i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan...
Transcript of i PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP ... · Jemaah Nazir Sekolah (1999) menyatakan...
i
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP
KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU SAINS DI DAERAH PASIR MAS
NORLIZA BINTI AB LATIF
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mac 2006
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP TAHAP KEBERKESANAN PENGAJARAN GURU SAINS DI DAERAH PASIR MAS
SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006
Saya NORLIZA BT AB LATIF (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: LOT 899, KAMPUNG BAYU LALANG, PM DR SETH B SULAIMAN 17000 PAIR MAS Nama penyelia KELANTAN DARUL NAIM Tarikh: 17. APRIL. 2006 Tarikh: 17. APRIL.2006
ii
PENGAKUAN
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : _______________________
Nama Penulis : NORLIZA BT AB LATIF .
Tarikh : ________________________ .
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Sains)”
Tandatangan : ______________________
Nama Penyelia : PM DR SETH BIN SULAIMAN
Tarikh : ______________________
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat juga saya menyiapkan penulisan ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya
merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak dalam menyiapkan projek ini termasuk yang telah memberi dorongan
dan sokongan kepada saya untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu PM Dr.
Seth bin Sulaiaman dalam memberikan tunjuk ajar, nasihat, menyemak, menyumbang
idea dan teguran sepanjang tempoh menyiapkan projek ini
Jutaan terima kasih juga kepada:
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti, Pasir Mas.
Pengetua Sekolah Menengah kebangsaan Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas.
Dengan kerjasama semua pihaklah, maka projek ini dapat berjalan dengan
lancar dan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik kalian…Amin.
v
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan persepsi pelajar tingkatan empat
terhadap tahap keberkesanan pengajaran guru sains di sekolah menengah di daerah Pasir
Mas, Kelantan. Dalam kajian ini, lima subskala dibentuk bagi mengukur keberkesanan
pengajaran guru sains iaitu cara perlaksanaan pengajaran guru, sikap guru dalam
pengajaran, amalan pedagogi yang digunakan oleh guru, cara penilaian guru dan
komitmen guru dalam pengajaran sains. Instrumen kajian yang digunakan ialah satu set
soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A merangkumi biodata
responden, manakala Bahagian B pula mengandungi 41 item yang berkaitan dengan
keberkesanan pengajaran guru sains. Seramai 90 orang pelajar tingkatan empat yang
terdiri daripada dua buah sekolah menengah didaerah Pasir Mas telah dipilih secara
rawak kelompok sebagai subjek kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan
berbantukan computer menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) versi 10.0. Secara keseluruhannya, keputusan kajian menunjukkan keberkesanan
pengajaran guru sains berada pada tahap amat berkesan. Namun demikian, kajian
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar lelaki
dengan pelajar perempuan terhadap keberkesanan pengajaran guru dalam kelima-lima
aspek yang dikaji.
vi
ABSTRACT
This research is aimed at determining the perceptions of form four students on
the effectiveness of teaching by science teachers in two schools at Pasir Mas. In this
research, five dimensions of teaching process were selected as measures of the
effectiveness of teaching process. The dimensions are teaching implementation, teachers
attitude in teaching, pedagogical practice, teachers’ evaluation and teachers’
commitment in teaching science. Research instrument used was a questionaire which
consisted of two parts. Part A looks at biodata of students, whereas part B contains 41
item which elicit students opinions on the teaching by science teachers. A group of 90
form four students secondary school in the district of Pasir Mas, Kelantan were chosen
as subjects of study. Data collected were analysed by using Statistical Package for
Social Science (SPSS) version 10.0. Overall, the outcome of the research shows that the
teaching by science teachers was on effectiveness. On gender difference, there was no
significant differences between male and female students on their perceptions on the
teaching by science teachers.
