with
Enjoy your
SERSGolden Years
Nikmati Tahun-tahun Emas Anda dengan SERS
1Panduan bagi Warga Tua kita – Edisi 2014
Setelah lama tinggal di flat anda dan berada di dalam sekitaran yang anda telah kenal dan biasa dengannya, kami faham jika anda merasa cemas sedikit dan tidak menentu apabila Skim Pembangunan Semula Secara Kelompok Terpilih (SERS), diumumkan bagi blok anda.
Panduan ini telah disiapkan khusus untuk memberi anda maklumat yang anda harus tahu tentang SERS dalam bentuk 6 petunjuk mudah dan gambaran umum mengenai pilihan-pilihan perumahan semula anda. Anda boleh yakin yang pasukan kami berada di sini untuk bekerja dengan anda dan keluarga anda untuk memastikan bahawa peralihan anda ke rumah baru berjalan lancar dan bebas dari karenah.
Kami menggalakkan anda agar membaca buku kecil ini dan melawat Pameran SERS untuk mengetahui lebih mengenainya. Penyiasatan Pemungut akan diadakan tidak lama lagi dan anda akan berpeluang untuk bertemu dengan pegawai yang bertanggungjawab terhadap urusan flat anda untuk membincang pilihan-pilihan perumahan semula dan pelan kewangan anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian segera SERS di 1800 866 3070. Kami berharap anda akan mempunyai perjalanan yang menyenangkan dengan SERS!
Oleh kerana kami telah membuat panduan ini ringkas lagi padat, sila juga
rujuk naskhah “Panduan SERS Saya” bagi maklumat yang lebih terperinci.
Selamat Datang ke SERS!
Panduan SERS Saya
Pasukan SERS Kami
2 Nikmati Tahun-tahun Emas Anda dengan SERS
SERS!
SATU PEngAlAmAn KEhidUPAn BARU
SERS telah dilancarkan pada Ogos 1995 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Pemerintah untuk membaharui estet-estet perumahan lama di Singapura.
Menerusi SERS, anda ditawarkan satu peluang yang unik untuk meraih nilai daripada flat anda yang sedia ada. Anda akan pindah ke rumah baru sambil tinggal berdekatan dengan jiran-jiran lama di suasana sekeliling yang anda telah lama kenal dan biasa dengannya.
Dalam tinjauan terbaru pada 2013, lebih
85% daripada keluarga yang ditinjau berasa
gembira dengan SERS dan sangat puas hati dengan
rumah baru mereka!
Anda boleh pilih flat 2, 3, 4 atau 5 bilik (tertakluk pada kelayakan) dalam satu daripada lima presinst perumahan baru yang terletak di estet Dawson. Lima projek ini akan mengandungi 3,700 flat baru.
Di dalam dan di sekeliling presint-presint yang diingini ini terdapat banyak kemudahan seperti stesen MRT Queenstown, Kelab Masyarakat Queenstown, Perpustakaan Queenstown, Dawson Place, sebuah pusat penjaja yang baru, pasar raya dan kedai-kedai.
Anda hanya akan pindah dari flat
anda yang sedia ada apabila rumah baru
anda siap pada 2020/21.
1. Apakah itu SERS?
2. Di manakah flat baru saya akan berada?
3Panduan bagi Warga Tua kita – Edisi 2014
Sila rujuk halaman 40 untuk harga jualan flat baru
Jumlah flat baru yang dibina mungkin berubah kerana pengagihan flat akan disesuaikan untuk memenuhi keperluan perumahan semula penduduk.
Tidak dilukis mengikut skala.
Panduan SERS Saya
Tapak A1,220 unit
Tapak B1,180 unit
Tapak D242 unit
Tapak E247 unit
Tapak C818 unit
4 Nikmati Tahun-tahun Emas Anda dengan SERS
Anda akan menerima nilai pasaran bagi flat anda yang sedia ada sebagai pampasan dan sedikit belanja munasabah untuk membantu anda pindah. Pampasan ini boleh digunakan untuk membeli flat baru pada harga bersubsidi HDB.
Sebahagian pampasan ini mungkin dibayar balik ke Akaun Biasa CPF. Sebahagian wang yang dibayar balik akan digunakan untuk memenuhi Jumlah minimum CPF dan Jumlah Yang diperlukan untuk medisave bagi pemilik flat yang kurang simpanan dalam akaun-akaun ini. Ini memastikan bahawa pemilik flat akan mempunyai pendapatan tetap apabila mereka mencapai umur yang membolehkan mereka mengeluarkan simpanan CPF dan simpanan yang cukup untuk memenuhi perbelanjan penjagaan kesihatan pada masa depan.
