LAPORAN
PENCAPAIAN POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH DI “ASIAN YOUTH INNOVATION AWARDS, MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2018 (MTE 2018)
NAMA PROGRAM: “ASIAN YOUTH INNOVATION AWARDS, MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2018 (MTE 2018)” TARIKH: 20 – 22 FEBRUARI 2018 TEMPAT: PUTRA WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR ANJURAN: MALAYSIA ASSOCIATION OF RESEARCH SCIENTISTS (MARS) DAN PROFESSIONAL TRADE EXHIBITION AND MEETING PLANNERS (PROTEMP)
LAPORAN
PENCAPAIAN POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH DI ASIAN YOUTH
INNOVATION AWARDS. MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2018 (MTE 2018)
1.0 TUJUAN
Laporan ini disediakan adalah untuk merekodkan pencapaian Politeknik Premier Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) bersempena dengan penyertaan di Asian Youth Innovation
Awards, Malaysia Technology Expo 2018 (MTE 2018).
2.0 TARIKH, HARI, MASA PELAKSANAAN PERTANDINGAN
3.0 LOKASI PELAKSANAAN PERTANDINGAN
Nama tempat : PUTRA WORLD TRADE CENTRE
Alamat : 41, JALAN TUN ISMAIL, 50480 KUALA LUMPUR
4.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI
*Sila nyatakan jumlah pada kotak yang berkaitan dan disertakan bersama senarai nama peserta.
5.0 PERINCIAN PERTANDINGAN
5.1 KEBERKESANAN PERTANDINGAN
Tarikh : 20 FEBRUARI 2018 hingga 22 FEBRUARI 2018
Hari : KHAMIS hingga SABTU
Masa : 10.00 PAGI hingga 5.00 PETANG
Peserta Pelajar : 18
Lelaki 14
Perempuan 4
Peserta Pensyarah : 4
Jumlah Keseluruhan : 22
Pertandingan disertai ini merupakan satu pertandingan inovasi yang berimpak tinggi
dan melonjakkan institusi TVET seperti Politeknik di persada antarabangsa. Ianya
direalisasikan dengan penglibatan dari Pengurusan Tertinggi Jabatan Pengajian Politeknik
dan Kolej Komuniti, Pengurusan Tertinggi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersilan PSA dan Jabatan Hal ehwal Pelajar PSA serta
seluruh warga Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Jika dilihat dari pencapaian
yang dicapai iaitu satu emas beserta anugerah The Very Best Award, satu perak dan 2
gangsa merupakan satu pulangan yang sangat berbaloi pada institusi. Disamping itu
menonjolkan keupayaan dan kemahiran tinggi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar dan
para pensyarah selaku penyelidik. Kejayaan ini juga memberi inspirasi dan motivasi kepada
warga politeknik ini untuk lebih bersungguh-sungguh dalam bidang penyelidikan dan
inovasi. Secara keseluruhan, graf dibawah merupakan penilaian yang diberikan oleh
peserta kepada penyertaan dalam pertandingan ini
5.1.1 Pelajar
Penyertaan pertandingan ini membuka ruang pembelajaran yang sangat baik kepada
pelajar-pelajar. Mereka didedahkan kepada pengalaman berinteraksi bersama pakar-pakar
dunia, membina sahsiah dan jati diri mereka sepanjang tempoh disana. Mereka juga
berpeluang mengeluarkan hujah dan pendapat yang bernas dihadapan juri yang merupakan
pakar dalam kategori yang dilantik. Ini membuktikan bahawa Politeknik Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah telah berjaya menghasilkan barisan pelajar yang kompeten dari sisi
akademik dan sahsiah. Graf dibawah menunjukkan tahap kepuasan yang diberikan oleh
pelajar yang menyertai pertandingan ini.
5.1.2 Politeknik
Penyertaan pertandingan ini juga telah mendatangkan impak yang tinggi kepada
institusi. Ini merupakan penyertaan kedua Politeknik ini yang berjaya memperoleh pingat
emas. Pencapaian ini melonjakkan nama Politeknik Malaysia khususnya Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah.
5.2 Post-Mortem
Terdapat seperkara dikenalpasti telah terjadi dan perlu ditambahbaik lagi iaitu ruang
pameran yang disediakan agak sempit.
5.3 Cadangan Penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan dikenalpasti ialah sekiranya keadaan kewangan
mengizinkan maka sewaan ruang yang agak luas boleh diperolehi.
