BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
PERKARA MUKA
SURAT
PENGHARGAAN........................................................................................
1
LATAR BELAKANG USAHAWAN............................................................. 2
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN & PRODUK...................................... 3
- 7
PERJALANAN HIDUP USAHAWAN....................................................... 8 –
10
PERANCANGAN DIMASA
HADAPAN…………………………………………………..11
TIPS USAHAWAN KREATIF...................................................................
12 - 14
KATA – KATA HIKMAH USAHAWAN.................................................... 15
CIRI KREATIF DALAM DIRI USAHAWAN........................................... 16 -
18
PENDAPAT PERIBADI MENGENAI KREATIVITI DAN INOVASI USAHAWAN.............................................................................
19
0 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
CADANGAN SUPAYA USAHAWAN LEBIH KREATIF.............................
20
KESIMPULAN....................................................................................... 21
– 22
RUJUKAN…………………………………………………………………………………
……….23
LAMPIRAN......................................................................................... 24 -
44
PENGHARGAAN
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. Lily Julienti bt Abu Bakar
diatas kesanggupan beliau mengajar kursus Kreativiti dan Inovasi pada
semester ini. Kami amat bersyukur kerana pada semester ini kami diberi
tugasan ini dan berpeluang untuk mencari dan menemuramah sendiri salah
seorang usahawan yang kreatif dan inovatif di negeri Kedah.Hasil dari
kajian dan temuramah yang kami lakukan maka terhasillah biografi
usahawan kreatif dan inovatif di dalam negeri Kedah ini.
Dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh rakan
sekumpulan kami akhirnya dapat menyiapkan dan melengkapkan biografi
ini.
Jutaan terima kasih kami tujukan kepada FS Harmoni Enterprise
terutamanya kepada pemilik perniagaan ini, Puan Fauziah Bt Ahmad
Shahrim Eusop kerana sudi ditemuramah kami dan amat mengalu – alukan
1 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
kedatangan kami sebaik sahaja dihubungi. Ucapan terima kasih juga kami
ucapkan kepada kakitangan perniagaan ini yang terlibat kerana sudi
melayan karenah kami sepanjang proses menemuramah dan tinjauan di
premisnya.
Jasa baik mereka tidak dapat kami lupakan
kerana walaupun pada mulanya kami sesat
hampir satu jam setengah untuk sampai di premis
tersebut, mereka masih sudi menerima kunjungan
kami malahan sudi mengambil dan menunggu
kami di stesen minyak berdekatan supaya kami
tidak sesat lebih lama.
Tugasan ini merupakan pengalaman
berharga buat kami kerana dapat bersemuka
sendiri dengan usahawan dan mendalami jerih
payah mereka sebelum dan selepas menceburi
bidang pengalaman. Walaupun sedikit, tetapi ia
ternyata dapat membuka minda kami mengenai
bidang perniagaan dan setiap pengalaman itu
amat berharga dan sukar untuk dinilaikan.
Sekian saja dari kami, semoga biografi yang kami hasilkan dari
pemerhatian dan temuramah kami ini dapat membantu para pembacanya
mengenali usahawan yang kami pilih, Puan Fauziah dengan produk kuih
bakarnya.
Sekian, Terima Kasih.
1.0 LATAR BELAKANG USAHAWAN
Nama Usahawan : Puan Fauziah Binti Ahmad Shahrim Eusop
Umur : 40 Tahun
2 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Pekerjaan : Usahawan dan suri rumah sepenuh masa
Nama suami : Mohd Zul’ain Bin Zainal
Umur suami : 45 Tahun
Pekerjaan suami : Pesawah dan usahawan sepenuh masa
Bil.Anak : 3 orang
Alamat rumah : No 73, Seberang Pantai Johor, 05150 Alor Setar, Kedah
No Telefon : 012-4366422
Jenis Perniagaan : Kuih bangkit tradisional
Tahun mula berniaga kecil – kecilan : 1996
Tahun mula mendaftar perniagaan secara sah : 2009
Jumlah pekerja terkini : 3 orang
Jualan tahunan 2010 : RM152,400.00
Jualan tahunan 2011: RM200,000.00
Jangkaan Jualan tahun 2012 : RM 230,000.00
Pegangan hidup : Buat kerja biar ikhlas dan berkat, sabar dalam setiap
ujian yang mendatang dan jangan berhenti berusaha.
2.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN DAN PRODUK
Perniagaan FS Harmoni Enterprise mula didaftarkan secara sah pada
tahun 4 Oktober 2009 dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
beralamat di No 7, Kg Telok Padang Limau, Mukim Tunjang, 06000
3 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Jitra, Kedah.Ketika itu, pemilik bagi syarikat ini ingin mengembangkan
perniagaan dan memasarkan perniagaannya ke seantero malaysia.
Tetapi terlebih dahulu perniagaan ini perlulah mendapat pengiktirafan
kerajaan malaysia untuk memastikan perniagaan yang bakal
dilaksanakan boleh dipasarkan, berdaya saing dan terus maju serta sah
disisi undang – undang perniagaan 1956.
FS Harmoni Enterprise menjalankan perniagaan membuat kuih
bakar dan merupakan pengusaha bumiputera bimbingan MADA yang
berpengalaman lebih 10 tahun berkecimpung dalam perniagaan
membuat kuih bakar.
Setelah sekian lama menjadikan perniagaan membuat kuih bangkit
secara tradisional di rumah sebagai mata pencarian sampingan
sementara menunggu hasil tuaian padi, Puan Fauziah mula mengorak
langkah untuk menjadikan mata pencarian sampingan ini sebagai punca
pendapatan utama keluarganya memandangkan permintaan terhadap
kuih bangkit atau dikenali sebagai kuih bakar di utara semakin tinggi
sehingga memaksanya untuk menolak beberapa tempahan yang
diterima.