viii
KANDUNGAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACK v
ISI KANDUNGAN vi
SENARAI JUDUL vii
SENARAI KANDUNGAN x
SENARAI LAMPIRAN xi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Rasional Kajian 6
1.5 Objektif Kajian 6
ix
1.6 Persoalan Kajian 7
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Terminologi 9
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Pengajaran Berkesan 12
2.3 Perspektif Pelajar Mengikut Psikologi 14
2.4 Implikasi Perspektif Pelajar terhadap Pengajaran 16
2.5 Faktor-Faktor Dalam Pengajaran Berkesan 18
2.5.1 Perlaksanaan Pengajaran Guru 19
2.5.2 Sikap Guru 21
2.5.3 Amalan pedagogi yang digunakan 23
2.5.4 Cara penilaian guru 25
2.5.5 Komitmen guru 25
2.6 Kesimpulan 26
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Sampel Kajian 29
3.4 Prosedur Kajian 30
3.5 Instrumen Kajian 31
3.6 Analisis Kajian 32
3.7 Ujian Rintis 33
x
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 35
4.2 Analisis Bahagian A: Latar belakang responden 37
4.2.1 Taburan responden mengikut jantina 37
4.2.2 Taburan responden mengikut bangsa 38
4.2.3 Taburan responden mengikut agama 38
4.2.4 Taburan responden mengikut aliran yang diambil 39
4.3 Analisis Bahagian B: Persepsi pelajar tingkatan empat 39
terhadap tahap keberkesanan guru sains
4.3.1 Analisis 1: Perlaksanaan pengajaran guru sains 42
4.3.2 Analisis 2: Sikap guru dalam pengajaran 45
4.3.3 Analisis 3: Amalan pedagogi yang digunakan 47
4.3.4 Analisis 4: Cara penilaian yang digunakan 49
4.3.5 Analisis 5: Komitmen guru dalam pengajaran 51
4.4 Perbezaan persepsi bererti antara pelajar lelaki dan perempuan 53
4.5 Rumusan hasil kajian 55
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Perbincangan 57
5.2.1 Perlaksanaan terhadap pengajaran berkesan 57
5.2.2 Sikap guru dalam pengajaran sains 60
5.2.3 Amalan pedagogi yang digunakan oleh guru 62
5.2.4 Cara penilaian yang digunakan oleh guru 64
5.2.5 Komitmen guru dalam pengajaran 65
5.2.6 Adakah terdapat perbezaan bererti antara pelajar 67
lelaki dan perempuan
xi
5.3 Rumusan 68
5.4 Cadangan 69
5.5 Cadangan kajian lanjutan 61
5.6 Penutup 72
RUJUKAN 73
LAMPIRAN A 76
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam usaha melaksanakan pengajaran sains KBSM secara efektif, guru harus
menyedari hakikat bahawa setiap pelajar adalah berbeza antara satu sama lain dari segi
pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehan. Untuk
melaksanakan pengajaran berkesan, guru perlulah menarik perhatian pelajar dan dapat
mengambil bahagian dengan cergas dalam pembelajaran.
Oleh itu, pendekatan kepada pengajaran bukanlah sekadar memberi maklumat
tetapi mengasuh murid dalam pelbagai kemahiran dengan mengelolakan aktiviti-aktiviti
yang sesuai dengan kebolehan pelajar.
2Pendidikan Sains yang berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara hendaklah
memfokuskan corak pendidikan yang ciri-ciri pengajarannya menitikberatkan proses,
hasil serta perubahan sikap dan nilai yang positif. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi
betapa pentingnya pendidikan Sains yang berkesan sebagai langkah jangka panjang yang
bijak bagi membangunkan sumber manusia yang terlatih, dinamik dan produktif selaras
dengan Falsafah Negara untuk merealisasikan wawasan 2020.
Menurut Eygen (1992), Ahmad (2002), guru yang berkesan boleh didefinisikan
sebagai guru yang mempunyai gaya tingkah laku yang dapat melibatkan peningkatan
pembelajaran pelajar. Moorhead dan Griffin (1992) pula ada memperkenalkan model
3
pembelajaran yang dapat membantu pelajar mendapatkan pembelajaran berkesan.
