1
MANUAL PROSES
PENGIKTIRAFAN DAN NILAI TARAF KELAYAKAN
2
MANUAL PROSES PENGIKTIRAFAN DAN NILAI TARAF KELAYAKAN
KANDUNGAN
Muka Surat GLOSARI 1. LATAR BELAKANG 5
2. SEJARAH PENGIKTIRAFAN DAN NILAI TARAF KELAYAKAN 5 3. SEMAKAN SENARAI PENGIKTIRAFAN DAN AKREDITASI 6
3.1 Kelayakan Dalam Negara 6 3.1.1 Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam 6
(eSisraf)
3.1.1.1 Kelayakan Bukan Profesional 7 3.1.1.2 Kelayakan Profesional 7
3.1.2 Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications
Register, MQR) 8
3.2 Kelayakan Luar Negara 9 3.2.1 Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam 9
(eSisraf) 3.2.1.1 Kelayakan Umum 10 3.2.1.2 Kelayakan Profesional Luar Negara 11 3.2.1.3 Kelayakan Khas Luar Negara 11
3.3 Pengesahan Kelayakan Yang Tersenarai 12
3.3.1 Kelayakan Luar Negara 13 3.3.2 Kelayakan Dalam Negara 14
3
4. PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN LUAR NEGARA 14 4.1 Tajaan Kerajaan 15 4.2 Pembiayaan Persendirian 15
5. NILAI TARAF KELAYAKAN 16
5.1 Prinsip Penilaian 17 5.2 Permohonan oleh PPT 17 5.3 Permohonan oleh Individu/PPT 18
6. MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI 18
LAMPIRAN Lampiran A - Borang Permohonan Pengesahan Kelayakan Luar Negara Lampiran B - Borang Permohonan Pengesahan Kelayakan Dalam Negara Lampiran C - Borang Permohonan Pengesahan Pengiktirafan Kelayakan (Penaja) Lampiran D - Borang Permohonan Pengesahan Pengiktirafan Kelayakan (Individu) Lampiran E - Borang Permohonan Nilai Taraf Tinggi Kelayakan PPT Lampiran F - Borang Permohonan Nilai Taraf Tinggi Kelayakan Individu
4
GLOSARI
BIL ISTILAH MAKSUD 1. Akreditasi MQA Merupakan aktiviti penilaian untuk memastikan
bahawa kegiatan pengajaran, pembelajaran dan semua aktiviti lain yang berkaitan dengan sesuatu program yang ditawarkan oleh sesebuah Pemberi Pendidikan Tinggi telah menepati standard kualiti dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia
2. Daftar Kelayakan Malaysia
Sumber rujukan dan panduan berkaitan senarai program pendidikan tinggi yang telah diakreditkan dan dianugerahkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi samada dari dalam atau luar negara.
3. eSisraf Satu daftar yang menyenaraikan semua program pengajian dari peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda dan kelayakan yang telah mendapat pengiktirafan Kerajaan Malaysia.
4. Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan
Jawatankuasa yang bersidang secara tetap bagi memberikan nasihat kepada Kerajaan Malaysia berkenaan dengan kelayakan-kelayakan yang diiktiraf daripada universiti dalam dan luar negara.
3. Kerangka Kelayakan Malaysia
Satu instrumen yang mengklasifikasikan kelayakan yang berdasarkan satu set kriteria yang diperakui di peringkat kebangsaan dan ditanda aras dengan amalan terbaik antarabangsa.
4. Pemberi Pendidikan Tinggi
Satu pertubuhan perbadanan, organisasi atau kumpulan orang lain yang mengendalikan progran pendidikan tinggi atau latihan termasuk program latihan kemahiran yang membawa kepada penganugerahan kelayakan pendidikan tinggi atau yang menganugerahkan kelayakan pendidikan tinggi dan termasuklah pihak awam, swasta, badan peperiksaan atau persijlan atau wakil cawangannya.