Hasil bimbingan MADA, Puan Fauziah mula bertatih membesarkan
perniagaannya disamping dapat menawarkan peluang pekerjaan kepada
beberapa orang kampung disekitar kawasan rumahnya. Penjenamaan
semula dilakukan dengan nama Kuih Bangkit Gebu Puan Fauziah kerana
dahulunya ia terkenal dengan kuih bangkit Kak Fauziah ataupun kuih
bakar Puan Fauziah.
4 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Kuih Bangkit Gebu Puan Fauziah dibuat menggunakan peralatan
yang menggunakan teknologi terkini dan menjadikan proses
pengeluarannnya cepat dan mudah disediakan. Dalam sehari,
dianggarkan 30,000 biji kuih bakar dapat disiapkan dari pukul 8 pagi
hingga 5 petang dengan bantuan 3 orang pekerja.
Selain itu, Puan Fauziah juga tidak perlu lagi menolak permintaan
pelanggannya dan dapat membuat kuih bakar melebihi dari
permintaaan dan menyimpan stok.Kuih bakar dapat diedar bila diminta
dan pelanggan tidak perlu lagi menunggu terlalu lama untuk
mendapatkan kuih bakar.
Operasi pembuatannya bermula dengan menggoreng tepung beras
dan tepung gandum menggunakan mesin penggoreng tepung dan
disimpan selama seminggu. Kemudian, telur, mentega dan gula akan
diadun sehingga gebusebelum memasukkan tepung yang telah digoreng
dan disimpan selama seminggu itu. Setelah itu, kuih bakar ditekap
dengan corak bunga teratai dan dibakar.Siap dibakar, kuih bakar
dimasukkan kedalam bekas dan di pek serta dilabelkan.
Menurut Puan Fauziah, teknik dan caranya perlulah tepat dan betul
untuk menjamin kualiti kuih bakar yang bakal disiapkan supaya kuih
bakar tahan lama, tidak lemau dan tidak terlalu rapuh. Proses sewaktu
mengadun perlulah bermain dengan masa untuk menjamin kualitinya.
Menurut Puan Fauziah lagi, mereka tidak menggunakan sebarang
bahan pengawet untuk menjadikan kuih bakar buatannya tahan lebih
lama.
Ini memang terbukti kerana kami diberi peluang untuk melihat dan
meninjau kawasan sekitar dan bahan mentah yang ada. Tiada sebarang
5 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
serbuk pengawet dan lain - lain yang mencurigakan disekitar kawasan
pembuatan kuih bakar tersebut.Kami juga diberi peluang untuk
menerap adunan pada acuan dan meletakkannya di oven pembakar.Kuih
bakar Puan Fauziah didatangkan dengan pelbagai pek mengikut
permintaan pelanggan.Terdapat beberapa pek mengikut pilihan
pelanggan termasuklah untuk kenduri kahwin dan lain – lain majlis.
Kuih Bakar Gebu Puan Fauziah didatangkan dengan pelbagai pek mengikut citarasa pelanggan
Kini, Kuih Bangkit Gebu Puan Fauziah menggunakan jenama
D’Bangkit untuk pasarannya ke seluruh Malaysia. Mereka juga
mempunya trade mark sendiri iaitu sekali rasa pasti nak lagi.
Sebagai langkah untuk memajukan dan memperkenalkan kuih
bakarnya ke pasaran di seluruh Malaysia, Puan Fauziah mendaftarkan
6 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
perniagaannya dibawah FAMA agar promosi secara langsung dan tidak
langsung dapat dilakukan untuk menarik minat penggemar kuih bakar
ini.
Selain itu, Puan Fauziah bertindak melantik seorang rakan kongsi
yang dapat membantunya mempromosi dan mengurus kewangan
syarikatnya, Encik Jat yang merupakan pesara tentera sangat arif dan
bijak merebut peluang yang ada untuk mempromosikan kuih bakar ini.
Mereka tidak pernah ketinggalan untuk membuka gerai dimana –
mana acara yang memerlukan promosi produk IKS terutamanya.
Mereka membuka gerai seperti di Karnival Penternak, Peladang dan
Nelayan Zon Utara, MOA bersama rakyat, Padang Pekan, Parlimen
Jerlun dan program SiswazahTani di UUM pada november 2011 dan
pelbagai majlis lagi.
Mereka menggunakan papan-papan iklan, banting, poster, kertas-
kertas iklan dan bermacam lagi cara yang digunakan untuk
menghebahkan perniagaannya dimata umum. Tidak dinafikan, promosi
dan pengiklanan sememangnya salah satu cara berkesan untuk menarik
para pelanggan.
Selain itu, mereka juga tidak ketinggalan dalam menggunakan
teknologimasakini untuk mempromosikan produk mereka dengan
menggunakan media massa, peralatan eletronik dan alam maya sebagai
salah satu cara untuk mempromosikan produk keluaran FS Harmoni
Enterprise ini.
FS Harmoni mempunyai laman sesawangnya sendiri iaitu
www.kuihbangkit.com.my.Didalam laman web syarikat ini, terdapat info
yang dapat dijadikan rujukan pelanggan yang berminat untuk
7 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
mengetahui lebih lanjut tentang produk kuih bakar Kak Fauzah seperti
maklumat tentang syarikat, produk yang sedia ada, promosi yang telah
mereka lakukan dan alamat untuk dihubungi.