Modelnya terdiri daripada lima elemen iaitu:
(i) keperluan dan kepentingan pelajar
(ii) objektif pembelajaran yang hendak dicapai
(iii) kekuatan dan kelemahan pendidik
(iv) teknik pengajaran yang digunakan
(v) amalan pedagogi yang bersesuaian
Dunia pendidikan di Malaysia kini banyak menerima perubahan dari aspek
persekitaran dan perubahan teknologi. Kita telah banyak melihat usaha yang dijalankan
oleh Kementerian Pendidikan yang menggubal kurikulum sekolah rendah dan sekolah
menengah agar dapat mencapai matlamat dan aspirasi negara. Kerajaan Malaysia begitu
komited dengan melaksanakan pelbagai program bagi membantu pelajar-pelajar supaya
mereka mendapat pendidikan yang baik untuk menyumbang ke arah mencapai status
negara maju.
Perkembangan yang hebat dalam dunia pendidikan ini memerlukan golongan
pendidik melangkah maju untuk menyesuaikan diri dalam meningkatkan martabat
profession mereka. Mereka tidak lagi boleh bergantung kepada cara lapuk dalam
menjalankan tugas mereka. Para pendidik perlulah kreatif dan inovatif serta sentiasa cuba
memperbaiki cara pengajaran atau memikirkan cara baru dalam pengajaran yang dapat
menjadikan pengajaran mereka lebih berkesan.
4
Pengajaran berkesan ialah satu suasana pembelajaran yang mudah difahami dan
menyeronokkan. Menurut Hunter (1969) dalam bukunya ”Teach More Faster”,
pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran
dalam diri pelajar-pelajar. Pembelajaran yang efektif berlaku dalam suasana yang sihat
dan bersemangat.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sebagaimana yang diketahui hasrat kerajaan, masyarakat, ibubapa dan guru-guru
ialah untuk melihat lahirnya pelajar-pelajar yang berkualiti dan cemerlang setelah mereka
tamat pengajian di sekolah. Kecemerlangan mereka ini diharapkan akan mencorak
kejayaan negara.
Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti dalam kajian-kajian awal dan
salah satu faktor yang boleh mempengaruhi kecemerlangan pelajar ialah aspek interaksi
antara pelajar-pelajar dengan guru. Gaya pembelajaran guru lazimnya menggunakan
teknik penerangan dalam pengajaran subjek Sains, penjelasan konsep yang sukar dan
abstrak dengan menggunakan model atau alat bantu mengajar adalah sangat berguna dan
diperlukan. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai disamping mempelbagaikan
kaedah pengajaran dapat menjelaskan konsep yang sukar dengan lebih mudah dan
membantu meningkatkan minat pelajar.
Selain itu, sikap positif guru seperti mengambil tahu kebajikan dan kemajuan
pelajar serta memberikan peluang kepada pelajarnya membuat pertanyaan semasa sesi
pengajaran berjaya menimbulkan minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran yang
5
diajarkan. Jika seseorang pelajar menghadapi masalah dalam pengajiannya, dia akan rasa
kurang minat, bosan dan tidak yakin dengan kemampuan dirinya dan boleh
menjadikannya mendapat keputusan yang tidak memberansangkan.
Fred dan Hendry (1994) menyatakan pengajaran merupakan proses untuk
menterjemahkan serta menyampaikan ilmu atau kemahiran berguna dalam bentuk yang
boleh difahami oleh pelajar. Bentuk yang boleh difahami ini tidak semestinya mudah atau
serba lengkap tetapi memberi pengertian bahawa pelajar boleh menghayati dan membina
ilmu ”pengetahuan baru” berasaskan kepada apa yang telah disampaikan oleh guru.
