1
HNS 2013: KENEGARAAN
TAJUK
KUMPULAN
EL AO3(A121PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
KHAIRIAH BT ABDUL KADIR D20121061507 019-5586942
NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR DR. BAHARUDDIN BIN JABAR
TARIKH SERAH: 9 NOVEMBER 2012
TUGASAN 1 Bincangkan Sejarah Pembentukan Kesultanan
Melayu Melaka.
2
ISI KANDUNGAN
1
Pengenalan 3
2
Asas pembentukan Kesultanan Melayu Melaka 4
2.1 Parameswara atau Sultan Iskandar Shah 5
2.2 Sultan Muhammad Shah ( 1424-1444M) 7
2.3 Sultan Abu Syahid (1444-1445M) 8
2.4 Sultan Muzaffar Syah (1445-1456M) 9
2.5 Sultan Mansur Shah (1456 – 1477) 13
2.6 Sultan Alauddin Riayat Syah (1447 -1488) 13
2.7 Sultan Mahmud Syah (1488-1511) 15
3
Rumusan 16
4
Rujukan 17
3
1. Pengenalan
Negeri Melaka merupakan salah sebuah negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai
1001 kisah sejarahnya tersendiri.Berasal daripada nama pokok,Melaka telah bertukar menjadi
sebuah negeri yang kaya serta makmur pada abad ke 15 dan 16.Kedudukannya yang strategik
iaitu di Selat Melaka, tidak menghairankan bahawa Melaka telah menjadi pusat ekonomi yang
pesat pada masa dulu.Malah kegemilangan Melaka turut diperkatakan sehingga hari ini selain
menjadi pusat ekonomi di Malaysia ia juga menjadi pusat warisan sejarah serta
kebudayaan.Bilangan pelancong serta pelabur asing yang meningkat sepanjang tahun telah
menjadikan Melaka sebagai salah satu tulang belakang bagi Malaysia
Para pemerintah negeri Melaka telah memainkan peranan yang besar dalam memstikan
negeri Melaka terus berkembang maju pada abad ke 15 dan 16.Selain itu juga faktor geografi
sedikit sebanyak turut membantu kemajuan negeri Melaka.Dimulakan dengan pembukaan oleh
Parameswara ia terus berkembang pesat sehingga ke pemerintah yang kelapan iaitu Sultan
Mahmud Syah.
Tugu A-Farmosa dibina oleh Portugal. Merupakan mercu
keunggulan sejarah Negeri Melaka
4
2. Asas pembentukan Kesultanan Melayu Melaka
Asas pembentukan Kesultanan Melayu Melaka bermula dari pengunduran
Parameswara ke Temasek atau lebih dikenali sebagai Singapura. Pengunduran beliau
daripada Palembang disebabkan oleh kemelut pergolakan kuasa diantara Parameswara serta
Raja Jawa iaitu Batara Tamavil.Kancah pergolakan kuasa ini terjadi disebabkan oleh
Parameswara telah diminta untuk menggantikan ayahandanya iaitu Raja Sam Agi.Selepas
beliau menggantikan ayahandanya,beliau telah menggelarkan dirinya sebagai Mjeura yang
membawa gelaran sebagai orang yang berani.Pengundurannya ke Temasek tidak lama kerana
semasa di sana beliau telah menjadi pemerintah yang palsu setelah beliau membunuh wakil
Raja Siam iaitu Temagi.Hal ini menyebabkan Siam telah bertindak menyerang dan mengusir
Parameswara daripada Temasek. Keadaan itu telah menyebabkan Parameswara telah
melarikan diri ke Muar namun penetapannya juga di sana adalah tidak lama kerana diganggu
oleh biawak yang terlampau banyaknya. Keadaan ini telah menyebabkan Parameswara telah
berundur ke Kota Buruk.Namun di Kota Buruk perkara yang tidak beliau ingini telah berlaku
yang dimana kota pertahanannya telah runtuh serta merta.Ini telah menyebabkan beliau telah
berpindah ke Sening Ujong.
Setibanya di Sening Ujong,Parameswara telah melantik seorang menteri bagi mewakili
dirinya.Beliau telah tiba di Sungai Bertam iaitu sebuah kawasan persisiran pantai yang dimana
kawasan tersebut telah didiami oleh orang-orang Seletar. Orang-orang Seletar telah meminta
Melaka dipuncak kegemilangan
5
Parameswara menjadi raja.Ini telah menyebabkan beliau membuat tinjauan yang lebih lanjut
mengenai kawasan tersebut. Hasil tinjauannya,beliau mendapati kawasan tersebut memang
sesuai untuk dijadikan kerajaan kerana kawasan yang strategik yang dimana kawasan menjadi
laluan kapal dagang.Permukaan geografi yang berbukit bukau boleh membantunya dalam
urusan mengawal Selat Melaka selain menjadi petunjuk kepada pelayar.Bekalan air yang bersih
juga mudah diperolehi.Tumbuh-tumbuhan seperti pokok-pokok Bakau serta pokok-pokok Api
yang terdapat di kawasan tersebut boleh bertindak sebagai benteng semulajadi bagi ketibaan
Angin Monsun.