Untuk menempah ataupun mengetahu apa – apa maklumat mengenai
syarikat dan produk keluaran FS Harmoni Enterprise, mereka juga
boleh dihubungi melalui email di [email protected]
tidak lupa menggunakan media terkini yang menjadi kegilaan
masyarakat di Malaysia, facebook dan twitter.Mereka boleh dilawati dan
dihubungi melalui laman facebook
https://www.facebook.com/pages/Kuih-Bangkit-Gebu/220726614616103.
Melalui media eletronik, kami menemukan beberapa carian dengan
hanya menaip kata kunci seperti kuih bakar, kuih bangkit, kuih
tradisional.Mereka juga menggunakan laman sesawang pengiklanan
seperti mudah.my sebagai promosi produk kuih bakar ini, Ini terbukti
FS Harmoni Enterprise menggunakan semaksima peluang yang ada
melalui media elektronik.
Setiap usaha yang gigih dan hati yang ikhlas pasti ada ganjaran yang
menanti kerana rezeki itu datangnya dari ALLAH S.W.T. Puan Fauziah
telah dianugerahkan sebagai Usahawan Berjaya 2010 anjuran MOA
diatas kegigihannya memajukan perniagaan kuih bakar.Siapa sangka,
perniagaan yang dahulunya dijalankan kerana minat beliau sendiri
membuat kuih bakar kini telah menjadi mata pencarian utama
keluarganya sehingga produk keluarannya dikenali sehingga keseluruh
semenanjung Malaysia.
8 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
3.0 PERJALANAN HIDUP USAHAWAN DAN SEJARAH PERIBADI YANG
INGIN DIKONGSI BERSAMA
Sedari kecil, Puan Fauziah telah menunjukkan minat beliau dalam
membuat kuih bakar dengan membantu ibu dan neneknya menyiapkan
tempahan kuih bakar orang kampung dan kenalan untuk menyambut
hari raya. Membuat kuih bakar telah menjadi darah daging baginya
disebabkan kebiasaan itu.
Setelah berkahwin, Puan Fauziah meneruskan membuat kuih bakar
berdasarkan tempahan yang diterima kerana minat disamping dapat
menambah pendapatan keluarganya memandangkan suaminya seorang
9 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
pesawah dan pada ketika itu hasil sawah hanya dapat dituai setahun
sekali. Mereka juga menanam sayur sayuran disekitar rumah untuk
dijual dipasar pagi.
Pada tahun 1996, setelah mengalami kebakaran rumah yang
mengakibatkan keseluruhan rumahnya hangus, Puan Fauziah dan suami
membina rumah baru separa siap menggunakan wang simpanannya dan
hasil tuaian padi suaminya yang tidak seberapa itu. Untuk mencari
wang bagi kegunaan harian, Puan Fauziah mula giat membuat dan
menjual kuih bakar dari rumah ke rumah serta mencari tempahan untuk
majlis kenduri kahwin, berkhatan dan majlis-majlis lain.
Resepi turun-temurun dari keluarga Puan Fauziah digunakan sebaik
–baiknya kerana untuk membuatnya memerlukan kemahiran yang tinggi
dan teknik menggorengnya perlulah betul barulah kuih bakar tidak
senang lemau dan terlalu rapuh.
Pada ketika itu, untuk menyiapkan tempahan Puan Fauziah terpaksa
menjemur tepung dan mengorengnya dahulu dimana ia mengambil
masa sekurang – kurangnya seminggu kerana jika tepung lembap dan
tidak cukup kering, kuih bakar yang akan dihasilkan akan mudah lemau
dan tidak tahan lama. Puan Fauziah mengalami kesukaran apabila
terpaksa berhadapan dengan cuaca tidak menentu yang boleh
melambatkan lagi proses pembuatan kuih bakarnya.
Ketika itu juga, Puan Fauziah memerlukan ruang membakar yang
besar dan mempunyai 15 buah oven pembakar yang menggunakan gas.
Masa yang diperlukan untuk menyiapkan tempahan amat lama dan
payah. Oleh kerana tempahan semakin meningkat, Puan Fauziah
terpaksa menolak beberapa tempahan untuk memastikan tempahan
sedia ada dapat disiapkan.
10 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Perniagaan kecil – kecilan Puan Fauziah telah mendapat perhatian
dari pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kedah Darul
Aman berdasarkan permintaan terhadap kuih bakar Puan Fauziahdi
sekitar utara tanah air dan usaha untuk maju yang ditunjukkan oleh
Puan Fauziah. Bantuan pihak MADA kepada Puan Fauziah adalah untuk
memenuhi salah satu fungsi MADA itu sendiri iaitu memajukan industri
asas tani dan mewujudkan usahawan yang bertaraf komersil,
membentuk dan membangunkan institusi peladang dan mengusahakan
pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat peladang.
Pada permulaannya, Puan Fauziah diminta untuk menghadiri
beberapa khusus yang dikendalikan oleh MADA bertujuan untuk melatih
usahawan ataupun bakal usahawan seperti cara – cara untuk
menguruskan kewangan mereka, cara untuk melakukan promosi dan
lain – lain yang berkaitan.
Disamping itu, pihak MADA telah mengambil tempahan kuih bakar
Puan Fauziah untuk majlis-majlis tertentu yang dikendalikan oleh MADA
seperti jamuan hari raya, dan lain -lain. Permintaan terhadap kuih bakar
Puan Fauziah semakin meningkat hasil daripada promosi secara tidak
langsung yang dilakukan pelbagai pihak seperti rakan – rakan,
pelanggan tetap dan pihak MADA sendiri.
