RESUMEazharsports.com/portal/download/... · Web viewKurang 25 saat 5 mata 26 – 30 saat 4 mata 31...
Transcript of RESUMEazharsports.com/portal/download/... · Web viewKurang 25 saat 5 mata 26 – 30 saat 4 mata 31...
RESUME
BAHAGIAN SUKAN, SENI DAN KOKURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
MANUAL UJIAN
SPESIFIK BOLA SEPAK
UNTUK
KEM BAKAT SUKAN MUDA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
UJIAN 1 :MENIMANG BOLA ( 60 saat)
Definisi:Keupayaan untuk menimang dan mengawal bola dengan
menggunakan kaki, peha, dada dan kepala.
Rasional:Memperbanyakkan sentuhan bola dengan anggota
kaki, peha, dada dan kepala.
Objektif:Mengukur kemampuan mengawal bola lambung dan
koordinasi pemain.
Peralatan:i. 2 biji bola.
ii. Jam randik
iii. Wisel
iv. Bulatan berjejari 1 meter.
5. Prosedur:5.1 Bola berada dalam bulatan di atas padang.
5.2 Pemain berada dalam bulatan dan menyungkil bola
ke atas dan timangan mula dikira.
5.3 Penguji berdiri di luar bulatan dengan wisel dan jam
randik. Penguji akan meniup wisel bagi memulakan
aktiviti.
5.2 Pembantu bersedia mengira setiap bola yang ditimang.
5.3 Sekiranya bola jatuh, pemain boleh meneruskan membuat timangan selagi masa masih ada.
5.4 Pembantu hanya mengira bola yang ditimang sahaja. Apabila bola jatuh, timangan akan dilakukan semula dengan kiraan yang baru. Setiap kiraan akan dijumlahkan bagi menentukan jumlah kiraan yang sebenar.
5.5 Bola yang ditimang di luar bulatan tidak dikira.
5.6 Hanya 3 kali jatuh sahaja yang dibenarkan untuk timangan semula.
6. Pemarkahan: i. Melebihi 100 - 5 markah
ii. 76 – 99 - 4 markah
iii. 51 - 75 - 3 markah
iv. 26 - 50 - 2 markah
v. 01 - 25 - 1 markah.
UJIAN 2: HANTARAN BOLA DEKAT (LERET)
1. Definisi:Keupayaan untuk menghantar bola pada jarak dekat secara
leret.
2. Rasional:i. Lebih kurang 75% kemahiran permainan bola sepak menggunakan hantaran-hantaran dekat secara leret dalam jarak 10-15meter.
ii. Sentiasa wujud ’felling the ball’ dalam diri pemain.
3. Objektif:Pemain dapat membuat hantaran dekat secara leret dan tepat ke sasaran.
4. Peralatan:i. 4 biji bola.
:ii. 6 batang pancang
5. Prosedur:5.1Pancang disusun sebaris dengan jarak 1 meter daripada setiap
pancang.
5.2Pemain berada di tempat permulaan.
5.3 Bola-bola diletakkan 5 meter di belakang garisan.
5.4 Bola perlu digerakkan ke hadapan tanpa melepasi
garisan dan mesti disepak leret ke sasaran.
5.5 Pemain membuat sepakan sebanyak 2 kali dengan kaki kanan dan
2 kali dengan kaki kiri.
5.6 Pemain membuat 4 percubaan.
6. Pemarkahan:i. Bola yang masuk pada pancang paling tengah diberi 5 markah.
ii. Bola yang masuk pada pancang kiri dan kanan daripada
pancang tengah diberi 3 markah.
iii. Bola yang masuk pada pancang paling tepi sebelah kiri dan
kanan diberi 1 markah.
iv. Tiada markah bagi bola yang tidak menepati sasaran.
Ujian 3:HANTARAN JAUH ( BOLA TINGGI)
1. Definisi:Keupayaan untuk membuat hantaran jauh dengan bola tinggi .
2. Objektif:Melakukan hantaran jauh tepat pada sasaran.
3. Rasional:Dalam permainan bola sepak hantaran jauh dan hantaran bola lintang
merupakan strategi yang berkesan.
4. Peralatan:i. Sebuah kun (1)
ii. 4 biji bola
iii. Bulatan dengan jejari 4 meter.
5. Prosedur:5.1.Pemain berada di tempat permulaan.
5.2 Bola diletak pada jarak 1 meter daripada garisan permulaan.
5.3 Bola perlu digerakkan ke hadapan tanpa melepasi garisan permulaan dan mesti disepak lambung untuk hantaran jauh.
5.4 Pemain melakukan 4 percubaan.
5.5 Bola dikira pada jatuhan atau lantunan pertama.
5.6 Jarak antara tempat mula menyepak ke tanda(kun) ialah 30 meter.
6. Pemarkahan : i. Tepat mengenai kun - 5 markah.
ii. Dalam bulatan 1 meter - 4 markah.
iii. Dalam bulatan 2 meter - 3 markah.
iv. Dalam bulatan 3 meter - 2 markah.
v. Dalam bulatan 4 meter - 1 markah.
vi. Di luar bulatan - 0 markah.
UJIAN 4:MENGGELECEK BOLA
1. Definisi:Keupayaan berlari dengan bola secara zig-zag pergi dan
balik dengan pantas.
2. Rasional:i. Imbangan dan kawalan bola serta kebolehan untuk menukar
arah dengan cepat.
ii. Sentiasa wujud ’felling the ball’ dalam diri pemain.
iii. Membolehkan pemain menyelami situasi permainan yang
sebenar.
3. Objektif:Kebolehan untuk melakukan gerak keliru bagi menewaskan
lawan.
4. Peralatan:i. 11 buah kun.
ii. Jam randik
iii. 2 biji bola.
iv. Wisel.
5. Prosedur:5.19 kun disusun dalam satu barisan. Jarak antara
setiap kun ialah1.5m. Kun ke-9 berjarak 5m daripada kun
ke 8.
5.7 2 kun/marker diletak sebagai penanda tempat permulaan dan penamat.
5.8 Bola perlu digerakkan ke hadapan sebelum mula menggelecek dan kiraan masa mula diambil setelah bola mengena/melepasi garisan permulaan.
5.9 Pemain dikehendaki menggelecek bola secara zig-zag
melalui kun pergi dan balik ke tempat permulaan.
6. Pemarkahan:
Masa
Markah
Kurang 25 saat
5 mata
26 – 30 saat
4 mata
31 – 35 saat
3 mata
36 – 40 saat
2 mata
41 – 45 saat
1 mata
Lebih 46 saat
0 mata
UJIAN 5: MENJARING
1. Definisi:Keupayaan untuk membuat tendangan dengan tepat ke dalam
gol semasa bola bergerak (dinamik).
2.Rasional:i. Untuk mengukur tahap ketepatan yang diperlukan untuk
menjaring gol.
ii. Membolehkan pemain menyelami situasi permainan yang
sebenar.
3.Objektif:Untuk mendapat ketepatan dalam jaringan.
4.Peralatan:i. 4 biji bola
ii. Tali
iii. Tiang gol ukuran sebenar.
5.Prosedur:5.1:Tali diikat pada tiang dan palang gol pada ukuran
1 meter x 0.76 meter (3 kaki x 2.5 kaki).
5.2:Bola disusun 5 meter daripada garisan kotak penalti.
5.3: Bola perlu digerakkan ke hadapan sebelum mula
menendang.
5.4:Pemain dikehendaki membuat tendangan ke dalam gol
dengan 4 percubaan (4 biji bola) iaitu 2 tendangan dengan kaki kanan dan 2 tendangan dengan kaki kiri.
6. Pemarkahan:Markah tertinggi - 20 mata ( 5 x 4 = 20)
Markah 17 -20 -5 mata
Markah 13 -16-4 mata
Markah 09 - 12-3 mata
Markah 05 - 08-2 mata
Markah 01- 04-1 mata
6. PERMAINAN KECIL / 2 SIDE GAMES
6.1 DIFINISI:
6.1.1 Dalam permainan kecil contoh ‘4v4’ atau ‘2 side games’’ pemain dibahagikan 2 kumpulan dan bermain mengikut kemahiran dan keupayaan masing-masing.
6.2RASIONAL:
6.2.1 Peserta dapat mengaplikasikan kemahiran yang sedia ada dalam
suasana pertandingan mengikut posisi masing-masing serta
rasa seronok sewaktu bermain.
6.3 OBJEKTIF:
6.3.1 Untuk menilai secara pemantauan (subjektif) kebolehan /kemahiran peserta semasa berlawan/bertanding
6.4 PERALATAN:
6.4.1 3 Biji Bola Sepak
6.4.2 10 Buah Marker
6.4.3 2 Set Bibs
6.5 PROSEDUR
6.5.1 Peserta dibahagikan kepada dua atau beberapa kumpulan
6.5.2 Permainan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan oleh penguji.
6.5.3 Peserta dikehendiki menggunakan kemahiran sedia ada sewaktu permainan dan penilain potensi peserta dibuat secara umum.
GAMBAR RAJAH
BATERI UJIAN BOLA SEPAK
UJIAN 1 : MENIMANG BOLA ( 60 SAAT )
· Timangan dalam kawasan bulatan sahaja
· Hanya 3 jatuhan bola dalam masa 60 saat.
· Menimang bola menggunakan kaki, peha, dada dan kepala.
UJIAN 2 : HANTARAN BOLA DEKAT ( LERET )
0135310
10 meter
Bola digerakkan ke hadapan tanpa melepasi
Garisan dan lakukan sepakan leret ke sasaran.
UJIAN 4 : MENGGELECEK BOLA
5 meter
1.5 meter
Akhir Mula
Bola digerakkan ke hadapan tanpa melepasi
garisan dan mengelecek bola secara zig-zag
melalui kun.
UJIAN 5 : MENJARING
525
31 3
4 1 4
Bola digerakkan ke hadapan tanpa melepasi
garisan dan melakukan sepakan( menjaring)
ke dalam gol (sasaran).
Aku/ mnl/09
UJIAN 3 : HANTARAN JAUH ( BOLA TINGGI )
1 meter
1m
5 markah
4 markah
3 markah
2 markah
1 markah
0 markah
30 meter
Bola digerakkan ke hadapan tanpa
melepasi garisan dan lakukan
sepakan lambung ke arah sasaran.
�� � �
1