Pembukaan Melaka terjadi daripada satu peristiwa yang di mana Parameswara serta
orang-orangnya pergi memburu.Beliau mendapati bahawa anjing pemburuannya telah
ditendang oleh seekor pelanduk.Parameswara menganggap peristiwa tersebut sangat luar
biasa kerana seekor pelanduk yang kecil mampu menumpaskan seekor anjing.Kagum dengan
keupayaan pelanduk tersebut Parameswara menamakan tempat tersebut Melaka sempena
tempat pokok yang beliau berteduh.Menurut
Fairuzah Hj Basri dalam bukunya Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, perkataan Melaka
telah disebut sebagai Mulaqah oleh pedagang-pedagang Arab yang membawa maksud
pertemuan.Melaka juga disebut oleh pedagang-pedagang Arab sebagai Malakat bermaksud
perhimpunan segala dagang.Di dalam mitos Hindu,perkataan Melaka berasal daripada bahasa
Sanskrit iaitu Amalaka yang merujuk kepada sejenis pokok yang pertama hidup di alam
semesta.Pokok ini juga dikaitkan sebagai kediaman tuhan-tuhan Hindu seperti Brahma,Vishnu
serta Shiva.
2.1 Parameswara atau Sultan Iskandar Shah
Bermula apabila Parameswara seorang putera dari Palembang telah terlibat dalam
peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad 14. Setelah ditumpaskan oleh
kerajaan Majapahit baginda lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada masa itu dikuasai
oleh Siam. Baginda di usir dari Temasik pada 1396 oleh penjajah Siam. Baginda serta
pengikutnya bergerak ke Muar, kemudian ke Sungai Ujung sebelum singgah ke Bertam sebuah
kawasan berhampiran dengan Melaka. Tiba di Bertam anjing buruan baginda ditendang oleh
seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum melihat kejadian itu lalu membuat keputuan untuk
membuka negeri di situ. Baginda juga bertanya nama pohon dimana baginda bersandar.
Pengikut baginda menyatakan bahawa pohon itu adalah Pohon Melaka. Baginda berbesar hati
menamakan negeri itu sebagai negeri Melaka.
6
Menurut “Sejarah Melayu” Parameswara dilahirkan sebagai Dharmaraja Dana yang
merupakan raja Singapura yang terakhir berasal dari Sriwijaya.
Menurut “Suma Oriental” Parameswara adalah raja Palembang yang menggantikan
ayahandanya, yang telah membunuh Temagi (wakil raja Siam) di Singapura kemudian diserang
semula oleh pihak Siam, seterusnya berjaya membuka penempatan baru.
Pilihan beliau dengan pembukaan Melaka sangat tepat sekali kerana kedudukan Melaka
yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka menghubungkan Negara
China ke India dan Taimur amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-
pedagang Arab serta pedagang dari Timur dan Barat menjadikan Melaka sebagai pelabuhan
interpot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah pada setiap tahun. Melalui konsep
‘ikatan daulat’ baginda telah Berjaya membangunkan Melaka bersama –sama dengan
pembesar yang lain, bantuan orang Laut, orang Melayu,dan orang Asli. Melaka telah menjadi
Negara Islam setelah Parameswara memeluk Agama Islam pada 1409 dengan menggunakan
galaran Sultan Iskandar Shah.
Menurut W.G Shellabear (1977) Parameswara memeluk agama Islam melalui seorang
ulama dari Jeddah setelah berlaku satu peristiwa iaitu Parameswara bermimpi bertemu Nabi
Muhammad SAW dan telah diajar mengucap dua kalimah syahadah. Keesokah harinya
segerombolan pedagang datang ke Melaka dan mengislamkan baginda. Sultan Iskandar Shah
telah berkahwin dengan Puteri Pasai . Perkahwinan ini nyata memberi kebaikan bagi kedua-
dua kerajaan. Melaka dan Pasai sering bertukar-tukar perwakilan bagi mempelajari aspek –
aspek teknologi Islam. Buktinya beberapa buah buku terdapat dalam istana Melaka seperti
Hikayat Sayidina Hamzah. Hikayat Amir Hamzah dan lain-lain lagi.
Kejadian pelanduk putih menendang anjing kepunyaan
baginda
7
Parameswara mangkat pada 1414 dan diwarisi oleh anak baginda Sultan Megat
Iskandarn Shah (1414 – 1424) Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda Sri
Maharaja yang kemuadian dikenali sebagai Sultan Muhammad Shah.