Hasil usaha dan semangat yang tinggi yang ditunjukkan oleh Puan
Fauziah semasa proses latihan dan bimbingan oleh pihak MADA, pihak
MADA telah mengambil keputusan untuk memberi bantuan permulaan
kepada Puan Fauziah.Bantuan yang diberikan oleh pihak MADA adalah
seperti peralatan berteknologi tinggi, modal dan sebagainya.
11 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Pada ketika itu, pihak MADA telah memberikan modal permulaan
sebanyak RM15,000 dan peralatan berteknologi tinggi seperti mesin
penguli tepung, mesin menggoreng tepung dan oven besar yang boleh
membakar 400 biji kuih dalam masa 10 minit dalam satu satu masa.
Dengan bantuan ini, proses pembuatan kuih bakar dapat dijimatkan
dimana mereka tidak perlu lagi menjemur tepung dan menggorengnya
di dalam kawah besar tetapi hanya perlu memastikan mesin
menggoreng tepung menggoreng tepung sehingga perang dan boleh
digunakan. Mereka juga tidak perlu lagi menunggu waktu yang lama
untuk membakar kuih bakar menggunakan oven kecil.
Selain itu, Puan Fauziah kini dapat melakukan pembungkusan sendiri
dirumah dan tidak lagi menggunakan plastik seperti dahulunya. Mereka
mempunyai label sendiri dan perniagaan Puan Fauziah dapat
dikomersialkan. Puan Fauziah juga tidak lupa turun padang untuk
mempromosikan kuih bakarnya diseluruh semenanjung dengan
mengambil bahagian dalam pameran MAHA 2009 di Serdang Selangor.
Menurut Puan Fauziah, ujian dan cabaran dalam perniagaan
merupakan perkara wajib bagi setiap usahawan dan peniaga yang
menceburi bidang ini. Sejajar dengan perniagaannya yang semakin naik,
terdapat beberapa individu yang kianat sehingga sanggup
menggunakan labelnya sebagai label kuih bakar mereka. Tetapi,
menurut Puan Fauziah, rata – rata pelanggannya boleh membezakan
antara produknya dan produk individu lain kerana kuih bakar Puan
Fauziah mempunyai rasa, warna dan baunya yang tersendiri sehingga
tidak dapat ditiru oleh individu lain.
12 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Selain itu, terdapat juga pengedarnya yang mengambil kuih bakar
secara hutang dan menghilangkan diri selepas itu. Selepas peristiwa itu,
Puan Fauziah mengambil langkah selamat dengan syarat para
pengedarnya perlulah membayar 50 % bayaran pendahuluan sebelum
mengambil sebarang stok dan tidak membenarkan hutang melebihi
RM2000. Kini, bayaran modul pendahuluan dan peralatan teknologi
baru yang disediakan MADA telah habis dibayar oleh syarikat ini
memandangkan hasil jualannya amat memberangsangkan.
4.0 PERANCANGAN MASA DEPAN
Perancangan merupakan satu tatacara atau aturan bekerja untuk
mendapat hasil yang dapat dinyatakan dengan jelas dan tersusun dalam
satu sistem membuat keputusan yang bersepadu. Berfikir tentang masa
hadapan dan berusaha untuk mengawal masa depan merupakan satu
komponen penting dalam perancangan. (Mintzberg, 1994 p.12).
Menurut Puan Fauziah, perancangan beliau untuk masa hadapan beliau
akan mempelbagaikan produk kuih bangkit beliau. Antara perancangan
beliau adalah mempelbagaikan kuih bangkit daripada kuih bangkit santan
kepada dua jenis lagi iaitu kuih bangkit kelapa dan kuih bangkit
kacang.Selain itu juga, beliau ingin memperluaskan pasaran ke beberapa
buah negeri lagi iaitu Seremban, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor
Bharu.
Selain itu, Puan fauziah juga ingin memastikan produk keluarannya
dapat memenuhi permintaan pasaran dan nilai pasaran serta
menambahkan bilangan pengedarnya diseluruh Malaysia.
Puan Fauziah juga ingin memasarkan produknya sehingga menembusi
pasaran luar pesisir laut iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei.Insyaallah, hasil
usaha yang gigih dan tidak pernah mengalah yang ditunjukkan oleh Puan
13 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Fauziah dengan dibantu suami dan pekerjanya impian Puan Fauziah untuk
melebarkan sayap pasarannya dapat dipenuhi.
5.0 TIPS USAHAWAN KREATIF
Kreatif dan inovasi itu bukan sifat semulajadi.Ia boleh dilatih dengan
mencorakkan keunikan dalam produk-produk yang telah wujud. Ia
merupakan dua elemen penting yang juga merupakan antara tuntutan
utama dalam misi untuk memajukan perniagaan. Dalam erti kata lain,
seseorang perlu berfikir dan berusaha dengan lebih keras bagi
menjadikan perniagaan yang diceburi sesuatu yang lain daripada yang
lain demi menarik minat lebih ramai pelanggan.
Perniagaan yang mempunyai kreativiti tersendiri kebiasaannya akan
lebih cepat dikenali oleh para pengguna tambahan pula sekiranya
produk atau servis yang disediakan menepati kehendak pengguna. Akan
tetapi, faktor kreativiti tersebut mestilah seiring dengan strategi
perniagaan agar faktor itu benar-benar dapat memberikan impak
kepada perniagaan yang diusahakan.
Banyak aspek-aspek kreativiti yang boleh digunakan dalam
perniagaan tanpa mengambil kira jenis perniagaansama ada perniagaan
14 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
kecil ataupun besar. Jika kena dengan caranya, kreativiti tersebut
mampu menaikkan jenama perusahaan. Pertama, individu yang kreatif
adalah merupakan seorang yang merendah diri (humble) dan bangga
diri (proud) dalam waktu yang sama.
Kedua, minat terhadap sesuatu perniagaan yang diceburi dan
kegairahan kita untuk menjadikannya satu realiti.Kebanyakkan individu
yang kreatif mempunyai perasaan yang amat kuat (passionate)
mengenai kerja mereka, walaupun begitu mereka juga merupakan
seorang yang sangat objektif mengenainya.
Ketiga, individu kreatif mestilah berani untuk mencuba idea yang
baru.Untuk menjadikan diri berani mencuba idea yang baru, seorang
usahawan perlulah bijak melihat kelemahan dan kekurangan sesuatu
produk itu sebagai satu peluang keemasan yang boleh diterokai.
Tujuannya adalah untuk memastikan adanya percambahan idea
dalam kalangan para peniaga mahupun usahawan-usahawan bagi
menguruskan sesebuah perniagaan sekaligus dapat menjadikan
perniagaan tersebut lebih menarik.
Untuk itu, bagi para peniaga yang benar-benar berfikiran kreatif dan
kritis, mereka akan cenderung untuk melihat segala kekurangan atau
kelemahan dalam perniagaan sebagai satu peluang keemasan untuk
mereka meningkatkan mutu serta kualiti perniagaan.
Keempat, sebagai individu yang kreatif, dia perlulah bersifat terbuka
apabila menerima kritikan.Apabila seseorang individu itu berhadapan
dengan idea baru yang tidak pernah terlintas oleh pemikiran orang lain,
pastinya ada individu yang akan menyokong dan ada pula individu yang
akan mengkritik. Oleh itu, jika anda benar-benar yakin dengan apa yang
anda ingin lakukan, ketepikan segala kritikan dan anggaplah kritikan-
15 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
kritikan tersebut sebagai satu inspirasi untuk anda terus memajukan
perniagaan anda
Kelima, individu kreatif mestilah seorang individu yang sentiasa
berfikiran kehadapan.usahawan perlu untuk memikirkan tentang kesan-
kesan yang mungkin akan timbul, risiko yang bakal dihadapi, serta jalan
penyelesaian sekiranya berlaku sebarang masalah yang dijangka atau
tidak dijangka. Jangan terlalu gopoh untuk berangan-angan dalam
perniagaan.Para peniaga atau usahawan yang sentiasa berfikir ke
hadapan sememangnya mempunyai banyak idea dan perancangan yang
hebat.Inilah antara contoh kreativiti dalam perniagaan.Dengan
berbekalkan idea-idea yang hebat, mereka begitu kreatif menjalankan
perniagaan sekaligus sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang
kemungkinan.
Keenam, individu kreatif perlulah mempunyai kawalan diri yang
baik.Seorang usahawan itu tidak boleh cepat melatah jika ada cabaran
dan dugaan yang dihadapinya tetapi perlulah mencari punca dimana
permasalahan itu datang dan carilah jalan penyelesaiannya.
Ketujuh, sebagai seorang individu kreatif individu tersebut perlu
mempunyai matlamat yang jelas, tidak tergesa – gesa danmembuat
pertimbangan di dalam membuat sebarang keputusan.Setiap keputusan
yang dibuat bakal mengubah posisi sesuatu perniagaan itu. Jadi sebagai
seorang usahawan, perlulah bijak membuat pertimbangan dan berfikir
panjang sebelum mengambil apa – apa keputusan.
Kelapan, seorang individu kreatif mestilah sanggup mengambil risiko
yang telah dikenalpasti.Keberanian untuk mengambil risiko sangat
penting kerana kita perlu mengkaji faktor dan kesannya terlebih
16 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
dahulu.Risiko yang bakal diambil haruslah dikaji dengan sedalam-
dalamnya dan adakah kita mampu untuk berhadapan dengan risiko itu
apabila kita menghadapinya kelak.Hidup dalam dunia perniagaan ibarat
untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Seandainya benar-benar
yakin dengan risiko yang bakal diambil dan berusaha dengan segigih-
gigihnya, InsyaALLAH akan berjaya.
Kesimpulannya, kreativiti dalam perniagaan memainkan peranan
yang sangat penting terhadap perniagaan itu sendiri. Banyak lagi cara
dan kaedah untuk menjadikan sesuatu perniagaan lebih kreatif dan
menarik. Setiap aspek dalam perniagaan perlu diberi penekanan
bermula daripada aspek promosi sehingga ke jualan agar perniagaan
tersebut benar-benar membuahkan keuntungan.
Pakar perniagaan internet, Irfan Khairi dalam tip perniagaannya ada
menyatakan bahawa seseorang ahli perniagaan yang ingin menjana idea
yang kreatif perlulah sentiasa bergembira dan berseronok kerana idea
yang hebat seringkali datang apabila kita berada dalam keadaan
gembira dan seronok.Ingatlah, rezeki itu datang daripada ALLAH SWT
dan kita perlu berusaha untuk mendapatkannya.
6.0 KATA - KATA HIKMAH USAHAWAN
Bersabar merupakan salah satu petua bagi Puan Fauziah untuk
berjaya dalam perniagaan.Sebagai seorang Usahawan (terutama yang baru
belajar menjinakkan diri dalam dunia keusahawanan) hendaklah bersabar
dalam menghadapi kegagalan dan penolakan.Bagi lah masa untuk diri kita
17 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
belajar dan membaiki setiap kelemahan.Setiap hari belajarlah sesuatu yang
baru untuk mengembangkan perniagaan kita dan yang paling penting ialah
jangan mencari alasan.Sentiasa berusaha sebagai usahawan agar
perniagaan yang kita ceburi tidak akan ditutup samada hari ini atau esok.
