ii
Terbitan 2017 © Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang
bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, MALAYSIA.
Terbitan: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL v
SENARAI RAJAH vi
RUKUN NEGARA vii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN viii
KURIKULUM KEBANGSAAN ix
PENDIDIKAN PRASEKOLAH x
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
xi
KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
xii
BAB 1 TRANSFORMASI KURIKULUM
1.1 Latar Belakang 3
1.2 Teras Pembangunan Kurikulum 7
1.3 Prinsip Kurikulum Prasekolah 8
BAB 2 REKA BENTUK KURIKULUM
2.1 Reka Bentuk KSPK (Semakan 2017) 13
2.2 Kurikulum Berasaskan Standard 16
2.3 Fokus Kurikulum 17
2.4 Organisasi Kurikulum 17
BAB 3 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 25
BAB 4 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 33
iv
BAB 5
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
5.1 Prinsip Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
41
5.2 Pelbagai Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
42
BAB 6
PENTAKSIRAN SEKOLAH
6.1 Tujuan Pentaksiran 55
6.2 Prinsip Pelaksanaan Pentaksiran 56
6.3 Kepentingan Pentaksiran 57
6.4 Merekod Dan Melapor Pentaksiran 58
BAB 7
PENGURUSAN KURIKULUM
7.1 Perancangan 61
7.2 Pelaksanaan 62
7.3 Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum 66
PENUTUP 68
RUJUKAN 70
SENARAI JADUAL
Bil Tajuk
1. Jadual 1: Perbandingan KSPK dengan KSPK Semakan 2017
2. Jadual 2: Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi
3. Jadual 3: Peruntukan Waktu di Prasekolah
4. Jadual 4: Komponen Pembelajaran Bersepadu di Kelas Prasekolah Pendidikan Khas
5. Jadual 5: Tahap Pemikiran
6. Jadual 6: Profil Murid
7. Jadual 7: Pernyataan Tahap Penguasaan Umum
v
vi
SENARAI RAJAH
Bil Tajuk
1. Rajah 1: ABP yang Perlu Dipertimbangkan Guru untuk Pelaksanaan PdP
2. Rajah 2: Reka Bentuk KSPK
3. Rajah 3: Struktur Pengurusan Kurikulum Prasekolah
4. Rajah 4: Peranan Pengarah/Pengetua/Guru Besar/Pengelola
5. Rajah 5: Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum
6. Rajah 6: Peranan dan Tanggungjawab Guru Prasekolah
7. Rajah 7: Peranan dan Tanggungjawab Pembantu Pengurusan Murid
8. Rajah 8: Struktur Jawatankuasa Kurikulum Prasekolah
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vii
viii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Sumber: Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
KURIKULUM KEBANGSAAN
3. Kurikulum Kebangsaan
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97]
ix
x
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Tafsiran
Seksyen 2.
“pendidikan prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang
berumur empat hingga enam tahun;
“tadika“ ertinya mana-mana tempat di mana pendidikan prasekolah
disediakan untuk sepuluh orang murid atau lebih;
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh
semua tadika.
Seksyen 22.
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum, yang dikenali
sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan
oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
(2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah
Subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhir tempoh
pendidikan prasekolah masing-masing.
(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa
kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan
sedemikian, mendapatkan kelulusan bertulis Ketua Pendaftar tentang
maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.
Sumber: Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]
KATA ALU-ALUAN
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 mengupayakan pelaksanaan transformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh. Pelan pembangunan ini akan terus menterjemahkan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merencanakan pendidikan seimbang sebagai asas untuk mencapai aspirasi murid. Terdapat 6 aspirasi murid yang ditekankan dalam PPPM 2013-2025 iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Dalam usaha melengkapi PPPM 2013-2025 ini Kementerian Pendidikan Malaysia mencadangkan penggubalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) (Semakan 2017) untuk pelaksanaan mulai tahun 2017. KSPK (Semakan 2017) untuk pelaksanaan mulai tahun 2017 telah memasukkan perkara baharu seperti penambahbaikan kandungan mengikut trend global dan tanda aras antarabangsa, pendekatan pembelajaran mendalam, kontekstual dan berkesan serta perkembangan pembelajaran murid ditaksir secara berterusan.
Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik dan bersepadu dapat menjamin kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan KSPK (Semakan 2017). Pemantauan dan penilaian secara berterusan menuntut semua pihak berkaitan dalam sektor pendidikan menggembleng usaha dan peranan bagi mencapai matlamat yang dihasratkan. Justeru, semua pihak yang berkepentingan dalam pendidikan dituntut memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan retorik yang terkandung dalam KSPK (Semakan 2017) mencapai outcome yang ditetapkan.
Wassalam.
YBhg. TAN SRI Dr. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
xi
xii
KATA ALU-ALUAN
Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pada tahun 2010. Dalam tempoh pelaksanaan KSPK, terdapat beberapa penambahbaikan dan pengukuhan yang perlu diselarikan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta untuk memastikan kesinambungan dengan pendidikan di sekolah rendah.
Sehubungan dengan itu, KSPK (Semakan 2017) digubal bagi memastikan murid prasekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan dengan kehendak semasa dan akan datang supaya mereka bersedia untuk mengikuti pembelajaran seterusnya. KSPK (Semakan 2017) digubal dalam bentuk pernyataan standard iaitu pernyataan yang menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada suatu tempoh persekolahan. Tiga standard yang perlu dicapai oleh murid ialah standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi yang disediakan bagi setiap peringkat.
Dokumen ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan KSPK (Semakan 2017). Kandungan dokumen ini merangkumi kerangka kurikulum, bidang pembelajaran, elemen merentas kurikulum dan pelaksanaan kurikulum bagi membantu guru-guru khasnya, dan masyarakat amnya untuk memahami KSPK (Semakan 2017).
Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sehingga dokumen ini dapat diterbitkan. Semoga dokumen ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan KSPK (Semakan 2017) secara berkesan dan menepati aspirasi pendidikan negara.
Wassalam.
Dr. SARIAH BINTI ABD JALIL
3
TRANSFORMASI KURIKULUM
1.1 Latar Belakang
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengkonsepsikan
kurikulum persekolahan peringkat prasekolah dan rendah berdasarkan
syor yang telah disarankan dalam Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri
Bil. 6/2008 pada 23 Mei 2008. Konsep kurikulum ini telah mendapat
kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 3/2009 pada
2 Oktober 2009 dan dinamakan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK). KSPK disediakan untuk semua prasekolah dalam
sistem pendidikan di Malaysia.
KSPK yang dilaksanakan pada tahun 2010 telah disemak semula bagi
memenuhi tuntutan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan keperluan semasa.
Penyemakan ini dilakukan bagi memastikan kualiti kurikulum yang
dilaksanakan di prasekolah setanding dengan standard antarabangsa.
KSPK (Semakan 2017) telah mendapat kelulusan Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Bil. 2/2015 pada 9 Jun 2015 dan
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan kali ke-208 pada
21 September 2015 untuk pelaksanaan pada 2017.
Transformasi kurikulum dilaksanakan untuk menambah baik program
pembelajaran bagi meningkatkan keberhasilan murid seperti yang
disyorkan dalam PPPM 2013-2025. Enam aspirasi murid yang
dihasratkan dalam PPPM 2013-2025 iaitu pengetahuan, kemahiran
1 BAB
4
berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian serta identiti nasional. Kurikulum Kebangsaan perlu
menggabungkan amalan terbaik antarabangsa dan mencapai standard
bagi membentuk murid yang mampu membuat keputusan dan
menyelesai masalah serta bersedia untuk menghadapi cabaran.