5
1. LATAR BELAKANG
Manual ini disediakan sebagai salah satu panduan kepada pihak awam berkenaan
proses pengiktirafan dan nilai taraf sesuatu kelayakan yang dilaksanakan oleh
MQA.
MQA melaksanakan proses pengiktirafan dan nilai taraf kelayakan berdasarkan
kepada permohonan individu dan juga institusi bagi tujuan menyambung pengajian,
memohon pekerjaan dan lain-lain aktiviti berkaitan dengan kerjaya.
Penilaian dan pengiktirafan tidak berdasarkan kepada institusi tetapi kepada
program dan kelayakan yang dikeluarkan.
2. SEJARAH PENGIKTIRAFAN DAN NILAI TARAF KELAYAKAN
Pengiktirafan kelayakan oleh Kerajaan Malaysia telah bermula sejak tahun 1958
melalui Malayanisation Committee. Pada ketika itu, sebanyak tiga (3)
Jawatankuasa khusus telah untuk menilai dan mengiktiraf kelayakan professional.
Menyedari bahawa keputusan-keputusan yang dibuat oleh Malayanisation
Committee adalah secara bebas dan bersendirian, serta lebih tertumpu kepada
kepakaran sesuatu Jabatan, maka Jemaah Menteri pada 11 November 1964 telah
menubuhkan Jawatankuasa Penilaian Kelayakan Asing (JPKA) dengan
dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Perjawatan.
Namun begitu JPKA ini telah dijenamakan semula Jawatankuasa Tetap Penilaian
dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) secara rasminya ditubuhkan oleh Jemaah
Menteri pada 10 Oktober 1972 sebagai penggantikan JPKA.
JTPPK ini bertujuan untuk memberi nasihat kepada Kerajaan Malaysia berkenaan
dengan kelayakan-kelayakan yang diiktiraf daripada universiti dalam dan luar
6
negara. Dengan wujudnya JTPPK ini, bidang tugas penilaian dan pengiktirafan
telah diperluaskan dan dipengerusikan oleh YB. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan sebagai urusetia kepada
JTPPK.
Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) bertarikh 14 Disember 2016 telah memutuskan
supaya JTPPK dibubarkan. Fungsi JTPPK mengenai urusan pengiktirafan
kelayakan dilaksanakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications
Agency, MQA) kecuali bagi maksud pelantikan dalam Sektor Perkhidmatan Awam
yang akan diuruskan oleh JPA untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Melantik
(PBM).
Rentetan pemindahan ini, Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam
(eSisraf) kini juga diuruskan sepenuhnya oleh MQA. Kedua-dua senarai iaitu
eSisraf dan Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR)
diuruskan oleh MQA dan boleh diakses secara terbuka oleh orang awam untuk
rujukan kelayakan yang diiktiraf.
3. SEMAKAN SENARAI PENGIKTIRAFAN DAN AKREDITASI
3.1 KELAYAKAN DALAM NEGARA
3.1.1 Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf)
Semua kelayakan yang telah diluluskan semasa JTPPK boleh
disemak melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan
Awam (eSisraf), www2.mqa.gov.my/esisraf. Kelayakan yang
dinyatakan di dalam eSisraf adalah di peringkat Sijil, Diploma,
Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda.
Hanya kelayakan ini sahaja yang disenaraikan di dalam eSisraf dan
diberikan nilai taraf kelayakan mengikut kesesuaian yang
diperlukan bagi perjawatan dalam Perkhidmatan Awam.
7
Semakan kelayakan adalah merujuk kepada semua kursus yang
telah diluluskan oleh JTPPK sehingga 31 Disember 2016. Selepas
tarikh tersebut, senarai kelayakan yang mendapat Akreditasi MQA
perlu dirujuk kepada Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian
Qualifications Register, MQR). Kelayakan dalam negara yang
disenaraikan melibatkan kelayakan bukan profesional dan
kelayakan profesional.