Jangan putus asa merupakan perkara terpenting dalam perniagaan.
Menurut Puan Fauziah, jangan berputus-asa kerana biasanya ia adalah
anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci. Kemahuan yang tinggi
akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang
mustahil pun boleh terjadi. Istilah putus asa atau lemah semangat tidak
pernah wujud dalam diari kehidupan Puan Fauziah, malah kekuatan
dikumpul bagi meneruskan memastikan kehidupannya tidak dibelenggu
kesusahan dan dapat memastikan anak – anaknya mendapat pendidikan
yang sempurna.
Menurut Puan Fauziah, keikhlasan dalam menghasilkan produk
amatlah penting. Ini kerana, keihklasan ia merupakan tanggungjawab kita
yang perlu dipikul. Dengan keikhlasan, semua perjalanan aktiviti kita
dalam perniagaan akan berjalan dengan lancar. Keikhlasan juga penting
untuk mendapatkan keredhaan Allah.Selain itu, seseorang usahawan perlu
mengikhlaskan diri mereka dalam segenap aspek termasuklah perniagaan
kerana segala amal perbuatan kita adalah bergantung pada niat agar
kejayaan mampu dicapai dengan penuh keberkatan.
Berkat kesabaran dan kesungguhannya, Puan Fauziah serta rakan
kongsinya yang terdiri Abang Jat, berjaya mengusahakan FS Harmoni
Enterprise yang beroperasi di no. 7, Kampung Teluk Padang Limau, Mukim
Tunjang, 06000 Jitra, Kedah, Malaysia.
7.0 CIRI KREATIF YANG ADA DALAM DIRI USAHAWAN
18 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap
usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan
mereka.Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan
boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para
pengguna.Kreativiti boleh dipelajari.
Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa utama di
dalam proses kreatif iaitu Pengumpulan Pengetahuan (Knowledge
Accumulation), Inkubasi (Incubation), Idea dan penilaian pelaksanaan.
Usahawan tidak hanya menjalankan aktiviti perniagaan semata-mata
tetapi mereka juga memanipulasikan segala sumber yang ada secara
optimum untuk memaksimumkan produktiviti secara efektif.Nilai itu secara
tidak langsung dapat membantu usahawan mengembangkan idea baru
untuk mencari kaedah terbaik dalam melihat masalah dan peluang.
Untuk membuat keputusan sebelum menceburi diri dalam bidang
perniagaan tertentu, bakal usahawan seharusnya membuat kajian dan
penilaian tentang perniagaan yang dicadangkan.Rancangan perniagaan
yang melibatkan semua maklumat yang telah disebutkan hendaklah
disediakan untuk menilai daya maju perniagaan tersebut.
Sebahagian daripada penyediaan rancangan perniagaan sebaiknya
merangkumi analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities and
Threats) yang melihat kepada faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang
dan ancaman yang terdapat dalam perniagaan tersebut. Analisis SWOT
akan membantu bakal usahawan menilai kesemua aspek yang akan
menghasilkan keputusan yang lebih bijak.
19 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Ciri- ciri kreatif yang kami rasa ada pada dalam diri Puan Fauziah
setelah menemuramah beliau, ternyata beliau seorang yang tabah dalam
menghadapi segala kesulitan dari segi kewangan dan persaingan dan juga
dugaan hidup.Puan Fauziah menjadikan kelemahannya sebagai sumber
kekuatannya untuk terus maju dan bangun untuk meneruskan hidup
menjadikan kehidupannya lebih baik dari sebelumnya.Kepayahan yang
dialami bukanlah satu bebanan tetapi sebagai satu motivasi buat Puan
Fauziah sendiri untuk memastikan kehidupannya dapat diperbaiki.
Puan Fauziah pernah disabotaj oleh perniaga lain dimana peniaga
tersebut menggunakan produk yang beliau hasilkan tetapi ditukarkan
dengan nama produk yang baru. Ini bukan merupakan batu penghalang
bagi Puan Fauziah untuk terus maju dalam perniagaannya sebaliknya,
Puan Fauziah begitu positif terhadap permasalahan yang timbul.Puan
Fauziah bertindak mencari dimana punca permasalahan itu berlaku dan
menyelesaikannya secara baik.Puan Fauziah begitu yakin dengan produk
keluarannya kerana keistimewaan dari segi rasa kuih bakarnya tidak dapat
ditandingi dan ditiru oleh individu lain.
Selain itu, Puan Fauziah bijak menggunakan peluang yang ada
disekelilingnya.Hubungan baik dengan pihak MADA itu sendiri menjadi
nadi dalam kemajuan perniagaannya.Dengan bantuan yang sudi
ditawarkan oleh pihak MADA, Puan Fauziah lebih gigih berusaha dan
menunjukkan kepada mereka peluang yang diberi tidak akan dipersiakan
oleh Puan Fauziah. Puan Fauziah memanfaatkan sebaik- baiknya peluang
yang diberikan oleh pihak MADA sendiri apabila mereka bertindak
mempromosikan secara tidak langsung produk keluaran Puan Fauziah
dengan menempah kuih bakar Puan Fauziah jika ada majlis keraian dan
pelbagai lagi.
20 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Ciri kreatif yang seterusnya dapat dilihat ada dalam diri Puan Fauziah
adalah beliau bijak menggunakan kelebihan yang ada untuk melaksanakan
perniagaannya. Seperti yang kita tahu, Puan Fauziah mempunyai
pengalaman lebih daripada 10tahun dalam bidang ini secara kecil – kecilan
dan sedari kecil Puan Fauziah sendiri sudah terdedah dengan kemahiran
membuat kuih bakar.