Transformasi yang dilakukan merangkumi aspek kurikulum iaitu
kandungan, pedagogi dan pentaksiran seperti berikut:
Kandungan ditambah baik mengikut trend global dan tanda aras
antarabangsa bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan
semasa untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Sehubungan
dengan itu, melalui pendidikan prasekolah, Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) diterapkan dalam penulisan kurikulum. Selain
itu, aktiviti di luar bilik darjah dan Pendidikan Kewarganegaraan
Global turut ditekankan dalam kurikulum prasekolah.
Pedagogi menekankan kepada pendekatan pembelajaran
mendalam, kontekstual dan berkesan. Fokus diberikan kepada
strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
menyeronokkan, berpusatkan kanak-kanak dan aktiviti PdP yang
memerlukan mereka menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan termasuk penggunaan pusat pembelajaran.
5
Pentaksiran dilaksanakan secara sistematik dan berterusan untuk
mendapatkan maklumat tentang tahap perkembangan murid.
Penulisan standard prestasi dalam dokumen kurikulum adalah
bagi memastikan guru melaksanakan pentaksiran dengan merujuk
kepada satu dokumen kurikulum. Perkembangan murid direkod
dan dilaporkan secara deskriptif kepada murid dan ibu bapa.
Penambahbaikan dibuat terhadap kurikulum prasekolah sedia ada dan
perbandingan KSPK dengan KSPK (Semakan 2017) ini diperjelaskan
dalam Jadual 1.
Jadual 1: Perbandingan KSPK dengan KSPK (Semakan 2017)
ASPEK KSPK KSPK (Semakan 2017)
Reka Bentuk Kurikulum
Berasaskan standard:
Kandungan
Pembelajaran
Berasaskan standard:
Kandungan
Pembelajaran
Prestasi
Dokumen Kurikulum
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017)
Peruntukan Masa
Mengikut minit seminggu
Peruntukan masa seminggu:
- BM, BI, BC dan BT : 90 minit
- Aktiviti luar: 80 minit
- Modul bertema: 430 minit (SK) dan
340 minit (SJK)
Mengikut minit seminggu
Peruntukan masa seminggu:
- BM, BI, BC dan BT: 60 minit
- Aktiviti luar: 120 minit
- Pembelajaran bersepadu: 800 minit (SK)
dan 740 minit (SJK)
Penekanan Strategi PdP
Pendekatan bertema Pendekatan bertema
Pendekatan berasaskan projek
PdP di pusat pembelajaran
7
1.2 Teras Pembangunan Kurikulum
Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi dan
Program Transformasi Kerajaan menjadi asas perkembangan ekonomi
dan pembangunan negara. Dalam usaha memastikan sistem
pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk menjayakan misi
negara, PPPM 2013 – 2025 telah dirangka dan dilancarkan pada
6 September 2013. Pelan ini memberi tumpuan kepada pembelajaran
dan keberhasilan murid dengan menyasarkan pembangunan murid yang
memiliki enam ciri iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti
nasional untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global. Ciri-
ciri ini sangat penting dalam memastikan kemenjadian murid bagi
menghadapi cabaran abad ke-21, selain membolehkan mereka memberi
sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara.
KSPK (Semakan 2017) mengambil kira aspirasi murid yang dihasratkan
dalam PPPM 2013 – 2025 bagi memenuhi keperluan negara.
Pelaksanaan KSPK (Semakan 2017) memastikan setiap murid mampu
menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah, berkeinginan untuk
belajar dan bersedia untuk pembelajaran seterusnya. Selain daripada
itu, murid dibentuk menjadi rakyat yang cintakan negara dan berbangga
sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau status
sosioekonomi. Murid juga dipupuk dengan semangat patriotisme serta
diajar memahami, menerima dan menghayati kepelbagaian.
Kurikulum prasekolah digubal dengan hasrat untuk melahirkan insan
yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Perkara ini
8
direalisasikan melalui enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang
Sains dan Teknologi, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika,
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, Tunjang Keterampilan Diri dan
Tunjang Kemanusiaan.
1.3 Prinsip Kurikulum Prasekolah
KSPK (Semakan 2017) digubal berdasarkan empat prinsip seperti yang
berikut:
a) Perkembangan Secara Menyeluruh, Seimbang Dan Bersepadu
Kurikulum digubal untuk memastikan semua disiplin ilmu
berperanan untuk memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani,
intelek, dan sosial seorang murid. Semua keperluan ini penting
untuk perkembangan potensi murid secara menyeluruh. Misalnya,
perkembangan potensi intelek, rohani dan jasmani dalam
permainan perlu disepadukan supaya murid memperoleh
pengetahuan dan kemahiran untuk bermain dengan cara yang
betul, cekap dan tangkas serta mempunyai semangat kerjasama
dan kekitaan.
b) Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak
Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP)
menekankan kepada penggunaan kaedah PdP yang bersesuaian
dengan umur, individu serta sosial dan budaya murid seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1.
9
Rajah 1: ABP yang Perlu Dipertimbangkan Guru untuk Pelaksanaan PdP
ABP dalam PdP dapat membantu meningkatkan perkembangan
murid dari aspek berikut:
(i) Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
(ii) Kemahiran berfikir
(iii) Akhlak mulia dan beretika
(iv) Keyakinan dan berdisiplin
(v) Tubuh badan sihat dan cergas
(vi) Pemikiran imaginatif, kreatif dan ekspresif
c) Pembelajaran Yang Menyeronokkan Dan Bermakna
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi
kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu melalui
persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta
aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Pembelajaran
yang menyeronokkan dan bermakna memberi penekanan kepada
pengalaman sedia ada murid, pelibatan secara aktif, persekitaran
yang menyuburkan dan pelbagai strategi PdP.
ABP
KESESUAIAN INDIVIDU
Berdasarkan kepada pemahaman, pola pertumbuhan, kekuatan, minat
dan pengalaman murid
KESESUAIAN SOSIAL & BUDAYA
Berdasarkan pengalaman pembelajaran yang sesuai,
relevan dan bermakna
KESESUAIAN UMUR
Berdasarkan pengetahuan dan perkembangan murid
10
d) Pendidikan Sepanjang Hayat
Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan bermula sejak
seseorang individu dilahirkan. Seseorang individu perlu dirangsang
untuk mengikuti pendidikan sejak awal lagi. Di Malaysia, pendidikan
prasekolah disediakan untuk kanak-kanak mendapat pendidikan
awal sebelum mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah.
Pendidikan prasekolah menyediakan murid bagi memperolehi
konsep dan kemahiran asas. Murid yang mengikuti pendidikan di
prasekolah mampu menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah,
berkeinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran
seterusnya.
13
REKA BENTUK KURIKULUM
REKA BENTUK
KURIKULUM
2.1 Reka Bentuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(Semakan 2017)
Reka bentuk KSPK yang disemak semula masih berasaskan
kesepaduan enam tunjang bagi membentuk murid yang berfikiran kritis
dan kreatif, serta inovatif yang akhirnya akan melahirkan insan yang
seimbang dalam semua aspek. Enam tunjang dizahirkan untuk mewakili
bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada
pembangunan modal insan.
Kesepaduan antara tunjang diambil kira di peringkat penggubalan
kurikulum dan perlu dijelmakan semasa pelaksanaan kurikulum.
Tunjang-tunjang tersebut ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan
estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta
kerohanian, sikap dan nilai seperti dalam Rajah 2.