3.1.1.1 Kelayakan Bukan profesional
Pengguna boleh membuat carian dengan memilih negara
dan juga nama institusi yang disenaraikan seperti di Rajah
1.
Rajah 1: Paparan semakan kelayakan di dalam eSisraf
Carian dibuat dengan merujuk kepada negara dan nama
PPT. Cetakan terus boleh dibuat bagi kelayakan yang
tersenarai.
3.1.1.2 Kelayakan Profesional
Pengguna mempunyai pilihan untuk membuat semakan
terus dengan badan professional terbabit dengan memilih
pautan yang tertera bagi setiap laman sesawang badan
profesional tersebut seperti di Rajah 2.
8
Rajah 2: Paparan semakan kelayakan badan
professional di dalam eSisraf
Carian dibuat dengan merujuk kepada pautan senarai
program yang diiktiraf bagi setiap badan professional
terlibat.
3.1.2 Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register,
MQR)
Semua kelayakan yang telah lulus Akreditasi Penuh akan
disenaraikan di dalam MQR, www2.mqa.gov.my/mqr. Ini
merangkumi semua kelayakan dari Sijil sehingga Ijazah Kedoktoran
akan disenaraikan di dalam MQR.
Mulai Januari 2017 program Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan
Ijazah Sarjana Muda yang mendapat Akreditasi Penuh dan
9
didaftarkan di dalam MQR akan diberikan nilai taraf kelayakan
mengikut kesesuaian yang diperlukan bagi perjawatan dalam
Perkhidmatan Awam.
Paparan carian nama kelayakan dan institusi pengajian adalah
seperti di Rajah 3.
Rajah 3: Paparan semakan senarai kelayakan yang
mendapat Akreditasi Penuh di dalam MQR.
Carian dibuat dengan merujuk kepada nama Pemberi Pendidikan
Tinggi (PPT) dan juga nama program. Cetakan terus boleh dibuat
bagi kelayakan yang tersenarai.
3.2 KELAYAKAN LUAR NEGARA
3.2.1 Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf)
Semua kelayakan yang telah diluluskan semasa JTPPK boleh
disemak melalui Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan
10
Awam (eSisraf), www2.mqa.gov.my/esisraf. Kelayakan yang
disenaraikan hanyalah kelayakan di peringkat Sijil, Diploma,
Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda.
Kelayakan ini diberikan nilai taraf kelayakan mengikut kesesuaian
yang diperlukan bagi perjawatan dalam Perkhidmatan Awam.
Semakan kelayakan adalah merujuk kepada semua kursus yang
telah diluluskan oleh JTPPK sehingga 31 Disember 2016. Kelayakan dalam negara yang disenaraikan melibatkan kelayakan
bukan profesional (umum dan kelayakan khas) dan kelayakan
profesional.
3.2.1.1 Kelayakan Umum
Pengguna boleh membuat carian dengan memilih negara
dan juga nama institusi yang disenaraikan seperti di Rajah
4.
Rajah 4: Paparan semakan kelayakan di dalam eSisraf
Carian dibuat dengan merujuk kepada negara dan nama PPT. Cetakan terus boleh dibuat bagi kelayakan yang tersenarai.
11
3.2.1.2 Kelayakan Profesional Luar Negara
Kelayakan Profesional luar negara hanya merujuk kepada
kelayakan profesional bidang kejuruteraan sahaja iaitu yang
berdaftar dengan Washington Accord.
Pengguna mempunyai pilihan untuk membuat semakan
terus dengan negara yang tersenarai dengan memilih
pautan yang tertera seperti di Rajah 5.
Rajah 5: Paparan semakan kelayakan bagi negara yang
tersenarai di dalam Washington Accord
Kelayakan professional bidang selain kejuruteraan boleh
dirujuk kepada sama seperti di para 3.1.1.2.