Di bawah SERS, pemilik flat yang layak menikmati $15,000 (bujang)/$30,000
(bujang bersama/keluarga) geran SERS untuk membeli flat baru.
Harap rujuk halaman 36 dan 37 bagi butir-butir mengenai Pampasan.
Panduan SERS Saya
3. Perlukah saya menokok wang tunai bagi sebuah flat baru daripada jenis flat yang sama?
5Panduan bagi Warga Tua kita – Edisi 2014
Pembayaran balik wang CPF akan dilakukan pada tarikh yang lebih dekat dengan tarikh pengambilan kunci flat baru. Pada masa itu, jika anda perlu menggunakan wang CPF yang dikembalikan untuk membeli flat baru, anda boleh meminta HDB untuk membantu anda mohon kepada Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF Board) bagi pihak anda.
Bergantung pada jenis flat yang anda pilih sebagai flat gantian anda, Lembaga CPF boleh memberi kelulusan untuk menggunakan sebahagian atau sepenuh wang CPF yang telah dibayar balik. Kami akan menasihat anda selanjutnya mengenai perkara ini semasa Penyiasatan Pemungut di Hab HDB.
Pasukan SERS kami, bersama dengan pegawai yang bertanggungjawab terhadap urusan flat anda, akan membantu anda untuk memohon flat gantian yang termampu dan memenuhi keperluan anda.
Pada umumnya, pemilik flat yang telah menebus pinjaman perumahan flat mereka yang sedia ada tidak akan perlu menokok
wang tunai untuk membeli rumah baru daripada jenis flat yang sama.
6 Nikmati Tahun-tahun Emas Anda dengan SERS
3
2
1
Di sini adalah pilihan-pilihan perumahan semula yang anda boleh timbangkan. Sila ambil masa anda untuk menimbangkan pilihan-pilihan di bawah dan bincang dengan keluarga anda tentang kemungkinan perumahan.
memilih untuk tidak meraih faedah-faedah perumahan semula SERS
untuk menerima bayaran ex-gratia di samping pampasan penuh
Jual/Pindah hak milik flat SERS anda dengan faedah-faedah
perumahan semula
mohon Apartmen Studio, flat 2, 3, 4 or 5 bilik (jika layak) di tempat lain di bawah skim Bina ikut Tempahan (BTO) atau Jualan Baki Flat (SBF)
dengan peruntukan keutamaan 10% dan menikmati faedah-faedah
perumahan semula yang sama
Beli sebuah flat baru 2 atau 3 bilik dengan pajakan 30
tahun* atau flat baru 2, 3, 4 atau 5 bilik dengan pajakan
99 tahun (jika layak) di dawson
Flat berpajakan 30 tahun* boleh didapati bagi pemilik yang berumur 63 tahun ke atas pada waktu pengumuman dan membeli flat yang sama besar atau jenis flat yang lebih kecil (hingga ke flat 3 bilik), tertakluk pada kelulusan HDB. Bercakaplah dengan pegawai yang bertanggungjawab terhadap urusan flat anda untuk mengetahui lebih
Saya mempunyai kediaman alternatif
sendiri
Saya ingin tinggal dekat dengan anak-anak saya yang tidak
tinggal di Queenstown
Saya ingin tinggal di
Queenstown
ATAU
4. Apakah pilihan-pilihan dan faedah-faedah perumahan semula?
7Panduan bagi Warga Tua kita – Edisi 2014
Ilustrasi mengenai pemilik flat 3 bilik sekarang (56 – 66 m2) yang tidak mempunyai pinjaman perumahan membeli flat 2 bilik (45 sm)
Anggaran nilai pasaran flat sekarang di tingkat 5*
$357,500
Anggaran harga flat baru bersubsidi di tingkat 10 selepas geran SERS $30,000 (jika layak)
$202,000
Wang Yang diterima Bersih (wang tunai/CPF)
$155,500
�Bonus Perumahan Warga Emas
Sehingga $20,000 jika anda tokok wang tunai ke
Akaun Persaraan CPF
Jika anda memenuhi umur kelayakan, anda boleh juga layak untuk:i. Bonus Perumahan bagi Warga Emas (SHB) sebanyak $20,000 apabila
anda membeli flat gantian yang lebih kecil (sehinga flat 3 bilik) dengan pajakan 99 tahun; atau
ii. bonus tunai sebanyak $20,000 apabila anda membeli flat 2, 3 bilik dengan pajakan 30 tahun di Dawson.
*Tidak termasuk belanja munasabah yang terdiri daripada belanja pindah dan yuran setem dan guaman.
Harap bercakap dengan pegawai yang
bertanggungjawab terhadap urusan flat anda untuk
mengetahui lebih tentang skim-skim dan
bonus untuk warga tua.