2 BAB
14
Rajah 2: Reka Bentuk KSPK
a) Tunjang Komunikasi
Memberi penekanan kepada kemahiran berbahasa dalam bentuk
lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini
mengandungi disiplin ilmu bahasa yang wajib dipelajari oleh semua
murid prasekolah iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bagi
murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil, mereka wajib
mempelajari Bahasa Cina/Bahasa Tamil.
b) Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan penjagaan
kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi terhadap karya seni. Tunjang ini
15
melibatkan komponen Perkembangan Fizikal dan Penjagaan
Kesihatan; serta Kreativiti dan Estetika.
c) Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusiaan menekankan kepada penguasaan ilmu dan
amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara
dan global serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.
d) Tunjang Keterampilan Diri
Tunjang Keterampilan Diri memberi penekanan kepada
perkembangan sosioemosi dan pembinaan kemahiran berinteraksi
serta kemahiran sosial dalam kalangan murid. Pemupukan
kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan
kokurikulum juga ditekankan dalam tunjang ini.
e) Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada
pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik; serta
pengetahuan dan kemahiran matematik. Disiplin ilmu yang
terkandung dalam tunjang ini ialah Sains Awal dan Matematik Awal.
f) Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada
bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan
agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini
merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan
Moral bagi murid bukan beragama Islam.
16
2.2 Kurikulum Berasaskan Standard
KSPK digubal dalam bentuk pernyataan standard bagi membolehkan
semua murid memperoleh pendidikan yang sama dan berkualiti.
Akauntabiliti pentadbir dan guru dapat memastikan semua murid
melepasi piawaian standard yang ditetapkan bagi setiap tunjang.
Pernyataan standard terdiri daripada Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu
tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi didefinisikan seperti di Jadual 2.
Jadual 2: Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Penyataan spesifik
tentang perkara yang
murid patut ketahui
dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh
persekolahan
merangkumi aspek
pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Satu penetapan
kriteria atau
petunjuk (indicator)
kualiti
pembelajaran dan
pencapaian yang
boleh diukur bagi
setiap standard
kandungan.
Satu set kriteria
yang menunjukkan
tahap-tahap
penguasaan murid
sebagai petunjuk
bahawa sesuatu
perkara itu telah
dikuasai.
17
2.3 Fokus Kurikulum
KSPK (Semakan 2017) memastikan murid mencapai Standard
Pembelajaran yang ditetapkan. Ia memberi fokus kepada penyuburan
potensi individu yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Potensi individu ini adalah untuk melahirkan
murid yang mempunyai kebolehan berkomunikasi dan bersosialisasi
dengan yakin. Di samping itu, kurikulum ini juga menghasratkan murid
yang mampu menghadapi cabaran, menyelesaikan masalah,
berkeinginan untuk belajar dan bersedia untuk pembelajaran
seterusnya.
2.4 Organisasi Kurikulum
KSPK (Semakan 2017) diorganisasikan dalam bentuk bidang
pembelajaran yang mempunyai peruntukan waktu khas dan
Pembelajaran Bersepadu. Bidang pembelajaran yang mempunyai
peruntukan waktu khas ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina, Bahasa Tamil, Matematik Awal, Aktiviti Luar dan Pendidikan
Islam/Pendidikan Moral. Manakala, Pembelajaran Bersepadu terdiri
daripada aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup) dan
Aktiviti Pembelajaran.
Peruntukan waktu khas bagi komponen bahasa dan matematik
bertujuan untuk murid menguasai kemahiran asas bahasa dan
matematik. Manakala peruntukan masa khas bagi Aktiviti Luar adalah
untuk membina kecergasan dan merangsang kecerdasan murid selain
memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meneroka
18
persekitaran. Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga diberi
peruntukan waktu khas selaras dengan peruntukkan dalam Seksyen 50
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550].
Peruntukan masa PdP di kelas prasekolah hendaklah dipatuhi dan
dilaksanakan seperti yang berikut:
(i) Tadika termasuk kelas prasekolah pendidikan khas hendaklah
dijalankan sekurang-kurangnya 240 minit sehari (termasuk masa
rehat), iaitu sejumlah 1,200 minit seminggu untuk murid-murid yang
berumur 5+ tahun.
(ii) Tadika termasuk kelas prasekolah pendidikan khas hendaklah
dijalankan sekurang-kurangnya 210 minit sehari (termasuk masa
rehat), iaitu sejumlah 1,050 minit seminggu untuk murid-murid yang
berumur 4+ tahun.
(iii) Tadika yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar hendaklah melaksanakan 50 peratus (600 minit) PdP
dalam bahasa Melayu dan 50 peratus (600 minit) PdP dalam
bahasa Inggeris seminggu.
(iv) Tadika yang menggunakan selain bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar hendaklah melaksanakan 33.33 peratus (400 minit) PdP
dalam bahasa Melayu, 33.33 peratus (400 minit) PdP dalam
bahasa Inggeris dan 33.33 peratus (400 minit) PdP dalam bahasa
pengantar seminggu.
(v) Jika terdapat lima orang murid atau lebih yang beragama Islam
dalam sesebuah tadika, maka murid-murid itu hendaklah diberikan
pengajaran Pendidikan Islam oleh guru yang bertauliah, sekurang-
kurangnya 120 minit seminggu.
19
(vi) Jika terdapat lima orang murid atau lebih yang bukan beragama
Islam dalam sesebuah tadika, maka murid-murid itu hendaklah
diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya 120
minit seminggu.
Peruntukan Masa Pengajaran dan Pembelajaran
Peruntukan masa minimum PdP mengikut minit seminggu adalah seperti
di Jadual 3. Guru diberi keluwesan dalam menyusun jadual waktu PdP
mengikut keperluan murid.
Jadual 3: Peruntukan Waktu di Prasekolah
Bil. Bidang Pembelajaran
Peruntukan masa seminggu (minit)
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Bahasa Pengantar
Selain Bahasa Melayu
1. Bahasa Melayu 60 60
2. Bahasa Inggeris 60 60
3. Bahasa Cina/ Bahasa Tamil
- 60
4. Aktiviti Luar 120 120
5. Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral
120 120
6. Matematik Awal 40 40
7. Pembelajaran Bersepadu
800 740
Jumlah 1,200 1,200
20
(i) Aktiviti luar merangkumi aktiviti fizikal dan main bebas. Aktiviti
luar hendaklah dijalankan di luar kelas dan perlu dilaksanakan
setiap hari. Aktiviti fizikal dijalankan 30 minit, dua kali seminggu
dan main bebas dijalankan 20 minit, tiga kali seminggu.
a) Aktiviti fizikal ialah aktiviti yang melibatkan pergerakan
tubuh badan dan memerlukan tenaga untuk meningkatkan
kecergasan fizikal dan kesihatan diri.
b) Main bebas pula merupakan aktiviti yang memberi peluang
kepada murid untuk membuat pilihan secara bebas untuk
bermain.
(ii) Pembelajaran bersepadu terdiri daripada aktiviti rutin
(Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup) dan Aktiviti
Pembelajaran.
a) Aktiviti rutin
Perbualan Awal
Perbualan Awal bertujuan untuk menyediakan murid dari
aspek mental dan emosi untuk mengikuti pembelajaran
pada hari tersebut dengan lebih berfokus.
Rehat
Rehat merupakan sebahagian daripada PdP. Waktu
rehat diperuntukan untuk murid makan dan minum serta
merehatkan minda dan fizikal mereka.
Aktiviti Penutup
Aktiviti Penutup memberi peluang kepada guru dan murid
membuat refleksi terhadap pembelajaran dan perkara
yang telah berlaku pada hari tersebut serta pembelajaran
seterusnya.
21
b) Aktiviti Pembelajaran
Aktiviti Pembelajaran memberi peluang kepada guru
untuk memilih strategi PdP yang sesuai bagi memberi
peluang kepada murid menjalankan penerokaan dan
eksperimen, menyelesaikan masalah serta menggalakkan
pemikiran kritis.
Walau bagaimanapun, Pembelajaran Bersepadu di kelas
prasekolah Pendidikan Khas adalah seperti Jadual 4.
Jadual 4: Komponen Pembelajaran Bersepadu di Kelas Prasekolah Pendidikan Khas
Bil.