3.2.1.3 Kelayakan Khas Luar Negara
Kelayakan khas luar negara ini adalah kelayakan yang
diluluskan oleh JTPPK yang mana kelayakan yang
12
tersenarai di dalam laman sesawang ini akan diiktiraf
dengan nilai taraf yang bersesuaian. Kelayakan ini adalah
dari Australia (Commonwealth Register of Institution and
Courses for Overseas, CRICOS), New Zealand (New
Zealand Qualifications Authority, NZQA) dan United
Kingdom (University and College Admission Service).
Pengguna mempunyai pilihan untuk membuat semakan
terus dengan negara yang tersenarai dengan memilih
pautan yang tertera di Rajah 6.
Rajah 6: Paparan semakan kelayakan bagi negara
Australia, New Zealand dan United Kingdom
3.3 PENGESAHAN KELAYAKAN YANG TERSENARAI
Pihak awam boleh menyemak kelayakan yang disenaraikan di dalam eSisraf
dan MQR dengan mencetak semua kelayakan yang tersenarai.
Sekiranya masih memerlukan surat sokongan pengesahan daripada MQA,
pemohon boleh membuat permohonan kepada MQA dan caj akan dikenakan
bagi setiap kelayakan yang dipohon
Berikut merupakan caj yang ditetapkan bagi kelayakan yang telah tersenarai
dalam eSisraf dan MQR seperti di Jadual 1.
13
Jadual 1: Caj perkhidmatan bagi pengesahan kelayakan yang tersenarai
di dalam eSisraf dan MQR.
3.3.1 Kelayakan luar negara Kelayakan luar negara yang tersenarai adalah semua kelayakan
sama di dalam eSisraf termasuk senarai di UCAS, CRICOS dan
NZQA.
Pemohon perlu mengemukakan permohonan yang lengkap dengan
menyertakan perkara berikut:
a) Borang PPK01 (Lampiran A)
b) Skrol dan transkrip
c) Diploma Supplement (sekiranya ada)
d) Bank Deraf atas nama MQA bernilai RM100
Borang boleh di dapati dari portal MQA di pautan
https://www2.mqa.gov.my/esisraf/dokumen/BorangPPK.pdf
Bil. Senarai Kelayakan Caj (RM)
Individu Lain-Lain 1. Tersenarai di dalam MQR dan eSisraf
Termasuk kelayakan yang disenaraikan dalam Universities and Colleges Admissions Service (UCAS), Commonwealth Register of Institutions and Courses for Overseas Students (CRICOS) dan New Zealand Qualifications Authority (NZQA).
100.00 100.00
14
3.3.2 Kelayakan dalam negara
Kelayakan dalam negara semua kelayakan yang tersenarai di dalam
eSisraf dan juga di dalam MQR.
Pemohon perlu mengemukakan perkara berikut:
a) Borang PPK02 (Lampiran B)
b) Skrol dan transkrip
c) Diploma Supplement (sekiranya ada)
d) Bank Deraf atas nama MQA bernilai RM100
Sekiranya kelayakan luar negara yang dimiliki tidak tersenarai di dalam
perkara 3.2, pemohon boleh mengemukakan permohonan pengesahan
kelayakan luar negara seperti yang dinyatakan di perkara 4.
Borang boleh di dapati dari portal MQA di pautan
https://www2.mqa.gov.my/esisraf/dokumen/BorangPPK.pdf
4. PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN LUAR NEGARA
Bagi memenuhi keperluan pengiktirafan kelayakan luar negara yang belum lagi
tersenarai di dalam eSisraf, MQA telah memperkenalkan mekanisme pengesahan
kelayakan berasaskan kepada pengiktirafan yang diberikan oleh pihak berautoriti
di negara asal.
MQA akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan berhubung pengiktirafan
kelayakan dan perbandingannya dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian
Qualifications Framework, MQF) bagi kelayakan yang memenuhi kriteria
pengesahan MQA.
