan dan martabat sesebuah kerajaan.
Kebanyakan agama menggunakan batu jenis granit dan marmar bagi
pembuatan patung-patung pemujaan. Penganut agama islam menggunakan batu
marmar sebagai batu nisan. Pada zaman moden ini pelbagai penggunaan batuan
oleh manusia seperti perlombngan kauri, arang batu, batu perhiasan dapat
menjana ekonomi dalam membuka peluang pekerjaan. Batu jenis igneus seperti
granit penting dalam pembinaan bagunan dan jalan raya.batu jenis jelmaan seperti
marmar penting dalam perhiasan dan pembinaan bagunan. Manakala batu
enapan seperti arang batu penting sebagai sumber bahan api. Batu jenis enapan
seperti batu kapur penting untuk pembuatan simen. Batuan juga menjadi daya
tarikan pelancong. Bentuk muka bumi batu kapur seperti gua, stalaktit , stalakmit,
lubang layang-layang, sungai terbit semula dan sebagainya menarik minat
pengkaji dan pelancong seperti di Gua Niah, Gua Mulu, dan Gua tempurung.
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 16
LAMPIRAN
Gambar 1: Radas yang digunakan untuk menjalankan peyiasatan
Gambar 2: Mengumpul batuan di lokasi yang dipilih ( sekitar taman perumahan)
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 17
Gambar 3: Mengenalpasti batuan dengan merujuk pelbagai sumber( buku dan internet)
Gambar 4: Mengelaskan batuan yang dikumpul kepada 3 kumpulan iaitu batu Igneous, Metamorfik, Sedimen
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 18
Gambar 5: Mengukur dan mencatat jisim dan isipadu batuan yang dikumpul
Gambar 6: Jisim dan Isipadu batuan yang telah diukur
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 19
RUJUKAN
BUKU :
Rosnah Hj Salleh & Shukri Sulaiman (2011) Geografi Fizika Tingkatan 6 Rendah,
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar bakti
Yew Poi Keng et al. (2002), Geografi Fizikal STPM. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
JURNAL:
Zetty Shazlin binti Mohamed (20 April 2010) ,Durability of granite and shale for various weathering grade,
Lai Kit Moi,(9 September 2009),STPM Geografi Fizikal,Kit Celik Konsep fizikal.
LAMAN SESAWANG:
http://inani.tripod.com/batu.htm
http://id.wikipedia.org/wiki/Batuan_metamorf
http://www.youtube.com/watch?v=J29QKWRLc8c
http://ms.wikipedia.org/wiki/Batuan_igneus
http://malaysia.images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A0oGkmEc_fRRBk oAyxfjPwx.?p=batuan+igneus&fr=yfp-t-739-s&fr2=piv-web
http://library.thinkquest.org/C001408/bm/enapanf.htm
BUMI DAN ANGKASA LEPAS: Amali 1- Mengenal Pasti batuan Muka Surat 20