2.2 Sultan Muhammad Shah ( 1424-1444M)
Sultan Muhammad Shah merupakan sultan Melaka selepas zaman Parameswara
Memerintah dari 1414 hingg1 1444, merupakan anak kepada Sultan Iskandar Shah dan juga
digelar sebagai Raja Tengah. Pada masa pemerintahan beliau beliau telah membawa isteri
dan keluarga beliau ke negeri China bagi memberitahu kemangkatan Parameswara mengikut
Angkatan Laut Cheng Ho . Sejak 1434 kerajaan China telah membuat polisi debgan
mengurangkan tumpuan terhadap negara-negara lain termasuk Asia Tenggara. Semasa
pentadbiran baginda, seorang tokoh agama bernama Saiyid Abdul Aziz telah datang
mengembangkan agama Islam. Sultan dan pegawainya menerima ajaran beliau seterusnya
memeluk agama Islam dan bergelar Sultan Muhammad Syah.
Baginda telah melantik beberapa jawatan utama di Istana seperti Bendahara, Perdana
Menteri, Tuan Perpatih Besar dan Bendahari. Dalam masa pentadbiran baginda orang kaya
dari India bernama Mani Purindan telah datang berurus niaga berserta tujuh buah kapal dan
disambut dengan baik oleh baginda. Mani Purindan akhirnya menjadi menantu Sri Nara Diraja
iaitu anak menteri baginda yang bernama Tun Ratna Sandari. Mereka dikurniakan cahaya
mata bernama Tun Asli dan Tun Wati. Tun Wati telah berkahwin dengan Sultan Muhammad
Shah dan dikurniakan putera bernama Raja Kasim. Sultan Muhammad Shah juga telah
Pedagang Arab menunaikan solat di zaman pemerentahan
Kesultanan Melaka
8
berkahwin dengan puteri Rokan dikurniakan putera bernama Raja Ibrahim dan kemudian
dilantik menjadi Raja Muda Melaka di atas permintaan Ibunda baginda. Tun Ali dilantik menjadi
Bendahari Melaka bergelar Seri Nara Diraja menggantikan Seri Nara Diraja Tun Perpatih
Besar. Di samping membuat perlantikan pegawai kanan baginda sultan juga adalah pemerintah
pertama yang memperkenalkan pelbagai adat resam dan larangan terhadap darjat Diraja
Melaka dan antara adat resam yang diperkenalkan adalah penggunaan paying persidangan di
istana, pemberian hormat tatacara kedatangan dan pemergian perwakilan, penganugerahan
darjah keberangkatan diraja, upacara mengadap diraja, upacara santapan diraja,
keberangkatan diraja ke masjid dan sambutan Hari Raya.
Semasa pemerintah Sultan Muhammad Shah juga telah dikeluarkan larangan kepada
orang kebanyakan penggunaan warna kuning, pembinaan rumah atau sampan, pemakaian
keris, barang perhiasan seperti emas serta jenis-jenis pakaian yang boleh dipakai oleh orang
kebanyakan. Barang siapa yang melanggar larangan, akan di denda dengan denda yang
dipanggil denda pati . Adat ini masih diguna pakai sehingga kini, akan tetapi tahap hukuman
adalah lebih ringan.
Sultan Muhammad Shah mangkat pada 1444 dengan meninggalkan dua orang putera
iaitu Raja Kasim dan Raja Ibrahim.
2.3 Sultan Abu Syahid (1444-1445M)
Raja Ibrahim telah ditabalkan sebagai pemerintah ke empat Melaka dan diberi gelaran Sultan
Abu Syahid. Sultan Abu Syahid merupakan pemerintah Melaka,kuasa pemerintahan
sebenarnya terletak di tangan Raja Rokan, sepupu kepada bonda baginda yang menetap di
Melaka. Melaka seolah-olah diperintah oleh Raja Rokan. Akibatnya pembesar Melaka mula
membenci Raja Rokan. Raja Rokan telah bertindak untuk tidak membenarkan Raja Kassim
menetap di istana, dan baginda meninggalkan istana untuk hidup sebagai nelayang. Hanya
Memanda Tun Ali yang mengambil berat terhadap baginda. Raja Kassim berpakat dengan
memandanya Seri Nara Diraja menentang Raja Rokan. Rancangan beliau mendapat sokongan
dan sambutan baik dari penduduk Melaka. . Raja Kassim dan Sei Nara Diraja telah
memperdaya Bendahara Melaka untuk menyebelahi mereka. Pertarungan telah berlaku
diantara pengikut Raja Kassim dengan pengikut Sultan Abu Syahid. Tun Ali pula cuba
memisahkan Sultan Abu Shahid daripada Raja Rokan, tetapi gagal. Raja Rokam ditikam oleh
9
salah serang penyerang baginda bertindak pantas dengan menikam Sultan Abu Syahid
menyebabkan kedua-duanya terbunuh. Kejadian ini merupakan perkembangan yang penting
dalam sejarah Melaka kerana hal ini telah memastikan kesinambungan dan kestabilan politik
di Melaka.
