Zainol plato

10
PLATO – Sumbangan besarnya dalam ilmu linguistik 1. PENGENALAN Linguistik dan pengajaran bahasa berhubung rapat antara satu sama lain. Ini disebabkan pengajaran bahasa seiring dengan pertumbuhan bahasa. Beberapa abad sebelum Masehi golongan Brahmin di India memperoleh pelajaran Sanskerta daripada ahli-ahli tatabahasa melalui pendekatan yang sudah sedia maju. Sebenarnya perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak begitu banyak berubah semenjak Zaman Yunani sehinggalah pada awal kurun ke- 20 ini. Walau bagaimanapun perkembangan alat-alat bantu telah mempengaruhi bidang pengajaran bahasa. Linguistik juga merupakan suatu sains yang mengkaji bahasa. Ini dijelaskan lagi oleh S. Pit Corder (1973: 82) 'Linguistics, or, to be more specific, theoretical linguistics, is often called the scientific study of language'. Dalamnya terdapat teori dan teknik-teknik menganalisis bahasa yang dipelajari oleh ahli-ahli bahasa untuk merumus sesuatu bahasa melalui pemerhatian-pemerhatian mereka terhadap bahasa. Penggunaan teori-teori dan teknik-teknik dalam linguistik seseorang ahli bahasa dapat menghuraikan serta menganalisis sesuatu bahasa itu dengan objektif. 2. LATARBELKANG PLATO 1

Transcript of Zainol plato

Page 1: Zainol plato

PLATO – Sumbangan besarnya dalam ilmu linguistik

1. PENGENALAN

Linguistik dan pengajaran bahasa berhubung rapat antara satu sama lain. Ini

disebabkan pengajaran bahasa seiring dengan pertumbuhan bahasa. Beberapa

abad sebelum Masehi golongan Brahmin di India memperoleh pelajaran

Sanskerta daripada ahli-ahli tatabahasa melalui pendekatan yang sudah sedia

maju.

Sebenarnya perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak

begitu banyak berubah semenjak Zaman Yunani sehinggalah pada awal kurun ke-

20 ini. Walau bagaimanapun perkembangan alat-alat bantu telah mempengaruhi

bidang pengajaran bahasa.

Linguistik juga merupakan suatu sains yang mengkaji bahasa. Ini dijelaskan lagi

oleh S. Pit Corder (1973: 82) 'Linguistics, or, to be more specific, theoretical

linguistics, is often called the scientific study of language'. Dalamnya terdapat

teori dan teknik-teknik menganalisis bahasa yang dipelajari oleh ahli-ahli bahasa

untuk merumus sesuatu bahasa melalui pemerhatian-pemerhatian mereka

terhadap bahasa. Penggunaan teori-teori dan teknik-teknik dalam linguistik

seseorang ahli bahasa dapat menghuraikan serta menganalisis sesuatu bahasa itu

dengan objektif.

2. LATARBELKANG PLATO

1

Page 2: Zainol plato

Plato (428-347 S.M) , seorang Yunani sesudah Pythagoras ialah orang yang

mula-mula memberikan takrif falsafah dengan lebih terkhusus. Plato menegaskan

“falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik

sifat luarannya; iaitu apa sebenarnya yang menjadi asas dan inti pati pembentukan

sesuatu benda atau perkara itu; apa asasnya, apa esensi, apa zatnya”.

Mengikut Plato Falsafah ialah usaha untuk mencari kearifan melalui proses

dialektik dan usaha untuk mengetahui hal keadaan jiwa manusia. Konsep Plato

mengenai falsafah ini bermacam-macam dan ini akan dapat diperhatikan dengan

jelas dalam dialog-dialognya. Konsep Plato ini telah mempengaruhi pemikiran

Barat amnya dan ahli-ahli pendidik khususnya semenjak lebih daripada dua ribu

tahun dahulu.

