KUBUR LAMA
TANJUNG KERAMAT LABUAN:
Pengaruh & Simbol Nisan
OLEH
MUHAMMAD NAZLI HO BIN ABDULLAHPENOLONG KURATOR KANAN
JABATAN MUZIUM MALAYSIA WILAYAH LABUAN
Pulau Labuan
Saiz
Status Wilayah
Penduduk
Kaum Utama
: Terletak Di Barat Daya Sabah
: 92km Persegi
: Wilayah Persekutuan (1984)
: 100,000 0rang
: Brunei Dan Kadayan
PENGENALAN
LATAR BELAKANG PULAU LABUAN
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji sejarah tapak perkuburan lama Tanjung Keramat
Labuan
2. Mengkaji penggunaan batu sungai / batu laut dalam
pembinaan struktur kubur lama masyarakat Kadayan di
Labuan
3. Mengkaji perkaitan simbol dan lambang yang diukir pada
batu nisan kubur lama serta pengaruhnya dalam
masyarakat tradisional Kadayan di Labuan
4. Mengumpul maklumat berkaitan pensejarahan masyarakat
Kadayan dari segi worldview terhadap budaya-agama bagi
membuka ruang untuk kajian dan penyelidikan
komprehensif pada masa akan datang
Lokasi
Masyarakat Yang
Dikebumikan
Luas
Status Kubur
Usia kubur
: Tanjung Keramat , Membedai kira-kira
4.5 km dari bandar Labuan
: Kadayan
: 2.708 hektar
: Kubur Lama & Kubur Bercampur
: Sekitar 80 – 150 tahun
RINGKASAN INFO:
TAPAK KUBUR LAMA
ASAL-USUL
PERKUBURAN TANJUNG KERAMAT
Tanjung Keramat - mendapat nama sempena amalan Tunku
Syarif Kedah yang menjadikan sebuah tanjung kecil sebagai
lokasi beramal (bertapa) untuk meningkatkan ilmunya. Beliau
dikatakan gigih menyebarkan agama Islam kepada penduduk
tempatan dan suka membantu orang di dalam keadaan
darurat. Oleh kerana beliau dipandang tinggi atas ciri-ciri
kealiman, pakar rujuk agama dan mempunyai unsur-unsur
kesaktian, kuasa mengubati penyakit dan keajaiban diperoleh
daripada ayat suci al-Quran, beliau dikenali sebagai ‘keramat’
yang bererti ‘mulia’ dan memiliki ‘kekudusan istimewa’ di
kalangan penduduk tempatan.
Lokasi beliau beramal tersebut kemudiannya dinamai Tanjung
Keramat oleh penduduk tempatan sehingga kini. Mengikut
catatan sejarah, Tunku Syarif Kedah yang dilahirkan di Mekah
telah datang ke Labuan pada 1896 untuk meniaga dan turut
terkenal sebagai pendakwah meninggal dunia dalam tahun
1943 pada usia 116 tahun dan dimakamkan di tanah
perkuburan Islam Rancha-Rancha, Labuan.
MASYARAKAT YANG DIKEBUMIKAN
Masyarakat Kadayan
Berasal dari negara Brunei Darussalam
Dipercayai telah datang ke Pulau Labuan semenjak kurun
ke-18, iaitu sebelum pendudukan British di Labuan
Antara kubur terawal yang dapat dikesan melalui tarikh
pada batu nisan ialah pusara Jamudin bin Jumat iaitu
bertarikh 1300 Hijrah (1883 M) – sumber daripada waris keluarga
Beliau merupakan orang penting dan berpengaruh dalam
Istana Kesultanan Brunei dan mengetuai kumpulan
pengiring raja Brunei
Beliau dan pengikutnya dikatakan telah membawa diri
keluar dari Brunei dan membuka penempatan awal di
pulau Labuan
Generasi waris dan keturunannya tinggal hampir di
kesemua kampung di Labuan
Maklumat umur beliau semasa meninggal tidak diketahui
Setakat ini maklumat bagi pusara-pusara lain di tapak
perkuburan ini tidak dapat dikumpul kerana berikutan
warisnya sukar dikesan
Menggunakan batu sungai dan batu laut bersaiz besar
Batu-batuan tersebut di bawa ke kawasan kubur dan
dibentuk khas seperti lazimnya kubur lama dan dijadikan
struktur asas kubur.
Terdapat batu nisan yang didirikan dengan saiz
mencecah ketinggian 38 inci (belum termasuk bahagian
yang tertanam), lebar 16 inci dan tebal 10 inci.