2.4 Sultan Muzaffar Syah (1445-1456M)
Raja Kassim menggantikan Sultan Abu Syahid merupakan pemerintah kelima Melaka.
Beliau bergelar Sultan Muzaffar Syah. Setelah ditabal,baginda mengarahkan pegawai
kanannya untuk melaksanakan adat istiadat, tradisi dan larangan yang diperkenalkan oleh
almarhum ayahanda baginda. Sultan Muzaffar Syah mengahwini anak Seri Amar Diraja, iaitu
Perdana Menteri ketika itu dan dikurniakan putera bernama Raja Abdullah. Sultan Muzaffar
Syah mengahwini Tun Kudu anak kepada Seri Wak Raja II yang membunuh diri kerana tersalah
anggap kemurkaan . Tun Perak dilantik menjadi ketua di Kelang. Seri Nara Diraja dilantik
sebagai bendahara Melaka.
Pada tahun 1446 pendatang dari Ayuthia ibu Negara Siam menyerang Melaka melalui
jalan darat. Tun Perak membawa orang-orangnya dari Kelang ke Melaka untukk menangkis
serangan Siam. Kepimpinan Tun Perak yang hebat telah menarik perhatian sultan. Baginda
berharap agar Melaka terus berkembang maju, dengan itu baginda telah melantik Tun Perak
menjadi Bendahara Melaka. Beliau bergelar Paduka Raja sekitar tahun 1456. Peningkatan
pengaruh serta kebolehan mengurus tadbir tugasan beliau menyebabkan ketegangan antara
Tun Perak dan Tun Ali. Selepas pertemuan sultan Muzaffar bersma dengan Tuan Ali berjalan
dengan baik. Namun Tun Ali yang duda telah member syarat mahu mengahwini Tun Kudu
permaisuri Sultan. Sultan berkenan menceraikan isteri baginda untuk dikawinkan dengan Tun
Ali. Tun Kudu bersetuju berkahwin dengan Tun Ali demi kesejahteraan negeri Melaka.
Pengorbanan ini tidak sia-sia kerana akhirnya Tun Ali dan Tun Perak menjadi sahabat baik.
Setelah gagal dalam serangandari darat, siam berhasrat untuk menyerang dari laut pula. Ianya
berlaku sewaktu pemerintahan Raja Boromo Trilokanat. Walaubagaimanapun kerajaan Melaka
mengetahui rancangan ini, lalu Tun Perak mempersiapkan angkatan lautnya dan membuat
keputusan untuk mematahkan serangan Siam di Batu Pahat. Tun Perak mendapat batuan dari
Tun Hamzah. Melaka Berjaya menghalau Siam ke Singapura . Ini menyuntik semangat baru
dalam menyusun strategi mengembangkan pengaruh di kepulauan Melayu. Kemenangan in
juga teah membawa kepada kestabilan politik di Melaka dan mengukuhkan lagi reputasi di Asia
Tenggara.
10
Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, politik Melaka mula berkembang.
Empayar Melaka mula meluas ke Dinding Selangor, Muar, Singapura Benmtan dan Pahang.
Beliau adalah pemerintah pertama menguasai kedua-dua pantai Selat Melaka, Beliau juga
berjaya menguasai Inderagiri, Kampar di Sumatra seterusnya mengawal pengeluaran lada
hitam dan emas di pedalaman Minangkabau. Sultan Muzaffar Syah mangkat pada 1456.
Baginda memerintah selama 10 tahun sepanjang pemerintahan beliau, agama Islam turut
berkembangn dengan pesat. Setiap tindak tanduk telah menjadi ikutan rakyat. Baginda telah
mamasukkan hukum-hukum Islam ke dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut
Melaka.
Menurut W.G.Shellabear (1978) menyatakan Syahdan, adalah Sultan Muzaffar Syah di
atas kerajaan terlalu baik fiel baginda, dengan adil dan murah dan saksama pada memriksa
segala rakyat, dan ialah menyuruh membuat undang-undang supaya jangan bersalah adat
segala hukum menterinya.”
2.5 Sultan Mansur Shah (1456 – 1477)
Selepas kemangkatan Sultan Muzaffar Syah, anakandanya Raja Abdullah telah ditabalkan
menjadi pemerintah keenam Melaka dan dikenali sebagai Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur
Syah mengahwini Tun Putih Nur Pualam, anak kepada Tun Ali dan telah dikurniakan beberapa
orang putera dan puteri. Pada awal pemerintahan baginda di Melaka, Sultan Mansur Syah telah
mendengar tentang Pahang, yang ketika itu dikenali sebagai Pura, yang terkenal dengan
sungainya yang besar, sumber emas dan hutan yang luas.