8 Nikmati Tahun-tahun Emas Anda dengan SERS
Anda boleh beli flat baru anda dengan
anggota-anggota keluarga anda
(ibu bapa atau anak, jika layak) dengan
memasukkan mereka sebagai pemilik-pemilik bersama
flat baru.
Ya, mereka boleh. Faedah-faedah SERS akan dinilai semula jika ibu bapa/anak kini memiliki sebuah hartanah privet, telah menikmati faedah SERS atau dua subsidi perumahan HDB sebelum ini. Pegawai yang bertanggungjawab terhadap urusan flat akan dengan sukacitanya menerangkan sebarang implikasi daripada kemasukan mereka.
5. Bolehkah anggota-anggota keluarga dimasukkan dalam permohonan flat baru?
9Panduan bagi Warga Tua kita – Edisi 2014
Adakah si mati pemilik tunggal flat itu?
Adakah flat dipegang dalam hak bersama?
Maklumat ini boleh didapati dalam perjanjian pajakan.
Estet si mati akan diagihkan mengikut Wasiatnya
(jika ada) atau mengikut peruntukan dalam
Akta Pewarisan harta Pusaka Tidak Berwasiat (untuk bukan muslim)/
Pembahagian harta Pusaka menurut islam-Faraidh
(untuk muslim).
Jika waris-waris si mati layak dan ingin untuk
mengambil alih flat SERS, hanya mereka yang menjadi
penghuni yang sedia ada boleh mengekalkan faedah-faedah perumahan semula
SERS yang sedia ada. Kalau tidak, faedah-faedah SERS
akan dinilai semula.
hak milik flat hdB akan dipindah kepada pemilik
(pemilik-pemilik) bersama.
Permohonan bagi flat baru boleh dikekalkan jika dia memenuhi syarat-syarat
kelayakan hdB yang ditetapkan bila memiliki flat itu dan faedah-faedah SERS
tidak akan berubah.
Mula
Ya
Ya Tidak
Tidak
6. Bagaimana jika pemilik flat meninggal dunia sebelum mengambil kunci flat baru?
10 Nikmati Tahun-tahun Emas Anda dengan SERS
#1
#2
#3
#4
Sebelum anda bertemu kami, anda boleh membuat persiapan dengan melakukan yang berikut:
Ini akan berguna untuk mengakses akaun CPF anda, e-khidmat Pemerintah lain dan permohonan dalam talian pada masa depan. Mohon dalam talian di www.singpass.gov.sg jika anda tidak mempunyainya.
Log masuk www.cpf.gov.sg atau lawat cawangan CPF dengan Singpass anda untuk mengetahui baki CPF anda.
Log masuk www.hdb.gov.sg/myhdbpage jika anda telah mengambil pinjaman HDB atau bercakap dengan wakil bank anda jika anda telah mengambil pinjaman bank.
Bincang dengan anggota-anggota keluarga anda atau pegawai yang bertanggungjawab terhadap urusan flat anda mengenai pilihan-pilihan perumahan semula anda.
Apakah Langkah Berikutnya?
mohon SingPass
Periksa berapa banyak dana CPF yang anda miliki untuk membeli flat baru anda
Periksa pinjaman yang anda belum dijelaskan ke atas flat anda sekarang (jika ada)
Timbangkan sama ada anda mahu meningkatkan dana persaraan anda dengan membeli flat yang saiznya sesuai dengan keperluan anda atau membeli flat yang mempunyai tempoh pajakan yang lebih pendek
Our SERS Team
Nota: Maklumat yang terkandung dalam brosur ini boleh digunapakai pada waktu ia dicetak. Ia boleh diubah seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa yang relevan dan/atau mengikut budi bicara HDB. Semua hak terpelihara. Menyalin brosur ini sepenuhnya atau sebahagiannya tanpa kebenaran bertulis HDB dilarang dengan keras.
Maklumat ini juga didapati dalam Bahasa Cina, Melayu and Tamil. Namun demikian, jika ada sebarang kekaburan atau ketidakseimbangan bila maklumat ini diterjemahkan ke dalam bahasa yang lain, maksud maklumat di dalam bahasa Inggeris akan dianggap muktamad.
Note: The information contained in this brochure is current at the time of printing. It is subject to change as may be required by the relevant authorities and/or at the sole discretion of HDB. All rights reserved. Reproduction of this brochure in whole or part without written permission from HDB is strictly prohibited.
The information is also available in Chinese, Malay and Tamil. However, if there is ambiguity or inconsistency in the interpretation of the information in the other languages, the meaning in the English version shall prevail.
with
Enjoy your
SERSGolden Years
黄金年华就从选择性整体重建计划开始
Top Related