Kategori Prasekolah Pendidikan
Khas
Pembelajaran Bersepadu
1. Masalah Pembelajaran
Aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup)
Aktiviti Pembelajaran
Pengurusan Diri
2. Ketidakupayaan Penglihatan
Aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup)
Aktiviti Pembelajaran
Kemahiran Braille
Pengurusan Diri
Orientasi dan Mobiliti
3. Ketidakupayaan Pendengaran
Aktiviti rutin (Perbualan Awal, Rehat dan Aktiviti Penutup)
Aktiviti Pembelajaran
Bahasa Isyarat Komunikasi
25
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Tahap pemikiran dalam Taksonomi Bloom semakan Anderson
menunjukkan tahap pemikiran mengingat dan memahami dikelaskan
sebagai Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR). Manakala tahap
pemikiran yang dikategorikan sebagai KBAT merujuk kepada kemahiran
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 5.
Jadual 5: Tahap Pemikiran
Tahap Pemikiran Penerangan
KB
AT
Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau
kaedah yang kreatif dan inovatif.
Menilai
Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, dan nilai serta memberi
justifikasi.
Menganalisis
Mencerakinkan maklumat kepada
bahagian kecil untuk memahami dengan
lebih mendalam serta hubung kait antara
bahagian berkenaan.
Mengaplikasi
Menggunakan pengetahuan, kemahiran,
dan nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara.
3 BAB
26
Tahap Pemikiran Penerangan
KB
AR
Memahami Mengingat semula maklumat dan boleh
menjelaskan idea dan konsep.
Mengingat Mengingat semula maklumat, fakta, atau
konsep
KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk
penaakulan, penyelesaian masalah, pembelajaran inkuiri, pembelajaran
berasaskan projek dan sebagainya. Melalui perancangan aktiviti
sebegini, bimbingan daripada guru mampu menggalakkan murid
meningkatkan amalan berfikir menggunakan alat berfikir seperti peta
pemikiran serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah.
Melalui penerapan KBAT, murid akan lebih bertanggungjawab atas
pembelajaran mereka sendiri.
Peningkatan Keupayaan Murid Melalui Pelaksanaan KBAT
Inisiatif KBAT adalah satu usaha berterusan KPM untuk melahirkan
insan yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap kemakmuran
negara. Pemupukan dan pembudayaan KBAT dapat membantu murid
melakukan operasi pemikiran seperti membuat analisis dan inferens
yang seterusnya dapat meningkatkan kefahaman serta meningkatkan
prestasi pencapaian mereka. Selaras dengan itu, setiap murid yang
dihasilkan diharap dapat memperbaiki kelemahan diri serta
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai secara terurus dalam
kehidupan.
27
Murid yang menguasai KBAT juga mampu menghadapi cabaran dan
berani mengambil risiko untuk mencuba penyelesaian masalah yang
baharu. Pemupukan KBAT mendorong murid untuk membuat
kesimpulan berdasarkan logic dan mempunyai bukti berasaskan bacaan
serta penyelidikan yang dibuat. Murid juga dapat membuat ramalan
berdasarkan sebab dan akibat serta memberikan cadangan
penyelesaian dengan ciptaan idea yang rasional.
Selaras dengan itu, KPM telah menggariskan Profil Murid yang perlu
ada untuk murid berupaya bersaing pada peringkat global seperti di
Jadual 6
Jadual 6: Profil Murid
Bil Profil Murid Penerangan
1. Berdaya Tahan
Murid mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi dan empati.
2. Pemikir
Murid berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika. Murid berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai murid. Murid menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. Murid berkeyakinan dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran yang baru.
3. Mahir Berkomunikasi
Murid menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.
28
Bil Profil Murid Penerangan
4. Kerja Sepasukan
Murid boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan orang lain. Murid menggalas tanggungjawab bersama-sama serta menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli pasukan. Murid memperoleh kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif. Ini menjadikan murid pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik.
5. Bersifat Ingin Tahu
Murid membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea baru. Murid mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan penyelidikan, serta menunjukkan sifat berdikari dalam pembelajaran. Murid menikmati pengalaman pembelajaran sepanjang hayat secara berterusan.
6. Berprinsip
Murid berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Murid bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan murid.
7. Bermaklumat
Murid mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan. Murid meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu tempatan dan global. Murid memahami isu-isu etika / undang-undang berkaitan maklumat yang diperoleh.
8. Prihatin
Murid menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain. Murid komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar.
9. Patriotik
Murid mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara.
29
KPM berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi diri
sepenuhnya seperti yang telah diterjemahkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Penerapan KBAT di sekolah diharapkan dapat
melahirkan generasi yang pantas menerima perubahan, mampu
berkomunikasi serta bekerja secara sepasukan serta dapat membuat
refleksi berdasarkan penaakulan sekaligus berupaya untuk berinovasi
serta mencipta sesuatu yang baharu.
33
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang
diterapkan dalam proses PdP selain yang ditetapkan dalam kandungan
kurikulum. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan
kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Antara elemen
merentas kurikulum seperti berikut:
1. Bahasa
(i) Penggunaan bahasa yang betul perlu dititikberatkan dalam
semua tunjang.
(ii) Semasa PdP aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah
dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid
menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.
2. Sains Dan Teknologi
(i) Memupuk minat terhadap sains dan dapat meningkatkan literasi
sains serta teknologi dalam kalangan murid.
(ii) Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu
serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan
berkesan.
(iii) Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP mengandungi
empat perkara iaitu:
4 BAB
34
a) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep
yang berkaitan dengan sains dan teknologi).
b) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran
manipulatif tertentu).
c) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran dan
keselamatan).
d) Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP.
3. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
(i) Penerapan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasi dan
mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang
dipelajari.
(ii) Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi
kreatif malah menjadikan PdP lebih menarik dan
menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran.
(iii) TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak
diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi
kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran.
4. Nilai Murni
(i) Nilai murni diberi penekanan dalam semua tunjang supaya
murid sedar akan kepentingan dan mengamalkannya.
(ii) Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan akan menjadi amalan dalam kehidupan
harian.
35
5. Patriotisme
(i) Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua tunjang,
aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.
(ii) Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai
semangat cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat
Malaysia.
6. Kreativiti Dan Inovasi
(i) Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk
mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta
sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan
idea yang ada.
(ii) Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah
suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.
(iii) Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk
memastikan pembangunan modal insan yang mampu
menghadapi cabaran abad 21.
(iv) Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam PdP
bagi membangun dan mengembangkan potensi kreativiti
mengikut keupayaan murid.
36
7. Keusahawanan
(i) Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-
ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya
dalam kalangan murid.
(ii) Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti
yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan
bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan
inovatif untuk memacu idea ke pasaran.
8. Pendidikan Kewangan
(i) Penerapan elemen pendidikan kewangan bertujuan membentuk
dan memastikan semua murid di Malaysia dilengkapi dengan
Pendidikan Kewangan yang komprehensif.
(ii) Pendidikan Kewangan merupakan satu proses yang
membolehkan pengguna kewangan meningkatkan pemahaman
mereka mengenai produk, konsep dan risiko kewangan dan
melalui maklumat, panduan dan atau nasihat yang betul, dapat
membangunkan kemahiran dan keyakinan untuk menjadi lebih
arif mengenai risiko dan peluang serta dapat membuat pilihan
yang bijak, mengetahui saluran bagi mendapatkan bantuan,
dan mengambil tindakan yang berkesan untuk meningkatkan
kesejahteraan kewangan mereka.
(iii) Antara elemen kewangan berhemat yang diterapkan adalah
seperti peranan wang, sumber pendapatan dan kerjaya,
pengurusan dan perancangan kewangan, simpanan dan
pelaburan, pengurusan kredit dan hutang serta perlindungan
insuran.
37
9. Keselamatan Jalanraya
(i) Melahirkan generasi pengguna jalan raya yang mengamalkan
budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati di jalan
raya.
(ii) Membentuk generasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh
menyumbang kepada keharmonian, kemakmuran dan
pembangunan negara.
(iii) Menambah pengetahuan untuk mengamalkan kemahiran
keselamatan jalan raya dari seawal prasekolah hingga
ke sekolah menengah sebagai proses pendidikan
sepanjang hayat.
(iv) Memupuk sikap menyayangi dan memelihara keselamatan diri
serta menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.
10. Kelestarian Global
(i) Kelestarian Global merangkumi tiga elemen iaitu:
a) Penggunaan dan Pengeluaran Lestari.
b) Kewarganegaraan Global.
c) Perpaduan.
(ii) Kelestarian Global diterapkan dalam PdP secara langsung dan
sisipan.
(iii) Kelestarian Global bertujuan untuk mendedahkan murid kepada
isu-isu semasa yang mencabar di peringkat tempatan, negara
dan global.
(iv) Kesedaran tentang perkembangan dunia perlu didedahkan
kepada murid agar murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,
38
kemahiran dan nilai untuk menghadapi dunia global dan
menjadi global player secara lebih berkesan dalam aspek-
aspek berikut:
a) Alam sekitar
b) Ekonomi
c) Keselamatan
d) Perpaduan
e) Kesihatan
f) Penghayatan nilai (patriotik, integriti, empati,
bertanggungjawab dan menghormati hak orang lain)
(v) Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa
murid perlu dipupuk melalui PdP bagi membentuk etika murid
untuk menghargai alam.
41
KSPK (Semakan 2017) menyarankan pelbagai strategi PdP untuk
menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan, berkesan dan sesuai
dengan keperluan murid yang pelbagai latar belakang dan kebolehan.
Strategi PdP merujuk kepada pengaplikasian pelbagai pendekatan,
kaedah dan teknik. Kepelbagaian strategi PdP ini membolehkan guru
menyalurkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan menerapkan
nilai yang dihasratkan dalam kurikulum. Tujuannya adalah untuk
melahirkan murid yang seimbang, kritis, kreatif dan inovatif.
Perancangan strategi PdP perlu mengambil kira kepelbagaian gaya
pembelajaran murid, kaedah pentaksiran, kesesuaian bahan serta
fleksibiliti persekitaran pembelajaran.
5.1 Prinsip Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Penekanan kepada prinsip dalam proses PdP seperti berikut membantu
guru merangka pengajaran yang membolehkan murid memperoleh ilmu
pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai
kemahiran dan mengamalkan nilai murni.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
5 BAB
42
5.2 Pelbagai Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Strategi PdP yang disarankan dalam KSPK
(Semakan 2017) adalah berpusatkan murid,
bersepadu, menyeronokkan dan menekankan
perkembangan kemahiran berfikir dan kemahiran
insaniah. Beberapa contoh strategi PdP ini
diterangkan secara ringkas dalam bab ini.
Strategi PdP
Berpusatkan murid
Bersepadu
Menyeronokkan
Kemahiran berfikir
Kemahiran insaniah
1. Memilih strategi pengajaran yang dapat meningkatkan
pemahaman murid.
2. Memahami cara murid belajar untuk membantu memilih
strategi yang sesuai.
3. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif
dan relevan.
4. Menggalakkan pelibatan murid secara aktif.
5. Memberi peluang kepada murid untuk meneroka potensi
diri.
6. Melatih murid menguasai kemahiran belajar dan
kemahiran berfikir.
7. Membantu murid mencapai standard yang ditetapkan.
8. Membimbing murid mengakses maklumat daripada
pelbagai sumber.
9. Membimbing murid meneroka pelbagai cara untuk
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
10. Membuat penilaian berterusan.
11. Menggalakkan amalan nilai murni.
Prinsip Dalam
Proses PdP
43
Antara kaedah dan teknik yang disarankan untuk PdP di bilik darjah adalah seperti yang berikut:
Apakah Faedahnya?
Memberi peluang untuk meneroka dan
mencuba sesuatu yang baharu.
Meningkatkan tumpuan dan perhatian.
Memberi peluang melahirkan perasaan.
Memupuk pemikiran yang inovatif, kritis
dan kreatif.
Membantu menyelesaikan masalah.
Membina kemahiran sosial.
Membina kemahiran fizikal.
Membina kemahiran berkomunikasi.
Membina kemahiran kendiri yang positif.
Memupuk sikap bertanggungjawab.
Apakah Yang Dikatakan
Belajar Melalui Bermain?
Satu strategi yang terancang
dan berstruktur bagi memberi
peluang kepada murid belajar
dalam suasana yang bebas,
selamat, menggembirakan
dan bermakna.
Belajar Melalui Bermain
Pembelajaran Berpusatkan Murid
Apakah yang dikatakan Pembelajaran Berpusatkan
Murid?
Pelibatan murid secara aktif dalam sesuatu
aktiviti pembelajaran dan mereka diberi
tanggungjawab atas pembelajaran mereka
sendiri.
Murid memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran kerana pembelajaran
digerakkan atas minat, dorongan dan keperluan
murid. Mereka memilih apa yang mereka ingin
belajar, bagaimana mereka hendak belajar dan
bagaimana mereka menilai pembelajaran mereka
sendiri.
Apakah Peranan Guru?
Guru merupakan
pemudahcara atau
pembimbing yang
memandu murid
menjalankan aktiviti
pembelajaran secara
kumpulan atau individu.
43
44
Apakah faedahnya?
Tema yang dipilih dijadikan medium
untuk membantu murid menguasai
sesuatu kemahiran seperti kemahiran
bertutur, membaca, menulis, berfikir,
asas matematik serta sosial dan emosi.
Pembelajaran murid lebih luas,
menyeluruh dan mendalam.
Membantu guru merancang, mengurus
aktiviti dan menyediakan bahan-bahan
PdP secara lebih berfokus dan
menyeluruh.
Membantu guru mencetus idea yang
lebih menarik untuk aktiviti yang
dirancang.
Bagaimanakah melaksanakan Pendekatan Bertema?
Mengenal pasti tema yang sesuai berdasarkan minat, pengalaman dan
tahap perkembangan murid.
Menjana idea berkaitan dengan tema.
Mencipta web tema.
Membuat sumbangsaran berdasarkan tema.
Merangsang pemikiran murid melalui penyoalan.
Mengenal pasti aktiviti berdasarkan tunjang.
Menyediakan persekitaran kelas dan pusat pembelajaran yang bersesuaian
dengan tema.
Melaksanakan aktiviti.
Melibatkan ibu bapa.
Pendekatan Bertema
Apakah yang dikatakan
Pendekatan Bertema?
Satu strategi yang
menggunakan tema bagi
mewujudkan PdP yang aktif,
menarik dan bermakna.
Pembelajaran melalui satu
topik atau tema yang dipilih
bersesuaian dengan masa,
tempat, minat dan latar
belakang murid.
45
Pembelajaran Berasaskan Projek
Bagaimanakah melaksanakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek?
Fasa 1 : Permulaan
Sumbangsaran tentang topik projek.
Pengumpulan maklumat.
Berkongsi pengalaman dan maklumat yang diperolehi daripada
pelbagai sumber.
Melukis, menulis, membina, main peranan dan lain-lain aktiviti untuk
mengambarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Mengemukakan soalan berdasarkan kepada pengetahuan yang
diperolehi.
Berkongsi pengalaman tentang topik.
Fasa 2 : Perkembangan
Membuat penyiasatan.
Menemu bual orang yang mahir tentang topik yang dipilih.
Melawat/mengunjungi tempat untuk mendapatkan maklumat.
Menjemput pakar untuk demonstrasi, tunjukcara atau perkongsian
topik berkaitan projek.
Membuat gambaran sebenar dengan melukis, mewarna, menulis,
mengira atau membuat peta.
Mengumpul maklumat projek dari pelbagai sumber.
Mendokumentasikan hasil projek dalam pelbagai bentuk.
Fasa 3 : Kesimpulan
Berkongsi maklumat mengenai projek.
Mengimbas kembali atau membuat refleksi.
Menilai projek melalui pemerhatian dan perbincangan.
Membuat rumusan tentang projek yang telah dilaksanakan.
Apa yang dikatakan Pembelajaran Berasaskan Projek?
Proses pembelajaran yang berfokuskan tugasan amali secara terancang dalam
jangka masa yang tertentu.
Melibatkan murid untuk mengkaji secara mendalam sesuatu isu/topik, menyiasat
isu/topik tersebut dan menghasilkan sesuatu produk. Produk tersebut boleh dalam
pelbagai bentuk seperti objek, laporan, persembahan, hasil kerja.
Penilaian dijalankan secara berterusan ke atas proses kerja, hasil kerja, sikap dan
nilai yang ditunjukkan oleh murid, perkembangan atau kualiti pembelajaran murid.
Dijalankan secara individu atau kumpulan.
45
46
Pendekatan Bersepadu
Aspek-aspek kesepaduan:
Tunjang, kemahiran dan nilai.
Aktiviti dalam dan luar kelas.
Aktiviti berfokuskan guru dan
murid.
Pelbagai kaedah dan teknik.
Teori dan amali.
Pengalaman langsung dan tidak
langsung.
Apa yang dikatakan Pendekatan
Bersepadu?
Pendekatan yang
menggabungjalinkan dua atau
lebih tunjang, kemahiran, nilai,
aktiviti, kaedah atau teknik dalam
satu masa.
Pendekatan bersepadu memberi
peluang kepada murid mendalami
atau meneroka sesuatu topik
dengan lebih banyak pilihan dan
motivasi untuk belajar.
47
Pendekatan Inkuiri
Apakah yang dikatakan pendekatan Inkuiri?
Kaedah yang memerlukan murid berdikari untuk mencari maklumat dan menemui
sesuatu melalui kaedah penyiasatan saintifik yang merangkumi aktiviti merancang,
menyiasat, menganalisis dan menemui.
Pendekatan ini tetapi sesuai untuk semua semua tunjang kerana ia melibatkan
kemahiran berfikir aras tinggi di mana murid membina sesuatu konsep itu sendiri.
Pendekatan tematik, koperatif dan luar bilik darjah boleh menggunakan pendekatan
inkuiri dalam pelaksanaannya.
Meningkatkan rasa ingin tahu dan memotivasikan murid untuk meneruskan tugasan
sehingga mendapat jawapan.
Bagaimanakah melaksanakan pendekatan Inkuiri?
Mengenal pasti topik kajian (Guru mewujudkan stimulusi yang dapat menarik
minat murid ke arah menimbulkan rasa ingin tahu)
Menerangkan tujuan kajian
Membimbing murid merancang dan melaksanakan kajian
Murid mengumpul maklumat yang berkaitan , mengkaji dan menganalisi maklumat
Berbincang dengan murid tentang dapatan kajian. Sekiranya murid tidak dapat menerangkan dapatan kajian, guru perlu membimbing dengan mengemukakan
soalan yang menjurus ke arah pembinaan konsep oleh murid itu sendiri.
Murid membuat generalisasi atau rumusan
48
Pembelajaran Kontekstual
Apakah yang dikatakan kaedah Pembelajaran Kontekstual?
Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan
pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Proses Pembelajaran Kontekstual
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut:
R Relating
(Menghubung kait)
Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru
dengan pengalaman hidup
E Experiencing (Mengalami)
Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan
dan reka cipta
A Applying
(Mengaplikasi)
Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan
atau informasi boleh digunakan dalam situasi
lain
T Transfering
(Memindahkan)
Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa
yang telah diketahui
C Cooperating
(Bekerjasama)
Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi
maklum balas dan berkomunikasi
49
Apakah yang dikatakan kaedah Pembelajaran Masteri?
Pendekatan PdP bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran
yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke
pembelajaran berseterusnya.
Memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses PdP yang
berkualiti.
Pembelajaran Masteri
Bagaimanakah melaksanakan Pembelajaran Masteri?
UNIT PEMBELAJARAN 1
Pengajaran dan pembelajaran
Penilaian
Penentuan hasil pembelajaran
Tindakan Susulan Aktiviti
Pemulihan
Tindakan Susulan Aktiviti
Pengayaan
UNIT PEMBELAJARAN 2
Sudahkah murid
menguasai?
Tidak
Ya
Ya
Teruskan
50
Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecergasan
Apakah Sembilan Kecerdasan Pelbagai menurut Howard Gardner?
1. Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam bentuk
lisan dan penulisan. Kecerdasan ini termasuklah kebolehan
mengingat maklumat, meyakini orang lain dan bercakap tentang
bahasa itu sendiri.
2. Logikal-Matematik Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, mempunyai
keupayaan logik, menaakul dan bijak berhujah.
3. Visual-Ruang Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna
dan garisan termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual
dan ruang secara grafik.
4. Kinestetik Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan perasaan, idea
dan menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti
koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.
5. Muzik kebolehan mengesan dan menghasilkan irama, nada, tempo,
melodi dan rentak lagu serta bunyi-bunyian serta menghargai
pelbagai bentuk ekspresi muzik.
6. Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang
lain. Ini termasuk kemahiran mengenal pasti persamaan atau
perbezaan diri dengan orang lain.
7. Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan,
hasrat dan kehendak.
8. Naturalis Kebolehan mengenali dan mengklasifikasikan tumbuh-tumbuhan,
galian dan binatang termasuk rumput dan batu-batuan serta
pelbagai flora dan fauna.
9. Spiritual/
Eksistensialisme
Kebolehan memberikan respons terhadap persoalan kewujudan
dan kematian manusia dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia
dalam kehidupan. Kecerdasan ini telah diperkenal dan
dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.
Apakah Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecergasan?
Pembelajaran Berdasarkan Kepelbagaian Kecerdasan memberi peluang kepada
semua murid untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka.
Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan dan cara murid berfikir, bertindak dan
belajar adalah berlainan berbanding dengan murid yang lain. Oleh itu, jika murid di
beri peluang untuk belajar dengan kaedah yang sesuai dengan kecergasan mereka,
maka pembelajaran optimum akan berlaku.
50
51
Apakah Pusat Pembelajaran?
Pusat Pembelajaran merupakan
ruang yang dilengkapi dengan
bahan dan peralatan
pembelajaran yang bersesuaian
dengan aktiviti pembelajaran.
Pusat pembelajaran memberi
peluang kepada murid untuk
meneroka, mencuba dan
berinteraksi dengan peralatan
dan persekitaran mengikut minat
dan kadar pembelajaran masing-
masing.
Pengajaran dan Pembelajaran di Pusat Pembelajaran
Apakah Fungsi Pusat Pembelajaran?
Pusat pembelajaran merupakan satu ruang yang kondusif untuk murid melaksanakan aktiviti sama ada secara berstruktur atau bebas.
Apakah Faedah Pusat Pembelajaran?
Sebagai pusat pembelajaran kendiri (self access learning).
Membina pengetahuan dan kemahiran melalui interaksi dengan bahan atau peralatan pembelajaran secara individu atau kumpulan.
Menyelesaikan masalah menggunakan bahan atau peralatan yang disediakan.
Meningkatkan kemahiran sosial semasa menjalankan aktiviti.
Menerapkan nilai murni semasa menjalankan aktiviti.
Pengetahuan yang dibina lebih bermakna melalui pengalaman hands on.
Dapat berfikir dan bertindak untuk menyelesaikan masalah.
Dapat berkomunikasi dengan berkesan dan bergaul dengan rakan sebaya serta orang dewasa.
Membina sikap positif dalam diri murid.
Belajar mengikut minat dan kecenderungan murid.
Bagaimanakah Penggunaan Pusat
Pembelajaran?
1. Secara terancang
Murid melaksanakan aktiviti di
pusat pembelajaran
berdasarkan tugasan.
2. Tidak terancang
Murid melaksanakan aktiviti
mengikut minat,
kecenderungan dan
kesesuaian masa.
*Pusat pembelajaran boleh
digunakan untuk menjalankan aktiviti
secara kumpulan besar, kecil atau
individu.
52
Carta Panduan Pelaksanaan Pusat Pembelajaran
Sedia bahan/alatan berdasarkan objektif/Standard Pembelajaran di setiap pusat
pembelajaran
Merancang pusat pembelajaran
Susun atur yang sesuai berdasarkan ruang, keperluan dan keselamatan
Sedia bahan/alatan asas di setiap pusat pembelajaran
Menetapkan objektif / Standard Pembelajaran berasaskan KSPK untuk setiap pusat
pembelajaran
FASA 1 Pengenalan kepada pusat pembelajaran
FASA 2 Pelaksanaan aktiviti di pusat pembelajaran
FASA 3 Refleksi bersama murid
Refleksi Guru
Peran
cangan
P
engajaran
dan
Pem
belajaran
Pe
ntaksiran
P
enam
bah
bai
kan
Carta Panduan Pelaksanaan Pusat Pembelajaran
Sedia bahan/alatan berdasarkan objektif/Standard Pembelajaran di setiap pusat
pembelajaran
Merancang pusat pembelajaran
Susun atur yang sesuai berdasarkan ruang, keperluan dan keselamatan
Sedia bahan/alatan asas di setiap pusat pembelajaran
Menetapkan objektif / Standard Pembelajaran berasaskan KSPK untuk setiap pusat
pembelajaran
FASA 1 Pengenalan kepada pusat pembelajaran
FASA 2 Pelaksanaan aktiviti di pusat pembelajaran
FASA 3 Refleksi bersama murid
Refleksi Guru
Peran
cangan
P
engajaran
dan
Pem
belajaran
Pe
ntaksiran
P
enam
bah
bai
kan
Carta Panduan Pelaksanaan Pusat Pembelajaran
Sedia bahan/alatan berdasarkan objektif/Standard Pembelajaran di setiap pusat
pembelajaran
Merancang pusat pembelajaran
Susun atur yang sesuai berdasarkan ruang, keperluan dan keselamatan
Sedia bahan/alatan asas di setiap pusat pembelajaran
Menetapkan objektif / Standard Pembelajaran berasaskan KSPK untuk setiap pusat
pembelajaran
FASA 1 Pengenalan kepada pusat pembelajaran
FASA 2 Pelaksanaan aktiviti di pusat pembelajaran
FASA 3 Refleksi bersama murid
Refleksi Guru
Peran
cangan
P
engajaran
dan
Pem
belajaran
Pe
ntaksiran
P
enam
bah
bai
kan
55
Pentaksiran Sekolah (PS) untuk prasekolah adalah satu proses yang
sistematik dan berterusan untuk mengumpul maklumat tentang
perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian dengan
tujuan mengenal pasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu
murid mencapai objektif PdP di prasekolah. Proses pentaksiran
melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi
maklumat yang diperoleh. Pentaksiran yang dilaksanakan di prasekolah
adalah secara formatif dan tidak formal. Pentaksiran prasekolah perlu
dilaksanakan secara holistik berdasarkan prinsip inklusif, autentik dan
setempat (localised).
6.1 Tujuan Pentaksiran
(i) Mengesan pertumbuhan dan perkembangan murid bersesuaian
dengan peringkat umur.
(ii) Mengenal pasti kecerdasan dan potensi murid bagi
memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan secara
menyeluruh.
(iii) Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa.
(iv) Memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa/penjaga dan
pentadbir sekolah tentang perkembangan dan pembelajaran
murid dalam semua aspek yang terkandung dalam kurikulum.
6 BAB
PENTAKSIRAN SEKOLAH
56
(v) Mengesan keberkesanan pengajaran guru serta peluang
pembelajaran dan persekitaran yang disediakan.
(vi) Membantu guru untuk merancang tindakan susulan yang
berkesan untuk:
a) Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum.
b) Membantu pembelajaran murid.
c) Memperbaiki pengajaran guru.
6.2 Prinsip Pelaksanaan Pentaksiran
(i) Pentaksiran dijalankan merangkumi aspek kognitif, afektif dan
psikomotor yang terdapat kurikulum.
(ii) Pentaksiran dilaksanakan selari dengan tujuan yang telah
ditetapkan.
(iii) Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan sepanjang tempoh
persekolahan.
(iv) Pentaksiran harus sah dan sahih; sesuai dengan
perkembangan murid; dan berasaskan kaedah saintifik.
a) Pentaksiran berasaskan kriteria dan bukan perbandingan
antara murid.
b) Kaedah pentaksiran adalah pemerhatian berterusan dan
penilaian hasil kerja murid. Ujian atau peperiksaan formal
tidak harus dilaksanakan.
c) Data yang dikumpulkan perlu dianalisis supaya pelaporan
yang dibuat adalah sah dan sahih.
d) Dokumentasi pentaksiran perlu disediakan secara
sistematik. Contoh rekod pentaksiran adalah seperti senarai
semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod berterusan,
persampelan masa dan persampelan peristiwa.
57
(v) Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika dan
mengambil kira hak asasi kanak-kanak.
6.3 Kepentingan Pentaksiran
(i) Kepentingan kepada Murid
a) Mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran.
b) Memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran.
c) Mengukuhkan pembelajaran untuk mencapai tahap
penguasaan lebih tinggi.
(ii) Kepentingan kepada Ibu bapa
a) Mengetahui perkembangan anak secara menyeluruh.
b) Mengetahui potensi, kekuatan dan kelemahan anak.
c) Mengenal pasti pencapaian anak dalam pembelajaran dari
semasa ke semasa.
d) Membantu anak dalam pembelajaran berdasarkan
maklumat pentaksiran.
(iii) Kepentingan kepada Guru
a) Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
b) Melaksanakan tindakan susulan.
c) Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa.
d) Mengetahui keberkesanan pengajaran.
(iv) Kepentingan kepada Pentadbir Sekolah
a) Mengetahui perkembangan murid.
b) Mengetahui keberkesanan proses PdP guru.
c) Merancang program peningkatan perkembangan murid.
58
6.4 Merekod dan Melapor Pentaksiran
Merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat
berkaitan secara sistematik. Maklumat yang direkod ialah tahap
penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai-
nilai yang murid pamerkan. Untuk membuat penilaian tentang
perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai, Standard
Prestasi yang terdapat dalam KSPK (Semakan 2017) boleh dirujuk.
Tiga tahap penguasaan umum digunakan untuk melaporkan tahap
perkembangan murid sebagaimana yang dinyatakan di Jadual 6.
Jadual 7: Penyataan Tahap Penguasaan Umum
Standard Prestasi
Tahap Penguasaan
Tafsiran
1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi responds terhadap perkara yang asas.
2 Murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan sesuatu.
3
Murid boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan sesuatu dalam situasi baharu atau secara kreatif dan tertib atau beradab.
Maklumat perkembangan murid yang diperoleh digunakan untuk
tujuan pelaporan pentaksiran prasekolah. Format pelaporan tahap
perkembangan murid boleh disediakan mengikut kesesuaian pihak
sekolah.
61
7.1 Perancangan
Guru prasekolah perlu menyediakan perancangan untuk memastikan
KSPK (Semakan 2017) dapat dilaksanakan dengan berkesan dan
mencapai matlamat pendidikan seperti yang dihasratkan.
Pihak pentadbir dan guru prasekolah hendaklah merangka strategi
jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai hasrat keberhasilan
murid sebagaimana yang dihasratkan dalam KSPK (Semakan 2017).
Rancangan jangka pendek dan jangka panjang yang berkenaan wajar
menetapkan strategi pelaksanaan kurikulum termasuklah juga
penglibatan ibu bapa, komuniti dan swasta.
Fokus dalam perancangan pelaksanaan KSPK (Semakan 2017) adalah
seperti berikut:
(i) Melaksanakan PdP berdasarkan Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran untuk memastikan murid mendapat
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan;
(ii) Melaksanakan pedagogi yang memberi penekanan kepada
pelbagai pendekatan PdP yang menyeronokkan, bermakna dan
berpusatkan kanak-kanak.
(iii) Melaksanakan pentaksiran supaya tahap perkembangan murid
dapat digunakan untuk merancang strategi bagi mempertingkatkan
dan memperkukuh perkembangan murid secara menyeluruh.
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM
BAB 7
62
7.2 Pelaksanaan
Bagi memastikan kurikulum dilaksanakan secara berkesan, pentadbir
haruslah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan
kurikulum prasekolah. Pengurusan kurikulum melibatkan proses
merancang, mengorganisasi, memimpin, membimbing, memantau dan
menilai pelaksanaan KSPK (Semakan 2017) dengan menggunakan
segala sumber bagi mencapai hasrat kurikulum yang ditetapkan.
Pengurusan kurikulum di peringkat prasekolah diterajui oleh
Pengarah/Pengetua/Guru Besar/Pengelola dan dibantu oleh Guru
Penolong Kanan, guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid
(PPM). Permuafakatan semua pihak di institusi prasekolah adalah
penting untuk memastikan pengurusan kurikulum dilaksanakan dengan
lebih berkesan.
Struktur pengurusan kurikulum di prasekolah adalah seperti Rajah 3:
Rajah 3: Struktur Pengurusan Kurikulum Prasekolah
Peranan pengurus kurikulum dalam pelaksanaan KSPK (Semakan
2017) diterangkan seperti dalam Rajah 4, 5, 6, 7 dan 8.
63
Peranan Pengarah/Pengetua/Guru Besar/Pengelola
Rajah 4: Peranan Pengarah/Pengetua/Guru Besar/Pengelola
Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan
Kokurikulum
Rajah 5: Peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum
Membantu pengarah/pengetua/guru besar/pengelola dalam bidang pengurusan kurikulum.
Menyediakan khidmat bantu dalam pengurusan kurikulum.
Melaksanakan pemantauan/pencerapan PdP.
Menyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah(PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Hal Ehwal Murid dan
Kokurikulum
Bertanggungjawab kepada kelas prasekolah di bawah jagaannya secara menyeluruh meliputi bidang kurikulum.
Merancang pelaksanaan kurikulum.
Memastikan kurikulum prasekolah dilaksanakan sepenuhnya.
Melaksanakan pemantauan/pencerapan.
Memastikan amalan PdP relevan dengan kurikulum prasekolah.
Menilai keberkesanan amalan PdP.
Memastikan sumber PdP mencukupi.
Meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
Mewujudkan hubungan baik dengan komuniti setempat.
Pengarah/ Pengetua/
Guru Besar/ Pengelola
64
Peranan dan Tanggungjawab Guru Prasekolah
Rajah 6: Peranan dan Tanggungjawab Guru Prasekolah
Peranan dan Tanggungjawab Pembantu Pengurusan Murid
Rajah 7: Peranan dan Tanggungjawab Pembantu Pengurusan Murid
Memastikan pelaksanaan kurikulum mencapai matlamat dan objektif KSPK (Semakan 2017).
Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian berdasarkan DSKP.
Menyediakan bahan sokongan kurikulum yang sesuai dengan murid.
Melaksanakan aktiviti PdP menggunakan pelbagai strategi.
Melaksanakan pentaksiran.
Membuat tindakan susulan untuk meningkatkan dan mengukuhkan perkembangan murid.
Menyediakan, mengurus dan melaksanakan jadual waktu.
Menjalankan atau mengikuti program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, PPD, JPN dan KPM.
Guru
Prasekolah
Membantu guru melaksanakan aktiviti PdP di prasekolah.
Membantu guru dalam pelaksanaan pentaksiran di prasekolah.
Membantu guru menyediakan bahan sokongan kurikulum yang sesuai dengan murid.
Membantu guru menjalankan program kurikulum yang dianjurkan.
Pembantu
Pengurusan
Murid
65
Jawatankuasa Kurikulum Prasekolah
Setiap prasekolah harus mempunyai jawatankuasa kurikulum untuk
menyelaraskan segala dasar kurikulum. Contoh struktur dan fungsi
jawatankuasa kurikulum prasekolah ditunjukkan di Rajah 8.
Rajah 8: Struktur Jawatankuasa Kurikulum Prasekolah
PENGERUSI (Guru Besar)
NAIB PENGERUSI I (Guru Penolong Kanan
Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI II (Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid)
NAIB PENGERUSI III (Guru Penolong Kanan
Kokurikulum
AHLI Guru Prasekolah
Guru Pendidikan Islam Pembantu Pengurusan Murid
SETIAUSAHA Guru Prasekolah
66
Fungsi Jawatankuasa Kurikulum Prasekolah ialah:
(i) Merancang dan menyelaras pelaksanaan kurikulum prasekolah.
(ii) Menyediakan sumber tenaga, kewangan dan kemudahan bagi
pelaksanaan kurikulum prasekolah.
(iii) Menyelesaikan isu-isu berkaitan pelaksanaan kurikulum prasekolah.
7.3 Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum
Pemantauan terhadap guru prasekolah perlu dilaksanakan untuk
mendapatkan input berkaitan pelaksanaan kurikulum dan keberkesanan
PdP bagi meningkatkan kualiti PdP. Pemantauan dilaksanakan dengan
menggunakan instrumen seperti soal selidik, temu bual, senarai semak
dan pemerhatian.
68
PENUTUP
Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting
dalam dunia pendidikan. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran
yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat membekalkan
murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif untuk
pembelajaran seterusnya.
KSPK (Semakan 2017) bertujuan memperkembangkan potensi murid
berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti
pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna.
Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik serta bersepadu dapat
menjamin kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan KSPK (Semakan
2017). Pemantauan dan penilaian secara berterusan menuntut semua
pihak menggembleng usaha dan peranan bagi mencapai matlamat yang
dihasratkan. Sehubungan dengan itu, semua pihak berkepentingan
dalam pendidikan perlu memberikan sokongan, kerjasama dan
komitmen sepenuhnya bagi merealisasikan hasrat yang terkandung
dalam KSPK (Semakan 2017).
70
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Garis Panduan Pengurusan
Prasekolah. Putrajaya: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Modul Pentaksiran
Perkembangan Murid di Prasekolah. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Pra Sekolah hingga
Lepas Menengah) (Bab 1 – 4). Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran Malaysia 1969 -2009 Pentadbiran dan Hal
Ehwal Murid. Putrajaya: Majlis Buku Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran Malaysia 1969 – 2009 Kurikulum dan
Kokurikulum. Putrajaya: Majlis Buku Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi Aplikasi Di Sekolah (ms.3-10). Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Dasar Pembangunan
Kurikulum Kebangsaan (Bab 4-8). Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Persatuan Penerbit Buku Malaysia (2013). Akta Pendidikan 1996 (Akta
550) (ms. 131-148). Selangor: International Law Book Services.
Top Related