Namun begitu, Pura berada di bawah pemerintahan sebuah keluarga diraja Siam dan
dikuasai oleh kerajaan Siam. Justeru, baginda membuat keputusan untuk menaklukinya dengan
menghantar sebuah angkatan yang terdiri dari dua ratus buah kapal, diketuai oleh Tun Perak
dan dibantu oleh Tun Hamzah Datuk Bongkok, pemerintah pasukan tentera darat dan pegawai-
pegawai tentera yang lain. Sejurus tiba di Pahang, peperangan meletus di antara orang-orang
Pahang dan Melaka. Pahang, yang diperintah oleh Maharaja Dewa Sura, telah dapat
dikalahkan dengan mudah dan pemerintahnya terpaksa melarikan diri ke utara Pahang
menerusi Sungai Pahang. Walau bagaimanapun, beliau berjaya ditawan oleh pihak Melaka dan
diserahkan kepada Tun Ali. Angkatan Melaka telah pulang ke Melaka dengan kemenangan dan
membawa bersama mereka Maharaja Dewa Sura dan anaknya, Waning Seri atau Onang Seri
11
untuk dipersembahkan kepada Sultan Mansur Syah. Ini merupakan kali pertama Melaka
menakluki negeri lain. Sultan Melaka melantik Tun Hamzah Datuk Bongkok sebagai wakil
baginda untuk mentadbir negeri Pahang. Puteri Waning Seri telah memeluk agama Islam
dengan nama Puteri Lela Wangsa dan berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Selain Pahang,
beberapa negeri lain seperti Inderagiri, Palembang, Jambi, Lingga dan Tunggal juga berada di
bawah penguasaan kerajaan Melaka.
Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah juga, terdapat lima orang pemuda yang
terkenal dengan keberanian mereka dan oleh itu, telah dilantik oleh Sultan sebagai pegawai
tentera baginda. Mereka adalah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang
Lekiu. Hang Tuah merupakan yang paling cerdik dan berani di antara mereka. Oleh yang
demikian, dia telah dianugerahkan gelaran Laksamana oleh Sultan dan dikenali sebagai
Laksamana Hang Tuah.
Semasa Sultan Mansur Syah mengadakan lawatan ke Majapahit, beliau telah membawa
bersama Laksamana Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir dan Hang Lekiu. Ketibaan mereka telah disambut baik oleh pemerintah Majapahit. Ketika
berada di Majapahit, para pegawai tentera Melaka yang terkenal dengan kehebatan mereka,
terutamanya Hang Tuah, telah mempamerkan kemahiran mereka dalam penggunaan senjata
dan ini telah menarik perhatian penduduk dan pemerintah Majapahit. Pemerintah Majapahit
kemudiannya mengahwinkan anaknya, Radin Galuh Cendera Kirana dengan Sultan Mansur
Syah. Mereka dianugerahkan seorang putera bernama Radin Kelang. Walau bagaimanapun,
Radin Kelang meninggal dunia pada usia remaja akibat ditikam oleh seorang penduduk yang
mengamuk di kota Melaka. Pemerintah Majapahit juga telah menyerahkan pemerintahan
Inderagiri dan Siatan kepada Sultan Melaka. Ini menguatkan lagi pengaruh Melaka di kawasan
tersebut.
Hubungan diplomatik di antara China dan Melaka menjadi lebih akrab pada zaman
pemerintahan Sultan Mansur Syah. Sultan telah menghantar Tun Perpatih Putih sebagai
utusannya ke China dengan membawa warkah baginda kepada Maharaja China. Maharaja
China kagum dengan kemashyuran dan keagungan Sultan Mansur Syah lalu memutuskan
untuk mengahwinkan puterinya Hang Li Poh dengan Sultan. Seorang pembesar negeri berserta
lima ratus dayang-dayang telah mengiringi puteri Hang Li Poh ke Melaka. Setelah Hang Li Poh
memeluk Islam, Sultan pun mengahwininya dan membina sebuah istana untuknya di atas
sebuah bukit yang sehingga kini dikenali sebagai Bukit Cina.