Permasalahannya disini ialah adakah guru telah mencapai tahap pengajaran yang
berkesan dalam subjek Sains seperti yang telah disyorkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Adakah perkara ini benar berlaku?. Antara kaedah pengajaran dalam
matapelajaran Sains yang disyorkan ialah kaedah ceramah, demonstrasi, simulasi,
perbincangan, lawatan, kajian lapangan, eksperimen dan projek. Jemaah Nazir Sekolah
(1999) menyatakan bahawa guru masih cenderung mendominasi pengajaran malah
penerangan lisan dan kurang inisiatif untuk meminta murid melakukan tugasan untuk
menjadikan pengajaran sains yang lebih berkesan Ini menjadikan murid kurang terlibat
dan memberi penerangan sepenuhnya kepada pengajaran guru. Kaedah penyampaian juga
tidak dipelbagaikan menyebakan pengajaran kurang memberikan kesan kepada pelajar-
pelajar.
1.3 Penyataan Masalah
6
Kegagalan pelajar dalam memahami konsep sains dan kesukaran untuk
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian sememangnya mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran Sains dan pemahaman pelajar terhadap konsep baru yang
berkaitan yang lebih mendalam.
Pelbagai persoalan yang timbul rentetan daripada masalah ini. Apakah punca-
punca masalah ini. ? Adakah cara perlaksanaan pengajaran seperti aktiviti-aktiviti
pengajaran yang dijalankan oleh guru-guru sains berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran sains. ? Adakah amalan pedagogi yang dilakasanakan oleh guru-guru sains
berkesan.
Kajian ini cuba menjawab segala persoalan tersebut. Kajian ini juga akan
menyingkap segala permasalahan yang melanda pengajaran guru serta meninjau sama
ada mereka telah memastikan diri mereka bersedia dalam menguasai isi pelajaran, kaedah
penilaian didalam kelas dan mempunyai komitmen yang berterusan dalam pengajaran
mereka seharian.
1.4 Rasional Kajian
Hasil dapatan kajian diharapkan dapat memberi manfaat kepada golongan
pendidik untuk lebih memahami tentang persepsi pelajar terhadap pengajaran guru
mereka bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran. Ia juga diharapkan dapat memberi
gambaran yang jelas tentang aspek-aspek yang dianggap penting bagi para pelajar dalam
meningkatkan mutu pembelajaran mereka. Pendidik seharusnya berusaha bagi
meningkatkan profesion mereka ke arah menjadi seorang pendidik yang bijak dan
cemerlang. Pemahaman isu ini dapat membantu mereka memperbaiki cara pengajaran
dan menjadikannya lebih berkesan dalam pengajaran.
7
1.5 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar tingkatan empat
terhadap keberkesanan pengajaran guru sains dari aspek berikut:
(i) Perlaksaan pengajaran
(ii) Sikap guru
(iii) Amalan pedagogi yang digunakan
(iv) Cara penilaian yang dijalankan
(v) Komitmen guru
Seterusnya, kajian juga ingin meninjau sama ada wujudnya perbezaan perspektif
diantara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan terhadap keberkesanan pengajaran
guru mereka.
1.6 Persoalan Kajian
Berikut adalah merupakan persoalan kajian yang digunakan sebagai asas
pengukuran dalam tajuk :
8
(i) Apakah tahap keberkesanan cara perlaksanaan pengajaran guru
daripada perspektif pelajar.
(ii) Apakah tahap keberkesanan sikap guru dalam menghayati amalan
pengajaran berkesan.
(iii) Apakah tahap amalan pedagogi yang sesuai semasa proses pengajaran
berkesan.
(iv) Apakah tahap cara penilaian yang dijalankan bersesuaian dan menepati
dalam pengajaran berkesan.
(v) Apakah tahap komitmen guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran.
(vi) Adakah perbezaan persepsi yang bererti diantara pelajar lelaki dengan
pelajar perempuan terhadap keberkesanan pengajaran guru mereka.