Namun begitu, Plato bukan sekadar seorang ahli falsafah besar. Beliau juga

seorang penulis agong. Prosanya dalah prosa Yunani yang terbaik. Gaya dan laras

bahasanya gemilang.

2.1 Republik sebagai karya teragung Plato

Republik merupakan sebuah karya teiri falsafah dan politik yang terpengaruh.

Karya ini ditulis dalam bentuk dialog oleh Plato, seorang ahli falsafah Yunani, di

sekitar 390 MS. Tajuk karya asalnya ialah Politeia (perkataan Yunani). Republik

merupakan tajuk terjemahan bahasa Inggeris tradisional ialah nama yang tidak

2

Page 3: Zainol plato

kena. Nama ini diperoleh daripada bahasa Latin, Cicero tajuk yang lebih tepat

ialah “Rejim”.

Mahakarya ini adalah berkenaan “falsafah benda-benda kemanusiaan”

(“philosophia perita anthropina”) dan merangkumi bidang-bidang ontologi,

epistemologi, falsafah politik, feminisme dan secara amnya ethika serta etika

perubatan, komunisme dan ekonomi. Kesemuanya bidang-bidang ini telah

diperiksa semata-mata untuk menemui sifat keadilan, pokok dialognya ialah

soalan: “ Apakah itu keadilan ? ” .

Dengan menumpukan terhadap pandangan ini, Plato (melalui Socrates) membina

sebuah “bandar dalam pertuturan” yang ideal iaitu sebuah bandar teoriyang

mengamalkan keadilan sempurna. Bagaimanapun , Plato membina bandar teori

bukan sahaja untuk memeriksa bandar yang paling adil yang dapat dibayangkan

tetapi terutamanya untuk menemui bagaimana seseorang harus hidup.

Pada satu peringkat lagi, Republik Plato merupakan mahakarya yang

menumpukan perhatian terhadap persoalan falsafah yang asas iaitu, “soalan

sejagat lawan tertentu”. Soalan utama dalam karya ini adalah berkenaan dengan

keadilan. Plato mentakrifkan “keadilan” sebagai “membuat kerja sendiri tanpa

menjaga tepi kain orang” (433a-433c).

Konsepsi keadilan ini yang ketara kepada pembaca moden adalah amat berkait

dengan konsepsi dewi Yunani, Dike yang merupakan susunan keadilan. Takrif

“keadilan” ini menyebabkan sebuah struktur sosial yang amat berbeza dengan

negara-negara kota dahulu serta yang kemudian.

Plato juga berkata bahawa keadilan dapat mengekalkan serta menjadikan sangat

3

Page 4: Zainol plato

baik. Ketiga-tiga kebaikan utama yang lain kesederhanaan. Kebijaksanaan serta

keberaniaan dan keadilan ialah sebab dan syarat untuk kewujudan ketiga-tiga

kebaikan itu.

Terjemahan bahasa Inggeris untuk tajuk dialog-dialog Plato berasal karya Dere

publica yang ditulis oleh Cicero di sekitar tiga abad kemudian. Dialog Cicero

mencontohi gaya dialog-dialog Plato, dan membincangkan banyak daripada

topik-topik yang ditulis dalam Republik Plato. Scipio Africanus, watak utama

dalam dialog Cicero, menyatakan rasa hormat terhadap Plato dan Socrates

sewaktu mereka berbual tentang “Res publica”. Bagaimanapun, “Res publica”

bukanlah terjemahan yang tepat untuk perkataan Yunani, “politeia”, yang

digunakan dalam tajuk dialog Plato: “politeia” ialah istilah am untuk

menunjukkan pelbagai bentuk kerajaan yang boleh digunakan dan pernah

digunakan dalam sesebuah negara kota.

3. PLATO DALAM ILMU LINGUISTIK

Plato berpendapat bahwa bahasa adalah physei atau mirip realitas;

sedangkan Aristoteles mempunyai pendapat sebaliknya iaitu bahawa bahasa

adalah thesei atau tidak mirip realitas kecuali onomatope dan lambang bunyi

(sound symbolism). Pandangan Plato bahawa bahasa mirip dengan realitas atau

non-arbitrer diikuti oleh kaum naturalis; pandangan Aristoteles bahawa bahasa

tidak mirip dengan realitas atau arbitrer diikuti oleh kaum konvensionalis.

Perbezaan pendapat ini juga merambah ke masalah keteraturan (regular) atau

ketidakteraturan (irregular) dalam bahasa. Kelompok penganut pendapat adanya

keteraturan bahasa adalah kaum analogis yang pandangannya tidak berbeza

4

Page 5: Zainol plato

dengan kaum naturalis; sedangkan kaum anomalis yang berpendapat adanya

ketidakteraturan dalam bahasa mewarisi pandangan kaum konvensionalis.

Pandangan kaum anomalis mempengaruhi pengikut aliran Stoic. Kaum Stoic

lebih tertarik pada masalah asal mula bahasa secara filosofis. Mereka

membedakan adanya empat jenis kelas kata, yakni nomina, verba, konjungsi dan

artikel.

Pada awal abad 3 SM studi bahasa dikembangkan di kota Alexandria yang

merupakan koloni Yunani. Di kota itu dibangun perpustakaan besar yang menjadi

pusat penelitian bahasa dan kesusasteraan. Para ahli dari kota itu yang disebut

kaum Alexandrian meneruskan pekerjaan kaum Stoic, walaupun mereka

sebenarnya termasuk kaum analogis. Sebagai kaum analogis mereka mencari

keteraturan dalam bahasa dan berhasil membangun pola infleksi bahasa Yunani.

Apa yang dewasa ini disebut "tata bahasa tradisional" atau " tata bahasa Yunani" ,

penamaan itu tidak lain didasarkan pada hasil karya kaum Alexandrian ini.

Plato (429-347) menerangkan kata nama sebagai noun dan perbuatan adalah verb.

Ayat sebagai ucapan juga mempunyai fikiran yang lengkap. Empat jenis ayat iaitu

ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan dan ayat perintah yang berdasarkan logika.

3.1 Paradigma

Kata paradigma diperkenalkan oleh Thomas Khun pada sekitar abad 15.

Paradigma adalah prestasi ilmiah yang diakui pada suatu masa sebagai model

untuk memecahkan masalah ilmiah dalam kalangan tertentu. Paradigma dapat

dikatakan sebagai norma ilmiah. Contoh paradigma yang mulai tumbuh sejak

zaman Yunani tetapi pengaruhnya tetap terasa sampai zaman modern ini

5

Page 6: Zainol plato

adalah paradigma Plato dan paradigma Aristoteles. Paradigma Plato

berintikan pendapat Plato bahawa bahasa adalah physei atau mirip dengan

realitas, disebut juga non-arbitrer atau ikonis. Paradigma Aristoteles

berintikan bahwa bahasa adalah thesei atau tidak mirip dengan realitas,

kecuali onomatope, disebut arbitrer atau non-ikonis. Kedua paradigma ini

saling bertentangan, tetapi dipakai oleh peneliti dalam memecahkan masalah

bahasa, misalnya tentang hakikat tanda bahasa.

Pada masa tertentu paradigma Plato banyak digunakan ahli bahasa

untuk memecahkan masalah linguistik. Penganut paradigma Plato ini disebut

kaum naturalis. Mereka menolak gagasan kearbitreran. Pada masa tertentu

lainnya paradigma Aristoteles digunakan mengatasi masalah linguistik.

Penganut paradigma Aristoteles disebut kaum konvensionalis. Mereka

menerima adanya kearbiteran antara bahasa dengan realitas.

Pertentangan antara kedua paradigma ini terus berlangsung sampai

abad 20. Di bidang linguistik dan semiotika dikenal tokoh Ferdinand de

Saussure sebagai penganut paradigma .Aristoteles dan Charles S. Peirce

sebagai penganut paradigma Plato. Mulai dari awal abad 19 sampai tahun

1960-an paradigma Aristoteles yang diikuti Saussure yang berpendapat bahwa

bahasa adalah sistem tanda yang arbitrer digunakan dalam memecahkan

masalah-masalah linguistik. Tercatat beberapa nama ahli linguistik seperti

Bloomfield dan Chomsky yang dalam pemikirannya menunjukkan pengaruh

Saussure dan paradigma Aristoteles. Menjelang pertengahan tahun 60-an

dominasi paradigma Aristoteles mulai digoyahkan oleh paradigma Plato

6

Page 7: Zainol plato

melalui artikel R. Jakobson "Quest for the Essence of Language" (1967) yang

diilhami oleh Peirce. Beberapa nama ahli linguistik seperti T. Givon, J.

Haiman, dan W. Croft tercatat sebagai penganut paradigma Plato.

3.2 Pandangan Plato mengenai seni: Seni Sebagai Tiruan

Plato menegaskan bahawa seni (sama ada catan, lukis, arca, muzik, puisi atau

drama) ialah sejenis tiruan (atau imitasi). Walau bagaimanapun, beliau

menggunakan istilah mimesis (iaitu menghasilkan tiruan atau imitasi) dengan

beberapa maksud yang berlainan apabila beliau membincangkan isu seni. Dalam

sistem Plato, konsep mimesis boleh mempunyai maksud berikut seperti

mengulangi atau mengeluarkan semula kata-kata atau gerak tangan atau perbuatan

seseorang lain,,membuat suatu tiruan atau sesuatu yang mempunyai persamaan

dengan benda atau objek, berlagak seperti seorang yang lain, dan mewakili aksi-

aksi manusia Mimesis sebagai penghasilan tiruan yang tepat digunakan oleh Plato

untuk merujuk (khususnya) kepada catan, lukisan dan arca. Plato memberitahu

kita bahawa seseoarang pelukis atau ahli catan “ialah seoarng yang meniru benda

yang dihasilkan oleh orang lain”.(sumber: Plato, Republic X, 597e). Oleh yang

demikian , apa yang dilukis dalam catan akan nampak sama seperti objek (atau

benda) yang asal. Kanak-kanak dan juga orang dewasa yang bodoh akan

berpendapat bahawa mereka melihat benda yang asal apabila mereka bertemu

dengan catan itu (sumber: Plato, Republica X, 598b-c) Mimesis sebagai

penghasilan tiruan yang tepat merujuk bukan sahaja kepada catan, lukisan dan

arca tetapi juga kepada puisi dan drama. Plato mendakwa bahawa seseorang

penyair akan mencuba meniru kelakuan dan kata-kata dewa Yunani. Tetapi

7

Page 8: Zainol plato

masalahnya ialah mereka memberi suatu gambaran yang tidak tepat terhadap

kelakuan aksi dan kata-kata dewa itu.

Plato menegaskan bahawa: terdapat orang (iaitu penyair) yang menghasilkan imej

dewa dan pahlawan (dan) dia adalah seperti seorang ahli catan yang menghasilkan

potret dan tidak tepat atau yang mempunyai persamaan dengan individu yang

dilukis.(sumber: Plato Republic II, 377e)

Dari sini Plato memberikan 3 alasan mengapa seniman patut dibuang daripada

sebuah republik yang unggul iaitu seseorang seniman (pelukis atau ahli catan)

hanya menghasilkan tiruan daripada objek yang terdapat di dalam dunia fizikal.

Jadi ia bukan sumber oleh pengetahuan. Jika kita ingin mengetahui ciri-ciri

sebuah kerusi, adalah lebih sesuai dan baik jika kita mengkaji kerusi itu daripada

mengkaji catan atau lukisan kerusi itu. Selain itu, seseorang seniman hanya

meniru objek fizikal, maka hasilnya adalah 2 kali terpisah daripada pengetahuan

sebenar dan pengetahuan sebenar hanya boleh didapati melalui pentaakulan dan

fikiran. Karya seni boleh menipu kita. Kanak-kanak atau orang dewasa yang

bodoh akan mempercayai bahawa dia sedang berhadapan dengan sebuah kerusi

semasa dia melihat catan sebuah kerusi. Keadaan yang sama timbul dengan puisi

dan drama.

Plato menegaskan bahawa puisi boleh mewakili manusia dalam tindakan. Beliau

telah menegaskan bahawa jika seseorang itu menulis beberapa ayat yang

disampaikan oleh beberapa individu atau beberapa perenggan yang mengandungi

apa sahaja yang dikatakan oleh beberapa individu, beliau masih belum

menghasilkan sebuah drama (drama tragik epik atau komedi). Yang penting ialah

8

Page 9: Zainol plato

ayat atau perenggan itu mesti dikaitkan untuk menjadi satu cerita atau drama yang

lengkap dan sempurna. Seseorang penyair atau ahli dramatis hanya dapat

mewakili aksi manusia dalam karyanya jika dia mengatur kata dan ayat yang

disampaikan oleh individu yang berlainan dengan cara yang betul.

4. KESIMPULAN

Penelitian bahasa sudah dimulai sejak abad ke 6 SM, bahkan perpustakaan besar

yang menjadi pusat penelitian bahasa dan kesusasteraan sudah dibangun sejak

awal abad 3 SM di kota Alexandria. Kamus bahasa Inggris, Dictionary of the

English Language, yang terdiri atas dua jilid, pertama kali diterbitkan pada tahun

1755; dan pada tahun 1884 telah diterbitkan Oxford English Dictionary yang

terdiri atas 12 volume. Antara 1820-1870 para ahli linguistik berhasil membangun

hubungan sistematis di antara bahasa-bahasa Roman berdasarkan struktur

fonologis dan morfologisnya.

Salah satu buku awal yang menjelaskan mengenai ilmu bahasa adalah

buku An Introduction to Linguistic Science yang ditulis oleh Bloomfield pada

tahun 1914. Jurnal ilmiah internasional ilmu bahasa, yang berjudul International

Journal of American Linguistics, pertama kali diterbitkan pada tahun 1917.

Ilmu bahasa terus berkembang dan semakin memainkan peran penting

dalam dunia ilmu pengetahuan. Hal ini dibuktikan dengan semakin majunya

program pascasarjana bidang linguistik di berbagai universitas terkemuka

(UCLA, MIT, Oxford, dll). Buku-buku karya ahli bahasa pun semakin mendapat

perhatian. Salah satu buktinya adalah buku The Comprehensive Grammar of the

English Langauge, yang terdiri atas 1778 halaman, yang acara peluncurannya di

9

Page 10: Zainol plato

buka oleh Margareth Thatcher, pada tahun 1985. Respon yang luar biasa terhadap

buku tersebut membuatnya dicetak sebanyak tiga kali dalam tahun yang sama.

Buku tata bahasa yang terbaru, The Cambridge Grammar of the English

Language, tahun 2002, yang terdiri atas 1842 halaman, ditulis oleh para ahli

bahasa yang tergabung dalam tim peneliti internasional dari lima Negara.

RUJUKAN

1- Robins, R.H. 1990. A Short History of Linguistics. London: Longman.

2- Fromkin, Victoria & Robert Rodman. 1998. An Introduction to Language (6th

Edition). Orlando: Harcourt Brace College Publishers.

3- Hornby, A.S. 1995. Oxford Advanced Learner’s Dictionary (5th edition).

Oxford: Oxford University Press.

4- Matthews, Peter. 1997. The Concise Oxford Dictionary of Linguistics. Oxford:

Oxford University Press.

10