Pada bahagian depan nisan inilah diukir nama dan tarikh
kematian menggunakan tulisan jawi.
Semua batu nisan kubur kelihatan sedikit menunduk ke
permukaan tanah
CIRI-CIRI KUBUR LAMA TANJUNG KERAMAT
Nisan kubur Jamudin,
berketinggian 38 inci,
bertarikh 1300 Hijrah (1883)
Nisan kayu bertarikh 1331 H (1910 M)
Zaman dahulu – terdapat segelintir kumpulan masyarakat
yang mengamalkan dan mempercayai sesuatu aliran cabang
dan agama yang dipercayai oleh mereka sahaja
Sebahagian simbol pada batu nisan si mati mempunyai
hubungan dengan kuasa, pengaruh dan kedudukan dalam
masyarakat semasa hayatnya
Unsur-unsur keramat dan magis berleluasa dalam sosio
budaya masyarakat tradisional dan dianggap sensitif oleh
waris-waris si mati
PENGARUH DAN SIMBOL BATU NISAN
Bintang bucu enam merupakan simbol atau lambang yang
paling banyak digunakan dalam sejarah agama-agama yang
terdapat di dunia seperti Yahudi, Kristian, Buddha, Hindu dan tidak
terkecuali di dalam agama Islam sendiri. Simbol bintang berbucu
enam ini pada asalnya merupakan hak milik bangsa Arab Kan’an
(bangsa asal Palestin). Sejak ribuan tahun dahulu lagi mereka
menggunakan simbol ini sebagai lambang bagi kaum mereka.
Simbol bintang bucu enam atau juga dikenali sebagai Bintang
Daud (Nabi Daud a.s) kerana simbol ini terus digunakan pada
zaman pemerintahan Nabi Daud a.s dan seterusnya digunakan
dalam pemerintahan anakanda baginda iaitu Nabi Sulaiman a.s.
Nabi Sulaiman menjadikan bintang bucu enam ini sebagai cop
mohor kerajaan agung baginda.
Simbol ini terus dikekalkan pada Dinasti Khilafah Ayyubiyyah
ketika Salahuddin Al-Ayubi mengalahkan tentera Salib di Jerusalem
dan beliau mengambil simbol ini bagi menghormati bangsa asal
Palestin iaitu bangsa Arab Kan’an yang telah memeluk agama
Islam. Pada mimbar, tingkap dan dinding-dinding marmar Masjidil
al-Aqsa juga menggunakan simbol ini. Mimbar itu dikatakan berusia
hampir mencecah seribu tahun.
Simbol bintang enam yang terdapat
di masjid Zahir di Alor Setar, Kedah,
Malaysia.
Humayun Tomb di India
SIMBOL BINTANG BERBUCU LIMA
Penggunaannya terjadi setelah sultan Mehmet II (Muhammad Al-
Fatih) berjaya menakluk kota Konstantinopel (empayar Byzantine) pada
1453 M di mana Islam diidentitikan dengan BULAN SABIT dan BINTANG
BERDIMENSI LIMA.
Bulan sabit dan bintang bucu lima sinonim di kalangan orang
beragama Islam – terdapat di mana-mana masjid di seluruh dunia.
Hari ini, hampir separuh negara di dunia menggunakan lambang/
simbol bulan serta bintang ini pada bendera kebangsaan masing-masing
termasuklah negeri-negeri dalam Malaysia.
KESIMPULAN
Kubur Lama Tanjung Keramat membuktikan Labuan telah dihuni oleh
masyarakat beragama Islam sejak ratusan tahun lalu.
Penggunaan batu sungai dan batu laut adalah satu kelaziman oleh
masyarakat tradisional – sewaktu belum wujud perusahaan nisan komersial
sementara aspek kemewahan / kemegahan stuktur kubur tidak diutamakan
sepertimana pada kebanyakan kubur pada hari ini.
Masyarakat menerima pengaruh Islam dari negara-negara seperti Arab, Turki
menerusi kesultanan-kesultanan di Nusantara – mempengaruhi pemikiran dan
kepercayaan masyarakat untuk mengukir simbol yang dirasakan sesuai untuk
diletakkan pada nisan kubur sepertimana simbol-simbol pada masjid.
Simbol dan lambang pada batu nisan dianggap sensitif oleh waris keluarga si
mati atas sebab yang hanya difahami oleh komuniti mereka dan tidak boleh
diperkatakan secara terbuka.