15
Nilai taraf perkhidmatan awam juga akan dinyatakan mengikut kesesuaian.
Permohonan pengesahan kelayakan luar negara boleh dibuat berdasarkan kategori
berikut:
4.1 Tajaan Kerajaan
Permohonan adalah daripada agensi kerajaan yang akan menaja pelajar
mengikuti pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) luar negara bagi
program yang belum disenaraikan di dalam Sistem Pengiktirafan Kelayakan
(eSisraf).
Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut kepada MQA:
a) Borang PKLN 01 (Lampiran C) b) Maklumat kelayakan c) Bukti Pengiktirafan atau Akreditasi kelayakan daripada pihak
berkuasa dari negara asal d) Maklumat mengenai Kerangka Kelayakan Negara berkenaan e) Dokumen sokongan dan pengesahan mengenai status pengiktirafan
kelayakan dari Kedutaan Malaysia atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
Permohonan pengiktirafan kelayakan dari penaja akan disenaraikan di
dalam eSisraf setelah diluluskan oleh Mesyuarat Pengiktirafan Kelayakan
MQA Bersama Pihak Berkuasa Melantik yang diadakan secara berkala.
4.2 Pembiayaan Persendirian
Permohonan adalah daripada individu yang mendapat tajaan dari badan
bukan kerajaan atau pembiayaan sendiri.
Pemohon perlu mengemukakan dokumen berikut kepada MQA:
a) Borang PKLN 02 (Lampiran D)
16
b) Salinan Kad Pengenalan yang disahkan c) Salinan dokumen sokongan atau lain-lain pernyataan kelayakan yang
dikeluarkan oleh institusi yang disahkan d) Salinan sijil dan transkrip asal yang disahkan (dalam bahasa asal
selain Bahasa Inggeris); e) Salinan sijil dan transkrip terjemahan dalam Bahasa Inggeris jika
kelayakan atau sebarang dokumen tambahan tidak disediakan dalam
Bahasa Inggeris yang disahkan; f) Bukti Pengiktirafan atau Akreditasi kelayakan daripada pihak
berkuasa dari negara asal g) Bank Deraf atas nama MQA bernilai RM100
Kelayakan yang boleh disahkan pengiktirafannya akan diperakukan dan
surat perakuan mengenai pengiktirafan kelayakan akan diberikan kepada
pemohon.
Nota: Pengesahan pengiktirafan kelayakan yang bersifat profesional perlu
dirujuk kepada Badan Profesional yang terlibat.
5. NILAI TARAF KELAYAKAN
Sekiranya kelayakan yang dimiliki tidak terdapat pada perkara 3 dan 4, mana-mana
pemegang kelayakan boleh membuat permohonan kepada MQA bagi penilaian
nilai taraf kelayakan bagi menentukan tahap kelayakan untuk dibandingkan dengan
tahap Kerangka Kelayakan Malaysia.
Walau bagaimanapun MQA tidak membuat penilaian bagi kesetaraan gred mata
pelajaran dan juga kesetaraan gred/skor/markah.
17
5.1 Prinsip penilaian Penilaian nilai taraf kelayakan adalah berpandukan kepada prinsip berikut:
a) Tahap kelayakan adalah peringkat tinggi iaitu selepas menamatkan
peringkat menengah dan memasuki pengajian tinggi di negara asal.
b) Kelayakan telah disahkan oleh badan autoriti jaminan kualiti di negara
asal pemohon.
c) Kesetaraan kelayakan dibandingkan dengan tahap 3 – 8 MQF.
5.2 Kriteria permohonan a) Permohonan Badan Persjilan Luar Negara
- Badan yang diluluskan oleh pihak berautoriti di negara asal.
- Kelayakan yang dimohon akan dikendalikan secara kerjasama
dengan PPT di Malaysia dan melalui proses Akreditasi Sementara
dan Akreditasi Penuh sahaja atau
b) Permohonan Badan Berautoriti Dalam Negara
- Badan yang mempunyai kuasa untuk menganugerahkan kelayakan
berdasarkan akta penubuhan masing-masing.
- Kelayakan yang dimohon bertujuan untuk peningkatan kerjaya yang
berbentuk Continuos Professional Development (CPD) dan tidak
boleh digunakan sebagai kelayakan masuk/artikulasi ke mana-mana
program/kelayakan berdasarkan tahap MQF.
18
5.3 Permohonan oleh PPT
Tujuan penilaian ini adalah membantu PPT untuk mengenal pasti tahap
kesetaraan kelayakan dengan MQF.
Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut:
a) Borang NT 02 (Lampiran E) b) Silibus pengajian c) Sampel bahan penilaian d) Contoh skrol atau sijil yang dianugerahkan e) Pengesahan kesetaraan kelayakan mengikut kerangka kelayakan
di negara asal (sekiranya ada) f) Fi permohonan berjumlah RM1050 dalam bentuk bank deraf atas nama
Agensi Kelayakan Malaysia.
5.4 Permohonan oleh individu/PPT
Tujuan penilaian ini ialah bagi PPT atau pelajar yang berhasrat
mengambil/menyambung pengajian dengan kelayakan dari luar negara bagi
kemasukan ke program pengajian yang lebih tinggi di Malaysia dan
membantu pemohon untuk menilai taraf kelayakan bagi apa-apa tujuan yang
berkaitan.
Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut:
a) Borang NT 03 (Lampiran F) b) Skrol dan transkrip kelayakan c) Sijil kelayakan peringkat menengah d) Silibus kelayakan (sekiranya perlu) e) Pengesahan kesetaraan kelayakan mengikut kerangka kelayakan di
negara asal (sekiranya ada)
19
f) Fi permohonan berjumlah RM1050 dalam bentuk bank deraf atas nama
Agensi Kelayakan Malaysia. 6. MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai pengiktirafan dan nilai taraf
kelayakan bolehlah menghubungi:
Unit Pengiktirafan Kelayakan
Bahagian Koordinasi dan Rujukan Jaminan Kualiti
Agensi Kelayakan Malaysia
03 86881900
20
LAMPIRAN A
PPK01
APPLICATION FORM RECOGNITION OF QUALIFICATION LETTER
(FOREIGN QUALIFICATIONS)
DETAILS OF THE APPLICANT
1. Name of Applicant (Capitalization such as IC): ______________________________________________
2. Mailing Address: _____________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
3. IC Number: __________________________________________________________________________
4. Phone No.: ______________________________ 5. E-mail: _________________________________
1. INFORMATION OF THE QUALIFICATION a) Level of Qualification*:
Bachelor Degree Diploma Certificate Other: ___________________ b) Title of Qualification:
____________________________________________________________________________________
c) Name of Awarding Institution and Country of Awarding Institution:
____________________________________________________________________________________ d) Duration of Study:
____________________________________________________________________________________
e) Mode of Study*: Full Time / Part Time / Distance Learning
f) Year of Graduation: ______________________________________________________________ 2. Purpose of Applying for Recognition Letter:
____________________________________________________________________________________
21
I declare that all the information and documents provided to support this application are authentic, true and accurate. Enclosed herewith documents certified by Malaysian Government Officials (Grade A) or notary public:
Please thick (/) A copy of Identity Card/Passport A copy of original certificate and / or transcript (in native language) A copy of certificate and / or transcript (in English) A copy of offer letter (if applicable) A copy of sponsorship letter (if applicable) Demand Draft RM100 paid to : AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
Signature : ___________________________________________________________________
Name of Applicant : ___________________________________________________________________ Date : ___________________________________________________________________ * Please thick (/) or cross out as appropriate Notes: * If necessary, MQA has the right to request for additional information/ documents to support the assessment. * Each applicant must provide an English translation if the original document is written in other languages. * A complete form and document should be submitted to : Coordination and Quality Assurance Reference Department Malaysian Qualifications Agency Mercu MQA, No. 3539 Jalan Teknokrat 7, Cyber 5 63000 Cyberjaya SELANGOR DARUL EHSAN. Phone: 03-8688 1953/ 03-8688 1947/ 03-8688 1965 Fax: 03-8688 3600 E-mail: [email protected]
FOR INTERNAL USE ONLY
__________________________________________________________________________________________ Application Status:
Complete Not Complete
Recognition Status:
Recognise Not Recognise Checked by: Verified by:
22
LAMPIRAN B
PPK02 APPLICATION FORM
ACCREDITATION AND RECOGNITION OF QUALIFICATION LETTER (MALAYSIAN QUALIFICATIONS)
DETAILS OF THE APPLICANT
1. Name of Applicant (Capitalization such as IC): ______________________________________________
2. Mailing Address: _____________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
3. IC Number: __________________________________________________________________________
4. Phone No.: ______________________________ 5. E-mail: _________________________________
3. INFORMATION OF THE QUALIFICATION g) Level of Qualification*:
Bachelor Degree Diploma Advance Diploma Certificate Master PhD Foundation Others: _________ h) Title of Qualification / Program:
____________________________________________________________________________________
i) Name of Awarding Institution:
____________________________________________________________________________________
j) Mode of Study*: Full Time / Part Time / Distance Learning
k) Duration of Study:
____________________________________________________________________________________
l) Year of Graduation: ______________________________________________________________
4. Purpose of Applying for Recognition Letter:
____________________________________________________________________________________ I declare that all the information and documents provided to support this application are authentic, true and accurate. Enclosed herewith documents certified by Malaysian Government Officials (Grade A) or notary public:
23
Please thick (/) A copy of Identity Card/Passport A copy of original certificate and / or transcript A copy of offer letter (if applicable) Demand Draft RM100 paid to : AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA
Signature : ___________________________________________________________________
Name of Applicant : ___________________________________________________________________ Date : ___________________________________________________________________ *Please thick (/) or cross out as appropriate Notes: * If necessary, MQA has the right to request for additional information/ documents to support the assessment. * Each applicant must provide an English translation if the original document is written in other languages. * A complete form and document should be submitted to : Coordination and Quality Assurance Reference Department Malaysian Qualifications Agency Mercu MQA, No. 3539 Jalan Teknokrat 7, Cyber 5 63000 Cyberjaya SELANGOR DARUL EHSAN. Phone: 03-8688 1953/ 03-8688 1947/ 03-8688 1965 Fax: 03-8688 3600 E-mail: [email protected]
FOR INTERNAL USE ONLY
__________________________________________________________________________________________ Application Status:
Complete Not Complete
Accreditation Status: Accredited Not Accredited Checked by: Verified by:
24
LAMPIRAN C
25
26
LAMPIRAN D
27
28
LAMPIRAN E
APPLICATION FORM - NT02 (updated 24 April 2019) APPLICATION FOR QUALIFICATION EQUIVALENCY (TERTIARY LEVEL)
Title of Programme/Qualification :
Address of Applicant :
Telephone No. :
Fax No. :
Website : Level of Equivalency : Applied for e.g. Diploma/Bachelor/Master Purpose of Applying For :
Equivalency
Contact No. of Officer In charge:
Name :
Designation :
Telephone No. :
Fax No. :
E-mail : Attachments of Documents (1 hardcopy, 4 softcopy (CD)) – please tick where applicable (P ):
1. Title of Programme
2. Level of Programme
3. Number credit / total hours of studies / training
4. Mode of Study
5. Duration of Study (total duration of study / training)
6. Entry requirement
7. Awarding body
8. Method of learning and teaching
9. Programme Learning Outcomes
10. Method of Assessment
11. Details of courses (subject)
12. Student learning time (SLT)
29
13. Equivalency of qualification as decided/approved by the Authoritative Agency in the respective country (if relevant)
14. Information on National Qualifications Framework of the respective country (if relevant)
15. Sample of portfolio produced by the students for each programme (3 samples)
16. Sample of examination questions for each courses, sample of students’ answers and sample of answer scripts (3 samples of students’ answers)
17. External examiners’ report on examination questions and answers
18. Equivalency of level of programme applied for, including justifications (based on comparison with Malaysian Qualifications Framework)
19. A copy of Scroll/Certificate of Qualification Awarded to Students
20. Application Fee of RM 1,050.00 in Demand Draft paid to “Agensi Kelayakan Malaysia” (Please state the name of Institution at the back of the Demand Draft)
Declaration: Hereby, I declare that the information provided is correct and true and the assessment of the programme or qualification will be determined based on Malaysian Qualification of Framework.