12
Walaupun Sultan Mansur Syah mempunyai tanggapan yang tinggi terhadap Hang Tuah
dan sahabat-sahabatnya, satu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan baginda murka
kepada Hang Tuah. Ianya berpunca dari satu fitnah terhadap Hang Tuah, menuduhnya
mengadakan hubungan sulit dengan salah seorang dayang di istana. Lantas, Sultan
menitahkan Tun Ali untuk membunuh Hang Tuah. Namun, Tun Ali menganggap Hang Tuah
adalah seorang yang mempunyai keperibadian luar biasa dan tidak harus dipersiakan. Lalu, dia
memberanikan diri untuk membohongi Sultan. Tun Ali tidak membunuh Hang Tuah, sebaliknya
bertindak menyembunyikannya di sebuah kampung yang terpencil dan melarangnya keluar dari
kawasan kampung itu. Tun Ali kemudiannya memberitahu Sultan bahawa Hang Tuah sudah
dibunuh. Apabila Hang Jebat, sahabat karib Hang Tuah, mendapat berita tersebut, dia begitu
marah lalu membuat noda atas seorang dayang di istana. Walaupun Sultan mengarahkan Hang
Jebat dibunuh, namun tiada sesiapapun yang berani berhadapan dengannya. Pada ketika
itulah, Sultan terkenangkan Hang Tuah kerana sekiranya dia masih hidup, hanya dia sahaja
yang mampu mengalahkan dan membunuh Hang Jebat. Tun Ali kemudiannya memberitahu
keadaan yang sebenarnya kepada Sultan, bahawa Hang Tuan tidak dibunuh tetapi
disembunyikan olehnya. Sultan memerintahkan agar Hang Tuah dibawa keluar dari tempat
persembunyiannya untuk membunuh Hang Jebat. Atas perintah Sultan, berlakulah pertarungan
di antara dua sahabat karib yang berakhir dengan kematian Hang Jebat di tangan Hang Tuah.
Melaka telah mencapai kemuncak kegemilangannya sebagai sebuah empayar pada
zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Ia bukan sahaja kaya dan makmur hasil dari
kemajuan perdagangannya, malah ia telah berjaya menakluki beberapa buah negeri di
kepulauan Melayu sebagai jajahan empayarnya. Pemerintah dari negeri-negeri ini akan datang
ke Melaka selepas perlantikan mereka bagi mendapatkan restu dari Sultan Melaka. Mana-mana
pemerintah yang telah digulingkan di negeri sendiri turut datang ke Melaka bagi mendapatkan
bantuan Sultan untuk memperolehi kembali kekuasaan mereka. Salah satu contoh adalah
ketika Sultan Zainal Abidin, pemerintah di Pasai yang telah digulingkan oleh kaum kerabatnya
sendiri, telah datang ke Melaka dan merayu kepada Sultan Mansur Syah untuk membantunya
mendapatkan semula takhtanya. Sultan menghantar sepasukan tenteranya ke Pasai, yang
kemudiannya berjaya mengalahkan orang Pasai. Justeru, Sultan pun melantik semula Sultan
Zainal Abidin sebagai pemerintah di Pasai. Walaupun kemenangan ini tidak menjanjikan
kesetiaan pemerintah di Pasai kepada Melaka, ianya jelas mempamerkan keupayaan dan
keadilan Sultan Melaka dan juga sikap saling membantu yang wujud di antara pemerintah dan
kerajaan.
13
Melaka mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah.
Ramai peniaga dan pedagang dari merata tempat, telah datang ke Melaka untuk berniaga.
Melaka juga merupakan sebuah pusat pengembangan ajaran Islam di kepulauan Melayu.
Banyak
Negeri di semenanjung tanah Melayu, kepulauan Riau-Lingga dan Sumatra berada di
bawah naungan Melaka, antaranya ialah Pahang, Sungai Ujung, Jeram, Langat, Inderagiri,
Palembang, Jambi, Lingga, Tungkal, Siantan, Brunei, Bentan, Kampar dan Siak.
Namun, ketika Melaka berada di kemuncak kecemerlangannya, Sultan Mansur Syah
telah mangkat pada tahun 1477 setelah memerintah Melaka selama dua puluh satu tahun.
Baginda sememangnya termasyhur sebagai seorang pemerintah Melayu yang banyak
menyumbang dalam mempertahankan kedaulatan Melayu.
2.6 Sultan Alauddin Riayat Syah (1447 -1488)
Pengganti ayahanda baginda, menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah.
Nama asal baginda ialah Raja Husin. Pada peringkat awalnya baginda menumpukan perhatian
terhadap kemakmuran dalam negeri. Baginda seorang yang tegas dan berani. Hal ini terbukti
apabila baginda sendiri bersama dua orang pengiring Hang Isap dan Hang Siak keluar menang
kap pencuri. Dua dari tiga pencuri itu dapat dibunuh. Tindakan ini hampir menyamai tindakan
khalifah Umar Al-Khatab di zaman Rasulullah.(Mohd. Jamil bin Mukmin 2004 :59)
Menurut Mohammad Yusuf Hashim (1989) Sultan Alauddin Riayat Syah telah
meneruskan usaha ayahandanya di dalam mengembangkan ajaran Agama Islam seterusnya
memerintah berlandaskan undang-undang Islam. Baginda lebih kearah “action-oriented”.