Hasil usaha Puan Fauziah yang gigih ternyata membuahkan pulangan
yang lumayan kerana bukan sahaja permintaan terhadap produknya
meningkat tetapi juga Puan Fauziah juga pernah diiktiraf sebagai
usahawan wanita terbaik bagi parlimen Kubang Pasu pada tahun 2010.
Disamping itu juga, Puan Fauziah dikatakan mempunyai ciri-ciri kreatif
kerana beliau mengunakan kreatif dan bijak menggunakan resipi turun-
temurun yang diperolehi untuk membuat kuih bakar. Namun begitu, beliau
akan mempelbagaikan produk kuih bakar santan kepada kuih bakar kelapa
dan kuih bakar kacang untuk dipasarkan. Puan Fauziah juga memenuhi
citarasa pelanggan dan tidak menggunakan bahan pengawet dalam
memproses kuih bakar beliau. Kuih bakar yang dihasilkan oleh beliau juga
boleh tahan 4 hingga 5 bulan tanpa sebarang bahan pengawet. Dengan
carapembuatan, pemprosesan, pembakaran dan penyimpanan yang betul
kuih bakar mampu disimpan dengan lebih lama.
Puan Fauziah juga bijak menggunakan peluang promosi yang ada
dengan sebaiknya.Beliau tidak pernah lepas menyertai aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh badan – badan kerajaan, institusi pendidikan dan bazar –
bazar jika berkesempatan.Terdahulu, beliau menyertai program MOA
bersama rakyat parlimen Jerlong pada bulan Mac 2011.Selain itu, beliau
turut memyertai MOA bersama rakyat bertempat di Padang Pekan pada 18
hingga 20 November 2011. Beliau merupakan usahawan bimbingan MADA
dengan secara tidak langsung akan menyertai pelbagai aktiviti yang
21 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
dianjurkan oleh pihak MADA dan MOA. Pihak tersebut juga akan
menghubungi dan menjemput Puan Fauziah sekiranya ada karnival yang
dianjurkan oleh pihak MADA dan MOA.
8.0 PENDAPAT PERIBADI MENGENAI KREATIVITI DAN INOVASI
USAHAWAN
Berdasarkan pemerhatian kami terhadap personaliti
PuanFauziah ,beliau merupakan seorang yang amat jujur. Hal ini dapat
dibuktikan dengan keprihatinan beliau dalam membuat kuih bakar tanpa
mngurangkan sedikit bahan pun dalam usaha mengaut keuntungan yang
berlebihan.Sebenarnya beliau mampu melakukan tindakan sedemikian
namun disebabkan sifat jujurnya yang diterapkan dalam diri menyebabkan
tindakan tersebut tidak diambil.Puan Fauziah juga amat menjaga kualiti
kuih bakarnya kerana tidak sanggup menambah bahan pengawet untuk
tujuan menjadikan kuih bakarnya lebih tahan lama.
Selain itu, beliau mempunyai sifat yang patut dicontohi oleh
usahawan yang lain iaitu keazaman yang amat tinggi. Pada permulaannya,
rumah Puan Fauziah telah terbakar namun musibah itu telah
meningkatkan keazaman untuk berjaya dengan mewujudkan perniagaan
kuih bakar. Liku-liku hidup beliau tidak mampu mematahkan azam beliau
yang ingin menjadi usahawan berjaya kelak.
22 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Dalam proses beliau menjalankan perniagaan, beliau pernah
disabotaj oleh beberapa pihak. Namun begitu, beliau telah mengambil
tindakan yang kami anggap sebagai langkah optimistik dengan tidak cepat
melatah dan menuduh tanpa usul periksa dan siasatan terlebih dahulu.
Keyakinan Puan Fauziah terhadap produk buatannya tinggi kerana apa
yang penting adalah kualiti dan bukan kuantiti.Puan Fauziah terus berdaya
maju dengan bermatlamat untuk terus meningkatkan kualiti produk beliau.
9.0 CADANGAN SUPAYA USAHAWAN LEBIH MAJU DAN KREATIF
Seperti yang kita tahu, Puan Fauziah dan perniagaannya telah
melakukan pelbagai cara yang ada untuk memajukan dan
memperkenalkan perniagaannya di mata masyarakat sekitar Malaysia.
Tetapi satu saja kelemahan yang dapat kami cari dimana Kak Fauziah
sendiri tidak bijak mencari pengedar yang dapat menjadi pengedar
tetap ataupun pengedar tunggal di negeri masing – masing.
Perniagaan yang dijalankan oleh Puan Fauziah adalah pelanggan
datang mengambil sendiri stok ataupun mereka akan menghantar stok
melalui kurier dan kos kurier itu sendiri akan ditanggung oleh si
pembeli.
23 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Puan Fauziah telah memilih untuk mengambil langkah selamat
dengan menetapkan harga RM4 bagi setiap 25 biji dan Rm8 bagi setiap
50 biji bagi pengedarnya dan pengedarnya perlulah menetapkan sendiri
harga yang bakal dijual oleh mereka. Faktor ini amat sukar
dilaksanakan kerana jika harga yang ditawarkan mereka terlalu mahal,
ia akan menjadi masalah dimana stok tidak terjual dan jika mereka jual
terlalu murah ia akan merugikan mereka kerana mereka sendiri tidak
mengetahui nilai pasaran untuk kuih bakar tersebut.
Untuk menarik minat bakal pengedar, Puan Fauziah perlulah
menetapkan harga pasaran untuk produk keluarannya dan memberikan
komisyen kepada setiap pengedarnya ataupun menetapkan sendiri
harga pasaran produk keluarannya di setiap negeri supaya masalah
harga terlalu mahal dan harga terlalu murah tidak dibelenggu oleh
bakal pengedar jesteru dapat mengelakkan persaingan harga antara
individu yang menjual produk yang sama keluaran FS Harmoni
Enterprise.
Kami percaya, jika Puan Fauziah bijak memegang hati pengedarnya
dan bakal pengedarnya pasti perniagaan dan permintaan kuih bakar
Puan Fauziah semakin maju dan meningkat seterusnya beliau sendiri
dapat menjana lebih keuntungan.
10.0 KESIMPULAN
Perniagaan yang dijalankan oleh Puan Fauziah bukan saja mengubah
kehidupan mereka sekeluarga tetapi dapat membantu beberapa lagi
individu untuk bekerja dengannya dan menambah pendapatan mereka.
24 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Pada musim menjelang perayaan, Puan Fauziah perlu mengupah
lebih banyak pekerja untuk memenuhi jumlah permintaan dan beliau
juga ingin menambah satu lagi oven pembakar menjadikan jumlahnya 3
buah.Mesin pengadunnya sebanyak 6 buah itu dijangka dapat
memenuhi jumlah yang bakal mereka keluarkan.
Kegigihan Puan Fauziah perlulah dicontohi oleh wanita diluar sana
khususnya ibu tunggal supaya dapat meningkatkan taraf hidup tanpa
mengharapkan bantuan ataupun bergantung kepada suami semata –
mata kerana wanita masakini mampu membuktikan diri mereka juga
berkemampuan seperti lelaki.
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kita
perlulah gigih dan sentiasa berusaha untuk memajukan hidup tanpa
pernah berasa putus asa. Adat jatuh bangun didalam sesuatu
perniagaan itu akan menjadi asam garam dalam perniagaan seperti juga
dalam kehidupan berkeluarga dimana ada masanya kita bertengkar dan
ada masanya kita berkasih sayang.
Tuhan telah menjadikan ujian dan cabaran itu sebagai manisan
dalam kehidupan dan tanpanya kita tidak akan pernah beringat akan
kesusahan bila berjaya dan kita tidak akan ingat akan kejayaan apabila
kesusahan. Sebagai manusia yang beragama, Tuhan telah menjadikan
sesuatu itu sebagai kemudahan dan ujian itu sebagai satu peringatan
dan penghapus dosa buat kita.
Kita hendaklah menempuhi rintangan yang dihadapi dalam bidang
keusahawanan ini.Ini kerana, seorang usahawan tidak boleh lari dari
rintangan dan cabaran yang bakal atau telah berlaku.
25 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Setiap usahawan mempunyai kisah pahit dalam bidang perniagaan
yang diceburi terutamanya perniagaan yang telah terkenal dan
disegani.Rintangan yang dimaksudkan adalah seperti pasang- surut
untung rugi, produk disabotaj, pengkhianatan dan pecah amanah oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, kita hendaklah menempuh rintangan ini dengan tenang dan
terbuka. Anggaplah ia sebagai satu peluang untuk berjaya dalam
perniagaan yang diceburi.
26 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
11.0 RUJUKAN
1. Fauziah bt Ahmad Shahrim Eusop (2012, Mac 20). Usahawan
Kuih Bakar. Personal Interview. Kedah.
2. Shahril Jani (2010), Idea Bisnes Kreatif serlahkan bisnes anda
dengan sentuhan idea kreatif inovatif. Batu Caves: Truewealth
Publishing
3. John Bessant, Joe Tidd (2011), Innovation and
Entrepreneurship.2nd Edition.Chichester, West Sussex, UK ;
Hoboken, NJ : Wiley.
4.diakeses pada 20 Mei 2012
http://www.kuihbangkit.com.my/
5.diakses pada 20 Mei 2012
http://www.mada.gov.my/web/guest/usahawanindustriasastani
6. Diakses pada 5 April 2012
http://www.facebook.com/pages/Kuih-Bangkit-Gebu/
220726614616103
7. Diakses pada 29 April 2012
http://cerita-benar.blogspot.com/2011/04/10-idea-kreatif-
apabila-bosan.html
27 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
8. Diakses pada 29 April 2012
http://rebinabiru.wordpress.com/2011/04/27/7-tips-untuk-
membuat-anda-lebih-kreatif/
APPENDIX
28 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
LAMPIRAN BERGAMBAR
29 | P a g e
Bersama pemilik dan rakan kongsi FS Harmoni Enterprise
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Puan Fauziah sedang bersedia untuk ditemuramah
Ketuhar yang menggunakan gas sebagai bahan bakar
30 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Mesin menggoreng tepung
31 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Puan Fauziah sedang mengambil doh tepung yang telah siap diadun
didalam mesin pengadun tepung
Pekerja sedang menekap adunan ke atas loyang
32 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Kuih bakar yang telah siap dibakar
Pekerja sedang mengeluarkan kuih yang baru siap dibakar
33 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Kami membantu membungkus kuih bakar yang sudah sejuk kedalam
bekas
34 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Kami dijamu dengan kuih bakar yang baru dikeluarkan dari ketuhar
35 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
Sijil penghargaan dari MOA dan MADA diatas pencapaian Kumpulan
Peladang Nita aktif 2009
36 | P a g e
BIOGRAFI USAHAWAN KREATIF DAN INOVATIF NEGERI KEDAH 2012
SOFT COPY IN CD
1. VIDEO TEMUDUGA
2. GAMBAR
3. SOFT COPY TUGASAN
37 | P a g e
Top Related