Signature : Official Stamp:
Name of Officer :
Designation :
Date : Notes: * If necessary, MQA has the right to request for additional information/ documents to support the assessment.
* A complete form and document should be submitted to :
Coordination and Quality Assurance Reference Department
Malaysian Qualifications Agency Mercu MQA, No. 3539 Jalan Teknokrat 7, Cyber 5 63000 Cyberjaya SELANGOR DARUL EHSAN. Phone: 03-8688 1953/ 03-8688 1947/ 03-8688 1965 Fax: 03-8688 3600 E-mail: [email protected]
For Internal use only: (Please tick [/] where applicable): q Demand Draft q 1 copy of printed documents; and q 4 copies of CD Signature : …………………………....... Name of MQA Officer : …………………………....... Date :……………………
30
LAMPIRAN F
APPLICATION FORM - NT03 (updated 24 April 2019) APPLICATION FOR QUALIFICATION EQUIVALENCY (TERTIARY LEVEL)
Title of Qualification :
Name of Applicant (institution/individual) :
Address of Applicant :
Phone No. :
E-mail :
Purpose of Applying For :
Equivalency Level of Equivalency Applied For (e.g. Diploma/Bachelor/ :
Master)
Information on the Qualification:
Title of Qualification : Name of Person Stated in the Scroll of Qualification :
Name of Awarding institution :
Country of Awarding institution :
Duration of Study :
No. of Credit Hours :
Mode of Study : Full Time / Part Time / Distance Learning Year of Graduation : Documents to be provided in the application:
1. A copy of Scroll of qualification
2. A copy of Transcript of qualification
3. A copy of syllabus of programme (English version only) / Structure and content of course
4. A copy of secondary qualification (e.g. O Level / A Level / Higher Secondary Certificate / Foundation
5. Other qualifications (if relevant)
6. Status of Recognition / Accreditation of the qualification from country of origin awarded the qualification
31
7. Other relevant information
8. Application Fee of RM1,050.00 by demand draft paid to “Agensi Kelayakan Malaysia” (Please state the name of institution at the back of the demand draft)
Declaration: Hereby, I declare that the information provided is correct and true.
Signature :
Name of Applicant :
Date : Notes: * If necessary, MQA has the right to request for additional information/ documents to support the
assessment. * *
Each applicant must provide an English translation if the original document is written in other languages. A complete form and document should be submitted to :
Coordination and Quality Assurance Reference Department Malaysian Qualifications Agency Mercu MQA, No. 3539 Jalan Teknokrat 7, Cyber 5 63000 Cyberjaya SELANGOR DARUL EHSAN. Phone: 03-8688 1953/ 03-8688 1947/ 03-8688 1965 Fax: 03-8688 3600 E-mail: [email protected]
For Internal use only: (Please tick [/] where applicable): q Demand Draft q Application Form; and q Supporting Documents Signature : …………………………....... Name of MQA Officer : …………………………....... Date :……………………
Top Related