2.7 Sultan Mahmud Syah (1488-1511)
Selepas kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Syah pada tahun 1488, anakandanya
Raja Mahmud ditabalkan sebagai pemerintah kelapan Melaka. Baginda menggunakan gelaran
Sultan Mahmud Syah dan masih muda ketika ditabalkan sebagai pemerintah Melaka. Oleh
yang demikian, Melaka diletakkan di bawah pentadbiran Tun Perak, yang dibantu oleh
pembesar-pembesar yang lain. Pembesar-pembesar Melaka terdiri daripada Tun Tahir Seri
14
Nara Diraja sebagai Bendahari, Tun Mutahir sebagai Temenggung Seri Maharaja yang
bertanggungjawab atas keselamatan dalam negeri, Hang Tuah sebagai Laksamana yang
memimpin angkatan laut Melaka dan Tun Kerutup Seri Bija Diraja sebagai pemerintah angkatan
darat.
Bendahara Paduka Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498 setelah berkhidmat di
bawah empat orang Sultan Melaka, iaitu Sultan Muzaffar, Sultan Mansur, Sultan Alauddin dan
Sultan Mahmud. Sultan Mahnud Syah kemudian melantik Tun Perpatih Putih, adik kepada
Bendahara Paduka Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang baru dan dikenali sebagai
Bendahara Putih.
Apabila Sultan Mahmud meningkat dewasa, baginda mengahwini saudara sepupunya,
anakanda kepada Sultan Pahang, Sultan Muhammad Syah. Mereka dikurniakan dua orang
puteri dan seorang putera yang bernama Raja Ahmad. Apabila Bendahara Tun Perpatih Putih
meninggal dunia, Sultan Mahmud melantik Tun Mutahir Temenggung Seri Maharaja, adik
kepada ibundanya sebagai Bendahara Melaka yang baru dengan gelaran Bendahara Seri
Maharaja. Anaknya Tun Hasan pula dilantik menjadi Temenggung dengan gelaran
Temenggung Tun Hasan.Kota Melaka semakin berkembang maju dengan kedatangan
pedagang-pedagang asing selepas perlantikan Tun Mutahir. Ini adalah kerana kebijaksanaan
dan kelancaran pentadbiran Bendahara Seri Maharaja dan kebolehannya menarik pedagang-
pedagang asing untuk datang ke Melaka.
Apabila isteri Sultan Mahmud, puteri Pahang, mangkat, baginda berhasrat untuk
mengahwini seorang puteri yang rupawan yang dipercayai tinggal di Gunung Ledang. Puteri itu
telah menetapkan beberapa syarat yang perlu ditunaikan oleh Sultan Mahmud sebelum
baginda dapat mengahwininya dan syarat-syaratnya termasuklah sejumlah besar emas dan
perak serta semangkuk darah Raja Ahmad, putera Sultan yang masih kecil. Oleh kerana tidak
sanggup memenuhi syarat yang terakhir itu, Sultan telah membuat keputusan untuk tidak
meneruskan hasratnya mengahwini puteri tersebut.
Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah, Laksamana Hang Tuah telah meninggal
dunia pada usia yang lanjut. Beliau telah diberikan acara pengkebumian rasmi dan disemadikan
di Tanjung Keling, Melaka. Sultan kemudiannya melantik Khoja Hasan, menantu kepada Hang
Tuah sebagai Laksamana Melaka yang baru dan dikenali sebagai Laksamana Khoja Hasan.
15
Di sekitar tahun 1500, Melaka masih berada di kemuncak kekuasaan dan
kegemilangannya. Kota Melaka menjadi pusat empayar Melayu yang unggul dan juga pusat
perdagangan bagi kain dari India, tembikar dan sutera dari China dan rempah ratus dari
kepulauan Melayu, serta markas aktiviti pengembangan Islam di kepulauan Melayu.
Pada tarikh 11 September 1509, semasa pemerintahan Sultan Mahmud dan Tun
Mutahir sebagai Bendahara, satu angkatan Portugis yang terdiri daripada lima buah kapal besar
yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira telah mendarat di pelabuhan Melaka. Kedatangan
orang-orang Portugis ini membawa petanda buruk kerana sejurus kemudian bermulalah
keruntuhan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
3 Rumusan
Kesultanan Melayu Melaka telah banyak meningalkan pelbagai kesan serta impak yang
besar di dalam sejarah Malaysia.Diantaranya adalah dari sei politik,ekonomi serta sosial.
Dari segi politik,Kesultanan Melayu Melaka telah meninggalkan kesan politik yang
efisyen.Ini dapat dilihat di dalam pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.Bagi menjaminkan
kestabilan politik di Negeri Melaka,beliau sanggup menceraikan isterinya,Tun Kudu untuk
dikahwinkan dengan Tun Ali.Ini kerana pada masa tersebut Tun Ali telah berselisih faham
dengan Tun Perak.Pengorbanan yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar Syah serta Tun Kudu
tidak sia-sia.Hubungan diantara Tun Ali serta Tun Perak bertambah akrab.
Hubungan Melaka dengan Cina serta negeri-negeri serantaunya telah bertambah
akrab.Maharaja Cina terasa kagum dengan kegemilangan serta kemakmuran Melaka.Beliau
telah mengahwinkan puterinya iaitu Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah.Implikasi
daripada perkahwinan tersebut telah menyebabkan Negeri Melaka terus maju.Hubungan politik
Melaka tidak tertumpu di Negeri Cina sahaja.Malah sebelum berkahwin dengan Puteri Hang Li
Po,Sultan Mansur Syah telah berkahwin dengan anak pemerintah Majapahit,Radin Galuh
Cendera Kirana.Kesan daripada perkahwinan tersebut,Pemerintah Majapahit telah
menyerahkan pemerintahan Inderagiri dan Siatan kepada Melaka.
Ekonomi Melaka telah berkembang maju dari zaman pemerintahan Parameswara
hingga ke pemerintahan Sultan Mahmud Syah.Pada zaman pemerintahan Parameswara,
Melaka hanya dikenali sebagai perkampungan nelayan yang kecil.Namun berupaya
16
menjalankan perdagangan dengan pelbagai Negara seperti Arab,Cina,India serta lain-lain
lagi.Sultan Megat Iskandar Syah telah bertindak memajukan ekonomi Melaka dengan
memperkenalkan matawang timah serta cukai-cukai perdagangan.Ini secara tidak langsung
telah menyebabkan ekonomi Melaka pada zaman Sultan Megat Iskandar Syah telah meningkat.
Selepas era pemerintahan Sultan Megat Iskandar Syah,kegiatan ekonomi Melaka
semakin hari semakin berkembang pesat.Ini diikuti dengan penukaran matawang bijih timah ke
emas oleh pemerintah selepasnya telah meningkatkan ekonomi Melaka dengan lebih
pesat.Perdagangan Melaka dengan negeri-negeri lain yang tidak putus-putus serta cukai
perdagangan yang kompetitif telah menyebabkan Melaka bertambah maju pada abad ke-16.
Melalui sosial pula,perkahwinan campur diantara orang-orang Melaka serta pedagang-
pedagang asing telah memberi implikasi yang positif.Ini kerana wujudnya masyrakat majmuk
pada ketika itu.Selain itu juga percampuran pelbagai budaya telah menyebabkan Melaka kian
bertambah makmur.Walaupun Melaka adalah sebuah negeri Islam,adat istiadat serta budaya
orang-orang Melaka yang mengamalkan perkahwinan campur ini masih dikekalkan.Malah ia
masih ada pada masa kini iaitu keturunan Baba dan Nyonya serta keturunan Serani yang kuat
berpegang teguh pada adat dan budaya mereka.
Dengan ini jelaslah bahawa Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah kesultanan
melayu yang efisyen dari pelbagai aspek.Namun Kesultanan Melayu Melaka tidak dapat
bertahan lama kerana penaklukan Portugis terhadap Melaka.Walaupun Portugis berjaya
menakluk Melaka sekitar 1511,legasi serta era Kesultanan Melayu Melaka telah berpindah ke
Negeri Johor yang di mana waris serta kerabat-kerabat Sultan Melaka telah berpindah ke sana.
17
4 Rujukan
HNS 2013 Kenegaraan . UPSI (2012)
Ahmad Jelani Hilmi,(2008)Sejarah dan Yamada Bangsa Melayu, Utusan publication
dan distribution.
Nur Aqela (2010), siri asasnegara bangsa, kerajaan Melayu Lama,Goodmark enterprise
Fairuzah (2000)Tamadun Melayu, Perkembangan dan isu kontemporari, (UPENA)UITM
Liaw Yock Fang, Hassan Ahmad, 2003. Undang-undangn Melaka
dan Undang-undang Laut, Kuala Lumpur, Yayasan Karyawan.
Kassim bin Tukiman (2002), Malaysia: nPerspektif Sejarah dan Politik (Bab 3), UTM
Fairuzah Hj Basri , Buku Teks Tamadun Islam
Wikipedia, Ensiklopedia Bebas (2011), Sulalatus Salatin ( Sejarah Melayu )
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka
http://www.melaka.gov.my/bm/mengenai-melaka/sejarah-melaka.html
Top Related