5.4 PENCAPAIAN
Di dalam pertandingan ini, PSA menghantar empat pasukan yang mewakili JKA, JKE,
JKM dan JPG. Produk yang dipertandingkan pula adalah Portable Solar Kit (Porskit, E-
Lectro Sadjaddah, Bolster Barrier (BOLER), Free Energy Flashlight Reflecting Safety Cone
dan V The 2 in 1 Eco-Friendly Shoes. Berikut adalah rangkuman pencapaian:
Bil Nama Produk Nama Ahli Pasukan dan Jabatan Anugerah dan Pingat dimenangi
1 V The 2 in 1 Eco-Friendly Shoes
JPG Firdaus Asri bin Mat Sani Siti Nur Zaidah bt Zaifulnizam Edlyana Natasha bt Shiekh Hafiz Khan Rosinah Hayati Puteri bt Mohamad Rosidin Mohamad Khairudin bin Abu Khairon Pn. Umi Kalthom bt Abdullah Pn. Tuty bt Kamis Pn. Maziharita bt Mohamood Pn. Nor Zarina bt Pitdin Pn. Julianti bt Samsudin
The Very Best Award Pingat Emas
2 Free Energy Flashlight Reflecting Safety Cone
JKM Mohamad Amidi bin Alias Muhammad Haiqal bin Saifulfizal Muhammad Sufian Akmam bin Mohd Nazli Irfan bin Mohd Jailanee DR Norasiah bt Muhammad En. Zulkarnain bin Hamid
Pingat Perak
3 Portable Solar Kit (PORSKIT)
JKA Mohd Nazrin bin Mohd Nazri Mohd Faqih Ainman bin Mohd
Pingat Gangsa
Fakri Muhammad Naqib Adlin bin Mazlan Ahmad Afiq bin Ahmad Tarmizai@ Ahmad Termizi Mohamad Azhari bin Hazani Nur Hazwani bt Hasim Pn. Nazrizam bt Ab Wahab
4 E-Lectro Sadjaddah JKE Johan Lela Andika bin Johan Budiman Mohd Affieq Salihin bin Ujang Zahari bin Saaid En. Saharuddin bin Talib
Pingat Gangsa
5.4 Gambar Sijil-Sijil kemenangan
Sijil The Very Best Award
Sijil Pingat Emas
Sijil Perak
Sijil Gangsa
Gambar Penyampaian Hadiah
Penyampaian The Very Best Award oleh Timbalan menteri Pendidikan, YB Dato P
Komalanathan A/L Panchanathan kepada kumpulan V The 2 in 1 Eco-Friendly Shoes dari
JPG
Penyampaian Pingat Emas oleh Timbalan menteri Pendidikan, YB Dato P Komalanathan
A/L Panchanathan kepada kumpulan V The 2 in 1 Eco-Friendly Shoes dari JPG
Penyampaian Pingat Perak oleh Pengerusi Penganjuran, Dr Wan Manshol kepada
kumpulan Free Energy Flashlight Reflecting Safety Cone dari JKM
Penyampaian Pingat Gangsa oleh Pengerusi Penganjuran, Dr Wan Manshol kepada
kumpulan Portable Solar Kit (PORSKIT) dari JKA
Penyampaian Pingat Gangsa oleh Pengerusi Penganjuran, Dr Wan Manshol kepada
kumpulan E-Lectro Sadjaddah dari JKE
6.0 PERBELANJAAN KEWANGAN YANG DIGUNAKAN
Bil Peruntukan (OS42000/JPP) Jumlah (RM)
1 Elaun Pelajar 432.00
2 Yuran Penyertaan 1200.00
3 Sewaan Booth 1558.40
4 Lain-lain (Nyatakan)______________________________ -
Jumlah 3,190.40
7.0 PENUTUP
Penyertaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di pertandingan Asian Youth
Innovation Awards, Malaysia Technology Expo 2018 (MTE 2018) merupakan satu usaha dan
kerjasama pelbagai peringkat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Penghasilan
produk inovasi berkualiti tinggi oleh para pelajar dan pensyarah politeknik ini telah berjaya
memenangi hati juri sehingga membolehkan politeknik memperoleh sebuah pingat emas
beserta anugerah The Very Best Award, sebuah pingat perak dan 2 pingat gangsa.
Pencapaian ini adalah sangat membanggakan dan ianya dilihat sebagai pengiktirafan yang
diberikan dalam pertandingan peringkat antarabangsa terhadap kualiti rekacipta inovasi
penyelidik dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Disediakan oleh:
(EN. JOHAN LELA ANDIKA BIN JOHAN BUDIMAN) Pengarah Program Merangkap Ketua Pasukan E-Lectro Sadjaddah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah